BPPDP BIL. (03) 2017, EDISI MAC SEHATI SEJIWA Pensyarah IPG peneraju TN50 YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid Pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) memainkan peranan penting untuk merealisasikan Transformasi Nasional 2050 (TN50). Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, semua pensyarah institut itu akan menjadi pemimpin dan peneraju TN50. Beliau berkata, pensyarah IPG perlu memiliki ilmu yang mantap, diamalkan, dikongsi dan disebarluaskan untuk memperoleh manfaat maksimum ke arah pencapaian TN50. Menurut beliau, ilmu berkenaan boleh dikongsi dan disebarluaskan menerusi penulisan bermutu dan bertaraf global. Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, pembudayaan penulisan dan penerbitan dalam kalangan pensyarah IPG membantu merealisasikan matlamat menjadikan institusi itu sebagai pusat rujukan serantau dalam bidang keguruan. Selain itu, budaya penulisan dapat melahirkan pensyarah dan guru berfikiran aras tinggi. Sumber: Berita Harian, 21 Mac 2017 Maklumat dan Pertanyaan Sektor Pusat Dokumentasi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 1, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya Tel : 03-8884 6002 Faks : 03-8884 6284 Tingkatkan pembelajaran sains YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mempertingkatkan pembelajaran subjek Sains di sekolah dalam usaha memastikan lebih ramai murid menceburi aliran tersebut pada masa akan datang. Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid berkata, langkah itu termasuk melaksanakan proses menambah baik makmal sains di sekolah serta melengkapkannya dengan perkakasan pembelajaran sains. Beliau berkata, selepas makmal itu dipertingkatkan, KPM akan mencadangkan agar murid tingkatan empat melakukan tugasan sains mereka secara praktikal di makmal pada masa hadapan. KPM sedar betapa kurangnya murid aliran Sains dan hakikat itu boleh dilihat pada bilangan calon yang menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016. Beliau berkata, menerusi inisiatif mempertingkatkan makmal Sains ini, KPM berharap lebih ramai murid menceburi aliran sains, sekali gus membantu dalam melonjakkan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). Usaha KPM bagi memastikan lebih ramai murid menceburi aliran tersebut pada masa akan datang Sumber: Utusan Malaysia, 1 Mac 2017 Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 1
9
Embed
SEHATI SEJIWA - moe.gov.my · PDF fileBPPDP BIL. (03) 2017, EDISI MAC makmal sains di sekolah serta melengkap Beliau berkata, menerus SEHATI SEJIWA Disember 2016
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BPPDP BIL. (03) 2017, EDISI MAC
Disember 2016
SEHATI SEJIWA
Pensyarah IPG peneraju TN50
YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid
Pensyarah Institut Pendidikan Guru
(IPG) memainkan peranan penting untuk merealisasikan Transformasi Nasional 2050 (TN50). Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, semua pensyarah institut itu akan menjadi pemimpin dan peneraju TN50. Beliau berkata, pensyarah IPG perlu memiliki ilmu yang mantap, diamalkan, dikongsi dan disebarluaskan untuk memperoleh manfaat maksimum ke arah pencapaian TN50. Menurut beliau, ilmu berkenaan boleh dikongsi dan disebarluaskan menerusi penulisan bermutu dan bertaraf global. Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, pembudayaan penulisan dan penerbitan dalam kalangan pensyarah IPG membantu merealisasikan matlamat menjadikan institusi itu sebagai pusat rujukan serantau dalam bidang keguruan. Selain itu, budaya penulisan dapat melahirkan pensyarah dan guru berfikiran aras tinggi.
Sumber: Berita Harian, 21 Mac 2017
Sumber: Berita Harian, 11 Januari 2017
Sumber: Berita Harian, 6 Disember 2016
Maklumat dan Pertanyaan
Sektor Pusat Dokumentasi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya
Tel : 03-8884 6002 Faks : 03-8884 6284
Tingkatkan pembelajaran sains YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mempertingkatkan
pembelajaran subjek Sains di sekolah dalam usaha memastikan lebih ramai murid menceburi aliran tersebut pada masa akan datang. Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid berkata, langkah itu termasuk melaksanakan proses menambah baik makmal sains di sekolah serta melengkapkannya dengan perkakasan pembelajaran sains. Beliau berkata, selepas makmal itu dipertingkatkan, KPM akan mencadangkan agar murid tingkatan empat melakukan tugasan sains mereka secara praktikal di makmal pada masa hadapan. KPM sedar betapa kurangnya murid aliran Sains dan hakikat itu boleh dilihat pada bilangan calon yang menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016. Beliau berkata, menerusi inisiatif mempertingkatkan makmal Sains ini, KPM berharap lebih ramai murid menceburi aliran sains, sekali gus membantu dalam melonjakkan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).
