1.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) Tahun : 5 Al Farabi Tarikh/Masa : 25 Ogos 2013 / 8.40 9.40 pagi – Bilangan Murid : 35 orang Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tajuk : Perayaan di Malaysia Fokus Utama : 1.1 berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonansi dan nada yang sesuai. Aras : Aras 1: i. Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai. Fokus Sampingan : 1.2 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi yang betul dan memahami petikan yang dibaca. Aras : Aras 2: i. Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca. : 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk. : Aras 3: i. menyediakan perenggan dengan mengguna ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan. Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat : i. Menyatakan tentang pengalaman mereka menyambut perayaan secara lisan. ii. Membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan mengenai perayaan di Malaysia.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Tahun : 5 Al Farabi
Tarikh/Masa : 25 Ogos 2013 / 8.40 – 9.40 pagi
Bilangan Murid : 35 orang
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tajuk : Perayaan di Malaysia
Fokus Utama : 1.1 berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonansi dan nada yang sesuai.
Aras : Aras 1:
i. Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai.
Fokus Sampingan : 1.2 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi yang betul dan memahami petikan yang dibaca.
Aras : Aras 2:
i. Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca.
: 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
: Aras 3:
i. menyediakan perenggan dengan mengguna ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan.
Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat :
i. Menyatakan tentang pengalaman mereka
menyambut perayaan secara lisan.
ii. Membaca dan menyatakan 5 isi penting secara
lisan mengenai perayaan di Malaysia.
iii. menulis karangan pendek mengenai pengalaman
mereka menyambut perayaan masing-masing
dengan menggunakan ayat majmuk yang betul.
Kemahiran Bahasa : i. Bertutur
ii. Menulis
iii. Mendengar
Sistem Bahasa : i. Sistem ejaan
ii. Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk
iii. Sebutan dan Intonasi
Pengisian Kurikulum: i. Ilmu : Bahasa Melayu, Kebudayaan
ii. Nilai Murni : Kesenian, menghayati, menghormati dan Menghargai
iii. Peraturan Sosiobudaya : Kesantunan bahasa dalam pertuturan
Kemahiran Bernilai Tambah: Kecerdasan Pelbagai, Kemahiran Belajar Cara Belajar, Kemahiran Berfikir, Kontekstual
Bahan Bantu Mengajar : Power point, buku latihan dan alat tulis
Pengetahuan Sedia Ada : Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalaman mereka mengenai perayaan yang terdapat di Malaysia dengan cara berdialog dan membina ayat dengan menggunakan ayat mudah.
LANGKAH/ ISI AKTIVITI P&P CATATAN
MASA PELAJARAN
Set Induksi
(5 minit)
Murid
ditayangkan
power point
yang berkaitan
dengan jenis-
jenis perayaan
yang terdapat di
Malaysia.
i) Murid diminta untuk melihat
paparan power point dan
menghayatinya.
ii) Murid diminta untuk
membezakan jenis perayaan
mengikut kaum dan
menceritakan pengalaman
mereka.
iii) Guru menjelaskan tujuan
aktiviti dan tajuk pengajaran
yang akan diajari pada hari
itu.
KB :
-menghubungkait
-membuat inferens
BCB:
-menonton dengan
aktif
BBB :
-power point
Langkah 1
(15 minit)
Guru memberi
teks cerita yang
bertajuk
“Perayaan Di
Malaysia”
melalui power
point
i) murid dikehendaki untuk
menekan salah satu pautan
yang disediakan.
ii) murid diminta membaca
petikan itu secara individu
dengan kuat dan mengikut
intonansi serta gaya yang
betul.
iii) murid-murid yang lain
dikehendaki mendengar dan
meneliti teks sambil
memahami petikan tersebut.
iv)kemudian guru
menanyakan soalan kepada
murid berkaitan dengan
petikan tersebut.
KB :
-membuat inferens
BCB :
i) membaca
dengan intonansi
yang betul.
ii) mendengar
dengan aktif.
