Sejarah Olaharaga AntarabangsaHari ini kita dapat melihat di
merata tempat di dunia, pelbagai bentuk pertandingan diadakan untuk
menguji kebolehan dan kekuatan manusia, malah terdapat juga
pertandingan dikalangan wanita. Inilah yang mewujudkan pertandingan
olahraga atau athletics. Sejak zaman Sebelum Masihi lagi sudah
terdapat pertandingan olahraga ini, khususnya di kalangan penduduk
Greek Kuno.Mengikut catatan sejarah olahraga dipercayai bermula
pada 3000 tahun yang lampau di Greece. Jika dilihat pada sejarah
awal Sukan Olimpik Kuno, sukan itu dipercayai bermula pada tahun
776 SM, dan sehingga kini sudah diakui merupakan catatan awal
bermulanya olahraga sebagai satu acara sukan. Hal Ini disebabkan
olahraga merupakan acara utama sukan tersebut. Dengan kata lain
orang Greek sudah mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga,
walaupun matlamat asal olahraga mereka bukanlah menjadikan olahraga
sebagai acara sukan yang dipertandingkan. Mereka lebih menganggap
olahraga sebagai salah satu cabang seni melalui persembahan
peserta-peserta yang mengambil bahagian. Sukan Olimpik ini yang
bermula pada tahun 776 SM berjaya diadakan setiap empat tahun
sekali sehingga tahun 397 SM. Selepas itu Sukan Olimpik tidak dapat
diadakan lagi atas arahan Maharaja Rom, Theodosius, tanpa
menyatakan alasannya.Terdapat usaha negara-negara lain selain
daripada Greek yang mula menunjukkan minat untuk menghidupkan
semula sukan olahraga. Di England umpamanya, olahraga berjaya
dihidupkan kembali oleh Royal Military College menerusi temasya
sukan yang diadakan pada tahun 1812. Perjumpaan sukan itu dianggap
sebagai yang pertama diadakan selepas berkuburnya Sukan Olimpik
Kuno. Setelah itu semakin banyak kelab olahraga yang ditubuhkan dan
ada kelab olahraga peringkat universiti yang ditubuhkan iaitu tahun
1850 di Oxford University Exeter College Athletic Club. Manakala
kejohanan kebangsaan yang pertama ialah pada tahun 1866 dianjurkan
oleh Amateur Athletic Club di England. Seterusnya kejohanana
Antarabangsa yang pertama diadakan tahun 1876 antara England dan
Ireland. Menjelang abad ke-20 ramai atlit Amerika Syarikat yang
telah mampu mencatatkan prestasi yang memberangsangkan.Australia
dan New Zealand juga berjaya melahirkan ahli-ahli olahraga yang
mampu menandingi peserta dari negara-negara Eropah dan Amerika
Syarikat. Ahli-ahli olahraga dari Asia, Afrika dan Amerika Selatan
ketika itu masih belum mampu menggugat atau menandingi
peserta-peserta tersebut, walaupun sukan olahraga sudah
diperkenalkan ke negara-negara tersebut. Hanya selepas tahun
1960-an barulah muncul peserta-peserta dari tiga kawasan dunia ini
yang mampu menandingi dan memberikan saingan. Tetapi kini senario
tersebut telah berubah dan boleh dikatakan atlit Asia dan Afrika
dianggap setaraf dengan atlit Eropah.Dewasa ini pelbagai kejohanan
sukan yang telah diadakan seperti Sukan Sea, Sukan Asia, Sukan
Komanwel dan Sukan Olimpik. Mana-mana badan atau pertubuhan yang
berdaftar dibawah IAAF boleh menyertai kejohanan dibawah pengawasan
IAAF.
