Top Banner
27

Sejarah kecergasan

Jan 19, 2016

Download

Documents

sejarah mungkin berulang
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Sejarah kecergasan
Page 2: Sejarah kecergasan

PENGENALANCergas dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4

bertenaga dan giat atau pun bermaksud aktif. Seseorang yang cergas dikata seorang yang sentiasa

bertenaga dan aktif dalam melakukan aktiviti-aktiviti harian. Manakal

Kecergasan Kamus Pelajar Edisi Ke-2

pula boleh disifatkan sebagai keadaan yang cegas. Kamus Dewan Edisi Ke-4

kecergasan memperihalkan suatu keadaan yang cergas dimana ia melibatkan cergas dari aspek tubuh badan dan otak.

Page 3: Sejarah kecergasan

Organisasi Kesihatan Dunia atau ‘World Health Organization’ (WHO kecergasan merupakan kebolehan seseorang melakukan

sebarang kerja tanpa rasa penat, serta mempunyai cukup tenaga untuk berekreasi dan mempunyai lebihan tenaga untuk melalui peristiwa kecemasan.

Falls (1980) kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang

berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan berbagai-bagai penyakit otot dan tulang.

Kecergasan untuk prestasi merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu yang membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih tenaga daya kuasa, kekuatan, daya tahan, kemahiran dan sebagainya.

Page 4: Sejarah kecergasan

Haji Gapor Ahmad (2007) Kecergasan merupakan keupayaan dan kemampuan melakukan

sesuatu dengan sempurna yang melibatkan aspek fisiologikal, psikologikal dan sosiologikal.

Wee (2001) menyatakan kecergasan fizikal merupakan keupayaan untuk

memenuhi keperluan kehidupan seharian dan masih mempunyai tenaga untuk bertindak balas terhadap perkara yang tidak diduga.

Aris Fazil, et al. (2003) kecergasan fizikal adalah kemampuan dan keupayaan individu

melakukan tugas serta tanggungjawab harian tanpa cepat mengalami kelesuan.

Masih mempunyai tenaga untuk melibatkan diri dalam aktiviti kesenggangan dan dapat menghadapi segala kecemasan yang berkemungkinan berlaku.

Page 5: Sejarah kecergasan

Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (1985) Melancarkan program keilmuan dan latihan dibawah

konsep ‘Malaysia Cergas’ bagi membina masyarakat yang cergas, sihat dan produktif ke arah perpaduan negara.

memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan menjaga kesihatan.

Usaha ke arah membina masyarakat cergas dan sihat disokong kuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dimana Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dijadikan sebagai mata pelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989.

Page 6: Sejarah kecergasan

Kecergasan menyeluruh / “total fitness” digambarkan sebagai keupayaan seseorang individu

menjalani kehidupan yang sempurna dan berupaya memberikan sumbangan dan perkhidmatan yang terbaik.

Kecergasan ini meliputi aspek fizikal, emosi, rohani, intelek dan sosial yang mana berkait rapat antara satu sama lain.

Setiap aspek tersebut adalah penting. Sekiranya salah satu daripada aspek tersebut terjejas, maka aspek-aspek yang lain juga akan terjejas.

Page 7: Sejarah kecergasan

Kecergasan Menyeluruh

Sosial

Mental

Emosi

Rohani

Fizikal

Berasaskan Kesihatan Motor

Berasaskan Lakuan Motor

Page 8: Sejarah kecergasan

Kecergasan sosialkeupayaan individu untuk berinteraksi dengan

orang lain bagi mewujudkan perhubungan yang bermakna supaya dapat meningkatkan kualiti hidup semua pihak yang terlibat dalam perhubungan ini.

Manusia saling berinteraksi antara individu dan kelompok manusia yang lain untuk berkongsi maklumat dan hidup saling bergantung antara satu sama lain.

Page 9: Sejarah kecergasan

Kecergasan mental keupayaan individu untuk berfikir dan

menggunakan akal fikiran untuk membuat keputusan dan menjalani kehidupan seharian.

Segala maklumat yang diperolehi digunakan untuk meningkatkan kualiti hidup seharian dan berfungsi secara optimal.

Page 10: Sejarah kecergasan

Kecergasan emosi keupayaan individu menangani kehidupan

seharian serta perasaan kendiri secara membina, proaktif, dan optimistik.

Kemampuan manusia mengawal emosi atau perasaan diri dan kemampuan berfikir dan membuat keputusan secara bijak dengan memikirkan semua pihak.

