Tarikh:3 April 2015
Hari:Jumaat
Waktu / Masa:10:35 pagi 11:35 pagi (60 minit)
Tahun:5 Jaya
Bilangan Murid: / 33
Bidang Pembelajaran:Nombor dan Operasi
Tajuk:Bahagi hingga 1 000 000
Standard Kandungan:Murid dibimbing untuk:5.2Penyelesaian
masalah
Standard Pembelajaran:Murid berupaya untuk:(i) Menyelesaikan
masalah harian melibatkan pembahagian dua nombor.
Hasil Pembelajaran:Di akhir pembelajaran, 1) murid berpencapaian
sederhana dan tinggi dapat menjawab dengan tepat 3 daripada 4
soalan penyelesaian masalah harian melibatkan pembahagian sebarang
nombor hingga 1 000 000 dengan nombor satu digit.
2) Murid berpencapaian rendah dapat menjawab dengan tepat 2
daripada 4 soalan penyelesaian masalah harian melibatkan
pembahagian sebarang nombor hingga 1 000 000 dengan nombor satu
digit.
Pengetahuan Sedia Ada:Murid telah mempelajari; (i) Membahagi
sebarang nombor hingga 1 000 000 dengan nombor satu digit, dua
digit, 100 dan 1000.
Kemahiran Berfikir:Membuat perkaitan, menganalisis, kreatif
EMK:Keusahawanan
Nilai: Adil, teliti, bekerjasama, bertanggung jawab, saling
membantu, kreatif
RANCANGAN PENGAJARANMATEMATIK
Fasa / MasaIsi Kandungan / Cadangan AktivitiCadangan
KomunikasiCatatan
Persediaan
Pemerhatian dan Analisis
( 10 minit)
1) Beberapa orang murid dipilih untuk menjadi pelakon dan
pencerita.
2) Murid tersebut diberikan skrip lakonan dan dikehendaki
melakonkan watak yang diberikan.
3) Murid melakonkan cerita Pada Zaman Dahulu...
1) Lakonkan watak ini.
2) Apakah pengajaran yang terdapat dalam cerita ini?
3) Apakah kebaikan yang akan diperoleh sekiranya kita
mengamalkan berkongsi dengan adil.
4) Mengapa sikap tamak perlu dihindarkan daripada diri
manusia?
5) Berapa biji pisang yang sepatutnya diterima oleh Sang Kancil,
Kura-kura dan Monyet?
6) Bagaimana kamu mendapat jawapan tersebut?
7) Operasi apakah yang kamu gunakan?
8) Apakah perkaitan antara kongsi dan adil dengan bahagi.
Strategi:Berpusat kan murid dan bahan
KB:Membuat perkaitan
Nilai:Adil
Imaginasi
Penjanaan Idea
( 20 minit)
1) Setiap murid dibekalkan Chrome Book untuk diguna pakai.
2) Murid dikehendaki mencari laman sesawang www.google.com dan
mencari penyelesaian masalah bahagi Tahun 5.
1) Sila layari laman sesawang www.google.com
2) Sila taip Penyelesaian masalah bahagi murid
Fasa / MasaIsi Kandungan / Cadangan AktivitiCadangan
KomunikasiCatatan
Sintesis Idea
3) Murid dikehendaki membuka laman sesawang Penyelesaian masalah
bahagi (murid) SlideShare http://www.slideshare.net/ainun
bariah/penyelesaian-masalah-bahagi-soalan-murid
4) Murid diingatkan mengenai strategi CUBES dalam penyelesaian
masalah.
5) Murid dikehendaki mengaplikasi strategi CUBES dalam soalan
penyelesaian masalah bahagi ini.
3) Buka laman sesawang SlideShare tersebut.
4) Masih ingatkah kamu dengan strategi penyelesaian masalah
matematik CUBES.
5) Kamu perlu mengaplikasikan strategi CUBES dalam soalan
ini.
Strategi:Berpusatkan murid dan bahan
KB:Menganalisis
Nilai: Saling membantu Yakin diri
Fasa / MasaIsi Kandungan / Cadangan AktivitiCadangan
KomunikasiCatatan
6) Murid digalakkan berbincang secara berpasangan.
Soalan 1
7) Setelah murid mengeluarkan maklumat penting dengan
menggunakan strategi CUBES, guru dan murid akan berbincang mengenai
soalan tersebut.
8) Murid dipaparkan slide PowerPoint bagi menyemak jawapan
murid.
9) Murid dibimbing untuk mengeluarkan maklumat apa yang mereka
faham melalui pembacaan dan pengamatan mereka.
6) Kamu hanya perlu mengeluarkan maklumat soalan tersebut
berdasarkan strategi CUBES.
7) C- Circle the key numbers(Bulatkan angka kunci)
8) U Underline the question(Gariskan soalan)
9) B - Box any Maths action words(kotak pada kata kerja
Matemamatik)
10) E - Eliminates unnecessary information(Potong maklumat yang
tidak diperlukan)
11) S - Solve and Check!(Selesaikan dan semak!)
12) Apa yang kamu faham berdasarkan soalan tadi?
Fasa / MasaIsi Kandungan / Cadangan AktivitiCadangan
KomunikasiCatatan
10) Murid dibimbing dalam menyemak jawapan secara langkah demi
langkah.
11) Langkah 5 hingga 10 diulang dengan soalan yang lain
pula.