Usaha KPM bagi memastikan lebih ramai murid menceburi aliran tersebut pada
masa akan datang
Sumber: Utusan Malaysia, 1 Mac 2017
Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 1
Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 2
Kata Kunci Kejayaan
”Keberhasilan adalah kemampuan untuk melewati dan mengatasi dari satu
kegagalan ke kegagalan berikutnya tanpa kehilangan semangat”. (Winston Chuchill)
)
Kementerian kaji penguasaan elemen KBAT
YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan
mengkaji prestasi semua mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) khususnya dalam konteks elemen Kemahiran Berfikir (KBAT) yang ketika ini diterapkan dalam sistem pendidikan negara. Menteri Pendidikan Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid berkata, kajian dan penilaian prestasi itu penting untuk mengenal pasti sejauh mana penguasaan murid terhadap elemen KBAT itu yang mula dilaksanakan pada 2013. Beliau berpuas hati dengan pencapaian SPM 2016 walaupun berlaku penurunan dalam jumlah calon yang mencatat keputusan cemerlang dalam semua subjek tetapi Gred Purata Nasional 5.10 pada 2016, meningkat 0.05 berbanding 5.15 pada tahun sebelumnya. Bagaimanapun, KPM mengakui masih ada beberapa perkara yang perlu diteliti terutama dalam pelaksanaan elemen KBAT dan kajian akan dilakukan dengan pengkhususan kepada subjek yang diterapkan dengan elemen itu bagi memudahkan KPM mengenal pasti sebarang kelemahan yang wujud untuk ditangani.
Sumber : Berita Harian, 17 Mac 2017
Permata pada landasan betul – Mahdzir
YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid
Isu pertindihan kuasa antara Permata Negara
(Permata) dengan kementerian yang bertanggungjawab terhadap peranan pembangunan pendidikan awal kanak-kanak seharusnya tidak timbul berikutan pencapaian program tersebut sangat baik termasuk diperakui pada peringkat antarabangsa. Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir berkata, Permata berada pada sasaran sebenar untuk menjadikan sistem pendidikan awal kanak-kanak negara ini berkualiti tinggi seperti mana hasrat sistem pendidikan kebangsaan. Kementerian Pendidikan mempunyai hubungan sangat rapat dengan Permata sebagai salah satu agensi Jabatan Perdana Menteri untuk bersama-sama melaksanakan agenda pendidikan negara.
Isu pertindihan kuasa antara Permata Negara dengan kementerian yang bertanggungjawab terhadap peranan pembangunan pendidikan awal kanak-kanak seharusnya tidak timbul
berikutan pencapaian program tersebut sangat baik termasuk diperakui di peringkat
antarabangsa
Sumber: Utusan Malaysia, 16 Mac 2017
Koleksi Bahan dan Keratan Akhbar bagi Mac 2017
Maklumat bahan rujukan dan peminjaman
koleksi layari laman sesawang berikut:
http://librarykpm.moe.gov.my
Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 3
Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 4
INTEGRITI PENJAWAT AWAM
Amaran kepada guru wajar - Khairy
Tindakan Kementerian Pendidikan memberi amaran keras
kepada guru yang menggunakan pentas politik pembangkang untuk menghentam kerajaan dianggap wajar. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata ini kerana berdasarkan polisi yang dikeluarkan kepada penjawat awam, semua kakitangan kerajaan mesti memberi sokongan kepada kerajaan semasa. Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO, berkata mana-mana penjawat awam yang melakukan perkara bercanggah dengan polisi kerajaan itu, perlu diambil tindakan segera. "Saya tidak melihat ini (tindakan tegas itu) bercanggah dengan dasar yang sedia ada, ditambah pula membabitkan aspek pendidikan dan sekolah yang sama sekali tidak boleh dipolitikkan dan digunakan sebagai platform politik. "Semua penjawat awam mestilah memberi sokongan kepada kerajaan semasa," katanya selepas menutup Perhimpunan Belia Bandar Asia (AUYA) di Hotel Hatten, Melaka. Beliau mengulas tindakan Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir Khalid, yang mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada lima guru kerana didakwa aktif berpolitik dan menghentam kerajaan di pentas pembangkang. Semua guru itu diberi tempoh dua minggu bagi menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan, baru-baru ini.
