Top Banner
SATU TINJAUAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR KEBIMBANGAN, PERSEDIAAN DAN PANDANGAN BAKAL-BAKAL GURU PELATIH SEBELUM MENJALANI LATIHAN MENGAJAR DI SEKOLAH SITI HAIYU BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
21

SATU TINJAUAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR ... budi diberikan kepada bonda dan ayahanda yang disayangi dunia akhirat. Anakanda berterima kasih di atas doa, bantuan dan sokongan yang telah

May 16, 2019

Download

Documents

donhu
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: SATU TINJAUAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR ... budi diberikan kepada bonda dan ayahanda yang disayangi dunia akhirat. Anakanda berterima kasih di atas doa, bantuan dan sokongan yang telah

SATU TINJAUAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR KEBIMBANGAN,

PERSEDIAAN DAN PANDANGAN BAKAL-BAKAL GURU PELATIH

SEBELUM MENJALANI LATIHAN MENGAJAR DI SEKOLAH

SITI HAIYU BINTI ISMAIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: SATU TINJAUAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR ... budi diberikan kepada bonda dan ayahanda yang disayangi dunia akhirat. Anakanda berterima kasih di atas doa, bantuan dan sokongan yang telah

PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UUNNIIVVEERRSSIITTII TTEEKKNNOOLLOOGGII MMAALLAAYYSSIIAA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: SATU TINJAUAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR KEBIMBANGAN,

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

PERSEDIAAN DAN PANDANGAN BAKAL-BAKAL GURU PELATIH

SEBELUM MENJALANI LATIHAN MENGAJAR DI SEKOLAH

SESI PENGAJIAN: 2005/2006

Saya SITI HAIYU BINTI ISMAIL (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERRHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

_________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 123, Kg. Sabak Awor, Prof. Madya Hj. Aziz bin Nordin Jalan Ismail, 84000 Muar, (Nama Penyelia) Johor Tarikh: 17 APRIL 2006 Tarikh: 19 APRIL2006.

Page 3: SATU TINJAUAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR ... budi diberikan kepada bonda dan ayahanda yang disayangi dunia akhirat. Anakanda berterima kasih di atas doa, bantuan dan sokongan yang telah

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)”.

Tandatangan :

Nama Penyelia : Prof. Madya Hj. Aziz bin Nordin

Tarikh : 19 APRIL 2006

Page 4: SATU TINJAUAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR ... budi diberikan kepada bonda dan ayahanda yang disayangi dunia akhirat. Anakanda berterima kasih di atas doa, bantuan dan sokongan yang telah

SATU TINJAUAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR KEBIMBANGAN,

PERSEDIAAN DAN PANDANGAN BAKAL-BAKAL GURU PELATIH SEBELUM

MENJALANI LATIHAN MENGAJAR DI SEKOLAH

SITI HAIYU BINTI ISMAIL

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 5: SATU TINJAUAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR ... budi diberikan kepada bonda dan ayahanda yang disayangi dunia akhirat. Anakanda berterima kasih di atas doa, bantuan dan sokongan yang telah

ii

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penulis : SITI HAIYU BINTI ISMAIL

Tarikh : 17 APRIL 2006

Page 6: SATU TINJAUAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR ... budi diberikan kepada bonda dan ayahanda yang disayangi dunia akhirat. Anakanda berterima kasih di atas doa, bantuan dan sokongan yang telah

iii

DEDIKASI

Untuk ibu dan ayah tersayang;

Zainon binti Hj. Hassan dan Ismail bin Hj. Kasnon

Terima kasih atas segala doa, nasihat, jasa dan pengorbananmu

Teman-teman seperjuangan

Perkukuhkanlah silaturrahim antara kita demi Allah S.W.T

Teristimewa buat ;

Saudara Mohd Hardi Bin Hj. Sayuti yang telah banyak memberikan pertolongan dan

galakkan untuk menjayakan kajian ini

Semoga kita sentiasa diredhai dan berada dalam rahmat-Nya

Insya` Allah

Page 7: SATU TINJAUAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR ... budi diberikan kepada bonda dan ayahanda yang disayangi dunia akhirat. Anakanda berterima kasih di atas doa, bantuan dan sokongan yang telah

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan

rahmatNya dapatlah saya menyiapkan kajian ini. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Profesor Madya Hj. Aziz bin Nordin selaku

penyelia Projek Sarjana Muda ini atas segala bimbingan, bantuan dan nasihat yang

diberikan sepanjang tempoh menjalankan kajian ini. Segala ilmu yang diberikan akan

dikenang sepanjang hayat.

