-
Keberkesanan Dan Penambahbaikan SekolahArtikel berikut akan
mengupas serba sedikit berkaitan keberkesanan dan
penambahbaikansekolah.
Definisi sekolah berkesan
Secara literal, Kamus Dewan mentakrifkan terminologi sekolah
sebagai tempat untuk belajardan mengajar. Manakala perkataan kesan
ditakrifkan sebagai tanda yang ditinggalkan olehsesuatu. Lippitz
dalam Mukhtar et al. telah mentakrifkan sekolah berkesan sebagai
"sekolahyang selamat dan teratur di mana kanak-kanak miskin dan
kelas pertengahan mendapatpencapaian akademik yang baik" (Hare,
1988: 413)
Manakala Felsenthal (1982) pula mentakrifkan sekolah berkesan di
mana majoriti pelajarmendapat keputusan yang tinggi dalam
peperiksaan awam pada peringkat kebangasaan.Menurut Levine dan
Lezotte (1990), ukuran sekolah berkesan yang telah digunakan
olehkebanyakan penyelidik ialah pencapaian dalam mata pelajaran
tertentu seperti matematik, sainsatau bahasa, kehadiran pelajar ke
sekolah dan kepuasan pelajar. Al Ramaiah (1995) pulamenyatakan
konsep sekolah berkesan sepatutnya dalam konteks memberi kesan
positifterhadap pembelajaran pelajar bukannya berfokus kepada hasil
pencapaian akademik pelajaransemata-mata walaupun pencapaian
kelulusan sekolah adalah seratus peratus. ManakalaRahimah (1998)
pula menegaskan konsep sekolah berkesan seharusnya mempunyai
cirri-cirisekolah yang baik serta membawa hasil pembelajaran,
sekolah yang berupaya membina watakdan membuktikan ianya boleh
membawa perubahan kepada pelajar.
Pengertian sekolah berkesan berbeza-beza kerana berbagai-bagai
pihak mempunyai persepsiyang berbeza terhadap apa yang mereka
kehendaki daripada sekolah. Oleh kerana itu Stoll danFink (1996)
dalam Abdul Malek menegaskan bahawa untuk memberi definasi
kepadakeberkesanan, kita perlu memilih antara nilai yang
berbeza-beza. Kajian-kajian sekolahberkesan secara khusus
mendefinisikan keberkesanan sekolah melalui pembolehubah
yangdianggap penting dan digunakan untuk mengukur keberkesanan
sekolah. Secara umumterdapat dua kriteria yang digunakan oleh para
pengkaji untuk mengukur keberkesanan iaitu,outcome atau outputdan
proses. Levine dan Lezotte (1990) melihat sekolah berkesan dari
segi
-
hasil yang dikehendaki (outcome). Edmonds (1979) mendefinisikan
keberkesanan bukan sahajadari segi kualiti hasil tetapi juga dari
kesaksamaan (equity). Mengikut beliau keberkesanansekolah diukur
berdasarkan kejayaannya meningkatkan penguasaan akademik
kanak-kanakkurang beruntung sehinggakan kadar bilangan anak-anak
kurang beruntung yang menguasaiakademik yang sama seperti bilangan
anak-anak kelas menengah yang menguasainya.
Mortimor (1991) telah merumuskan bahawa sekolah berkesan ialah
sekolah yangpelajarnya meningkat lebih daripada apa yang diharapkan
jika diambil kira latar belakangmereka. Schreens (1992) menjelaskan
konsep keberkesanan mengikut perspektif tertentu. Darisegi ekonomi
sekolah dianggap berkesan jika outcome; atau hasil yang diingini
dapat dicapaidengan kos yang rendah sementara perspektif hubungan
kemanusiaan dalam organisasi,organisasi yang berkesan ialah
organisasi yang dapat mewujudkan perasaan kepuasan dalamkalangan
pekerjanya dan melibatkan mereka dalam organisasi. Hasil tinjauan
rambang Sharifah(2000) mendapati sekolah-sekolah di Malaysia
mengaitkan sekolah berkesan dengankecemerlangan akademik yang telah
dicapai.
Kajian Berkaitan Keberkesanan Sekolah
Kajian-kajian sekolah efektif atau sekolah berkesan secara
khusus mendefinisikan keberkesanansekolah melalui pemboleh ubah
yang dianggap penting dan digunakan untuk mengukurkeberkesanan
sekolah. Secara keseluruhan, tidak ada konsensus di kalangan
pengkaji tentangdefinisi keberkesanan. Secara umum terdapat dua
criteria yang digunakan, iaitu outcome atauoutput dan proses. Di
Amerika Syarikat kebanyakan pengkaji mengukur keberkesanan
sekolahberasaskan output, iaitu pencapaian dalam ujian piawaian
bagi mata pelajaran matematik danbacaan. Di United Kingdom,
pemboleh ubah proses seperti kedatangan, kelakuan pelajar
danpeningkatan skor pencapaian digunakan sebagai pengukur
keberkesanan. Selain mengukurkeberkesanan dari segi kualiti ada
juga pengkaji yang menggunakan kriteria kesaksamaan(equity).
Edmonds (1979) mendefinisikan keberkesanan bukan sahaja dari
segi kualiti hasil tetapi jugadari segi kesaksamaan (equity).
Mengikut beliau, keberkesanan sekolah diukur berdasarkankejayaannya
meningkatkan penguasaan akademik kanak-kanak kurang beruntung
sehinggakankadar bilangan kanak-kanak kurang beruntung yang
menguasai akademik sama seperti bilangan
-
anak-anak kelas menengah yang menguasainya. Juga, sekolah tidak
layak diiktiraf sebagaiberkesan jika tidak memberi kesaksamaan
peluang pendidikan. Mengikut kriteria ini, padapendapat beliau,
bilangan sekolah di Amerika Syarikat yang boleh dianggap berkesan
amatsedikit.
Rowan (1983) pula menyarankan empat cara mengenalpasti sekolah
yang berkesan: (1)menentukan kriteria yang khusus seperti peratus
pelajar yang mencapai lebih daripada mediankebangsaan, (2) analisis
tren yang menunjukkan skor dalam gred yang tertentu telah
meningkatdari semasa ke semasa, (3) skor yang meningkat bagi
sesuatu kohort, dan (4) pencapaiansekolah berbanding dengan latar
belakang pelajarnya.
