SAINS TAHUN 4 (SK) UNIT 1 KEMAHIRAN SAINTIFIK
SAINS TAHUN 4 (SK)
UNIT 1 KEMAHIRAN SAINTIFIK
Memahami Kemahiran
Proses Sains
1.MEMERHATIMenggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang objek atau fenomena.
MEMERHATIMenggunakan deria dengan berkesan.
Kenal pasti ciri umum sekumpulan item, ciri yang ganjil atau yang mempunyai kelainan.
Memerihalkan perbezaan, persamaan yang dikesan dan perubahan yang berlaku.
Menggunakan alat bagi membantu deria untuk membuat kajian terperinci.
2. MENGELASMenggunakan pemerhatian untuk mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan ciri yang sama.
MANUSIA
TUMBUHAN
HAIWAN
MENGELASMENGELAS
• Mengumpul dan menerangkan ciri berdasarkan sifat sepunya yang digunakan untuk pengelasan.
MENGELAS• Mengunpulkan objek-objek dalam
pelbagai cara sehingga peringkat terakhir.
3.MENGUKUR MENGGUNAKAN NOMBOR
Membuat penerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan nombor serta alat berunit piawai atau yang diseragamkan sebagai unit rujukan.
MENGUKUR MENGGUNAKAN NOMBOR
Mengira dan membandingkan bilangan item di dalam kumpulan yang berlainan dengan mudah.
Merekod fenomena dan membandingkan objek-objek dengan menggunakan nombor dan alat yang betul.
Mencatat bacaan dan unit dengan tepat dan betul.
Membandingkan masa, jarak, luas dan isi padu dengan unit yang berkaitan.
Menggunakan skala dan menerangkan nisbah.
4.MEMBUAT INFERENS
Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian.
MEMBUAT INFERENSMEMBUAT INFERENS
• Menggunakan maklumat daripada pemerhatian untuk membuat kesimpulan awal yang munasabah.
MEMBUAT INFERENS
• Membuat pelbagau tafsiran yang mungkin daripada satu pemerhatian.
5. MERAMALMembuat jangkaan awal tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman lalu atau berdasarkan data.
MERAMALMERAMAL
• Menggunakan maklumat yang lalu atau ketika itu untuk menyatakan apa yang mungkin akan berlaku.
MERAMAL• Mengekstrapolasi atau
menyisipkan data untuk membuat ramalan.
6.BERKOMUNIKASI
Menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam bentuk tulisan, lisan, jadual, graf, rajah atau model.
BERKOMUNIKASIBERKOMUNIKASI
• Menggunakan bahan rujukan daripada pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat.
BERKOMUNIKASI• Menulis laporan eksperimen yang jelas, tepat dan
lengkap supaya orang lain boleh mengulangi ekspeimen berkenaan.
7. MENGGUNAKAN PERHUBUNGAN RUANG DAN MASA
Memerihalkan perubahan parameter seperti lokasi, arah, bentuk, saiz, isi padu dan jisim dengan masa.
MENGGUNAKAN PERHUBUNGAN RUANG DAN MASA
Perhatian peubahan yang berlaku kepada ketulan ais yang diletakkan pada suhu bilik.
Akhirnya, bentuk ais menjadi tidak sekata dan saiznya mengecil. Jadi, perhubungan ruang dan masa dalam situasi di atas ialah perubahan bentuk dan saiz ais selepas 5 minit. Perubahan bentuk dan saiz dikenali sebagai parameter.
MENTAFSIR DATAMemberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan.
Mengumpulkan pelbagai data melalui pemerhatian untuk membuat pernyataan tentang maksudnya.
Menyatakan hubungan di antara maklumat.
MENDEFINISI SECARA OPERASI
Memberi taksiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan. Mentakrif istilah dalam konteks pengalaman sendiri. Membuat pernyataan apa yang dilakukan dan apa yang diperhatikan.
MENGAWAL PEMBOLEH UBAH
Mengenal pasti pemoleh ubah dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerakbalas dan pemboleh ubah yang dimalarkan.
Dalam sesuatu penyiasatan satu pemboleh ubah dimanipulasikan untuk memerhatikan hubungannya dengan pemboleh ubah bergerakbalas
Pada masa yang sama pemboleh ubah yang lain dimalarkan.