Sekalung budi diberikan kepada bonda dan ayahanda yang disayangi dunia

akhirat. Anakanda berterima kasih di atas doa, bantuan dan sokongan yang telah diberi

selama anakanda menuntut ilmu bagi menyempurnakan impian kalian berdua. Semoga

ALLAH meletakkan kita bersama-sama di syurgaNYA.

Teristimewa buat saudara Mohd Hardi dan sahabat-sahabat, terima kasih atas

segala dorongan dan bantuan. Seterusnya kepada semua pihak yang terlibat secara

langsung ataupun tidak dalam membantu menyiapkan kajian ini. Semoga Allah

membalas budi baik kalian.

Page 8: SATU TINJAUAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR ... budi diberikan kepada bonda dan ayahanda yang disayangi dunia akhirat. Anakanda berterima kasih di atas doa, bantuan dan sokongan yang telah

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan terhadap bakal guru-guru pelatih tahun dua yang mengikuti

kursus Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia,

Skudai, Johor. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang

mempengaruhi tahap kebimbangan bakal guru-guru pelatih sebelum menjalani

Latihan Mengajar di sekolah. Selain itu, pandangan dan persediaan bakal guru-guru

pelatih terhadap Latihan Mengajar turut dikaji. Dalam konteks kajian ini, terdapat

empat faktor utama yang dikaji iaitu faktor penilaian, kawalan kelas, kriteria dalam

Latihan Mengajar dan hubungan dengan pihak pentadbiran sekolah semasa Latihan

Mengajar. Seramai 100 orang bakal guru-guru pelatih telah dipilih secara rawak

mudah untuk menjadi responden dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan untuk

mengukur tahap kebimbangan adalah soal selidik yang mengandungi 45 item

berbentuk soalan skala likert. Kajian rintis telah dijalankan untuk menguji

kebolehpercayaan instrumen yang digunakan. Hasil kajian rintis mendapat nilai

α=0.8990. Data telah dianalisa dengan menggunakan perisian Statistical Package for

Science Social (SPSS). Secara keseluruhannya, tahap kebimbangan bakal guru-guru

pelatih berada pada tahap sederhana. Manakala pandangan responden terhadap

Program Latihan Mengajar adalah positif dan persediaan juga telah dilakukan.

Page 9: SATU TINJAUAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR ... budi diberikan kepada bonda dan ayahanda yang disayangi dunia akhirat. Anakanda berterima kasih di atas doa, bantuan dan sokongan yang telah

vi

ABSTRACT

The research was carried out on future teacher trainees who fellow the Bachelor of

Science and Education at Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. The purpose

of this research is to find out the factors that influenced the level of student teachers

anxieties before their teaching training. Otherwise, student teachers view and

preparation on teaching training have also been investigated. There are four main

factors that have been investigated which is an evaluation factor, class control, the

criteria of teaching training and the relationships with the administration of the

school factor. The sample consist of 100 future teacher trainees via the simple

random sampling. The questionnaire which is consist 45 likert scale item have been

used as instrument in this research. The pilot tests was carried out to determine the

internal consistency of the questionnaire. Result reveal the value of α=0.8990. The

data connected have been analyzed by using Statistical Package for Science Social

(SPSS) software. The result reveal that all student teachers have a medium level of

anxieties. Otherwise, these student teachers view on teaching training is positive and

they have already prepared to go to the school.