Sejarah Olahraga di MalaysiaOrganisasi olahraga terulung dicatat
di Malaysia adalah Persatuan Olahraga Ipoh, pada tahun
1906.Kejohanan olahraga pada masa itu dinamakan Ipoh Athletic
Sports.Pemenang kejohanan ini dianggap sebagai Johan Malaya.Pada
1914 hingga 1919 Aktiviti olahraga dihentikan kerana Perang Dunia
Pertama. Pada 1920, mesyuarat olahraga diadakan di Kuala Lumpur
untuk mengadakan pertandingan olahraga di antara negeri buat kali
yang pertama.Kejohanan olahraga antara negeri ini dikelolakan oleh
Amateur Athletic of British Malaya.Pada 1913, nama diubah kepada
Amateur Athletic Association of Malaya.Nama kejohanan ditukar
kepada Championships of Malaya.Pada 1940 hingga 1948, aktiviti
olahraga dihentikan sekali lagi kerana Perang Dunia Kedua.Pada
1952, nama persatuan ditukar pula kepada Federation of Malaya
Amateur Athletic Union (FMAAU) digabungkan bersama dengan Majlis
Olimpik Malaya.Pada 1960, kejohanan kebangsaan pertama yang
menggunakan peraturan-peraturan baru telah diadakan di
Seremban,rekod-rekod kebangsaan telah diiktiraf.Pada 1960 hingga
1962, Kejohanan turut disertai oleh peserta-peserta dari luar
negara.Dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, FMAAU ditukar
kepada Malaysia Amateur Athletics Union (MAAU) atau Kesatuan
Olahraga Amatur Malaysia. Presiden MAAU yang pertama ialah Datuk
Mohamed Ghazali bin Shafie.Pada 1964, kejohanan pertama di bawah
MAAU diadakan. Semua negeri di Malaysia mengambil bahagian.
Acara Balapanmula pada 100 m garis penamat untuk semua larian2.1
Peraturan-peraturana) PERATURAN 160 i. Ukuran standard balapan
larian ialah 400m. la hendaklah mengandungi sepasang bahagian lurus
selari dan sepasang selekoh yang mempunyai ukuran jejari yang sama.
Kecuali balapan rumput, bahagian dalam balapan hendaklah dipisahkan
oleh bendulyang diperbuat daripada bahan yang sesuai setinggi lebih
kurang 5sm dan lebar minimumnya 5sm.ii. Sekiranya sebahagian bendul
tersebut terpaksa ditanggalkan untuk membolehkan acara padang
dijalankan, tempatnya hendaklah ditandakan dengan garisan putih
selebar 5sm dan kon atau bendera yang sekurang kurang 20sm tinggi,
diletakkan di atas garisan putih supaya pinggiran tapak kon atau
kayu pacak bendera menyentuh pinggiran garisan putih yang hampir
dengan balapan, dan diletakkan pada jarak antara satu sama lain
tidak melebihi 4m. Peraturan ini juga terpakai pada bahagian yang
membolehkan peserta keluar ke tempat lompatan air dalam acara lari
berhalangan. iii. Bagi balapan rumput yang tidak mempunyai bendul,
bahagian tepi dalamnya digantikan dengan garisan selebar 5sm. la
juga hendaklah dipasang bendera pada jarak 5m antara satu sama
lain. Bendera-bendera tersebut hendaklah dipacakkan di atas garisan
tadi supaya peserta tidak memijak garisan tersebut, tetapi
dicondongkan ke dalam pada sudut 60 darjah. Bendera-bendera yang
berukuran lebih kurang 25sm x 20sm yang dipacakkan dengan tiang
setinggi 45sm sangat sesuai untuk tujuan ini.iv. Ukuran ini dibuat
dari 30sm ke luar bendul atau, jika tiada bendul 20sm dari bahagian
dalam garisan penanda balapan tersebut.
v. Jarak larian diukur dari tepi belakang garisan permulaan
sehingga ke tepi belakang garisan penamat.vi. Bagi semua larian
sehingga dan termasuk 400m, setiap atlet hendaklah berlari dalam
lorong sendiri, yang mempunyai lebar 1.22m +- 0.01 m yang
ditandakan dengan garisan putih selebar 5sm. Lorong di sebelah
dalam hendaklah diukur seperti mana yang diterangkan dalam
perenggan iv di atas, tetapi lorong-lorong lain hendaklah diukur
20sm dari tepi sebelah luarnya.