Selain melihat hasil sebagai pengukur keberkesanan, pengkaji
telah meluaskan definisikeberkesanan dengan mengkaji peningkatan
yang menjadi nilai tambahan yang dialami olehmurid disebabkan
keberkesanan sekolah. Maka keberkesanan sekolah bukan hanya diukur
darisegi hasil tetapi juga dari segi proses peningkatan yang
dialami. Mortimore (1991) merumuskanbahawa sekolah yang berkesan
ialah sekolah yang pelajarnya meningkat lebih daripada apa
yangdiharapkan jika diambil kira latar belakang mereka. Mengikut
Stoll dan Fink (1996) jikaditambah perkataan semua pelajar dalam
rumusan Mortimore itu, maka konsep nilaitambahan dan kesaksamaan
dapat disatukan dalam mendefinisikan keberkesanan sekolah. Dariitu,
jelaslah bahawa sekolah yang berkesan itu, berkesan bagi semua
pelajar tidak kira latarbelakang mereka. Berdasarkan definisi ini
bolehkah kita katakan bahawa sekolah berasramapenuh yang sedia
mengambil pelajar yang memang berkebolehan itu berkesan
berdasarkanprestasi mereka dalam peperiksaan umum? Atau bolehkah
kita anggap sekolah luar bandar yangtelah menunjukkan peningkatan
tahun demi tahun walaupun prestasinya tidak sebaik sekolahberasrama
penuh, sebagai sekolah yang berkesan? Jelaslah jika sekolah
berasrama penuh tidakmenunjukkan nilai tambahan dan prestasi
pelajarnya hanya apa yang diharapkan, maka sekolahitu belum boleh
dianggap berkesan. Sebaliknya jika sekolah kampong itu boleh
menunjukkannilai tambahan berserta dengan usaha menyamaratakan
peluang pendidikan dan pelajarnyamencapai lebih daripada apa yang
diharapkan maka sekolah ini boleh dianggap sebagaiberkesan.
Sergiovanni (1987) juga mendefinisi keberkesanan sekolah
berasaskan peningkatan sekolah.
-
Beliau menyenaraikan lapan criteria untuk mengukur keberkesanan:
(1) peningkatan dalamskor ujian, (2) peningkatan dalam kehadiran,
(3) pertambahan dalam bilangan tugasanpenulisan dan kerja rumah,
(4) pertambahan peruntukan masa untuk Matematik, BahasaInggeris,
Sains dan Sejarah, (5) penglibatan komuniti dan ibubapa, (6)
penglibatan pelajardalam aktiviti kokurikulum, (7) ganjaran dan
pengiktirafan bagi pelajar dan guru, dan ( 8)sokongan yang
berkualiti untuk pelajar istimewa.
Aspek lain yang digunakan oleh pengkaji sebagai pengukur
keberkesanan sekolah ialah kelakuanmurid, kehadiran, sikap dan
konsep kendiri (Mortimore et al., 1988; Teddlie dan
Stringfield,1993). Manakala Stoll dan Fink (1996) mendefinisikan
keberkesanan sekolah seperti berikut: (1)sentiasa meningkat dari
tahun ke tahun, (2) menggalakkan peningkatan untuk semua
pelajarlebih daripada apa yang dijangkakan jika diambil kira latar
belakang dan kebolehan asalmereka, (3) memastikan setiap pelajar
mencapai setinggi yang mungkin potensinya, dan (4)menggalakkan
(enhance) semua aspek perkembangan dan pencapaian pelajar.
Berdasarkan perbincangan tentang beberapa definisi keberkesanan
sekolah, bolehlahdirumuskan tentang pengertian keberkesanan sekolah
ini seperti berikut:
Keberkesanan sekolah boleh diukur berasaskan output atau hasil
persekolahan. Hasil iniberbentuk akademik (pencapaian akademik) dan
bukan akademik; (kelakuan murid,konsep kendiri dan sikap murid,
kepuasan kerja guru dan sebagainya).Proses juga boleh menjadi
criteria bagi mengukur keberkesanan: pentadbiran sekolah,kerjasama
di kalangan warga sekolah, proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesanadalah antara criteria yang dinyatakan.Keadaan sekolah,
keceriaan, kebersihan, keadaan disiplin juga merupakan
criteriakeberkesanan.Kriteria keberkesanan sekolah berbeza mengikut
Negara, budaya dan lokasi yangberlainan.Keberkesanan bukan hanya
dicerminkan dari aspek kualiti bahkan dari aspek
ekuiti(kesaksamaan) juga.Keberkesanan sekolah diukur dari segi
progress atau peningkatan yang dialami, iaitu nilaitambahan yang
diperoleh.
-
Sekolah yang berkesan ialah sekolah yang meningkat lebih
daripada yang diharapkan jikadiambil kira latar belakang
pelajarnya.
Perpaduan melalui kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran,
amalan-amalan yangmenggalakkan rasa hormat-menghormati dan
kerjasama antara satu dengan lain.
Jika terdapat kanak-kanak istimewa di sekolah, kebajikan dan
perkembangan mereka yangseimbang dan interaksi social mereka dengan
pelajar lain di sekolah perlu diberi perhatian.
Sekolah memainkan peranan yang berkesan dlam melibatkan ibu
bapa, bukan hanyamelalui PIBG tetapi juga melalui usaha
bersendirian dan berkelompok yang melibatkanguru, pelajar, ibu
bapa,
Dalam konteks negara Malaysia, pengertian sekolah mestilah
berlandaskan aspirasi yangtermaktub dalam Falsafah Pendidikan
Negara, dan dalam Wawasan 2020. Kita mahukansekolah berwawasan,
sekolah kecacatan sifar dan pendidikan bertaraf dunia. Maka
sudahsemestinya pengertian keberkesanan diperluas. Selain perkara
yang telah diberipenekanan ada aspek lain yang perlu
ditonjolkan.
Konsep kesaksamaan dipraktikkan sepenuhnya. Ini bermakna pelajar
kurangberuntung diberi peluang meningkat dalam semua aspek
perkembangan melaluiprogram pengayaan mereka.
Negara kita mempunyai rakyat berbilang kaum. Sekolah yang
berkesan secarasengaja memupuk komuniti dan pengetua. Sekolah yang
berkesan terbuka kepadacadangan dan bantuan rakan kongsinya.
