RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3
Tahun : 3 RajinTarikh : 24 September 2014Masa : 9.10 10.10 pagi
( 60 minit)Bidang : Membentuk dan membuat binaanAktiviti :
MobailTema : Alam semulajadiTajuk : Lingkaran ularJenis-jenis media
: Alat gunting : Bahan gam, tali benang, kad manila, oil pastel dan
lidi sateBahan bantu mengajar : Contoh mobailElemen Merentas
Kurikulum : Kreativiti dan inovasiKemahiran bernilai tambah :
Kemahiran berfikir
STANDARD KANDUNGAN
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual seperti bentuk,
ruang, kepelbagaian, imbangan, serta ritma dan pergerakan yang
terdapat pada objek alam semulajadi dan karya seni dalam
penghasilan mobail.2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa
seni visual menerusi penggunaan media dan teknik dalam penghasilan
mobail. 3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan
teknologi dalam penghasilan mobail.4. Apresiasi terhadap karya
sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan
budaya.
STANDARD PEMBELAJARAN3.1 Persepsi estetik Murid dapat mengenal,
menamakan, dan memahami bahasa seni visual yang ada pada
mobail.3.1.1 Unsur seni3.1.1.1 Bentuk konkrit3.1.1.2 Ruang nyata
3.1.2 Prinsip rekaan3.1.2.1 Imbangan simetri atau tidak simetri
atau gabungan imbangan3.1.2.2 Kepelbagaian bentuk3.1.2.3 Ritma dan
pergerakan susun atur objek pada mobail3.2 Aplikasi seni Murid
dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta
proses dan teknik dalam penghasilan mobail.3.2.1 Mengenal dan
menyatakan jenis-jenis media3.2.1.1 Alatan gunting3.2.1.2 Bahan
gam, tali benang dan kad manila, oil pastel dan lidi sate3.2.2
Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam
penghasilan karya.3.3 Ekspresi kreatif Murid dapat mengaplikasikan
pengetahuan, kefahaman bahasa seni visual, media, serta kemahiran
teknik dan proses dalam menghasilkan mobail.3.3.1 Memilih dan
memanipulasi bahan secara kreatif.3.3.2 Mengaplikasikan proses dan
teknik yang bersesuaian dalam penghasilan mobail lingkaran
ular.3.3.3 Menggunakan bahasa seni visual : bentuk, ruang, imbangan
serta ritma dan pergerakan dalam penghasilan karya3.4 Apresiasi
seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
dengan memberikan penekanan pada bahasa seni visual.3.4.1
Mempamerkan hasil karya mobail yang dihasilkan.3.4.2 Menceritakan
karya sendiri dan rakan secara lisan.3.4.3 Menggantungkan mobail
yang dihasilkan.Objektif pembelajaran : 1. Murid dapat menyatakan
dan menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam membuat mobail
lingkaran ular. 2. Murid dapat menghasilkan lingkaran ular
menggunakan bahan yang diberi. 3. Murid dapat membuat apresiasi
berpandukan bahasa seni visual yang telah dipelajari.
LANGKAH/MASASTANDARD PEMBELAJARANAKTIVITI/ILUSTRASI
AKTIVITICATATAN
SET INDUKSI(5 minit) Guru memulakan pengajaran dengan satu
peraturan iaitu grab the star. Guru bermula berinteraksi dengan
murid mengenai haiwan yang paling ditakuti. Guru bersoal jawab
dengan murid mengenai haiwan yang dipilih.SOALAN1. Kenapa kamu
takut dengan ular?JAWAPAN 1. Berbisa.
Guru mengaitkan dengan tajuk pembelajaran iaitu Membuat mobail
lingkaran ular
Grab the star Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap
kumpulan mestilah berkerjasama sepanjang proses pembelajaran dan
pengajaran yang dijalankan. Murid berinteraksi dengan guru dan
menyatakan haiwan yang paling ditakuti. Murid menjawab soalan guru
dengan pengetahuan sedia ada dan pengalaman yang pernah dilalui.
Murid tahu apa yang dipelajari untuk hari ini.Teori : Teori
konstuktivisme, teori behaviorisme
Pendekatan : Pendekatan deduktif
Strategi : Kemahiran berfikir, Kontruktivisme, Pembelajaran
koperatif
Teknik : Bersoal jawab
Kaedah : Kaedah kumpulan
LANGKAH 1(10 minit)
Persepsi estetik Guru menunjukkan contoh mobail yang sebenar
yang ada di dalam kelas. Guru menunjukkan mobail lingkaran ular
yang telah siap. Guru menyatakan definisi mobail yang bersifat
terapung dan boleh bergerak.