Page 11: Sejarah kecergasan

Kecergasan rohani keupayaan individu untuk membentuk satu

sistem nilai dan bertindak berlandaskan kepercayaan seta menetapkan dan melaksanakan matlamat kehidupan yang bermakna dan konstruktif.

Page 12: Sejarah kecergasan

Kecergasan fizikal Keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk

menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian menggunakan masa lapang dengan lebih efektif.

Mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan.

Terbahagi kepada

Berasaskan kesihatan

Berasaskan lakuan motor.

Page 13: Sejarah kecergasan

Kecergasan fizikal berasaskan kesihatan Falls (1980)

merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan berbagai-bagai penyakit otot dan tulang.

Dikaitkan juga dengan keupayaan seseorang itu melakukan kerja-kerja hariannya dengan penuh semangat dan kemampuannya mengelak dan menjauhkan diri daripada dijangkiti penyakit-penyakit cara hidup sedentari.

Penyakit-penyakit ini dikenali sebagai hipokinetik, sejenis penyakit atau keadaan yang dikaitkan dengan kekurangan aktiviti fizikal, seperti diabetes dan penyakit jantung.

Page 14: Sejarah kecergasan

Komponen Kecergasan fizikal berasaskan kesihatan

Daya Tahan Kardiovaskul

ar

Kekuatan

Daya Tahan Otot

Kelembutan/ kelenturan

Komposisi Badan

Page 15: Sejarah kecergasan

Daya Tahan Kardiovaskular (Cardiovascular Endurance)

sistem kardiorespiratori (jantung), sistem peredaran darah dan paru-paru berfungsi lebih cekap dan berkemampuan untuk mengedar darah dan oksigen ke seluruh badan semasa sesuatu aktiviti senaman dilakukan.

Keupayaan sistem pernafasan dan sistem pengaliran darah membekalkan sel-sel badan dan organ-organ di dalamnya dengan keperluan-keperluan oksigen bagi melakukan kerja untuk jangkamasa panjang.

Dikenali juga sebagai kecergasan aerobik, kuasa aerobik atau dayatahan aerobik kerana komponen kecergasan jasmani ini melibatkan sistem tenaga aerobik.

Page 16: Sejarah kecergasan

Daya Tahan Otot Daya Tahan Otot (Muscular Endurance)

Keupayaan otot atau sekumpulan otot tulang melakukan pergerakan atau pengecutan untuk beberapa waktu yang lama atau ulangan yang tinggi.

Juga di maksudkan dengan kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot-otot menghasilkan daya berulang-ulang bagi suatu jangkamasa tertentu atau otot-otot menguncup untuk satu masa tertentu.

Kekuatan Otot (Muscular Power) Merujuk kepada kuasa atau tenaga maksimum yang dapat dijanakan

oleh sesuatu atau sekumpulan otot rangka. Kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot-otot mengatasi rintangan

bagi menghasilkan daya (kerja) ataupun jumlah tenaga luaran yang boleh dihasilkan oleh otot.

Kuasa pergerakan otot yang maksimum membolehkan manusia mengerjakan berbagai-bagai aktiviti serta segala aktiviti ini dapat dilakukan dengan senang.

Page 17: Sejarah kecergasan

Kelembutan atau kelenturan(Flexibility)

Keupayaan anggota badan bergerak di sesuatu sendi tertentu melalui satu lingkungan atau julat pergerakan yang biasa.

Elemen ini membolehkan pergerakan anggota badan dengan bebas.

Menentukan kelenturan otot, tendon, sendi dan ligamen yang terpaut pada tulang.

Hasil pergerakan biasanya ditentukan oleh panjangnya otot-otot, ligamen, tendon-tendon dan struktur sendi-sendi seseorang itu.

Page 18: Sejarah kecergasan

Komposisi Badan (Body Composition)

Meliputi tiga komponen struktur asas yang ada pada badan : Lemak otot-otot tulang-tulang.

Lemak ini dikenali sebagai ‘lemak penting’.Diperlukan sebagai sumber tenaga yang tersimpan

untuk tujuan pengawalan suhu badan, penyerapan gegaran dan pengawalan nutrien penting dalam badan.

Page 19: Sejarah kecergasan

KECERGASAN FIZIKAL BERASASKAN PERGERAKAN MOTOR

Merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu yang membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih tenaga daya kuasa, kekuatan, daya tahan, kemahiran dan sebagainya.

Lakuan motor bolehlah difahamkan sebagai perlakuan yang berkaitan dengan sistem saraf, iaitu keadaan bagaimana sistem saraf berfungsi setelah dirangsangkan.

