Sejarah penemuan konsepSEJARAH PENEMUAN ELEKTRIKOrang-orang
Yunani kuno dan Parthia tahu tentang elekrik statik, iaitu dengan
menggosok benda dengan kain bulu. Walaupun penerokaan sains atas
fenomena ini telah bermula pada zaman Renaissance Eropah, elektrik
pada masa itu hanya digunakan dalam silap mata dan
permainan-permainan, sehinggalah penemuan yang lebih mendalam
dibuat pada penghujung abad ke18 sehingga pertengahan abad ke19.
Walaupun "rekaan" terkenal Benjamin Franklin iaitu elektrik dengan
menerbangkan layang-layang semasa hujan kilat hanyalah lebih kepada
cereka berbanding dengan fakta, namun teori-teorinya mengenai
hubungan antara kilat dan elektrik statik telah menimbulkan minat
ahli-ahli sains terkemudian untuk mengkaji dengan lebih lanjut
tentang elektrik, dan hasil-hasil kerja mereka inilah yang telah
menjadi asas kepada teknologi elektrik masa kini. Ahli-ahli sains
ini termasuklah Michael Faraday (17911867), Luigi Galvani
(17371798), Alessandro Volta (17451827), AndrMarie Ampre
(17751836), dan Georg Simon Ohm (1789-1854). Pada penghujung abad
ke19 dan awal abad ke20 pula, ahli-ahli sains terkemuka dalam
bidang kejuruteraan elektrik adalah seperti Nikola Tesla, Samuel
Morse, Antonio Meucci, Thomas Edison, George Westinghouse, Werner
von Siemens, Charles Steinmetz, dan Alexander Graham Bell.
