INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN TUGASAN SEMESTER 5 WAJ3121 KOKURIKULUM - OLAHRAGA NAMA PELAJAR :HOI ZING YIT ANGKA GILIRAN :2013101340182 NO. MATRIK :IPGKSM : 6761 NO. KAD PENGENALAN : 930713-02-5517 KUMPULAN / UNIT : PISMP SEM 4 RBT SJKC NAMA PENSYARAH PEMBIMBING : EN. SUKRERI @ SYUKRI BIN MOHAMAD ZIN
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
TUGASAN SEMESTER 5
WAJ3121
KOKURIKULUM - OLAHRAGA
NAMA PELAJAR :HOI ZING YIT
ANGKA GILIRAN :2013101340182
NO. MATRIK :IPGKSM : 6761
NO. KAD PENGENALAN : 930713-02-5517
KUMPULAN / UNIT : PISMP SEM 4 RBT SJKC
NAMA PENSYARAH PEMBIMBING : EN. SUKRERI @ SYUKRI BIN
MOHAMAD ZIN
SEJARAH
OLAHRAGA
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN
Berlari , melompat dan melontar atau membaling merupakan perlakuan semula jadi
manusia yang melambangkan keupayaan dan kemahiran asas manusia sebagai
makhluk yang mempunyai fikiran. Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan dan
diperbaiki sehingga menjadi acara sukan yang kemudianya dipertandingkan.
Dari masa ke semasa , kebolehan manusia ini menjadi satu acara pertandingan
yang menarik , sehingga mampu menarik minat ramai orang dari serata dunia sejak
dahulu lagi. Dari situ lahirlah istilah olaraga (athletics) yang merangkumi acara-
acara berlari , melompat dan melontar . Mereka yang melibatkan diri dalam olaraga
ini dikenali sebagai olaragawan ( lelaki ) dan olaragawati ( perempuan ).
SEJARAH AWAL
Berdasarkan catatan sejarah ' olahraga' dipercayai bermula lebih kurang
1000 tahun sebelum masihi di Greece Kuno . Ini bermakna , olahraga ini sudah
diadakan lebih 3000 tahun lampau. Berdasarkan sejarah ini maka olahraga
merupakan salah satu sukan tertua di dunia. Sukan olimpik Kuno yang diadakan
pada tahun 776 sebelum Masihi di Greece yang merupakan tempat bermulanya
tamadun manusia.
Dengan kata lain orang-orang Greece sudah melibatkan diri dalam olaraga,
walaupun matlamat mereka pada mulanya bukanlah sebagai sukan , tetapi lebih
kepada salah satu bidang seni. Menurut buku The Encyclopedia of sports , acara
pertama yang dicatatkan sebagai sukan ialah lompat jauh, iaitu oleh ahli sukan
Sparta bernama Chionis pada sukan olimpik tahun 656 sebelum Masihi . Beliau
melompat sejauh 23 kaki 1 inci.
PERKEMBANGAN AWAL
Olaraga yang merupakan acara yang menjadi keutamaan dalam perjumpaan
Sukan Olimpik kuno ini mula mendapat perhatian ramai. Ia diadakah empat tahun
sekali dan terus berlangsung sehinga tahun 397 sebelum Masihi . Tetapi ia terus
dimatikan oleh Maharaja Rom, Theodosius.
Walaupun tiada pertandingan khusus untuk olahraga selepas itu , manusia
tetap meneruskan aktiviti berlari, melompat dan membaling. Tempoh lenyap dari
sebarang pertandingan ini tidak melibatkan negara-negara lain. Ini kerana negara
lain meneruskan pertandingan . Ini berlarustan sehingga abad ke 17.
Di England, Sukan Olaraga berjaya dihidupkan oleh Royal Military College di
Sandhurst yang telah mengadakan temasya sukannya pada tahun 1812. Lima tahun
kemudian ,kelab olaraga pertama dunia ditubuhkan.Kelab itu ialah The Necton
Guild. Selepas itu semakin banyak sekolah di England turut mengambil bahagian
dalam sukan ini. Pada tahun 1850, sebuah kelab olaraga peringkat Universiti telah
ditubuhkan oleh Oxford University, iaitu Exeter College Athletic Club dan kelab ini
masih wujud hingga sekarang.
Tahun-tahun 1860-an merupakan tahun-tahun perkembangan olahraga di
England. Kejohanan olahraga berbentuk terbuka mula diadakan. Pada masa yang
sama olahraga diperkenalkan di Kanada dan Amerika Syarikat. Kejohanan olahraga
kebangsaan pertama di dunia diadakan pada tahun 1866 oleh Amateur Athletic Club
di England dengan Ireland.