Sumber : Berita Harian
WAKTU OPERASI
Isnin - Khamis
8.00 pagi – 4.30 petang
Jumaat
8.00 pagi – 12.00 tengah hari
2.45 petang – 4.30 petang
Ditutup pada Sabtu, Ahad dan
cuti umum
KEAHLIAN
Keahlian adalah percuma:
Terbuka kepada semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia
Institut Pengajian Tinggi (IPTA dan IPTS)
Agensi Kerajaan
Penyelidik
Bagi pelajar/pensyarah universiti yang pertama kali mendaftar perlu:
Membawa kad matrik dan surat pengesahan
Melengkapkan borang pendaftaran
Bagi agensi kerajaan lain dan penyelidik
Membawa surat pengesahan dari ketua jabatan yang berkaitan
Perkhidmatan Yang Disediakan
Perkhidmatan Rujukan
Perkhidmatan Sirkulasi
Bilik Mesyuarat
Peti Pemulangan Buku (24 Jam)
Khidmat Nasihat dan Kepakaran
Bilik Tayangan
Informatif, Tepat &
Mesra
Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 5
Informasi
Arab Saudi minat cara
Malaysia bangunkan negara
YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid
Arab Saudi berminat untuk mempelajari
bagaimana Malaysia berjaya membina sebuah negara yang maju berasaskan kepada kepelbagaian kaum dan agama untuk dijadikan panduan dalam menuju Visi 2030 yang digariskan oleh kerajaan negara itu. Menteri Pendidikan Malaysia, Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid berkata, selain itu, negara tersebut juga berminat untuk mempelajari dan bertukar-tukar pandangan dalam bidang pendidikan dan kebudayaan dengan Malaysia. Menurut beliau, kerajaan Arab Saudi mahu hubungan baik ini diteruskan dan dimanfaatkan sebaik mungkin bukan sahaja oleh pihak kerajaan tetapi juga pihak swasta.
Sumber: Utusan Malaysia, 10 Mac 2017
GELOMBANG 2 PPPM 2016-2020
Tumpuan pelaksanaan dalam Gelombang 2
adalah untuk memperkenalkan perubahan struktur dan pada masa yang sama memacu peningkatan yang telah berlaku semasa Gelombang 1. Justeru, kita perlu kekal komited dan usaha perlu dilipatgandakan bagi memastikan peningkatan sistem pendidikan dapat dipercepatkan. Langkah ini perlu dilakukan untuk memaksimumkan peluang kejayaan dalam melaksanakan transformasi sistem pendidikan yang kompleks dan pantas.
Tiada halangan kegiatan luar sekolah diteruskan YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid
Kementerian Pendidikan Malaysia tiada halangan untuk
meneruskan kegiatan luar bagi murid sekolah di Perak pada masa ini walaupun wabak Influenza A (H3) kini sedang menular di negeri berkenaan. Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid berkata, penyebaran wabak terbabit belum berada pada tahap serius kerana setakat ini hanya 232 murid terjejas akibat wabak itu dan Jabatan Kesihatan Negeri akan sentiasa memantau kes berkenaan. Beliau berkata, berdasarkan laporan diterima oleh kementerian, seramai 50 murid dikuarantin di rumah dan asrama. Kementerian berharap ibu bapa, pihak sekolah dan Jabatan Kesihatan sentiasa peka dengan wabak ini.
Sumber: Berita Harian, 14 Mac 2017
Gred Purata Nasional catat peningkatan Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamad
Yusof berkata penurunan bilangan calon yang mencatat
keputusan A+ dalam semua subjek, tidak menjejaskan
pencapaian GPN yang mencatat peningkatan prestasi kali
ini. Beliau berkata, jurang GPN antara calon bandar
dengan luar bandar turut mengecil kepada 0.47
berbanding 0.50 pada tahun 2015. Peningkatan prestasi
ini menyaksikan pencapaian GPN oleh calon luar bandar
mencatat perbezaan 0.08 pada kali ini berbanding 2015,
sekaligus mengatasi perbezaan 0.05 oleh calon bandar.