Kecergasan jenis ini adalah penting untuk individu dan atlit yang mempunyai daya tahan dan berprestasi tinggi seperti pelari pecut.

Page 20: Sejarah kecergasan

KOMPONEN KECERGASAN FIZIKAL BERASASKAN LAKUAN MOTOR

Koordinasi

Imbangan

Ketangkasan

Kuasa

Masa Tindak Balas

Kelajuan / kepantasan

Page 21: Sejarah kecergasan

Koordinasi (Coordination)

berkait rapat dengan keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan tubuh badan seseorang individu.

Kemampuan atau kebolehan individu menggunakan pancaindera bersama badan dan mengaitkan dengan mental dalam pergerakan yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki.

Contoh, koordinasi mata dan kecekapan tangan dan badan bergerak ketika menyambut barang jatuh.

Page 22: Sejarah kecergasan

Imbangan (Balance)

Kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan badan apabila pusat graviti seseorang dan dasar (tapak) menyokong diubah.

Terbahagi kepada dua Imbangan statik ialah kebolehan mengekalkan

keseimbangan ketika pusat gravitinya berada setempat. Imbangan dinamik ialah kebolehan mengekalkan

keseimbangan ketika pusat graviti diubah. • Juga kebolehan mengekalkan kedudukan badan dalam keadaan

teguh semasa melakukan pergerakan atau dalam keadaan diam. • Contohnya dalam perlakuan melombol dan menghambur dalam

gimnastik artistik.

Page 23: Sejarah kecergasan

KETANGKASAN

Kebolehan seseorang melakukan pergerakan-pergerakan berturutan ke suatu arah yang berbeza seberapa cekap dan pantas yang boleh.

Menukar kedudukan di ruang tertentu secara kemas dan mudah.

Contoh : dalam pergerakan tangkas mengundur ke belakang dan maju ke depan mengejar bulu tangkis dalam permainan badminton.

Page 24: Sejarah kecergasan

KUASA

• Kombinasi kedua-dua kekuatan otot dan kelajuan. • Kebolehan individu melakukan suatu pergerakan pantas

(mengecut atau explosive) yang kuat dalam jangkamasa yang singkat dengan kecepatan yang tinggi.

• Kuasa adalah hasil kucupan otot yang kuat dalam jangkamasa yang singkat dan merupakan gabungan antara kekuatan otot dan kepantasan kucupan otot.

• Contoh : dalam sukan bola tampar, kemahiran rejaman atau smash dilakukan dengan pergerakan pantas sehingga bola menuju ke gelanggang lawan dengan laju dan tajam.

Page 25: Sejarah kecergasan

KELAJUAN

Kemampuan menggerakkan seluruh badan dengan cepat dari satu tempat ke satu tempat dalam satu arah tertentu.

Contoh : kelajuan adalah larian memecut sejauh 30, 50, 100 dan 200 meter. Ujian kelajuan biasa dibuat melalui larian 30 meter

bagi murid sekolah rendah.

Page 26: Sejarah kecergasan

KAJIAN LITERATURE KEPANTASAN•kepantasan sebagai kadar di mana seseorang boleh menggerakkan anggota badan atau sebahagian anggota badan di antaradua titik.

Johnson & Nelson (1986)

•keupayaan untuk melakukan pergerakan dalam masa yang singkat.

Corbin & Lindsey (1994)

•Antara ujian yang lazim digunakan bagi mengukur kepantasan adalah lari pecut 4 saat, lari pecut 6 saat, lari pecut 50 ela, lari pecut 30 meter, lari pecut 8 saat dan lari landas 20 ela

Kreighbaum & Barthels, (1990)

•kepantasan ialah keupayaan melakukan pergerakan dalam jangka masa yang pendek.

Hastad dan Lacey (1998)

•kepantasan merupakan salah satu komponen yang paling penting di dalam acara-acara yang melibatkan daya tahan seperti lari, bola sepak, hoki dan sebagainya.Brook (1988)

Page 27: Sejarah kecergasan

•menyatakan bahawa tahap kepantasan adalah bergantung kepada kadar nisbah anggota tubuh kepada kuasa.

Hemery (1988)

•menyatakan bahawa latihan isotonik (dinamik) dan isometrik (statik) dapat meningkatkan kepantasan.

Meadows (1959) & Johnson (1964)

•mendapati bahawa motivasi yang ringkas juga dapat meningkatkan tindakbalas seseorang yang akan membawa kepada kepantasan pergerakan.

Henry (1951)

•pula menyatakan bahawa peningkatan motivasi dalam kepantasan disebahagian badan boleh dipindahkan ke bahagian badan yang lain.

Fairclough (1952)