Top Banner
1 SARI PUSTAKA BIL. 2/2004
32

sari pustaka - 2.2004 file - myrepositori.pnm.gov.my · Kebangsaan 2004; Membaca Santapan Minda Sekeluarga membuktikan usaha berterusan Perpustakaan Negara Malaysia menggalakkan rakyat

Oct 19, 2020

Download

Documents

dariahiddleston
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: sari pustaka - 2.2004 file - myrepositori.pnm.gov.my · Kebangsaan 2004; Membaca Santapan Minda Sekeluarga membuktikan usaha berterusan Perpustakaan Negara Malaysia menggalakkan rakyat

1

SARI PUSTAKA BIL. 2/2004

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 2: sari pustaka - 2.2004 file - myrepositori.pnm.gov.my · Kebangsaan 2004; Membaca Santapan Minda Sekeluarga membuktikan usaha berterusan Perpustakaan Negara Malaysia menggalakkan rakyat

Dari Meja Ketua Editor

Salam Sejahtera dan selamat bertemu kembali dikeluaran Sari Pustaka Bil.2/2004.

Membina suatu bangsa yang membudayakan pembacaandan mampu bersaing di dunia yang semakin kompetitifbukanlah suatu tugasan yang mudah. Justeru, KementerianPelajaran Malaysia sedang berusaha mencari kaedah baruuntuk meningkatkan lagi minat membaca di kalanganrakyat. Selain itu, kementerian akan memperhebat danmemberi nafas baru kepada gerakan membaca sertakempen yang sedia ada. Pada masa yang sama Kabinettelah mengarahkan kempen membaca digerakkan olehbeberapa kementerian secara bersepadu iaitu KementerianPerumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengadakanruang bacaan di dewan orang ramai di seluruh negara.Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal EhwalPengguna akan membantu mengurangkan kos bukuimport. Sementara Kementerian Kesenian, Kebudayaandan Warisan akan melihat dari aspek pembudayaan minatmembaca dan Kementerian Penerangan pula akanmembantu gerakan kempen melalui siaran media radiodan televisyen.

Sementara itu, Perpustakaan Negara Malaysia akanmeningkatkan lagi kempen dan gerakan galakan danmembudayakan pembacaan. Pesta Buku AntarabangsaKuala Lumpur dan Bulan Membaca Kebangsaanmerupakan aktiviti tahunan yang membekalkan maklumatkepada pencinta ilmu. Slogan Bulan MembacaKebangsaan 2004; Membaca Santapan Minda Sekeluargamembuktikan usaha berterusan Perpustakaan NegaraMalaysia menggalakkan rakyat Malaysia membudayakanpembacaan. Kempen membaca ini memberi tumpuankepada peranan penting ahli keluarga dan ibu bapamenanamkan minat membaca dikalangan anak-anakseawal mungkin. Membaca sebagai aktiviti hariankeluarga bukan sahaja dapat mendekat dan mengukuhkanhubungan malah menjadi asas kepada pembentukansebuah masyarakat yang berbudaya membaca dancintakan ilmu.

Sidang Redaksi Sari Pustaka ingin merakamkan terimakasih kepada semua pengulas buku. Diharapkansumbangan yang berterusan dapat diberikan. Bersamalahkita berusaha mencapai matlamat membina suatu bangsayang dapat membudayakan pembacaan.

Carole Ann Goon

Sidang Redaksi Sari Pustaka

PenasihatY.Bhg. Dato’ Zawiyah Binti Baba

Ketua EditorPuan Carole Ann Goon

EditorCik Nafisah Binti Ahmad

Encik Shafikullah Bin Hj. Mohd ShafiePuan Samsul Khamariah Binti Hamzah

Penyelaras (Percetakan)Puan Musalmah Binti A.Muiz

Penyelaras (Kandungan)Puan Rozlinda Binti Samsuri

Pembantu EditorPuan Ruhana Binti Hussin

Cik Aidatul Hasnida Binti Abd. RaniEncik Abdul Jalil Bin Awang

Cik Rosimah Binti SoadPuan Mazleen Binti Osman

Edaran dibuat oleh Bahagian Penerbitan,Perpustakaan Negara Malaysia, Tingkat 18,Menara TH Selborn, Jalan Tun Razak, KualaLumpur.

Karya yang disiarkan tidak semestinyamencerminkan pendapat dan sikap

SARI PUSTAKA

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 3: sari pustaka - 2.2004 file - myrepositori.pnm.gov.my · Kebangsaan 2004; Membaca Santapan Minda Sekeluarga membuktikan usaha berterusan Perpustakaan Negara Malaysia menggalakkan rakyat

KANDUNGAN

ULASAN BUKU Muka Surat

Bediuzzaman Said Nursi: Sejarah Perjuangan dan Pemikiran / Mohamad Zaidin Mat … 3

Kaum-kaum yang Pupus / Yahya, Harun … 4

Kenapa Pak Lah Pilih Najib? / Mohd Zabidi Haji Saidi ... 5

Memahami Isu-isu Pendidikan Islam di Malaysia / Suzalie Mohamad, Ed. … 7

Pak Lah: A Sense of Accountability an Insight into Effective Stewardship / Ismail Noor … 9

Passing the Baton from Dr Mahathir to Abdullah Badawi: A Model for Effective Leadership Succession /

Ismail Noor … 10

Perihal Orang Melayu / Swettenham, Frank … 12

Principles of Public Administration / Jeong, Chun Hai @ Ibrahim … 13

Rahsia Dalam Rahsia Maunah: Kebenaran yang Sebenar = The Naked Truth / Zabidi Mohamed … 14

Wacana Wanita Melayu dan Sastera / Rosnah Baharudin … 15

SINOPSIS BUKU

Abu Jahal Pengkhianat No. 1 Rasulullah SAW / Rahmah dan Aishah, Comp. … 16

Antara Pengganas & Mujahidin Tulen … 16

Bagaimana Menjadi Isteri Solehah dan Ibu yang Berjaya / Ummu Ibrahim Ilham Muhammad Ibrahim … 16

Bakat & Kejayaan di Tempat Kerja / Zaini Hussein … 17

Buah: Khasiat Makanan & Ubatan / Ong Hean Chooi … 17

Cerita-Cerita Motivasi untuk Jiwa / Shukri Ahmad dan Wan Ab. Rahman Khudzri Wan Abdullah … 17

Cerita-cerita Motivasi untuk Kekuatan Diri / Hamedah Wok Awang … 18

Cerita-cerita Motivasi untuk Pelajar / Hamedah Wok Awang … 18

Gagasan Bangsa Malayan yang Bersatu 1945-57 / Mohd Ashraf Ibrahim … 18

Idea-idea Bisnes untuk Usahawan / Mohammad Ashadi Mohd. Zaini … 19

Islam and the Problem of Israel / Al-Faruqi, Ismail Raji … 19

Kimia Organik Awalan / Kamaliah Mahmood … 19

E

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 4: sari pustaka - 2.2004 file - myrepositori.pnm.gov.my · Kebangsaan 2004; Membaca Santapan Minda Sekeluarga membuktikan usaha berterusan Perpustakaan Negara Malaysia menggalakkan rakyat

4

SARI PUSTAKA BIL. 2/2004

Konsep Malu dalam Islam / Muhammad Ahmad Al-Muqaddam … 20

Melaka Pusat Penyebaran Islam di Nusantara / Mohd. Jamil Mukmin, Datuk, 1945- … 20

Memimpin Diri Sendiri / Ahmad Zabidi Abdul Razak … 20

Memperkenalkan Bidang Kejuruteraan: Persepsi & Sumbangan Islam /Ahmad Baharuddin Abdullah … 21

Mengurus Kerja & Waktu: Hanya Orang Sibuk Sahaja Ada Masa /Ahmad Fadzli Yusof … 21

The North Borneo Police Hero / Binson A. Sabiah … 21

Out of the Shadows: Women in Malay Court Narratives / Ruzy Suliza Hashim … 22

Pejuang-pejuang Kemerdekaan … 22

Pekerja Cemerlang / Tan, Bernard A.T. … 22

Pembangunan Organisasi di Malaysia: Projek Pendidikan /Mohamad Najib Abdul Ghafar … 23

Percikan Kesufian: Dialog Ajaran Tasawuf / Achmad Suyuti … 23

Pertumbuhan dan Perkembangan Sastera Melayu di Sarawak /Hamzah Hamdani … 23

Psikologi Ketenangan Hati: Panduan Merawat Jiwayang Selalu Gundah dan Gelisah / Hairunnaja Najmuddin … 24

Sanggahan Salah Tafsir Islam … 24

The Science of Getting Rich / Wattles, Wallace D. … 24

Tafsir Surah Yasin dari Perspektif Sains dan Sejarah / Zawawi Haji Ahmad … 25

Tan Sri Fatimah: Potrait of a Leader / Nik Safiah Binti Haji Abdul Karim,Datuk, 1939 dan Rokiah Talib … 25

Teknologi Dalam Pendidikan Sains dan Matematik / Noraini Idris,Esther Gnanamalar Sarojini Daniel dan Rohaida Mohd Saat … 25

E

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 5: sari pustaka - 2.2004 file - myrepositori.pnm.gov.my · Kebangsaan 2004; Membaca Santapan Minda Sekeluarga membuktikan usaha berterusan Perpustakaan Negara Malaysia menggalakkan rakyat

5

SARI PUSTAKA BIL. 2/2004

MOHAMAD ZAIDIN MATBediuzzaman Said Nursi: Sejarah Perjuangan dan

PemikiranBangi: Jabatan Pangajian Arab danTamadun Islam,

Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003. 124ms.ISBN 983-9368-20-6

Bediuzzaman Said Nursi? Siapakah tokoh ini? Ramai yang tidak mengenalinya. Oleh itu, buku ini dilihat

dapat mengungkapkan Bediuzzaman Said Nursi sebagaiseorang pejuang Islam yang terulung. Buku ini merupakansatu kajian mengenai seorang tokoh Islam di Istanbul,Turki yang mendasari sejarah hidup dan penjuanganNursi. Kupasan yang terkandung dalam buku ini telahdihasilkan oleh Mohamad Zaidin Mat, seorang pensyarahdan Ketua Program Sejarah dan Tamadun Islam di KUSZA.Pengarang menggarap hasil penulisannya ini denganmenarik. Beliau menyentuh tentang suasana yang berlakudalam masyarakat dan negara Turki ketika itu keranafaktor inilah sebenarnya mencorakkan perjuangan Nursi.Nursi sebagaimana gelaran yang diberikan kepadaBediuzzaman, ternyata seorang tokoh mujahid danmujaddid Islam yang unggul di abad ke-14 Hijrah.Bediuzzaman Said Nursi telah muncul sebagai seorangtokoh ulung dalam sejarah Turki di mana beliau sanggupmengorbankan seluruh kehidupannya untuk agama Islamserta mengembalikan semula keyakinan masyarakatterhadap Islam. Kehidupan inilah yang telah membentukdirinya menjadi seorang pejuang yang benar-benarmantap dari pelbagai sudut untuk memikultanggungjawab yang cukup berat iaitu tugasmenyelamatkan manusia dari kegelapan, kekufuran dankemunafikan kepada cahaya keimanan sejati.

Secara umumnya, buku ini dihasilkan bagi mencapaimatlamat berikut, iaitu ke arah mendalami danmemahami realiti sebenar kehidupan serta perjuangan

Nursi. Keduanya, ke arah menyelami situasi sebenaryang dihadapi oleh masyarakat Islam di Turki ketikaitu. Ketiganya, ke arah memperkenalkan BediuzzamanSaid Nursi kepada para pembaca dan akhir sekali, bukuini bermatlamat untuk menjawab segala persoalan-persoalan mengenai ulama, peranan dan tanggungjawabulama, matlamat perjuangan dan cabaran-cabaran yangdihadapi oleh ulama.

Buku ini terbahagi kepada tiga bab di mana setiap babmelatari corak masyarakat yang berlainan. Ini dapatdilihat di dalam bab pertama di mana pengarangmenceritakan perihal kehidupan Bediuzzaman SaidNursi semasa era pemerintahan Sultan Abd al-Hamid.Secara ringkasnya, Nursi sempat melalui erapemerintahan Sultan Abd al-Hamid selama hampir duapuluh satu tahun. Dalam bab ini juga, pengarangmembahagikan kepada dua tajuk utama mengenai Nursiiaitu semasa kehidupan awalnya dan keprihatinannyadalam bidang pendidikan. Pada awal bab ini, pengarangmenerangkan bahawa gelaran Nursi adalah merujukkepada tempat kelahirannya, di mana beliau dilahirkandaripada keluarga petani yang sederhana. Diceritakanjuga mengenai latar pendidikan Nursi yang begituprihatin dalam bidang-bidang keilmuan dan pendidikan.

