waj3073 SENI DALAM PENDIDIKAN
i. Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian
1.0 Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni Visual
Mata Pelajaran:Pendidikan Seni VisuaTarikh : 9 Mac 2015lBidang:
Membentuk dan Membuat BinaanAktiviti: TopengTajuk: Haiwan
KesayanganMasa: 11.00 hingga 12.00 tengahari (1 jam)Tahun/Kelas:
Tahun 3 TekunTema : Objek BuatanStandard Kandungan : 3.3 Ekspresi
KreatifStandard Pembelajaran : 3.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan
secara kreatif.3.3.2 Menggunakan bahan seni visual dalam
penghasilan karya.3.3.3 Mengaplikasi proses dan teknik yang sesuai
dalam penghasilan karya. Objektif: Pada akhir pelajaran ini murid
akan dapat;i. membuat binaan topeng berdasarkan tema haiwan
kesayangan.ii.melakukan aktiviti melakar, menggunting dan menampal
hasil kerja mereka dengan betul.iii.menghargai hasil kerja tangan
mereka sendiriiv.mengenali bunyi dan pergerakan haiwan berdasarkan
topeng yang dibuat.Strategi Pengajaran & Pembelajaran :1)
Pedagogi: Kecerdasan pelbagai : Verbal Linguistik,Kecerdasan
pelbagai : Muzik, Simulasi2) Sumber P&P:Puzzle Kucing, Topeng
Haiwan, Video Lagu Bunyi Binatang, Laptop dan LCDAlat/bahan: i.
Guntingiii. Kad manila ii.Gam Teknik Penghasilan:
Guntingan/Cantuman/Tampalan/GamPengetahuan sedia ada: Mengetahui
haiwan-haiwan yang menjadi haiwan peliharaan di rumah.Nilai Murni:
i. Sikap bekerjasama dan tolong-menolong. ii. Sikap sayang kepada
haiwan.
Langkah/MasaIsi pelajaran/Isi kandunganAktiviti Pengajara dan
PembelajaranCatatan
Set Induksi(5 minit)Puzzle Haiwan
Contoh topeng haiwan
1. Guru memberi puzzle secara kumpulan bagi menyelesaikan puzzle
tersebut.2. Murid meneka gambar apa yang terbentuk pada puzzle
tersebut.3. Guru mengaitkan gambar tersebut dengan pelajaran hari
ini.4. Guru menunjukkan beberapa contoh topeng yang berbentuk
haiwan kepada murid. PuzzleTopeng
Langkah 1(10 minit)Bahan yang diagihkan:Kad manila,gunting,gam
dan gelang getah.
Cara membuat lakaran:
1.Guru memberi penerangan tentang cara-cara menghasilkan topeng
dan menyatakan bahan-bahan yang diperlukan.
2.Guru mengagihkan bahan-bahan kepada murid di samping
menekankan aspek kebersihan dan keselamatan semasa melakukan
aktiviti.
3.Murid melakar gambar muka haiwan di atas kad manila mengikut
idea masing-masing sambil dibimbing oleh guru.
Teknik Penghasilan:Lakaran
Bahan:kadManila
Langkah 2(15 minit)Cara menggunting:1. Semasa menggunting,
pastikan mengikut garisan lakaran yang telah dibuat.2. Bagi
bahagian mata dan telinga, tebukkan sedikit dan kemudian gunting
seperti langkah yang pertama tadi.
1.Guru menunjukkan cara- cara menggunting mengikut lakaran yang
telah dibuat tadi.2. Setelah itu, murid sendiri menggunting lakaran
mereka masing-masing.1. Kemudian, guru menunjukkan cara menebuk
lubang bahagian mata dan membentuk sepasang mata haiwan yang mereka
buat.2. Selepas itu, murid diminta menebuk pada bahagian telinga
topeng haiwan yang telah mereka buat.3. Guru membimbing murid
memasukkan getah pada lubang telinga topeng untuk membolehkan
dilekatkan pada bahagian telinga murid.Teknik Penghasilan:
guntingan
Bahan:Gunting
Penerapan :Seni Visual
Langkah 3(15 minit)Cara Menampal/ Mencantum/ Mengam:1. Sebelum
menampal kertas warna, topeng tadi telah diwarnakan mengikut warna
yang sesuai. 2. Kertas warna juga telah digunting terlebih dahulu
mengikut kreativiti masing-masing untuk ditampal pada permukaan
topeng.3. Semasa aktiviti ini dijalankan boleh menggunakan teknik
kolaj untuk menampal, mencantum dan mengam.
1.Guru membimbing murid membuat kemasan secara kreatif pada
topeng muka haiwan
1. Murid diminta untuk mewarna bentuk muka haiwan yang telah
dilukis dengan padanan warna yang sesuai.2. Guru menunjuk cara
menampal dan gamkan topeng dengan kertas warna agar lebih cantik
dan menarik . 3. Guru membantu murid yang kurang mahir
menampal.Teknik Penghasilan:Tampalan/Cantuman/GamKolaj
Kaedah:Tunjukcara
Penerapan :Seni Visual
Langkah 4(10 minit)Aktiviti memakai topeng dan membunyikan bunyi
haiwan tersebut.
Arahan diberikan oleh guru bagaimana menjalankan aktiviti
ini.
Contoh:Bunyi Itik Kuek..kuek..Pergerakan itik Berjalan sambil
menggerakkan kedua-dua belah tangan seperti kepak itik.
1. Apabila sudah siap ,guru meminta semua murid memakai topeng
masing-masing.2. Beberapa orang murid diminta ke hadapan kelas
dalam keadaan bertopeng untuk mempamerkan hasil mereka kepada
kawan-kawan yang lain.
3. Guru juga meminta murid berbunyi dan mengayakan pergerakan
seperti haiwan yang dilukis pada topeng. Nilai;Sayang pada
binatang.
Kaedah:Simulasi
Kecerdasan pelbagai:Verbal Linguistik
Penerapan:Muzik dan Pendidikan Jasmani
Penutup(5 minit)Memainkan lagu Bunyi Haiwan
1. Guru menayangkan slaid lagu Bunyi Haiwan.2. Murid dan guru
menyanyi bersama sambil mengayakan pergerakan binatang tersebut.3.
Guru dan murid membersihkan kelas selepas selesai
menyanyi.Nilai:Kebersihan
Kecerdasan pelbagai:Muzik
Pergerakan:Lokomotor dan Bukan lokomotor