Lari pecuta) Pengenalan Lari PecutI. Lari pecut dalam sukan
olahraga bolehlah didefinisikan sebagai larian terpantas
dibandingkan dengan acara-acara lainII. Lari pecut ; 100, 200, 400
meter.
b) Acara 100 m, 200 m, 400 m.i. Kedudukan Balapan untuk acara
100 meter ii. Kedudukan Balapan untuk acara 200, 400 meter.
iii. Permulaan Setiap peserta akan memulakan sesuatu perlumbaan
serentak. Selain garisan permulaan yang sama untuk acara 100 meter,
mereka akan berada di tempat permulaan yang berbeza-beza untuk
acara 200 meter dan 400 meter tetapi garisan penamat adalah sama.
Jarak sesuatu acara lari pecut ialah dari hujung garisan permulaan
hingga hujung garisan penamat, yang biasanya ditandakan dengan
pemasangan pita atau talian penamat. Di belakang garisan permulaan
pada tiga meter jarak ke belakang, biasanya terdapat garisan
pengumpulan peserta. Sebelum sesuatu permulaan diadakan para
peserta akan dikumpulkan di kawasan ini untuk diberikan penerangan
berkaitan dengan perlumbaan itu. Permulaan sesuatu perlumbaan
dilakukan oleh pegawai pelepas dengan dibantu oleh penolong pelepas
lain. Antara tanggungjawab pegawai-pegawai ini ialah me-meriksa
para peserta supaya mematuhi segala peraturan mengikut
undang-undang yang ditetapkan. Permulaan dilakukan dengan cara
tembakan pistol. Bagaimanapun bagi sesetengah perlumbaan peringkat
sekolah, penggunaan sesuatu objek yang boleh menghasilkan suara
adalah memadai seperti 'clapboard'. Pegawai .pelepas akan
mengeluarkan arahan 'Ke Garisan' kepada semua peserta sebagai
persediaan untuk memulakan perlumbaan. Selepas arahan itu didengar
oleh semua peserta, mereka akan berada di tempat permulaan mengikut
lorong yang ditetapkan. Setelah itu peserta hendaklah mendiamkan
diri, menandakan mereka sudah bersedia. Pegawai pelepas akan
melaung arahan 'Sedia', dan sepantas kilat peserta akan
mendongakkan kepala dan mengangkat badan. Mereka akan berlepas
daripada blok permulaan sebaik sahaja tembakan pistol dibunyikan.
Jika ada peserta yang meletakkan tangan menyentuh garisan
permulaan, mengangkat kaki atau bergerak terdahulu sebelum tembakan
pistol, peserta itu diberikan amaran dan permulaan dilakukan
semula. Biasanya mana-mana peserta yang melakukan kesalahan kali
kedua dalam permulaan, dia akan dibatalkan, walaupun
kesalahanpertama dilakukan oleh peserta lain.iv. Semasa perlumbaan
Setiap peserta hendaklah berlari mengikut lorong masing-masing yang
ditetapkan menerusi undian yang dijalankan pada awal permulaan,
iaitu dari mula hingga akhir. Jika ada peserta yang terkeluar atau
sengaja berlari di lorong lain, perlumbaannya dikira batal. Peserta
hendaklah membuat larian terus menerus tanpa henti sehingga ke
garisan penamat. Peserta tidak dibenarkan cuba menghalang atau
mengganggu peserta lain semasa dalam perlumbaan
v. Akhir perlumbaan Tali atau pita ringan direntangkan di atas
garisan penamat, pada aras dada peserta. Pemenang ditentukan
melalui sentuhan pertama mana-mana peserta pada bahagian dadanya
(torso). Peserta tidak dibenarkan menggunakan tangan atau kaki atau
kepala untuk menyentuh tali atau pita tersebut untuk mendakwa dia
yang mula-mula mencecah pita tersebut. Jika lebih daripada seorang
peserta yang mencecah tali atau pita pada waktu yang sama,
penentuan pemenang dibuat menerusi gambaran foto. Jika kaedah
seperti itu tidak disediakan, penentuan akan dibuat oleh
pegawai-pegawai perlumbaan menerusi catatan masa yang dibuat oleh
peserta tersebut.c) Gaya Permulaani. Terdapat dua jenis cara
permulaan bagi larian iaitu gaya dekam dan gaya berdiri.ii. Gaya
Dekam terbahagi pula kepada tiga jenis.
