PENGENALAN Pegertian Pantun Harun Mat Piah (1989), telah memberikan definisi pantun berdasarkan aspek dalaman dan aspek luaran atau struktur visualnya.Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetik dan isi (tema dan persoalan).Unsur estetik pantun dapat dilihat berdasarkan dua aspek.Pertama, yang berkaitan dengan penggunaan lambing-lambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan pandangan dunia masyarakat Melayu.Kedua, berdasarkan hubungan makna antara pasangan pembayang-pembayang dengan pasangan maksud sama ada secara konkrit atau abstrak. Berdasarkan aspek isi (tema dan persoalan), pantun biasanya menyentuh hampir seluruh kehidupan masyarakat Melayu. Selain itu dalam memberi pengertian pantun, beberapa pengertian telah dikemukakan oleh Za’ba, Drs. Liaw Yook Fang dan Drs. Ghaali Dunia. Menurut Za’ba, ‘pantun itulah kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal kepunyaan Melayu betul.Semenjak Orang Melayu belum tahu surat-menyurat dahulu pun mereka telah pandai berpantun dan biasa berbalas-balas pantun sesame sendiri’. Drs.Liaw Yook Fang pula menyatakan, ‘Pantun pada mulanya adalah senandung atau puisi rakyat yang dinyanyikan.Dalam bahasa Melayu, pantun beerti quatrain, iaitu sanjak yang berbaris empat, dengan rima akhir abab. 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PENGENALAN
Pegertian Pantun
Harun Mat Piah (1989), telah memberikan definisi pantun berdasarkan aspek
dalaman dan aspek luaran atau struktur visualnya.Aspek dalaman pantun meliputi
unsur estetik dan isi (tema dan persoalan).Unsur estetik pantun dapat dilihat
berdasarkan dua aspek.Pertama, yang berkaitan dengan penggunaan lambing-
lambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan pandangan
dunia masyarakat Melayu.Kedua, berdasarkan hubungan makna antara pasangan
pembayang-pembayang dengan pasangan maksud sama ada secara konkrit atau
abstrak.
Berdasarkan aspek isi (tema dan persoalan), pantun biasanya menyentuh
hampir seluruh kehidupan masyarakat Melayu.
Selain itu dalam memberi pengertian pantun, beberapa pengertian telah
dikemukakan oleh Za’ba, Drs. Liaw Yook Fang dan Drs. Ghaali Dunia.
Menurut Za’ba, ‘pantun itulah kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal
kepunyaan Melayu betul.Semenjak Orang Melayu belum tahu surat-menyurat dahulu
pun mereka telah pandai berpantun dan biasa berbalas-balas pantun sesame sendiri’.
Drs.Liaw Yook Fang pula menyatakan, ‘Pantun pada mulanya adalah senandung
atau puisi rakyat yang dinyanyikan.Dalam bahasa Melayu, pantun beerti quatrain, iaitu
sanjak yang berbaris empat, dengan rima akhir abab.
Drs. Ghazali Dunia mengatakan, ‘erti pantun asalnya ialah umpama.Sepantun
maksudnya seumpama.Seperti dalam : Sepantun ayam kehilangan induk; Kami
sepantun balam, mata terlepas badan terkurung’.
Secara ringkas, pantun dapat didefinisikan sebagai ”sejenis puisi lama yang
terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap (Kamus Dewan: 813) atau ”...sajak
pendek, tiap-tiap kuplet biasanya empat baris (abab) dan dua baris yang dahulu
biasanya untuk tumpuan sahaja” (Kamus Umum Bahasa Indonesia: 710). Bagi pantun
1
yang popular, bentuknya terbina dengan empat baris, iaitu dua baris sebagai
pembayang maksud, dan dua baris lagi sebagai maksudnya.
Sebagai bentuk puisi yang wujud dalam situasi kelisanan, pantun memanifestasikan
pemikiran, norma (oral noetics) dan puitika lisan. Kertaskerja ini akan cuba melihat
pantun sebagai hasil kreatif seni bahasa yang lahir dari pemikiran yang berlangsung
dalam situasi kelisanan. Ia juga akan melihat bagaimana teknologi penyampaian dan
corak budaya yang terbentuk darinya mempengaruhi bentuk dan struktur pantun. Untuk
meneliti perhubungan pantun dengan dinamika-dinamika kelisanan tersebut, contoh-
contoh pantun lama, yakni koleksi pantun yang dianggap paling hampir dengan situasi
masyarakat pra-tulisan, pra-modern akan dipilih sebagai korpus analisis
2
SEJARAH PANTUN
PANTUN adalah genre kesusasteraan tradisional Melayu yang
berkembang di seluruh dunia khususnya di Nusantara sejak ratusan tahun lampau.
