X-ray adalah satu bentuk sinaran, sama seperti cahaya biasa atau gelombang radio, bezanya X-ray boleh menembusi tubuh manusia. Peralatan yang boleh menghasilkan X-ray, mampu menghasilkan imej struktur dalaman tubuh manusia. Pemeriksaan X-ray berguna dalam menyediakan maklumat penting mengenai kesihatan manusia dan dapat membantu doktor untuk membuat diagnosis dengan lebih tepat. Contoh imej pemeriksaan X-ray am Mesin X-ray yang digunakan SEJARAH PENEMUAN X-RAY Wilhelm Conrad Röntgen adalah seorang ahli fizik Jerman yang menemui X-ray pada 8 November 1895. Beliau telah dianugerahkan Hadiah Nobel pertama dalam bidang Fizik pada tahun 1901 bagi penemuan ini. Juru X-ray melakukan pemeriksaan X-ray X-ray diperkenalkan di Malaysia: Hospital Taiping 1897 Hospital Kuala Lumpur 1905 Hospital Pulau Pinang 1910 Frau Röntgen’s hand, 1895 Wilhelm Conrad Röntgen RADIOLOGY SERVICES , MINISTRY OF HEALTH , MALAYSIA