Page 10: SATU TINJAUAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR ... budi diberikan kepada bonda dan ayahanda yang disayangi dunia akhirat. Anakanda berterima kasih di atas doa, bantuan dan sokongan yang telah

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB PERKARA MUKA SURAT

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Skop Kajian 8

1.8 Batasan Kajian 8

Page 11: SATU TINJAUAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR ... budi diberikan kepada bonda dan ayahanda yang disayangi dunia akhirat. Anakanda berterima kasih di atas doa, bantuan dan sokongan yang telah

1.1 Definisi Istilah 9

1.2 Penutup 11

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kebimbangan

Guru Pelatih 13

2.3 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh Guru Pelatih 15

2.3.1 Pedagogi Am 17

2.3.2 Pedagogi Khas 17

2.4 Ciri-ciri Dalam Profesion Perguruan 18

2.5 Persediaan Sebelum Menjalani Latihan Mengajar 21

2.6 Penutup 23

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 24

3.2 Reka bentuk Kajian 24

3.3 Populasi Dan Pensampelan Kajian 25

3.4 Instrumen Kajian 26

3.5 Kajian Rintis 28

3.7 Prosedur Pengumpulan Data 28

3.8 Kaedah Analisis Data 29

3.9 Pengumpulan Data Sekunder 31

3.10 Penutup 31

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 32

4.2 Analisis Latar belakang Responden 33

Page 12: SATU TINJAUAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR ... budi diberikan kepada bonda dan ayahanda yang disayangi dunia akhirat. Anakanda berterima kasih di atas doa, bantuan dan sokongan yang telah

ix

4.3 Analisis Latar belakang Pengalaman Mengajar

Responden 34

4.4 Analisis Tahap Kebimbangan Bakal-bakal Guru Pelatih

Sebelum Menjalani Latihan Mengajar Terhadap

Aspek Persekitaran Sekolah dan Penilaian Pensyarah 35

4.5 Analisis Pandangan Bakal-bakal Guru Pelatih Terhadap

Program Latihan Mengajar Dan Profesion Perguruan 48

4.6 Analisis Persediaan Bakal-bakal Guru Pelatih Sebelum

Menjalani Latihan Mengajar Dalam Aspek Kewangan,

Keyakinan Dan Kemahiran Mengajar 51

4.7 Penutup 56

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 57

5.2 Aspek Demografi Responden 58

5.3 Kebimbangan Bakal-bakal Guru Pelatih Sebelum

Menjalani Latihan Mengajar Terhadap Aspek

Persekitaran Sekolah Dan Penilaian Pensyarah 58

5.3.1 Faktor-faktor Kebimbangan Pada Tahap Tinggi 59

5.3.2 Faktor-faktor Kebimbangan Pada Tahap Sederhana 61

5.4 Pandangan Bakal-bakal Guru Pelatih Sebelum Program

Latihan Mengajar Dan Terhadap Profesion Perguruan 65

5.5 Persediaan Bakal-bakal Guru Pelatih Sebelum Latihan

Mengajar di Sekolah 68

5.6 Kesimpulan 70

5.7 Cadangan 71

5.8 Cadangan Kajian Lanjutan 72

5.9 Penutup 73

RUJUKAN 74

LAMPIRAN A 77

LAMPIRAN B 78

Page 13: SATU TINJAUAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR ... budi diberikan kepada bonda dan ayahanda yang disayangi dunia akhirat. Anakanda berterima kasih di atas doa, bantuan dan sokongan yang telah