BBB :
- teks cerita
- power point
Langkah 2
(15 minit)
Guru
mengadakan
perbincangan
kumpulan
antara murid-
murid dan
melakukan
pembentangan
melalui power
point.
i) murid dibahagikan kepada
beberapa kumpulan.
ii) murid diminta untuk berada
dalam kumpulan dan
membuat perbincangan.
iii) murid dikehendaki
membentangkan perbezaan
antara perayaan yang
terdapat di Malaysia dan
bandingkan dengan
pengetahuan dan
pengalaman mereka.
iv) kemudian kumpulan yang
berjaya menyiapkan dahulu
akan membentangkan hasil
perbincangan mereka dan
mereka akan mendapat
ganjaran.
v) guru menanyakan soalan
yang berkaitan dengan tajuk
dan pengetahuan sedia ada
mereka idea
BBB : power point
KB :
-menghubungkait
-menjana idea
BCB :
- Memproses
maklumat dan
melaporkan
maklumat.
KP :
-verbal linguistik
- visual
- intrapersonal
- interpersonal
Nilai :
-kerjasama
-hormat-
menghormati
BBB :
-power point
Langkah 3
(20 minit)
Guru memberi
latihan kepada
murid-murid.
i)guru terlebih dahulu
menanyakan kepada murid
sekiranya mereka masih tidak
memahami tajuk pengajaran
pada hari tersebut.
KB :
-menjana idea
-menghubungkait
Aktiviti
Pengayaan:
Menulis
karangan
pendek
berdasarkan
tajuk yang
diberi.
Aktiviti
Pemulihan:
Menyudahkan
petikan yang
diberikan
dengan mengisi
tempat kosong.
ii)guru memberi latihan
kepada murid iaitu membuat
karangan pendek mengenai
perbezaan perayaan di
Malaysia.
iii)guru membimbing
kumpulan murid yang
memerlukan pemulihan
dengan menyediakan teks
cerita yang perlu
dilengkapkan dengan mengisi
tempat kosong.
-membuat inferens.
BCB :
-mengumpul
-memproses
- mencatat dan
melaporkan
maklumat.
KP :
-intrapersonal
-interpersonal
visual
- verbal-linguistik.
Nilai :
-bekerjasama
-menghargai
BBB :
-kertas latihan
Penutup
(5 minit)
Guru membuat
rumusan
mengenai
pengajaran
yang telah diajar
dan
menanyakan
soalan kepada
i)murid digalakkan supaya
mengumpul maklumat
tambahan daripada bahan-
bahan yang lain bagi
menambahkan pengetahuan
mereka.
ii)murid juga menyatakan
murid akan apa
yang mereka
telah pelajari.
Guru juga
menayakan
nilai-nilai murni
yang terdapat
semasa sesi
pengajaran dan
pembelajaran
nilai-nilai murni yang telah
dipelajari pada hari tersebut.
Nilai-nilai murni :
-Menghargai
-Bersyukur
-Menghormati
-bekerjasama
BAHAN :
Hari Raya Aidilfitri
Hari Raya merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut agama Islam.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan.
Sepanjang bulan Ramadan umat islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan
sembahyang terawih pada sebelah malamnya. Zakat fitrah wajib dikeluarkan
sebelum 1 syawal di mana Hari Raya Aidilfitri dirayakan. Hari Raya disambut dengan
penuh kesyukuran. Umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi
untuk mengeratkan silaturahim. Rumah terbuka akan diadakan bagi mempersilakan
tetamu datang berkunjung.
Tahun Baru Cina
Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang
menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Orang Cina percaya
ada 12 binatang yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus , lembu, harimau, arnab,
naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap binatang ini
memberi signifikan dan tuahnya tersendiri.
Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai
untuk makan bersama.Tujuannya adalah untuk mengeratkan jalinan hubungan
sesama keluarga. Ahli kelurga yang telah berumahtangga akan memberi ‘angpau’
kepada saudara mara dan sahabat yang belum berumahtangga. ‘Angpau’ membawa
pengertian kesejahteraan yang berpanjangan, ianya sejenis sampul berwarna merah
dan diisi dengan sejumlah wang. Buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan
kemestian yang perlu ada semasa merayakan Tahun Baru Cina.
Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa dimainkan dari rumah
ke rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang meraikan
perayaan tersebut. Penutup kepada perayaan Tahun baru Cina ialah perayaan Chap
Goh Meh.
Perayaan Deepavali
Perayaan ini disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya dirayakan pada bulan gelap
bernama ’aippasi’ pada bulan Oktober dan November. Deepavali bermaksud
‘sebarisan pelita’. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan