RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR BAHASA MELAYU TAHUN 1 Mata pelajaran : Bahasa Melayu Tarikh : 9 Julai 2013 Tahun : 3 Amanah Bilangan murid : 23 orang Masa : 8.00 pagi – 9.00 pagi Tema : Kesihatan dan Kebersihan Tajuk : Mari Bersenam Menyihatkan Badan Kemahiran : Murid dapat mengetahui cara-cara untuk bersenam supaya tubuh badan menjadi sihat. Pengetahuan sedia ada : Murid pernah melakukan aktiviti pergerakan senaman Standard kandungan : 2.5 Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan dengan betul Standard pembelajaran : 2.5.2 Membaca, memahami dan menaakul bahan grafik dan bukan grafik dengan betul
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR BAHASA MELAYU TAHUN 1
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tarikh : 9 Julai 2013
Tahun : 3 Amanah
Bilangan murid : 23 orang
Masa : 8.00 pagi – 9.00 pagi
Tema : Kesihatan dan Kebersihan
Tajuk : Mari Bersenam Menyihatkan Badan
Kemahiran : Murid dapat mengetahui cara-cara untuk bersenam
supaya tubuh badan menjadi sihat.
Pengetahuan sedia ada : Murid pernah melakukan aktiviti pergerakan senaman
Standard kandungan : 2.5 Membaca, memahami dan menaakul untuk
memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai
bahan dengan betul
Standard pembelajaran : 2.5.2 Membaca, memahami dan menaakul bahan grafik
dan bukan grafik dengan betul
Objektif pengajaran : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini,
murid berupaya:
i. Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang
betul serta memahami perkara yang dibaca
ii. Menyampaikan maklumat dalam latihan mengisi tempat
kosong dengan betul
iii. Membaca, memahami dan menaakul bahan grafik dan
bukan grafik bertujuan menyatakan maksud untuk
memindahkan maklumat dengan betul
Pengisian kurikulum : Ilmu – Muzik, Sains, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Nilai murni – Kebersihan fizikal dan mental, prihatin,
rasional, kerjasama
Patriotisme & Kewarganegaraan – Berbangga
sebagai rakyat Malaysia, cinta akan bahasa dan
bangsa.
Peraturan sosiobudaya – Kesantunan bahasa, laras
bahasa dan perbahasa dalam kalangan masyarakat
Malaysia.
Sains dan teknologi – Kemahiran saintifik dan
penggunaan teknologi dalam aktiviti P&P
Kreativiti & Inovasi – Membangunkan dan
mengembangkan tahap potensi kreativiti dan inovasi
mengikut keupayaan individu murid
Teknologi Maklumat & Komunikasi – Penggunaan
internet dan lain-lain dapat meluaskan penerokaan ilmu
pengetahuan dalam urusan kehidupan.
Strategi Pengajaran : Kemahiran berfikir
Didik Hibur
Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran Kontekstual
Kemahiran Cara Belajar
Kajian Masa Depan
Pembelajaran Akses Kendiri (PAK)
Sistem Bahasa : Morfologi – Imbuhan awalan
Sintaksis :- Ayat terbitan atau ayat majmuk.
Bahan Sumber P&P :
(BSPP) II- Komputer dan LCD.
III- Lagu hari kemerdekaan (Jalur Gemilang & Keranamu
Malaysia)
IV- Bahan bantu mengajar (BBM)
LANGKAH
/MASA
KANDUNGAN/
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN
& PEMBELAJARANCATATAN
Set Induksi
(5 minit)
i. Lagu senaman ‘IM4U’
ii. Lirik lagu ‘IM4U’
iii. Soalan cadangan
1. Apakah itu
senaman?
2. Pernahkah kamu
bersenam?
3. Apakah tujuan kita
bersenam?
i. Guru menunjukkan
video senaman ‘IM4U’
berserta lirik lagu.
ii. Guru dan murid
membuat pergerakan
sambil berdiri diiringi
lagu senaman ‘IM4U’
bersama-sama.
iii. Guru dan murid
bersoal jawab
mengenai pengalaman
membuat senaman
pergerakan dalam lagu
senaman ‘IM4U’.
iv. Murid disoal mengenai
tujuan senaman
dilakukan.
v. Guru dan murid
mengaitkan aktiviti
dengan tajuk
pembelajaran.
BSPP :
Video lagu
senaman ‘IM4U’
Lirik lagu
Komputer riba
Pembesar suara
LCD
Skrin
Kaedah dan Teknik
Didik Hibur
Kecerdasan
pelbagai
Pembelajaran
kontekstual –
Hubungkait
pengalaman
dalam
kehidupan
Strategi :
Bersoal jawab
Sumbang saran
Langkah 1
(15 minit)
Keratan lirik lagu ‘IM4U’
Hanya untukmu
Negara yang tercinta
Sentiasa denganmu
Demi satu Malaysia
Berganding bahu seia
sekata
Kita bersatu aman
sejahtera
Demi Negara tercinta
Kukorbankan jiwa
Demi Negara dan bangsa
Kukorbankan raga
(Rujuk Lampiran A)
i. Guru membahagikan
murid kepada lima
kumpulan.
ii. Guru mengedarkan
keratan lirik lagu
kepada setiap
kumpulan dalam
bentuk puzzle.
iii. Murid diminta untuk
mencantumkan puzzle
untuk melengkapkan
keratan lirik lagu
tersebut.
iv. Murid diminta
membaca lirik lagu
yang telah siap
dicantum secara kelas,
kumpulan dan individu
dalam nada yang kuat.
v. Guru membimbing
murid semasa
melakukan aktiviti
tersebut.