Pantun adalah simbol artistik masyarakat Nusantara dan ia adalah lambang
kebijaksanaan berfikir. Pantun sering dijadikan sebagaialat komunikasi. Pantun bersifat
ringkas, romantik dan mampu mengetengahkan aspirasi masyarakat dengan lebih jelas.
Ia begitu sinonim dengan pemikiran dan kebudayaan masyarakat nusantara dan
Malaysia.
Di Nusantara, pantun wujud dalam 39 dialek Melayu dan 25 bukan dialek.
Pantun juga didapati turut berkembang di selatan Burma,Kepulauan Cocos, Sri Lanka,
Kemboja, Vietnam serta Afrika Selatan(kerana pengaruh imigran dari Indonesia dan
Malaysia).Pantun di Malaysia dan Indonesia telah ditulis sekitar empat abad lalu.
Malah, ia mungkin berusia lebih tua daripada itu seperti tertulis dalam Hikayat Raja-
Raja Pasai dan Sejarah Melayu. Menyedari kepentingan pantun dalam memartabatkan
budaya Melayu, Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negara di Kementerian.
Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, "Perkataan pantun
itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama." Ada pendapat
mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun
yang bermaksud pembimbing atau penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam
pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut.
Sehingga hari ini, pantun sering digunakan dalam upacara peminangan dan
perkahwinan atau sebagai pembuka atau penutup bicara dalam majlis-majlis rasmi.
Umumnya terdapat dua jenis utama pantun iaitu pantun berkait dan pantun tidak
berkait.
Bilangan baris dalam setiap rangkap pantun dikenali sebagai kerat. Lima bentuk
utama pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun
lapan kerat dan pantun dua belas kerat. Pantun yang popular digunakan ialah pantun
dua kerat dan empat kerat.Setiap pantun mesti mempunyai pembayang dan maksud
3
pantun. Pembayang dalam setiap rangkap adalah separuh pertama daripada
keseluruhan jumlah baris dalam rangkap berkenaan. Separuh kedua dalam setiap
rangkap pantun pula ialah maksud atau isi pantun.
Antara ciri-ciri lain yang ada dalam sebuah pantun ialah pembayangnya
mempunyai hubungan yang rapat dengan alam dan persekitaran yang rapat dengan
pengucapnya seperti yang terdapat dalam contoh pantun dua kerat berikut:
Sebab pulut santan terasa,
Sebab mulut badan binasa
Rima pantun yang baik berakhir dengan ab,ab bagi pantun empat kerat dan a,a
bagi pantun dua kerat. Selain daripada pembayang, maksud dan rima, pantun juga
terikat dengan hukum suku katanya. Bagi pantun Melayu, suku kata untuk setiap baris
ialah antara lapan hingga dua belas suku kata sahaja.
Melalui bentuknya yang kemas dan padat, pantun berjaya menjadi alat yang
penting untuk menghibur, memberi nasihat, menduga akal, meluahkan perasaan dan
menyedapkan cakap. Pantun turut berfungsi sebagai media untuk menyampaikan
hasrat yang seni atau rahsia yang tersembunyi melalui penyampaian yang berkias.
Orang melayu mencipta pantun untuk melahirkan perasaan mereka secara
berkesan tetapi ringkas,kemas,tepat dan menggunakan bahasa yang indah-indah.Pada
zaman dahulu kala masyarakat melayu belum lagi pandai menulis dan membaca.Hal ini
demikian kerana, masyarakat Melayu pada waktu itu belum lagi bertamadun. Keadaan
ini telah membuktikan bahawa orang melayu sebelum tahu menulis dan membaca telah
pandai mencipta dan berbalas-balas pantun antara satu sama lain.Keadaan ini
membolehkan kita menganggap pantun itu sebagai pusaka orang melayu sejak turun-
temurun lagi yang menjadi identiti masyarakat melayu bak kata pepatah tak kenal
makatak cinta.pantun tetap dipertahankan oleh orang melayu walaupun zaman telah
berubah.
4
Menurut kajian bahawa pada abad yang ke-17 barulah sempurna
bentuk,isi,maksud dan alasan pantun itu.Keadaan ini dapat dibuktikan di dalam rencana
Hamzah Fansuri yang telah meninggal dunia dalam tahun 1630.
