Matapelajaran : Bahasa MalaysiaKelas: Tahun 3Tema: Alam Ceria
Hidup SejahteraTajuk: Mesra Alam Standard Kandungan : 1.3
Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap sesuatu arahan
soalan dan pesanan yang didengar dengan betul.
Standard Pembelajaran: 1.3.1 Mendengar, memahami dan memberikan
respons yang sesuai secara lisan atau gerak laku terhadap arahan
berdasarkan ayat perintah jenis ayat permintaan dan ayat perintah
jenis ayat suruhan dengan betul.
Kemahiran Literasi: 2.1 Menyebut, membaca dan memahami perkataan
yang mengandungi suku kata tertutup.
Objektif Pembelajaran: Murid berkeupayaan untuk :
Menguasai : 1. Mendengar dan memberi respons secara lisan
terhadap arahan berdasarkan ayat perintah dengan betul.
2. Memberi respons yang sesuai secara gerak laku terhadap arahan
berdasarkan ayat perintah dengan betul.
Tidak Menguasai:
1. Menyebut dan memahami perkataan suku kata tertutup dengan
sebutan yang betul.
EMK: Kreativiti dan Inovasi
Nilai Murni: Menghargai Alam Sekitar
BBB/Media: kad bacaan, ICT, lirik lagu
LangkahAktiviti PdPCatatan
Set Induksi
(5 minit)
1. Murid dipaparkan lirik lagu melalui slaid Murid
diperdengarkan lagu Alam Gembira. 2. Murid menyanyi lagu Alam
Gembira.
2. Bersoal jawab tentang haiwan yang terdapat dalam lirik
lagu.Teknik :NyanyianSesi soal jawab
BBB :Lirik lagu
Langkah 1
(15 minit)1. Murid mengecam perkataan berwarna berdasarkan lirik
lagu.
2. Murid menyanyikan semula lagu Alam Gembira sambil bergerak
mengikut lirik lagu tersebut.
Teknik :NyanyianSesi soal jawabKreativiti dan inovasi
BBB :Lirik lagu
Langkah 2
(15 minit)
Aktiviti tidak menepati SP
Murid yang Tidak Menguasai
1. Murid menyebut perkataan dan membaca perkataan suku kata
tertutup yang diwarnakan.
Murid yang Telah Menguasai
1. Murid menyebut frasa yang digariskan dalam lirik lagu yang
didaparkan dan diperdengarkan.
2. Murid mengecam dan menyebut frasa dalam ayat yang terdapat
dalam lirik lagu.
3. Murid bersoal jawab dengan guru untuk menerangkan maksud
frasa tersebut.
BBB :Lirik Lagu
Teknik :
Latih Tubi
Langkah 3
(15 minit)
Murid yang Tidak Menguasai
1. Murid menyebut perkataan suku kata tertutup berdasarkan
gambar.
Murid yang Telah Menguasai
1. Guru memberi arahan.
2. Murid yang dipilih mengambil kad lalu mengarahkan murid lain
memberi respons secara gerak laku terhadap arahan.
3. Murid diberi lembaran kerja.
BBB :Slaid gambar, Lampiran 1
Teknik :Memberi arahan-meminta seorang murid mengambil kad
secara rawak .-murid membaca kad arahan dan meminta murid lain
membuat gerakan haiwan tersebut.
Penutup(8 minit)
1. Murid menyanyi lagu Bunyi Binatang.BBB : Lirik Lagu
Teknik :Didik hibur
Penilaian:1. Mendengar dan memberi respons secara lisan terhadap
arahan berdasarkan ayat perintah dengan betul.
2. Memberi respons yang sesuai secara gerak laku terhadap arahan
berdasarkan ayat perintah dengan betul.
3. Menyebut dan memahami perkataan suku kata tertutup dengan
sebutan yang betul.
Lampiran 1Lembaran Kerja
Nama: ______________________Tarikh: ____________
Isi tempat kosong berdasarkan gambar yang diberi.