Guru berinteraksi dengan murid mengenai bahasa seni visual yang
ada pada mobail. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai bahasa
seni visual yang telah dibincangkan tadi. SOALAN1. Unsur seni apa
yang terdapat pada contoh mobail ini?2. Apa prinsip rekaan yang ada
pada contoh mobail ini?3. Apakah corak yang ada pada badan ular
ini?4. Apakah bahan yang boleh digunakan untuk menggantungkan
objek?JANGKAAN JAWAPAN1. Unsur seniBentuk.Warna.2. Prinsip
rekaanImbangan.Ritma dan pergerakan.3. Corak separuh bulatan.4.
Tali, dawai dan benang.
Murid melihat contoh mobail yang ditunjukkan. Murid berinteraksi
dengan guru mengenai asas seni reka yang terdapat pada mobail
tersebut. Murid menyatakan unsur seni dan prinsip rekaan
yang ada pada mobail tersebut.
BBM : Contoh mobail, mobail lingkaran ular
Kaedah : kaedah terus
Teknik : soal jawab, penerangan
Strategi : Kemahiran berfikir (asas seni reka)
Pendekatan : Pendekatan berpusatkan murid, pendekatan Chapman
(pemerhatian)
LANGKAH 2(15 minit)
Aplikasi seni Guru menyatakan media yang akan digunakan dalam
penghasilan mobail lingkaran ular. Guru melakukan demonstrasi cara
menghasilkan mobail Lingkaran ular.
Langkah 11. Melakar lingkaran ular pada kertas lukisan / papan
putih.Langkah 22. Mewarna atau menampal kertas warna untuk menghias
lingkaran ular.3. Menggunting mengikut garisan lingkaran
ular.Langkah 34. Mengikat tali pada bahagian ekor ular dan pada
lidi sate untuk digantung sebagai mobail.
Murid mendengar penerangan oleh guru mengenai jenis media yang
akan digunakan. Jenis media tersebut :Alat : guntingBahan : gam,
tali, benang, kad manila, oil pastel dan lidi sate. Murid melihat
demonstrasi oleh guru dalam menghasilkan lingkaran ular.
Teknik : Demonstrasi
Pendekatan : Berpusatkan bahan
Kaedah : Tunjuk cara
BBM : Alat : guntingBahan : gam, tali, benang, kad manila, oil
pastel dan lidi sate.
LANGKAH 3(25 minit)
Ekspresi kreatif
Guru meminta murid memulakan aktiviti membuat lingkaran ular
mengikut lima kumpulan kecil tadi. Guru memantau proses penghasilan
murid. Guru membimbing murid. Guru memberi star mengikut tahap
proses kerja murid secara berkumpulan.
Murid menghasilkan lingkaran ular dalam kumpulan kecil. Murid
menghasilkan mobail lingkaran ular berpandukan cara yang
ditunjukkan oleh guru dari langkah 1-3 secara berkumpulan. Murid
menggunakan kreativiti dan meneroka sendiri idea dalam menghasilkan
mobail.
Strategi : Konstruktivisme (pengalaman dan pengetahuan sedia
ada), Pembelajaran koperatif
Kaedah : kaedah kumpulan
Pendekatan : Pendekatan chapman (Penerokaan, penghasilan)
Teori : Kecerdasan pelbagai (Visual ruang).
Nilai : Kesabaran, kerjasama
EMK : Kreativiti dan inovasi
PENUTUP (5 minit)
Apresiasi seni Guru membuat contoh apresiasi terhadap karya
murid. Guru memilih beberapa orang murid untuk membuat apresiasi
terhadap karya sendiri dan karya rakan.Aspek kognitif Guru membuat
rumusan terhadap apa yang telah diajar untuk hari ini.Aspek sosial
Guru bersoal jawab dengan murid mengenai perasaan yang dirasai
ketika melakukan aktiviti ini.REFLEKSI : Kesemua murid dapat
mengikuti dan mencapai objektif pembelajaran 1 hingga 3 dengan
baik. Peraturan grab point berjalan dengan berkesan sehingga tamat
sesi pengajaran guru dan murid dapat dikawal dengan baik.
Murid mempamerkan mobail kumpulan masing-masing. Murid
menceritakan pengalaman menghasilkan mobail. Murid menggantung
mobail di dalam kelas. Murid menyatakan apa yang telah apa yang
telah difahami sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Murid menyatakan perasaan semasa melakukan aktiviti
ini.
KBT : Kemahiran berfikir, Menilai perbandingan
Nilai : Menghargai keindahan, Membuat banding beza
Pendekatan : Pendekatan Chapman (apresiasi)
Teori : Kecerdasan pelbagai (Interpersonal)
Kaedah : Verbal-linguistik