1 KENYATAAN AKHBAR MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SITUASI DENGGI DI MALAYSIA SEHINGGA MINGGU KE 3 (SEHINGGA 24 JANUARI 2015) Bagi tiga minggu pertama tahun 2015, sejumlah 8,502 kes denggi telah dilaporkan di seluruh negara iaitu meningkat sebanyak 65% atau 3,361 kes berbanding minggu yang sama tahun 2014 iaitu 5,141 kes. Manakala untuk kematian denggi pula,bagi tempoh yang sama sebanyak 20 kematian denggi dilaporkan dengan peningkatan sebanyak 186% berbanding tujuh (7) kematian pada tahun 2014. Salah satu faktor yang mempengaruhi peningkatan kes dan kematian ini ialah perubahan serotaip denggi (serotype shift) yang berlaku pada bulan Ogos 2014. Pada masa tersebut terdapat perubahan serotaip dominan daripada DEN 2 kepada DEN 1. Daripada pemerhatian KKM akan berlaku peningkatan kes dan kematian selepas 4 bulan daripada serotype shift ini. Melalui pemantauan KKM sehingga 24 Januari 2015, sejumlah 1,064 lokaliti wabak yang masih aktif dilaporkan di 14 negeri. Negeri Selangor melaporkan 728 lokaliti diikuti 141 lokaliti di Perak, 54 lokaliti di Johor, 32 lokaliti di Pulau Pinang dan 21 lokaliti di Sabah. Manakala negeri-negeri lain seperti Sarawak, Melaka, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah melaporkan kurang daripada 20 lokaliti. Daripada jumlah lokaliti wabak ini, sebanyak 219 daripadanya adalah lokaliti hotspot iaitu165 lokaliti hotspot di Selangor, 45 lokaliti hotspot di Perak, masing-masing empat (4) lokaliti hotspot di Pulau Pinang dan Sarawak serta satu (1) lokaliti hotspot di Sabah.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
KENYATAAN AKHBAR MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
SITUASI DENGGI DI MALAYSIA SEHINGGA MINGGU KE 3 (SEHINGGA 24 JANUARI 2015)
Bagi tiga minggu pertama tahun 2015, sejumlah 8,502 kes denggi telah
dilaporkan di seluruh negara iaitu meningkat sebanyak 65% atau 3,361 kes
berbanding minggu yang sama tahun 2014 iaitu 5,141 kes. Manakala untuk
kematian denggi pula,bagi tempoh yang sama sebanyak 20 kematian denggi
dilaporkan dengan peningkatan sebanyak 186% berbanding tujuh (7) kematian
pada tahun 2014.
Salah satu faktor yang mempengaruhi peningkatan kes dan kematian ini
ialah perubahan serotaip denggi (serotype shift) yang berlaku pada bulan Ogos
2014. Pada masa tersebut terdapat perubahan serotaip dominan daripada DEN
2 kepada DEN 1. Daripada pemerhatian KKM akan berlaku peningkatan kes
dan kematian selepas 4 bulan daripada serotype shift ini.
Melalui pemantauan KKM sehingga 24 Januari 2015, sejumlah 1,064
lokaliti wabak yang masih aktif dilaporkan di 14 negeri. Negeri Selangor
melaporkan 728 lokaliti diikuti 141 lokaliti di Perak, 54 lokaliti di Johor, 32 lokaliti
di Pulau Pinang dan 21 lokaliti di Sabah. Manakala negeri-negeri lain seperti
Sarawak, Melaka, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Pahang, Negeri Sembilan,
Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah melaporkan kurang daripada 20
lokaliti. Daripada jumlah lokaliti wabak ini, sebanyak 219 daripadanya adalah
lokaliti hotspot iaitu165 lokaliti hotspot di Selangor, 45 lokaliti hotspot di Perak,
masing-masing empat (4) lokaliti hotspot di Pulau Pinang dan Sarawak serta
satu (1) lokaliti hotspot di Sabah.
