INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) 1684 SAB C AH AHRUF DAN IMPLIKASI PENTAFSIRANNYA TERHADAP ASPEK AKIDAH: KAJIAN DALAM KHILAF AL-ITHBAT DAN AL-HADHF Ahmad Shahir bin Masdan (Corresponding Author), Mahmud Lutfi bin Abd Hadi, Muhammad Syafee salihin bin Hasan Hayati bt Husin. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). ABSTRAK Penurunan al-Quran dengan Sab c ah Ahruf ataupun tujuh huruf telah dikategorikan mengikut definisi kefahaman para Ulama yang telah disepakati sehingga ke hari ini. Tidak dinafikan ianya memberikan sumbangan penting dalam bidang pentafsiran al-Quran yang boleh memberikan implikasi kepada akidah, fiqh, bahasa dan lain-lain. Fokus kajian ini adalah tertumpu kepada satu kategori sahaja iaitu Ithbat dan Hadhf. Beberapa ayat al-Quran akan dikenal pasti dan dikaji implikasi pentafsirannya dari aspek akidah. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif iaitu dengan menganalisis hasil-hasil pengumpulan data dari kitab-kitab, buku-buku dan hasil tulisan ilmiah yang berkaitan. Setelah itu dihimpunkan bagi melihat perbezaan pentafsiran dan implikasi yang boleh diberikan. Hasil dapatan penulis mendapati perbezaan makna dalam khilaf tersebut tidak mengubah fakta sebenar dalam pentafsiran al-Quran bahkan saling memperkuatkan pemahaman terhadap ayat tersebut lebih-lebih lagi dapat memperkasakan akidah umat Islam. Justeru, diharapkan artikel ini dapat menonjolkan lagi sumbangan pentafsiran al-Quran melalui kategori-kategori dalam Sab c ah Ahruf terutamanya kategori Ithbat dan Hadhf dan menyuburkan lagi budaya keilmuan dalam masyarakat. Kata kunci: Sab c ah Ahruf, implikasi pentafsiran, akidah, Ithbat, Hadhf. 1. PENDAHULUAN Penurunan al-Qur’an sebagai mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.a.w dalam bentuk Sab c ah Ahruf ( Tujuh Huruf ) mempunyai daya penarik yang kuat kepada manusia untuk mengkaji, meneliti kandungan makna-maknanya dan seterusnya mengamalkannya di dalam kehidupan. Pendapat Fakhr al-Din al-Razi yang telah direkodkan oleh al-Suyuti di dalam kitabnya al-Itqan fi c Ulum al-Qur’an 1 , Sab c ah Ahruf bermaksud kepelbagaian kategori yang di dalamnya terdiri daripada bentuk-bentuk khilaf di dalam Qira’at 2 . 1 . Al-Suyuti, Jalal al-Din c Abd al-Rahman al-Suyuti, al-Itqan fi c Ulum al-Qur’an, 1987, Dar Ibn Kathir, Bayrut, hlm. 145. 1065
13
Embed
SABCAH AHRUF DAN IMPLIKASI PENTAFSIRANNYA …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1065-irsyad-2016.pdf · Penurunan al-Qur’an sebagai mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.a.w
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
1684
SABCAH AHRUF DAN IMPLIKASI PENTAFSIRANNYA TERHADAP ASPEK
AKIDAH: KAJIAN DALAM KHILAF AL-ITHBAT DAN AL-HADHF
Ahmad Shahir bin Masdan (Corresponding Author),
Mahmud Lutfi bin Abd Hadi,
Muhammad Syafee salihin bin Hasan
Hayati bt Husin.
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
ABSTRAK
Penurunan al-Quran dengan Sabcah Ahruf ataupun tujuh huruf telah dikategorikan mengikut definisi kefahaman
para Ulama yang telah disepakati sehingga ke hari ini. Tidak dinafikan ianya memberikan sumbangan penting
dalam bidang pentafsiran al-Quran yang boleh memberikan implikasi kepada akidah, fiqh, bahasa dan lain-lain.
Fokus kajian ini adalah tertumpu kepada satu kategori sahaja iaitu Ithbat dan Hadhf. Beberapa ayat al-Quran akan
dikenal pasti dan dikaji implikasi pentafsirannya dari aspek akidah. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif iaitu
dengan menganalisis hasil-hasil pengumpulan data dari kitab-kitab, buku-buku dan hasil tulisan ilmiah yang
berkaitan. Setelah itu dihimpunkan bagi melihat perbezaan pentafsiran dan implikasi yang boleh diberikan. Hasil
dapatan penulis mendapati perbezaan makna dalam khilaf tersebut tidak mengubah fakta sebenar dalam
pentafsiran al-Quran bahkan saling memperkuatkan pemahaman terhadap ayat tersebut lebih-lebih lagi dapat
memperkasakan akidah umat Islam. Justeru, diharapkan artikel ini dapat menonjolkan lagi sumbangan pentafsiran
al-Quran melalui kategori-kategori dalam Sabcah Ahruf terutamanya kategori Ithbat dan Hadhf dan menyuburkan
lagi budaya keilmuan dalam masyarakat.
Kata kunci: Sabcah Ahruf, implikasi pentafsiran, akidah, Ithbat, Hadhf.
1. PENDAHULUAN
Penurunan al-Qur’an sebagai mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.a.w dalam bentuk Sabcah
Ahruf ( Tujuh Huruf ) mempunyai daya penarik yang kuat kepada manusia untuk mengkaji,
meneliti kandungan makna-maknanya dan seterusnya mengamalkannya di dalam kehidupan.
Pendapat Fakhr al-Din al-Razi yang telah direkodkan oleh al-Suyuti di dalam kitabnya al-Itqan fi
cUlum al-Qur’an
1, Sab
cah Ahruf bermaksud kepelbagaian kategori yang di dalamnya terdiri
daripada bentuk-bentuk khilaf di dalam Qira’at2.
1. Al-Suyuti, Jalal al-Din
cAbd al-Rahman al-Suyuti, al-Itqan fi
cUlum al-Qur’an, 1987, Dar Ibn
Kathir, Bayrut, hlm. 145.
1065
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
1685
Ilmu Qira’at bukan sahaja memfokuskan kepada sesuatu bacaan atau sebutan sahaja,
bahkan peranannya melangkaui bidang-bidang lain antaranya ilmu tafsir, bahasa, feqah dan
sebagainya. Ulama terdahulu antaranya al-Suyuti (911H) telah meletakkan ilmu Qira’at sebagai
2. Pendapat Fakhr al-Din al-Razi berkenaan dengan maksud Sab
cah Ahruf :
a) Perselisihan pada isim (nama), sama ada ia mufrad atau jamac. Contohnya firman Allah s.w.t. :
) ), bacaan adalah dengan mufrad () , sementara bacaan lain ialah dengan jamac () .
b) Perselisihan pada wajah Icrab. Contohnya firman Allah s.w.t. : (, bacaan dengan
nasab () dan rafac () , sementara bacaan yang lain ialah dengan rafa
c () pada dan nasab pada
() .
c) Perselisihan pada wajab tasrif. Contohnya firman Allah s.w.t. :
() , dibaca dengan nasab Ba’ dan tanpa Alif selepasnya () , kasrah serta bertasydid serta Dal
sukun () , khilaf kedua ialah dengan bacaan rafac Ba’ dan kekal Alif selepasnya () serta fathah
cAin dan Dal () , sementara khilaf ketiga ialah dengan nasab Ba’ dan kekal Alif selepasnya () ,
kasrah cAin serta sukun Dal () .
d) Perselisihan sama ada mendahulukan atau mengkemudiankan. Contohnya firman Allah s.w.t. : (
, bacaannya adalah dengan mendahulukan mafcul dan mengkemudiankan fa
cil, sementara bacaan
yang lain ialah bacaan sebaliknya (.
e) Perselisihan pada ibdal (penukaran huruf). Contohnya firman Allah s.w.t. : () , dibaca dengan
huruf Zai, sementara bacaan lain ialah dengan huruf Ra’ () .
f) Perselisihan sama ada ithbat (menambah) atau hadhaf (membuang) huruf. Contohnya firman Allah
s.w.t. : () , dibaca dengan menambah perkataan () selepas kalimah () menjadikan
) (.
g) Perselisihan pada lahjah. Contohnya pada kalimah () , dibaca dengan sebutan tebal pada huruf Lam
dan bacaan lain dengan sebutan nipis. Begitu juga kalimah, dibaca dengan imalah,taqlil dan fathah () .
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
1686
salah satu ilmu yang wajib dikuasai oleh seseorang ahli tafsir untuk menafsirkan ayat al-Qur’an.
Ini adalah disebabkan wajah-wajah Qira’at akan mewujudkan pelbagai ragam pada makna ayat
tersebut seterusnya memberikan hukum-hakam yang berbeza. Tokoh-tokoh mufassirin terdahulu
seperti al-Tabari(310H) di dalam kitabnya Jamic al-Bayan
can Tafsir ay al-Qur’an dan Abu al-
Hayyan al-Andalusiy(745H) di dalam al-Bahr al-Muhit telah memberikan mengaplikasikan
wajah-wajah Qira’at dalam memberi variasi pentafsiran kepada sesuatu ayat.
Kajian ini akan menumpukan kepada satu jenis khilaf sahaja di dalam Sabcah Ahruf iaitu
Ithbat dan Hadhf. Beberapa ayat yang terdapat khilaf tersebut akan dikaji dari segi khilaf Qira’at
antara bacaan riwayat3 Hafs
can
cAsim
4 dengan bacaan riwayat yang lain berpandukan Tariq
ataupun kaedah yang disusun oleh Ibn al-Jazari5 ataupun Qira’at sepuluh. Seterusnya, dapatan
setiap khilaf akan dikaji implikasinya dari aspek akidah dengan berdasarkan pendapat para
mufassirin yang muktabar.
2 Definisi al-Ithbat dan al-Hadhf
2.1 Al-Ithbat dari sudut bahasa:
Perkataan Al-Ithbat ( ) dari segi bahasa bermaksud menetapkan ataupun mengekalkan6
yang berasal daripada perkataan ( ) yang memberikan maksud tetap7.
3. Kaedah tertentu yang disepakati yang disandarkan kepada seorang perawi sahaja dan tidak
dipengaruhi oleh manhaj Qira’at yang lain. Contohnya bacaan pada perkataan ( ) di dalam Surah al-
Ikhlas, ayat 4, Hafs can
cAsim sahaja yang membaca perkataan tersebut dengan huruf waw. Manakala
Qira’at yang lain dibaca dengan huruf hamzah ( ) . Lihat al-Munir Fi Ahkam al-Tajwid, 2010, Jamciyyah