Dalam bab kedua pula, pengarang cuba membawapembaca tentang Nursi di zaman pergolakan politik.Keadaan ini dapat dilihat di mana selepas pengisytiharanperlembagaan, Nursi menghadapi pemberontakan danpeperangan daripada pihak-pihak yang tidakbersekongkol dengan pendiriannya. Bab ini merupakanpermulaan kepada pendirian dan corak perjuangan Nursisemasa menghadapi kemelut yang melanda Turki ketikaitu. Pembaca akan dibawa menyelami setiap keadaanyang berlaku di Istanbul merangkumi aktiviti-aktivitiyang dijalankan oleh Nursi dalam memperjuangkanpendiriannya tentang agama Islam. Dalam bab ini juga,terdapat perbualan atau dialog di antara Nursi denganorang lain. Sebagai contoh, pembaca boleh melihat satuperbualan menarik di antara Nursi dengan seorangjeneral Rusia semasa melawat khemah tawanan perang.Selain itu, pengarang juga menceritakan mengenaitentangan terhadap fatwa kerajaan dan terhadap gerakannasionalisme Kurdi.

Dalam bab ketiga pula, pengarang memperlihatkan kisahNursi dalam era Republik Turki iaitu selama kira-kiratiga puluh lima tahun. Dalam bab ini juga, pengarangmembantu memudahkan pembaca denganmembahagikan kehidupan Nursi dalam dua corakpemerintahan iaitu yang pertama ketika Nursi di bawahpemerintahan Parti Republikan Rakyat (1923-1949) danpemerintahan Parti Demokratik Turki (1950-1960).Semasa di bawah pemerintahan Parti Republikan Rakyat,pengarang memperihalkan kehidupan Nursi di beberapabuah tempat seperti di Wan, Barla, Iskishihr, Qastamuni,Dinizli, Amirdagh dan Afyun. Manakala di bawahpemerintahan Parti Demokratik pula, pengarang

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 6: sari pustaka - 2.2004 file - myrepositori.pnm.gov.my · Kebangsaan 2004; Membaca Santapan Minda Sekeluarga membuktikan usaha berterusan Perpustakaan Negara Malaysia menggalakkan rakyat

6

SARI PUSTAKA BIL. 2/2004

YAHYA, HARUNKaum-kaum Yang Pupus

Kuala Lumpur: Saba Islamic Media, 2003. 151ms.ISBN 983-9384-27-9

Harun Yahya atau nama sebenarnya Adnan Oktar,seorang ilmuwan dan intelektual terkemuka

berbangsa Turki. Beliau menyanjung tinggi nilai-nilaimurni akhlak dan mengabdikan hidupnya denganberdakwah kepada golongan masyarakat. Nama penanya,Harun Yahya adalah gabungan nama dua orang Nabi iaituNabi Harun a.s dan Nabi Yahya a.s yang giat memerangikekufuran. Hasil karya Harun Yahya secara aslinya ditulisdalam bahasa Turki. Semua teks asli ini berjumlah 180tajuk.

Harun Yahya memulakan jihad intelektualnya pada tahun1979 ketika menuntut di Universiti Mimar Sinan dalambidang kesenian. Sewaktu dalam pengajiannya, beliaubanyak melakukan kajian-kajian terhadap ideologi danfalsafah materialistik yang memberi kesan terhadapmasyarakat sekelilingnya. Hal ini menjadikan beliau dapatmenguasai ilmu-ilmu itu dengan lebih mendalamberbanding penganut dan perintis ideologi dan falsafahtersebut.

Buku Kaum-kaum Yang Pupus mengandungi sembilanbab memfokuskan kepada kisah satu kaum tertentu. Bukuini disertakan dengan gambar foto penemuan arkeologiyang dipercayai tinggalan peradaban kaum-kaum yangdiceritakan.

Melalui buku ini, kita dapat meninjau beberapamasyarakat silam yang telah dimusnahkan keranapenentangan mereka terhadap Allah. Tujuannya adalahuntuk dijadikan ikhtibar oleh umat terkemudian. Antarakisah yang dimuatkan ialah kisah Kaum Nabi Nuh a.s.yang telah tenggelam di bawah air banjir yangmengerikan, Kaum ‘Ad yang telah ditimbus oleh ributpasir yang tiada hentinya, Kaum Nabi Lut a.s. yangmengamalkan liwat dan telah dihapuskan dari muka bumidengan aliran larva serta gempa bumi, askar-askar Fir’aunyang telah hilang di dalam laut dan banyak lagi kerajaan-kerajaan silam yang telah dihapuskan dari muka bumiini oleh Allah kerana kedurhakaan mereka. Buku inimengkaji bagaimana kaum-kaum yang tersebut di dalamal-Qur’an ini dipupuskan. Ia mengemukakan bukti-buktidokumentari penemuan arkeologi dan rekod sejarahkaum-kaum tersebut.

Bab satu menceritakan kisah Banjir Besar Nabi Nuh a.s.telah diutuskan kepada kaumnya sebagai peringatan tetapimereka telah membelakangi seruan ayat-ayat Allah s.w.tdan mempersekutukanNya. Akibatnya mereka telahlemas dalam kejadian banjir besar yang ditimpakan Allahsebagai balasan atas kezaliman dan kemungkaran yangdilakukan.

Kisah Nabi Ibrahim a.s. yang dirujuk di dalam al-Qur’andan dimuliakan oleh Allah S.W.T sebagai contoh teladankepada manusia diceritakan dalam Bab Dua. Sementaraitu, kisah Kaum Nabi Lut a.s. yang mengamalkan liwatserta melampaui batas diceritakan dalam bab tiga. NabiLut a.s. mengajak kaumnya untuk meninggalkanperbuatan tersebut dan juga amaran dari Allah S.W.T,mereka telah menolak serta menafikan kerasulannyasambil meneruskan perbuatan terkutuk tersebut. Akhirnyamasyarakat itu telah dimusnahkan melalui satumalapetaka yang sungguh dahsyat.

Bab empat pula menceritakan mengenai kaum Nabi Hudiaitu ‘Ad dan Uber yang juga digelar “Atlantis PadangPasir”. Nabi Hud a.s. telah diutuskan kepada kaum ‘Aduntuk berdakwah, mengajak kaumnya beriman kepada

memperlihatkan kehidupan Nursi mendapat sokonganpadu daripada masyarakat setempat selepas memenangipilihanraya 1949. Dalam bab ini juga, pembaca akanditerangkan mengenai kematian Nursi dan selepaskematiannya, kerajaan Parti Demokratik Turki telahdigulingkan. Secara umumnya, era terakhir Nursi inibolehlah dianggap sebagai era pertembungan antarapengaruh Islam dan Sekular.

Di akhir buku ini, diselitkan juga bab mengenai KalimahPertama serta bab Iman dan Manusia yang mendokongkepada perjuangan suci Nursi dalam memantapkan imanmasyarakat Islam ketika itu.

Pengulas: Che Hilmy Bin Che MusaPenolong Pegawai,Bahagian Khidmat Nasihat dan Perundingan,Perpustakaan Negara Malaysia

E

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 7: sari pustaka - 2.2004 file - myrepositori.pnm.gov.my · Kebangsaan 2004; Membaca Santapan Minda Sekeluarga membuktikan usaha berterusan Perpustakaan Negara Malaysia menggalakkan rakyat

7

SARI PUSTAKA BIL. 2/2004

Allah S.W.T, tidak menyekutukanNya dan mengikutajaran baginda sebagai seorang rasul. Malangnyakaumnya telah bertindak zalim terhadap seruan Nabi Huda.s. dan menunjukkan perasaan benci. Mereka akhirnyadimusnahkan. Ribut pasir yang dahsyat telahmenghapuskan kaum Nabi Hud a.s. sama sekali, seolah-olah mereka “tidak pernah wujud”.

Kisah kaum Saba’ yang merupakan salah satu daripadaempat peradaban besar Arab dan terkenal dengan aktivitipertanian hasil dari pembinaan Empangan Ma’aribdiceritakan dalam bab tujuh. Empangan Ma’arib ini telahruntuh akibat banjir Arim hingga menyebabkan tanah-tanah yang subur musnah. Seluruh wilayahnya musnahakibat keruntuhan empangan tersebut dan negeri Saba’kehilangan kekuatan ekonomi dalam masa yang sungguhsingkat dan tidak lama kemudian hancur sama sekali. Iniadalah akibat kesombongan kepada Allah yang telahmengurniakan kemakmuran kepada mereka.Al-Qur’an telah menyebut bahawa kisah-kisah para rasul

yang diterangkan di dalam al-Qur’an adalah sebagaipengajaran kepada manusia. Kaum-kaum terdahulu yangtelah dihancurkan sepatutnya menjadi iktibar kepadamereka yang datang selepasnya ke jalan yang benar.Justeru itu, buku ini amat berguna sebagai bahan bacaankepada orang Islam atau bukan Islam kerana iamenerangkan kebenaran agama Allah melalui penemuankontemporari. Bahasa dan cara pengolahan buku ini amatmudah, dan cerita-cerita yang dimuatkan dapatmembuatkan seseorang itu berfikir.

Buku-buku karya Harun Yahya boleh dirujuk melaluilaman web http://www.harunyahya.com/ yang disediakandalam 22 bahasa termasuk Bahasa Melayu.

Pengulas: Nor Hidayah Binti OthmanPenolong Pengarah,Bahagian Maklumat Digital Malaysiana,Perpustakaan Negara Malaysia

E

MOHD ZABIDI HAJI SAIDIKenapa Pak Lah Pilih Najib?

Kuala Lumpur: Mozas Publication, 2004. 157ms.ISBN 983-41629-0-1

B uku “Kenapa Pak Lah Pilih Najib?” merupakan tulisan yang mengupas rombakan kabinet Pak Lah

sesudah beliau mengangkat sumpah sebagai PerdanaMenteri. Buku ini adalah rentetan daripada buku kelimaMohd Zabidi Haji Saidi yang telah banyak menimbulkankontroversi di kalangan pemimpin UMNO NegeriTerengganu berjudul “Antara Najib, Muhammad danMuhyiddin: Pak Lah Pilih Siapa?” tahun 2003. Skop dantema buku ini menghuraikan kenapa Najib menjadi

pilihan Pak Lah dan bukannya Tan Sri Muhammad danTan Sri Muhyiddin untuk memenuhi jawatan sebagaiTimbalan Perdana Menteri.

Sepertimana yang terkandung di dalam buku kelimapengarang yang bertajuk Antara Najib, Muhammad danMuhyiddin: Pak Lah Pilih Siapa? Pak Lah mempunyaidua pilihan untuk melantik Timbalan Perdana Menteri.Pertama, memberi peluang kepada perwakilan UMNOuntuk memilih Timbalan Presiden yang baru. Kedua,melantik Timbalan Perdana Menteri di kalangan tigaorang Naib Presiden UMNO semasa. Walaubagaimanapun, ternyata Pak Lah mengikut pilihan keduadengan memilih Najib sebagai Timbalan PerdanaMenteri yang kesembilan pada tanggal 7 Januari 2004.Najib adalah Timbalan Perdana Menteri kesembilanselepas Tun Abdul Razak (1 September 1957 – 21September 1970), Tun Dr. Ismail (22 September 1970 –2 Ogos 1973), Tun Hussien Onn (13 Ogos 1973 – 14Januari 1976), Tun Dr. Mahathir Mohamad (5 Mac 1976– 15 Julai 1981), Tan Sri Musa Hitam (18 Julai 1981 –16 Mac 1986), Tun Ghafar Baba (10 Mei 1986 – 15Oktober 1993), Datuk Seri Anwar Ibrahim (1 Disember1993 – 2 September 1998) dan Pak Lah (8 Januari 1999– 30 Oktober 2003).

Berikutan daripada keputusan Pak Lah memilih Najib,timbul tanda tanya kenapa Pak Lah melantik Najib?Kenapa tidak Muhammad ataupun Muhyiddin? Apapunyang nyata, kuasa melantik Timbalan Perdana Menteriadalah prerogatif Pak Lah sebagai Perdana Menteri. Yaknibeliau berhak memilih sesiapa sahaja yang terbukti layakuntuk jawatan itu. Pak Lah bebas melantik sesiapa sahajatermasuk bukan Naib Presiden UMNO seperti Datuk SeriSyed Hamid Albar, Datuk Rais Yatim dan Datuk SeriRafidah Aziz seperti yang dispekulasikan oleh akhbartempatan.

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 8: sari pustaka - 2.2004 file - myrepositori.pnm.gov.my · Kebangsaan 2004; Membaca Santapan Minda Sekeluarga membuktikan usaha berterusan Perpustakaan Negara Malaysia menggalakkan rakyat

8

SARI PUSTAKA BIL. 2/2004

Berikutan dengan ini, pemerhati politik telahmerumuskan bahawa secara amnya terdapat 13 faktordominan kenapa Pak Lah pilih Najib dan bukannyaMuhammad atau Muhyiddin.

Faktor Pertama:

Sebanyak dua kali Dr. Mahathir menyebut nama Najibsebagai calon Timbalan Perdana Menteri semasa Pak Lahmenerima jawatan Perdana Menteri daripada Dr.Mahathir. Pak Lah yang terkenal dengan sikap patuhkepada ketua telah melantik Najib sebagai TimbalanPerdana Menteri.

Faktor Kedua:

Sebagai seorang yang warak, Pak Lah mengadu kepadaAllah untuk mendapat petunjuk sebelum membuatkeputusan penting untuk bangsa, agama dan negara. PakLah sudah tentu mendapat petunjuk dari Allah setelahmelakukan Sembahyang Sunat Istikharah.