Sekolah tidak lagi mengamalkan amalan yang membeza-beza dan
melabel pelajar.
Sekolah benar-benar mengamalkan konsep sekolah penyayang, iaitu
guru mengambilberat tentang keperluan semua pelajar dan melibatkan
mereka dalam hal-hal yangberkaitan kepentingan mereka sendiri.
Sekolah menjalankan program pembaikan sekolah mengikut
keperluannya dan wawasanwarganya, mengikut acuannya sendiri.
Sekolah yang guru-gurunya tidak berasa tertekan, malah seronok
membantu
-
menjayakannya.
Sekolah yang menggalakkan muridnya menjadi kreatif, berfikiran
kritis, penyayang,mengikut ajaran agama dan mempunyai kesedaran
sivik yang tinggi.
Sekolah yang menggalakkan budaya belajar bagi semua warganya,
termasuk guru dan ibubapa.
Model-Model Keberkesanan Sekolah
1. Model Matlamat
Berkesan bila dapat mencapai matlamat
Matlamat yang jelas
Terhad
o Perlukan matlamat yang jelas
o Perlu boleh diukur
o Faktor masa
o Matlamat yang tidak mendapat persetujuan ramai
2. Model Sumber Input
-
Disebabkan wujud pelbagai pengharapan dari pelbagai pihak
berkepentingan, sekolahterpaksa mewujudkan pelbagai matlamat
walaupun tidak konsisten
Lebih banyak input sumber yang bernilai diperlukan untuk sekolah
yang berkesan
Keberkesanan sekolah berkesan apabila boleh memperolehi sumber
yang diperlukan
Input dan pemerolehan sumber kriteria asas bagi sekolah
keberkesanan
Terhad penekanan yang lebih kepada sumber, pengurangan
pendekatan terhadapproses dan output
3. Model Proses
Sekolah adalah berkesan jika fungsi dalamannya lancar dan
sihat
Keberkesanan bergantung kepada kelancaran fungsi dalaman
Contoh proses: kepimpinan, saluran komunikasi
Perhubungan yang jelas antara proses pembelajaran dan
hasilnya
Terhad:
o Faktor kesukaran dalam proses: - pemantauan, - pengumpulan
data, - pemfokusan
-
o Keberkesanan bergantung kepada perhubungan proses persekolahan
dalam bidang yangspesifik, sejauh mana dia tahu tentang bidang
tersebut
4. Model Kepuasan
Matlamat yang luas dan banyak, maka makin sukar untuk
dicapai
Matlamat yang kurang dan mudah, maka lagi mudah untuk dicapai,
jadi ia lebih mudahdianggap berkesan
Kepuasan pihak atasan dikira berkesan
Puas terhadap kualiti, merujuk kepada kepuasan pelanggan
terhadap keperluan,permintaan dan apa yang diharapkan
Model ini mengatakan sekolah adalah berkesan jika semua pihak
berkepentingan puas hatisecara minima
Kepuasan pihak berkepentingan adalah petunjuk keberkesanan
Masalah: - sekiranya berlaku konflik antara pihak yang
berkepentingan maka model initidak sesuai.
5. Model kesahihan/kesahan
Sekolah berkesan adalah sekolah yang dapat menunjukkan
akauntabiliti, penuhi kehendak
-
komuniti dan mendapat sokongan pihak berkepentingan
Sekolah perlu bersaing untuk mendapat perhatian ibubapa agar
memilih sekolahberkenaan
Perhubungan awam, aktiviti pemasaran dan membangunkan sekolah
berasaskan sistemakauntabiliti untuk mendapat kepercayaan daripada
ibubapa.
Ibubapa percaya ia sah dan sahih bahawa memang sekolah berkenaan
beroperasi secaraakauntabiliti dan memenuhi kehendak komuniti
6. Model ketidakberkesanan
Disebabkan oleh sukar untuk mengenalpasti aspek keberkesanan
tetapi mudah untukmengetahui kriteria yang menyebabkan
ketidakberkesanan
Model ini boleh digunakan apabila ciri-ciri keberkesanan tidak
dapat dilihat dengan jelas
Contoh faktor penyebab tidak berkesan seperti konflik,
kesukaran, kelemahan dsb
Tidak sesuai bagi sekolah yang cemerlang
7. Model pembelajaran terancang
Model ini hampir sama dengan model proses
-
Beza dengan model proses adalah penekanan terhadap perlakuan
pembelajaran untukmendatangkan kesan kepada pencapaian sekolah
Terhad jika perhubungan antara proses pembelajaran terancang
dengan hasil yanghenda dicapai oleh sekolah tidak jelas
o Cth: walaupun kurang proses pembelajaran, ada faktor penarik
lain yang menyebabkan iamendapat keputusan yang baik. Sila rujuk
kepada 5 dimensi yang dinyatakan oleh Peter Senge;1) personal
Mastery 2) Mental Models 3) shared vision 4) team learning 5_)
system thinking
8. Model TQM (Total Quality Management)
Memfokuskan kepada pengurusan bukan kepada individu sebagai
manusia
Konsep yang komprehensif dengan mengintegrasikan semua model
Keberkesanan bergantung kepada keupayaan pengurusan sekolah
DEFINISI PENAMBAHBAIKAN SEKOLAH
Menurut Barth (1990), beliau percaya penambahbaikan sekolah itu
merupakan satu usahauntuk menentukan dan menyediakan perubahan,
dibentuk bersama dan tanpa, di mana orangdewasa dan kanak-kanak
yang bersekolah akan menggalakkan dan mempertahankan keinginan
-
belajar di kalangan mereka sendiri.
Van Velzen et al.(1985) menganggap penambahbaikan sekolah
sebagai satu usaha yang sistematik serta dibenarkan yang bertujuan
untuk perubahan dalam syarat-syarat pembelajarandan lain-lain yang
berkaitan dengan keadaan dalam satu atau lebih sekolah, dengan
matlamatakhir ialah untuk mencapai matlamat pendidikan dengan lebih
berkesan.