Sejarah tokoh ahli sains berkenaanMichael Faraday
Kelahiran
22 September 1791Newington Butts, England
Kematian25 Ogos 1867 (umur 75)Hampton Court,
Middlesex,England
KediamanEngland
KerakyatanBritish
Dikenali keranaHukum Aruhan FaradayElektrokimiaKesan
FaradaySangkar FaradayPemalar FaradayFaraday cupFaraday's laws of
electrolysisFaraday paradoxFaraday rotatorFaraday efficiency
effectFaraday waveFaraday wheelLines of force
Agama Sandemanian
Michael Faraday, FRS (22 September 1791 25 Ogos 1867) merupakan
seorang ahli kimia dan ahli fizik Inggeris (atau ahli falsafah
jati, dalam terminologi masa) yang menyumbang dalam bidang
elektromagnetisme dan elektrokimia. Michael Faraday mengkaji medan
magnet sekitar konduktor membawa arus terus. Semasa menjalankan
kajian ini, Michael Faraday mengesahkan asas untuk konsep medan
elektromagnet dalam fizik, kemudiannya diperluaskan oleh James
Maxwell. Beliau juga menjumpai aruhan elektromagnet, diamagnetisme,
dan hukum elektrolisis. Beliau mengesahkan bahawa magnetisme dapat
mempengaruhi sinaran cahaya dan terdapat hubungan dasar antara dua
fenomena. Rekaan alatan putaran elektromagnet membentuk asas
teknologi motor elektrik, dan ia banyak disebabkan hasil usahanya
bahawa tenaga elektrik menjadi berdaya saing untuk digunakan dalam
teknologi.Alexander Graham Bell
Kelahiran
3 Mac 1847Edinburgh, Scotland.
Kematian2 Ogos 1922 (umur 75)Beinn Bhreagh, NovaScotia,
Kanada
Punca KematianPernicious anemia
PendidikanUniversiti EdinburghUniversiti Toronto
PekerjaanPencipta, Saintis
Terkenali keranaMencipta telefon
Pasangan Mabel Hubbard(kahwin 1877-1922)
Anak-anak
(4) Dua anak lelaki mati ketikabayi, dua anak perempuan
Ibu bapaAlexander Melville BellEliza Grace Symonds Bell
Saudara-mara
Gardiner Greene Hubbard(bapamertua)Gilbert
HoveyGrosvenor(menantu lelaki)Melville Bell
Grosvenor(cuculelaki)
Alexander Graham Bell (3 Mac 1847 2 Ogos 1922) ialah seorang
saintis, pencipta dan pembawa pembaharuan. Sungguhpun paling
dikenali kerana mencipta telefon, Bell juga digelar "bapa
orang-orang pekak". Bapa, datuk dan adik beliau semua pernah
dikaitkan dengan kerjakerja berkaitan pengicapan dan perbualan,
manakala ibu dan isteri beliau kedua-duanya pekak, maka
mempengaruhi kerja-kerja Bell secara mendalam. Kajian Bell mengenai
pendengaran dan pertuturan turut mendorong beliau bereksperimen
dengan peranti pendengaran yang akhirnya memuncak dengan kejayaan
Bell dikurniakan paten A.S. pertama untuk ciptaan telefon pada
tahun 1876. Banyak lagi ciptaan lain dalam hayat Bell termasuk
kajian perintisan dalam hidrofoil dan aeronautik. Pada tahun 1888,
Alexander Graham Bell merupakan salah seorang ahli-ahli pengasas
Persatuan National Geographic. Dalam gambaran, Bell menganggap
ciptaan beliau yang paling terkenal itu sebagai satu gangguan dalam
kajian sebetulnya selaku saintis dan enggan melibatkan telefon
dalam kajianbeliau. Sewaktu Bell meninggal dunia, semua telefon di
seluruh Amerika Syarikat "berhenti berdering selama seminit untuk
menunjukkan rasa hormat terhadap lelaki yang kepingin memudahkan
komunikasi mewujudkan telefon."Georg Simon Ohm
Kelahiran
16 Mac 1789Erlangen, Jerman
Kematian6 Julai 1854 (umur 65 tahun)Munich
Punca KematianPernicious anemia
PendidikanUniversiti Erlangen
PekerjaanGuru Sekolah Menengah
Terkenali keranaHukum Ohm(I=V/R)
Georg Simon Ohm, (16 Mac 1789 Erlangen, Jerman - 6 Julai 1854,
Munich) pakar fizik Jerman, yang dilahirkan di Erlangen dan
mendapat pendidikan di universiti di sana. Beliau meninggal dunia
pada usia 67 tahun. Beliau menuntut ilmu matematik di Universiti
Erlangen dan mendapat ijazah kedoktoran pada tahun 1811. Dengan
menggunakan peralatan hasil ciptaannya sendiri, Ohm berhasil
menemukan hukum asas elektrik yang menjadi dasar bagi lahirnya
teori-teori elektrik yang lain. Teori elektrik yang ditemukan oleh
Ohm itu disebut sebagai Hukum Ohm, yang menyatakan bahawa besar
arus yang mengalir dalam rangkaian tertutup adalah berkadar terus
dengan jumlah keupayaan yang terdapat pada jepit catu daya dan
berkadar songsang dengan jumlah rintangan yang dilaluinya (I=V/R).
Malangnya, ketika Ohm menerbitkan penemuannya pada tahun 1827,
penemuannya itu diperkecilkan oleh rakan sekerjanya dan dia
terpaksa mengundurkan diri dari pekerjaannya sebagai guru sekolah
menengah. Namun, pada tahun 1833 ia dilantik sebagai profesor di
Universiti Nurenberg.
Nikola Tesla
Kelahiran
10 Julai 1856 Smiljan, Croatia Empayar Austria
Kematian7 Januari 1943
PekerjaanPereka, ahli fizik, jurutera mekanik dan jurutera
elektrik
Dikenali keranaPenyumbang utama di dalam penciptaan barangan
elektrikMenghasilkan revolusi di dalam pembangunan bidang
elektromegnetikUnit ukuran SI (tesla)
Nikola Tesla (10 Julai 1856 - 7 Januari 1943) merupakan seorang
pereka, ahli fizik, jurutera mekanik dan jurutera elektrik. Beliau
dilahirkan di Smiljan, Croatia Empayar Austria dan menjadi
warganegara Amerika Syarikat semasa dewasa. Kerja penyelidikannya
merupakan asas penciptaan arus elektrik ulangalik yang digunakan
oleh kebanyakan perkakas elektrik hari ini. Beliau merupakan
penyumbang utama di dalam penciptaan barangan elektrik pengguna
serta lebih dikenali hasil daripada penyelidikannya yang
menghasilkan revolusi di dalam pembangunan bidang elektromagnetik
pada lewat kurun ke-19 dan awal kurun ke-20. Paten dan teori kerja
beliau menjadi asas kepada teori arus ulangalik moden, sistem kuasa
elektrik termasuk sistem polifasa elektrik yang digunakan dalam
pengagihan elektrik. Tesla pernah menjadi pembantu kepada Thomas
Edison. Unit ukuran SI untuk medan magnet B (juga dirujuk sebagai
ketumpatan fluks magnet dan induksi magnet), dikenali sebagai
tesla. Ia dinamakan sempena menghormati sumbangan beliau di dalam
kemajuan bidang elektrik.
Konsep-konsep berkenaan
Aplikasi konsep berkenaan dalam kehdupan seharian