Gaya PeluruGaya SederhanaGaya Panjang
d) Berlepas dari blok permulaani. Suatu tindakan ledakanii.
Kedua-dua kaki menolak blok permulaan dengan kuat dan pantas.iii.
Tangan dihayun untuk membantu perlepasan keseluruhan badannya dari
blok tadi.iv. Pelari dapat melepaskan diri dengan pantas dan
sempurna apabila dia : Bergerak lurus ke hadapan tanpa menegakkan
badan dengan serta merta. Jarak langkahan yang pertama dilakukan
secara sederhana, tidak terlalu panjang dan tidak terlalu
pendek.
e) Butiran mengajar dan ansur majui. Latihan yang melibatkan
komponen penting dalam lari pecut, antaranya permainan kecil,
latihan dan ansur majuii. Permainan kecil ; tujuan utama permainan
ini ialah untuk memberi peluang kepada para pelajar mempraktiskan
teknik berlari yang telah mereka pelajari. Secara tidak langsung
guru dapat menilai pembelajaran para pelajarnya dengan memerhatikan
perlakuan mereka semasa permainan kecil dijalankan. Berikut adalah
beberapa permainan kecil yang sesuai untuk tujuan tersebut: Lumba
lari berganti-ganti antara dua tempat Lari ulang-alik/Lari kutip
mata Nombor sama berlari (bulatan) Pukul berapa Datuk Harimau?
Belalang, belatuk
iii. Latihan ansur maju lari pecut Lari setempat, angkat lutut
tinggi-tinggi dan gerakkan tangan dengan pantas. Lari pecut sejauh
20-30 meter secara berulang-ulang. Lari sambil mengejar pasangan
dan cuba cuit mana-mana bahagian badannya sebelum sampai di tandaan
30 meter. Berlari anak dan dengan pantas tukar kepada lari pecut
sejauh 30-50 meter. Lari kutip mata (lari ulang-alik). Latihan lari
sejauh 30 meter. Beri perhatian kepada pergerakan tangan,kedudukan
kepala dan sebagainya. Latihan berlari di bahagian selekoh.
Condongkan badan sedikit ke dalam,iaitu ke arah lorong. Hayunkan
tangan kanan melintasi badan.
