Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025 adalah: 1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. 2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. 3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai. 4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan. 5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. 6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. 7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. 8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan. 9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. 10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit. 11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam. Posted in: Isu Pendidikan 11 Anjakan - PPPM 2013-2025 08:46 BLOG GURU SEKOLAH RENDAH NO COMMENTS Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025 adalah: Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti... Kualiti Pendidikan Harus Dipertingkat - TPM 07:43 BLOG GURU SEKOLAH RENDAH 1 COMMENT
20
Embed
Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.
Posted in: Isu Pendidikan
11 Anjakan - PPPM 2013-202508:46 BLOG GURU SEKOLAH RENDAH NO COMMENTS
Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:
Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. Memastikan setiap murid
profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap
sekolah. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Transformasi kebolehan dan keupayaan
penyampaian pendidikan. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti...
Kualiti Pendidikan Harus Dipertingkat - TPM07:43 BLOG GURU SEKOLAH RENDAH 1 COMMENT
GEORGETOWN 18 Feb. - Kualiti pendidikan harus dipertingkat seiring perkembangan ilmu dan teknologi bagi
melahirkan modal insan yang berupaya memacu Malaysia menjadi negara maju, kata Timbalan Perdana Menteri Tan
Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata cabaran yang harus dipikul kini adalah meningkatkan aspek kualiti
SBPA Batal - Inti pati pengumuman Perdana Menteri untuk penjawat awam22:09 BLOG GURU SEKOLAH RENDAH NO COMMENTS
PUTRJAYA 8 Mac – Berikut inti pati pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika perhimpunan
khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.
Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM)
yang ditambah baik.
Penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan bagi penjawat awam
pada masa depan.
Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan
Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54 iaitu bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred
Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).
Jadual gaji matriks diubah suai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadarkenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.
Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) dinaikkan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B
manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.
Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman
(BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekal pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada
PUTRAJAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu tarikh kuat
kuasa Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dikekalkan pada 1 Januari lalu dan tunggakan gaji dibayar kepada
semua penjawat awam dari tarikh itu.
Presidennya, Datuk Omar Osman (gambar) berkata, permintaan itu adalah wajar memandangkan kerajaan sebelum
ini menetapkan tarikh kuat kuasa SBPA bermula 1 Januari tetapi pelaksanaan sahaja ditangguhkan berikutan
semakan semula beberapa perkara dalam skim baru itu.
“Jadi permintaan CUEPACS adalah supaya tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari itu dikekalkan. Itu yang kita
mahu.
“Ia berdasar perbincangan sewaktu saya bertemu dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tempoh
hari. Jadi kekalkan tarikh kuat kuasa itu, tangguh pelaksanaan, semak semula dan sehingga dapat penyelesaian
dalam tempoh tiga bulan,” katanya kepada pemberita di sini semalam. - KOSMO
PPSMI : 10 000 Ibu Bapa Sertai Perhimpunan
Perhimpunan kumpulan ibu bapa sokong dasar PPSMI
PETALING JAYA 15 Feb. - Satu kumpulan penyokong PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris) akan menganjurkan satu perhimpunan di Dataran PJ di sini pada 10 Mac ini bagi
menunjukkan pendirian serius mereka mahukan kerajaan mengembalikan dasar itu.
Penyelaras kumpulan Ibu bapa Prihatin Selangor (CPS), Shamsudin Hamid berkata, antara 5,000 dan 10,000 ibu
bapa akan menghadiri perhimpunan “Parents for PPSMI" (P4P) pukul 10 pagi, dan ia akan diadakan serentak di
Pulau Pinang, Ipoh dan Sabah.
"Tujuan perhimpunan ini adalah bagi menyatakan sokongan kami kepada PPSMI. Kami mahu kerajaan
mengembalikan dasar itu.
"Ini tidak bermaksud kita tidak hormat pada bahasa kebangsaan. Tapi, sila lihat dalam gambaran yang lebih luas,
iaitu masa depan anak-anak kita,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
PPSMI dimansuhkan bermula tahun ini dan digantikan dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan
Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). — BERNAMA
15 000 Guru Lepasan Ijazah Belum Naik Gred DG4116:37 BLOG GURU SEKOLAH RENDAH NO COMMENTSSEREMBAN: Kira-kira 15,000 guru lepasan ijazah di seluruh negara belum menerima kenaikan gred G41 walaupun sebahagian mereka sudah melepasi proses temu duga sejak dua tahun lalu, kata Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng.
Beliau berkata, perkara itu menimbulkan ketidakpuasan hati kumpulan guru terbabit yang sanggup membuat
pinjaman pendidikan atau mengeluarkan simpanan sendiri bagi menampung kos menyambung pelajaran sebelum
ini.
Katanya, berikutan penangguhan itu, sebahagian guru terbabit kini menanggung masalah kewangan termasuk untuk
membayar semula pinjaman pendidikan kerana gaji diterima masih di takuk lama
“Mereka membuat perancangan rapi terutama membabitkan soal kewangan sebelum mengambil keputusan menyambung pelajaran kerana kebanyakannya sudah berkeluarga dan mempunyai banyak komitmen.
“Dengan jaminan kenaikan gred itu, mereka membuat keputusan berkenaan (menyambung pelajaran) dengan harapan dapat meningkatkan pendapatan.
“Namun, proses kenaikan gred itu kini digantung dan kami tidak tahu sampai bila,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.
Yim Pheng berkata, sebelum ini, proses kenaikan gred selepas seseorang calon melepasi temu duga biasanya mengambil masa kurang setahun untuk berkuat kuasa tetapi penangguhan itu turut menjejaskan tempoh perkhidmatan bagi kenaikan pangkat.
Justeru, beliau berkata, pihaknya meminta Kementerian Pelajaran menyegerakan proses berkenaan kerana jumlah guru yang tamat pengajian ijazah semakin bertambah dari semasa ke semasa.
Sementara itu, Yim Pheng meminta Kementerian Pelajaran memberi peluang kepada guru yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) aras tiga dan empat yang layak menikmati anjakan gaji menikmatinya, walaupun tempoh sah penilaian itu tamat tahun ini berikutan pemansuhannya.
Beliau berkata, kebanyakan guru terbabit belum cukup syarat tempoh perkhidmatan dan hak mereka dinafikan kerana tempoh sah penilaian itu tamat sebelum mereka mencukupkan syarat berkenaan.
“Tidak adil bagi guru terbabit yang berusaha lulus PTK dan ketika menunggu masa untuk menikmati anjakan gaji, tiba-tiba kelulusan PTK mereka tidak boleh digunakan dan terpaksa menduduki penilaian baru,” katanya. - Berita Harian
Guru Sains dan Matematik Berlebihan...?09:59 BLOG GURU SEKOLAH RENDAH NO COMMENTS
TANJUNG MALIM: Seramai 13,000 graduan mengajar Sains dan Matematik di seluruh negara mula menerima kesan
penurunan pelajar mengambil jurusan sains sehingga ada yang terpaksa mengikuti latihan semula subjek lain.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata Kementerian Pelajaran perlu menghantar graduan ke universiti untuk dilatih kemahiran baru bagi mengelak berlaku pengangguran.
“Kalau kita hantar mereka ke sekolah untuk mengajar Sains dan Matematik sedangkan pelajar tidak berminat,
keadaan itu tidak wajar,” katanya pada sidang media selepas melawat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di
sini semalam.
Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Rujhan Mustafa dan Pengerusi Lembaga
Pengarah UPSI, Tan Sri Abi Musa Assari Mohamed Nor.
Mohamed Khaled mengulas taklimat Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Zakaria Kasa yang berkata, berlaku
lambakan 13,000 graduan Sains dan Matematik seluruh negara yang dihantar ke universiti itu untuk latihan semula.
Turut menyumbang masalah ialah perubahan dasar persaraan wajib penjawat awam daripada 58 tahun kepada 60
tahun.
Bagaimanapun, Zakaria berkata, masalah itu tidak berlaku di UPSI berikutan usahanya menawarkan subjek minor
seperti Sejarah kepada pelajar jurusan Sains dan Matematik bagi mengelak berlaku pembaziran tenaga pengajar.
Sebelum ini, akhbar ini melaporkan guru opsyen Matematik dan Sains terpaksa mengajar pelbagai subjek lain,
termasuk Pendidikan Jasmani dan Pengetahuan Agama Islam berikutan lebihan guru di sekolah di seluruh negara.
Mohamed Khaled pada amanat tahun barunya dilaporkan berkata, sejak 2007, peratus pelajar mengambil jurusan
sains menurun sehingga 29 peratus tahun ini.
Keadaan itu berterusan ke peringkat universiti, jika berlanjutan boleh membantutkan usaha meningkatkan inovasi
teknologi ke arah transformasi ekonomi negara maju berpendapatan tinggi.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohamed Khaled berkata, pihaknya bangga UPSI muncul universiti pertama
menubuhkan sekolah makmal yang menempatkan sekolah bermula prasekolah sehingga Tingkatan Enam Atas di
kawasan universiti.
Katanya, ketika ini 70 murid berpeluang mengikuti sesi belajar peringkat prasekolah dan pengambilan pertama murid
Tahun Satu bermula sesi pengajian tahun depan, membabitkan 50 murid yang dibahagikan kepada dua kelas.
Katanya, pelaksanaan sekolah makmal ini adalah secara berperingkat dan apabila dilaksanakan sepenuhnya
kemasukan keseluruhan pelajar adalah 600 orang.
Gejala Sosial Pelajar Makin Parah08:55 BLOG GURU SEKOLAH RENDAH NO COMMENTS
Sejak kebelakangan ini Gejala Sosial melibatkan murid & pelajar sekolah makin meningkat. Statistik yang
dibentangkan amat menakutkan kita sebagai guru. Mana tidaknya, apabila 'status' murid & pelajar digunakan, maka
guru-guru yang dipersalahkan. Adakah gejala ini berlaku di hadapan guru? Adakah guru yang membenarkannya? Adakah guru tidak mendidik mereka? Ataupun guru hanya menutup sebelah mata sahaja?.. Perlu diingat bahawa gejala sosial biasanya berlaku di luar kawasan sekolah. Jadi, sukar bagi guru untuk
mengawal tindak-tanduk anak didik mereka yang bebas di luar sana.
Jadi, disinilah pentingnya didikan agama dan peranan ibu bapa. Di sekolah guru-guru merupakan ibu bapa kepada
anak-anak. Tetapi di rumah keluarga adalah ibu bapa mereka. Tugas guru adalah untuk mendidik anak didik mereka
guru. Pihak kerajaan seharusnya mengambil aduan guru dengan lebih serius dan membuat kajian mendalam tentang
sesuatu dasar. Sebagai pendidik mereka akan cuba memastikan pelajar mereka berjaya kerana sifat prihati dan
mulia guru itu memang sentiasa wujud dalam setiap darah pendidik. TETAPI, jika ianya di luar batasan kemampuan
dan ditambah dengan tekanan yang semakin banyak semua hasrat dan usaha guru akan gagal. Kita perlu ingat...
kemampuan manusia itu ada batasnya.
Apa pandangan anda.........? bersama-samalah kita berkongsi pengalaman...
RENCANA
PPPM lonjak pendidikan tahap antarabangsa2012/09/13 - 04:53:11 AM Amidi Abdul Manan Cetak Emel Kawan
Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bagi tempoh 2013 hingga 2025 sudah dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelmarin. Ia disambut dengan pelbagai reaksi oleh pelbagai golongan sama ada yang terbabit secara langsung dengan pendidikan atau secara tidak langsung.
