1 LAPORAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN DAN JUSTIFIKASI CoRT 1 Nama Ahli Kumpulan: Bil Nama No. Matrik 1 (K) Ang You Koon DB100502 2 Cho Siow Yeng DB100551 3 Hong Sur Chang BD100677 4 Kong Woon Siew DB100555 5 Lim Siew Hui BD100488 TUGASAN KUMPULAN: Kumpulan 10 NAMA PENSYARAH: Dr TAN KING HYIANG
35
Embed
Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains
Rph dan justifikation sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains UTHM CoRt 1 1. Ang You Koon 2. Cho Siow Yeng 3. Hong Sur Chang 4. Kong Woon Siew 5. Lim Siew Hui
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
LAPORAN RANCANGAN PELAJARAN
HARIAN DAN JUSTIFIKASI
CoRT 1 Nama Ahli Kumpulan:
Bil Nama No. Matrik
1 (K) Ang You Koon DB100502
2 Cho Siow Yeng DB100551
3 Hong Sur Chang BD100677
4 Kong Woon Siew DB100555
5 Lim Siew Hui BD100488
TUGASAN KUMPULAN: Kumpulan 10
NAMA PENSYARAH: Dr TAN KING HYIANG
2
Isi kandungan
Perkara Muka Surat
Penghargaan 1
Pengenalan CoRT 1 2 - 5
7 Teknik CoRT 1 6 - 7
Rancangan Mengajar Harian 8 - 18
Laporan CoRT 1 19 – 23
Kesimpulan 24 – 25
Lampiran 1 26
Lampiran 2 27
Lampiran 3 28
Lampiran 4 29
Manual Penggunaan BBM 30 – 45
Refleksi 46- 47
Rujukan 48
3
Kami bersyukur dapatlah kumpulan kami menyiapkan tugasan yang telah
diberikan pada masa yang telah ditetapkan.
Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima
kasih kepada pensyarah kami iaitu Dr. Tan King Hyiang kerana telah banyak
memberikan tunjuk ajar, panduan dan bantuan kepada kumpulan kami
sepanjang menjalankan tugasan.
Di samping itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada
pustakawan UTHM dan pembantu-pembantu lain yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam membantu kami menjalankan tugasan.
Akhir sekali, kami juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan yang turut sama membantu secara langsung atau tidak langsung
dalam membuat tugasan dan laporan di UTHM.
Semoga segala tunjuk ajar dan bantuan kalian dapat diaplikasikan pada
masa hadapan dan kami amat menghargainya. Pengalaman ini merupakan satu
pengalaman baru dan cukup menarik bagi kumpulan kami yang tidak akan kami
lupakan.
Sekian, terima kasih.
4
Pengenalan CoRT 1
Kemahiran Berfikir menggunakan Alat CoRT 1 diperkenalkan oleh Edward De Bono.
Beliau dilahirkan di Malta, sebuah negara kepulauan di Laut Mediterranean. Beliau
berkelulusan D.Phill. Perubatan dari Universiti Oxford serta Ph.D dari Universiti
Cambridge.
Program CoRT juga dikenali sebagai Cognitive Research Trust mengandungi 6
bahagian CoRT, iaitu;
1. CoRT 1 : keluasan persepsi.
2. CoRT 2 : organisasi proses berfikir.
3. CoRT 3 : interaksi, argumen, pemikiran kritis.
4. CoRT 4 : pemikiran kreatif.
5. CoRT 5 : maklumat dan perasaan.
6. CoRT 6 : tindakan.
Panduan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan
alat kemahiran berfikir ini telah disediakan dengan menggunakan CoRT 1. Terdapat tujuh
teknik asas dan teknik panduan bagi CoRT 1.
Marcapada ini, Alat-alat berfikir merupakan alat yang dapat membantu manusia
menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Alat-alat ini menjadikan
pemikiran manusia lebih tersusun, luas, jelas dan kita tidak berburu-buru melakukan
sesuatu. Ketrampilan berfikir secara kritis dan kreatif dapat diwujudkan dengan bantuan
alat-alat berfikirini.
Alat-alat berfikir membolehkan manusia melihat sesuatu fakta,idea,isi dan konsep
secara visual dan holistik. Manusia juga dapat meninjau hubungan di antaranya di dalam
satu rangka teratur. Kajian-kajian menunjukkan bahawa alat-alat ini mengukuhkan cara
pemikiran sambil merangsangkan pembelajaran yang bermakna. Ia membantu murid dan
5
guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Alat-alat Berfikir ialah instrument yang
membantu manusia berfikir dan mengurus proses pemikiran secara visual dan terkawal.
Antara alat berfikir termasuklah Soalan dan penyoalan,Peta minda,Pengurusan
Grafik dan CoRT Alat-alat ini digunakan oleh manusia untuk membolehkan berfikir
secaramendalam dan berkesan mengenai sesuatu kemahiran berfikir. Alat ini tidak
berfungsi tanpa kemahiran berfikir yang releven. Di samping itu, alat-alat ini terdiri
daripada pelbagai corak atau jenis, dan juga soalan-soalan. Kebiasannya,
Soalan bergantung kepada situasi , konteks, isi kandungan. Ia juga boleh digelar sebagai
Pengurusan Lisan.
Definisi CoRT
CoRT adalah singkatan bagi perkataan “Cognitive Research Trust”. CoRT menggalakkan
individu untuk berfikir secara meluas.
Alat Berfikir : Cognitive Research Trust 1 ( CoRT 1 )
Dalam bahagian pelajaran berfikir CoRT 1 ini terdapat tujuh alat berfikir yang boleh kita
gunakan dalam proses berfikir untuk meluaskan persepsi sebelum membuat keputusan
atau untuk menyelesaikan masalah. Alat-alat tersebut ialah:
1. Baik. Buruk dan menarik [Plus Minus Interesting (PMI)]
B – BAIK (Plus) : Perkara yang difikirkan baik bagi sesuatu idea.
B – BURUK (Minus) : Perkara yang difikirkan tidak baik bagi sesuatu idea.
M – MENARIK (Interesting): Perkara yang tidak termasuk dalam plus dan minus tetapi
menarik tentang sesuatu idea.
Alat-alat ini boleh digunakan dalam sesi sumbangsaran, perbincangan atau apabila kita
berfikir tentang sesuatu idea. Sebelum sesuatu keputusan dibuat, sebaiknya kita harus
menggunakan alat ini bagi mendapatkan keputusan yang terbaik.
6
2. Ambil kira dalam semua faktor [Consider All Factors (CAF)]
Dalam kehidupan, kita sering menemui keadaan yang memerlukan kita membuat pilihan,
keputusan atau rancangan untuk menjayakan cita-cita kita. Untuk tujuan ini alat berfikir
CAF boleh digunakan bagi membantu kita membuat keputusan yang sesuai untuk masa
kini dan masa akan datang. Apabila menggunakan CAF, kita akan menyenaraikan semua
faktor yang terbabit dalam sesuatu idea untuk memilih mana-mana yang sangat berkaitan
dan penting sahaja.
3. Kesan Mengikut Jangka Masa [Consequence and Sequel (C&S)]
Kita sering membuat inovasi dalam kehidupan seharian sama ada dengan mencipta,
mengubahsuai atau melaksanakan sesuatu pendapat dan cara hidup. Begitu juga dalam
mencipta peraturan atau alatan, yang semuanya menuju kepada memajukan diri kita dari
semasa ke semasa. Apa sahaja yang kita lakukan perlulah difikirkan sebaik mungkin agar
ia sesuai dengan kehendak semasa. Untuk tujuan ini alat berfikir C&S sesuai digunakan.
Kita juga perlu memikirkan kesan-kesan lain akibat rancangan kita itu, iaitu kesan kepada
orang lain, masyarakat dan juga alam sekitar.
4. Tujuan, Matlamat dan Objektif [Aims, Goals and Objectives (AGO)]
Setiap apa yang kita lakukan sudah tentu ada alasan dan sebabnya. Mungkin kerana ia
hobi kita atau kita membuat kerana terpengaruh dengan orang lain atau untuk mendapat
pujian dari orang ramai. Ada kalanya kita melakukan sesuatu kerana ada tujuan tertentu
ataupun untuk mencapai sesuatu objektif atau matlamat. Sekiranya kita tahu apa
sebenarnya matlamat kita dalam melakukan sesuatu, ini memudahkan kita untuk
mencapainya.
5. Kepentingan Utama Didahulukan [First Important Priority (FIP)]
Setelah kita menggunakan alat-alat berfikir PMI, CAF, C&S, dan juga AGO, timbul
masalah untuk membuat pemilihan di antara banyak faktor, objektif dan kesan-kesan
yang telah kita senaraikan bagi sesuatu perkara atau rancangan yang kita lakukan. Untuk
7
tujuan pemilihan ini kita terpaksa memilih sebahagian sahaja dan meninggalkan
sebahagian yang lain kerana tidak mungkin kita dapat lakukan semua itu secara serentak.
6. Aternatif, Kemungkinan dan Pilihan [ Alternatives, Possibilities and choices
(APC)]
Apabila kita perlu mengambil sesuatu tindakan terhadap sesuatu perkara ataupun
membuat sesuatu, kita rasa seperti tidak ada banyak pilihan. Alat berfikir (APC) ini
mencadangkan kepada kita agar berusaha mencari pelbagai pilihan dan kemungkinan
supaya kita dapat melihat idea atau perkara. Ini bertujuan agar kita dapat melihat idea
atau isu tersebut dengan pandangan yang luas dan dari beberapa sudut pandangan.