Menurut Hopkins et al.(1994) pula, makna penambahbaikan sekolah
hari ini adalah padaumumnya difahami sebagai satu usaha berterusan
untuk menjadikan sekolah sebuah tempatyang lebih baik bagi proses
pembelajaran untuk murid-murid. Beliau menerangkan pembaikansekolah
adalah satu pendekatan ke arah perubahan pendidikan yang bertujuan
menambahpencapaian pelajar dan mengukuh keupayaan sekolah untuk
pengurusan perubahan. Usaha kearah penambahbaikan sekolah merupakan
urusan setiap sekolah. Sekolah tidak boleh berdiamdiri kerana dalam
konteks sekolah ia sentiasa berubah. Penambahbaikan sekolah
sepatutnyamenjadi agenda utama di semua sekolah.
Penambahbaikan sekolah berpegang kepada prinsip self-renewing
school iaitu perubahan danperkembangan dimiliki oleh sekolah
daripada mendapat arahan dan tekanan dari luar (Hopkinset. al.,
1996). Ia berdasarkan beberapa andaian termasuklah kepercayaan
bahawa sekolahmempunyai kapasiti menambah baik diri sendiri, yang
melibatkan perubahan budaya. Ia akanmudah dicapai melalui keadaan
dalaman sesebuah sekolah itu yang mengambil kira pelbagaiperspektif
perkembangan dan perubahan.
-
Konsep penambahbaikan menyumbang kepada pemahaman yang lebih
baik bagaimana sesuatuperubahan itu dimulakan, dilaksanakan dan
institusikan. Terdapat 5 dapatan tentang prosesperubahan sekolah
yang berkesan. Pertama, kajian penambahbaikan sekolah
membuktikanwujudnya pembangunan guru yang penting di peringkat
sekolah. Penambahbaikan guru salingberkait rapat dengan
penambahbaikan sekolah. Kedua, kajian penambahbaikan
sekolahmenekankan kepentingan kepimpinan dalam mengiringi perubahan
peringkat sekolah. Ketiga,kajian penambahbaikan sekolah telah
menunjukkan tiada satu pun kajian tindakanpenambahbaikan sekolah
yang sesuai digunakan di semua jenis sekolah. Keempat, usaha kearah
penambahbaikan sekolah telah mengukuhkan keperluan perubahan ke
atas usahamenghasilkan pencapaian pelajar secara khusus. Kelima,
usaha ke arah penambahbaikansekolah telah membuktikan kepentingan
memahami dan menggunakan budaya sekolah(Hargreaves,1994).
Kajian telah menunjukkan bahawa budaya sekolah yang menggalakkan
kejelekitan, kepercayaandan kerja kolaboratif yang menekankan
kepada pengajaran dan pembelajaran adalah lebihcenderung ke arah
usaha untuk bertindakbalas bagi menambahbaikkan sekolah.
Penambahbaikan sekolah ialah sesuatu perubahan yang dilakukan
secara terancang dan dibuatlangkah demi langkah. Perubahan yang
dilakukan itu merupakan sesuatu yang berbezadaripada amalan yang
telah kita jalankan, sesuatu perkara yang baru dan kreatif
daripadapelbagai segi seperti dalam amalan pedagogi, pengurusan,
kepemimpinan yang kita tidakamalkan dan kemudiannya kita
amalkan.
Perkembangan pendidikan yang berlaku kini menjurus kepada
memberi keutamaan dalamaspek penambahbaikan sekolah. Kerajaan telah
memberikan peruntukan pendidikan dalamDalam Rancangan Malaysia Ke-9
untuk penambahbaikan sekolah. Penambahbaikan sekolah
-
ialah berkaitan dengan akauntabiliti dan kecekapan (efficiency).
Akauntabiliti pihak sekolahterhadap murid yang semakin lama semakin
meningkat, tuntutan pihak stake holders, ahlipolitik, ibubapa atau
pihak yang menuntut sekolah iaitu guru-guru seharusnya lebih
mempunyaiakauntabiliti terhadap pelajar-pelajarnya. Di negara ini
belum ada guru-guru dan pihak sekolahyang disabitkan kesalahan
kerana murid-murid gagal dalam peperiksaan. Namun,
persoalanakauntabiliti dan kecekapan ini menjadi satu tekanan,
menjadi satu tekanan pihak luar kepadasekolah untuk melakukan
penambahbaikan.
Pernyataan Sekolah boleh membuat perubahan merupakan suatu
kepercayaan terhadap pihaksekolah boleh berubah daripada keadaan
sedia ada kepada yang keadaan yang lebih baik lagi.Dalam literatur
sekolah berkesan, apa yang menjadi pernyataan yang sering
diungkapkan ialahpernyataan Pengetua boleh membuat perubahan.
Manakala dalam penambahbaikan sekolah,pernyataan Sekolah boleh
membuat perubahan. Perubahan untuk penambahbaikan sekolah ituboleh
dilakukan dengan cara memastikan aspek kuantiti kepada kualiti.
Kini, penekananterhadap kecemerlangan dalam keputusan peperiksaan
semakin difokuskan kerana pasarankerja juga mementingkan
kecemerlangan akademik di samping penekanan
terhadapkokurikulum.
Penambahbaikan sekolah juga boleh berlaku disebabkan agenda
politik. Penambahbaikan iniadalah untuk melahirkan modal insan.
Misalnya pihak kerajaan memperkenalkan PPSMI yangbertujuan untuk
melahirkan e-pekerja yang berpengetahuan luas dalam sesuatu bidang.
Olehyang demikian seluruh warga sekolah perlu membuat anjakan
paradigma iaitu berubahdaripada amalan yang tidak memberangsangkan
pembelajaran murid kepada situasi yangmemungkinkan pembelajaran
murid dapat dibuat seoptima mungkin.
Rasional penambahbaikan sekolah adalah untuk memastikan keadaan
status quo sekolah yangtidak memberangsangkan dapat diubah kepada
keadaan yang positif iaitu yang dapat memberikesan yang bermakna
dalam pembelajaran pelajar. Begitu juga sekolah yang telah
mencapaikeputusan yang cemerlang dalam peperiksaan awam, masih ada
ruang untuk penambahbaikan
-
sekolah tertentu misalnya membuat penambahbaikan dalam program
perkembangan staf,program-program untuk pelajar dan lain-lain lagi.
