Bidang : Menggambar Tahun : 3 Modul : Bidang Menggambar Aktiviti : Kolaj Tema : Alam Semula Jadi Tajuk : Bunga Masa : 60 minit Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mempelajari teknik melukis dan kolaj serta mengenali jenis-jenis bunga. Hasil Pembelajaran : Pada akhir sesi PdP murid dapat: 1. Memilih, menyusun dan memanipulasi bahan secara kreatif. 2. Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, berkeyakinan diri, kekemasan da kebersihan serta menghargai alam sekitar. 3. Meningkatkan minat, daya kreativiti dan imaginasi dalam kegiatan seni visual. FAKHRIYAH SAID [PPG21578/12]
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Bidang : Menggambar
Tahun : 3
Modul : Bidang Menggambar
Aktiviti : Kolaj
Tema : Alam Semula Jadi
Tajuk : Bunga
Masa : 60 minit
Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mempelajari teknik melukis dan
kolaj serta mengenali jenis-jenis bunga.
Hasil Pembelajaran : Pada akhir sesi PdP murid dapat:
1. Memilih, menyusun dan memanipulasi bahan
secara kreatif.
2. Mengamalkan nilai-nilai murni seperti
bekerjasama, berkeyakinan diri, kekemasan da
kebersihan serta menghargai alam sekitar.
3. Meningkatkan minat, daya kreativiti dan imaginasi
dalam kegiatan seni visual.
4. Menghasilkan karya gambar bunga daripada kulit
telur dengan teknik kolaj.
Media : Alat : berus lukisan, pembaris, pensel
Bahan: kulit telur, gam ‘UHU’ , warna poster atau cat
arkilik, kertas warna
Bahan Bantu Mengajar : i. Persembahan powerpoint maksud kolaj dan
FAKHRIYAH SAID [PPG21578/12]
Bidang : Menggambar
bahan yang diperlukan untuk membuat kolaj.
ii. Contoh gambar yang menggunakan teknik kolaj.
iii. Klip video ‘Bunga Berkembang’
EMK : Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi
STANDARD KANDUNGAN :
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu rupa, jalinan, warna,
kepelbagaian, dan kontra yang terdapat dalam alam semulajadi, objek
buatan manusia, dan karya seni dalam penghasilan gambar dengan
teknik kolaj.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi
penentuan media dan teknik dalam aktiviti menghasilkan gambar teknik
kolaj.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam
penghasilan gambar teknik kolaj.
4. Apresiasi terhadap karya seni sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni
visual, sejarah seni dan budaya.
STANDARD PEMBELAJARAN :
1.1 Persepsi Estetik
Murid dapat mengenal, menamakan dan menyatakan bahasa seni visual
yang ada pada kolaj.
1.1.1 Unsur seni
1.1.1.1 Rupa- organik atau geometri atau gabungan rupa.
1.1.1.2 Jalinan – sentuh dan tampak.
FAKHRIYAH SAID [PPG21578/12]
Bidang : Menggambar
1.1.1.3 Warna – primer atau sekunder atau kedua-dua warna.
1.1.2 Prinsip rekaan
1.1.2.1 Kepelbagaian - bahan
1.1.2.2 Kontra - warna
1.2 Aplikasi Seni
Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media serta
proses dan teknik dalam penghasilan kolaj.
1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis media
1.2.1.1 Alat – berus lukisan, pembaris, pensel
1.2.1.2 Bahan – kertas warna, kulit telur, warna poster/cat arkilik
dan gam ‘uhu’
1.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam
penghasilan karya.
1.2.2.1 Teknik – kolaj
1.3 Ekspresi Kreatif
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni
Visual, media serta serta proses dalam penghasilkan karya.
1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif.
1.3.2 Menggunakan bahasa seni cisual dalam penghasilan karya.
1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan
karya.
1.4 Apresiasi Seni
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual.
1.4.1 Mempamer hasil karya yang dihasilkan
1.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri secara lisan
FAKHRIYAH SAID [PPG21578/12]
Bidang : Menggambar
1.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI
Set Induksi (3minit)
Guru menayangkan klip video bunga berkembang.
(ppt cth kolaj.pptx)
Guru bersoal jawab dengan murid:
bunga apakah yang terdapat dalam klip video itu.
apakah perasaan kamu bila melihat bunga-bunga
Ini?
Persepsi Estetik (7 minit)
Guru bersoal jawab dengan murid tentang bahasa
seni visual yang ada dalam klip video ini.
Guru menerangkan pengertian kolaj beserta contoh-
contoh kolaj.
Guru memberitahu murid bahawa mereka akan
membuat aktiviti kolaj yang bertajuk “Bunga”. pada
hari ini dengan menggunakan bahan terbuang iaitu
kulit telur.
Rujuk slaid 1 ppt
Nilai :
Menghargai ciptaan
Tuhan.
Rujuk ppt slide 2 – 6
ppt cth kolaj.pptx
Aplikasi Seni (10)
Murid dibahagikan kepada kumpulan berpasangan.
Guru memperkenalkan media yang digunakan.
Rujuk Langkah2.pptx
FAKHRIYAH SAID [PPG21578/12]
Bidang : Menggambar
Guru menunjukkan langkah-langkah menghasilkan
kolaj bunga.
Langkah 1 – melakar gambar bunga di atas
kertas warna yang dipilih.
Langkah 2 – mewarnakan kulit telur.
Langkah 3 – kulit telur dipecahkankan menjadi
cebisan kecil.
Langkah 4 – menampal kulit telur pada gambar
bunga dengan gam ‘uhu’.
Ekspresi Kreatif (30 minit)
Murid mengeluarkan bahan/media yang telah
dipesan oleh guru pada minggu lalu.
Murid menghasilkan kolaj dengan bimbingan guru
seperti langkah-langkah yang telah ditunjukkan.
Murid bekerjasama dalam kumpulan menghasilkan
kolaj mengikut kreativiti masing-masing.
Nilai :
Bekerjasama
KBKK:
Menjana idea
Apresiasi Seni (5 minit)
Murid menghantar hasil karya mereka.
Guru memanggil tiga orang murid mempamerkan
hasil karya seni kolaj dan menceritakan hasil karya