Kedatangan olahraga ke Amerika Syarikat telah mendapat sambutan
menggalakkan dari negara itu. Menjelang abad ke -20, ramai ahli olahraga Amerika
Syarikat yang menunjukkan peningkatan yang membanggakan sehingga mampu
menguasai banyak pertandingan. Walaupun rekod-rekod dunia pada ketika itu tidak
diikhtiraf oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa sehingga tahun 1913,
namun daripada senarai pemenang pada awal abad ke 20 menunjukkan
sebahagiannya. dikuasai oleh Amerika Syarikat.
Dari tahun ke setahun , sukan olahraga telah benyak berkembang ke
beberapa buah negara dan bilangan negara yang berjaya menghasilkan atlet
bertaraf dunia turut meningkat. Bagaimana pun prestasi yang ditunjukan oleh atlit-
atlit Amerika Syarikat masih tidak tergugat. Kemunculan peserta-pesertanya
daripada keturunan Negro terus meningkatkan prestasi dan kejayaan atlet-atlet
Amerika Syarikat ini.
Atlet-atlet dari negara -negara Eropah turut mencatat kejayaan khususnya
dalam sukan Olimpik yang merupakan perjumpaan sukan tidak rasmi yang menjadi
ukuran kepada peserta -peserta Amerika Syarikat dan Eropah. Begitu juga dengan
atlet-atlet Amerika Syarikat dari Austarlia dan New Zealand, yang turut memberikan
cabaran kepada peserta-peserta Amerika Syarikat dan Eropah. Pada peringkat ini,
peserta-peserta dari Afrika dan Asia gagal memberikan saingan kepada atlet-atlet
Amerika Syarikat , Eropah, Australia dan New Zealand.
Selepas tahun-tahun 1960-an barulah muncul peserta-peserta dari Afrika
dan Asia yang mampu memberikan saingan, walaupun kejayaan yang mereka capai
masih belum memberansangkan. Tetapi kini atlet-atlet Afrika dan Asia sudah
mampu menyaingi malah mengatasi penguasan atlet-atlet Amerika Syarikat dan
Eropah, khusunya dalam sukan Olimpik.
Sambutan penduduk dunia terhadap sukan olahraga terus meningkat.
Pelbagai kejohanan dan perjumpaan telah diadakan sama ada peringkat kawasan ,
kebangsaan ataupun di peringkat yang lebih kecil. Malaysia juga tidak ketinggalan.
Sejak tahun 1926, kejohanan kebangsaan telah diadakan .
Daripada kejohanan inilah wakil-wakil negara dipilih untuk mengambil bahagian
dalam perjumpaan sukan atau olahraga di pelbagai peringkat antarabangsa.
Walaupun kejayaan di peringkat Oimpik masih belum dicapai oleh atlet negara kita,
namun di peringkat yang lebih kecil seperti sukan Asia ataupun sukan Komanwel,
kita pernah mencapai kejayaan.
Penubuhan persatuan-persatuan olaraga di sesebuah negara telah memberi
kesempatan kepada negara-negara tersebut untuk mengambil bahagian dalam
kejohanan atau perjumpaan sukan olaraga yang dianjurkan oleh mana-mana badan
atau pesatuan yang bergabung di dalam Sukan Olimpik.
Apabila Sukan Olimpik Moden pertama diadakan pada tahun 1896 di Greece
( tempat kelahiran Sukan Olimpik Kuno ), olaraga telah menjadi acara wajib. Malah
olahragalah yang menjadikan Olimpik sebagai sukan sebenar. Tanpa olahraga ,
tidak mungkin sukan Olimpik menjadi begitu meriah, malah mungkin juga Oimpik
tidak dianjurkan oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa yang bergabung
dibawah Majlis Olimpik Antarabangsa. Orang yang bertangungjawab untuk
menghidupkan Sukan Olimpik ialah Baron Pierre de Coubertin. Pada Sukan Olimpik
yang pertama seramai 295 orang peserta telah mengambil bahagian. Daripada
jumlah, 214 orang adalah peserta tuan rumah, manakala bakinya adalah peserta
luar. Olaraga merupakan acara yang pertama dipertandingkan .
Selepas daripada itu, Sukan Olimpik kian berpengaruh . Pada Sukan Olimpik yang
diadakan di Barcelona 1992 dimana seramai 135 negara telah mengambil bahagian
termasuk Malaysia. Cogan kata Sukan Olimpik ialah ' Perkara yang penting di dalam
sukan bukanlah kemenangan, tetapi mengambil bahagian seperti perkara yang
penting di dalam hidup ialah berusaha'.