Lari Berpagara) Lari berpagar ; 100, 110, 400 meter.b) Berikut
adalah gerakan bagi lari berpagar
c) Permulaani. Pelari hendaklah menggunakan teknik pecut biasa
untuk tiga langkah pertama larian.ii. Sebelum larian berrnula
pelari mestilah memerhati pagar pada langkah keempat dan
kelima.iii. Pelari hendaklah berlari dan melompat pada lorong yang
di beri sehingga tamat.iv. Elakkan daripada melanggar atau
menjatuhkan pagar kerana akan melambatkan tempo atau rentak
larian.v. Pelari hendaklah mengatur dan menentukan bilangan langkah
yang sesuai untuk setiap pagar yang akan dilepasi.d) Semasa
lariani. Dari permulaan ke pagar pertama Pelari hendaklah
menentukan langkah yang akan diambil. Pelari hendaklah berlari
pantas bagi mendapat keyakinan. Pelari hendaklah mengelakkan
daripada melonjak terlalu hampir dengan pagar. Pelari tidak
dibenarkan memperlahankan larian apabila menghampiri pagar dan
teragak-agak membuat lompatan.ii. Ketika kaki melepasi pagar Kaki
pelari yang melangkah terdahulu hendaklah lurus ke hadapan. Pelari
hendaklah membongkok badan ke hadapan. Pelari hendaklah
menghulurkan tangan yang bertentangan kaki yang melangkah ke
hadapan dan selari dengan kaki berkenaan. Pelari hendaklah mengarah
keluar tapak kaki belakang. Pelari hendaklah menarik kaki belakang
dengan pantas ke bawah sebaik sahaja kaki hadapan mencecah atau
mendarat ke tanah. Pelari hendaklah meneruskan larian selepas
mendarat.iii. Berlari di antara pagar. Pelari hendaklah mengekalkan
jumlah langkah di antara pagar. Pelari hendaklah berlari lurus
dengan pandangan mata ditumpukan ke hadapan iaitu pada pagar
seterusnya. Pelari hendaklah meningkatkan kelajuan setelah rentak
lari diperoleh dan membuat lompatan yang seterusnya.e) Menamatkan
Larian Pelari hendaklah memecut sepantas yang boleh menuju ke
garisan penamat. Pelari hendaklah mendepankan dada pada bahagian
torso untuk mencapai pita atau tali penamat.
Lari Berganti-gantia) Acaranya adalah 4 X 100 meter dan 4 X 400
meter.b) Teknik Menukar Batoni. Gaya selang-seli tanpa pandang
ii. Gaya selang-seli cara pandang
iii. Cara memberi baton Kepantasan larian dikekalkan semasa
memberi baton. Beri isyarat kepada penerima. Hulurkan baton dengan
tangan yang lurus. Perhatikan tangan penerima dan letakkan bahagian
hujung baton ke dalam tangan.iv. Cara menerima baton Selalu berada
dalam keadaan sedia. Menoleh untuk memandang pelari yang membawa
baton. Sediakan tandaan. Berlepaslah dengan pantas sebaik sahaja
pelari membawa baton sampai di tandaan itu. Jangan menoleh ke
belakang si berlari (gaya tanpa pandang). Hulurkan tangan lurus ke
belakang apabila mendengar isyarat daripada pelari yang sedang
membawa baton. Pegang baton dengan erat di bahagian pangkalnya\
Baton hendaklah dihantar kepada penerimanya di dalam lingkungan zon
pertukaran baton sejauh 20 meter.
Pergerakan ke bawahPergerakan ke atas
c) Contoh-contoh latihan dan ansur maju.i. Latihan statik
berpasangan Latihan ini melibatkan dua peserta. Peserta A berdiri
lebih kurang satu meter di belakang Peserta B. Peserta A memberi
isyarat kepada Peserta B dan Peserta B menghulurkan tangan kanannya
ke belakang. Peserta B kemudiannya menarik tangannya ke hadapan
sebaik sahaja Peserta A menepuknya dengan tangan kiri. Lakukan
latihan ini secara berulang-ulang.ii. Ulang latihan statik di atas
dengan menggunakan baton.iii. Latihan bergerak- berpasangan Latihan
ini juga memerlukan dua peserta dan ia dilakukan sambil berlari
anak (joging). Peserta A akan berlari ke hadapan Peserta B setelah
memberi baton kepadanya. Peserta B pula menghantar baton kepada
Peserta A. Teruskan latihan yang serupa buat beberapa kali.Latihan
Statik Berpasanganiv. Latihan bergerak- berpasangan Asingkan
kedudukan kedua-dua peserta dalam jarak lebih kurang 30 meter.
