1 SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN PENYEWAAN DAN PEMASANGAN FLOOR MAT, KARPET SELAMAT DATANG DAN PEWANGI UDARA DI KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA ARAS 27, LOT 4G9, PRESINT 4, PERSIARAN PERDANA PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62100 W.P. PUTRAJAYA TARIKH TUTUP : 9 JUN 2017 (JUMAAT) JAM 12.00 TENGAH HARI DOKUMEN SEBUT HARGA NO. RUJUKAN SEBUT HARGA KKMM.CPP/SH/9/2017
39
Embed
SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN PENYEWAAN ......KKMM.CPP/SH/9/2017 2 PENYEBUT HARGA 1. SENARAI SEMAKAN DOKUMEN (BEKALAN/PERKHIDMATAN) 2. KENYATAAN SEBUT HARGA 3. ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN PENYEWAAN DAN
PEMASANGAN FLOOR MAT, KARPET SELAMAT DATANG
DAN PEWANGI UDARA DI KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN
MULTIMEDIA MALAYSIA BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA
ARAS 27, LOT 4G9, PRESINT 4, PERSIARAN PERDANA
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62100 W.P. PUTRAJAYA
TARIKH TUTUP : 9 JUN 2017 (JUMAAT) JAM 12.00 TENGAH HARI
DOKUMEN SEBUT HARGA
NO. RUJUKAN SEBUT HARGA
KKMM.CPP/SH/9/2017
2
1. SENARAI SEMAKAN DOKUMEN (BEKALAN/PERKHIDMATAN)
2. KENYATAAN SEBUT HARGA
3. ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA
4. BORANG SEBUT HARGA
5. SKOP SPESIFIKASI & PERKHIDMATAN
6. JADUAL PEMATUHAN SPESIFIKASI
TEKNIKAL
7. PEMATUHAN PERALATAN
8. JADUAL TAWARAN HARGA
9. BORANG MAKLUMAT PENYEBUT HARGA 10. SURAT AKUAN PEMBIDA
11. SENARAI PERKHIDMATAN YANG TELAH
DISIAPKAN
12. SENARAI PERKHIDMATAN DALAM TANGAN
KANDUNGAN
3
SENARAI SEMAKAN (BEKALAN / PERKHIDMATAN)
CADANGAN KEWANGAN
Sila tandakan √ bagi dokumen-dokumen yang disertakan.
Bil.
Perkara/Dokumen
Untuk Ditanda
Oleh
Kontraktor
Untuk Ditanda
Oleh Jawatankuasa
Pembuka Sebut
Harga KKMM
1. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Daripada
Kementerian Kewangan dalam kod bidang
berkaitan seperti berikut :
020103 – Permaidani/Ambar
020102 – Barangan Hiasan Dalaman dan
Aksesori
2. Salinan Sijil Akuan Bumiputera Daripada
Kementerian Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan)
3. Borang Sebut harga yang telah diisi dengan
lengkap termasuk nilai tawaran dan tempoh siap
dan ditandatangani.
4. Jadual Tawaran Harga
5. Borang Maklumat Latarbelakang
Penyebut Harga
6. Profil Syarikat Beserta Dengan Carta Organisasi
1.1 Sebut harga adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang : 020103 – Permaidani/Ambar
020102 – Barangan Hiasan Dalaman dan Aksesori serta mempunyai kad pintar e-Perolehan dan eP-enabled dan masih dibenarkan membuat sebut harga pada masa ini untuk menjalankan kerja-kerja berikut:
SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN PENYEWAAN DAN PEMASANGAN
FLOOR MAT, KARPET SELAMAT DATANG DAN PEWANGI UDARA DI
KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA BAGI TEMPOH
DUA (2) TAHUN
1.2 Sebut harga ini akan dibuka pada 31 Mei 2017 sehingga tarikh tutup pada 9 Jun 2017 (Jumaat) jam 12.00 tengah hari.
1.3 Dokumen Sebut Harga boleh diperoleh mulai 31 Mei 2017 di Laman Web Perolehan http://home.eperolehan.gov.my dan di Laman Web Rasmi KKMM http://www.kkmm.gov.my
1.4 Syarikat perlu mengunci masuk cadangan tawaran teknikal serta cadangan tawaran harga ke dalam sistem e-Perolehan sebelum atau pada tarikh tutup sebut harga pada 9 Jun 2017 (Jumaat) jam 12.00 tengah hari (Tawaran yang tidak dihantar melalui sistem ini tidak akan diperakukan).
1.5 Dokumen Sebut Harga yang dihantar secara manual (WAJIB) yang telah
lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga yang dialamatkan kepada:
pada atau sebelum pukul 12.00 tengah hari pada 9 Jun 2017 (Jumaat).
Tawaran sebut harga yang dikemukakan lewat dari tarikh dan masa tersebut
melalui sistem e-Perolehan serta lewat menghantar dokumen seperti mana
arahan sebut harga tidak akan dipertimbangkan.