2
Selain daripada itu, faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan kes
denggi adalah seperti berikut :
1. Faktor persekitaran yang tidak bersih dan menyumbang kepada tempat-
tempat pembiakan Aedes misalnya bekas plastik, tong, tayar, bekas plastik,
baldi dan bekas polisterin. Kadar Pembiakan Aedes (AI) di kawasan wabak
dan hotspots umpamanya masih tinggi iaitu di antara 1.9% hingga 33.3%.
2. Pergerakan manusia yang tidak terbatas dan lebih meluas terutamanya
bagi pesakit yang telah dijangkiti virus denggi yang memudahkan
penyebaran virus denggi.
3. Faktor cuaca contohnya musim hujan dimana bekas-bekas yang boleh
menakung air akan menjadi tempat pembiakan Aedes dan meningkatkan
populasi nyamuk Aedes dewasa serta penyebaran virus denggi.
4. Tabiat masyarakat yang membuang sampah merata-rata dan tidak
mengurus sampah dengan baik. Disamping itu, kurangnya kesedaran
masyarakat untuk melaksanakan tindakan pencegahan iaitu aktiviti“cari dan
musnah” tempat pembiakan Aedes setiap minggu.
5. Selain faktor yang tersebut diatas, pada tahun 2014 KKM telah
memperkukuhkan kaedah mendiagnosa kes denggi iaitu melaksanakan
penggunaan ujian Combo Rapid Test Kit bagi mengesahkan kes yang
disyaki denggi di semua negeri bagi tujuan untuk diagnosa awal dan
tindakan segera dapat dilakukan. Oleh itu, lebih banyak kes denggi dapat
dikesan.
3
Bagi mencegah penularan kes denggi, pihak masyarakat memainkan peranan
yang sangat penting dan ianya perlu dijadikan sebagai amalan kehidupan
seharian mereka. Antara perkara-perkara yang perlu untuk dilakukan oleh pihak
masyarakat adalah seperti berikut:-
1. Menjaga kebersihan persekitaran kawasan perumahan masing-masing
dengan memastikan sampah sarap dibuang dengan berhemah dan kaedah
yang betul. Mereka juga perlu memeriksa premis kediaman dan kawasan
persekitaran mereka sekurang-kurangnya10 minit setiap minggu serta
memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes.
2. Melakukan pencegahan denggi di dalam rumah iaitu :-
a. Mengunakan semburan aerosol di dalam rumah semasa nyamuk
Aedes sedang aktif iiatu diantra 5 -7 pagi dan petang dengan
kaedah berikut :-
ii. Pastikan tiada penghuni di dalam bilik semasa semburan aerosol
dijalankan.
iii. Tutup semua tingkap dan pintu dan jangan biarkan makanan
terdedah
iv. Sila patuhi arahan penggunaan pada label botol aerosol untuk
keselamatan anda
v. Sembur aerosol di serata bilik selama 5-10 saat
vi. Sembur secara terus di tempat nyamuk berehat kebiasaanya tempat
yang gelap dan terlindung seperti bawah meja, belakang almari,
bawah katil dan stor barang/ peralatan
vii. Tinggalkan bilik selepas menyembur dan biarkan tertutup sekurang-
kurangnya 10 minit sebelum masuk semula.
b. Memasang jaring penghalang nyamuk di tingkap rumah bagi mengelakkan
nyamuk masuk ke dalam rumah.
4
c. Penghuni rumah boleh juga memasang penghalau nyamuk seperti
“mosquito Mat”, “Vaporizer” dan lingkaran penghalau nyamuk semasa
berada di dalam rumah pada waktu subuh atau senja.
3. Untuk pencegahan denggi di luar rumah, pihak masyarakat digalakkan
untuk menggunakan repelan atau memakai baju berlengan dan berseluar
panjang serta berwarna cerah bagi melindungi dri dari gigitan nyamuk
Aedes.
