ALAT-ALAT PENGUKURAN
Merujuk kepada rajah di atas, nyatakan pensel yang manakah yang
lebih panjang. Kemudian, pastikan semula jawapan anda dengan
mengukur panjang setiap pensel itu menggunakan pembaris.Apa yang
boleh dipelajari daripada keadaan di atas?Sesuatu objek itu boleh
kelihatan menjadi lebih panjang atau lebih pendek daripada keadaan
sebenarnya.Kita perlu menggunakanalat-alat pengukur yang
sesuaiuntuk mengukur kuantiti seperti panjang dengan lebih
tepat.Penggunaan teknik-teknik yang betul juga penting dalam
mendapatkan bacaan yang tepat.
Pengukuran panjang (Measurement of length)Panjang (length)
adalah jarak antara dua titik. Di dalam makmal sains, panjang
sesuatu objek itu diukur dengan menggunakan PEMBARIS
METER.Panjangpembaris meter(metre ruler) ialah satu meter (m) atau
100 sentimeter (cm). Setiap sentimeter dibahagikan kepada 10
millimeter (mm). Jadi, panjang pembaris meter tersebut adalah juga
bersamaan dengan 1000 millimeter (mm).1 cm = 10 mm1 m = 100 cm =
1000 mm1 km = 1000 m
Kedudukan mata yang betul ketika mengambil bacaan.
Mengukur panjang lengkung (curve).
Diameter sesebuah objek tidak dapat diukur dengan tepat jika
hanya menggunakan pembaris. ANGKUP (calipers) digunakan untuk
mengukur diameter sesbuah objek dengan lebih tepat.
ANGKUP LUAR(external calipers) mengukur diameter luaran ANGKUP
DALAM (internal calipers) mengukur diameter dalaman
Mengukur diameter 'luaran' sebuah bikar.
Mengukur diameter 'dalaman' sebuah bikar.
Pengukuran luas kawasan (Measurement of area)Luas (area)
sesebuah permukaan adalah luas kawasan di antara pinggir-pinggir
permukaan tersebut. Unit SI untuk luas adalah meter persegi (square
metres,m2).Luas dalam skala yang besar boleh diukur sebagai
kilometer persegi (square kilometres, km2). Manakala luas dalam
skala yang kecil pula boleh diukur dalam unit sentimeter persegi
(square centimetres, cm2) dan milimeter persegi (square
millimetres, mm2).1 cm2= 100 mm21m2= 10 000 cm21 km2= 1 000
000m2
Menganggarkan luas kawasan yang berbentuk sekata dan tidak
sekata.
Menganggar luas permukaan daun
Merujuk kepada rajah di atas, bentuk sehelai daun dilakarkan di
atas kertas graf. Setiap segiempat sama berkeluasan 1 cm2.Kawasan
yang meliputi segiempat sama yang penuh ditandakan sebagai A,
manakala kawasan yang mempunyai "lebih atau sama dengan 1/2
cm2segiempat sama", ditandakan sebagai B.
Kira bilangan setiap segiempat sama A dan B. Kemudian barulah
dikira anggaran luas permukaan daun tersebut.A414
B81/24
JUMLAH8 cm2
Contoh:
Bilangan tanda dalam kertas graf = 12Luas 1 segiempat sama
(persegi) = 1 cm2Luas permukaan daun = 12 cm2= 12 cm2
Pengukuran isipadu (Measurement of volume)Isipadu (volume)
sesuatu objek adalah ruang yang boleh diisi atau dikandungi oleh
objek tersebut. Unit SI bagi isipadu adalah meter padu (cubic
metres,m3).Isipadu juga boleh disukat dengan milimeter padu (mm3),
sentimeter padu (cm3), mililiter ( l ) dan liter ( l ).Isipadu
pepejal (solids) diukur dalam sentimeter padu (cm3) dan meter padu
(m3).
1 ml = 1 cm31l= 1000 cm3= 1000 ml1m3= 1 000 000 cm3= 1 000 000
ml
Mengukur isipadu cecair menggunakan pipet, buret dan silinder
penyukat.
Pipet & buret
Miniskus (miniscus) merkuri melengkung ke atas, manakala
miniskus air melengkung ke bawah.
Ralat parallax (Parallax error)
Kedudukan mata mestilah sama aras dengan miniscus cecair ketika
mengambil bacaan. Kedudukan mata yang salah akan menyebabkan ralat
parallax.
KEPENTINGAN UNIT PIAWAI (STANDARD UNITS)
Penggunaan unit piawai (standard units) dalam pengukuran boleh
memudahkan komunikasi antarabangsa dan kehidupan seharian
kita.Masalah mungkin timbul jika unit piawai tidak digunakan.