Terkandung di dalamnya ialah laporan maklum balas yang diterima daripada sesi dialog pendidikan, persidangan, seminar dan perbincangan meja bulat yang diadakan oleh pihak yang berminat mengenai pendidikan negara.
Proses mencanai potensi
Pendidikan bagi sesebuah negara adalah satu perkara yang amat penting. Di sinilah proses mencanai perkembangan dan potensi serta menakrif ciri dan identiti warga negara pada masa hadapan. Bagi pendidikan di Malaysia ia terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang mendefinisikan matlamat dan fungsi pendidikan di negara kita ini.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) menggariskan hala tuju pendidikan negara bagi tempoh 22 tahun akan datang. Ia satu tempoh yang penting dan amat getir kerana dalam tempoh berkenaan kita akan melalui tahun 2020 yang menakrifkan Malaysia sebagai sebuah negara maju.
Penulis tidak berhasrat untuk membincangkan PPPM secara keseluruhan dalam ruang yang terhad dan terbatas ini, tetapi sekadar berkongsi pandangan kerana PPPM masih pada peringkat draf dan ruang masih terbuka bagi maklum balas diajukan kepada Kementerian Pelajaran.
Dalam PPPM, perkara yang paling menonjol adalah hasrat untuk melonjakkan pendidikan di Malaysia ke tahap antarabangsa, baik dari sudut guru, kemudahan pendidikan, pembangunan kurikulum, pembangunan pelajar mahupun kemahiran berfikir. Semuanya diletakkan kayu ukur yang menepati piawaian antarabangsa. TIMS dan PISA yang juga satu rujukan penting bagi menilai kedudukan negara dalam pembelajaran Sains dan Matematik turut menjadi perhatian dalam PPPM ini. Ia sekali lagi satu ujian terhadap kemampuan kognitif pelajar. Sudah sampai masanya kita mencirikan pembelajaran Sains dan Matematik berakar umbi kepada masyarakat kita.
Sains umpamanya perlu diajar seiring dengan nilai kehidupan dan kemanusiaan. Ia adalah satu bidang ilmu yang meliputi cakupan pancaindera dan bermatlamatkan untuk mengenali Allah sebagai Pencipta. Ia sarat dengan nilai yang mengukuhkan keyakinan kepada Allah. Menerusi nilai ini ia akan melahirkan individu yang mempunyai akhlak yang baik dan terpuji.
Sains dalam dimensi ini tidak mendapat tempat pada peringkat antarabangsa. Maka tidak hairanlah tamadun Barat yang berteraskan kemajuan sains dan teknologi akhirnya menjerumuskan mereka ke dalam satu krisis kemanusiaan yang parah. Ramai pakar pendidikan mereka sudah mula mengkritik sistem pendidikan mereka sendiri yang gagal melahirkan insan.
Seperkara menarik dalam PPPM ini adalah mengenai pelaku pendidikan iaitu golongan guru. Secara jelas dan spesifik martabat guru akan diangkat bermula dari calon guru sehinggalah kepada latihan dan skim perkhidmatan.
Sememangnya ia disambut baik oleh kita semua kerana guru adalah kelompok terpenting dalam mencorakkan masa depan negara menerusi pendidikan. Namun seharusnya hasrat ini melimpah kepada guru di sekolah agama yang bukan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran seperti sekolah agama rakyat, sekolah menengah agama kerajaan negeri dan sekolah agama persendirian.
Aspek kokurikulum juga masih memerlukan perhatian yang sewajarnya. Seharusnya wujud satu kaedah untuk membantu sekolah jenis ini bagi menghadapi perubahan sistem pendidikan yang semakin kompleks.