Faktor Ketiga:

Atas dasar membalas budi ayahanda Najib, Tun AbdulRazak yang telah melantik Pak Lah sebagai SetiausahaMajlis Gerakan Negara (MAGERAN). Untuk membalasjasa Tun Abdul Razak, Pak Lah telah melantik anaknyaNajib sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Faktor Keempat:

Pengaruh Najib jauh lebih kuat jika dibandingkan denganMuhammad dan Muhyiddin. Ramai ketua UMNObahagian adalah bekas Ketua Pemuda bahagian sewaktuNajib menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNOMalaysia (1987 – 1993). Najib tak pernah tewas dalampertandingan Naib Presiden pada tahun 1993, 1996 dan2000. Muhammad bukan saingan utama Najib sebab diabukan Ahli Parlimen. Muhyiddin adalah saingan utamaNajib, tetapi Muhyiddin pernah gagal mempertahankanjawatan Naib Presiden pada tahun 1996.

Faktor Kelima:

Najib lebih senior daripada Muhyiddin. Najib sudah 28tahun jadi Wakil Rakyat manakala Muhyiddin baru 26tahun. Oleh itu Najib lebih terdedah di peringkatantarabangsa berbanding dengan Muhyiddin.

Faktor Keenam:

Kementerian Pendidikan masih lagi menjadi ‘batuloncatan’ kepada sesiapa yang mahu menjadi TimbalanPerdana Menteri. Muhyiddin tak pernah menjadi MenteriPendidikan. Itu satu kekurangan bagi Muhyiddin dan satukelebihan bagi Najib yang pernah suatu ketika dulumenyandang jawatan sebagai Menteri Pendidikan.

Faktor Ketujuh:

Pengalaman yang dilalui oleh Najib hampir sama denganpengalaman yang dilalui oleh Pak Lah. Kedua-duanyapernah ada pengalaman menjadi Menteri Pendidikan danMenteri Pertahanan. Kesimpulannya Pak Lah lebihsenang berurusan dengan Najib.

Faktor Kelapan:

Pengaruh akar umbi Najib lebih kuat daripada pengaruhakar umbi Muhyiddin. Yakni, jika Pak Lah melantikMuhyiddin menjadi Timbalan Perdana Menteri, Pak Lahbimbang Najib akan bergabung dengan Ku Li menentangPak Lah dan Muhyiddin.

Faktor Kesembilan:

Sejarah menunjukkan bahawa jawatan Timbalan PerdanaMenteri kebiasaannya didominasi oleh anak orangkenamaan (kecuali Dr. Mahathir, Musa dan Ghafar anakorang biasa). Najib adalah anak bekas Perdana Menteriyang kedua (1970 – 1976), jadi beliau mempunyaikelebihan dari aspek itu.

Faktor Kesepuluh:

Muhyiddin adalah bekas orang kuat Anwar Ibrahim. Olehyang demikian adalah bahaya untuk melantik Muhyiddin.

Faktor Kesebelas:

Rekod politik Najib menunjukkan beliau tidak pernahmencabar dan dicabar oleh sesiapa. Berlainan denganMuhyiddin yang pernah ada rekod melawan ketua.

Faktor Kedua Belas:

Pak Lah adalah Datuk Seri, Najib juga Datuk Seri akantetapi Muhyiddin adalah Tan Sri. Adalah amat janggalbagi seorang ketua memanggil timbalannya denganpanggilan yang lebih tinggi daripadanya. Jadi Najibadalah pilihan yang sesuai kerana setaraf, keduanya sama-sama Datuk Seri.

Faktor Ketiga Belas:

Pak Lah dan Najib memiliki hobi yang sama, iaitubermain golf. Melalui permainan ini banyak perkara yangboleh diselesaikan. Sambil bermain, sambil berbincang.

Buku Kenapa Pak Lah Pilih Najib? setebal 187 mukasurat ini mengandungi 10 bab kesemuanya. Pokokperkara yang diutarakan di dalam buku ini adalahberkaitan dengan rasional mengapa Pak Lah pilih Najibsebagai Timbalan Perdana Menteri. Pendek kata hampirsemua bab membincangkan rasional di sebalik pilihanPak Lah. Walaupun demikian bukan semua babmenceritakan atau membincangkan akan sebab musabab

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 9: sari pustaka - 2.2004 file - myrepositori.pnm.gov.my · Kebangsaan 2004; Membaca Santapan Minda Sekeluarga membuktikan usaha berterusan Perpustakaan Negara Malaysia menggalakkan rakyat

9

SARI PUSTAKA BIL. 2/2004

kenapa Pak Lah pilih Najib menjadi Timbalan PerdanaMenteri. Sebagai contoh, Bab 1 membincangkankewibawaan Pak Lah sebagai penyambung warisanPerdana Menteri daripada Tun Dr. Mahathir dalam 100hari pertama beliau memegang jawatan sebagai PerdanaMenteri. Bab 2 juga banyak membincangkan tentangrentetan peralihan kuasa yang unik di Malaysia. Selainitu, bab 5 hingga 10 tidak menyentuh sangat tentangsebab musabab kenapa Pak Lah pilih Najib. Kalau adapun sedikit sahaja dan tidak seimbang dengan judul bukuKenapa Pak Lah Pilih Najib?.

Pengarang dalam isi tulisannya telah sedaya upaya untukberlaku adil di dalam membincangkan perkara pokokbuku ini, walaupun pada hakikatnya buku ini proUMNO. Pengarang berani menyuarakan pendapat dankritikan kepada pemimpin-pemimpin yang patut dikritik.

Pendedahan yang diberi oleh pengarang dalam buku iniberjaya menunjukkan belang sebenar pemimpin-pemimpin kita selama ini.Buku ini amat menarik untuk dibaca, dibincang dandifikirkan bersama. Walaupun begitu pengarangsepatutnya lebih peka di dalam meletakkan isi kandunganbuku. Terdapat sedikit kesilapan dari segi isi kandunganpada Bab 7 hingga 9. Isi kandungan tulis bab lain, isibuku bab lain. Secara keseluruhan, buku ini berjayamenunjukkan pemikiran pengarang yang kritis di dalammembincangkan tema buku ini. Ternyata pengarangadalah seorang penulis yang berpengalaman.

Pengulas: Rowland ArahPenolong Pengarah,Bahagian Maklumat Umum,Perpustakaan Negara Malaysia

SUZALIE MOHAMAD, ED.Memahami Isu-isu Pendidikan Islam di MalaysiaKuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia,

2003. 303ms. ISBN 983-2718-00-7

Buku “Memahami Isu-isu Pendidikan Islam di Malaysia” adalah merupakan kumpulan kertas kerjayang telah dibentang di dua seminar anjuran InstitutKefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasamaKerajaan Negeri Pahang dan Kedah pada tahun 2000dan 2002. Kertas kerja ini telah disampaikan oleh tokohilmu terbilang dari dalam dan luar negara.

Tujuan buku ini diterbitkan adalah untuk meningkatkankefahaman tentang Islam berhubung kepentingan dan

E

pelaksanaan pendidikan Islam di negara ini. Ia bagimemartabatkan pendidikan Islam agar dapat melahirkangenerasi pelapis dan meneruskan kesinambunganperjuangan dan dasar negara bagi mencapai Wawasan2020. Di samping itu, dengan penerbitan buku ini jugaakan dapat melahirkan pembaca yang dapat memahamiIslam dan pendidikan dengan lebih terbuka.

Buku ini dengan jelas membincangkan pelbagai aspekberkaitan pendidikan Islam di Malaysia yang merangkumifalsafah, hala tuju, pembangunan pendidikan Islam dansebagainya. Matlamat penghasilan buku ini adalahberdasarkan kepada beberapa matlamat:

I. Mengenalpasti cabaran-cabaran yang dihadapi olehsistem dan institusi pendidikan agama dan cara-cara menanganinya

II. Mengkaji sumbangan sistem dan institusipendidikan Islam di dalam pembangunan negaradan keberkesanan pendidikan Islam dalampembentukan baru

III. Meninjau keberkesanan kurikulum pendidikanagama dalam mencapai matlamat pendidikan yangdiharapkan

IV. Menilai permasalahan yang dihadapi oleh sistemdan institusi pendidikan agama dan mencadangkankaedah-kaedah untuk mengatasinya

V. Membincangkan peranan serta prospek lulusanagama di alaf baru

VI. Mengenengahkan idea-idea baru yang dapatmeninggikan kecekapan sistem pendidikan Islamdi Malaysia

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 10: sari pustaka - 2.2004 file - myrepositori.pnm.gov.my · Kebangsaan 2004; Membaca Santapan Minda Sekeluarga membuktikan usaha berterusan Perpustakaan Negara Malaysia menggalakkan rakyat

10

SARI PUSTAKA BIL. 2/2004

Segala persoalan tersebut dijawab di dalam buku inisecara terperinci. Buku yang dibahagikan kepada limabahagian utama ini merangkumi isu-isu seperti:

1. Senario Pendidikan Islam di Malaysia

2. Kurikulum Pendidikan di Sekolah-sekolah Agama:Pengalaman Negeri Negeri

3. Pengajian Islam di Institusi Pengajian Tinggi

4. Pentadbiran dan Masa Hadapan Sekolah-sekolahAgama

5. Syor dan Cadangan

Bahagian I: Senario Pendidikan Islam di Malaysia

Bahagian I terbahagi kepada lima bab yang telahdisunting dari lima artikel untuk dijadikan bab-babtertentu.Di dalam bab ini, penyunting menghadkankepada isu yang membincangkan tentang senariopendidikan yang dihadapi oleh sistem pendidikan negaradaripada konteks semasa. Bahagian ini juga menjelaskandasar pendidikan Islam negara dan peranannya dalamsistem pendidikan negara yang mampu melahirkancabaran mendatang. Antara topik lain yang diutarakandalam bahagian ini adalah hubungkait pendidikan Islamdalam pembangunan serta peranan dan keberkesanankurikulum pendidikan Islam dalam pembentukanperibadi Muslim.

Bahagian II: Kurikulum Pendidikan di Sekolah-SekolahAgama: Pengalaman Negeri-Negeri

Pada Bahagian II penyunting memuatkan pengalamantiga buah negeri dalam mengendalikan kurikulumpendidikan Islam. Tiga negeri tersebut adalah Kedah,Selangor dan Sabah. Ia adalah berdasarkan kepada kertaskerja yang telah dibentangkan pada Seminar “PendidikanKebangsaan dan Agama di Malaysia” pada 29-30 Januari2000 dan Seminar “Memahami Isu-Isu Pendidikan Islamdi Malaysia” pada 11-12 September 2002.

Bahagian III: Pengajian Islam di Institusi PengajianTinggi

Dalam Bahagian III, topik utama yang dibincangkanadalah memperjelaskan matlamat, tujuan dan perananpenubuhan Institusi Pengajian Tinggi Islam. Ia jugamenjelaskan keberkesanan dan sambutan masyarakatterhadap kurikulum pengajian Islam di institusipendidikan tinggi. Selain itu, prospek mahasiswa aliranagama serta faktor kejayaan mereka turut dibincangkan.

Bahagian IV: Pentadbiran dan Masa Hadapan Sekolah-Sekolah Agama

Bahagian IV menjelaskan sistem pengurusan danpentadbiran yang digunapakai oleh sekolah agama diseluruh negara. Ia juga membincangkan perbezaankurikulum di dua aliran pendidikan yang berbeza iaituAliran Agama dan Aliran Kebangsaan. Turutdibincangkan dalam bahagian ini ialah pelaksanaan dankeberkesanan pentadbiran di kedua-dua aliran tersebut.Isu prospek masa hadapan sekolah agama rakyat daripadakaca mata rakyat dan juga kerajaan serta mampukah iamengharungi detik yang mendatang turut dimuatkan.

Bahagian V: Skop dan Cadangan

Dalam bahagian ini, penyunting memuatkan syor dancadangan yang mampu memantapkan lagi sistempendidikan Islam di Malaysia. Ia berdasarkan kepadaperbincangan serta hujah yang mendalam semasa kedua-dua seminar tersebut. Antara cadangan yang diutarakanadalah mewujudkan empat komponen utama dalampendidikan Islam:

(a) Komponen Teras

(b) Komponen Utama

(c) Komponen Penjurusan

(d) Komponen Pelengkap

Kesimpulannya, buku yang disunting oleh SuzalieMohamad wajar dijadikan wadah bagi memangkinsemangat membangun ummah dan negara Islam. Olehyang demikian, Institusi Pendidikan Islam perlulahmemainkan peranan dalam menerapkan ilmupengetahuan daripada pelbagai aspek kehidupan baqimelahirkan generasi pelapis yang dapat merangka danmenjana kekuatan ummah dalam menghadapi cabaranyang mendatang.