1.6 Semua penyebut harga yang ingin menyertai sebut harga ini adalah
diwajibkan menghadiri taklimat dan lawatan tapak yang akan diadakan
pada 2 Jun 2017 (Jumaat) jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat Bahagian
Khidmat Pengurusan, Aras 27, Kompleks KKMM, Putrajaya. Penyebut
harga yang gagal hadir pada sesi taklimat pada tarikh dan masa yang
ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
1.7 Tempoh sah laku sebut harga adalah selama 90 hari dari tarikh sebut harga ditutup.
1.8 KKMM tidak akan terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran sebut harga.
1.9 PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH
i. Sebarang perubahan atau percubaan rasuah untuk menawar atau
memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah
kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini
merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694);
ii. Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa
suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak
yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan
segera ke pejabat Badan Pencegah Rasuah atau balai polis yang
berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu
kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
2009 (Akta 694);
iii. Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib
terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan
kontraktor atau penyebut harga boleh diambil sekiranya pihak-pihak
terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694);
iv. Mana-mana kontraktor atau penyebut harga yang membuat tuntutan
bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada
barangan di bekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada
perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam
9
yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan
di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta
694).
10
ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA
SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN PENYEWAAN DAN PEMASANGAN
FLOOR MAT, KARPET SELAMAT DATANG DAN PEWANGI UDARA DI
KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA BAGI TEMPOH
DUA (2) TAHUN
Kontraktor adalah dikehendaki diwajibkan mematuhi sepenuhnya Syarat-Syarat Am
sebut harga apabila menyertai tawaran sebut harga ini. Kegagalan mematuhi mana-
mana syarat dibawah ini membolehkan sebut harga yang dikemukakan ditolak.
1. Kelayakan Memasuki Sebut Harga
Kontraktor yang berminat menyertai tawaran Sebut Harga Bagi Perkhidmatan
Penyewaan Dan Pemasangan Floor Mat, Karpet Selamat Datang Dan Pewangi
Udara Di Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia Bagi Tempoh Dua
(2) Tahun hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut:
1.1 Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia dengan kod bidang yang berkaitan iaitu :
020103 – Permaidani/Ambar
020102 – Barangan Hiasan Dalaman dan Aksesori
1.2 Mempunyai kad pintar e-perolehan dan eP-enabled; 1.3 Syarikat hendaklah tidak muflis dan tidak pernah disenaraihitam;
1.4 Salinan Sijil Pendaftaran dan salinan sijil taraf Bumiputera dari
Kementerian Kewangan hendaklah disertakan bersama-sama tawaran;
dan
1.5 Terbuka kepada semua kontraktor.
2. HARGA
2.1 Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua
diskaun dan kos tambahan yang berkaitan.
2.2 Harga yang ditawarkan adalah termasuk kos pengangkutan,
penghantaran dan penyelenggaraan.
11
2.3 Harga yang dikemukakan mestilah TIDAK TERMASUK KENAAN GST.
Kerajaan tidak bertanggungjawab di atas kecuaian/kesilapan terhadap
harga yang ditawarkan.
2.4 Penyebut harga hendaklah memastikan harga tersenarai mestilah sah
dan terpakai sepanjang tempoh kontrak.
2.5 Harga yang ditawarkan hendaklah dinyatakan dalam matawang Ringgit
Malaysia (RM).
2.6 Fi perkhidmatan bagi perolehan secara elektronik iaitu penggunaan
sistem e-Perolehan adalah sebanyak 0.4% akan dikenakan bagi
setiap transaksi yang disempurnakan atau maksimum RM 4,800.00
bagi transaksi yang melebihi RM1.2 juta.
2.7 Sekiranya wujud sebarang percanggahan maklumat antara maklumat
dalam e-Perolehan dengan salinan hardcopy, maka maklumat dalam
e-Perolehan akan diguna pakai.
3. KEADAAN BARANG / MUTU PERKHIDMATAN
Semua barang dan mutu perkhidmatan hendaklah mengikut spesifikasi
sepertimana yang dinyatakan dan ditetapkan.
4. HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA/MENOLAK SEBUT HARGA
4.1 Kerajaan tidak terikat untuk menyetuju terima sebut harga yang
terendah atau mana-mana sebut harga.
4.2 Tiap-tiap satu butiran akan ditimbangkan sebagai suatu sebut harga
yang berasingan.
4.3 Kos penyertaan sebut harga dan penyediaan dokumen sebut harga
adalah ditanggung sendiri oleh Penyebut harga. Kementerian tidak
akan bertanggungjawab atas apa-apa jua kos yang terlibat.
4.4 Kementerian tidak akan bertanggungjawab di atas kegagalan
penerimaan Cadangan Kewangan dan Cadangan Teknikal melalui
sistem e-Perolehan serta kegagalan menerima Dokumen Sokongan
atau kehilangan borang-borang berkaitan sebut harga tersebut.
4.5 Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad.
12
5. PEMERIKSAAN
5.1 Kerajaan adalah sentiasa berhak menghendaki barang-barang itu
diperiksa oleh seseorang pegawai yang dilantik olehnya dalam masa
atau pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan.
5.2 Penyebut harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau
pengujian apabila dikehendaki.
6. DOKUMEN-DOKUMEN TAWARAN SEBUT HARGA
6.1 DOKUMEN TAWARAN KEWANGAN
Penyebut harga adalah dikehendaki mengisi segala maklumat
berikut dengan sepenuhnya:-
a. Pada peringkat penyediaan dokumen tawaran kewangan, Penyebut
harga dikehendaki mengunci masuk (key-in) Jadual Tawaran Harga
ke dalam sistem e-Perolehan mengikut templat yang telah
disediakan.
b. Penyebut harga perlu mencetak satu (1) set Jadual Tawaran
Harga dan dimasukkan ke dalam Sampul Pertama (A) bersama
dokumen sokongan yang lain.
6.2 DOKUMEN TAWARAN TEKNIKAL
a. Pada peringkat penyediaan dokumen tawaran teknikal, Penyebut
harga dikehendaki mengunci masuk (key-in) Spesifikasi Teknikal ke
dalam sistem e-Perolehan mengikut templat yang telah disediakan.
b. Penyebut harga perlu mencetak satu (1) set Spesifikasi Teknikal
dan dimasukkan ke dalam Sampul Kedua (B) bersama dokumen
sokongan yang lain.
7. DOKUMEN YANG WAJIB DIKEMUKAKAN
7.1 Penyebut harga hendaklah mengemukakan ke KKMM Dokumen
Tawaran Kewangan seperti berikut :-
13
Dihantar Secara Online (e-Perolehan)
a. Jadual Tawaran Harga
Dokumen Sokongan (Dihantar Secara Manual)
a. Satu salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan;
b. Satu salinan Sijil Pendaftaran Bumiputera Kementerian
Kewangan;
c. Salinan Penyata Bulanan Bank bagi tiga (3) bulan terakhir
(Februari 2017, Mac 2017 dan April 2017) - wajib
d. Salinan akaun Syarikat tahun kewangan terakhir atau setahun
sebelumnya yang disahkan dan diaudit oleh Juruaudit
Bertauliah (sekiranya ada);
e. Profil Syarikat berserta Carta Organisasi Pengurusan;
f. Surat Akuan Pembida;
g. Borang Sebut Harga;
h. Borang Keterangan Penyebut Harga;
i. Salinan Jadual Tawaran Harga.
j. Sijil Menghadiri Lawatan Tapak - wajib;
k. Salinan Sijil GST (jika berdaftar); dan
l. Laporan penilaian prestasi/ perakuan oleh
Kementerian/Jabatan/Agensi/ Syarikat terdahulu yang pernah
menerima perkhidmatan yang sama (jika ada).
7.2 Penyebut harga hendaklah mengemukakan ke KKMM Dokumen
Tawaran Teknikal seperti berikut:-
Dihantar Secara Online (e-Perolehan)
a. Spesifikasi Teknikal;
Dokumen Sokongan dan Bahan Contoh (Dihantar Secara Manual)
a. Katalog/Brosur - wajib berkaitan;
b. Pembekalan Contoh bahan - wajib;
14
c. Jadual Pematuhan - wajib;
d. Pengalaman Penyebut harga; dan
e. Senarai kerja berkaitan yang sedang dilaksana.
Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas,
Penyebut harga hendaklah menurukan tandatangan ringkas (initial)
pada semua pembetulan.
8. PENYERAHAN DOKUMEN SEBUT HARGA SECARA MANUAL
Dokumen sokongan hendaklah dikemukakan dalam dua (2) sampul
berlakri “A” dan “B” iaitu:-
a. Sampul surat pertama (A) terdiri dari 1 set dokumen sokongan
bagi Tawaran Kewangan dan ditandakan di sudut sebelah kiri
bawah dengan :
“SAMPUL PERTAMA (A)”
SULIT
Nombor Cadangan Pembekal (Y032101010009xxxx) –
contoh Sebut Harga : KKMM.CPP/SH/9/2017) (Q0321010100130006)
(DOKUMEN TAWARAN KEWANGAN)
b. Sampul surat kedua (B) terdiri dari 1 set dokumen sokongan
bagi Tawaran Teknikal dan ditandakan di sudut sebelah kiri bawah
dengan:
“SAMPUL KEDUA (B)”
c. Sampel bahan contoh ditandakan seperti nombor cadangan
pembekal dan contoh sebut harga pada setiap item dan
SULIT
Nombor Cadangan Pembekal (Y032101010009xxxx) –
contoh Sebut Harga: KKMM.CPP/SH/9/2017)
(Q0321010100130006)
(DOKUMEN TAWARAN TEKNIKAL)
15
dimasukkan dalam satu kotak yang dilabelkan dengan:
“SAMPEL BAHAN” d. Kedua-dua sampul (A dan B) hendaklah dimasukkan ke dalam
satu sampul surat yang berlakri dan ditandakan di bahagian atas sampul surat itu dengan:-
SEBUT HARGA: KKMM.CPP/SH/9/2017
DITUTUP PADA 9 JUN 2017 (JUMAAT)
JAM 12.00 TENGAH HARI
Semua dokumen tersebut hendaklah dihantar kepada:-
BAHAGIAN KEWANGAN
(CAWANGAN PENGURUSAN PEROLEHAN)
KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA
ARAS 8, LOT 4G9, PRESINT 4, PERSIARAN PERDANA
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62100 W.P. PUTRAJAYA
e. Semua dokumen hendaklah dihantar melalui serahan tangan atau
pos ke alamat yang dinyatakan pada atau sebelum masa yang
ditetapkan dalam Kenyataan Sebut harga. Walau apa pun alasan
yang diberikan, sebarang sebut harga yang tiba di kaunter selepas
tempoh yang ditetapkan tidak akan diterima.
f. Penyebut harga tidak boleh memasukkan apa-apa perbelanjaan
berkaitan dengan penyediaan sebut harga ini dalam sebut harga
yang ditawarkan.
g. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan dengan tawaran sebut harga
Penyebut harga perlu menyiapkan kontrak bekalan/perkhidmatan ini dalam
tempoh EMPAT (4) Bulan dari tarikh Surat Setuju Terima (SST)
dikeluarkan.
13. KEGAGALAN PENYEBUT HARGA MEMULAKAN KERJA
Sekiranya Penyebut harga gagal memulakan kerja selepas 7 hari dari tarikh
akhir tempoh mula kerja yang dinyatakan tanpa sebab-sebab yang
munasabah, Pesanan Tempatan / Inden Kerja akan dibatalkan oleh Pegawai
Penguasa/wakil dan tindakan akan diambil terhadap Penyebut harga
14. SUB-KONTRAK DAN MENYERAH HAK KERJA
Penyebut harga tidak dibenarkan menjalankan sewaan kerja kepada
Penyebut harga lain. Penyebut harga tidak boleh menyerah hak apa-apa
faedah di bawah Pesanan Tempatan / Inden Kerja ini tanpa terlebih dahulu
mendapatkan persetujuan bertulis daripada Pegawai Pengawal/wakil.
15. PENOLAKAN BAHAN, BARANG DAN KERJA OLEH PEGAWAI
PENGUASA/WAKIL
Pegawai Penguasa atau wakilnya berhak menolak bahan, barang dan kerja-
kerja yang tidak menepati spesifikasi dan hendaklah diganti dan sebarang kos
tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh Penyebut harga sendiri.
16. PERCANGGAHAN DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA
Jika Penyebut harga mendapati apa-apa percanggahan dalam dokumen
Sebut harga, hendaklah merujuk kepada Pegawai Penguasa / wakil untuk
mendapat keputusan.
17. KEGAGALAN PENYEBUT HARGA MENYIAPKAN KERJA DAN
PENAMATAN PERLANTIKAN PENYEBUT HARGA
Pegawai penguasa / wakil berhak membatalkan Pesanan Tempatan / Inden
Kerja sekiranya penyebut harga berada dalam keadaan berikut dan setelah
menerima surat amaran daripada pegawai penguasa:
i. Sekiranya Penyebut harga masih gagal menyiapkan kerja dalam
tempoh masa yang telah ditetapkan.
ii. Kemajuan kerja terlalu lembab tanpa apa-apa sebab yang munasabah.
18
iii. Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian kerja tanpa
apa-apa sebab yang munasabah.
iv. Tidak mematuhi arahan Pegawai Penguasa / wakil tanpa apa-apa
alasan yang munasabah.
v. Apabila Penyebut harga disiytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.
18. PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG OLEH PENYEBUT HARGA
Penyebut harga hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-undang Kecil
dan Undang-undang Berkanun dalam Malaysia semasa perlaksanaan kerja.
Penyebut harga tidak berhak menuntut sebarang kos dan bayaran tambahan
kerana pematuhannya dengan syarat-syarat ini.
19. KELEWATAN DAN LANJUTAN MASA
Penyebut harga hendaklah dengan serta-merta memberi notis bertulis kepada
Pegawai Penguasa dengan menyatakan sebab kelewatan yang berlaku.
Sekiranya alasan yang diberikan adalah munasabah, maka surat Perakuan
Kelambatan dan Lanjutan Masa akan dikeluarkan bagi menyiapkan kerja-
kerja terlibat.