MEMBUAT HIPOTESIS
Membuat sesuatu penyatan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa.
Penyataan ini boleh diuji untuk menentukan kesahihannya.
MENGEKSPERIMEN Merancang dan menjalankan penyiasatan untuk menguji sesuatu hipotesis, mengumpulkan data, mentafsir data sehingga mendapat rumusan daripada penyiasatan itu.
Langkah-langkah mengeksperimen
.
MERANCANG EKSPERIMEN
• 1. Mengenal pasti masalah
• Adakah kuantiti air yang bertambah boleh mengurangkan masa garam lart di dalam air?
• Semakin bertambah kuantiti air, semakin berkurangan masa untuk garam larut.
2. Membuat hipotesis. • Dimanipulasi - kuantiti air.• Bergerak balas – masa
untuk garam larut.• Dimalarkan – kuantiti
garam, suhu air, cara mengacau dan jenis garam yang digunakan.
3. Menentukan pemboleh ubah.
• Bikar, sudu, 10g garam, kuantiti air yang berbeza (50ml, 100ml, 150ml, 200ml)
4. Menyenaraikan alat dan bahan.
MENJALANKAN EKSPERIMEN DAN MENGUMPUL DATA
Tuang kuantiti air yang berbeza (50ml, 100ml, 150ml, 200ml) ke dalam 4 bikar secara berasingan.
Masukkan 10g garam ke dalam bikar yang mengandungi 50ml air.
Kacau dan catatkan masa yang diambil untuk garam larut sepenuhnya.
Ulang langkah 2 hingga 3 bagi bikar yang mengandungi 100ml, 150ml dan 200ml air
Masa untuk garam larut dicatat dalam bentuk jadual. Data tersebut boleh dipersembahkan dalam bentuk carta palang.
MENTAFSIR DATA
Berdasarkan carta palang, masa untuk garam larut berkurangan apabila kuantiti air bertambah.
50 100 150 2000
0.5
1
1.5
2
2.5
3
3.5
4
4.5 masa (minit)
MEMBUAT KESIMPULAN Berdasarkan keputusan eksperimen dantafsiran data yang dibuat, hipotesis diterima.
MELAPORKAN KEPUTUSAN EKSPERIMEN
Membuat laporan eksperimen dengan lengkap.
MEMAHAMI KEMAHIRAN MANIPULATIF
Kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid melakukan perkara berikut:
Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat.
Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul.
Mengendalikan specimen dengan betul dan cermat.
Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.
Melakar specimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.
Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul.
Digunakan untuk mengamati benda-benda kecil sehingga lebih besar.
Letakkan mata selaras dengan skala yang hendak dibaca
Pakai sarung tangan makmal semasa mengendalikan bahan sains
Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat.
Semua bahan kimia perlu dilabelkan dan bertarikh
Menyimpan bahan-bahan yang berbahaya daripada haba dan cahaya matahari.
Pastikan penutup diketatkan pada bekas bagi mengelakkan kebocoran dan penyejatan kandungan.
Radas kecil seperti tabung specimen, piring petri, slaid mikroskop boleh disimpan dalam kotak, atau laci yang tertutup dan dilabel.
Mengendalikan specimen dengan betul dan cermat.
• Tumbuhan: mengambil hanya tumbuh-tumbuhan yang diperlukan ke makmal
• Specimen dikembalikan ke tempat asalnya
• Haiwan: letakkan haiwan kecil dalam piring petri.
• Jika masih hidup, bebaskan haiwan tersebut.
Melakar specimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat
1. Lukis dengan besar dan jelas supaya butir-butir penting mudah dibaca.
2. Labelkan di sisi gambar tanpa melintasi garisan label lain.
Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul
Bersihkan semua alat dengan betul dan berhati-hati selepas digunakan.
Bersihkan peralatan dengan sabun dan air untuk pembersihan asas.
Pastikan peralatan kering sebelum disimpan ke tempat asalnya.
Soalan: 1. Nyatakan langkah-langkah merancang eksperimen:
i. Mengenal pasti masalahii. Membuat hipotesis.iii. Menentukan pemboleh ubah.iv. Menyenaraikan alat dan bahan.
2. Nyatakan kemahiran manipulatif:I. Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat. II. Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul. III. Mengendalikan specimen dengan betul dan cermat.IV. Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.V. Melakar specimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.
Sekian Terima Kasih