Pantau sekolah antarabangsa
Persoalan yang timbul sejak Laporan Razak perlu diselesaikan segera. Jika dulu kita berhadapan dengan sekolah vernakular, kini kita berhadapan pula dengan sekolah antarabangsa yang semakin subur dan mendapat sambutan masyarakat. Ia secara terang memberikan pilihan untuk rakyat keluar daripada sistem pendidikan arus perdana jika tidak ditangani dengan berhati-hati.
Persoalan pendidikan menggamit perhatian banyak pihak. Ia membabitkan masa
depan kita, masa depan negara dan yang lebih penting adalah masa depan kita di hadapan-Nya.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025BY MUKTASIM ON 12/09/2012 · 4 COMMENTS
share
Semalam telah pun diumumkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) 2013-2025 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.
Namun begitu sudah ada yang menunjukkan rasa tidak puas hati. Kumpulan Ibu Bapa untuk Pendidikan (Page) hari ini menyarankan kekecewaan mereka terhadap pelan pembangunan pendidikan baru dengan mendakwa “tiada sesuatu yang baru” diperkenalkan.Pengerusinya Noor Azimah Abdul Rahim berkata, laporan awal yang disediakan hanya “pelabelan semula” tanggungjawab Kementerian Pelajaran.“Tiada umph atau wow factor. Ia hanya penjenamaan semula atau pelabelan semula perkara yang sudah menjadi tanggungjawab kementerian,” katanya ketika ditemui ketika pelancaran rangka dasar itu di Kuala Lumpur hari ini,Noor Aziman (kanan) juga kecewa terhadap apa yang didakwanya peminggiran “topik panas” seperti pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).Katanya, beliau terkejut apabila pakar perunding antarabangsa tidak menyarankan penggunaan bahasa Inggeris untuk pembelajaran kedua-dua bahasa itu.Lebih mengejutkan, katanya, pakar terlibat antaranya bekas menteri pelajaran Korea Selatan – negara yang membelanjakan 50 peratus belanjawan pendidikan untuk dasar ala-PPSMI itu.“(Rangka dasar) bertujuan menjadikan anak-anak kita sebagai pemain di peringkat antarabangsa tetapi saya tidak lihat perkara itu berlaku.“Kita bercakap soal sains dan inovasi tetapi semuanya dalam bahasa Inggeris, jadi kena tidak mengakui perkara ini?” katanya.Page antara kumpulan yang menyokong PPSMI sejak dasar itu mendapat tentangan hebat melalui Gerakan Mansuh PPSMI (PPSMI) – pendorong utama terhadap pemansuhannya secara “pendaratan lembut” sebelum iniSUMBERPada saya setiap pelan atau perancangan pendidikan mempunyai kekuatan tersendiri tetap yang menetukanya ada pelaksanaan di setiap peringkat, yang merancang perlu memastikan yang akan melaksanakan mampu melakukannya.Apa pun sama-sama kita tunggu dan lihat perkembangannya. Sebagai salah seorang balak pelaksana Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) ini saya terima dengan hati yang terbuka. Saya harap kerajaan juga bakal membekalkan kelengkapan yang cukup bagi melaksanakan PPPM terutamanya anjakan ke-7 iaitu Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
TPM umum rangka tindakan baru pendidikan11:14AM Sep 11 2012
Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan rangka tindakan baru pendidikan yang bermula Oktober lalu ketika kerajaan mengadakan dialog di peringkat nasional dengan tujuan menyusun semula sistemnya.
Rancangan yang dimuktamadkan akan dibentangkan kepada kabinet Disember ini. Ia akan dibuka untuk penelitian awam selama 3 bulan.
Bahasa
- Semua pelajar darjah satu hingga tiga akan menjalani Proses Penyaringan Literasi dan Numerasi (Linus) dua kali setahun dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia (sebelum ini ujian Linus dibuat dalam BM).