4. Mengaktifkan program COMBI serta gotong-royong di kawasan kediaman
masing-masing terutama di lokaliti hotspot bagi menghapuskan tempat-
tempat pembiakan Aedes seperti di kawasan tanah lapang, taman rekreasi,
tempat ibadat dan sebagainya.
5. Bagi mengelakkan berlakunya kematian, pihak masyarakat perlu
mengetahui gejala demam denggi seperti demam kuat secara mengejut,
sakit kepala, sakit sendi, ruam pada badan dan amaran awal seperti sakit
perut, cirit birit dan muntah berterusan. Sekiranya mengidap gejala dan
tanda-tanda tersebut, perlu mendapatkan rawatan segera di klinik atau
hospital berhampiran.
Semua pihak perlu mengambil serius isu peningkatan kes dan kematian denggi
yang berlaku pada masa ini. Sehubungan itu, komitmen daripada pelbagai
jabatan, agensi, NGO dan semua lapisan masyarakat adalah diperlukan
terutama dalam memastikan kebersihan persekitaran adalah menjadi
keutamaan. Sekiranya tiada tindakan pencegahan yang dilakukan, dikhuatiri
kes denggi dan kematian akan terus meningkat. Dalam situasi ini semua pihak
perlu mengambil tanggungjawab untuk mencegah demam denggi.
YB DATUK SERI DR. S.SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA 28 Januari 2015
5
Lampiran A
KES DENGGI DILAPORKAN PADA MINGGU 03/2015 ( 18 hingga 24 Januari 2015)
Nota: ( ) Kematian * Sumber : Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan
Bil. Negeri
Bilangan Kes dan Kematian di laporkan
Jumlah Terkumpul kes denggi sehingga minggu 03/2015
Jumlah Terkumpul kes denggi sehingga minggu 03/2014
Minggu 03 (18 - 24 Jan
2015)
Minggu 02 (11 - 17 Jan
2015)
1 Perlis 8 10 28 16
2 Kedah 35 24 79 61 (1)
3 P. Pinang 151 117 398 (2) 151 (2)
4 Perak 347 (2) 387 (1) 1,083 (3) 426 (2)
5 Selangor 1,651 (6) 1,627 4,684 (8) 2,613 (1)
6 WP KL & Putrajaya
161 (2) 115 430 (2) 581
7 N. Sembilan 51 47 132 243
8 Melaka 53 67 (1) 168 (1) 208
9 Johor 166 (1) 192 486 (2) 417 (1)
10 Pahang 91 74 273 42
11 Terengganu 43 38 111 87
12 Kelantan 75 (1) 79 186 (1) 124
13 Sarawak 48 77 (1) 240 (1) 78
14 Sabah 76 59 204 94
15 WP Labuan 0 0 0 0
MALAYSIA
2,956 (12) 2,913 (3) 8,502 (20) 5,141 (7)
6
Lampiran B
SENARAI LOKALITI “HOT SPOT” SEHINGGA 24 JANUARI 2015 (Mg 03)
Bil
Negeri
Daerah/Zon/ PBT
Lokaliti
Jumlah
Kes
Tempoh Wabak Berlaku (Hari)
1 SELANGOR Petaling DuSs 22 ( 2 ) 116 218
2 SELANGOR Petaling Seksyen 7 (Flat A : Blok 1 - 12, Blok 38 - 43)
90 172
3 SELANGOR Petaling Seksyen 7 (Pusat Komersial A : JlnAa 7/Aa - Ac 7/Ac, T 7/T - Z 7/Z)
214 158
4 SELANGOR Petaling Seksyen 7 (Flat B : Blok 13 - 37)
35 145
5 SELANGOR Hulu Langat Jalan 3/A-R Seksyen 3 Bandar Sri Putra
71 136
6 SELANGOR Petaling BlPju 10 Apt Permai 41 133
7 SELANGOR Petaling Usj 2/5 34 133
8 SELANGOR Petaling BlPju 9 Sd 13 Apt Sri Meranti 1 : Blok A - G