Pengulas: Muhamad Ismail Bin PahmiPenolong Pengarah,Bahagian Pembangunan Sumber Manusia,Perpustakaan Negara Malaysia

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 11: sari pustaka - 2.2004 file - myrepositori.pnm.gov.my · Kebangsaan 2004; Membaca Santapan Minda Sekeluarga membuktikan usaha berterusan Perpustakaan Negara Malaysia menggalakkan rakyat

11

SARI PUSTAKA BIL. 2/2004

appointment as Deputy Prime Minister and concurrentlyMinister of Home Affairs in 1999.

On his political stand, Pak Lah is known for his non-favouritism. One example was, after the imprisonmentof Anwar Ibrahim, some of Anwar’s followers had turnedto Pak Lah for loyalty. Pak Lah had accorded them equaltreatment in matters pertaining to getting assistance inobtaining projects. As for the “Mr Nice Guy” and “MrClean” tags, he gained them from both his personal andpolitical records. Political analysts describe his characteras a fine blend between soft with the hard, especiallywhen he had proven to have acted hard when demanded.For his personality, Pak Lah is a faithful practitioner ofIslam, a person who cares for the people around himand a leader who abides to rules and procedures. Healso practices the genuine Malay attributes of loyaltyand patience.

He is very concerned with the development of Malayentrepreneurs. During the UMNO political crisis in1999, he inspired UMNO youth to meet the students incampuses which finally brought a great success to thegovernment. As a consolidator, he practises the principalof equal rights in his own style. On the world stage, PakLah shows his clear stand on international issues. He isconsistent in presenting Malaysia’s stand on issues relatedto Iraq and had even told Dick Cheney that he does notlike Malaysia being referred to as a terrorist haven. PakLah is very concerned with accountability. He had onseveral occasions told all Wakil Rakyat who do notperform to step down willingly rather than to wait to beexpelled. Regarding corruption, he agreed that the powerof ACA should be expanded, especially in the context ofnew challengers.

As his mode of operation, Pak Lah sticks to theformulation and implementation of a set of beliefs andshared values. The shared values are in the form of“shura”, freedom of expression and fair play. He lookspositively on globalization and sees it as an opportunity.He feels that it opens doors for the local manufacturersto expand their business to the world. Pak Lah is a softhearted person but firm and definitive on his stand overissues. He is described simply as the ordinary commonman. Once when he was asked how he would like tobe known as the Prime Minister, he said, only as PakLah.

As citizens of Malaysia, the book is recommended foreverybody to read: civil servants, students and even homesitters. It helps the people to know him better, understandhis character and styles. It gives us some insights intothe man who is our leader.

Pengulas:Kamaruddin Bin Mat NataTimbalan Pengarah,Bahagian Khidmat Nasihat dan Perundingan,Perpustakaan Negara Malaysia

ISMAIL NOOR

Pak Lah: A Sense of Accountability an Insight intoEffective Stewardship

Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors,2003. 168p. ISBN 967-61-1492-8

T he book which I am going to review today is, “PakLah – A sense of Accountability” written by Ismail

Noor, edited by Elena Noor and was first published in2003 by Utusan Publications & Distributors. The bookis about Dato Sri Abdullah Hj. Ahmad Badawi’s strongmoral and sound political influence which is rarely foundamong other political leaders. The book begins withthe history of his family’s background, about himself andhow he started in politics. Pak Lah received his Bachelorof Arts (Hon.) degree in Islamic Studies in 1964 fromthe University of Malaya. He is known as a bright anddisciplined person who always pursues knowledge forself-betterment, even from his childhood days.

Pak Lah’s history in UMNO started in 1965 when hejoined as an ordinary member. He involved directly inpolitics only after his father’s death in 1977, andsubsequently left the civil service. In his political career,he started from the Ministry of Federal Territory in 1980and then moved to several other ministries such as thePrime Minister’s Department, Ministry of Culture, Youth& Sports and the Ministry of Education. However, in1987 he was left without a portfolio for 3 years becausehe was a supporter of Tengku Razaleigh Hamzah wholost in the 1987 tussle for power against Dr. Mahathir.After his 3 year political downturn, Pak Lah returned tohis seat in the cabinet and was appointed as the Ministerof Foreign Affairs, where he served for 9 years until his

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 12: sari pustaka - 2.2004 file - myrepositori.pnm.gov.my · Kebangsaan 2004; Membaca Santapan Minda Sekeluarga membuktikan usaha berterusan Perpustakaan Negara Malaysia menggalakkan rakyat

12

SARI PUSTAKA BIL. 2/2004

ISMAIL NOORPassing the Baton from Dr Mahathir to Abdullah

Badawi:A Model for Effective Leadership SuccessionKuala Lumpur: Thinkers Library, 2004. 182p.

ISBN 967-69-0395-7

Dato’ Dr Ismail Noor is a management consultant,

author and public speaker. As an author he has

written several books published by Pelanduk Publications

entitled The Malays Par Excellence and by Utusan

Malaysia, Pak Lah: An Sense of Accountability: An Insight

into Effective Stewardship. Most of his books deal with

management and leadership including subjects within

the context of Islam. As a public speaker, he is regularly

invited to speak on issues pertaining to management,

leadership, motivation strategy and communication, in

both the public and private sectors. Currently, he is the

Chief Executive Officer and principal consultant of

Norconsult KL Sdn Bhd, a long established training and

management consultancy firm.

Elina Noor, the editor, is the daughter of the author. She

graduated from Oxford University with a Bachelor of

Arts, (Hon.) in 1999 and pursued her Masters in Law at

The London School of Economics and Political Science.

She worked for the Institute of Strategic and International

Studies (ISIS) as an analyst and is currently on study leave

pursuing post-graduate studies at the Center for Peace

and Security Studies, Georgetown University,

Washington D.C.

For good organisations, institutions, and even nations to

survive and excel in the long term, the question of

leadership succession must be addressed as a matter of

priority. The accountable leader will want to plan and

execute a transition process to ensure a qualified, capable

and effective successor takes over the mantle of

leadership. This process involves time, analysis and

commitment on the part of both the mentor and protégé.

The initiative taken by Tun Dr Mahathir Mohamed to

groom and prepare a competent successor, in the person

of Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, to take over the

prime ministership of Malaysia is a fine model for study.

The author discusses the seven step transition process

which he describes as unique and perhaps the best

framework for others in positions of leadership to follow.

Analysis of the transition process is done by the author

with the purpose to provide leaders, in any vocation,

with a model that is process-friendly and pragmatic to

emulate.

The book consists of seven chapters. Chapter 1 discusses

one of the most overlooked, yet, the most significant

commitment a leader can make to the people he serves

is to pave the way for a competent successor. Selecting

a successor and then building a sound transition process

is a priority every noteworthy leader should plan for when

the time has come to move on and he says this should

apply whether the person is a national figure, a corporate

CEO, or a mosque committee chairman.

The author describes world’s famous leaders transition

processes of leadership from Jawaharlal Nehru, Margaret

Thatcher, Nelson Mandela, Lee Kuan Yew, to China’s

paramount leader, Jiang Zemin. He then focuses on

Malaysian leadership transition processes from Tunku

Abdul Rahman to Tun Dr Mahathir. Dr Mahathir created

a unique mentoring leadership within the region. By

his achievements alone, he stood out as an extraordinary

planner, implementor and strategist.

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 13: sari pustaka - 2.2004 file - myrepositori.pnm.gov.my · Kebangsaan 2004; Membaca Santapan Minda Sekeluarga membuktikan usaha berterusan Perpustakaan Negara Malaysia menggalakkan rakyat

13

SARI PUSTAKA BIL. 2/2004

The core chapter is Chapter 2 which talks a great dealand at length about Mentoring Leadership – The Processof Leadership Succession. About one third of the bookis about this chapter and it highlights the 7 – StepMahathir Model. Dr. Mahathir was very careful andscrutinising in the selection and naming of his successor.With much forethought, he adopted the following sure-footed seven step approach to Mentoring Leadership,thus giving way to an effective succession process.

The 7 – Steps of Mahathir Model are:

i) Start the Process by Identifying the Successor

ii) Be Genuinely Intentional About the LeadershipTransition

iii) Let Everyone In On the Plan For Succession inAdvance

iv) Give the Protégé Increased Responsibility OverTime

v) Encourage the Successor To Succeed - it wouldbe good to make the successor feel he hadsucceeded.

vi) Promote Meaningful Transition Ceremonies. Inmanagement, there is a motivational phrase,“celebrate the small wins”.

vi) Be Willing To Back Out At the Specified TimeBeing systematic and meticulous man, DrMahathir is not one to leave loose ends in hiswake. An UMNO official had said, “He’s doinghis almost to help Abdullah inherit a strongBarisan Government. He wants to leave behinda government that is as baggage-free aspossible”.

Chapter 3 deals with the concept of loyalty in thesuccession plan and discusses Abdullah’s loyalty to thecause of Dr Mahathir, as party chief and head ofgovernment during the ‘internship’ period wasunquestionable.

Malaysia’s remarkable economic successes spear-headedby Dr Mahathir are well described by the author inChapter 4 and Dr Mahathir’s legacy which remains intactis analysed in Chapter 5.

The author also discusses about Pak Lah’s mainchallenges in Government which is covered in Chapter6 where he spells out 10 uppermost Critical SuccessFactors that will determine Pak Lah’s own key result areasin the new government team. The author concludes bygiving special messages to leaders in all facets of life.Passing the leadership baton is the process of passing onthe charge to a competent successor. It requires a lot ofplanning and execution. In the best interest of theorganisation, the outgoing leader should be prepared tohand over the baton fittingly while the incoming leadershould also be ready to take over the charge suitably.

The book is eminently readable and would definitelyinterest any reader, including those who hardly readbooks on leadership. The author gives the essence of hisviews on leadership in a clear and readable manner,suitable for all. It is one of the few books on leadershipthat can genuinely be called a ‘classic’ as it is a Malaysianmodel for effective leadership succession as opposed toMaslow’s or Drucker’s or other management modelswhich are often quoted or referred to.

Pengulas: Siti Aishah Binti Sheikh Ab. KadirTimbalan Pengarah,Bahagian Gerakan Literasi Maklumat,Perpustakaan Negara MalaysiaPERPUSTAKAAN

NEGARA MALAYSIA

Page 14: sari pustaka - 2.2004 file - myrepositori.pnm.gov.my · Kebangsaan 2004; Membaca Santapan Minda Sekeluarga membuktikan usaha berterusan Perpustakaan Negara Malaysia menggalakkan rakyat

14

SARI PUSTAKA BIL. 2/2004

SWETTENHAM, FRANKPerihal Orang Melayu

Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya,2003. 226ms.

ISBN 983-100-145-1

P erihal Orang Melayu adalah terjemahan daripadabuku Malay Sketches karya Sir Frank Swettenham

yang diterbitkan pada tahun 1884. Buku ini merupakan

catatan pengalaman yang dibuat oleh Sir Frank

Swettenham berkaitan dengan kehidupan orang-orang

Melayu di Tanah Melayu.

Perihalan dan anekdot dalam buku ini menggambarkan

kisah-kisah orang Melayu dengan cara hidup mereka dan

amalan harian serta pemerintahan yang terdapat seratus

tahun yang lalu di Tanah Melayu. Kisah-kisah yang

diceritakan dalam buku ini pada amnya adalah

berdasarkan kepada pemerhatian penulis yang

memberikan gambaran tentang pemikiran, pandangan

dan perasaan orang Melayu pada zaman itu. Pembaca

dapat mengenal hati budi, cetusan pemikiran dan

persepsi masyarakat Melayu dan membuat perbandingan

amalan, kebiasaan dan pemikiran generasi terdahulu

berbanding generasi sekarang. Buku ini juga memberi

gambaran mengenai nilai-nilai sosial dan kepercayaan

nyata dan tahyul orang-orang Melayu dahulu. Sebagai

contoh, penulis menggambarkan orang-orang Melayu

sebagai orang yang baik hati, gerak-gerinya sopan dan

senang untuk diajak berbicara tetapi juga bersikap suka

berbelanja, suka meminjam wang, dan lambat pula untuk

membayarnya balik.

Kebanyakan kisah yang diceritakan di dalam buku ini

dibahagikan mengikut peristiwa-peristiwa yang dialami

oleh penulis sendiri. Antaranya kisah mengenai latah

yang kebanyakannya hanya berlaku di kalangan orang-

orang Melayu diceritakan berdasarkan pengalaman

beliau ketika tinggal bersama sepasukan polis di mana

dua orang daripada mereka mengalami penyakit ini.

Selain itu, kepercayaan tahyul seperti seni perubatan

tradisional yang menggunakan jampi serapah, jin atau

“benda” belaan, pada masa perkembangan Islam telah

menular di seluruh Tanah Melayu. Pada pandangan

penulis amalan ini membuktikan bahawa bangsa Melayu

adalah satu bangsa yang agak konservatif. Di dalam buku

ini juga disebutkan mengenai adat berhantu iaitu amalan

sihir yang digunakan dalam perubatan tradisional orang

Melayu bagi memulihkan orang sakit.

Walaupun banyak perkara yang dipaparkan dalam buku

ini kita rasakan tidak benar, namun banyak perkara boleh

dipelajari kerana Sir Frank Swettenham telah mengolah

penceritaannya mengenai semua perkara yang dialami

berkaitan dengan orang-orang Melayu. Buku ini telah

berjaya diterjemah oleh Zubaidah Ibrahim dengan

tafsiran dan gambaran yang berkesan terhadap

pengamatan dan pemikiran Sir Frank Swettenham.