Soalan 2
Fasa / MasaIsi Kandungan / Cadangan AktivitiCadangan
KomunikasiCatatan
Soalan 3
Fasa / MasaIsi Kandungan / Cadangan AktivitiCadangan
KomunikasiCatatan
Soalan 4
Fasa / MasaIsi Kandungan / Cadangan AktivitiCadangan
KomunikasiCatatan
Perkemba -ngan
Penambah -baikan
( 15 minit)1) Murid akan bermain permainan berstesen dan tugasan
Tangram yang akan membentuk tangram T.
2) Setiap kumpulan diedarkan satu sampul yang berisi templat
tangram, kad arahan, kepingan tangram yang belum dicantumkan dan
kertas pengiraan bagi membuat pengiraan di stesen
masing-masing.
3) Murid dikehendaki membaca kad arahan yang diberikan
4) Ahli dalam setiap kumpulan dikehendaki ke stesen
masing-masing.
5) Di setiap stesen, akan ada 8 orang daripada kumpulan yang
berbeza. Mereka dikehendaki berbincang cara bagaimana untuk
menyelesaikan masalah tersebut.
6) Murid digalakkan berkolaborasi antara satu sama lain dan
saling membantu sewaktu menyiapkan tugasan.
7) Setelah murid mendapat jawapan, mereka dikehendaki pulang ke
kumpulan masing-masing dan memilih kepingan kertas jawapan yang
telah disediakan.
8) Dalam kumpulan, murid perlu menyusun tangram tersebut
sehingga menjadi bentuk T.
Cadangan susunan
9) Murid perlu kreatif dalam menyusun kepingan tangram
tersebut.
10) Murid perlu menampal jawapan jalan pengiraan dan kepingan
tangram pada huruf T pada ruangan yang telah disediakan di atas
kertas sebak.1) Hari ini kita akan bermain tangram T.
2) Baca kad arahan yang diberikan.
3) Pastikan kamu bekerjasama semasa melakukan aktiviti
berkumpulan ini.
4) Ketua kumpulan tentukan siapa yang akan menjawab soalan di
stesen 1, 2, 3 dan 4.
5) Lakukan pengiraan atas helaian kertas yang disediakan.
6) Setelah selesai menjawab di stesen masing-masing, pulang ke
kumpulan masing-masing.
7) Pilih jawapan kamu di kepingan tangram tersebut.
8) Susun kesemua kepingan jawapan tangram menjadi huruf T.
9) Kamu perlu kreatif dalam menyusun kepingan tangram
tersebut.
10) Tampal jawapan jalan pengiraan kamu dan kepingan tangram
pada huruf T pada kertas sebak yang telah disediakan.
11) Akhir sekali kamu akan mendapati, sebuah tangram huruf T
yang berwarna warni.
Strategi:Berpusat kan murid
KB:Kreatif
EMK:Keusaha-wanan
BBB:Tangram, kertas sebak, gam
Nilai: Bekerja sama Bertanggung jawab Saling membantu
kreatif
4) Tindakan
Pelaksanaan Amalan Berterusan
( 10 minit) 1) Murid dikehendaki melengkapkan soalan pada
lembaran kerja.
2) Soalan lembaran kerja ialah berdasarkan soalan di stesen
tadi.
3) Setiap ahli kumpulan akan mengajar ahli kumpulannya yang lain
berdasarkan soalan yang telah mereka jawab di stesen tadi.
4) Kumpulan yang telah siap dibenarkan untuk menyemak jawapan di
laman web.
5) Murid menaksir jawapan yang diberikan oleh mereka dengan
cadangan jawapan guru.
6) Murid yang telah siap, guru akan memberikan lembaran kerja
pengayaan.
1) Lengkapkan latihan ini dengan teliti.
2) Murid yang menjawab soalan di stesen 1 akan mengajar ahli
kumpulannya untuk soalan 1.
3) Murid yang menjawab soalan di stesen 2 akan mengajar ahli
kumpulannya untuk soalan 2 dan begitulah seterusnya.
4) Kumpulan yang telah siap, boleh layari
http://www.slideshare.net/ainunbariah/penyelesaian-masalah-bahagi-semak-jawapan
untuk menyemak jawapan.
5) Jawapan untuk soalan 3 dan 4 tidak di muat naik kerana cikgu
mahu seorang murid tunjukkan bagaimana kamu mendapat jawapan
tersebut.
BBB:Lembaran kerja murid
Nilai:- Teliti
Penutup
( 5 minit)
1) Murid dikehendaki menggunakan Chrome Book untuk maklumat
berkenaan strategi lain selain daripada kaedah CUBES penyelesaian
masalah bahagi ini.
2) Cari maklumat berkenaan langkah-langkah dalam Model
Penyelesaian Masalah Polya (1945).
3) Murid dikehendaki menyatakan apakah langkah-langkah dalam
Model Penyelesaian Masalah Polya.
4) Langkah penyelesaian masalah Polya tersebut akan dipelajari
pada sesi P&P seterusnya.1) Selain daripada strategi CUBES yang
telah kamu pelajari, terdapat pelbagai cara lain untuk
menyelesaikan masalah.
2) Cari maklumat berkenaan langkah-langkah dalam Model
Penyelesaian Masalah Polya (1945).
3) Cuba nyatakan apakah langkah-langkah dalam Model Penyelesaian
Masalah Polya.
i) Memahami masalahii) Merangka strategiiii) Melaksanakan
strategiiv) Menyemak jawapan
4) Kita akan menggunakan langkah-langkah penyelesaian Model
Polya pada sesi P&P yang seterusnya.Strategi:Berpusat kan
bahan
BBB:Chrome Book
Pentaksiran
Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan lisan guru,
menyelesaikan aktiviti berkumpulan serta berjaya menjawab soalan
pada lembaran kerja dengan betul.