- Selepas sekolah pemulihan kelas untuk tahun 4-6 (fasa keluar kelas 'buang' bagi murid yang mempunyai masalah dengan bahasa Inggeris dan BM selepas tahun 6 menjelang 2017).
- Semua guru bahasa Inggeris wajib lulus ujian penempatan Cambridge dalam tempoh dua tahun.
- Laluan dipercepatkan bagi pencatat keputusan cemerlang: 5 tahun (bukannya 6) untuk UPSR dan 4 tahun (bukannya 5) untuk pelajar SPM.
- Ukuran ujian mata pelajaran Matematik dan Sains melalui Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA) dan penilaian antarabangsa pencapaian murid untuk Matematik dan Sains (Timss)
- 11 tahun diwajibkan bersekolah (daripada umur enam tahun). Menjelang 2020, semua pelajar yang meninggalkan sekolah mempunyai SPM ata kelulusan yang setara.
- Semua pelajar keperluan khas dibekalkan alat dalam sekolah khas pada 2025.
- Setiap anak akan mempelajari bahasa bahasa ketika menjelang 2025 (bermula dengan Cina, Tamil dan Arab). Bahasa Sepanyol, Perancis dan Jepun akan ditawarkan kemudian.
Nilai
- Setiap pelajar mesti mengambil bahagian dalam khitmad komuniti.
- Kebanyakan mata pelajaran pengajian Moral dan Islam akan dijalankan serentak, di mana terdapat perkongsian nilai. Pengajian Islam akan memfouskan mengenai nilai Islam dan nilai utama dalam agama lain.
- Pelajar sekolah swasta termasuk dalam Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)
Perguruan
- Mengetatkan syarat kemasukan untuk latihan perguruan, dengan tujuan untuk
mendapatkan hanya 30 peratus graduan yang bakal menjadi guru menjelang 2013.
- Guru akan dinilai oleh pengetua setiap tahun, dengan input daripada rakan-rakan dan ibu bapa.
Guru tidak akan naik pangkat secara automatik: Muhyiddin03:36 BLOG GURU SEKOLAH RENDAH NO COMMENTS
BALIK PULAU: Kenaikan pangkat guru tidak akan berlaku secara automatik sebaliknya mereka harus melalui
pelbagai proses termasuk temu duga, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kaedah kenaikan pangkat guru terbabit akan diputuskan selepas
perbincangan antara Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan kerajaan
selesai kelak.
"Berkaitan soal kebajikan guru kita sudah ambil kira. Tetapi apapun, keputusan muktamad belum tercapai kerana
urusan ini sudah kita bawakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam disamping perbincangan di peringkat wakil
kesatuan dan CUEPACS, katanya pada pemberita selepas menghadiri majlis kenduri rakyat 1Malaysia di Kampung
Permatang Tepi, Simpang Empat, di sini, hari ini.
Katanya, isu kenaikan pangkat itu bagaimanapun dijangka selesai dalam tempoh terdekat.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar yang memetik seramai 15,000 guru lepasan ijazah yang
belum menerima kenaikan gred akan menikmatinya sebaik semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam
(SBPA) diselesaikan pada April ini. - BERNAMA
Tuduhan Kepada Guru Tidak Betul10:39 BLOG GURU SEKOLAH RENDAH 14 COMMENTS
Ada segelintir ibu bapa atau mungkin yang belum menjadi ibu atau bapa mempersoalkan peranan guru. JOMMMM
…. layan sembang orang kampong.. baru kita tahu siapa sebenarnya sape CIKGU tu…
A : Ehhhh…. Anak sape yang duk menangis dari td tu..?
B : Anak cikgu Peah… kenapa…?
A : Kesian budak tu, mak dia tak ada ke…?
B : Mak dia pergi sekolah, anak yang kecik tu suami dia la yang tengok2
kan……
A : Biar betull…. Malam-malam macam ni pon pegi skolah jugak…?
B : Yea lah… anak orang lain nak exam dia pulak yang bertungkus lumus…