20. CADANGAN SEBUT HARGA
i. Kontraktor hanya dibenarkan menghantar satu (1) cadangan sahaja
bagi sebut harga yang ditawarkan.
ii. Setiap cadangan hendaklah menyertakan surat akuan Sebut Harga
(mengikut format yang disediakan), Cadangan Teknikal dan
Cadangan Kewangan di dalam sampul yang berasingan dan
dimasukkan dalam sampul surat utama yang berlakri. Sila catat
nombor Sebut Harga KKMM.CPP/SH/9/2017 serta tajuk Sebut
Harga pada sudut kiri sampul tersebut dan hendaklah dimasukkan
ke dalam peti sebut harga pada masa dan tempat yang ditetapkan
dalam Kenyataan Tawaran Sebut Harga.
iii. Kontraktor adalah dilarang meletak atau mencetak nama syarikat
pada maklumat di Cadangan Teknikal. Kegagalan kontraktor
mematuhi syarat ini boleh menyebabkan tawaran tidak
dipertimbangkan.
19
iv. Pihak kerajaan berhak menolak mana-mana dokumen yang tidak
lengkap atau lewat diterima.
21. BAYARAN
i. Bayaran akan dibuat secara bulanan. Pada akhir setiap bulan
Kontraktor dikehendaki mengemukakan bil tuntutan ke Bahagian
Khidmat Pengurusan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Malaysia.
ii. Bayaran kerja bulanan hanya akan dibayar sepenuhnya kepada
kontraktor di atas kerja-kerja yang telah dijalankan dengan
memuaskan. Kontraktor hendaklah menyediakan satu jadual “check-
list” kerja-kerja yang dijalankan dan disahkan oleh wakil daripada
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
20
BORANG SEBUT HARGA
No. Sebut harga: ………………………………
Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Bahagian Kewangan (Cawangan Pengurusan Perolehan) Aras 8, Bangunan KKMM Lot 4G9, Presint 4, Persiaran Perdana Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62100 W.P. PUTRAJAYA Tuan, SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN PENYEWAAN DAN PEMASANGAN FLOOR
MAT, KARPET SELAMAT DATANG DAN PEWANGI UDARA DI KEMENTERIAN
KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN
Di bawah dan tertakluk kepada Arahan Kepada Penyebut harga, Syarat-syarat,
Spesifikasi dan Skop Kerja, saya yang bertandatangan di bawah ini adalah dengan
ini menawarkan untuk melaksana dan menyiapkan perkhidmatan/kerja-kerja
Saya bersetuju menyiapkan perkhidmatan ini dalam masa ………….. tahun dari tarikh mula kerja. Tandatangan Penyebut Harga :................................
Nama :.. ..................................................................
Jawatan : ................................................................ Tarikh : .............................. Alamat:.................................................................... Tandatangan saksi: ................................................
Nama :.. ..................................................................
Jawatan : ................................................................ Tarikh : ................................. Alamat :....................................................................
21
SKOP SPESIFIKASI DAN PERKHIDMATAN
SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN PENYEWAAN DAN PEMASANGAN
FLOOR MAT, KARPET SELAMAT DATANG DAN PEWANGI UDARA DI
KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA BAGI TEMPOH
1.1 Bahagian Khidmat Pengurusan, KKMM bercadang untuk mendapatkan Perkhidmatan Penyewaan dan Pemasangan Floor Mat, Karpet Selamat Datang dan Pewangi Udara di Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia Bagi Tempoh Dua (2) Tahun.
1.2 Definisi Perkhidmatan
(a) menghantar, memasang dan menyelenggara Kelengkapan kepada Penyewa; dan
(b) mengendalikan penyelenggaraan Kelengkapan
Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia Lot 4G9, Presint 4, Persiaran Perdana Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62100 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
2. SPESIFIKASI, HARGA DAN KUANTITI
2.1 Kontraktor hendaklah membekal, menghantar dan memperakukan barang-barang tersebut mengikut spesifikasi, harga dan kuantiti yang ditentukan dalam tawaran Sebut Harga ini;
3. PEMERIKSAAN
Kontraktor hendaklah membenarkan pegawai-pegawai KKMM yang dilantik memasuki kawasan-kawasan/bangunan-bangunan di mana kelengkapan tersebut sedang disediakan atau diselenggara bagi maksud pemeriksaan, pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh pegawai tersebut.
4. PENGHANTARAN DAN PEMASANGAN
4.1 Penyebut harga hendaklah dengan kosnya sendiri menghantar dan memasang Kelengkapan tersebut di lokasi pemasangan.
22
4.2 Penyebut harga akan memaklumkan kepada Pegawai KKMM dalam tempoh dua (2) hari sebelum kelengkapan tersebut dihantar ke lokasi pemasangan.