Oleh yang demikian, penambahbaikan akanmembawa perubahan kepada
aspek yang ditambahbaik secara beransur-ansur.Penambahbaikan tidak
akan berlaku jika tidak ada perubahan. Misalnya, inovasi
dalampengajaran di bilik darjah iaitu menggunakan kaedah kumpulan
dalam pengajaran. Denganmelakukan itu barulah kita tahu bahawa
kumpulan itu samada ia lebih baik ataupun tidak baikdalam status
quo pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Di samping istilah penambahbaikan sekolah, terdapat juga istilah
yang digunakan sepertischool restructuring atau restructuring
school, school rejuvenation istilah geografi- balikmuda, OD
(organizational development) iaitu istilah yang digunapakai dalam
organisasi swastasebelum digunakan dalam bidang pendidikan.
Istilah-istikah pembangunan organisasi,penilaian sekolah atau
pembaharuan sekolah, school evaluation atau self renewal atau
in-schoolreviews yang juga bermaksud penambahbaikan sekolah.
Kemudian, istilah self directedimprovement, pembangunan sekolah,
penstrukturan, atau reengineering sekolah adalahdigunakan dalam
penambahbaikan sekolah.
Secara umumnya terdapat dua model penambahbaikan sekolah. Model
yang pertama ialahmodel Intervention Approach yang menggunakan
pendekatan intervensi yang juga disebutsebagai Model Tradisi,
seperti PPSMI yang diperkenalkan oleh kementerian
pelajaran.Pelaksanaan Itu adalah intervention untuk meningkatkan
lagi Bahasa Inggeris murid-muriddalam mata pelajaran Sains dan
Matematik. Di Amerika, khidmat perunding digunakan
untukpenambahbaikan sekolah yang biasanya terdiri dari professor
dari universiti. Pendekatanintervensi untuk penambahbaikan sekolah
ini menurut Robinson ialah ketidakupayaan guruuntuk membincangkan
isu-isu yang timbul daripada pendekatan tadi yang datang daripada
luar.
Model yang keduanya ialah model self-directed improvement
process atau school reviews.
-
Melalui pendekatan model ini sekolah berusaha menilai balik
sekolah itu. Jadi, proses self-directed ini melibatkan self
renewal, self assessment, reassessment iaitu menilai
balikkeseluruhan pencapaian sekolah itu. Misalnya, menggunakan
konsep keberkesanan yangdirumuskan oleh Cheng. Sebagai contoh untuk
self-review model ini ialah program yangdilakukan di New Zealand.
Untuk melakukan self review ini, andaian yang pertama model
iniialah staf hendaklah melibatkan diri secara sukarela dan
bukannya terpaksa. Andaian keduaialah pengetua memainkan peranan
penting dalam melakukan penilaian semula sekolah. Andaian ketiga
ialah kaedah review sesuai dengan penilaian kendiri dan
penambahbaikan dirisekolah. Melalui kaedah itu, penilaian yang
dibuat hendaklah sesuai dengan penilaian kendiridan bukan
berdasarkan sekolah lain atau faktor faktor luar dan sebagainya.
Pendekatannyamestilah untuk penambahbaikan sekolah. Andaian yang
keempat ialah mengkaji hasilan (reviewoutcomes) iaitu melibatkan
proses bagi menjalankan review seharusnya tidak bolehmengganggu
sesuatu aspek keberkesanan yang ada. Keberkesanan yang ada itu
harusdikekalkan dan perlu ditambahtambah baik.
Menurut Hargreaves & Hopkins (1994), kajian mengenai
penambahbaikan sekolah inimencakupi matlamat jangka panjang iaitu
untuk penyelesaian masalah atau mengupayakansekolah ke arah
penghasilan thinking school. Jadi, penambahbaikan sekolah ini ialah
satuusaha ke arah mencapai matlamat penyelesaian masalah ataupun
thinking school danbukannya mindless school.
Penambahbaikan sekolah ini juga mempunyai pelbagai konsep dan
konsep itu bergantungkepada sesiapa yang menulisnya. Berdasarkan
pernyataan Hargreaves dan Hopkins (1994)iaitu:
school improvement is about developing strategies for
educational change
that strengthen the schools organization, as well as
implementing curriculum reforms.
Jelaslah di sini menunjukkan bahawa penambahbaikan sekolah
adalah suatu usaha membina
-
strategi untuk melakukan perubahan pendidikan yang bertujuan
mengukuhkan organisasisekolah iaitu menguatkan kapasiti guru
khususnya dan warga sekolah amnya. Oleh itu,penambahbaikan itu
harus berkeupayaan dalam menggerakkan secara aktif dan
mengukuhkanbidang pedagogi, pengurusan, dan kepemimpinan.
Kedua-duanya berfokus kepada penambahbaikan secara keseluruhan
dan berfokus kepadastrategi. Strategi untuk penambahbaikan sekolah
ialah dengan melatih guru melaksanakansemua yang dilakukan di
sekolah, memberi sokongan pekerjaan dan moral kepada guru,
pihaksekolah memantau dan melebarluaskan lagi peranan kepimpinan
kepada para guru. Merekaharus diberi bimbingan dan membangunkan
keyakinan diri (self efficacy) mereka.
Alma Harris (2002) membicarakan penambahbaikan sekolah itu
adalah merupakan usaha yangberkaitan untuk menjadikan sekolah
sebagai tempat yang lebih baik (dari keadaan yang sediaada) untuk
murid-murid dan untuk mereka belajar. Kemudahan sekolah yang
mencukupiseperti kemudahan pusat sumber yang lengkap dan interaksi
antara guru-guru dan murid-muridadalah harmoni. Di samping itu,
perhubungan di antara komuniti sekolah yang berasaskankepada
penghayatan visi yang sama, nilai dan falsafah sekolah dan matlamat
sekolah yang sama.
Penambahbaikan sekolah pada asasnya adalah pembangunan komuniti
sekolah danestablishing perhubungan-perhubungan positif di dalam
sekolah. Alma Harris juga lebihmenumpukan kepada perubahan terhadap
amalan-amalan yang terdapat di sekolah dan di bilikdarjah. Amalan
pengajaran dan pembelajaran amalan perundingan guru-guru dan
murid-murid, khususnya disiplin yang menyebabkan murid-murid tidak
suka datang ke sekolah.Tetapi, untuk mengubah ini sangatlah sukar
kerana ia sudah menjadi habit, budaya, merekapercaya itulah sahaja
caranya yang betul. Kita harus berpegang kepada prinsip bahawa
sekolahboleh melakukan perubahan.
