-
Koleksi Majalah-Majalah -Satu Panduan Kepada Perkhidmatan dan
Sumbernya
olehNoriyah Nor Abdul Rahim*
Abstract When the library system becomes large in size and
collections, readers may finddifficult to explore the resources. As
the researchers need to know more current infor-mation and new
development in their fields, so an access to serials resources are
impor-tant. Thus guides to these collections will facilitate
readers in their searches.
Sistem Perpustakaan Universiti Malaya telah men-jadi begitu
kompleks dengan koleksinya yang ber-tambah hingga mungkin setengah
pembaca rnerasa-kan mencari bahan-bahan yang dikehendaki adalahagak
sukar. Tiap-tiap bahagian dengan rnasalah-masalah masing-masing
cuba sedaya upaya member i-kan perkhidmatan yang sebaik-baiknya.
Sebagaimanabahagian-bahagian lain, Bahagian Majalah juga
tidakketinggalan turut memikul tanggungjawab yang beratini untuk
memenuhi kehendak pengguna dalam bi-dang yang ditentukan.
Bahagian Majalah yang mengendalikan kerja-kerjamernperoleh,
memproses dan memberi perkhidma-tan rujukan kepada pembaca untuk
bahan-bahanterbitan bersiri. Dalam konteks ini, terbitan
bersirimerangkumi bahan-bahan seperti majalah, siri rno-nograf,
suratkhabar dan laporan tahunan. Bahan-bahan ini lebih dikenali
sebagai majalah sahaja. Ma-jalah-majalah merupakan sumber penting
yang dapatmemberi maklumat dan perkembangan terbaru da-lam sesuatu
bidang kepada penyelidik-penyelidikdan maklumatnya lebih kini
dibandingkan denganmaklumat yang ditulis di dalam sesebuah buku.
Halini berlaku kerana majalah-majalah diterbitkan lebih
* Pegawai Perpustakaan, Bahagian Majalah.
kerap misalnya mingguan, bulanan, sukutahunan,dwibulanan atau
lain-lain kekerapan.
Sehingga kini Perpustakaan mempunyai 11,064tajuk majalah, di
antaranya 6,924 adalah tajuk-tajukkini yang diterima daripada
langganan, hadiah ataudi bawah Akta Pemeliharaan Buku 1966. Oalam
ta-hun 1983, sebanyak $1.2 juta diperuntukan untukpembelian
bahan-bahan berbentuk majalah.
Katalog Majalah-MajalahUntu k mengetahu i samada sesuatu bahan
berbentukmajalah itu terdapat di dalam koleksi
perpustakaan,pembaca-pembaca adalah dinasihat untuk merujukkepada
beberapa katalog yang disediakan di dewankatalog atau Bilik Majalah
Kini/Bilik Kerja Majalah.
Di dewan katalog, maklumat tentang majalah di-dapati dalam
katalog kad atau katalog COM (iaitubagi bahan-bahan yang di proses
selepas tahun 1982).Di samping itu senarai komputer
majalah-majalahmengikut tajuk-tajuk dan perkara-perkara juga
dise-diakan.
Oalam Bilik Majalah Kini, senarai komputer rna-jalah-majalah
rnengikut tajuk dan perkara juga dise-diakan bagi kemudahan
pernbaca-pernbaca. Tetapibagi maklumat yang lebih lengkap tentang
keluaran-keluaran yang diterima dan rekod penjilidan, boleh
14
-
didapati dalam bilik kerja Bahagian Majalah iaitudalam bentuk
'Visible Index'. Di samping itu SenaraiIndu k Majalah-Majalah
Perpustakaan-perpustakaandi Malaysia yang terlibat dalam Projek
PERPUNET Ijuga ada disediakan.
Bilik Majalah KlniPerkhidmatan majalah-majalah diberikan terus
ke-pada pembaca melalui Bilik Majalah Kini. Kekinianbahan-bah an
yang disimpan di Bilik ini agak relatifdan ianya bergantung kepada
beberapa keadaan. Pa-da asasnya majalah kini adalah dimaksudkan
kepadamajalah-majalah yang belurn lagi berjilid, yang ke-kerapannya
mingguan, bulanan, triwulan, dwibulan-an. Pinjaman majalah kini
hanya dibenarkan kepadatenaga pengajar Universiti Malaya sahaja.
Tetapi ka-tegori pembaca-pembaca lain boleh meminta kebe-naran bagi
membuat fotokopi menggunakan kemu-dahan perkhidmatan yang
disediakan di dalam per-pustakaan. Bagi majalah yang kekerapannya
ta-hunan (terrnasuk laporan tahunan perbadanan/Iaba-tan Kerajaan)
dan monograf bersiri akan disimpan dirak buku terbuka apabila
kerja-kerja memprosesnyasiap dilakukan. Di samping itu setengah
majalah-majalah kini yang penting disimpan di rak terhad Bi-lik
Majalah Kini, senarai majalah-majalah itu ada di-pamerkan untuk
maklumat pembaca.
Bahagian Koleksi Kebangsaan juga turut memberiperkhidmatan dan
menyimpan majalah-majalahyang berkaitan dengan bahasa,
kesusasteraan dan ke-budayaan Melayu.
Bahagian Perkhidmatan Pembaca pula menyim-pan kalendar-kalendar
universiti tempatan/luar ne-geri yang diperolehi serta
majalah-majalah berjilidyang berkaitan dengan perkhidmatan indeks
danabstrak.