Malaysia mula mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik tahun 1959 di
Melboune, iaitu di dalam empat acara sukan iaitu Hoki, olahraga, angkat berat dan
renang. Bermula dari tahun itu Malaysia tidak pernah gagal untuk turut serta kecuali
pada tahun 1980, kerana membantah tindakan Rusia (yang menjadi tuan rumah
Sukan Olimpik pada tahun itu) kerana menceroboh Afghanistan. Selain Malaysia
terdapat lebih kurang 68 negara lain, termasuk Amerika Syarikat yang tidak turut
serta.
Hingga kini kita masih belum memenangi sebarang pingat selain daripada
satu pingat gangsa yang dimenangi oleh pasangan badminton negara di Barcelona
pada tahun 1992. Acara olahraga yang sering mempunyai wakil, belum pernah
mencatat sebarang kejayaan atau prestasi membanggakan. Bagaimanapun
semangat Olimpik dan kesukanan serta persahabatan merupakan faktor kepada
penyertaan kebanyakan negara, termasuklah Malaysia.
Perubahan konsep Olimpik sejak Sukan Olimpik tahun 1984 di Los Angelas,
iaitu dengan menswastakan menerusi penajaan yang melibatkan
wang berjuta-juta ringgit telah memeriahkan lagi sukan ini. Begitu jugalah
penyertaan ahli-ahli sukan profesional ke dalam sukan ini , walaupun mendapat
tentangan , namun telah meningkatkan kemeriahan dan prestasi ahli-ahli sukan
yang terlibat.
Organisasi badan tertinggi yang bertanggungjawab keatas setiap aktiviti dan
kejohanan olahraga di dunia ialah Persekutuan Olaraga Amatur Antarabangsa
(International Amateur Athletic Federation = IAAF) yang ditubuhkan pada tahun
1912. Setiap negara dunia boleh bergabung di dalam persekutuan ini iaitu menerusi
persatuan negara msing-masing ini termasuklah negara kita.
Setiap kejohanan peringkat antarabangsa dianjurkan sama ada oleh IAAF ataupun
mendapat kebenaran daripadanya. Kini, oleh kerana kebanyakan atlet terkenal di
dunia telah digolongkan sebagai olahragawan profesional , maka skop , peranan
dan fungsi badan dunia ini sedikit terjejas. Bagaimanapun ia masih merupakan satu-
satunya persekutuan yang mengikhtiraf sebarang rekod atau pencapaian yang
dicapai oleh eseorang atlet.
Untuk menganjurkan sesuatu kejohanan sukan utama dunia seperti Sukan Olimpik ,
Sukan Komanwel, Sukan Asia dan seumpamanya , terdapat pula badan lain yang
bertanggungjawab khusus untuk sukan-sukan. Umpamanya , untuk Sukan Olimpik
terdapat Majlis Olimpik Antarabangsa, Sukan Komanwel pula terdapat Majlis
Sukannya sendiri. Dengan demikian IAAF berperanan sebagai badan penasihat dan
pengikhtiraf semua perjumpaan sukan terbesar ini. Sebagai badan sukan olahraga
tertinggi dunia, IAAF bertanggungjawab dalam mengeluarkan peraturan dan
undang-undang yang berkaitan dengan bidang sukan ini.
Bagi menganjurkan sesuatu perjumpaan olahraga, sebuah jawatankuasa
khas biasanya dibentuk, yang terdiri daripada pelbagai bidang individu. Mereka ini
menguruskan segala perancangan, persediaan, penajaan dan sebagainya. Malah
dalam kejohanan olahraga sekolah pun persediaan yang diadakan melibatkan
kakitangan sekolah serta sebahagian besar murid.
Olahraga Wanita
Sejarah olahraga wanita tidaklah seawal atau semudah apa yang berlaku kepada
kaum lelaki. Pada peringkat awal perkembangan olahraga dunia, wanita bukan
sahaja dilarang mengambil bahagian, malahan menonton juga tidak dibenarkan,
termasuklah Sukan Olimpik Kuno yang diwujudkan pada zaman sebelum masihi
lagi. Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini, kaum wanita telah mengadakan
kejohanan olahraganya sendiri.
