RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 3 (KSSR)
Mata Pelajaran:Pendidikan JasmaniModul:KemahiranAspek:1
Kemahiran PergerakanStandard Kandungan:Kemahiran Asas Permainan 1.7
Berkebolehan melakukan kemahiran asas permainan kategori jaring
dengan lakuan yang betul.Standard Pembelajaran:1.7.4Melakukan
pukulan kilas (lob) menggunakan alatan.2.7.5Mengenal pasti
kemahiran dalam kategori jaring.5.4.3Bekerjasama semasa melakukan
aktiviti fizikal.Tarikh:19 Februari 2014Masa:8.30 pagi 9.00
pagiTahun:3 CergasBilangan Murid:L-9P-8Penerapan nilai:Memberi
kerjasama kepada rakan dan guru.Kemahiran berfikir:Memberi sebab
terhadap kejayaan dalam permainan.Strategi utama:KontekstualBahan
sumber pengajaran dan pembelajaranBahan Sumber P &
PBilanganBahan Sumber P & PBilangan
Belon2Skitel kecil4
Wisel1Gelung17
Hand Catcher17Raket17
Bulu tangkis3Laptop1
Jaring badminton4Pembesar suara1
Skitel besar5Lagu Ten Little Indians1
Bahagian/MasaAktivitiFokus Pembelajaran & Organisasi
KelasCatatan
Permulaan( 5 minit )1. Kehadiran2. Kesihatan3. Pakaian
Follow Me, Opposite Me
Kehadiran murid direkodkan. Guru memberi perhatian kepada murid
yang tidak sihat. Guru memastikan pakaian murid seragam dan
kemas.
Fokus PembelajaranMemanaskan badan dan regangan untuk mewujudkan
kesediaan diri.Organisasi Kelas1. Guru memperkenalkan permainan
Follow Me, Opposite Me kepada semua murid.2. Murid-murid
dikehendaki berada dalam satu bulatan yang besar.3. Apabila wisel
dibunyikan, murid-murid dikehendaki berada dalam keadaan sedia.4.
Kemudian, murid-murid perlu bertindak mengikut arahan yang
diberikan oleh guru.
Murid-murid berada di dalam satu bulatan.
Petunjuk: Murid
Ciri StrategiMenghubungkait( Relating)
BSPP1. Wisel
CatatanMenerusi aktiviti ini, murid-murid dapat
menghubungkaitkan kepentingan perkara-perkara berikut:a. mewujudkan
kesediaan diri.b. mematuhi arahan guru.
Bahagian/MasaAktivitiFokus Pembelajaran & Organisasi
KelasCatatan
Perkembangan( 10 minit )Aktiviti 1:
ColourDash
Fokus PembelajaranMelakukan pukulan Lob menerusi permainan
kecil.
Organisasi Kelas Murid-murid telah dibahagikan kepada empat
kumpulan. Kumpulan A akan bertentang dengan kumpulan B manakala
kumpulan C akan bertentang dengan kumpulan D. Dalam setiap
kumpulan, setiap ahli kumpulan akan diberikan kertas warna yang
berlainan dan dilekatkan pada baju iaitu, biru, kuning, hijau dan
merah. Kawasan pergerakan setiap pemain akan dihadkan mengikut zon
iaitu zon A, zon B, Zon C dan Zon D. Sesiapa yang keluar dari
kawasan pergerakan yang ditetapkan akan dikira fault. Duit syiling
digunakan untuk menentukan pasukan yang akan melakukan servis dan
melakukan penghantaran secara lob. Setiap kali penghantaran, bulu
tangkis tidak boleh dihantar kepada warna yang sama. Sebagai
contoh, murid A1 daripada kumpulan A telah menghantar bulu tangkis
kepada murid B1(warna Biru) daripada kumpulan, ahli sekumpulan A
tidak boleh menghantar bulu tangkis kepada murid B1(warna Biru)
bagi hantaran seterusnya. Jikalau berulangan, maka akan dikira
kalah dan point akan diberi kepada kumpulan lain. Mereka yang gagal
membuat hantaran lob juga akan dikira kalah. Sekiranya bulu tangkis
dijatuhkan di kawasan pihak lawan, maka kumpulan yang satu lagi
akan mulakan dengan servis. Permainan akan dimulakan sebaik sahaja
wisel ditiupkan.
Ciri StrategiMengalami(Experiencing)
BSPP1. Wisel2. Bulu Tangkis3. Jaring Badminton4. Raket.
CatatanMenerusi aktiviti ini murid-murid dapat mengalami1.
Perlakuan pukulan Lob yang betul dan tepat.2. Perlakuan pukulan Lob
dengan alat ganti.
Bahagian/MasaAktivitiFokus Pembelajaran & Organisasi
KelasCatatan
KUMPULAN BKUMPULAN D
KUMPULAN CKUMPULAN A
Petunjuk:
1. Jaring2. Murid yang memakai baju yang dilekatkan dengan
kertas biru.3. Murid yang memakai baju yang dilekatkan dengan
kertas merah.4. Murid yang memakai baju yang dilekatkan dengan
kertas kuning.5. Murid yang memakai baju yang dilekatkan dengan
kertas hijau.
Bahagian/MasaAktivitiFokus Pembelajaran & Organisasi
KelasCatatan
Aktiviti 2:
TerbangkanBelonFokus PembelajaranMelakukan hantaran Lob dengan
alat ganti racket iaitu hand catcher dan alat ganti bulu tangkis
iaitu belon.