Keseluruhannya buku ini amat bermanfaat lebih-lebih

lagi kepada generasi kini yang kadang kala terlupa

dengan identiti bangsa mereka sendiri. Oleh itu Perihal

Orang Melayu berjaya mengenengahkan bidalan

“adanya yang dulu, maka wujudlah sekarang.”

Pengulas: Effah Imtiaz Binti Zainol

Penolong Pengarah,

Pusat Manuskrip Melayu,

Perpustakaan Negara Malaysia

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 15: sari pustaka - 2.2004 file - myrepositori.pnm.gov.my · Kebangsaan 2004; Membaca Santapan Minda Sekeluarga membuktikan usaha berterusan Perpustakaan Negara Malaysia menggalakkan rakyat

15

SARI PUSTAKA BIL. 2/2004

bulky or written in a hard to understand language forstudents of Public Administration at the Diploma orundergraduate level. It makes it difficult for the studentsto grasp and comprehend the subject.

The author explained that the book was created forstudents so that they will be able to find reading a bookabout the subject both enjoyable and informative. Theauthor also justified that this book is designed primarilyfor the Diploma in Public Administration students, asthere’s an increase in students taking this course.

In the first chapter of the book, the author briefly explainsthe early historical development of public administration.He discusses public administration in the early period,the definition and the elements. The second chapterdiscusses the new public administration. The thirdchapter is on the bureaucratic model and the chapterthat follows discusses the three branches of thegovernment.

The book covers latest issues in the field of publicadministration such as New Public Administration,Liberalization and Globalization in the Government,Total Quality Management in the Government and E-Government.

The chapter that caught my attention is the 14th chapterof the book entitled E-Government. This chapter tells usabout E-Government that was introduced by Tun Dr.Mahathir when he was our Prime Minister. It explains E-Government’s objectives, characteristics, strategies orapplications and the acts involved in E-Government. Ihave always been interested with E-Government and thechapter has given me very useful information.

In my opinion, the language used in this book is simpleand easy for students to comprehend. The book, althoughonly 90 pages, is comprehensive and covers importanttopics for the Diploma in Public Administration students.What is interesting about this book is that it includesreferences to the information materials referred by theauthor in each of its chapter. Through this, the studentswill be able to find out more of the subject through thelist of references given. Other than that, this book alsoincludes illustrations, figures, tables and a bibliography.

Pengulas: Sharifah Naqiya Binti Syed Abd. RahmanPenolong Pengarah,Bahagian Maklumat Umum,Perpustakaan Negara Malaysia

JEONG, CHUN HAI @ IBRAHIMPrinciples of Public Administration

Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA),2003. 90p.

ISBN 983-958-146-5

The book’s author, Mr. Jeong Chun Hai @ Ibrahimhad his early education in Singapore. He later moved

to Kelantan to continue his study in SMUA MaahadMuhammadi in Kota Bharu.

The author, who was born on 21st July 1973, was offereda place in the International Islamic University Malaysia(IIUM), Matriculation Centre after obtaining good gradesin his Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). After two years ofstudying there, he was again offered to further his studiesat the main campus of IIUM and secured a Bachelor(Hons) degree and a Masters degree in Political Sciencefrom the same university.

This prolific writer has contributed many articles tonewspapers, for example The SUN, The New StraitsTimes and others, in the area of politics, economics,education, polemics and motivation.

The author, currently, is a lecturer in PublicAdministration at MARA University of Technology(UiTM). He hopes to contribute his skills and knowledgeto the development and welfare of the ummah andsociety at large.

According to the author, many books on PublicAdministration in the market are either too thick and

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 16: sari pustaka - 2.2004 file - myrepositori.pnm.gov.my · Kebangsaan 2004; Membaca Santapan Minda Sekeluarga membuktikan usaha berterusan Perpustakaan Negara Malaysia menggalakkan rakyat

16

SARI PUSTAKA BIL. 2/2004

ZABIDI MOHAMEDRahsia Dalam Rahsia Maunah: Kebenaran

yang Sebenar = The Naked TruthKuala Lumpur: Zabidi Publication, 2003. 339ms.

ISBN 983-99447-2-X

Maunah..Kebenaran Yang Sebenar…adalah sebuahbuku yang mengisahkan kisah benar tentang

tragedi rompakan senjata dan pertempuran yang berlakudi Sauk, Perak di dalam bulan Julai 2000. Di dalam bukuini, penulis membicarakan tentang kronologi peristiwaitu berlaku bermula daripada tujuan asal penubuhanPertubuhan Persaudaraan Ilmu Dalam Al Maunahhinggalah kepada tragedi berdarah yang berlaku di BukitJenalek, Perak. Dalam buku ini juga penulismembahagikan isi kandungan buku ini kepada tigabahagian iaitu bahagian pertama membicarakan soalkesangsian masyarakat terhadap peristiwa ini samadaianya benar-benar berlaku ataupun konspirasi oleh pihaktertentu bagi tujuan dan kepentingan politik. Bahagiankedua pula penulis menceritakan bagaimana pergerakankumpulan ini bermula sehinggalah membawa kepadapertempuran di Bukit Jenalek, dan bahagian ketiga pulamenceritakan saat saat ahli kumpulan ini dibicarakansehinggalah kepada mahkamah menjatuhkan hukumankepada mereka yang terlibat.

Dalam bahagian pertama, penulis mengutarakanpandangan beliau dan juga masyarakat terhadap kejadianyang berlaku samada ianya benar-benar berlaku ataupunsudah di rancang oleh pihak tertentu. Penulismembandingkan peristiwa yang berlaku di luar negaraseperti The Great London Train Roberry dan jugaOperation Noah’s Ark. Memandangkan penulis adalahseorang peguam yang mewakili beberapa orang ahli AlMaunah yang di ketuai oleh Mohd Amin Bin. Razali,

beliau telah dapat mengupas persoalan sebenar peristiwatersebut. Maklumat yang diperolehi daripada mereka initelah membongkar tujuan sebenar kegiatan pertubuhanini. Dalam bahagian ini juga, penulis menceritakan sikapketaksuban kepada ketua secara membabi buta telahmemerangkap mereka yang cetek ilmu dan mudah untukdipengaruhi demi kepentingan ketua yang mempunyaiagenda tersendiri yang berselindung di sebalikperjuangan menegakkan keadilan.

Bahagian kedua pula penulis mengupas kegiatankumpulan Al Maunah bermula daripada peringkatpenubuhannya. Pada dasarnya kumpulan ini adalahsebuah pertubuhan persilatan yang menerapkan ilmudalaman, ilmu perubatan Islam dan ilmu kebatinankepada ahlinya. Walau bagaimanapun, tujuan asalnyatelah menyimpang kerana kerakusan ketua danketaksuban pengikut kepada ketua. Akhirnya ahliKumpulan Al-Maunah telah terjerumus untuk melakukansuatu jenayah yang paling berat dalam sejarahperundangan Malaysia iaitu menghadapi tuduhanmelancarkan perang terhadap Yang Di Pertuan Agongdan boleh dijatuhkan hukuman mati ataupun penjarasepanjang hayat di bawah Seksyen 121. Dalam bahagianini juga, penulis menceritakan bagaimana rancangankumpulan ini untuk merompak senjata di dua buah kemtentera bagi menegakkan keadilan mengikut fahamanmereka. Sikap ketaksuban terhadap ketua juga menjadiintipati utama mengapa mereka terlibat dalam jenayahini yang menjadi agenda utama ketua mereka tanpamereka ketahui akan menghancurkan hidup mereka danmendatangkan penderitaan kepada ahli keluarga mereka.Ahli kumpulan ini juga terperangkap dengan falsafahkumpulan mereka iaitu patuh kepada ketua tanpa adakeraguan dan syak wasangka dan juga istilah rahsia dalamrahsia yakni setiap perkara yang dilakukan mempunyaihikmah yang tersendiri, di sinilah sebenarnya puncakesilapan para anggota Al Maunah yang terus mematuhiarahan ketua mereka tanpa sebarang kemusykilan,akhirnya mereka terperangkap. Penulis menceritakansecara terperinci kronologi kejadian tersebutmemandangkan beliau adalah peguam yang perlumendapat keterangan lengkap dari anak guamannya bagimemberi hujah di mahkamah untuk membela mereka.

Dalam bahagian terakhir iaitu bahagian ketiga, penulismenghuraikan penderitaan dan juga saat-saat ahli yangdidapati bersalah dalam menghadapi hukuman yang telahdijatuhkan oleh mahkamah. Diceritakan juga bagaimanakekesalan ahli Al Maunah yang tidak sedar mereka telahdiperalatkan oleh ketua mereka sehingga membawakepada kehancuran kepada kehidupan mereka yang rata-ratanya hanya ingin menuntut ilmu yang bolehdimanafaatkan kepada diri dan berbakti kepadamasyarakat. Keluarga mereka yang tertuduh juga turutmenerima tempias penderitaan terutama para isteri dananak-anak kecil yang akan kehilangan tempatpergantungan mereka. Suasana ketika hari perbicaraandan hari penjatuhan hukuman juga diselitkan olehpenulis bagi menggambarkan kesedihan dan penyesalanyang tidak terhingga para tertuduh.

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 17: sari pustaka - 2.2004 file - myrepositori.pnm.gov.my · Kebangsaan 2004; Membaca Santapan Minda Sekeluarga membuktikan usaha berterusan Perpustakaan Negara Malaysia menggalakkan rakyat

17

SARI PUSTAKA BIL. 2/2004

Tetapi apa yang paling menarik ialah bahagian palingakhir di dalam buku ini bagaimana penulis telahmencungkil rahsia dari dua orang tertuduh yangmenjalani hukuman penjara 10 tahun yangsememangnya mempunyai niat untuk melancarkanperang terhadap Yang Dipertuan Agong mengikutfahaman mereka iaitu berjihad berbanding denganmereka yang tidak tahu apa-apa mengenai rancangantersebut telah dikenakan hukuman mati. Sememangnyapenulis telah merumuskan bahawa sesetengah ahlikumpulan ini adalah mereka yang teraniaya danselebihnya adalah mereka yang sememangnya taksub

E

ROSNAH BAHARUDINWacana Wanita Melayu dan Sastera

Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,2003. 333ms.

ISBN 967-942-642-4

W acana Wanita Melayu dan Sastera merupakankumpulan rencana pengarang yang sebahagian

besarnya pernah tersiar di dalam majalah, jurnal, ataukertas kerja yang dibentangkan pada beberapa seminardan bengkel. Rencana-rencana dalam buku inimenganalisis novel dan cerpen yang diterbitkan antaratahun 1930-90an. Buku ini mengandungi 25 bab(rencana) yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitusejarah sastera pengarang wanita, kritikan novelpengarang wanita dan kritikan novel pengarang lelaki.Bahagian pertama meninjau sejarah kesusasteraanMalaysia dari segi penglibatan pengarang wanita dalambidang penulisan kreatif. Bahagian kedua mengandungi15 bab mengenai kritikan terhadap novel dan cerpenpengarang wanita. Dalam bahagian ini penulismenganalisis kecenderungan pelukisan watak wanitadalam berkarya. Pada karya-karya yang dikritik penulismendapati pengarang wanita cenderung melukiskan

kepada ketua dan mempunyai rancangan jahat untukmenggulingkan kerajaan bagi kepentingan mereka.Sebagai penutup terhadap buku ini, penulis menyerukepada pembaca berfikir sejenak akan nasib mereka yangteraniaya supaya masyarakat tidak terus menghukummereka dan ahli keluarga mereka kerana mereka yangpergi tidak akan kembali.

Pengulas: Mohd Sazlan Bin KassimPenolong Pengarah,Bahagian Khidmat Teknik,Perpustakaan Negara Malaysia

watak wanita yang teraniaya oleh keadaan tidak mampubertindak kerana keterbatasan upaya. Namun terdapatjuga pengarang yang cenderung mengangkat martabatwatak wanita berjuang untuk yang terbaik dalam bidangpilihan mereka. Seterusnya bahagian ketiga mengandungitujuh bab yang merupakan hasil kritikan pengarangterhadap karya-karya yang dihasilkan oleh pengaranglelaki. Pengarang berpendapat karya pengarang lelakikebanyakannya memaparkan simpati terhadap watakwanita yang tidak mampu membela diri, tidak dilindungidan terdedah kepada ketidakadilan sosial dalammasyarakat. Isu yang mereka pertahankan adalah darisegi membela nasib wanita.

Penyampaian Rosnah Baharudin dalam penulisannyaternyata mencapai objektif dan tujuan sebenar buku inidihasilkan di mana ia memenuhi keperluan masyarakatkini yang dahagakan hasil penulisan kesusasteraanterutamanya yang melibatkan wanita dan yang palingpenting penglibatan kaum wanita Melayu. Masyarakatmasa kini perlu diberi kesedaran bahawasanyapenglibatan wanita Melayu dalam bidang penulisankesusasteraan telah bermula sejak dekad 30-an dan 40-an. Namun, yang paling ketara ialah penulis dari dekad50-an seperti Jahlelawati, Kamariah Saadon dan KalsomSaadon yang lebih tersohor dengan nama pena beliau‘Rayuan Sukma’.