Sukan yang dikenal sebagai Sukan Haraea ini telah diadakan pada tahun-tahun
sebelum masihi, tetapi agak lewat daripada tarikh sukan untuk lelaki. Walaupun
semasa olahraga sudah berkembang kekebanyakan negara Eropah, termasuk ke
England, Persatuan Olahraga Amatur England masih tidak mahu menguruskan
sukan ini untuk kaum wanita.
Menyedari peryertaan para olahragawati juga perlu untuk sukan-sukan utama dunia,
maka pada tahun 1921 ditubuhkan persatuan olahraga khusus untuk wanita
diperingkat dunia iaitu Federation Sportive Feminine International. Tujuan utama
penubuhan ketika itu ialah untuk mencadangkan agar Sukan Olimpik tahun 1924
dibuka untuk kaum wanita. Namun untuk Sukan Olimpik pada tahun itu, Majlis
Olimpik Antarabangsa menolaknya. Dalam Sukan Olimpik tahun 1928, barulah
diadakan acara olahraga untuk wanita. Sejak itu penyertaan peserta-perta wanita
dalam Sukan Olpimpik tidak pernah dilupai.
SEJARAH OLAHRAGA DI MALAYSIA
Organisasi olahraga terulung dicatat di Malaysia adalah Persatuan Olahraga
Ipoh, pada tahun 1906.Kejohanan olahraga pada masa itu dinamakan ‘Ipoh Athletic
Sports’.Pemenang kejohanan ini dianggap sebagai Johan Malaya.
Pada 1914 hingga 1919 Aktiviti olahraga dihentikan kerana Perang Dunia Pertama.
Pada 1920, mesyuarat olahraga diadakan di Kuala Lumpur untuk mengadakan
pertandingan olahraga di antara negeri buat kali yang pertama.Kejohanan olahraga
antara negeri ini dikelolakan oleh ‘Amateur Athletic of British Malaya’.
Pada 1913, nama diubah kepada ‘Amateur Athletic Association of Malaya’.Nama
kejohanan ditukar kepada ‘Championships of Malaya’.Pada 1940 hingga 1948,
aktiviti olahraga dihentikan sekali lagi kerana Perang Dunia Kedua.
Pada 1952, nama persatuan ditukar pula kepada ‘Federation of Malaya Amateur
Athletic Union’ (FMAAU) digabungkan bersama dengan Majlis Olimpik Malaya.
Pada 1960, kejohanan kebangsaan pertama yang menggunakan peraturan-
peraturan baru telah diadakan di Seremban,rekod-rekod kebangsaan telah
diiktiraf.Pada 1960 hingga 1962, Kejohanan turut disertai oleh peserta-peserta dari
luar negara.
Dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, FMAAU ditukar kepada ‘Malaysia
Amateur Athletics Union’ (MAAU). Presiden MAAU yang pertama ialah Datuk
Mohamed Ghazali bin Shafie.Pada 1964, kejohanan pertama di bawah MAAU
diadakan. Semua negeri di Malaysia mengambil bahagian.
ACARA-ACARA
OLAHRAGA DI
MALAYSIA
ACARA-ACARA OLAHRAGA DI MALAYSIA
Acara- acara olahraga boleh dibahagikan dalam dua kumpulan utama iaitu :
1. Acara balapan
2. Acara-acara padang
Acara Balapan
Semua acara balapan kecuali acara jalan kaki, dijalankan di atas trek atau litar yang
ditandakan. Walaupun acara jalan kaki dikelaskan sebagai satu acara balapan tetapi
sebenarnya ia dijalankan di jalan raya dan jarang di trek. Acara-acara balapan
termasuklah lari pecut, lari berganti-ganti, lari berpagar, steeplechase, lari jarak
sedarhana dan jauh dan berjalan kaki.
Acara balapan ialah :-
1. Lari Pecut
a) 100 meter
b) 200 meter
c) 400 meter
2. Lari berganti-ganti
a) 4 x 100 meter
b) 4 x 200
c) 4 x 400
3. Lari berpagar
a) 100 meter wanita
b) 110 meter lelaki
c) 400 meter
4. Steeplechase
a) 3,000 meter
5. Lari jarak sedarhana dan jauh
a) 800 meter
b) 1,500 meter
c) 3000 meter
d) 5000 meter
e) 10,000 meter
6. Berjalan kaki
a) 20 km
b) 50 km
Acara-acara Padang
1. Acara lompatan
2. Acara balingan
Terdapat dua jenis acara lompatan:
a) untuk ketinggian iaitu acara lompat tinggi dan lompat bergalah
b) untuk jarak jauh iaitu acara lompt jauh dan lompat kijang.