Peserta A berlari dan apabila dia sampai di tandaan, Peserta B pula
mula berlari. Peserta A terus mengejar Peserta B untuk memberi
baton kepadanya. Jarak tandaan bolehlah diubah mengikut kesesuaian.
XA B TandaanPelan Kedudukan Pelari A dan B.d) Panduan Pelari
Berganti-gantii. Pelari pertama Dapat memulakan larian dengan balk.
Pantas berlari di bahagian selekoh tetapi mungkin seorang yang
kurang cekap semasa menerima baton.ii. Pelari kedua Merupakan
pelari yang terpantas di bahagian lurus. Cekap menerima dan memberi
baton dengan tangan kirinya.iii. Pelari ketiga Pantas berlari
dibahagian selekoh Cekap menerima dan memberi baton dengan tangan
kanannya.iv. Pelari keempat Tidak semestinya pelari yang terpantas
di dalam pasukannya. Pantas berlari di bahagian lurus. Merupakan
pelari yang penuh keazaman dan dan tenang. Ciri-ciri ini amat perlu
kerana pelari ini mungkin terpaksa mengejar atau dikejar oleh
pelari-pelari daripada pasukan lawan.
Acara PadangOlahraga trek dan padang biasanya dikenali sebagai
olahraga atau trek dan padang adalah satu koleksi acara sukan yang
melibatkan larian, balingan dan lompatan. Nama "olahraga" berasal
daripada perkataan Greek "athlos", bermaksud "bertanding".
Acara-acara yang tergolong dalam acara padang ialah acara-acara
lain daripada acara balapan atau lari, dan ianya terdiri daripada
acara lontar dan lompat. Melontar dan melompat merupakan seni dan
aktiviti yang terdapat pada setiap manusia yang sihat tubuh
badannya. Lontar PeluruAcara lontar peluru adalah satu acara
olahraga iaitu acara padang yang melibatkan dari segi melontar
dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang
boleh. Sebagai acara padang dalam sukan olahraga, lontar peluru
terus menjadi salah satu acara yang dipertandingkan dalam
kebanyakan perjumpaan olahraga. Oleh sebab acara ini disertai oleh
lelaki dan wanita, bermakna penyertaan agak meluas. Teknik lontaran
juga diperbaiki dan disesuaikan dari semasa ke semasa bagi menjamin
kelicinan dan peningkatan dalam lontarannya. Begitu juga dengan
kaedah latihan yang diadakan bagi mereka yang mengambil bahagian
dalamacara ini, turut ditingkatkan termasuk penekanan terhadap
jenis, latihan, tempoh latihan aktiviti-aktiviti sampingan, serta
pemakanan.Lontar peluru merupakan acara lontar paling mudah
dilakukan berbandingkan dengan tiga acara lontaran yang lain.
Walaupun sebilangan besar daripada peserta dan pemenang acara ini
pada peringkat antarabangsa, terdiri daripada peserta yang berbadan
besar, tegap, berat dan kuat, tetapi ini bukanlah sesuatu yang
menjadi syarat utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan
seseorang dalam acara ini. Pelontar peluru harus mampu mengenal
pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik yang
diperolehi melalui latihan bersistem di bawah pengawasan jurulatih
khusus untuk acara ini. Acara ini menggunakan kekuatan sebelah
tangan sahaja. Badan yang sasa dan tegap juga akan memberikan suatu
dasar atau tapakyang agak stabil dalam gerakan melontar. Namun
begitu, kepantasan pergerakan juga merupakan satu faktor yang
penting dan seseorang atlit itu hendaklahmempunyai kualiti ini
disamping ciri-ciri tubuh yang dijelaskan diatas.a) Fasa Pergerakan
Melontar Pelurui. Pegangan peluruii. Lakuan sediaiii. Lungsuraniv.