Rosnah Baharudin telah menggunakan gaya penulisanyang deskriptif di mana beliau telah membuat analisisdengan teliti bagi setiap karya yang dikritik. Bidang yangpenulis ingin tonjolkan kepada pembaca adalah bidangKesusasteraan Melayu dan penekanannya adalah wanitaMelayu. Kumpulan sasarannya pula adalah penggiat-penggiat seni, penyelidik-penyelidik, pelajar-pelajar, dangolongan yang menghargai peranan wanita dalamperjalanan seni di Malaysia dari zaman dahulu hinggakini. Selain itu, penekanan kepada pengalaman hidupsuka duka wanita dalam karya-karya ini sangat pentingterutama dalam memahami peranan wanita Melayudalam acuan Malaysia yang berteraskan Islam. Hasilpenulisan Rosnah Baharudin ternyata mempunyai nilaiyang tersendiri. Ia akan menjadi bahan rujukan pentingkepada masyarakat khususnya kepada pengkritik sasteradi masa depan dalam bidang kesusasteraan Melayuterutama jika melibatkan wanita Melayu Malaysia.

Pengulas: Nor Azlina Binti Ab. GhaniPenolong Pengarah,Bahagian Penyelidikan Perpustakaan,Perpustakaan Negara Malaysia

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 18: sari pustaka - 2.2004 file - myrepositori.pnm.gov.my · Kebangsaan 2004; Membaca Santapan Minda Sekeluarga membuktikan usaha berterusan Perpustakaan Negara Malaysia menggalakkan rakyat

18

SARI PUSTAKA BIL. 2/2004

RAHMAH DAN AISHAH, COMP.Abu Jahal Pengkhianat No. 1 Rasulullah SAW

Kuala Lumpur: Progressive Publishing House, 2004. 175ms.ISBN 983-7936-94-9

Buku ini menceritakan tentang Abu Jahal iaitu seorang pemimpin berbangsa Quraisy yang tidak henti-henti menghalang dan mengancam Nabi Besar kita Muhammad

SAW sepanjang usaha baginda untuk menegakkan syiar Islam. Namun begitu, segalausaha dan perancangan musuh-musuh Islam akhirnya gagal. Demikianlah juga yangberlaku ke atas Abu Jahal. Buku ini mengupas dari awal hingga akhir hayat Abu Jahaltentang usahanya dalam menentang perkembangan agama Islam. Buku ini sesuai dibaca

untuk penghayatan Sirah di zaman Rasulullah SAW.

Antara Pengganas & Mujahidin TulenSelangor: Synergymate, 2004. 158ms.

ISBN 983-066-174-1

Buku ini adalah petikan dari tiga dialog interaktif bersama Dr. Yusuf al-Qardhawi, seorang tokoh ulama’ dunia Islam yang terkemuka pada 23 September, 31 September

dan 14 Oktober 2001 di saluran televisyen al-Jazeera, yang dimuatkan dalam lamanweb qardhawi.net. Dialog tersebut merakamkan fatwa, pandangan dan penjelasan Dr.Yusuf al-Qardhawi berhubung isu keganasan dan kezaliman terhadap umat Islam diseluruh dunia ekoran daripada Tragedi 11 September 2001 atau Black Tuesday yangtelah meranapkan bangunan World Trade Center di New York dan mengorbankan beribu-ribu nyawa manusia. Fatwa dan pandangan Dr. Yusuf al-Qardhawi di dalam buku ini dapat memberi kesedarankepada pembaca untuk membangunkan ummah dan mengembalikan kegemilangan Islam.

UMMU IBRAHIM ILHAM MUHAMMAD IBRAHIMBagaimana Menjadi Isteri Solehah dan Ibu Yang Berjaya

Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada, 2004. 294ms.ISBN 983-144-037-4

Buku bertajuk Bagaimana Menjadi Isteri Solehah dan Ibu yang Berjaya merupakan sebuah buku yang ditulis khusus sebagai panduan dan bimbingan kepada wanita

Muslim pada masa kini. Sebagai wanita, peranan mereka sangat penting dalam membentukpembangunan masyarakat. Buku ini turut mendedahkan beberapa panduan dalamkehidupan yang harus diamalkan oleh wanita. Di samping peranan wanita dalammembentuk akhlak anak-anak sebagai penyambung generasi. Penulis turut memilih hadis-

hadis yang paling sahih sebagai panduan bagi mengukuhkan lagi isi kandungan buku ini.

SINOPSIS BUKU

E

E

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 19: sari pustaka - 2.2004 file - myrepositori.pnm.gov.my · Kebangsaan 2004; Membaca Santapan Minda Sekeluarga membuktikan usaha berterusan Perpustakaan Negara Malaysia menggalakkan rakyat

19

SARI PUSTAKA BIL. 2/2004

ZAINI HUSSEINBakat & Kejayaan di Tempat Kerja

Bentong: PTS Publications & Distributors, 2004. 206ms.ISBN 983-192-842-3

Setiap organisasi mempunyai ketua dan pekerja. Setiap individu di sesebuah organisasi mempunyai peranan dan saling memerlukan bagi menghasilkan yang terbaik untuk

pelanggan. Matlamat serta arah tuju organisasi hendaklah difahami oleh setiap individu.Buku ini dapat membantu pembaca memahami dan menilai peranan diri dan organisasi.Di samping itu pembaca turut didedahkan bagaimana mewujudkan organisasi danmencapai kejayaan yang cemerlang dalam kerjaya. Pengarang juga mengupas tentangperanan bakat semulajadi dan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam budaya kerja pejabat.

ONG HEAN CHOOIBuah: Khasiat Makanan & Ubatan

Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 2004. 167ms.ISBN 967-61-1560-6

Buah-buahan penting dalam menu harian pemakanan bagi keseimbangan nutrien dan sistem tubuh badan. Kajian saintifik mendapati bahawa buah-buahan mengandungi

bahan kimia yang bermanfaat untuk merawat pelbagai jenis penyakit di sampingmengandungi racun yang boleh menjejaskan tahap kesihatan. Buku yang disediakan olehpakar etnobotani ini memuatkan maklumat mengenai 56 jenis buah-buahan yang memilikipelbagai khasiat makanan dan ubatan herba yang menakjubkan termasuk nama tempatan,cara penanaman, taburan, rupa bentuk, kandungan, penyakit dan perosak.

SHUKRI AHMAD DAN WAN AB. RAHMAN KHUDZRI WAN ABDULLAHCerita-Cerita Motivasi Untuk Jiwa

Bentong: PTS Publications & Distributors, 2004. 228ms.ISBN 983-192-578-5

Buku ini mengandungi cerita-cerita yang dapat memenuhi keperluan jiwa, sanubari dan rohani. Pendekatan yang digunakan adalah berbentuk bacaan ringan yang

berkonsepkan motivasi. Isu-isu yang diketengahkan adalah mengenai perkara yang berlakudalam masyarakat iaitu isu-isu sebenar mengenai setiap individu. Sekiranya individumasyarakat itu baik, maka keadaan masyarakat juga baik. Pengarang buku ini turutmemaparkan bentuk-bentuk ikatan keagamaan yang sebenarnya adalah merupakan tonggakkepada kebangkitan masyarakat Islam di masa dahulu, kini dan akan datang. Ianya amat sesuai dibaca oleh semuagolongan masyarakat moden hari ini.

E

E

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 20: sari pustaka - 2.2004 file - myrepositori.pnm.gov.my · Kebangsaan 2004; Membaca Santapan Minda Sekeluarga membuktikan usaha berterusan Perpustakaan Negara Malaysia menggalakkan rakyat

20

SARI PUSTAKA BIL. 2/2004

HAMEDAH WOK AWANGCerita-cerita Motivasi Untuk Kekuatan Diri

Bentong: PTS Publications & Distributors, 2004. 142ms.ISBN 983-192-866-0

Buku Cerita-cerita Motivasi Untuk Kekuatan Diri ini merupakan sebuah buku yangmemaparkan pelbagai cerita motivasi yang boleh dijadikan sebagai panduan kepada

pembaca daripada pelbagai generasi. Ia juga adalah rentetan pengalaman pengarangdalam mengharungi kehidupan seharian ketika mengalami kemalangan dan musibah.Segala peristiwa yang berlaku di sekeliling beliau sama ada ketika menerima rawatanmahupun yang melibatkan keluarga dipaparkan di dalam buku ini. Galakan dan motivasi

yang diberikan oleh anggota keluarga beliau telah digambarkan supaya ianya dapat dijadikan motivasi kepadamereka yang senasib dengannya. Oleh sebab itu, buku ini boleh dijadikan pencetus semangat kepada mereka yangberhadapan dengan masalah seumpama ini.

HAMEDAH WOK AWANGCerita-cerita Motivasi Untuk Pelajar

Bentong: PTS Publications & Distributors, 2004. 234ms.ISBN 983-192-757-5

Buku karya Hamedah Wok Awang ini merupakan sebuah lagi karya beliauyang mempunyai kesinambungan dengan cerita-cerita motivasi yang sebelum ini.

Kebanyakan hasil tulisan beliau ini banyak mengisahkan cerita-cerita yang benar-benarterjadi sepanjang beliau menjadi guru dan pengetua. Begitu juga dengan hasil tulisan didalam buku ini. Terdapat banyak himpunan cerita yang ditulis dengan gaya yang segarmengenai manusia-manusia yang besar dan yang kerdil dalam dunia pendidikan. Olehyang demikian, hasil garapan di dalam buku ini banyak memberikan input motivasi kepada para pembaca khususnyapelajar yang seringkali mengalami tekanan dalam meniti kehidupan sepanjang pembelajaran mereka.

MOHD ASHRAF IBRAHIMGagasan Bangsa Malayan Yang Bersatu 1945-57

Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2004. 265ms.ISBN 967-942-632-7

Buku Gagasan Bangsa Malayan Yang Bersatu menyentuh mengenai penerapandasar dalam membentuk dasar Malayan Bersatu menerusi pembentukan Malayan

Union dan kemudiannya Persekutuan Tanah Melayu. Buku ini menganalisis usaha-usahayang dilakukan oleh kerajaan British untuk membentuk bangsa Malayan Bersatu selepasPerang Dunia Kedua sehinggalah negara mencapai kemerdekaan. Tumpuan khusus turutdiberikan kepada perkembangan yang berlaku semasa Perang Dunia Kedua di manapermulaan pertukaran dasar politik pro-Melayu kepada yang berbentuk pro-Malayan yang

direncanakan oleh Pejabat Tanah Jajahan di London. Buku ini turut menginterpretasikan pertukaran bentuk danstruktur negara hanya berlaku apabila kepentingan dan dasar kerajaan British tidak akan terjejas.

E

E

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 21: sari pustaka - 2.2004 file - myrepositori.pnm.gov.my · Kebangsaan 2004; Membaca Santapan Minda Sekeluarga membuktikan usaha berterusan Perpustakaan Negara Malaysia menggalakkan rakyat

21

SARI PUSTAKA BIL. 2/2004

MOHAMMAD ASHADI MOHD. ZAINIIdea-idea Bisnes Untuk Usahawan

Bentong: PTS Publications & Distributors, 2003. 152ms.ISBN 983-192-697-8

Buku ini memaparkan 50 idea bisnes yang terbukti berjaya di luar negara. Olahanayat serta bahasa yang digunakan oleh pengarang adalah menarik dan mudah difahami

pembaca. Buku ini banyak memberi contoh idea-idea baru yang berguna bagimengembangkan perniagaan yang sudah ada atau bagi menceburi bidang-bidang barusebagai strategi mempelbagaikan aktiviti dan sumber-sumber keuntungan berdasarkankisah sebenar usahawan yang telah berjaya. Malah buku ini juga sesuai dijadikan bahanrujukan kepada bakal-bakal usahawan yang sedang mencari idea-idea bisnes yang konkrit bagi memulakan perniagaan.Idea-idea bisnes yang ada di dalam buku ini boleh diaplikasikan mengikut situasi di negara ini.

AL-FARUQI, ISMAIL RAJIIslam and the Problem of Israel

Kuala Lumpur: The Other Press, 2003. 122p.ISBN 983-9541-34-X

The Israel-Muslim confrontation is not a new world issue. It has been going on for decades. Islam and the Problem of Israel shows how Israel is neither a modern

colonialism nor a repetition of the Crusades. This book goes into the nature of Zionism,its history, what has kept it alive, Islam’s verdict concerning Israel today, the question onwhether the secular Palestinian state is an answer to the problem of Israel, and manyother topics about this great problem.

KAMALIAH MAHMOODKimia Organik Awalan

Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 2004. 339ms.ISBN 967-61-1567-3

Buku Kimia Organik Awalan merupakan buku pengenalan kepada kimia organik.Buku ini mengandungi 9 bab dan menitikberatkan kimia hidrokarbon tepu,

hidrokarbon tak tepu dan hidrokarbon aromatik. Buku ini sesuai untuk pelajar tahap awaldi pusat pengajian tinggi tempatan yang akan mengkhusus dalam bidang kimia dan jugabagi pelajar yang mengikuti bidang biokimia, biologi, farmasi dan kejuruteraan kimia. Iaditulis dalam bentuk yang mudah difahami dan mengandungi latihan untuk mengujikefahaman pelajar.