Organisasi Kelas Murid telah dibahagikan kepada empat kumpulan
iaitu kumpulan A1, A2, B1 dan B2. Kumpulan A1 dan A2 akan dijadikan
satu pasukan iaitu pasukan A manakala kumpulan B1 dan B2 dijadikan
pasukan yang satu lagi iaitu pasukan B. Setiap murid akan memakai
hand catcher sebegai alat ganti racket sepanjang permainan
dijalankan. Murid-murid akan mengambil posisi di kawasan
masing-masing iaitu kawasan A1, A2, B1 dan B2. Duit syiling
digunakan untuk menentukan pasukan yang akan melakukan servis
Penghantaran secara lob sahaja boleh digunakan sepanjang permainan
dijalakankan untuk menghantar belon kepada ahli pasukan. Murid akan
cuba menghantar belon kepada pihak lawan untuk mengalahkan pihak
lawan, sekiranya belon jatuh di kawasan pihak lawan maka pihak
lawan dikira kalah. Contohnya, murid dari kumpulan A1 akan
bekerjasama dengan murid kumpulan A2 untuk mengalahkan pihak lawan
iaitu pasukan B dan terbaliknya. Permainan akan dimulakan sebaik
sahaja wisel ditiupkan.
BSPP1. Wisel2. Hand Catcher3. Jaring Badminton4. Belon
Bahagian/MasaAktivitiFokus Pembelajaran & Organisasi
KelasCatatan
Kawasan B1Kawasan A1
Kawasan A2Kawasan B2
Petunjuk:
1. Jaring Badminton
2. Murid
Bahagian/MasaAktivitiFokus Pembelajaran & Organisasi
KelasCatatan
Kemuncak(8 minit)
Menyerang Kubu
Fokus PembelajaranPermainan bersyarat.
Organisasi Kelas Murid-murid dibahagikan kepada dua pasukan
(Hijau dan Kuning). Satu pasukan terdiri daripada lapan orang murid
dan satu pasukan lagi terdiri daripada sembilan orang murid.
Kawasan permainan dibahagikan kepada dua, iaitu Zon A dan Zon B.
Pasukan Hijau berada dalam Zon A manakala Pasukan Kuning berada
dalam Zon B. Tiga biji bulu tangkis akan diberikan kepada pasukan
yang akan melakukan servis. (Duit syiling digunakan untuk
menentukan pasukan yang akan melakukan servis) Apabila wisel
dibunyikan oleh guru, tiga orang dari pasukan (Hijau) tersebut
membuat servis serentak dari zon mereka (Zon A). Pasukan lawan
(Kuning) cuba menangkap bola yang diservis oleh pasukan (Hijau) dan
terus membuat pukulan lob dari zon mereka (Zon B). Setiap pemain
dikehendaki berada dalam kawasan gelung masing-masing semasa
permainan dijalankan. Satu skitel besar akan diberi kepada pasukan
lawan sekiranya bola gagal ditangkap atau pemain daripada pasukan
tersebut berada di luar gelung semasa permainan dijalankan. Pasukan
yang berjaya mendapat skitel besar terbanyak dikira sebagai
pemenang.
Ciri StrategiMemindahkan (Transfering)BSPP1. Wisel2. Skitel
kecil3. Skitel besar4. Gelung5. Bulu tangkis6. Raket7. Jaring
badminton
CatatanMenerusi aktiviti ini murid-murid dapat memindahkan:a.
kemahiran pukulan lob ke arah pasukan lawan.b. kemahiran yang
dikuasai dalam situasi permainan bersyarat berkomunikasi dengan
rakan dan mengamalkan nilai kerjasama dalam kumpulan.
Bahagian/MasaAktivitiFokus Pembelajaran & Organisasi
KelasCatatan
Petunjuk:1. Pasukan Hijau2. Pasukan Kuning3. Jaring4. Gelung5.
Skitel kecil6. Skitel besar sebagai mata pasukan masing-masing
Penutup(7 minit )Ten Little Indians
Fokus PembelajaranKualiti pergerakan semasa menyejukkan
badan.
Organisasi Kelas1. Murid-murid membuat satu bulatan yang
besar.2. Permainan dimulakan dengan pemain-pemain menyanyi sambil
melakonkan pergerakan.
Ciri StrategiMenghubungkait(Relate)
BSPP1. Pembesar suara2. Laptop3. Lagu Ten Little Indians
Bahagian/MasaAktivitiFokus Pembelajaran & Organisasi
KelasCatatan
One little, two little, three little IndiansFour little, five
little, six little IndiansSeven little, eight little, nine little
IndiansTen little Indian boys.
3. Satu demi satu pemain akan menggoyangkan tangan dan juga
pergelangan tangan apabila Little dinyanyikan.4. Pemain akan pusing
kepala dari kanan ke kiri dan dari kiri ke kanan.apabila Indians
dinyanyikan.
PerkataanPergerakan
Little
Indians
Catatan:Menerusi aktiviti ini murid dapat menghubungkaitkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada mengenai kualiti pergerakan
semasa menyejukkan badan.
Bahagian/MasaAktivitiFokus Pembelajaran & Organisasi
KelasCatatan
Soal-jawab dan rumusan isi pelajaran1. Murid-murid memberi
pandangan dan menjawab soalan-soalan bertumpu dan bercapah mengenai
kemahiran pukulan lob di dalam aktiviti.2. Antara soalan-soalan
yang dilontarkan adalah seperti berikut:i. Apakah otot utama yang
digunakan dalam kemahiran pukulan lob? pectoralis majorii. Di
manakah poin sentuhan pukulan pada raket?iii. Ke mana bulu tangkis
tadi dipukul?3. Isi pelajaran mengenai kemahiran pukulan lob dalam
permainan badminton dihuraikan.
Catatan:Menerusi aktiviti ini murid dapat menghubungkaitkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada dengan kemahiran yang
dipelajari.
1