-
Hopkins, D. (2001) penambahbaikan sekolah adalah merupakan satu
strategi perubahan yangbertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan
pelajar, di samping memperkukuhkan kapasitisekolah untuk mengurus
perubahan. Pencapaian pelajar merupakan matlamat
utamapenambahbaikan sekolah.
Konsep penambahbaikan sekolah ini ialah menitikberatkan
peningkatan pencapaian muriddengan memfokuskan kepada proses
pengajaran dan pembelajaran dan keadaan-keadaan(usaha-usaha
memajukan sekolah) yang menyumbang kepada keberkesanan proses
tersebut.Wang et. al. (1990) menyatakan bahawa terdapat keadaan
yang merangsangkan yangmempengaruhi keberkesanan sekolah dan harus
dikekalkan seperti pengajaran yang berkesan,pengurusan bilik darjah
yang cekap, perhubungan guru dan murid yang baik dan
iklimpembelajaran bilik darjah yang kondusif. Di samping itu,
terdapatnya hubungan yang baikantara memajukan bilik darjah dengan
kemajuan sekolah. Fokus kepada penambahbahbaikansekolah ialah
tindakan sengaja bagi penambahbaikan dan bukannya secara kebetulan
dan perludirancang dan ditetapkan matlamat yang hendak dicapai
bukan hanya dengan harapan ia akanmemberi kesan kepada murid tetapi
mesti ditetapkan. Ia bergantung kepada proses danmenekankan kepada
faktor-faktor proses yang terlibat serta menegaskan hubungan
antaraproses dengan hasil.
Roland S.Barth (1990) dalam bukunya Improving school from within
menjelaskan bahawapenambahbaikan sekolah adalah satu usaha bagi
menentu dan menyediakan atau mewujudkankeadaan-keadaan dari luar
sekolah dan juga dalam sekolah, di mana guru, staf dan murid
yangberada di sekolah boleh meningkat dan mengekalkan pengajaran
dan pembelajaran dalam
-
kalangan mereka.
Peranan untuk memajukan sekolah bukan sahaja di dalam sekolah
tetapi juga di luar sekolahseperti memberi sokongan, memberi
approval. Ini sangat penting kerana cara kita berinteraksidengan
mereka di luar sana akan dapat menarik mereka untuk membantu kita
menambahbaiksekolah. Kejayaan Dr Hussein melakukan penambahbaikan
sekolahnya ialah hasil daripadasokongan yang diberi oleh orang luar
memberikan keberanian kepadanya.
Gray, et. al. (1999) menggunakan konsep bahawa an improving
school bukanlahpenambahbaikan sekolah. Sebaliknya, An improving
school is one which secures year-on-yearimprovements in the
outcomes of successive cohorts of similar pupils (increases
effectivenessover time) .
Van Velzen, et al., (1985:48) pula menyatakan bahawa school
improvement is a systematicsustained effort aimed at change in
learning conditions and other related internal conditions inone or
more schools, with the ultimate aim of accomplishing educational
goals more effectively .Pendekatan ini adalah daripada pihak makro.
Usaha daripada beberapa buah negara di negarabarat yang telah
melakukan penambahbaikan sekolah adalah berdasarkan dapatan
literaturesekolah berkesan iaitu dalam Gelombang ke-2. Disinilah
bermulanya dokumen tentang actualdocumentation school improvement
yang direkodkan dan didokumentasikan.
-
Perkembangan Penambahbaikan Sekolah
Perkembangan penambahbaikan sekolah di Malaysia bermula pada era
1980an sehingga 1990andinamakan sebagai Gelombang Ke-2. Dalam tahun
1980an sehingga kini, berlakuperkembangan dalam konsep Sekolah
berkesan dan Penambahbaikan Sekolah dan dinamakansebagai Gelombang
Ke-3. Menurut Rutter et. al. (1979) keberkesanan sekolah adalah
disebabkanoleh faktor ethos iaitu pelbagai faktor seperti penekanan
kepada akademik, ganjaran daninsentif serta general learning
conditions.
Pendekatan Penambahbaikan Sekolah
Terdapat dua pendekatan penambahbaikan sekolah iaitu :
i. Model Tradisional - dikenali sebagai Pengurusan Inovasi yang
datang dari luar sekolah misalnya arahan yang dating dari pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia, JabatanPelajaran, Pejabat Pelajaran
Daerah dan lain-lain. Pendekatan sebegini adalah kurang
berjyakerana guru-guru tidak berhak untuk berbincang tentang
isu-isu tersebut. Contohnya :Pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di
sekolah.
ii. Self-Directed Improvement Process Andaian-anadaian dalam
model ini ialah :
(i) penglibatan sukarela staf
-
(ii) pengetua memainkan peranan penting
(iii) kaedah review sesuai dengan penilain kendiri dan
penambahbaikan diri sekolah
(iv) review outcomes proses menjalankan review tidak boleh
mengganggu keberkesanan yang ada.
Hargreaves dan Hopkins, (1994) menegaskan bahawa kajian mengenai
penambahbaikansekolah ini mencakupi pencapaian matlamat jangka
panjang ke arah visi dalam menyelesaikanmasalah atau thinking
school.
Terdapat pelbagai konsep mengenai penambahbaikan sekolah
bergantung kepada penulis.Hargreaves & Hopkins (1994)
mendefinisikannya sebagai about developing strategies
foreducational change that strengthen the schools organization, as
well as implementingcurriculum reforms.
Alma Harris (2002) pula menyatakan penambahbaikan sekolah itu
adalah merupakan usahayang berkaitan untuk menjadikan sekolah
sebagai tempat yang lebih baik (dari keadaan yangsedia ada) untuk
murid-murid dan untuk mereka belajar. Penambahbaikan sekolah
padaasasnya adalah pembangunan komuniti sekolah dan establishing
perhubungan-perhubunganpositif di dalam sekolah. Beliau lebih
menumpukan perhatian kepada perubahan terhadapamalan-amalan yang
terdapat di sekolah dan di dalam bilik darjah.
Hopkins, D. (2001) penambahbaikan sekolah adalah merupakan satu
strategi perubahan yangbertujuan untuk meningkatkan pencapaian
pelajar, di samping memperkukuhkan kapasitisekolah untuk mengurus
perubahan. Konsep penambahbaikan sekolah ini menitikberatkankepada
:
i. peningkatan pencapaian murid dengan memfokuskan kepada proses
pengajaran
-
dan pembelajaran serta keadaan-keadaan (usaha-usaha memajukan
sekolah) yangmenyumbang kepada keberkesanan proses tersebut.
ii. adanya hubungan antara memajukan bilik darjah dengan
school-wideimprovement.
iii. fokus kepada tindakan sengaja bagi penambahbaikan
iv. pentingkan kepada faktor-faktor proses
v. Menegaskan hubungan antara proses dengan outcomes (merapatkan
hubunganantara penambahbaikan dengan keberkesanan sekolah)
Menurut Roland S. Barth (1990) penambahbaikan sekolah adalah
satu usaha bagi menentukandan menyediakan atau mewujudkan
keadaan-keadaan dari luar sekolah dan juga dalam sekolah,di mana
guru, staf dan murid yang berada di sekolah boleh meningkat dan
mengekalkanpengajaran dan pembelajaran di kalangan mereka.
Hopkins (1996) menyatakan penambahbaikan sekolah sebagai general
efforts to make schoolbetter places for students and [for] students
to learn .Ini bererti penambahbaikan sekolahmencakupi perubahan
budaya sekolah (kualiti interpersonal dan the nature dan
kualitipengalaman-pengalaman pembelajaran murid. Pembentukan
komuniti pelajar adalah sebagaisatu pendekatan penambahbaikan
sekolah.
Di sebalik pelbagai interpretasi tentang penambahbaikan sekolah,
kata kunci yang dikaitkandengan definisi penambahbaikan sekolah
ialah perubahan. Ia adalah perubahan yang dirancangbagi menyediakan
pendidikan berkualiti kepada pelajar. Ia adalah komitmen sekolah
untukberubah dan mengekalkannya. Tanggungjawab bagi menggalakkan
perubahan yang berterusandan menguruskannya dengan baik bergantung
kepada pengetua sesebuah sekolah itu. Matlamatutama perancangan
penambahbaikan sekolah ialah untuk meningkatkan kemajuan,
pencapaiandan perkembangan pelajar.
-
Idea Perubahan Dalam Kontek Penambahbaikan Sekolah
Persoalan penting yang perlu difikirkan - adakah perubahan
membawa kepada penambahbaikansekolah? Perubahan dalam
penambahbaikan sekolah merupakan sebarang pindaan dalamkeadaan
pembelajaran atau keadaan dalaman sesebuah sekolah. Menurut Hopkins
(1987),keadaan pembelajaran merujuk kepada aktiviti-aktiviti
sekolah yang dilakukan oleh guru kearah mencapai matlamat sekolah.
Keadaan dalaman pula merujuk kepada sebarang aspekberkaitan sekolah
mengenai keadaan pembelajaran pelajar. Maka, sekolah yang
bertambahbaik, melakukan sesuatu perubahan bukanlah sekadar
menggunakan amalan-amalan barutetapi melaksanakan amalan tersebut
dengan terancang dan diurus dengan baik.
Terdapat dua perbezaan bentuk perubahan. Ia sangat penting
membezakan antara perubahansecara beransur-ansur dan perubahan yang
dirancang. Ia bukan sesuatu yang berlaku dalamtempoh yang singkat,
sebaliknya merupakan satu proses yang mengambil masa danmemerlukan
komitmen dan keazaman. Andaian yang dapat difahami ialah
incremental changemerupakan satu transisi atau peralihan dari satu
keadaan kepada keadaan yang lain. Manakalaperubahan yang terancang
ialah perkembangan semulajadi tentang sesuatu perkara,
berubahmembentuk sesuatu keadaan baru. Perubahan itu boleh berlaku
secara luaran atau pundalaman. Perubahan dalaman sama ada di
peringkat individu mahu pun peringkat sistem dilihatsebagai sesuatu
yang semulajadi atau organik. Perubahan luaran adalah agak sukar
untukditerima pakai. Pengetua perlu menghabiskan masa bersama
guru-guru bagi menjelaskanpanduan ke arah penambahbaikan dan
memberi sokongan berterusan.
Berdasarkan teori, konsep perubahan itu merupakan sesuatu
perkara yang kompleks. Kajianliteratur penambahbaikan sekolah
menekankan bahawa pengetua sentiasa tercabar untukmelakukan
perubahan. Pengetua perlu memahami penambahbaikan sekolah yang
berkesanbergantung kepada pemahaman tentang masalah perubahan di
peringkat amalan dan tahumenggunakan strategi bagi membentuk
reformasi sekolah ke arah kebaikan.
-
Joyce (1991) menggunakan perbandingan perubahan sebagai
pintu-pintu bagi menerangkanpelbagai pendekatan ke arah perubahan.
Sebahagian dari pintu tersebut boleh dibuka dari luardan dalam.
Contoh pendekatan perubahan dalaman adalah seperti menggalakkan
guru menilaiatau membuat refleksi pengajaran mereka sendiri.
Perubahan yang dialami guru danpeningkatan pencapaian pelajar akan
secara tidak langsung menyumbang kepadapenambahbaikan sekolah.
Perubahan mestilah memberi makna kepada guru itu sendiri.Manakala
pendekatan perubahan luaran adalah melalui pemantauan pihak
pentadbir yangmemberi penekanan terhadap penambahbaikan secara
keseluruhan. Fokus terhadap pengajarandan pembelajaran haruslah
menjadi nadi utama penambahbaikan sekolah tanpa mengira samaada
menggunakan pendekatan luaran atau pun dalaman.
Menurut Wang et al., (1990) kerangka konseptual faktor-faktor
yang mempengaruhipembelajaran terbahagi kepada enam kategori iaitu
pertama pembolehubah negeri dan daerahberkaitan dengan polisi
pentadbiran di peringkat negeri dan daerah. Kedua, pembolehubah
luarsekolah yang berkaitan dengan rumah dan komuniti yang mempunyai
hubungan dengansekolah. Hubungan baik dengan
pembolehubah-pembolehubah ini akan menyumbang kepadapenambahbaikan
sekolah. Ketiga, pembolehubah peringkat sekolah merangkumi latar
belakangsekolah, budaya dan iklim sekolah serta polisi dan
amalan-amalan di sekolah. Keempat,pembolehubah pelajar berkaitan
diri pelajar termasuk latar belakang keluarga, latar
belakangpendidikan dan personaliti pelajar. Kelima, pembolehubah
reka bentuk program yang berkaitandengan pengajaran dan kaedah
penyampaian pengajaran. Keenam, pembolehubah pelaksanaan,pengajaran
di bilik darjah dan iklim sekolah yang berkaitan dengan pelaksanaan
kurikulum danprogram pengajaran.