Kilasan badanv. Lontaranvi. Pulihanb) Pegangan Pelurui. Teknik
memegang peluru dengan tiga jari ii. Teknik memegang peluru dengan
lima jari Pegangan 3 jari Pegangan 5 Jari
c) Teknik melontar pelurui. Gaya berdiri dan melontar (tanpa
lungsuran)ii. Gaya melunsur selangkahiii. Gaya Parry O'Brien
d) Fasa ketika melontar peluru (Gaya berdiri dan melontar)i.
Lakuan sedia Peserta berdiri di bahagian hadapan bulatan dengan
bahu kirinya menghala ke arah lontaranii. Kilasan badan Kilasan
badan dimulakan dengan bahu tangan bebas digerakkan ke hadapan.iii.
Lontaran Tolak peluru dengan kaki belakang diluruskan sambil
menekan ke atas tanah sehingga badan menjadi terangkat.iv.
Pemulihan Fasa pemulihan tidak ditegaskan kerana tiada lungsuran
dan pergerakan badan.e) Fasa ketika melontar peluru (Gaya melungsur
selangkah)i. Lakuan sedia Pelontar berdiri di bahagian belakang
bulatan dengan membelakangkan kawasan lontaranii. Lungsuran
Pelontaran menolak dengan kaki kiri supaya kaki kanan pelontar
dapat membuat lungsuran ke bahagian tengah bulataniii. Kilasan
badan Apabila kaki kanan bertapak semula dan proses lungsuran
tamat, pinggul kanan dipusingkan ke kiri dan ke atas serentak
dengan kilasan badaniv. Lontaran Setelah kilasan tamat, kaki yang
rnelungsur menolak dengan kuat sehingga badan terangkat dan
melentik serta diikuti dengan menolak peluru.v. Pemulihan Membawa
kaki kanan ke hadapan bulatan dan pada masa yang sama kaki kiri
digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantu imbangan
badan.f) Fasa ketika melontar peluru (Gaya Parry O' Brien)i. Lakuan
sedia Pelontar berdiri membelakangkan arah lontaran dan kaki bebas
diangkat ke atas sambil bahagian badan dibongkokkan ke hadapan
sehingga hampir selari dengan tanah.ii. Lungsuran Apabila badan
dicondong ke hadapan dan berat badan dirasa di atas kaki kanan,
pergerakan melungsur dilakukan.iii. Kilasan badan Pada akhir
pergerakan lungsuran dan apabila kaki bebas telah bertapak di
belakang papan penahan, badan mula mengilas ke atas dan
kehadapan.iv. Lontaran (seperti gaya dirian dan melunsur
selangkah)v. Pemulihan (seperti gaya dirian dan melunsur
selangkah)Lompat JauhPeraturan AsasPermukaan yang sama dengan trek
larian) dan melompat sejauh yang boleh dengan memijak sepintas pada
papan kayu ke bahagian yang diisi pasir atau tanah. Jarak minimum
dari papan ke tanda yang dibuat oleh atlit pada pasir diukur. Jika
seseorang itu memulakan lompatannya dengan mana-mana bahagian
kakinya di depan atau melebihi papan (satu lapisan plastisin
diletakkan dengan segera di depan papan untuk mengesan ketepatan
ini), lompatannya diisytiharkan salah atau batal dan tiada jarak
akan direkodkan.Format sebenar pertandingan ini berbeza, tetapi
secara amnya peserta akan mendapat beberapa kali cubaan untuk
membuat lompatan dan hanya lompatan yangt erpanjang akan dikira
sebagai keputusan. Peserta dengan lompatan sah yang paling jauh
pada akhir pertandingan akan dikira sebagai juara.a) Fasa lompat
jauhi. Fasa Penujuanii. Fasa Lonjakaniii. Fasa Layanganiv. Fasa
Pendaratan.b) Fasa penujuani. Perlukan peserta berlari dengan
kepantasan yang optimum dan terkawal.ii. Penting bagi peserta ;