4.3 Jika berlaku sebarang kelewatan menyediakan lokasi pemasangan
tersebut, Penyebut harga hendaklah memaklumkan kepada Pemilik terlebih dahulu agar tarikh penghantaran kelengkapan tersebut diubah kepada masa yang lebih sesuai.
4.4 Penyebut harga hendaklah memaklumkan kepada pegawai KKMM
yang bertanggungjawab jika berlakunya sebarang perubahan lokasi pemasangan.
4.5 Semasa bertugas, kontraktor hendaklah memastikan setiap pekerja
sentiasa mengikut tatalaku seperti berikut :-
a) Pekerja mestilah menghormati semua pegawai dan orang ramai di tempat bertugas;
b) Menjalankan tugas dengan teratur dan sempurna mengikut
jadual yang ditetapkan. c) Pihak kontraktor hendaklah menukarkan mana-mana pekerja
jika Ketua Jabatan di tempat bertugas atau pegawai yang diwakil kuasa olehnya tidak berpuas hati dengan prestasi pekerja tertentu dan telah mengemukakan permohonan rasmi kepada kontraktor untuk berbuat demikian.
4.6 Bagi memastikan perkhidmatan tersebut dapat dijalankan dengan
memuaskan :-
a) Semua pekerja yang diambil berkhidmat mestilah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, tidak terlibat dengan gejala dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah serta boleh menulis dan membaca dalam Bahasa Melayu.
b) Semua pekerja hendaklah memakai pakaian seragam yang
lengkap dengan pengenalan syarikat dan tanda nama pekerja dan mendapat kebenaran daripada Unit Keselamatan.
5. DENDA
Kerajaan berhak memotong bahagian tertentu dari jumlah bayaran yang telah dipersetujui jika mendapati perkhidmatan yang dilaksanakan tidak memuaskan.
23
6. CARA DAN WAKTU BEKERJA
6.1 Perkhidmatan ini perlu dijalankan sebulan sekali mengikut waktu pejabat yang berkuat kuasa di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia iaitu bermula pada jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang (Isnin – Jumaat).
6.2 Kontraktor perlu menggantikan: (i) Floor Mat dan Karpet Selamat Datang; dan (ii) Pewangi Udara dibekalkan hanya sekali, refill dan bateri diganti secara bulanan. (iii) Sekiranya berlaku kerosakan pada bahan yang disewakan atau difikirkan perlu oleh pegawai pemeriksa untuk ditukar ganti, maka pihak kontraktor perlu menggantikan bahan berkenaan.
7. CARUMAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) DAN PERKESO
7.1 Kontraktor dikehendaki dan bertanggungjawab mematuhi Ordinan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang berkuatkuasa seperti yang dikanunkan termasuk semua syarat-syarat dan peraturan. 7.2 Adalah menjadi tanggungjawab kontraktor membayar semua caruman yang dikehendaki di bawah ordinan tersebut bagi semua kakitangan / pekerja yang diambil.
8. RISIKO TERHADAP KEROSAKAN BARANG-BARANG
8.1 Penyebut harga akan bertanggungjawab terhadap peralatan dan barang tersebut semasa penghantaran dibuat.
8.2 KKMM akan bertanggungjawab untuk risiko terhadap kehilangan atau
kerosakan selepas penerimaan.
9. WARANTI
Penyebut harga memberi jaminan bahawa kelengkapan tersebut berada di dalam keadaan baik dan bebas daripada sebarang kerosakan dan kecacatan daripada segi pembuatan dan reka bentuk, dan berfungsi mengikut spesifikasi yang ditetapkan dengan syarat Kelengkapan tersebut tidak diubahsuai atau dialihkan oleh KKMM tanpa kebenaran bertulis daripada Penyebut harga.
24
JADUAL PEMATUHAN SPESIFIKASI TEKNIKAL
SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN PENYEWAAN DAN PEMASANGAN
“FLOOR MAT” SERTA PEWANGI UDARA DI KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN
MULTIMEDIA MALAYSIA BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN
Sebut harga No: KKMM.CPP/SH/ /2017
A) “FLOOR MAT DAN KARPET SELAMAT DATANG”
BIL. PERKARA PEMATUHAN (3’ x 5’)
UNIT
(2’ x 3’)
UNIT PATUH
TIDAK PATUH
CATATAN
1. KERJA-KERJA PERMULAAN (PRELIMINARIES)
Kerja-kerja permulaan mengikut spesifikasi dan syarat-syarat sebut harga termasuk menyediakan perkhidmatan yang berkaitan seperti mana yang diarahkan Pegawai Penguasa.