Dapatan dari tinjauan literatur tersebut merumuskan bahaw
terdapat enam faktor penting yangmempengaruhi pembelajaran iaitu
metakognitif, pengurusan bilik darjah, bilangan
pengajaran,interaksi sosial guru dan pelajar, iklim bilik darjah
dan pengaruh rakan sebaya.
Penambahbaikan sekolah merangkumi pelbagai fungsi dan tahap.
Terdapat lima fungsi iaituFungsi Teknikal atau Ekonomi, Fungsi
Kemanusiaan atau Sosial, Fungsi Politik, FungsiKebudayaan dan
Fungsi Pendidikan yang setiap terlibat untuk pelbagai tahap
merangkumitahap individu (pelajar dan guru), sekolah, komuniti,
masyarakat dan antarabangsa (Cheng,
-
1991). Setiap komponen mempunyai peranan dan memberi kesan
terhadap penambahbaikansekolah.
Fasa Perubahan Penambahbaikan Sekolah
Terdapat tiga fasa yang menjadi instrumen perubahan sekolah ke
arah penambahbaikansekolah iaitu fasa perancangan (permulaan), fasa
pelaksanaan dan fasa pembudayaan. Di dalamfasa perancangan, ia
bermula dari keputusan untuk melakukan perubahan yang
bergantungkepada keperluan, praktikaliti, kejelasan dan
kekompleksitian perubahan itu. Kesediaan guruuntuk melakukan
perubahan pada fasa ini sangat penting untuk mengelakan
penentangandaripada guru. Hopkins (1994) menyatakan ada beberapa
faktor yang mempengaruhi sama adaperubahan boleh bermula. Ia
termasuk wujudnya akses kepada inovasi yang ingin
dijalankan,tekanan dari luar dan dalam sekolah, kemudahan mendapat
sumber, sokongan pengurusan dankualiti organisasi itu sendiri.
Penyertaan secara langsung dari pengetua menggambarkanbahawa
perubahan itu perlu diberi perhatian serius oleh para guru.
Fasa kedua ialah pelaksanaan perubaan. Ia melibatkan kemahiran,
pemahaman dantanggungjawab pihak yang terlibat. Sebagai contoh,
pengetua mungkin perlu meyediakanlatihan sewajarnya kepada para
guru berhubung dengan perubahan yang dikehendaki. Perkarautama yang
perlu ditekan pada fasa ini ialah melaksanakan pelan tindakan yang
telah dirancang,membina dan mengekalkan komitmen guru, memeriksa
perkembangan dan mengatasi sebarangmasalah yang timbul. Miles
(1986) mengenal berkualiti seperti yang dikehendaki oleh
syarikat-syarikat luar yang membuat pelaburan.
Perbelanjaan pendidikan di Malaysia terus meningkat setiap tahun
sejak merdeka. Kerajaanmembelanjakan 8% hingga 30% dari jumlah
keseluruhan perbelanjaan negara untukpendidikan. Aliran
perbelanjaan pendidikan terus meningkat dan tidak dikurangkan
walaupunnegara mengalami kemerosotan ekonomi pada tahun 1998.
Pendidikan berperanan untukmengimbangi sosio-ekonomi antara kaum,
membekalkan guna tenaga profesional dan separuh
-
profesional serta melahirkan warganegara yang bertanggungjawab
dan bermoral tinggi. Diperingkat sekolah, banyak program telah
dijalankan bagi penambahbaikan sekolah antaranyaadalah PPSMI bagi
melahirkan pelajar berkualiti tingi. Pendidikan dapat memberikan
faedahlangsung kepada individu dan masyarakat, meningkatkan
produktiviti dan pertumbuhanekonomi, membasmi buta huruf,
meningkatkan pendapatan pekerja dan pengetahuan rakyat.
Pasti beberapa faktor yang menyumbang kepada kejayaan
pelaksanaan perubahan sepertimasing-masing mempunyai tanggungjawab
yang jelas ke arah perubahan, kawalan bersamaterhadap pelaksanaan,
gabungan tekanan dan sokongan, mengekalkan perkembangan staf
danpengiktirafan terhadap kerja guru.
Fasa ketiga ialah pembudayaan atau menginstitusikan perubahan
yang dipilih. Ia menjelaskansama ada perubahan berlaku secara
berterusan atau sebalikna. Perubahan akan dilihat bukanlagi sebagai
sesuatu yang baru tetapi telah menjadi sebahagian dari sekolah.
Namun perkara inibukan berlaku secara automatik. Bagi memastikan
pembudayaan berlaku, harus ada penekananbahawa perubahan berlaku
mengikut struktur sekolah, mengelakan persaingan ataupertentangan
amalan dan seterusnya menggalakan cara baru melakukan sesuatu
kerja. Ini akanmemastikan perubahan menjadi sesuatu yang kekal dan
diterima oleh semua warga sekolah. Didalam semua keadaan, pengetua
dilihat sebagai agen perubahan, komited terhadap perubahandan
memainkan peranan aktif di ketiga-tiga fasa, maka perubahan ke arah
penambahbaikansekolah boleh direalisasikan.
Dari aspek yang lain, perkara terpenting untuk menarik pelaburan
asing bukanlah keranasesebuah negara itu mempunyai golongan elit
atau rakyat terpelajar. Faktor yang utama ialahgolongan pekerja
khususnya yang mempunyai tahap literasi yang tinggi, budaya kerja
yangpositif dan potensi mendapatkan pengetahuan bagi membentuk
kemahiran-kemahiran baru.Pengaruh ketiga-tiga elemen ini sangat
ketara kerana pekerja yang berupaya menerapkanbudaya ilmu dan mahir
dalam bidangnya adalah mereka yang akan menghasilkan produk.