1. Acara Balingan :
a) lempar cakera
b) rejam lembing
c) lempar tukul
d) lontar peluru.
Selain daripada acara-acara balapan dan padang terdapat juga acara - acara lain
yang dipertandingkan dalam temasya olahraga :
a) Decathlon
b) Penthathlon
c) Marathon
d) Merentas desa
ACARA
BALAPAN
ACARA BALAPAN
Pengenalan Acara Lari Pecut
Lari pecut bererti berlari dengan pantas dan memerlukan koordinasi bahagian-
bahagian anggota badan iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari pecut ialah acara
olahraga jarak dekat (100m, 200m, dan 400m) yang memerlukan tenaga tinggi
seperti tanaga anaerobic untuk membuat larian sepantas mungkin.
Bagi seorang atlit, teknik dan gaya larian merupakan faktor utama untuk menempa
kejayaan. Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas dibandingkan
dengan acara-acara lain. Larian pantas in pula bergantung kepada beberapa faktor
seperti jarak, kelajuan, angin, permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari
yang mengambil bahagian dan mungkin insentif yang ditawarkan. Berlari merupakan
aktiviti yang sihat dan menyeronokkan. Amat sukar bagi seseorang untuk berlari
dengan pantas sekiranya tidak mempunyai ciri-ciri yang membolehkan dia bertindak
sedemikian.
Sejarah Acara Lari Pecut
Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang
pernah dicatatkan. Pada zaman ollimpik kuno,larian bermula dengan blok permulaan
yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat
daripada ketulan abut marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak
kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetapwalaupun saiz kaki mereka berbeza.
Perkembangan lari pecut pada abad ke-19 terbatas kerana tiada undang-undang
dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat.
Pelbagai cara permulaan digunakan,sehingga menjadi masalah mengenai cara yang
mana yang patut digunakan. Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk
dijadikan acara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak.
Pada tahun 1880an ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu
larian. Antara permulaan awal ialah ‘pencil start’ , di mana para atlet berlari 20 meter
pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan pesetujuan dan
tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di australia gaya ini
dikenali sebagai kangaroo start.
Sebelum 1921, kebanyakan pertandunagn hanya untuk lelaki sahaja.
Pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte
Carlo. Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh
Harald Andersson dari Swisszerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Merlis
Gohr dari German pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang
dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1948. Dalam acara 400 meter, Maxie Long adalah
orang pertama yang Berjaya mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh Lee
Evans pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari Australia
telah mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah diperbaharui iaitu di
bawah 50 saat oleh Irene Szewinska dari Poland dengan catatan masa 49.9 saat
pada tahun 1974
Alatan Yang Digunakan
Dalam acara balapan atau larian, tidak banyak alatan yang digunakan. Bagi acara
lari pecut 100 meter, alatan dan kemudahan yang diperlukan adalah
i. trek larian 100 meter
ii. blok permulaan
iii. kasut (spike)
Teknik mula dan lari pecut
Terdapat dua teknik yang digunakan untuk memulakan larian iaitu berdiri dan gaya
dekam. Kebiasaannya atlit menggunakan larian gaya berdiri bagi acara pecut.
a. gaya berdiri
i. persediaan
peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula
sebelum arahan ‘ke garisan’ diberi.
ii. ke garisan
pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki
hadapan rapat kepada garisan mula tana menyentuhnya, kaki
belakang sedikit ke belakang, kira-kira 30-40sm dan
mengimbang badan.
bengkokkkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki
hadapan
condongkan berat ke hadapan.
kedua-dua belah tangan berada di sisi dengan tangan
bertentangan dengan kaki hadapan.
iii. sedia
condongkan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke
hadapan
bengkokkan lutut kaki ke hadapan dan kaki belakang tolak ke
tanah
badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan
pistol ataupun wisel.
iv. mula
pelari mula bergerak apabila mendengar bunyi tembakan
dengan menolak kaki hadapan.
b. gaya dekam
Berikut adalah langkah-langkah dalam gaya dekam:
i. daripada kedudukan sedia dalam gaya berdiri, badan di rendahkan
ke bawah.
ii. melutut dengan kaki belakang.
iii. kedua-dua tangan menyentuh tanah dan diletakkan seberapa dekat
yang boleh dengan titik atau garis mula
iv. penyesuaian dibuat mengikut keselasaan masing-masing.