2. MEMBEKAL, MEMASANG DAN MENYELENGGARA
“FLOOR MAT DAN KARPET SELAMAT DATANG” -
Aras 37 : Pejabat Menteri 1 2
Aras 36 : Pejabat Timbalan Menteri
2 2
Aras 35 :
-Pejabat Ketua Setiausaha
-Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar)
-Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi)
-Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan)
1 2
Aras 34 :
Bilik Mesyuarat 1 2
Aras 33 :
Unit KPI 1 2
Aras 32 :
Anjung @ 32 1 2
Aras 31 :
-Bahagian Teknologi Komunikasi
1 2
25
BIL. PERKARA PEMATUHAN (3’ x 5’)
UNIT
(2’ x 3’)
UNIT PATUH
TIDAK PATUH
CATATAN
- Bahagian Pembangunan Kandungan
Aras 30 :
-Bahagian Kawalan dan Pematuhan
-Bahagian Infrastruktur dan Aplikasi
1 2
Aras 29 :
Bahagian Komunikasi
Strategik
1 2
Aras 28 :
Bahagian Akaun 1 2
Aras 27 :
Bahagian Khidmat Pengurusan
1 2
Aras 26 :
Bahagian Antarabangsa 1 2
Aras 25 :
Bahagian Perancangan Strategik
1 2
Aras 24 :
Penasihat Undang-undang 1 2
Aras 23 :
Cawangan Hubungan Media
1 2
Aras 22 :
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
1 2
Aras 21 :
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
1 2
Aras 20 :
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
1 2
Aras 19 :
Bahagian Pengurusan Maklumat
1 2
Aras 18 :
Jabatan Penerangan Malaysia
- 2
26
BIL. PERKARA PEMATUHAN (3’ x 5’)
UNIT
(2’ x 3’)
UNIT PATUH
TIDAK PATUH
CATATAN
Aras 17 :
Jabatan Penerangan Malaysia
- 2
Aras 16 :
Jabatan Penerangan Malaysia
- 2
Aras 15 :
Jabatan Penerangan Malaysia
- 2
Aras 14 :
Jabatan Penerangan Malaysia
- 2
Aras 13 :
Jabatan Penerangan Malaysia
- 2
Aras 12 :
Jabatan Penerangan Malaysia
- 2
Aras 11 :
Jabatan Penerangan Malaysia
- 2
Aras 10 :
Jabatan Penerangan Malaysia
- 2
Aras 9 :
Jabatan Penerangan Malaysia
- 2
Aras 8 :
Bahagian Pembangunan dan Cawangan Pengurusan Perolehan
2 2
Aras 7 :
Bahagian Kewangan 1 2
Aras 6 :
Jabatan Perlindungan Data Peribadi
- 2
Aras 5 :
Jabatan Penerangan Malaysia
- 2
Aras 4 :
Pusat Sumber 2 2
27
BIL. PERKARA PEMATUHAN (3’ x 5’)
UNIT
(2’ x 3’)
UNIT PATUH
TIDAK PATUH
CATATAN
Aras 3 :
Cawangan Perdagangan 1 2
Aras 2 :
Taska dan Unit Pengurusan Rekod, BKP
2 2
Aras 1 :
-Surau Lelaki
-Surau Perempuan
-Unit Polis Bantuan
3 4
Lobi
8 2
Kafeteria
1 -
Aras B1 :
Dewan Serbaguna 6 2
Aras B2 1 -
Aras B3 1 -
3. Jenis yang ditawarkan (Jenama/Model/Buatan)
4. Tempoh Kekerapan Servis 2 Tahun
- 24 kali
JUMLAH 48 80
28
B) PEWANGI UDARA
BIL. PERKARA PEMATUHAN UNIT PATUH TIDAK PATUH
CATATAN
1. KERJA-KERJA PERMULAAN (PRELIMINARIES)
Kerja-kerja permulaan mengikut spesifikasi dan syarat-syarat sebut harga termasuk menyediakan perkhidmatan yang berkaitan seperti mana yang diarahkan Pegawai Penguasa.