E

E

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 22: sari pustaka - 2.2004 file - myrepositori.pnm.gov.my · Kebangsaan 2004; Membaca Santapan Minda Sekeluarga membuktikan usaha berterusan Perpustakaan Negara Malaysia menggalakkan rakyat

22

SARI PUSTAKA BIL. 2/2004

MUHAMMAD AHMAD AL-MUQADDAMKonsep Malu Dalam Islam

Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada, 2004. 123ms.ISBN 983-144-031-5

Buku ini merupakan terjemahan daripada buku yang berjudul Al-Haya’u KhuluqulIslam karya Muhammad Ahmad Ibnu Isma’il Al-Muqaddam. Malu merupakan

sifat yang paling utama yang dapat menjauhkan manusia daripada perbuatan rendah akhlak,mencegahnya daripada keruntuhan moral dan dosa. Malah sifat malu itu memberikanketenangan dan kedamaian dalam mengabdikan diri kepada Allah. Tetapi terdapat jugamalu yang melemahkan dan membawa kepada seseorang itu menjadi kufur. Pengarang

buku ini banyak mengupas tentang konsep malu dalam Islam yang dibahagikan kepada malu yang membawakepada kebaikan dan keburukan. Ianya amat sesuai dibaca sebagai panduan untuk diaplikasikan dalam mengharungikehidupan seharian.

MOHD. JAMIL MUKMIN, DATUK, 1945-Melaka Pusat Penyebaran Islam di Nusantara

Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia, 2004. 270ms.ISBN 983-260-08-X

P enulis buku ini menyingkap secara menyeluruh dan mendalam tentang peranan yang dimainkan oleh Melaka dalam mengembangkan agama Islam ke wilayah-wilayahdi dalam jajahan takluknya dan wilayah lain di rantau ini. Buku ini mengandungi sepuluhbab yang antara lain mengimbau semula sejarah Islam di alam Melayu ini, dari mulakedatangannya, penyebarannya di wilayah lain di nusantara, pengaruhnya dalam sistemperundangan dan kemajuan Islam di Melaka pada hari ini. Buku ini turut membicarakankeadaan masyarakat setempat, pasca-kedatangan dan pengembangan agama Islam.

AHMAD ZABIDI ABDUL RAZAKMemimpin Diri Sendiri

Bentong: PTS Publications & Distributors, 2003. 155ms.ISBN 983-192-408-8

P embicaraan buku ini difokuskan kepada bagaimana hendak membentuk kemahiran memimpin diri. Kemahiran memimpin diri adalah penting untuk setiap

individu supaya mereka dapat menguasai diri sendiri, tahu merancang masa hadapan dantidak mudah mengalah dengan setiap cabaran. Buku ini juga turut merangkumi cara-carauntuk mengukuhkan kemahiran memimpin diri yang sedia ada dan cara bagaimana hendakmenilai setiap tindakan yang diambil serta melakukan perubahan, apabila perlu. Di samping

itu, buku ini juga turut mendedahkan bagaimana seseorang individu itu terutamanya pelajar mampu memimpindiri mereka sendiri. Melalui kepimpinan diri, mereka dapat menjadi insan yang berkualiti serta mampu memberisumbangan kepada keluarga, agama, bangsa dan negara. Buku ini sesuai untuk pelajar dan individu yang inginmeningkatkan motivasi diri.

E

E

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 23: sari pustaka - 2.2004 file - myrepositori.pnm.gov.my · Kebangsaan 2004; Membaca Santapan Minda Sekeluarga membuktikan usaha berterusan Perpustakaan Negara Malaysia menggalakkan rakyat

23

SARI PUSTAKA BIL. 2/2004

AHMAD BAHARUDDIN ABDULLAHMemperkenalkan Bidang Kejuruteraan: Persepsi & Sumbangan Islam

Bentong: PTS Publications & Distributors, 2004. 237ms.ISBN 983-192-554-8

Buku ini mengandungi enam bahagian yang membincangkan serta memperkenalkan bidang kejuruteraan khususnya sumbangan jurutera Islam dan

reka cipta yang dihasilkan. Pengarang menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami.Buku ini juga mampu memotivasikan pembaca agar menyumbangkan sesuatu yang dapatmembanggakan Islam. Setiap kajian dan reka cipta mesti selari dengan ketetapan Islam.Selain itu buku ini membuktikan kebenaran al-Quran dengan membawa beberapa hasilkajian saintifik yang sama dengan apa yang diceritakan di dalamnya. Kumpulan sasaran buku ini adalah pelajarsekolah dan institusi pengajian tinggi serta golongan bekerja yang inginkan ilmu dan maklumat berkenaan Islamdan sumbangannya kepada perkembangan teknologi dan kejuruteraan.

AHMAD FADZLI YUSOFMengurus Kerja & Waktu: Hanya Orang Sibuk Sahaja Ada Masa

Bentong: PTS Pulications & Distributors, 2004. 288ms.ISBN 983-192-626-9

Buku Mengurus Kerja dan Waktu ini merupakan salah satu buku yang sangat sesuai dibaca oleh individu yang ingin mentingkatkan diri untuk mencapai kejayaan yang

lebih cemerlang. Pada peringkat awal buku ini menekankan kepada analisa diri dan tabiatkerja individu tersebut. Seterusnya, ia membimbing pembaca bagaimana hendak mengaturdan memperincikan tugas, menentukan prioriti, membuat rancangan alternatif danmuhasabah diri. Selain itu, penulis turut menekankan kepada aspek personaliti, komunikasi

dan kepimpinan yang mempengaruhi kehidupan seharian. Buku ini ditulis menggunakan bahasa yang mudahdifahami dan penerangan yang ringkas.

BINSON A. SABIAHThe North Borneo Police Hero

[Sabah]: S.n., 2004, 52p.ISBN 983-40560-0-3

This book is one of the stories about Sgt. Karom and his struggle during the SecondWorld War. He is described as a super hero among the North Borneo Police (NBAC)

during the war. He was believed to have possessed strange powers to overcome theJapanese in their effort to banish him. The writer interviewed his companions who werewith him in his struggles during the Second World War and he believes that withoutsupport from them, this book would not have been completed. This book is suitable forMalaysians who want to know about another hero who protected our country from the Japanese.

E

EPERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 24: sari pustaka - 2.2004 file - myrepositori.pnm.gov.my · Kebangsaan 2004; Membaca Santapan Minda Sekeluarga membuktikan usaha berterusan Perpustakaan Negara Malaysia menggalakkan rakyat

24

SARI PUSTAKA BIL. 2/2004

RUZY SULIZA HASHIMOut of the Shadows: Women in Malay Court Narratives

Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003. 250p.ISBN 967-942-637-8

O ut of the Shadows is a book about stories of women in selected Malay courtnarratives. This book employs a triangulating model of analysis - the lenses of

feminist dialogics, social exchange and Islamic theology - as multiple ways of illuminatingthe representations and expectations of women of the court, their lives and experiences,their inclusions and exclusions from society. By selecting their stories, an attempt is madeto piece together the fragments of history. The book concluded that the maintenance and

perpetuation of male dominance over women relies on an erroneous perception derived from their representationin the court chronicles that women are marginal players in the history of Malay monarchy. Through multi-disciplinaryanalytic tools we can make visible women’s presence and significance, and show that they constitute an undeniablecomponent of Malay court life.

Pejuang-Pejuang KemerdekaanMelaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia, 2003. 595ms.

ISBN 983-2600-04-9

Buku ini merupakan himpunan kertas kerja Seminar Kebangsaan Pejuang-Pejuang Kemerdekaan yang diadakan pada 22 hingga 25 Ogos 2001 di Melaka. Ia

membincangkan mengenai tokoh-tokoh terkemuka negara yang telah meninggalkan kesanyang besar dalam sejarah nasionalisme dan politik tanahair. Tokoh-tokoh yangdibentangkan meliputi pejuang-pejuang kemerdekaan sebelum kedatangan Barat diikutioleh tokoh-tokoh zaman British, tokoh-tokoh selepas perang, tokoh-tokoh pra-kemerdekaandan tokoh masa kini termasuk tokoh-tokoh ulama dan pejuang-pejuang penentang penjajah.Buku ini penting sebagai panduan dan rujukan dalam memberi kesedaran kepada generasi masa kini tentangpentingnya perjuangan kemerdekaan untuk dihayati.

TAN, BERNARD A.T.Pekerja Cemerlang

Petaling Jaya: Leeds Publications, 2004. 129ms.ISBN 983-2431-61-1

Buku ini membincangkan tentang konsep, alat, proses serta amalan ke arah menjadi pekerja cemerlang. Ia memberi petunjuk bagaimanakah pekerja dapat

menjadi pekerja cemerlang melalui proses perubahan diri yang berterusan. Selain itu, iajuga cuba menggalakkan organisasi berubah ke arah menjadi organisasi yang mampumelahirkan pekerja-pekerja yang cemerlang. Formula kejayaan pekerja dan organisasiuntuk mempertingkatkan tahap pencapaian turut dinyatakan. Buku ini amat sesuai dijadikan

panduan kepada semua rakyat Malaysia yang ingin menjadi pekerja dan warga negara yang cemerlang.

E

EPERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 25: sari pustaka - 2.2004 file - myrepositori.pnm.gov.my · Kebangsaan 2004; Membaca Santapan Minda Sekeluarga membuktikan usaha berterusan Perpustakaan Negara Malaysia menggalakkan rakyat

25

SARI PUSTAKA BIL. 2/2004

MOHAMAD NAJIB ABDUL GHAFARPembangunan Organisasi di Malaysia: Projek Pendidikan

Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, 2004. 144ms.ISBN 983-52-0330-X

Buku ini menerangkan fungsi setiap komponen organisasi dalam menjayakanprojek atau program pendidikan di Malaysia. Buku ini juga menerangkan komponen

yang penting untuk menjayakan sesuatu projek pendidikan antaranya kemahirankepimpinan, kemahiran mengurus, motivasi, strategi dan pasukan kerja. Beberapa contohprojek meliputi perancangan projek, organisasi dan belanjawan serta aktiviti penyelarasan,pemantauan dan penilaian yang menjadi alat kepada pengurus dan ahli kumpulan turutdiberikan pada akhir buku ini. Buku ini amat berguna kepada pengurus organisasi seperti pengetua di sekolah atauahli kumpulan yang menjadi pemimpin kepada diri sendiri.

ACHMAD SUYUTIPercikan Kesufian: Dialog Ajaran Tasawuf

Batu Caves: Thinker’s Library, 2003. 316ms.ISBN 967-69-0469-4

Buku ini diterjemahkan daripada karya asal dalam bahasa Indonesia. Penulis memaparkan beberapa aspek sufi, ahwal, maqamat dan seumpamanya dengan

memberi penekanan kepada wawasan kesufian. Huraian mengenai kesufian dalam bukuini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan mempelajari dan meneladanisifat-sifat yang dimiliki oleh golongan sufi. Kisah-kisah sufi klasik dan pelbagai anekdotkehidupan golongan salaf (terdahulu) turut dimuatkan dalam buku ini.

HAMZAH HAMDANIPertumbuhan dan Perkembangan Sastera Melayu di Sarawak

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004. 440ms.ISBN 983-62-8310-2

Buku Pertumbuhan dan Perkembangan Sastera Melayu di Sarawak ini merupakanhasil himpunan 26 esei kritik yang telah dibentangkan di dalam pelbagai seminar.

Buku ini diterbitkan dalam pelbagai bentuk media penerbitan sepanjang tempoh duadekad (1983-2003). Buku ini membincangkan pertumbuhan dan perkembangan sasteradi Sarawak, daripada cerita rakyat sehinggalah kepada karya bertulis sama ada yang telahditerbitkan mahupun yang masih dalam bentuk manuskrip. Walaupun tidak semua karyadibincangkan di dalam buku ini, penulis tetap merasakan buku ini merupakan satu medium yang dapatmemperlihatkan perkembangan bidang sastera Melayu sebagai asas sastera kebangsaan di Sarawak.

E

E

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 26: sari pustaka - 2.2004 file - myrepositori.pnm.gov.my · Kebangsaan 2004; Membaca Santapan Minda Sekeluarga membuktikan usaha berterusan Perpustakaan Negara Malaysia menggalakkan rakyat

26

SARI PUSTAKA BIL. 2/2004

HAIRUNNAJA NAJMUDDINPsikologi Ketenangan Hati: Panduan Merawat Jiwa Yang

Selalu Gundah dan GelisahBentong: PTS Publications & Distributors, 2002. 197ms.