Daripada banyak pilihan dan kemungkinan yang disenaraikan barulah kita pilih untuk
menggunakan alat FIP yang telah dibincangkan sebelum ini.
7. Pandangan Orang Lain [Other People’s View (OPV)]
Salah satu aspek dalam kemahiran berfikir ialah kebolehan kita mengetahui apa
pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara yang kita lakukan, terutama yang
berkaitan dengan orang lain. Alat OPV ini perlu digunakan oleh semua orang terutama
pemimpin di semua peringkat sama ada Guru Besar ataupun guru-guru yang mempunyai
pelajar sebagai orang yang dipimpinnya. Kita perlu mendengar pandangan orang lain
dalam sesuatu hal yang kita putuskan supaya keputusan itu nanti mendapat sokongan dan
kerjasama semua pihak. Sebenarnya, apa sahaja yang kita fikirkan juga akan difikirkan
oleh orang lain, cuma pendapatnya kadang kala berbeza.
8
Cort 1 ada 7 teknik
Bil Teknik Cort Langkah Perlaksanaan Contoh
Perlaksanaan
1
PMI (Plus Minus Interesting)
disebut PMI (Baik Buruk
Menarik)
Luas fikiran tentang
cadangan, idea dengan :-
senaraikan semua
yang baik,
buruk,menarik
membuat keputusan
berdasarkan penilaian
di atas
Jangkamasa
sekolah dilanjut
kepada pukul 5
petang
2
CAF (Consider All Factors) ambil
kira semua faktor sebelum buat
keputusan
senaraikan semua
faktor
membuat
pertimbangan setiap
faktor (serentak –
baik/buruk)
menentukan
keputusan
Semua pelajar
Universiti
memakai uniform
3
C & S (Consequence and Sequel)
Kesan dan akibat
meneliti kesan jangka
panjang dan pendek
yang akan berlaku utk
tindakan yg diambil.
kesan ikut jangka
masa
a) j/masa terdekat = 5
tahun
b) j/masa panjang > 5
tahun
Komputer
menggantikan guru
4
AGO (Anis, goals,objective)
Tujuan,matlamat, objektif
mesti jelas elak terpesong
sentiasa fokus dan
menumpukan
perhatian kepada
Rancangan Hari
Kantin.
Apakah AGOnya?
9
bersifat khusus(spesifik)
bersifat realistic dan boleh
diukur (guna kata kerja)
**AGO yang baik – terdapat pkr
tindakan yang komprehensif
(jelas)
***digunakan bersama CAF dan
C&S
tujuan asal dengan
bertanya apa AGO
rancangan kita?
(senaraikan seberapa
banyak yang boleh rancang
dan menilai semua idea dari
pelbagai sudut dan
perspektif ).
5
FIP (First,Important,Priorities)
Utama, Penting, Prioriti
mengenalpasti dan
menentukan yang
terpenting yang
perlukan tindakan
(keutamaan).
Merancang
perbelanjaan
bulanan
6
APC (Alternative,
Possibilities,Choices)
Alternatif,Kemungkinan,Pilihan
Memikirkan beberapa
kemungkinan serentak
dalam menyelesaikan
masalah.
Kemerosotan
pencapaian pelajar
– cari
penyelesaiannya
7
OPV (Other People’s View)
Pandangan orang lain – setiap
orang ada pandangan berbeza
Mengambilkira
pandangan orang lain
semasa membuat
keputusan.Bagaimana
keputusan ini akan
mempengaruhi orang
lain.
Umur bersara
dinaikkan kpd 65
tahun
10
RANCANGAN MENGAJAR HARIAN
Mata Pelajaran : Sains Tarikh : 03-11-13
Tingkatan/Kelas : 5 A Bil. Pelajar : 58 orang
Tempat : BlockG E1 Masa : 11:00a.m-12:00p.m
TAJUK : Faktor yang menyebabkan saiz bayang-bayang berubah
OBJEKTIF :
Pada akhir pembelajaran dan pengajaran murid-murid dapat:
1) Melakarkan bayang-bayang pada kertas graf dengan tepat berdasarkan eksperimen yang dijalankan .
2) Mengira luas permukaan bayang-bayang dengan tepat berdasarkan eksperimen yang dijalankan.
3) Menyatakan faktor yang menyebabkan saiz bayang-bayang berubah dengan betul.
4) Menjawab soalan lembaran kerja dengan betul.
PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID
Murid-murid pernah melihat bayang sendiri.
ALAT BERFIKIR: AGO, C&S ,CAF,dan APC
11
ALAT/BAHAN BANTU MENGAJAR (ABBM) “Magic Light Kit” , lembaran kerja, kertas graf, lampu suluh, anak patung, power point, komputer riba. PENGURUSAN KELAS/LANGKAH KESELAMATAN
1. Keadaan kerusi meja yang teratur dan sistematik. 2. Memastikan suis elektrik berfungsi dengan baik.