Pantun pada mulanya adalah senandung atau puisi rakyat yang dinyanyikan.
Dalam kesusasteraan, pantun pertama kali muncul dalam Sejarah Melayu dan hikayat-
hikayat popular yang sezaman. Kata pantun sendiri mempunyai asal-usul yang cukup
panjang dengan persamaan dari bahasa Jawa iaitu kata parik yang berarti pari, ertinya
paribasa atau peribahasa dalam bahasa Melayu. Erti ini juga berdekatan dengan
umpama dan seloka yang berasal dari India.
Sedangkan kata pantun sendiri menurut Dr. R. Brandstetter, seorang
berkebangsaan Swiss yang ahli dalam perbandingan bahasa berkata bahwa pantun
berasal dari akar kata tun, yang terdapat dalam berbagai bahasa Nusantara, misalnya
dalam bahasa Pampanga, tuntun berarti teratur; dalam bahasa Tagalog tonton berarti
bercakap menurut aturan tertentu; dalam bahasa Jawa Kuno, tuntun berarti benang
dan atuntun yang berarti teratur danmatuntun yang berarti memimpin; dalam bahasa
Toba pantun berarti kesopanan atau kehormatan. Dalam bahasa Melayu, pantun berarti
quatrain, yaitu sajak berbaris empat, dengan rima a-b-a-b. Sedangkan dalam bahasa
Sunda, pantun berarti cerita panjang yang bersanjak dan diiringi oleh muzik.
Menurut R. O. Winstedt yang setuju dengan pendapat Brandstetter mengatakan
bahwasannya dalam bahasa Nusantara, kata-kata yang mempunyai akar kata yang
berarti “baris, garis”, selanjutnya akan mempunyai arti yang baru yaitu “kata-kata yang
tersusun” baik dalam bentuk prosa mahupun puisi.
5
Ada satu perkara yang menarik yang kemudian telah diselidiki oleh beberapa orang
sarjana, yakni mengenai ada tidaknya hubungan semantik {makna} antara pasangan
pertama dengan pasangan kedua pada sebuah pantun. Sebagai contoh adalah pada
pantun berikut:
Telur itik dari Sanggora
Pandan terletak dilangkahia
Darahnya titik di Singapura
Badannya terlantar ke Langkawi
Dari pantun di atas menurut Pijnapple dalam satu kertas kerja yang dibacakan di
depan Kongres Sarjana Ketimuran VI di Leiden, pada tahun 1883 mengatakan bahwa
antara pasangan pertama {biasa disebut sampiran} dan pasangan kedua {biasa disebut
isi} mempunyai suatu hubungan yang erat.
Pijnapple, dalam analisisnya pada pantun di atas mengatakan bahwa Sanggora
yang terletak di pantai timur Malaya {dekat Siam} sangat jauh letaknya. Tetapi tikar
pandan yang terletak di depan kita sangat dekat. Seluruh pantun ini menunjukkan
bahwa pembunuhan terjadi jauh dari tempat perkuburan. Tetapi menurut Ch. A. van
Ophuijsen bahwa mencari hubungan antara kedua pasangan itu adalah pekerjaan yang
sia-sia belaka. Karena ia kemudian memberikan contoh pada suatu pantun yang
dirasanya sama sekali tidak mempunyai hubungan antara pasangan yang pertama
dengan pasangan yang kedua. Pantunnya adalah sebagai berikut:
Satu, dua, tiga, enam
Enam dan satu jadi tujuh
Buah delima yang ditanam
Buah berangan hanya tumbuh.
6
Dengan pantun ini, semua pernyataan dari Pijnapple itu terbantah karena tak
ada hubungan semantik antara kedua pasangan itu. Tetapi Winstedt tidak setuju
dengan pendapat Ophuijsen, ia kemudian memberikan penjelasan mengenai tafsiran
baru atas tafsiran Pijnapple atas pantun “telur itik dari Sanggora” yang intinya sangat
jauh berbeda dengan apa yang ditafsirkan oleh Pijnapple. Ia menafsirkan pasangan
pertama yaitu sebagai berikut:
Telur itik dari Sanggora
(telur itik yang ditetaskan pada ayam melambangkan seorang pengembara yang tiada
berteman dan cacat)
Pandan terletak dilangkahi
(tikar pandan yang terletak di depan rumah-rumah orang Melayu yang berada tidak
pantas diinjak dengan alas kaki melambangkan seorang wanita yang mau mengikut kita
harus kita waspada dalam menerimanya)
jika kemudian dihubungkan dengan pasangan yang kedua menurut tafsiran Pijnapple
menurut kami artinya akan menjadi seperti ini:
Seorang pengembara yang sendirian, yang tiada berteman juga cacat bertemu dengan
seorang wanita yang mau menjadi istrinya yang kemudian ia dibunuh oleh wanita itu di
suatu tempat tetapi kemudian dikuburkan jauh dari tempat ia dibunuh.