Sebagai contoh, harga sesuatu barang itu ditentukan berdasarkan
berat atau isipadu barangan tersebut. Jika unit berat atau isipadu
yang berbeza digunakan, ia akan menyebabkan kerumitan dalam
meletakkan harga barang tersebut.
Satu kilogram unit piawai bagi jisim adalah kuantiti jirim dalam
silinder aloi platinum-Iridium.
Oleh itu, apabila kita mengatakan sesuatu objek itu mempunyai
jisim 5 kg, sebenarnya ia merujuk kepada jumlah jirim objek
tersebut dalam bentuk silinder piawai (standard cylinder).Sebelum
Sistem Antarabangsa (International System, SI) diperkenalkan,
sistem unit piawai yang digunakan adalah 'foot-pound-second
(FPS)'.Dalam sistem unit ini, foot (kaki), pound (paun) dan second
(saat) digunakan sebagai unit piawaiuntuk mengukur panjang, jisim
dan masa.
Pelbagai unit pengukuran yang digunakan diseluruh
dunia;PengukuranUnit
PanjangInci, kaki, ela, rantai, batu meter, kilometer
LuasInci persegi, kaki persegi, ela persegi, ekar
IsipaduInci padu, kaki padu, ela padu, gelen
Jisim / beratPaun, auns, kati, tahil, gram, kilogram, tan,
pikul
Unit panjang, jisim, isipadu dan luas dalam Sistem Imperial
British adalah seperti berikut;Panjang12 inci = 1 kaki3 kaki = 1
ela22 ela = 1 rantai10 rantai = 1 furlong8 furlong = 1 batu5280
kaki = 1 batu1760 ela = 1 batuIsipadu1728 inci padu = 1 kaki padu27
kaki padu = 1 ela paduJisim437.5 hantap = 1 auns16 auns = 1 paun
(7000 hantap)14 paun = 1 pikulLuas144 inci persegi = 1 kaki
persegi9 kaki persegi = 1 ela persegi4840 ela persegi = 1 ekar640
ekar = 1 batu persegi
Sistem Imperial British kepada Sistem Metrik
1 inci = 25.4mm1 kaki3= 0.028 m3
1 kaki = 0.305 m1 gelen = 4.5 liter
1 batu = 1.6 km1 paun = 0.45 kg
1 kaki = 0.093 m1 tan = 1016 kg
1 ekar = 4046.9 m21 kati = 0.6 kg
Sistem Metrik kepada Sistem Imperial British
1 m = 3.3 kaki1 m3= 35.3 kaki3
1 km = 0.6 batu1 liter = 0.22 gelen
1 m2= 10.8 kaki21 g = 0.035 auns
1 hektar = 2.5 ekar1 g = 0.026 tahil
1 ml= 0.00006 inci31 kg = 1.65 kati
Pertukaran faktor unit dalam sistem unit piawai
Unit piawai pengukuran digunakan untuk tujuan yang berikut :
untuk membolehkan pengukuran yang diambil oleh ahli sains yang
berbeza supaya lebih selaras. untuk membolehkan pertukaran maklumat
menjadi lebih mudah dan kurang mengelirukan. untuk memperbaiki
koordinasi antara ahli sains dari tempat yang berbeza. untuk
membolehkan analisis dan perbandingan data yang berbeza menjadi
lebih mudah kerana unit yang sama digunakan. untuk mengelakkan
masalah yang berkaitan dengan penggunaan unit yang berbeza, seperti
penukaran unit.
Antara masalah yang akan timbul jika unit piawai tidak diguna
pakai antaranya adalah;Timbul masalah kejituan dan kepersisan
(accurate and precise) dalam pengukuran.Manusia dari negara-negara
berlainan akan menghadapi masalah komunikasi terutama dalam
interaksi seperti perdagangan dan pengangkutan.Kajian saintifik
yang dijalankan oleh para saintis sukar dibandingkan.
SEL SEBAGAI UNIT KEHIDUPAN
Apa itu SEL?Sel adalah unit yang paling ASAS kepada semua BENDA
HIDUP.Semua hidupan terdiri daripada sel.Sel bertindak seperti
sebuah kilang mikro dimana ia adalah tempat tindak balas kimia
berlaku agar organisma terus kekal hidup.
Sel-sel tumbuhan (Plant cells)
Sel-sel haiwan (Animal cells)
Bagaimana SEL berfungsi?Setiap sel mempunyai satu nukleus,
dimana nukleus mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai
asiddeoksiribonukleik (deoxyribonucleic acid, DNA). DNA adalah
struktur yang menyimpan semuamaklumat tentang aktiviti-aktiviti dan
fungsi-fungsi seluruh badan.
Perbezaan antara sel haiwan dan sel tumbuhan
Sel haiwan (Animal cells)
Sel tumbuhan (Plant cells)
Struktur asas SEL
SEL HAIWANSEL TUMBUHAN
KESAMAAN
PERBEZAAN