xi

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK HALAMAN

3.5.1 Kandungan instrumen kajian 27

3.5.2 Sistem pemeringkatan likert 28

3.6.2 Skala min 30

3.6.3 Tahap kebimbangan 31

4.1 Taburan maklumat latar belakang responden berdasarkan jantina,

Bangsa dan opsyen yang diambil 33

4.2 Jadual taburan maklumat latar belakang responden berdasarkan

pengalaman mengajar dan kebimbangan terhadap Latihan

Mengajar 34

4.3 Frekuensi dan peratusan responden mengikut tahap

kebimbangan terhadap aspek penilaian 36

4.4 Frekuensi dan peratusan responden mengikut tahap

kebimbangan terhadap aspek kawalan kelas 37

4.5 Frekuensi dan peratusan responden mengikut tahap

kebimbangan terhadap aspek memenuhi kriteria dalam

latihan mengajar 38

4.6 Frekuensi dan peratusan responden mengikut tahap

kebimbangan terhadap aspek hubungan dengan pihak

pentadbiran di sekolah 41

4.7 Frekuensi dan peratusan responden mengikut tahap

kebimbangan terhadap aspek penempatan 43

4.8 Frekuensi dan peratusan responden mengikut tahap

kebimbangan terhadap aspek pemilihan rakan-rakan 44

Page 14: SATU TINJAUAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR ... budi diberikan kepada bonda dan ayahanda yang disayangi dunia akhirat. Anakanda berterima kasih di atas doa, bantuan dan sokongan yang telah

xii

4.9 Frekuensi dan peratusan responden mengikut tahap

kebimbangan terhadap aspek pengangkutan sepanjang

tempoh latihan mengajar 46

4.10 Frekuensi dan peratusan responden mengikut tahap

kebimbangan terhadap aspek suasana persekitaran di sekolah 47

4.11 Frekuensi dan peratusan responden terhadap pandangan

bakal-bakal guru pelatih terhadap program latihan mengajar 48

4.12 Frekuensi dan peratusan responden terhadap pandangan

bakal-bakal guru pelatih terhadap profesion perguruan 50

4.13 Frekuensi dan peratusan responden terhadap keyakinan untuk

mengajar di sekolah 52

4.14 Frekuensi dan peratusan responden terhadap persediaan dalam

aspek kemahiran mengajar 53

4.15 Frekuensi dan peratusan responden terhadap persediaan

kewangan 55

Page 15: SATU TINJAUAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR ... budi diberikan kepada bonda dan ayahanda yang disayangi dunia akhirat. Anakanda berterima kasih di atas doa, bantuan dan sokongan yang telah

xiii

SENARAI LAMPIRAN

NO LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 77

B Surat Akaun Pelajar dari Universiti Teknologi Malaysia 78

Page 16: SATU TINJAUAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR ... budi diberikan kepada bonda dan ayahanda yang disayangi dunia akhirat. Anakanda berterima kasih di atas doa, bantuan dan sokongan yang telah

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan merupakan suatu bidang yang berperanan penting dalam

pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Oleh yang demikian, perkembangan

dalam bidang pendidikan ini merupakan aspek yang perlu diberi keutamaan dalam

usaha melahirkan bakal pemimpin berkualiti pada masa akan datang.

Menyedari kepentingan pendidikan dalam sesebuah negara, maka kerajaan

telah mengambil langkah-langkah positif dalam usaha untuk memastikan

keberkesanan sistem latihan pendidikan bagi menghasilkan guru-guru yang berkualiti

dan boleh menentukan pendidikan di sekolah berjalan dengan berkesan, tersusun,

dan memenuhi matlamat dan falsafah yang telah dibentuk. Menurut bekas Perdana

Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, “Dengan tenaga manusia yang

terdidik dan terlatih, negara akan lebih mudah menghadapi sebarang cabaran yang

akan datang. Sektor pendidikan dan latihan adalah penting bagi memastikan sumber

tenaga manusia negara dilengkapi dengan pelbagai ilmu dan kemahiran”

(Pembangunan Pendidikan 2001-2010).

Dalam usaha untuk menyediakan generasi muda untuk berdepan dengan

zaman teknologi serta menanamkan nilai-nilai tradisi lama dan baru, pendidikan

merupakan alat yang terpenting. Tujuan keseluruhan bagi pendidikan adalah untuk

mengubah corak tingkah laku manusia dalam tiga aspek, iaitu perkembangan kognitif

(pemikiran, intelek), perkembangan tingkah laku (kemahiran, kecekapan), dan emosi

Page 17: SATU TINJAUAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR ... budi diberikan kepada bonda dan ayahanda yang disayangi dunia akhirat. Anakanda berterima kasih di atas doa, bantuan dan sokongan yang telah

2

(kasih, belas kasihan, bangga). Pelbagai strategi dan program pembangunan

pendidikan yang bertujuan untuk mempertingkatkan mutu kehidupan masyarakat

telah dibentuk untuk menangani banyak masalah sosial yang wujud di negara kita

(Faridah Karim, 1999).