Beliau menambah, seramai 340,698 atau 85.21 peratus
daripada 399,822 calon yang menduduki sekurang-
kurang enam mata pelajaran teras untuk kali pertama,
layak dianugerahkan sijil selepas lulus Bahasa Melayu
(BM) dan Sejarah. Tan Sri Dr. Khair turut menyatakan
seramai 434,535 calon sekolah Kementerian Pendidikan,
manakala baki 27,031 calon selain sekolah kementerian.
Secara keseluruhan, beliau berkata 41 daripada 73 mata
1993 iaitu “seseorang pegawai hendaklah pada setiap
masa memberikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan
Agong”
9. Warga KPM perlu memperkemaskan diri dengan ilmu
pengetahuan, kemahiran, sikap dan jati diri yang
bersesuaian dengan imej sebagai penjawat awam.
Sumber : Teks Ucapan Perhimpunan Bulanan KPM, Mac 2017
Psikologi penting bantu guru mendidik pelajar Faktor psikologi penting dalam membantu guru mendidik pelajar terutama di kawasan luar bandar dan
pedalaman. Ahli Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr. Tamby Subahan Mohd. Meerah berkata, seorang
guru perlu melihat cara sesuai untuk memajukan pendidikan yang kolaboratif bagi mengurangkan jurang
pencapaian sekolah bandar dan luar bandar.
Malah, katanya, keadaan di Sarawak dan Sabah misalnya mempunyai situasi atau konteks agak berbeza
seperti sekolah kurang murid dan terletak di pedalaman yang kekurangan kemudahan. "Justeru, bagaimana
kita (guru) hendak membuatkan murid atau pelajar ingin belajar, mahu belajar dan terus belajar ialah dengan
mengkaji minda mereka.
"Sebab itu, psikologi penting dalam memastikan kemahuan untuk belajar. Kita
mahu mengubah pemikiran mereka di pedalaman daripada rasa tidak
mampu dan tidak boleh,"
Mengulas lanjut, beliau berkata, guru-guru itu perlu melihat daripada sudut minda bagaimana pembelajaran
itu berlaku dengan cara otak berfungsi dan ilmu yang kekal dalam kepala. Pelajar pada masa kini sudah
berbeza berbanding dahulu kerana generasi terbabit mahir dengan internet dan mudah mendapatkan
maklumat. Maka guru juga perlu berubah caranya dengan lebih kepada penumpuan pembentukan minda,
akhlak, adab dan lain-lain.
"Dulu, guru memberi ilmu dan kini mereka lebih kepada memandu
arah murid dalam pembelajaran"
Sumber : Utusan Malaysia, 20 Mac 2017
Fiksyen Melayu mampu kuasai sains dan teknologi YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid
Genre fiksyen sains dan kesusasteraan Melayu berupaya menjadi platform untuk menarik minat pelajar
terhadap mata pelajaran sains dan teknologi sekali gus menyumbang kepada pembentukan generasi untuk
menguasai bidang tersebut. Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir Khalid berkata, penulisan genre dalam
bahasa Melayu penting kerana ia bersesuaian dengan perkembangan dunia semasa yang berteraskan sains
dan teknologi. Beliau seterusnya menambah, asas kepada pembinaan generasi bangsa Malaysia yang
cemerlang sebagaimana yang diimpikan oleh semua orang adalah melalui penawaran yang berasaskan karya
kesusasteraan dan pengisian idea yang penting dalam penulisan genre fiksyen sains akhirnya boleh membina
minat dan memupuk pemahaman kepada bidang yang penting iaitu sains dan teknologi. Dato’ Seri Mahdzir
Khalid, turut memuji inisiatif menggabungkan bidang kesusasteraan Melayu bersama sains dan teknologi yang
dilaksanakan Kumpulan Utusan dan UTM. Beliau berpandangan, usahasama itu adalah selari dengan
kehendak Kementerian Pendidikan yang menyediakan pembelajaran Komponen Sastera (Komsas) dalam
subjek Bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah. Beliau seterusnya berkata kementerian bersedia untuk
mempertimbangkan karya yang terhasil untuk menjadi teks Komsas jika ia memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Selari dengan kehendak Kementerian Pendidikan yang menyediakan pembelajaran
Komponen Sastera (Komsas) dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah
Sumber : Utusan Malaysia, 29 Mac 2017
Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 7
1
Maklumat Perancangan Pendidikan
Pendidikan Negara Sejajar dengan Sustainable Development Goals (SDG) dan Transformasi Nasional 2050 (TN50) iaitu dasar
futuristik bersifat holistik dan inklusif untuk menyediakan generasi baharu.
Transformasi Nasional
Peranan warga pendidikan amat penting bagi memastikan kejayaan transformasi pendidikan berupaya melakukan anjakan paradigma yang menjurus kepada transformasi minda bagi membolehkan generasi baharu murid berdaya saing dan mampu berdikari untuk membangunkan negara menjelang tahun 2050.
Peranan Guru Berkualiti
Guru yang berkualiti dapat mewujudkan pendidikan
yang cemerlang sekali gus menjadi tunjang utama dalam mendidik anak bangsa merealisasikan TN50. Oleh itu, kualiti guru perlu dimantapkan menerusi latihan yang berterusan supaya mereka dapat membangunkan modal insan yang memenuhi Agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50) iaitu generasi muda yang cemerlang dalam tempoh 30 tahun akan datang bagi meningkatkan martabat bangsa dan negara di peringkat antarabangsa. PPPM 2013-2025 merupakan pentas terbaik dalam menjayakan inisiatif memperkasakan profesion keguruan yang holistik, mapan dan berkualiti. Guru umpama tiang seri yang menjadi model terbaik dalam memeta masa depan anak bangsa. Mereka generasi muda terdiri daripada guru-guru pelatih merupakan tonggak kepimpinan negara pada masa depan bagi menyediakan modal insan yang bersifat inovasi, kreatif dan global.
Sumber : PADU / Utusan Malaysia
Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak
menyembunyikan perasaannya apabila secara terbuka menyatakan beliau seronok berada di Sesi Program Transformasi Nasional 2050 (TN50) Bersama Belia di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
“Saya tidak mahu majlis ini jadi monolog iaitu saya bercakap pelajar mendengar, saya mahu lebih banyak mendengar, bukan sangat nak jawab soalan, saya nak dengar suara hati
generasi muda.”
Sumber : Utusan Melaysia, 12 Mac 2017
Makumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 8
1
2013-2025 2030 2050
Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 9
A New Way To Learn English
YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid
The Education Minister will introduce the
Cambridge Accessible Tests (CATs) programme to help student in rural areas improve their English Online. Education Minister, Dato’ Seri Mahdzir Khalid saids, CATs was a supplementary way to learn English online and ministry working committee will run the pilot project in the next six months, involve about 40 primary and secondary schools. He added, the ministry focus is on helping students in rural schools improve their English as, most of them are weak in this subject and have litte exposure to the language. Datuk Seri Mahdzir Khalid said, the programme would be fully implemented in all rural schools within one or two year. He said, the committee led by Education Director-general Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof, would monitor the implementation of CATS, which was developed in cooperation with Cambridge Malaysian Education and Development Trust. The teacher who will monitor the students will be sent to English Language Training Centres to undergo training.
Source: News Straits Times, 21 March 2017
EDUCATIONS NEWS
Chong: Shortage of Chinese teachers mainly in administrative post
Datuk Chong Sin Woon
The shortage of teachers at Chinese primary schools is
mainly in administrative positions and such, it could be resolved by June. Deputy Education Minister, Datuk Chong Sin Woon said, there was a shortage of 347 teachers at all SJKCs but these were not in teaching and learning (PdP) positions. He added, the shortage is in administrative categories such as headmasters as well as other areas like guidance teachers, library teachers and Islamic education teachers. Datuk Chong Sin Woon said, the ministry will promoting teachers in PdP positions and also conducting a transfer teacher in June to fill up the vacancies. Adding that, there will be 337 temporary teachers who will be completing their courses at the Teacher Education Institutes (IPGs) in June. Datuk Chong said, another 493 Bachelor in Education students were expected to graduate from IPGs in December which would further address the shortage problem.
Source: The Star, 21 March 2017
Parents urged to register their kids for school online Datuk Chong Sin Woon
Parents are encourage to utilise technology to book a
spot in their preferred school for their children’s primary education. Deputy Education Minister, Datuk Chong Sin Woon urged parents to refrain from going to district education office (Jabatan pendidikan Daerah) to register their children. He said parents who will sending their children to Year One next year can use the online application process. He added, those who opt to register their children via online will make things much easier for ministry as well as themselves.