2. MEMBEKAL, MEMASANG DAN MENYELENGGARA PEWANGI UDARA
– ( 428 UNIT )
Aras 37 : Pejabat Menteri 22 Unit
Aras 36 : Pejabat Timbalan Menteri
15 Unit
Aras 35 :
-Pejabat Ketua Setiausaha
-Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar)
-Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi)
-Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan)
27 Unit
Aras 34 :
Bilik Mesyuarat 27 Unit
Aras 33 :
Unit KPI 3 Unit
Aras 32 :
Anjung @ 32 6 Unit
Aras 31 :
-Bahagian Teknologi Komunikasi
-Bahagian Pembangunan Kandungan
18 Unit
Aras 30 :
-Bahagian Kawalan dan Pematuhan
-Bahagian Infrastruktur dan Aplikasi
12 Unit
29
BIL. PERKARA PEMATUHAN UNIT PATUH TIDAK PATUH
CATATAN
Aras 29 :
Bahagian Komunikasi Strategik
20 Unit
Aras 28 :
Bahagian Akaun 16 Unit
Aras 27 :
Bahagian Khidmat Pengurusan
18 Unit
Aras 26 :
Bahagian Antarabangsa 16 Unit
Aras 25 :
Bahagian Perancangan Strategik
20 Unit
Aras 24 :
Penasihat Undang-undang 17 Unit
Aras 23 :
Cawangan Hubungan Media 12 Unit
Aras 22 :
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
16 Unit
Aras 21 :
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
16 Unit
Aras 20 :
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
13 Unit
Aras 19 :
Bahagian Pengurusan Maklumat
18 Unit
Aras 8 :
Bahagian Pembangunan dan Cawangan Pengurusan Perolehan
22 unit
Aras 7:
Bahagian Kewangan 18 unit
Aras 4 :
Pusat Sumber 17 Unit
Aras 3 :
Cawangan Perdagangan 16 Unit
Aras 2 :
Taska dan Unit Pengurusan 14 Unit
30
BIL. PERKARA PEMATUHAN UNIT PATUH TIDAK PATUH
CATATAN
Rekod, BKP
Aras 1 :
-Surau
-Unit Polis Bantuan
8 Unit
Lobi
8 Unit
Aras B1 :
Dewan Serbaguna dan Bilik Menunggu VIP
13 unit
3. Model yang ditawarkan (Jenama/Model/Buatan)
4. Tempoh kekerapan servis 2 Tahun
– 24 kali
JUMLAH 428
31
PEMATUHAN PERALATAN
(PATUH/TIDAK PATUH)
Bil.
Nama Peralatan
Gambar Rujukan
Jenama Patuh ( /)
Tidak Patuh
(X)
Catatan
1.
Karpet “Selamat Datang” Saiz 3’ x 5’ (Diletakkan di setiap pintu masuk utama bangunan / bahagian)
2. Floor Mat Saiz 2’ x 3’ (Diletakkan di setiap pintu masuk tandas dalam bangunan)
3. Pewangi Udara, refill dan bateri alkaline
27
32
JADUAL TAWARAN HARGA
SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN PENYEWAAN DAN PEMASANGAN “FLOOR MAT” SERTA PEWANGI UDARA DI
KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN
Sebut harga No: KKMM.CPP/SH/ /2017
Catatan :
i) Kos penyewaan merangkumi kos penyelenggaraan bulanan floor mat, karpet selamat datang dan pewangi
udara (termasuk bateri).
BIL PERKARA KUANTITI TAWARAN
HARGA SEUNIT
TEMPOH KEKERAPAN
SERVIS
TAWARAN HARGA SEBULAN
TAWARAN HARGA
SETAHUN
TAWARAN HARGA
DUA TAHUN
1. Floor Mat – 2’ x 3’ 80 Unit 24 kali
(Sebulan sekali)
2. Karpet Selamat Datang – 3’ x 5’
48 Unit 24 kali
(Sebulan sekali)
3. Pewangi Udara, Refill dan Bateri Alkaline
428 Unit 24 kali
(Sebulan sekali)
JUMLAH KESELURUHAN
28
33
BORANG MAKLUMAT PENYEBUT HARGA
SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN PENYEWAAN DAN PEMASANGAN
FLOOR MAT, KARPET SELAMAT DATANG DAN PEWANGI UDARA DI
KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA BAGI TEMPOH
DUA (2) TAHUN
1. Nama Syarikat : ……………………………………………..……………...
2. Alamat Syarikat : ………………………………………..…………………...
…………………………………………………………….……………………………
3. No. Telefon : ……………………………………………………..……...
No. Faks : …………………………………………………………….
4. No. Pendaftaran : …………………………………………………………….
Kementerian Kewangan
5. Tarikh Tamat Pendaftaran :
…………………………………………………………….
6. Tarikh Syarikat ditubuhkan :
…………………………………………………………….
7. Jenis Perniagaan :
…………………………………………………………….
8. Taraf Syarikat (Bumiputera/Bukan Bumiputera) :
…………………………………….
(Sila sertakan Salinan Sijil)
34
9. LEMBAGA PENGARAH / PEMEGANG SAHAM UTAMA / PEMEGANG
EKUITI
Nama Warganegara No. K/P
i. …………………………………………… …………………………..
ii. …………………………………………… …………………………..
iii. …………………………………………… …………………………..
iv. …………………………………………… …………………………..
v. …………………………………………… …………………………..
10. Nama Bank : …………………………………………………………………….
Alamat : …………………………………………………………………….
…………………….…………………………………………
(Sila kemukakan salinan penyata bank untuk 3 bulan terakhir)
11. Modal yang dibenarkan : …………………………………………………….
12. Modal Berbayar : …………………………………………………….
13. Kemudahan Overdraf : …………………………………………………….
Nama dan Alamat Bank : …………………………………………………….
.……………………………………………………
……………………………………………………
…………………………………………………….
(Salinan Penyata bank tiga (3) bulan terakhir)
14. KOMPOSISI MODAL
Bilangan pemegang saham mengikut jumlah unit saham.