Kursus pendidikan adalah merupakan latihan secara formal bagi bakal guru

yang bertujuan untuk menghasilkan pendidik yang memenuhi kriteria sebagai

seorang pendidik, sekaligus mampu untuk menggalas tanggungjawab dalam

menyempurnakan Falsafah dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Sepanjang menjalani

kursus perguruan ini, bakal-bakal guru akan diberikan persediaan awal dalam proses

melengkapkan dan menjadikan diri mereka sebagai seorang guru yang bertauliah dan

berwibawa, sama ada daripada segi teori mahupun praktikal. Latihan perguruan

berhasrat supaya guru pelatih melihat perhubungan dua hala antara teori dan praktis

berkembang secara dinamik. Selain itu, pelatih juga diharapkan tidak akan hanya

mengulangi kebiasaan yang sedia wujud tanpa membuat analisis secara kritikal

(Noor Azlan Ahmad Zanzali, 1997).

Latihan Mengajar adalah suatu percubaan bagi bakal guru sebelum

menghadapi suasana kerja yang sebenar dan melalui pengalaman yang ditimba

semasa Latihan Mengajar ini, guru pelatih juga dapat meneliti sejauh manakah

persediaan mereka dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang guru, serta cuba

mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari seperti psikologi, falsafah,

sosiologi dan sebagainya. Secara tidak langsung, bakal-bakal guru ini dapat

mengembangkan potensi sebagai seorang guru yang telah sedia ada dalam diri

mereka. Dalam satu tinjauan oleh Wong Fong Tong (1985) dari Universiti Malaya,

yang telah mengkaji sikap dan personaliti guru pelatih, mendapati bahawa kumpulan

guru pelatih yang menjalani sesi Latihan Mengajar sama ada sebelum ini mempunyai

pengalaman atau tidak, telah mengubah sikap dan personaliti mereka terhadap bidang

perguruan ini.

Selain daripada itu, program Latihan Mengajar ini juga bermanfaat kepada

pensyarah dan fakulti kerana mereka dapat meneliti sejauh manakah perlaksanaan

daripada segi kurikulum yang dibina, penilaian yang dijalankan dan kemampuan

program Latihan Mengajar ini dijalankan (meneliti masalah-masalah yang wujud dan

Page 18: SATU TINJAUAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR ... budi diberikan kepada bonda dan ayahanda yang disayangi dunia akhirat. Anakanda berterima kasih di atas doa, bantuan dan sokongan yang telah

3

mencari penyelesaian yang tepat). Perubahan yang berlaku terhadap keyakinan serta

sikap optimis pelajar terhadap pengajaran setelah menjalani Latihan Mengajar,

seterusnya menamatkan pengajian dalam bidang pendidikan boleh dijadikan sebagai

reaksi kepada para pensyarah dan fakulti dalam menilai fungsi dan kemampuan

mereka dalam membantu bakal-bakal guru ini mengembangkan potensi sedia ada

dalam diri mereka.

Namun begitu, pelbagai kekangan yang wujud sebelum bakal-bakal guru

pelatih ini menjalani Latihan Mengajar menyebabkan timbul pelbagai masalah

sepanjang tempoh mereka berada di sekolah. Menyedari hakikat betapa pentingnya

program Latihan Mengajar ini sebagai satu tapak bagi bakal-bakal guru ini

melengkapkan diri mereka dengan pengalaman sebagai seorang guru, penyelidik

berhasrat untuk mengkaji apakah faktor-faktor yang mempengaruhi bakal-bakal guru

pelatih ini sebelum menjalani Latihan Mengajar di sekolah. Ini bertujuan supaya

perancangan dan tindakan susulan boleh dilakukan, supaya proses melatih guru ini

dapat dilakukan dengan lebih baik oleh bakal-bakal guru pelatih.

1.2 Latar belakang Masalah

Bidang perguruan merupakan suatu bidang yang profesional, di mana

profesionalisme ini merujuk kepada suatu set piawai kerja atau tanggungjawab dan

praktis yang telah diiktiraf oleh sesuatu profesion. Umumnya, ia merujuk kepada

cara pelaksanaan tugas yang sangat cekap dan mengikut etika yang telah ditentukan

oleh pekerjaan tersebut. Profesionalisme juga merujuk kepada sikap yang positif

terhadap pekerjaan, bukan sahaja menjalankan tugas dengan baik, malahan sentiasa

berfikir mencari jalan untuk memperbaiki pelaksanaan tugas yang telah di

amanahkan (Noor Azlan Ahmad Zanzali, 1997).

Dalam usaha untuk menyediakan bakal-bakal guru yang mempunyai

kesediaan sebagai seorang guru yang profesional, Fakulti Pendidikan UTM telah

mewujudkan program Latihan Mengajar sebagai komponen penting dalam latihan

perguruan selepas pelatih didedahkan kepada beberapa aspek teori pengajaran dan

Page 19: SATU TINJAUAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR ... budi diberikan kepada bonda dan ayahanda yang disayangi dunia akhirat. Anakanda berterima kasih di atas doa, bantuan dan sokongan yang telah

4

pembelajaran. Aktiviti Latihan Mengajar berkisar kepada ruang lingkup pengalaman

guru pelatih sewaktu melaksanakan proses pengajaran dalam bilik darjah. Ini

merupakan suatu peluang bagi pelatih dan penyelia melihat, menilai dan membuat

refleksi terhadap pelaksanaan teori yang telah didedahkan (Noor Azlan Ahmad

Zanzali, 1997).

Namun begitu, seringkali guru mata pelajaran yang diambil alih mengeluh

dan kurang berpuas hati mengenai keyakinan mengajar guru pelatih dan penguasaan

isi pelajaran. Ramai di kalangan guru pelatih yang menjalani Latihan Mengajar

didapati kurang mahir dengan isi akademik dan kurang kreatif dan bermotivasi untuk

menggunakan kaedah pengajaran yang efektif bagi menyampaikan isi tersebut (Abu

Hassan Kassim, 1989).

Dalam bengkel maklum balas Latihan Mengajar anjuran Fakulti Pendidikan

UTM, didapati, antara kelemahan guru pelatih semasa menjalani Latihan Mengajar

ini adalah gaya pertuturan, pengurusan bilik darjah, penggunaan papan tulis dan alat

bantu mengajar yang sesuai, gagal mengekalkan minat pelajar, pengajaran yang

terlalu akademik dan stereotaip dan pelbagai lagi (Abu Hassan Kassim, 1989).

Di samping itu, telah banyak kajian dari negara luar yang telah menjalankan

tinjauan berkaitan sikap kebimbangan guru pelatih yang pertama kali mengajar di

sekolah. Pelbagai isu telah ditimbulkan dan dikaji sejauh mana hubungannya dengan

sikap ini. Di dalam kajian Norah (1987), dinyatakan kajian-kajian lepas yang telah

dijalankan, antaranya gangguan pelajar di dalam kelas (Hart, 1987), kebimbangan

terhadap proses penilaian, pengawalan disiplin dan mengajar dengan berkesan

(Parsons,1973) dan masalah dalam mengawal kelas (Petrusich, 1966). Adalah kurang

wajar mengharapkan guru pelatih sudah mempunyai segala ilmu dan kemahiran

sewaktu menjalani Latihan Mengajar. Latihan Mengajar bukan sahaja bertujuan

untuk mempraktikkan teori dan kemahiran yang telah dipelajari, tetapi ia juga

merupakan satu proses pembelajaran (Ismail Kailani, 1989).