Terdapat 3 gaya dekamyang harus diketahui oleh para pelajar, iaitu:
a) gaya peluru (kedua-dua belah kaki peserta dirapatkan, iaitu hujung kaki
belakng ditempatkan selari dengan bahagian tumit kaki hadapan)
b) gaya sederhana (lutut kaki belakang selari dengan hujung kaki hadapan)
c) gaya panjang (lutut kaki belakang selari denagn bahagian tumit kaki
hadapan)
Kesesuaian dan keberkesanan sesuatu gaya yang digunakan dipengaruhi oleh
faktor-faktor seperti berikut:
bentuk badan peserta (tinggi/rendah)
masa tindak balas peserta
kekuatan kaki
koordinasi yang cekap
Fasa-Fasa Larian
Terdiri daripada 3 fasa:
1. fasa permulaan
2. fasa larian:
a) fasa pecutan
b) fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan
c) fasa larian selekoh
3. fasa penamat
Fasa permulaan terdiri daripada 3 bahagian iaitu gaya peluru, gaya sederhana dan
gaya panjang.
i. mulakan larian tanpa blok permulaan
gaya peluru
berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak
kaki.
hujung tapak kaki belakang selari dengan tumit tapak kaki
hadapan.
ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
gaya sederhana
berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak
kaki
lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tapak kaki
hadapan
ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk
gaya panjang
berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak
kaki
lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tapak kaki
hadapan
ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk
ii. memulakan larian dengan blok permulaan
gaya peluru
blok permulaan adalah rapat dengan garisan permulaan.
blok hadapan diletakkan dua tapak dari garisan permulaan dan
blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan
gaya sederhana
letakkan blok pertama dua tapak dari garisan permulaan
blok belakang dua tapak dari bahaguan hadapan blok hadapan
gaya panjang
blok hadapan diletakkan dua tapak dari garisan permulaan
blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan
Menggunakan Blok Permulaan
Blok mulaan digunakan adalah bertujuan untuk meghasilkan suatu tolakan yang
lebih berkesan apabila pelari mula bergerak ke hadapan. Cara menyediakan blok
mulaan adalah seperti berikut:
i. jarak blok mulaan dari garis mula hendaklah memberi
keselesaan, imbangan dan kecekapan mekanikal kepada
penggunanya ketika dalam keadaan sedia.
ii. jarak di antara bahagian hadapan blok mulaan dengan bahagian
garis mula adalah di antara 30-48sm.
iii. jarak di antara bahagian belakang blok permulaan dengan
bahagian hadapan blok mulaan adalah bergantung kepada jenis
gaya dekam yang digunakan.
iv. melakukan beberapa percubaan untuk mencari kesesuaian blok
mulaan dan jaraknya yang paling baik untuk pelari adalah perlu.
v. tentukan terlebih dahulu kaki manakah yang akan digunakan
untuk memijak bahagian belakang blok mulaan.
vi. pastikan blok mulaan dipasang dengan ketat dan kuat.
ke garisan
berjalan menuju ke blok mulaan dan berdiri dengan blok itu berada
di bawah kedua-dua belah kaki yang dikangkangkan.
dekan dan letakkan hujung kedua-dua belah kaki ke atas blok
letakkan kedua-dua belah tangan di belakang garis mula. jarak di
anatar kedua-dua belah tangan hendaklah sama luas dengan
bidang bahu
sesuaikan kedudukan badan untuk mendapatkan keselesaan dan
keseimbangan yang maksimum
keadaan ‘sedia’
tinggikan sedikit bahagian pinggang dari aras bahu
luruskan tangan dan gerakkan bahu ke hadapan garisan.
tekan kedua-dua belah kaki dengan ke atas blok mulaan
Berlepas Dari Blok Mulaan
Pada fasa ini, ianya merupakan suatu tindakan ledakan. Semasa ia dilakukan,
kedua-dua belah kaki pelari menolak blok mulaan dengan kuat dan pantas. Tangan
pelari diihayun untuk membantu pelepasan keseluruhan badannya dari blok mulaan
tadi. Bagi memastiakn pelari dapat berlepas dengan pantas dan sempirna, dia
mestilah melakukan pergerakan-pergerakan yang berikut:
bergerak lurus ke hadapan tanpa menegakkan badan dengan
serta merta.
jarak langkah yang pertama dilaukan secara sederhana, tidak
perlu panjang dan tidak terlalu pendek.
Mulaan di bahagian selekoh lorong larian
Sekiranya pelari harus memulakan larian dari bahagian selekoh lorong larian, dia
hendaklah memasang blok mulaan secara bersudut. Cara ini membolehkan pelari
tersebut bergerak dengan lurus ke bahagian dalam lorong lariannya.