Menurut H. Overbeck yang terpengaruh oleh pendapat Abdullah Munsyi tentang
pantun ialah bahwasannya pada pasangan pertama itu tidak mempunyai arti, tidk punya
hubungan pikiran sama sekali atau hanya untuk menjadi penentu sanjak {rima} pada
pasangan kedua.
Perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang, mulanya dua
baris, kemudian empat baris dan seterusnya lapan baris. Contohnya:
Dari bentuk perumpamaan:
Sudah gaharu cendana pula.
7
Menjadi pantun dua kerat:
Sudah gaharu cendana pula,
Sudah tahu bertanya pula.
Kemudian menjadi pantun empat kerat:
Sudah gaharu cendana pula,
Bedak bertemu dalam puan;
Sudah tahu bertanya pula,
Hendak bertemu gerangan tuan.
Dari bentuk perumpamaan:
Sayangkan kain buangkan baju.
Menjadi pantun dua kerat:
Sayangkan kain buangkan baju,
Sayangkan lain buangkan aku.
Kemudian menjadi pantun empat kerat:
Sayangkan kain buangkan baju,
Kerana baju panjang lima;
Sayangkan lain buangkan aku,
Kerana aku dagang yang hina.
Contoh di atas bukan mencadangkan bahawa semua pantun berkembang secara
demikian, tetapi dasarnya perkembangan tersebut telah memunculkan bentuk-bentuk
rangkap pantun yang dapat dijadikan model kemudiannya. Perkembangan bentuk
pantun ini tentunya selari pula dengan perkembangan tema dan fungsi pantun,
sehingga akhirnya pantun membentuk satu khazanah puisi lisan yang amat besar
jumlahnya. Namun tanpa kajian filologi serta bukti-bukti yang kukuh, kita masih tidak
8
dapat berbicara dengan pasti tentang pensejarahannya. Walaubagaimanapun, pada
kurun ke 14, bentuk pantun yang sudah mantap muncul dalam Hikayat Raja Pasai,
karya Melayu tertulis yang dianggap terawal. Namun satu fakta yang tidak dapat
disangkalkan ialah kemungkinannya lama sebelum itu, pantun mungkin sudah tersebar
luas secara lisan di dunia Melayu. Ia menghiasi dunia seni Melayu melalui keindahan
bahasa dan kelokan isinya dan menghibur petani dan nelayan sebagai lirik untuk
dendang rakyat (folk songs) atau lagu kerja (work songs).
Secara pragmatiknya, pantun mungkin mula dipopularkan sebagai lirik lagu.
Mengikut teori Fischer (1961) tentang asal-usul seni, puisi yang terawal adalah muncul
dari keperluan untuk membangkitkan semangat kolektif bagi memudahkan dan
meringankan sesuatu kerja. Keperluan kepada bentuk-bentuk puisi yang mudah dihafal,
tekanan oleh kesepontanan penciptaan mungkin melahirkan ungkapan-ungkapan
bersukat dan berima seperti pantun, yang kemudiannya dilagukan untuk mengendur
situasi tegang semasa bekerja.
Pandangan ini tidak menafikan wujudnya juga, mungkin sebelum kedatangan
pengaruh kebudayaan India, rumus-rumus bahasa yang bersifat esoterik, disusun
menjadi bentuk puisi yang apabila diucap diyakini akan menjana tenaga magis yang
dapat mensihir, mententeram dan menundukkan alam dan makhluk-makhluknya.