Berdasarkan kepada maklum balas dan kajian-kajian yang telah dijalankan

oleh pakar dalam bidang pendidikan ini, maka jelaslah bahawa segala kelemahan

yang dinyatakan adalah berkait rapat dengan kebimbangan guru pelatih dan hal ini

Page 20: SATU TINJAUAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR ... budi diberikan kepada bonda dan ayahanda yang disayangi dunia akhirat. Anakanda berterima kasih di atas doa, bantuan dan sokongan yang telah

5

secara tidak langsung akan mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran

mereka di dalam kelas sepanjang tempoh Latihan Mengajar, sekaligus memberi

kesan kepada pihak sekolah dan guru mata pelajaran kelas yang diambil setelah

tamat tempoh Latihan Mengajar. Selain itu juga, keprofesionalan seorang pendidik

jelas terhasil daripada latihan dalam jangka masa yang panjang. Pencapaian bakal-

bakal guru pelatih dalam Latihan Mengajar juga bermula daripada persediaan yang

dilakukan agar segala perancangan dapat dilakukan dengan baik.

1.3 Pernyataan Masalah

Kesediaan guru pelatih yang akan menjalani Latihan Mengajar adalah sangat

penting. Sekiranya tidak, guru pelatih mungkin akan merasakan bahawa Latihan

Mengajar ini adalah sebagai suatu bebanan dan tanggungjawab yang berat,

sedangkan Latihan Mengajar ini adalah suatu keperluan bagi mereka sebagai suatu

persediaan dan peluang untuk mereka mempraktikkan segala teori, kaedah,

kemahiran dan kefahaman yang telah dipelajari sebelum menghadapi suasana bekerja

yang sebenar.

Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang telah dikenalpasti, pelbagai

permasalahan yang timbul sekarang iaitu adakah benar aspek-aspek daripada sudut

persekitaran sekolah dan pensyarah mempengaruhi kebimbangan guru pelatih atau

tidak? Apakah bakal-bakal guru pelatih UTM bersetuju dengan program Latihan

Mengajar ini? Seterusnya bagaimana pula dengan persediaan yang dilakukan?

Adakah mencukupi atau tidak? Justeru itu, penyelidik bercadang untuk mengkaji

segala permasalahan yang timbul ini.

Page 21: SATU TINJAUAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR ... budi diberikan kepada bonda dan ayahanda yang disayangi dunia akhirat. Anakanda berterima kasih di atas doa, bantuan dan sokongan yang telah

6

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor kebimbangan,

pandangan serta persediaan bakal-bakal guru pelatih sebelum menjalani program

Latihan Mengajar di sekolah.

Bagi mencapai tujuan di atas, beberapa objektif khusus kajian telah dikenal

pasti iaitu :

i. Meninjau sejauh manakah tahap kebimbangan bakal-bakal guru pelatih

sebelum menjalani Latihan Mengajar terhadap aspek persekitaran sekolah

dan penilaian pensyarah.

ii. Meninjau pandangan bakal-bakal guru pelatih terhadap program Latihan

Mengajar dan profesion perguruan.

iii. Mengenal pasti persediaan bakal-bakal guru pelatih sebelum menjalani

Latihan Mengajar dalam aspek kewangan, keyakinan dan kemahiran

mengajar.

1.5. Persoalan Kajian

Antara persoalan kajian yang timbul dalam kajian ini adalah :

i. Apakah tahap kebimbangan bakal-bakal guru pelatih sebelum menjalani

Latihan Mengajar terhadap aspek persekitaran sekolah dan penilaian

pensyarah?

ii. Apakah pandangan bakal-bakal guru pelatih terhadap program Latihan

Mengajar dan profesion perguruan sebelum menjalani Latihan Mengajar?

iii. Bagaimanakah persediaan bakal-bakal guru pelatih dalam aspek kewangan,

keyakinan dan kemahiran mengajar sebelum menjalani Latihan Mengajar?