Rangka Isi Pelajaran
SCE3112 : Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
TAJUK 1Pengendalian Selamat Bahan Saintifik dan Bahan Kimia
1.0 SINOPSIS
Tajuk ini membincangkan pengendalian secara selamat bahan
saintifik dan bahan kimia. Aspek yang diberi perhatian termasuk
cara pengendalian bahan kimia, bahan radioaktif dan bahan biologi,
penyimpanan bahan kimia, pengendalian peralatan elektrik, dan
penyimpanan peralatan sains dengan betul dan selamat.1.1HASIL
PEMBELAJARANDi akhir tajuk ini anda seharusnya dapat 1.
mengendalikan bahan kimia, bahan radioaktif, bahan biologi, dan
peralatan elektrik di makmal sains dengan betul dan selamat.2.
menyimpan bahan kimia dan peralatan sains di makmal sains dengan
betul dan selamat.
1.2 Kerangka Tajuk-tajuk
1.3PengenalanBahan saintifik dan bahan kimia dalam makmal
hendaklah dikendalikan dengan betul dan selamat supaya tidak
mengakibatkan risiko yang berikut:
Kebakaran dan letupan disebabkan oleh bahan reaktif.
Melecur disebabkan oleh bahan kimia yang mengkakis.
Alahan kepada bahan sains.
Kecederaan disebabkan oleh tumpahan dan percikan bahan
kimia.
Pencemaran kepada alam sekitar.
Keracunan disebabkan terhidu gas beracun.
Kemudaratan disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran
radioaktif.
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999)1.4Pengendalian Bahan
KimiaBahan kimia selamat digunakan jika dikendalikan dengan betul.
Beberapa bahan kimia mempunyai cirri-ciri tertentu seperti mudah
terbakar dan meletup, mengkakis, beracun dan merengsa. Beberapa
perkara yang perlu dipertimbangkan semasa mengendalikan bahan kimia
adalah seperti berikut:
Guna kukus air untuk memanaskan bahan kimia dan elakkannya
daripada terdedah secara terus dengan api.
Mengendalikan pelarut mudah terbakar dalam hud ekzos atau
kawasan yang mempunyai pengudaraan yang baik.
Pelarut yang tidak kehendaki haruslah dikembalikan kepada stor
pelarut atau segera dilupuskan dengan betul.
Bekas yang mengandungi cecair mudah terbakar tidak perlu diisi
lebih daripada satu setengah kapasitinya.
Apabila membuat ekstrak pelarut atau mengoncang cecair meruap,
tekanan dalam bekas harus kerap dilepaskan/dikurangkan. Jangan
tuangkan cecair mudah terbakar ke dalam singki.
Elakkan tumpahan dan serta-merta membasuh tangan dengan sabun
dan air jika tersentuh tumpahan tersebut.
Sentiasa menuangkan asid ke dalam air.
Jangan sekali-kali menggunakan spatula yang sama untuk
mengeluarkan bahan kimia daripada dua bekas yang berbeza.
Berikut adalah symbol bahan kimia berbahaya:
Mudah terbakar
Bahan beracun
Agen pengoksida
Bahan mudah meletup
XBahan mengkakis Bahan merbahaya Teknik menuang bahan kimia
Menuang bahan kimia dari botol reagen.
Bolehkah anda meninggalkan penutup botol reagen di atas meja
semasa menuang larutan daripadanya?
Memindahkan cecair kimia menggunakan penitis
EMBED PBrush Menggunakan kaca rod untuk menuang cecair kimia
Terangkan bagaimana anda boleh mengelakkan tumpahan semasa
memindahkan bahan kimia.
1.5Pengendalian Bahan Radioaktif
Elakkan bahan-bahan radioaktif daripada menyentuh kulit.
Barangan kaca yang khas digunakan bersama bahan radioaktif perlu
disimpan secara berasingan. Tangan dan bahagian lain badan yang
telah tercemar dengan bahan-bahan radioaktif mestilah dibasuh sabun
dan air dengan teliti.
Semua bahan radioaktif hendaklah dilupuskan pada akhir kelas
amali.
1.6Pengendalian Bahan Biologi
Elakkan menyentuh mulut dengan tangan ketika mengendalikan
bahan-bahan biologi.
Kultur bakteria dan kulat hendaklah direndam dalam disinfektan
sebelum pelupusan.
Visor keselamatan harus dipakai apabila menggunakan picagari
untuk menyuntik metanol kerana kemungkinan terpisahnya jarum
daripada picagari tersebut.
Segala luka mestilah dibalut sebelum melakukan kerja yang
melibatkan haiwan. Haiwan liar perlu diperkenalkan ke sekolah
dengan berhati-hati dan mengikut budi bicara kerana ia boleh
membawa parasit serta risiko kepada jangkitan Elak mengendalikan
kulit haiwan yang telah diawet kerana ia mungkin telah diproses
dengan sebatian arsenical dan merkurik klorida.1.7Penyimpanan Bahan
Kimiaa. Bahan kimia tak organik
Biasanya disimpan berasingan daripada bahan kimia organik.
Botol-botol bahan kimia disusun mengikut abjad dan disimpan dalam
almari yang bertutup. Bahan kimia yang boleh menyerap wap air dari
udara mesti disimpan berasingan dengan bahan kimia yang bersifat
peroi (menghilangkan air habluran kepada udara).
Beri contoh beberapa bahan kimia yang boleh menyerap wap air
dari udara, dan bahan kimia yang boleh menghilangkan habluran ke
udara.
b. Bahan kimia organik Kebanyakannya adalah cecair yang meruap
dan beracun.
Disusun mengikut abjad dan disimpan di tempat yang berasingan
dari bahan-bahan lain. Bilik stor/tempat penyimpanan dilarangkan
penggunaan api dan mempunyai pengaliran udara yang baik.
Beberapa contoh bahan kimia organik yang amat mudah terbakar
ialah aseton, benzene, karbon disulfide, etanol, toluene, propanol
dan kloroform.
Bagaimanakah bahan kimia berikut disimpan?
a. bahan kimia cecair yang menghakisb. logam alkali
1.8Pengendalian Peralatan ElektrikKemalangan mungkin berlaku
jika alat elektrik tidak diguna dengan betul atau tidak
disenggarakan dengan baik. Langkah-langkah berikut perlu diambil
untuk mencegah kemalangan yang disebabkan oleh pengendalian alat
elektrik yang tidak betul: pastikan suis tidak dipasang dengan
tangan yang basah.
Jangan bekerja dengan tangan yang basah atau berdiri di atas
lantai yang lembap apabila menggunakan peralatan elektrik.
Tutup suis sumber kuasa dan tanggalkan palam sebelum membuat
sambungan atau sebarang perubahan pada litar atau peralatan.
Semua sambungan wayar hendaklah dibuat dengan betul dan baik
serta menggunakan wayar yang bertebat.
Jangan melebihi beban kuasa dengan menggunakan lebih daripada
satu peralatan pada setiap satu punca kuasa.
Soket atau palam yang retak atau rosak hendaklah d iganti dengan
segera.
Pastikan wayar disambung dengan mengikut kod warna yang
betul.
Pastikan wayar dan kabel dalam keadaan yang baik.
Peralatan elektrik hanya boleh disambung kepada soket tiga
pin.
Sebarang kerosakan pendawaian elektrik hendaklah dibaiki oleh
juru elektrik yang bertauliah.
Sebarang peraturan keselamatan penggunaan elektrik hendaklah
dipatuhi.
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999)Mengendalikan Voltmeter
Keupayaan di antara dua titik di dalam satu litar diukur dengan
voltmeter.
Terminal +5V digunakan jika julat voltmeter ialah antara 0-5V,
manakala terminal +10V diguna untuk julat antara 0-15V.
Terminal mesti disambung dengan polariti yang betul
Simbol-simbol bersesuaian juga digunakan untuk menunjukkan jenis
voltmeter (A atau mA) dan jenis arus (arus terus [ - ] atau arus
ulang alik [ ])
Mengendalikan Ammeter Terminal +1A digunakan jika julat ammeter
ialah antara 0-1A, manakala terminal +5A diguna untuk julat antara
0-5A.
Terminal mesti disambung dengan polariti yang betul Ammeter
mempunyai dua terminal; terminal berwarna merah adalah positif dan
terminal berwarna hitam negative.
Ammeter disambung secara siri dalam litar elektrik. Terminal
positif ammeter disambung kepada terminal positif bateri, manakala
terminal negative ammeter disambung kepada terminal negative
bekalan kuasa.
Tutorial
1. Kumpul maklumat tentang bagaimana bahan-bahan kimia dan
peralatan sains disimpan dalam bilik/makmal sains sekolah anda.
Cadangkan penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk menyempurnakan
lagi penyimpanan bahan dan peralatan tersebut. 1.9Penyimpanan
Peralatan SainsPeralatan sains perlu disimpan dengan cara yang
teratur dan selamat supaya ia mudah dikesan serta mengelakkan
kemalangan. Bahan dan peralatan sains yang perlu disimpan dengan
cermat termasuk radas kaca, radas optik, radas elektrik, dan bahan
kimia.Radas kaca Semua radas kaca perlu dibersihkan sebelum
disimpan dalam almari tertutup. Untuk menjamin keselamatan semasa
menyimpan atau mengeluar radas dari almari, elak simpan radas kaca
tersebut pada tempat yang terlalu tinggi.
Radas yang sama saiz hendaklah disusun di tempat yang sama.
Radas yang tinggi hendaklah ditempatkan di bahagian belakang
manakala yang rendah di bahagian hadapan.
Radas-radas yang kecil seperti tabung, tiub specimen, piring
petri, dan slaid mikroskop boleh disimpan dalam dulang, kotak atau
laci yang tertutup dan dilabel.
Tiub dan rod kaca panjang hendaklah diletakkan secara mengufuk
bagi mengelakkannya daripada melentur. Tiub kaca berlubang
hendaklah ditutup di kedua-dua hujung bagi mengelakkan habuk
masuk.
Biuret dan pipet hendaklah disimpan dalam keadaan menegak di rak
khas.
Radas optik Radas optik pada amnya perlu disimpan dengan baik
supaya tidak senang tergores. Radas-radas optik yang kecil seperti
prisma, kanta optik dan kanta pembesar elok disimpan dalam kepingan
stirofoam yang mempunyai ruang yang sepadan atau dalam kotak asal
supaya senang dipindah.
Mikroskop dan binocular perlu disimpan dalam kotak atau almari
yang kering supaya mencegah pertumbuhan kulat pada permukaan optik.
Teleskop perlu disimpan dalam kotak yang kering untuk mengelakkan
kantanya daripada berkulat.
Radas elektrik Alat elektrik mesti disimpan di tempat yang
kering. Sambungan wayar penyambung pada alat dan palam hendaklah
sentiasa kemas untuk memastikan tiada wayar yang terdedah untuk
mengelakkan daripada litar pintas berlaku.
Bahan kimiaPenyimpanan bahan kimia hendaklah mengikut
peraturan-peraturan berikut:
Bahan kimia stok mestilah disimpan dalam stor bahan kimia yang
mempunyai edaran udara yang baik. Rak penyimpanan bahan ini
mestilah bertubir untuk menahan botol daripada jatuh.
Cecair meruap dan cecair yang berbahaya hendaklah disimpan dalam
kebuk wasap.
Bahan beracun hendaklah disimpan dalam almari yang berkunci dan
dilabelkan Bahan Beracun.
Penggunaan bahan beracun mesti direkodkan.
Bahan kimia yang tidak boleh digunakan lagi mestilah dilupuskan
dengan cara yang betul.
Label pada botol reagen bagi bahan kimia yang pekat atau
mengkakis mestilah dicetak dengan warna merah.
Semua botol reagen bahan kimia mestilah dilabel dengan jelas.
Apakah butiran yang sepatutnya ada dalam label tersebut?
Pengendalian Selamat Bahan Saintifik dan Bahan Kimia
Bahan Kimia
Bahan Radioaktif
Bahan Biologi
Penyimpanan
Peralatan Elektrik
Peralatan Sains
Bahan Kimia
EMBED Unknown
EMBED Unknown
EMBED Unknown
13