Bentuk-bentuk ujaran tersebut dapat memenuhi keperluan manusia pra-moden untuk
berdepan dengan makhluk-makhluk dan alam yang lebih berkuasa dari dirinya. Apabila
pengaruh India mula menjalar di bumi Melayu, ungkapan-ungkapan tersebut
diformalkan menjadi apa yang diistilahkan sebagai mantera – yakni puisi Melayu yang
dipengaruhi oleh bentuk prosodi India – mantara, manir atau matar. Dalam konsepnya
yang baru ini mantera muncul sebagai sebahagian daripada ritual agama Hindu dan
menjadi ungkapan-ungkapan suci (lagu-lagu puja atau hymns) yang digunakan
(terutama oleh Brahmins) untuk memuja tuhan/dewa. Namun kegunaannya yang asal
yakni sebagai “magis bahasa” lebih popular di kalangan rakyat. Dalam konsepnya yang
demikian mantera tentunya berbeza dari pantun, perkataan-perkataannya berat dengan
rujukan dan konotasi ugama, ia bersifat sakral justeru diucapkan dalam situasi yang
9
serious, penuh keupacaraan dan kerahsiaan. Ia menjadi milik golongan manusia yang
khas – pawang, dukun, bomoh.
Bentuk pantun yang unik, sifatnya yang profan, bahasanya yang bebas dari
pantang-larang, mungkin menjadikannya mudah dicipta dan kewujudannya yang lebih
akrab dengan masyarakat bawahan, memudahkannya tersebar dengan selesa di
kalangan masyarakat. Selaras dengan perkembangan budaya dan tamadun manusia,
pantun menjadi lebih bertenaga, tukang-tukang pantun dapat berpesta dengan bahasa
yang kian kaya perbendaharaannya, unsur-unsur persekitaran pula menjadi lautan
ilham yang tidak pernah kering dan pupus. Sebagai unit-unit makna yang dapat wujud
kendiri, setiap rangkap pantun boleh membawa satu tema atau ide yang lengkap.
Bayangkan betapa banyak ide dan tema yang dapat digarap oleh pantun – tiada
nokhtahnya!
Alam bukan sahaja menjadi sumber ilham pencipta pantun, tetapi juga menjadi
cermin untuknya menatap dan menginsafi diri manusia. Dari imejan sehingga ide atau
persoalan, pantun meniru alam, termasuk segala fenomena dan fielnya, untuk
menyindir, memujuk dan mendidik manusia. Dengan demikian pantun menyentuh
semua penjuru kehidupan manusia, memenuhi hampir keseluruhan hidup dan hayat
manusia, ia melingkungi kehidupan kanak-kanak melalui dendangan dodoinya, meniti
bersama kedewasaannya untuk meratapi cinta yang tak berbalas, rindu yang tak
berkesudahan, melangkah bersamanya untuk merintih nasib seorang perantau dan
akhirnya mencecah hari tua untuk menegur dan menasihat.
10
CIRI-CIRI PANTUN YANG BAIK
Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut:
mengandungi 4 kerat/baris
jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan
jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata
ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di
bawah)
bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b .
bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan
unsur alam.
maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup
sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang dan
maksud, mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif
masyarakat yang melahir dan menggunakannya.
11
FUNGSI PANTUN
a) Digunakan dalam aktiviti masyarakat seperti dalam kegiatan seni, keagamaan,
dan adat istiadat.
b) Sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan isi hati dan hajat, seperti
sanjungan, pemujaan dan ucapan selamat kepada seseorang dalam sesuatu
upacara atau majlis rasmi.
c) Sebagai alat hiburan dan bahan jenaka serta gurau senda, terutamanya pantun
jenaka dan pantun usik-mengusik serta pantun dalam permainan.
d) Sebagai alat pendidikan sama ada secara menyindir, kiasan atau berterus-
terang.
e) Sebagai alat bagi menguji ketajaman akal dan kehalusan perasaan seperti
pantun teka-teki, pantun peribahasa dan pantun yang terdapat dalam puisi adat
atau teromba.
f) Sebagai alat untuk mendapatkan gambaran masyarakat, terutamanya sebagai
gambaran minda dan pemikiran masyarakat Melayu, pandangan hidup, harapan,
cita-cita, daya estetik dan perspektif mereka seluruhnya.
12
KANDUNGAN PANTUN MELAYU
Pembayang atau sampiran
Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun.
Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada
maksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan
pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun.
Maksud atau isi
Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap
pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan
dalam pantun tersebut(tema).
Perkataan
Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris.
Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama
bilangannya.
Suku kata
Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap
baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun
yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.
Rima atau bunyi
Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris
pantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun.
Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama
maksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga
berima a,a,a,a.
13
Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.Contoh
pantun yang baik :
Ba/ik/ ber/galas/ ba/ik/ ti/dak/,
Bu/li/-bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/,
Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/,
A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang/.
14
JENIS-JENIS PANTUN
1. Dua Kerat
Buah beluluk buah kepayang,
Dimakan mabuk dibuang sayang.