Menamatkan Perlumbaan Lari Pecut
Semasa menuju ke garisan penamat, seseorang pelari tidak digalakkan melonpat ke
garisan tersebut, sebaliknya dia hendaklah terus berlari tanpa mengurangkan
kepantasannya. Amalan ini hendaklah ditegaskan oleh guru sepaya murid faham
dengan maksud ‘lari terus melintasi garisan penamat’. Biasanya dalam perlumbaan
lari pecut, apabila tiba di agrisan penamat, pelari akan:
mendepakan tangannya ke belakang dan bandannya
digerakkan ke hadapan
memusingkan sebe;ah bahunya ke hadapan pada saat-saat
akhir
menundukkan kepalanya
Tanpa mengira gaya apa yang digunakan ketika sampai di garisan penamat,
kedudukan pelari-pelari akan ditentukan mengikut susunan bahagian tubuh mereka
iaitu bahagian torso yang jelas mencecah alur menegak terdekat garisan penamat.
Pengenalan Lari Berganti-Ganti
Kebanyakan kanak-kanak memang tertarik kepada perlumbaan lari berganti-ganti.
Oleh itu, motivasi atau keinginan mereka untuk mengambil bahagian dalam
pelajaran yang memerlukan mereka lari berganti-ganti tidak akan menjadi masalah.
Peehatian utama guru hendaklah diberi kepada pegajaran pertukaran baton yang
cekap dan pemahaman prinsip-prinsip asas dalam perlumbaan lari berganti-ganti.
Para pelajar hendaklah didedahkan kepada teknik asas memberi dan menerima
baton. Peluang pembelajaran ini akan menambahkan lagi keyakinan dan
keseronokkan mereka apabila mereka mengambil bahagian dalam latihan olahraga.
Sejarah Olahraga Jenis Lari Berganti-Ganti
Acara olahraga ini berasal dari amerika syarikat. Punca lahirnya acara ini
disebabkan oleh perjalanan kereta kuda jarak jauh (pony ekpres) di mana surat-
surat atau berita-berita disampaikan dari satu tempat ke tempat lain. Perlumbaan
dimulakan dengan seorang membawa bendera dan menyampaikan kepada pelari
lain yang meneti di hadapan (dimulai di universiti pensylvania, amerika syarikat).
Punca yang kedua ialah mengisahkan permainan pasukan ahli bomba. Ahli bomba
daripada satu pasukan bomba akan berlari dengan pantas dan menyentuh kereta
bomba. Ini sebagai isyarat kepada ahli lain dalam pasukan untuk bersedia.
Percubaan pertama dilakukan pada tahun 1893, di mana pasukan di pertandingkan
dengan setiap pelari berlari sejauh suku batu.
Alatan Yang Digunakan Dalam Acara Lari Berganti-Ganti
Alatan yang digunakan ialah :
i) Blok permulaan
Blok permulaan digunakan dalam semua acara lari berganti-ganti. Blok permulaan
akan digunakan oleh pelari pertama. Blok permulaan haruslah boleh disesuaikan
mengikut keselesaan atlit. Cara mengukur blok untuk keselesaan atlit boleh
dilakukan seperti:
a) eletakkan blok permulaan dalam ukuran 1 kaki dari garis
permulaan.
b) Letakkan pedal dua kaki daripada garis permulaan.
c) Pedal sebelah lagi diletakkan dua setengah kaki daripada garis
permulaan
ii) Baton
Baton adalah alat yang paling penting dalam acara lari berganti-ganti. Baton
berbentuk tiub bulat berongga dan permukaan licin diperbuat daripada kayu logam
atau apa jua bahan yang keras sebatang penuh, berukuran tidak lebih daripada
30cm dan tidak kurang daripada 28cm. Ukur lilitnya hendaklah antara 12cm dan
13cm yang beratnya tidak kurang daripada 50g. Ia wajar diwarnakan supaya
senang dilihat ketika dibawa lari. Baton hendaklah dipegang sepanjang larian.
Penyerahan baton kepada rakan sepasukan dilakukan di dalam zon penukaran
20meter.
*alatan lain yang perlu dalam acara lari berganti-ganti adalah seperti pakaian dan
kasut lari yang sesuai dan menepati peraturan yang telah ditetapkan.
Teknik Pertukaran Baton
Terdapat dua teknik utama yang digunakan semasa penukaran baton iaitu:
a) Pergerakan keatas (upsweep) dan
b) Pergerakan ke bawah (downsweep)
a) Pergerakan ke atas (upsweep)
Dalam teknik ini, pembawa baton akan menghantar baton kepada
penerima baton dengan menghayunkannya dari bawah ke atas.
