Program ini menjuruskan pelajar kepada kefahaman tentang teori pembangunan dan aplikasi bagi sistem perisian. Ini termasuk kemahiran dalam penyelesaian masalah, rekabentuk sistem perisian, pengujian perisian dan penyenggaraan sistem. Selaras dengan perkembangan revolusi industri 4.0, bidang sains komputer dan teknologi maklumat merupakan teknologi penggerak pembangunan sosial yang mampu mewujudkan masyarakat bermaklumat. Kedua-dua bidang ini sangat penting untuk persaingan industri. Oleh itu, bersesuaian dengan seruan kerajaan, tenaga mahir dalam jurusan kejuruteraan perisian adalah sangat diperlukan. PROSPEK KERJAYA KEUNIKAN & KEISTIMEWAAN SYARAT KHAS PROGRAM • Pegawai Teknologi Maklumat • Jurutera Perisian • Juruanalisa Sistem • Pentadbir Pangkalan Data • Pentadbir Sistem • Pembangun Sistem Perisian • Juru Perunding IT • Penguji Perisian • Jurureka Web • Pelatih IT • Pengaturcara dan Penganalisa Aturcara • Pensyarah IT • Pentadbir Rangkaian • Jurutera Rangkaian 1. Lepasan STPM: Mendapat sekurang- kurangnya Gred C(2.0) dalam mana- mana SATU (1) mata pelajaran berikut: Matematik T/ Matematik (T)/ Matematik Lanjutan T/ Matematik Lanjutan/ Matematik / Kejuruteraan Matematik ATAU gred C dalam matematik tambahan peringkat SPM 2. Lepasan Matrikulasi/Asasi: Mendapat sekurang-kurangnya kepujian Gred C(2.0) dalam mata pelajaran matematik atau gred C dalam matematik tambahan peringkat SPM 3. Lepasan Diploma: Mendapat PNGK 2.00 dalam bidang yang berkaitan. 4. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET) Tempoh Pengajian 3.5 Tahun (7 Semester) SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER (KEJURUTERAAN PERISIAN) dengan kepujian 1. Peluang pekerjaan yang luas dalam bidang kejuruteraan perisian 2. Tenaga pengajar yang berpengalaman 3. Kemudahan pembelajaran dan makmal terkini 4. Pengajaran teori dan praktikal yang seimbang SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER (KEJURUTERAAN PERISIAN) dengan kepujian 3.5 TAHUN (7 Semester)