Pantun menunjukkan dalam keadaan serba salah. Jika dibuang akan rugi dan
dipingirkan juga rugi.
2. Empat Kerat - Teka-teki
Kelip-kelip disangka api,
Kalau api di mana puntungnya;
Hilang ghaib disangka mati,
Kalau mati di mana kuburnya?
Pantun empat kerat jenis teka-teki diatas membawa maksud jika seseorang mati atau
hidup mesti ada asal usulnya. Selain itu, orang mati mesti ada kubur.
3. Empat Kerat - Jenaka
Orang Rengat menanam betik,
Betik disiram air berlinang;
Hilang semangat penghulu itik,
Melihat ayam lumba berenang
Pantun jenaka diatas menunjukan jenaka atau kelakar kerana ayam tidak mungkin
berlumba berenang kerana ayam tidak tahu berenang.
15
4. Empat Kerat - Kasih Sayang
Burung merbuk membuat sarang,
Anak enggang meniti di paya;
Tembaga buruk di mata orang,
Intan berkarang di hati saya.
Pantun kasih sayang diatas bermaksud kalau sudah sayang kita akan nampak orang
yang disayangi itu cantik, baik dan segalanya sempurna. Walaupun dimata orang lain
tidak nampak.
5. Empat Kerat - Nasihat
Air melurut ke tepian mandi,
Kembang berseri bunga senduduk;
Elok diturut resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.
Pantun nasihat diatas memberi nasihat bahawa jika semakin banyak ilmu yang ada
dalam diri hendaklah semakin merendah diri supaya tidak menjadi orang yang takbur
dan bongkak.
6. Empat Kerat - Budi
Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi darjat kerana bahasa.
Pantun budi diatas menunjukkan jika seseorang itu berbudi dia kan nampak tampan,
segak, dan indah. Selain itu seseorang itu akan tinggi darjatnya jika bersopan santu
dalam menggunakan bahasa.
16
7. Empat Kerat - Nasib
Pisau raut hilang di rimba,
Pakaian anak raja di Juddah;
Karam di laut boleh ditimba,
Karam di hati bilakah sudah.
Maksud: Banyak masalah yang mampu kita hadapi tetapi masalah PERCINTAAN sukar
untuk diubati.
8. Empat Kerat - Perantau
Pungut teritip di tiang batu,
Batu pecah dilanda karang;
Beginilah nasib dagang piatu,
Kain basah kering di pinggang.
Pantun perantau diatas bermaksud nasib perantau yang merantau di tempat orang
yang banyak kesusahan.
9. Empat Kerat - Adat
Buah berangan di rumpun pinang,
Limau kasturi berdaun muda;
Kalau berkenan masuklah meminang,
Tanda diri beradat budaya.
Pantun adat diatas menunjukan salah satu adat melayu iaitu jika sudah berkenan
dengan seseorang wanita hendaklah masuk meminang sebagai tanda pengikat bahawa
perempuan itu sudah berpunya.
17
10. Empat Kerat - Kepahlawanan
Patah rotan tali bersilang,
Batang meranti rimbun berjejal;
Langkah pahlawan di tengah gelanggang,
Berpantang mati sebelum ajal.
Pantun kepahlawanan diatas membawa maksuk seorangpahlawan mestilah berani dan
tidak boleh sesekali mengalah.
11. Empat Kerat - Peribahasa
Berakit-rakit kehulu
Berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian
Pantun diatas diambil untuk dijadikan peribahasa dalam bahasa melayu yang memberi
maksud untuk menjadi senang seseorang ituperlu bersusah-susah dahulu.
12. Empat Kerat - Kias dan Ibarat
Gesek biola tiup serunai,
Sayu dara berhati walang;
Putih mata si burung punai,
Kayu ara ditunggu helang.
pantun kias dan ibarat diatas bermaksud
18
13. Empat Kerat - Agama
Letak bunga di atas dulang,
Sisipkan daun hiasan tepinya;
Banyak berdoa selepas sembahyang,
Mohon diampun dosa di dunia.
Pantun agama diatas bermaksud selepas sembahyang hendaklah memohon
keampunan kepada tuhan.
14. Empat Kerat - Kanak-kanak
Lompat si katak lompat
Lompat di tepi pagar
Sekolah lekas dapat
Dan mesti rajin belajar
Pantun kanak-kanak diatas bermaksud kanak-kanak mesti cepat pandai dan mesti rajin