ISBN 983-192-048-1

Buku ini mengutarakan isu kegelisahan yang berlaku dalam kehidupan masyarakat Malaysia pada hari ini. Apa yang ingin dikemukakan oleh penulis adalah

bagaimana keadaan atau situasi yang harus dilalui oleh setiap individu sama ada secarasedar atau tidak. Kegelisahan pada hakikatnya adalah perkara yang tidak dapat dielakoleh seseorang kerana kehidupan seharian menuntut individu berhadapan dengan orang

lain, suasana baru, cabaran baru dan lain-lain. Keadaan begini sudah pasti mendatangkan gangguan emosi yangserius. Oleh itu buku ini cuba membawa pembaca agar menggunakan pendekatan Islam dalam mencegah danmerawat kegelisahan jiwa. Di samping itu, buku ini juga mengupas dan menerangkan persoalan berkaitan kegelisahandengan pendekatan yang mudah dan dapat difahami oleh masyarakat umum.

Sanggahan Salah Tafsir IslamSelangor: Synergymate, 2004. 114ms.

ISBN 983-066-175-X

Buku ini menampilkan pembicaraan tokoh ulama’ terkemuka dunia, Dr. Yusuf al-Qardhawi mengenai kaedah untuk memahami dan menghayati Islam. Ia merupakan

adaptasi daripada buku berjudul Reposisi Islam terbitan Al-Mawardi Prima, Jakarta. Bukuini membicarakan lima kaedah untuk memahami Islam. Empat perspektif kesejagatanIslam sebagai bukti kesempurnaan Islam ialah aspek peribadi (iman dan akhlak), sosial,hukum (politik) dan alam (peradaban). Turut dimuatkan ialah dua puluh kaedah dasaruntuk memahami Islam.

WATTLES, WALLACE D.The Science of Getting Rich

Kuala Lumpur: Gicquel Communication Services, 2004. 127p.ISBN 983-41617-0-0

It is perfectly normal for any man or woman to have the desire to be rich. The Science of Getting Rich is a practical book that presents a mental and spiritual approach to

the path to riches. It is intended for men and women whose most pressing need is formoney and who wish to get rich first and philosophise afterward. This book shows thatthere is a science to getting rich and not just based on luck.

E

E

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 27: sari pustaka - 2.2004 file - myrepositori.pnm.gov.my · Kebangsaan 2004; Membaca Santapan Minda Sekeluarga membuktikan usaha berterusan Perpustakaan Negara Malaysia menggalakkan rakyat

27

SARI PUSTAKA BIL. 2/2004

ZAWAWI HAJI AHMADTafsir Surah Yasin Dari Perspektif Sains dan Sejarah

Kajang: Aras Mega, 2004. 130ms.ISBN 983-9301-60-8

P embacaan Surah Yasin oleh umat Islam diamalkan berdasarkan keyakinan bahawaia mengandungi fadhilat yang amat besar dan mempunyai keberkatan yang luar

biasa. Surah Yasin bukan sekadar mengandungi keberkatan malahan mengandungi mesejpenting yang disampaikan oleh Allah SWT. Surah Yasin iaitu surah yang ke-36 daripada114 surah yang terdapat dalam al-Quran diturunkan bagi menambah keyakinan dansemangat Rasullullah SAW. terhadap perjuangannya, menambah ilmu pengetahuan umatIslam tentang akidah tauhid, sejarah perjuangan para ambia serta pengikut mereka danfenomena alam semesta. Buku ini cuba membongkar beberapa rahsia sains dan sejarah yang terkandung dalamSurah Yasin.

NIK SAFIAH BINTI HAJI ABDUL KARIM, DATUK, 1939DAN ROKIAH TALIB

Tan Sri Fatimah: Potrait of a LeaderSubang Jaya: Pelanduk Publications, 2004. 167p.

ISBN 967-978-899-7

This book is a biography of a Malaysian woman leader. It is the first biography published about Tan Sri Fatimah. This book focuses on Tan Sri Fatimah’s struggles asa woman leader in pre-independent Malaya and Malaysia. It also covers Tan Sri Fatimah’slife story, as a political leader, women’s social leader and as a mother. Tan Sri Fatimah isindeed a special individual, largerly due to her personal success and great contribution to

society. This book is an attempt to present a glimpse into her background and career development, with theintention of sharing some of the secrets for her success.

NORAINI IDRIS, ESTHER GNANAMALAR SAROJINI DANIEL DANROHAIDA MOHD SAAT

Teknologi Dalam Pendidikan Sains dan MatematikKuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2004. 189ms.

ISBN 983-100-211-3

Buku ini membincangkan penggunaan teknologi seperti kalkulator dan komputerdalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains. Kandungan buku

ini disusun dalam dua bahagian iaitu Matematik dan Sains. Buku ini dibahagi kepadasembilan bab iaitu empat bab untuk bidang Matematik dan lima bab untuk bidang Sains.Buku ini boleh menjadi rujukan kepada para pendidik dan pelajar bidang pendidikanMatematik dan Sains di institut pengajian tinggi dan maktab perguruan dalam merekabentuk bahan pengajaranberasaskan teknologi.

E

EPERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 28: sari pustaka - 2.2004 file - myrepositori.pnm.gov.my · Kebangsaan 2004; Membaca Santapan Minda Sekeluarga membuktikan usaha berterusan Perpustakaan Negara Malaysia menggalakkan rakyat

28

SARI PUSTAKA BIL. 2/2004

Judul-Judul Baru Yang Diperolehi

Abdul Halim Nasir. Mosque Architecture in the Malay World. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,

2004. 185p. ISBN 967-942-625-4

Alias Abdullah, Okada, Norio and Mohd Kamil Yusoff. Water Environmental Planning: Towards Integrated Planning

and Management of Water Resources for Environmental Risks. Kuala Lumpur: Bureau of Consultancy &

Entrepreneurship, International Islamic University, 2004. 628p. ISBN 983-40872-5-X

Anis Shahira Hashim. Menumpang Gerimis. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 2004. 301ms.

ISBN 967-61-1524-X

Basri Ibrahim al-Azhari. Pemindahan Organ Dalam Islam dan Pelaksanaannya di Malaysia. Kuala Lumpur: Al-

Hidayah Publishers, 2004. 579ms. ISBN 983-099-537-2

Bicara Tentang Mahathir. Kuala Lumpur: Pekan Ilmu Publications, 2004. 257ms. ISBN 983-2567-30-0

Chen, Moy Yee. The Royal Selangor Story. Kuala Lumpur: Archipelago Press, 2003. 132p. ISBN 981-4068-55-1

Choong, Kwai Fatt. Advanced Malaysian Taxation: Principles and Practice. Kuala Lumpur: Infoworld, 2004. 579p.

ISBN 983-9526-16-2

Daim Zainuddin. War of Deception: ... the Facts and Fallacies About the War in Iraq. Subang Jaya: Pelanduk

Publications, 2004. 129p. ISBN 967-978-883-0

Dyamin Bahari. Angin Kasih. Shah Alam: Cerdik Publications, 2004. 281ms. ISBN 983-70-1450-4

Fatoohi, Louay. Jihad in the Qur’an: the Truth from the Source. Kuala Lumpur: A.S. Noordeen, 2004. 184p. ISBN

983-065-175-4

Hamidah Wok Awang. Cerita-cerita Motivasi untuk Guru. Bentong: PTS Publications & Distributors, 2004. 293ms.

ISBN 983-192-590-4

Haron Buntal. Seni Jahitan Kraf Tangan Kulit. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004. 112ms. ISBN 983-

62-5334-3

Jamaie Hamil. UMNO Dalam Politik dan Perniagaan Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,

2004. 266ms. ISBN 967-942-643-2

Khadijah Alavi dan Ann, Wan Seng. Memahami Latar Belakang Penderaan Kanak-kanak. Bentong: PTS Publications

& Distributors, 2003. 149ms. ISBN 983-192-721-4

E

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 29: sari pustaka - 2.2004 file - myrepositori.pnm.gov.my · Kebangsaan 2004; Membaca Santapan Minda Sekeluarga membuktikan usaha berterusan Perpustakaan Negara Malaysia menggalakkan rakyat

29

SARI PUSTAKA BIL. 2/2004

Mohr, Gordon Jack. The New International Jew: Knowledgeable Men-Jew and Gentile – Speak Out Regarding the

International Zionist Conspiracy! Batu Caves: Thinker’s Library, 2004. 147p. ISBN 967-69-0493-7

Muhammad Ismail Ahmad. Sejarah Malaysia. Klang: Pustaka Mawar, 2004. 60ms. ISBN 983-875-365-4

Musthafa Muhammad Thahhan. Kepimpinan Dalam Pergerakan Islam, Tokoh Pergerakan Islam Masa Kini Imam

Abul a’la al-Maududi. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers, 2004. 111ms. ISBN 983-099-504-6

Naapie Mat. Pemikiran Penyair Melayu. Shah Alam: Karisma Publications, 2004. 131ms. ISBN 983-195-057-7

Radzemah Bolhassan. Korban Kasih. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 2004. 229ms. ISBN 967-

61-1515-0

Razalina Md. Radzi, Siti Norizan Buang dan Noor Faazana Mustafa. Trilogi Cinta. Shah Alam: Cerdik Publications,

2004. 228ms. ISBN 983-70-1473-3

Rivera, David Allen. The New World Order Exposed: a Chilling Historical Inquiry Into the Invisible, All-Powerfull

Force Ruling the World. Batu Caves: Thinker’s Library, 2004. 397p. ISBN 967-69-0498-8

Seribu Wajah Dr. Mahathir. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 2004. 266ms. ISBN 967-61-1530-4

Syair Seratus Siti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004. 340ms. ISBN 983-62-7075-2

Syed Mahadzir. Pemakanan dan Kesihatan. Seri Kembangan, Selangor: Penerbitan PCT, 2004. 348ms. ISBN 983-

2807-02-6

Talukdar, Mohammad H.R. Ten Women of Paradise. Kuala Lumpur: A.S. Noordeen, 2004. 183p. ISBN 983-065-162-2

Tow, Khee Kin. Strategic Business Planning: a Practical Approach to Developing Skills for Creating Plans That

Work. Petaling Jaya: Leeds Publications, 2004. 123p. ISBN 983-2431-59-X

Zaini Nasohah ... [et al.], eds. Syariah dan Undang-undang: Suatu Perbandingan, 2004. 283ms. ISBN

967-61-1535-5

Zainuddin Maidin. Wira Tak Didendang. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 2004. 191ms. ISBN

967-61-1520-7

Az-Zuhaili, Wahbah Mustofa. Kewajipan Memahamkan Bukan Islam Tentang Islam. Johor Bahru: Perniagaan

Jahabersa, 2004. 160ms. ISBN 983-170-190-9

Zuraihan Jimat. Semalam yang Hilang. Kuala Lumpur: Ghostwriter, 2004. 415ms. ISBN 983-2629-21-7

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 30: sari pustaka - 2.2004 file - myrepositori.pnm.gov.my · Kebangsaan 2004; Membaca Santapan Minda Sekeluarga membuktikan usaha berterusan Perpustakaan Negara Malaysia menggalakkan rakyat

30

SARI PUSTAKA BIL. 2/2004

Sekalung BudiEffah Imtiaz Binti Zainol

Hilmy Bin Najib

Kamaruddin Bin Mat Nata

Mohd Sazlan Bin Kassim

Muhamad Ismail Bin Pahmi

Nor Azlina Binti Ab.Ghani

Nor Hidayah Binti Othman

Rowland Arah

Sharifah Naqiya Binti Syed Abd. Rahman

Siti Aishah Binti Sheikh Ab.Kadir

i i

i i

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 31: sari pustaka - 2.2004 file - myrepositori.pnm.gov.my · Kebangsaan 2004; Membaca Santapan Minda Sekeluarga membuktikan usaha berterusan Perpustakaan Negara Malaysia menggalakkan rakyat

31

SARI PUSTAKA BIL. 2/2004

BIBLIOGRAFI DR. MAHATHIREDISI TAMBAHAN, 2004

Edisi Tambahan ini melengkapkan Bibiliografi Dr. Mahathir yang diterbitkan terdahulu di dalam tiga jilid. Iamengandungi 2,302 entri yang disusun secara berabjad di bawah nama pengarang atau judul, kepada sumber-sumber maklumat seperti buku, ucapan, artikel majalah/suratkhabar dan sumber elektronik yang diterbitkan didalam dan di luar negara dari tempoh Mei hingga Disember 2003. Sumber maklumat yang disenaraikan didalam Bibliografi ini terdapat di dalam koleksi Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Universiti Malayadan dari Internet.

Harga : Kulit keras - ISBN 967-931-151-1 - RM 40.00Kulit lembut - ISBN 967-931-149-X (kkt.) - RM 30.00

Boleh dibeli dari Bahagian PenerbitanTingkat 18, Menara THSelbornJalan Tun Razak, Kuala Lumpur,atau dipesan dari mana-mana pembekal / kedai buku.

Tel : 03 - 2687 1700Faks : 03 - 2681 0832E-mel : [email protected]

TERBITAN BARUPERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 32: sari pustaka - 2.2004 file - myrepositori.pnm.gov.my · Kebangsaan 2004; Membaca Santapan Minda Sekeluarga membuktikan usaha berterusan Perpustakaan Negara Malaysia menggalakkan rakyat

32

SARI PUSTAKA BIL. 2/2004

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA