1 SEBUTHARGA BIL. 1/2013 SEBUTHARGA PERLINDUNGAN INSURANS PREMIS-PREMIS DI BAWAH MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG Bahagian 1: Syarat – Syarat Sebutharga Pihak tuan adalah dipelawa untuk menyertai sebutharga perlindungan insurans premis- premis di bawah MAINPP. Objektif tawaran sebutharga ini adalah bagi membolehkan MAINPP mendapatkan tawaran perlindungan insurans untuk premis- premis yang diuruskan oleh MAINPP. Pihak MAINPP akan mengenalpasti syarikat yang dapat memberikan perlindungan insurans yang terbaik untuk dilantik sebagai agen perlindungan insurans bagi premis-premis tersebut. Tawaran perlindungan insurans yang akan dipilih adalah berdasarkan: a) Pelan perlindungan insurans yang efektif terhadap premis- premis MAINPP. b) Keupayaan memberikan perlindungan yang terbaik oleh syarikat – syarikat insurans kepada MAINPP. Tawaran sebutharga yang mengandungi perincian jumlah perlindungan dan premium bayaran serta profil syarikat perlu dihantar kepada MAINPP pada atau sebelum 01 Februari 2013 jam 12.00 tengahari secara serahan tangan/di dalam sampul yang berlari dan dimasukkan ke dalam peti sebutharga di: Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Tingkat 9, Menara UMNO, 128, Jalan Macalister , 10400 Pulau Pinang. Penyebutharga yang berjaya akan dilantik untuk tempoh satu (1) tahun (tertakluk kepada syarat- syarat) bagi menyediakan perlindungan insurans kepada MAINPP yang mana tertakluk kepada syarat – syarat sebutharga ini.
19
Embed
SEBUTHARGA BIL. 1/2013 SEBUTHARGA PERLINDUNGAN …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/8943/tender_Dokumen Sebutharga Bil 1 2013...Alamat : No. Telefon : No. Sijil Kementerian Kewangan :
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
SEBUTHARGA BIL. 1/2013
SEBUTHARGA PERLINDUNGAN INSURANS PREMIS-PREMIS DI BAWAH
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG
Bahagian 1: Syarat – Syarat Sebutharga
Pihak tuan adalah dipelawa untuk menyertai sebutharga perlindungan insurans premis-
premis di bawah MAINPP.
Objektif tawaran sebutharga ini adalah bagi membolehkan MAINPP mendapatkan tawaran
perlindungan insurans untuk premis- premis yang diuruskan oleh MAINPP. Pihak MAINPP
akan mengenalpasti syarikat yang dapat memberikan perlindungan insurans yang terbaik
untuk dilantik sebagai agen perlindungan insurans bagi premis-premis tersebut.
Tawaran perlindungan insurans yang akan dipilih adalah berdasarkan:
a) Pelan perlindungan insurans yang efektif terhadap premis- premis MAINPP.
b) Keupayaan memberikan perlindungan yang terbaik oleh syarikat – syarikat insurans
kepada MAINPP.
Tawaran sebutharga yang mengandungi perincian jumlah perlindungan dan premium bayaran
serta profil syarikat perlu dihantar kepada MAINPP pada atau sebelum 01 Februari 2013
jam 12.00 tengahari secara serahan tangan/di dalam sampul yang berlari dan dimasukkan
ke dalam peti sebutharga di:
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)
Tingkat 9, Menara UMNO,
128, Jalan Macalister ,
10400 Pulau Pinang.
Penyebutharga yang berjaya akan dilantik untuk tempoh satu (1) tahun (tertakluk kepada
syarat- syarat) bagi menyediakan perlindungan insurans kepada MAINPP yang mana tertakluk
kepada syarat – syarat sebutharga ini.
2
Tawaran sebutharga yang dihantar ini perlu menyatakan dengan terperinci butiran – butiran
seperti yang dinyatakan di bawah. Kegagalan untuk memasukkan mana- mana maklumat
seperti yang dikehendaki akan menyebabkan tawaran sebutharga yang dikemukakan
TERBATAL.
1) Tawaran sebutharga hendaklah dihantar kepada MAINPP pada atau sebelum 26 Mac
2012 jam 12.00 tengahari.
2) Lawatan ke setiap premis akan diadakan pada 29 Januari 2013 (Selasa),
penyebutharga yang berminat perlu berkumpul di Pejabat Majlis Agama Islam
Negeri Pulau Pinang, Tingkat 9, Menara UMNO jam 10.00 pagi untuk sesi
taklimat sebelum lawatan. Para penyebutharga perlu menaiki kenderaan masing-
masing untuk lawatan ke premis-premis bersama dengan pegawai MAINPP yang
terlibat.
3) Tawaran sebutharga yang dikemukakan perlu mengandungi resume kakitangan yang
akan dipertanggungjawabkan untuk memberikan perkhidmatan kepada MAINPP secara
spesifik. Penerangan terperinci bagaimana perlindungan insurans ini akan diuruskan
dan dikawal juga perlu dinyatakan.
4) Penyebutharga perlu mengisi borang tawaran sebutharga dengan menyertakan
laporan tahunan syarikat.
5) Sebarang perubahan maklumat perlulah dibuat secara bertulis kepada MAINPP.
6) MAINPP mempunyai hak untuk membatalkan penyertaan sebutharga yang diterima
tanpa apa- apa penjelasan.
7) Bayaran premium yang dinyatakan adalah merupakan bayaran untuk tempoh satu (1)
tahun. Sebarang perubahan kepada jumlah bayaran premium perlu dinyatakan dengan
terperinci.
8) Bayaran premium yang ditawarkan adalah dalam matawang Ringgit Malaysia.
9) Berhubung dengan tawaran sebutharga ini, MAINPP mempunyai hak untuk :
a) Tidak memilih tawaran sebutharga yang ditawarkan walaupun harga yang
ditawarkan adalah kompetitif.
b) Mendapatkan penjelasan daripada mana- mana sebutharga yang difikirkan
perlu.
3
Bahagian 2 : Syarat – Syarat Perlantikan
Setelah pemilihan syarikat insurans yang berjaya di dalam tawaran sebutharga ini
dilaksanakan, satu dokumen perjanjian yang mengandungi butiran di bawah perlu disediakan
oleh pihak syarikat insurans.
1) Perkhidmatan yang ditawarkan - Perlindungan insurans (dinyatakan secara
spesifik)
- Pengurangan tuntutan
- Pengurusan risiko/ hilang kawalan
2) Pengurusan akaun - Individu yang bertanggungjawab (agen)
- Keperluan pengesahan untuk sebarang
perubahan bagi agen /kumpulan agen
yang terlibat.
3) Tanggungjawab pelanggan - Bayaran premium
- Memberikan maklumat yang berkaitan
dalam tempoh masa yang mencukupi
- Pegawai yang dilantik untuk memberikan
arahan dan maklumat.
4) Ukuran prestasi utama - Prestasi tuntutan
- Isu – isu dokumentasi dan ketetapan
- Pelan tahunan
- Maklumbalas terhadap persoalan
4
BORANG SEBUTHARGA PERLINDUNGAN INSURANS
Nama Syarikat :
Alamat :
No. Telefon :
No. Sijil Kementerian Kewangan :
Saya/Kami yang menandatangani borang ini ingin menawarkan perlindungan insurans kepada premis-
premis di bawah MAINPP dengan butiran seperti berikut:
Jenis Insurans Bayaran Premium Termasuk Cukai Perkhidmatan Dan Duti Setem
(RM)
1. Kebakaran
2. Lain-lain jenis insurans
a) Semua Risiko
b) Tanggungan Awam
JUMLAH
Ringgit Malaysia:
Tandatangan :
Nama :
Cop Syarikat :
Tarikh :
5
BUTIRAN PENYEBUTHARGA
a. Nama Syarikat : ...........................................................................
b. Alamat : ...........................................................................
c. No. Telefon : ...........................................................................
d. Tarikh Pendaftaran : ...........................................................................
e. Modal Dibenarkan : ...........................................................................
f. Modal Berbayar : ...........................................................................
g. Pemegang Saham Utama : ...........................................................................
h. Nama Pengarah : ...........................................................................
i. Nama Kakitangan Pengurusan Utama : ...........................................................................
j. Struktur ekuiti :
I. Warganegara Malaysia : ...........................................................................
II. Bumiputra : ...........................................................................
III. Bukan Bumiputra : ...........................................................................
k. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia (sila sertakan salinan sijil) :
I. Nombor Sijil Pendaftaran: ............................................................................
II. Tempoh Pendaftaran: ............................................................................
l. Pendaftaran dengan Bank Negara (sila sertakan salinan sijil) : .................................................
I. Nombor Sijil Pendaftaran: ............................................................................
II. Tempoh Pendaftaran: ............................................................................
6
LAMPIRAN A1 JKNPP(S)/05/09/1 (27)
SURAT AKUAN PEMBIDA Bagi
(Tajuk dan Nombor Tender / Sebut Harga)
………………………………………………………………………………..
Saya, ……………………………………………………………… Nombor K.P. …………………………….......... yang memiliki
………………………………………….….. nombor pendaftaran ...…………………………… dengan ini mengisytiharkan
bahawa saya mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu
dalam Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang atau mana-mana individu lain, sebagai ganjaran
mendapatkan tender/sebut harga* seperti di atas.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar
atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang atau
mana-mana individu lain sebagai ganjaran mendapatkan tender/ sebut harga* seperti di atas, maka saya
sebagai pemilik syarikat bersetuju bahawa Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang berhak mengambil
tindakan-tindakan berikut:
2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau
2.2 penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* yang ditandatangani tanpa bayaran gantirugi
sekiranya pembida yang berjaya didapati melaku, memberi atau menawarkan rasuah; dan
2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan kerajaan.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana
individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai ganjaran mendapatkan tender/sebut harga* seperti di
atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.