Koleksi Laporan Tahunan SyarikatSebagai usaha memberi pelbagai
maklumat kepadapembaca-pembaca, laporan-Iaporan syarikat
awam(public companies) juga diperolehi. Sehingga kini se-banyak
lebih kurang 370 syarikat telah diperolehilaporannya, yang mana
kebanyakan adalah didaftar-kan di Malaysia atau sebilangannya
beribu pejabat diluar tetapi mempunyai kepentingan perniagaan
dinegara ini. Syarikat-syarikat ini digolongkan kepadabeberapa
kumpulan berdasarkan aktiviti perniagaanmereka iaitu: kewangan,
hotel, perusahaan, harta-benda, kelapa sawit, bijih timah, getah
dan lain-lain.Pembaca dibenarkan menggunakan
laporan-Iaporantersebut untuk pembacaan dalam Bilik Majalah
Kinisahaja.
Koleksi SuratkhabarPerpustakaan memperolehi semua suratkhabar
da-lam bahasa-bahasa: Malaysia, Inggeris, Tamil, Cinayang
diterbitkan di Malaysia, samada melalui pern-belian atau diterima
di bawah Akta PemeliharaanBuku 1966. Keluaran-keluaran harian
disimpan da-lam Bilik Majalah Kini untuk kegunaan pernbaca-pembaca.
Manakala keluaran-keluaran kebelakanganpula disimpan di dalam bilik
kerja Bahagian Majalahselama 1-2 bulan dan selepas itu ianya
disimpan da-lam satu bilik khas. Permintaan untuk
membacanyahendaklah dibuat kepada kakitangan yang bertugasdi meja
perkhidmatan Bilik Majalah Kini atau kaki-tangan lain di bilik
kerja Bahagian Majalah. Manaka-la suratkhabar yang kekerapannya
adalah mingguandan suratkhabar harian asing seperti: Bangkok
Post,The Times/Sunday Times (London), Financial Timesdan Asian Wall
Street Journal disimpan dalam bilikkerja Bahagian Majalah.
Di samping itu kami juga berusaha memikrofilematau mernperolehi
mikrofilem suratkhabar tertentudari masa ke masa. Apabila sal inan
mikrofilem di-perolehi, salinan asalnya akan dimusnahkan.
Denganusaha ini diharap, dapat menjimatkan masalah keku-rangan
tempat menyimpan. Pembaca harus berhu-bung dengan Bahagian
Sirkulasi Perpustakaan untukmembaca bahan-bahan yang disimpan dalam
bentukmikrofilem ini.
Sehingga kini di antara suratkhabar yang disim-pan dalam bentuk
mikrofilem ialah:-1) Bangkok Post, 1977 - 1981.
2) Malay Mail, dari mula hingga 1965.
3) Straits Times/New Straits Times (MF 668),1958 hingga Dec.
1982. Suratkhabar ini dirni-krofilem dari masa ke semasa.
4) Utusan Malaysia termasuk Mingguan Malaysia(M F 886), Sept.
1967-Dec. 1980.
5) Utusan Melayu termasuk Utusan Zaman (MF665), 1958 - Dec.
1982. Suratkhabar ini di-mikrofilem dari masa ke semasa.
6) Tamil Murasu, May 1936 - Dec. 1961.
7) Time Educational Supplement, 1958 - 1978,Nov/Dec. 1979 -
1981.
8) Times Higher Edu cation Supplement, Oct/Dec. 1971 -1978,
Nov/Dec. 1979 -1981.
9) Times Literary Su pplement, 1958 - 1978,Nov/Dec. 1979, 1980
-1981.
Majalah-Majalah di Koleksi Tanda MerahBeberapa majalah-majalah
penting yang dijilid dantidak dijilid juga disimpan di Koleksi
Tanda Merah.
15
-
Langkah in i terpaksa di laku kan kerana banyaknyakejadian
mengoyakkan mukasurat majalah-majalahberkenaan dan naskah
penggantian adalah sukar di-dapati serta harganya agak mahal. Di an
tara majalah-majalah im dan nombor panggilannya adalah:-
*1) Australian Geographer (G 1 AG).
*2) Australian Georaphical studies (G51 AG5).
3) Dewan Bahasa (PL5061 DB).
4) Dewan Budaya (D5594 DB).
5) Dewan Masyarakat (D5591 DM).
6) Dewan Sastera (PL5061 DS).
7) Dewan Siswa (LH7 M2DS).
8) Far Eastern Economic Review (HC411 FEER).
9) Far Eastern Economic Review. Asia Yearbook(HC411 FEERY).
10) Federation of Museum Journal (DS591 FMJ).(Menyambung:
Journal of the Federated Ma-lay States Museum).
*11) Journal of Asian Studies (DS1 JAS).
12) Malaysian Journal of Tropical Geography(G38 JTG)
(Menyambung: Journal of Tropi-cal Geography)
*13) Kajian Ekonomi Malaysia (HC497 M2KEM).
*14) Malaysian Management Review (HD28 MMR).
(* Semua keluaran disimpan di Koleksi TandaMerah).
Kesimpu/anPenulisan ini tidaklah komprehensif dan hanya
ber-tujuan memberikan panduan ringkas bagi kemuda-han pembaca.
Pembaca-pembaca yang menghadapimasalah mencari bahan-bahan dalam
bentuk majalahdinasihatkan berjumpa dengan salah seorang pegawaidi
Bahagian Majalah untuk mendapatkan bantuan.
16