Baton akan ditolak seberapa jauh yang boleh ke tangan penerima
baton. Tapak tangan penerima baton menghadap ke bawah
Penerima baton akan memegang baton tersebut di antara ruang
berbentuk ‘v’ yang dibentuk ibu jari kelingkingnya.
b) Pergerak
an ke
bawah
(downsweep)
dalam teknik ini, pembawa baton akan menghantar baton kepada
penerima baton dengan menghayunkan dari atas ke bawah.
tapak tangan penerima baton menghadap ke atas. apabila baton
dihantar kepadanya, dia perlu memegang 1/3 daripada bahagian atas
baton tersebut.
Gaya Penukaran Baton
Semasa penukaran baton, terdapat dua gaya utama yang digunakan iaitu:
a) Gaya selang seli cara pandang
b) Gaya selang seli tanpa pandang
a) Gaya selang seli cara pandang
Gaya ini dilakukan oleh pelari-pelari dalam acara lari berganti-ganti
4x400meter.
Penerima baton akan menoleh ke belakang dan memerhatikan
pemberian baton kepadanya.
b) Gaya selang seli tanpa pandang
Biasanya diamalkan oleh pelari-pelari dalam acara lari berganti-ganti
4x100meter.
Mengikut gaya ini, pelari pertama dan ketiga dikehendaki membawa
baton dengan tangan kiri, pelari kedua dan keempat pula menerima
baton yang berada di hadapannya akan menghulurkan tangan ke
belakang untuk menerima baton.
Semasa penukaran baton berlaku, penerima baton tidak menoleh
kebelakang. Pembawa baton akan member isyarat supaya penerima
batonyang berada di hadapannya akan menghulurkan tangan ke
belakang untuk menerima baton.
Gaya Persediaan Dalam Penerimaan Baton
Peserta yang sedang menunggu dalam zon pertukaran baton dan bersedia untuk
menerima baton boleh menggunakan dua gaya persediaan yang biasa digunakan
seprti berikut:
Zon Penukaran Baton
b)a)
Setiap zon penukaran baton adalah sepanjang 20meter dengan adanya satu garisan
pembahagi di tengah-tengahnya. Baton hendaklah diserahkan di dalam zon
penukaran baton. Penyerahan baton bermula sebaik sahaja ia menyentuh pelari
yang menerima dan selesai apabila baton telah benar-benar berada dalam
genggaman pelari penerima baton. Kebiasaanya, penerima baton akan membuat
satu tandaan (check mark) yang jaraknya lebih kurang 15-18 tapak kaki ke belakang
garisan mula zon penukaran baton. apabila pembawa baton berlari sampai ke
tandaan yang dibuat itu, penerima baton akan terus berlari dam menunggu isyarat
daripada pembawa baton untuk menerima baton dalam zon penukaran baton.
a) Cara memberi baton
Kepantasan larian dikekalkan semasa memberi baton. Pelari hendaklah memberi
isyarat kepada penerima baton. Pelari hendaklah menghulurkan baton dengan
tangan yang lurus. Perhatikan gambar rajah di atas, tangan penerima dan letakkan
bahagian hujung baton ke dalam tangan penerima.
b) Cara menerima baton
Penerima haruslah sentiasa berada dalam keadaan sedia. Dia haruslah menoleh
untuk memandang pelari yang membawa baton. Penerima harus menyediakan
tandaan. Dia hendaklah berlepas sebaik sahaja pelari yang membawa baton
melepasi tandaan tersebut. Jangan sesekali menoleh ke belakang semasa berlari
(gaya tanpa pandang). Penerima hendaklah menghulurkan tangan dengan lurus ke
belakang apabila mendengar isyarat daripada pelari yang membawa baton.
Penerima haruslah memegang baton dengan erat di bahagian pangkalnya.
c) Semasa dan selepas penukaran baton
Sekiranya baton yang dibawa terjatuh semasa penukaran, pembawa baton yang
berkenaan dikehendaki mengutip baton yang terjatuh itu semula dan
memberikannya kepada pelari yang menunggu. Pemberi baton hendaklah berlari di
tepi penerima baton semasa penukaran baton untuk mengelakkan pertembungan
sesame sendiri. Sbelum dan atau selepas menyerahkan baton, pemberi baton
hendaklah berada dalam zon atau lorong masing-masing sehingga balapan tidak
berhalangan supaya tidak menghalang peserta-peserta lain.