tahu bilangan langkah larian yang perlu untuk mencapai kepantasan
yang optimum.iii. Gaya berlari adalah sama dengan lari
pecut.apabila hampir dengan papan lonjak, peserta mesti bersedia
untuk melonjak.c) Fasa lonjakani. Tujuan fasa ini adalah untuk
mencapai lompatan yang tinggi.ii. Tapak kaki yang digunakan untuk
melonjak mestilah memijak papan lonjak dengan tepat di mana hujung
kaki tidak menyentuh kawasan yang terletak di hadapan papan.d) Fasa
layangani. Tindakan yang dilakukan selepas lonjakan.ii. Gaya
tendang kayuh, pelompat seolah-olah melangkah di udara dan badannya
tegak.iii. Gaya layar, pelompat melunjurkan kedua-dua belah kaki
nya ke hadapan dan badannya dicondongkan ke hadapan. Tangan
pelompat dihulurkan sehingga hujung kakiiv. Gaya gantung, pelompat
mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas seolah-olah bergantung
di udara. Kedua kakinya diangkat ke belakang.v. Gaya selangkah,
pelompat menghayunkan bahagian kakinya yang bebas ke hadapan
selepas melakukan lonjakan.
GayaGaya tendang Layar Gaya Gantung Kayuh
e) Fasa pendaratani. Semasa berada dalam fasa ini, pelompat
mesti memberi perhatian kepada imbangan badan dan pencapaian jarak.
ii. Kaki dihulur ke hadapan dan sewaktu mencecah tempat mendarat
(tumit kaki dahulu) lutut dilenturkan untuk mengurangkan kesan
tekanan pendaratan dan tangan dihayun ke atas.iii. Badan
dicondongkan ke hadapan supaya keseluruhan badan terus menuju ke
hadapan.
f) Contoh-contoh latihan dan ansur maju.i. Beberapa aktiviti
melompat untuk menentukan kaki kiri atau kaki kanan yang lebih
selesa digunakan untuk melonjak.
Latihan lompat ketingting antara dua tempat dan melepasi
halangan boleh dianggap sebagai suatu aktiviti yang dapat memenuhi
kehendak ini.Lompat ketingting melepasi halangan
Berlari anak dan melangkah ke dalam kawasan mendarat. Ini dibuat
secara berulang-ulang. Tetapkan tanda permulaan larian. Tujuan
latihan ini ialah untuk menumpukan perhatian para pelajar kepada
langkah larian yang sama.
Belari dari tandaan dan melonjak tinggi. Lutut kaki bebas
diangkat tinggi dan tangan dihayun ke atas. Pelari tidak semestinya
memijak papan lonjak. Lakukan latihan ini berulang-ulang. Latihan
ini dapat membantu para pelajar merasai keadaan sebenar semasa
melonjak ke atas. Mereka hendaklah cuba melonjak seberapa tinggi
yang boleh semasa melakukan latihan ini.
Gunakan tali sebagai halangan. Para pelajar berlari dan
melonjak. Semasa berada di udara, kaki bebas dibuka luas ke
hadapan. Mendarat secara mengangkang dengan (kaki bsbas (kaki di
sebelah hadapan) mencecah tanah dahulu. Latihan ini bertujuan untuk
memastikan pelompat dapat melonjak dengan tinggi dan menggerakkan
kakinya yang bebas ke hadapan semasa berada di fasa layangan.
Berlari pantas, melonjak dan rnendarat. Gunakan dan sesuaikan
tandaan untuk mencapai ketepatan melonjak. Latihan ini merunakan
latihan melompat jauh secara keseluruhannya.
ii.
Lompat jauh keseluruhan
iii. Aktiviti untuk lompat jauh Berlari sejauh 20 hingga 30
meter. Lompat jauh dirian. Melompat melepasi halangan. Lompat
ketinting
Melompat sungai.
Gambar Rajah Acara Balapan dan Padang