BSPP :
Keratan lirik
lagu
Puzzle
Kaedah dan Teknik
Pembelajaran
koperatif
Pembelajaran
kontekstual
Kemahiran
interpersonal &
intrapersonal
Kemahiran
belajar cara
belajar –
Intonasi (ayat
penyata)
Strategi :
Bersoal jawab
Sumbang saran
Nilai
Perpaduan
Kerjasama
Langkah 2
(15 minit)
Petikan teks dari keratan
akhbar Metro yang
bertajuk ‘Senaman Ubah
Gaya Hidup’
Gaya hidup akan menjadi
lebih aktif apabila
melakukan senaman
dalam aktiviti harian. Kita
boleh memilih senaman
yang ringkas dan
memudahkan diri untuk
melakukannya…….
(Rujuk Lampiran B)
i. Guru mengedarkan
kepada setiap
kumpulan petikan dari
keratan akhbar yang
bertajuk ‘Senaman
Ubah Gaya Hidup’.
ii. Guru meminta murid
membaca petikan
secara senyap.
iii. Guru membaca teks
terlebih dahulu dengan
nada dan intonasi yang
betul.
iv. Murid membaca teks
secara bergilir-gilir
dengan sebutan dan
intonasi yang betul.
BSPP
Petikan dari
keratan akhbar
Kaedah dan Teknik
Pembelajaran
koperatif
Pembelajaran
kontekstual
Kemahiran
belajar cara
belajar –
Sintaksis
(membina ayat)
Strategi
Bersoal jawab
Sumbang saran
Kepelbagai Sumber
Bahan
Akhbar
Nilai
Kebersihan
fizikal dan
Mental
Kerjasama
Keberanian
Langkah 3
(20 minit)
Penilaian i. Murid diberi lembaran
kerja yang berkaitan
membina ayat.
Contohnya:
Bina ayat berdasarkan
perkataan yang telah
ditampal di papan
putih.
Isi tempat kosong
dengan jawapan yang
betul.
(Rujuk Lampiran C)
ii. Guru menyemak hasil
kerja murid.
BSPP
Kad-kad
perkataan
Lembaran kerja
Kaedah dan Teknik
Kemahiran
menyelesaikan
masalah
Kemahiran
berfikir
Pembelajaran
Akses Kendiri
Strategi
Penilaian
Pengayaan
Nilai
Berdikari
Penutup i. Kognitif i. Murid diminta BSPP
(5 minit) Menyoal mengenai
kebaikan
bersenam.
ii. Sosial
Pujian atas usaha
dan kejayaan.
Menyanyikan lagu
senaman ‘IM4U’
iii. Rumusan isi pelajaran
Membaca dengan
intonasi dan
sebutan yang betul.
menyanyikan lagu
senaman ‘IM4U’
dengan penuh
semangat berserta
pergerakan.
ii. Guru akan menyoal
murid tentang
kebaikan melakukan
aktiviti bersenam.
iii. Guru memberikan
pujian atas sikap murid
yang suka melakukan
aktiviti bersenam untuk
menjaga kesihatan.
iv. Guru merumuskan isi
pelajaran.
Komputer riba
Pembesar suara
LCD
Skrin
Video lagu
senaman IM4U’
Lirik lagu
Kaedah dan Teknik
Kemahiran
berfikir –
Penjanaan idea
Kemahiran
Belajar –
Merumus
Kajian masa
depan
Strategi
Soal jawab
Nilai
Kebersihan
fizikal dan
mental
Perpaduan
Kesyukuran
KELEBIHAN KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN
Dalam setiap Rancangan Pengajaran Harian (RPH), sudah pasti guru
mengaplikasikan kaedah dan tekinik pengajaran yang paling berkesan ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung di dalam kelas. Sama juga seperti
Rancangan Pengajaran Harian yang telah dirancang di ataas. Antara kaedah yang
digunapakai dalam langkah set induksi adalah kaedah didik hibur.
Didik hibur merupakan satu pembaharuan yang diperkenalkan kepada murid-
murid sebagai alternatif lain semasa proses pengajaran sesuatu subjek. Tujuannya
adalah supaya sesi pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek itu menjadi lebih
menarik seronok untuk diikuti oleh murid-murid. Menurut Dokumen Standard Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) Modul Teras Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan
Tahan 1 yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum pada tahun 2012
pula, didik hibur adalah satu pendekatan di mana proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku secara santai dan berhibur yang terancang dan bersistematik dengan
penekanan pelaksanaannya terhadap empat komponen sastera iaitu nyanyian,
bercerita, lakonan dan puisi. Fokus pelaksanaannya adalah kepada penguasaan
kemahiran asas sesuatu subjek dalam kalangan murid melalui pendekatan didik hibur.
Kaedah didik hibur yang dipilih untuk digunakan ketika set induksi adalah dengan
menunjukkan video senaman ‘IM4U’ kepada murid-murid.
Dalam langkah empat iaitu langkah empat, penekanan kepada aspek penilaian
telah dipilih untk digunakan dalam RPH ini. Sejajar dengan matlamat KSSR,
penegasan kepada perlaksanaan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah amat
diperlukan bagi menjadikan P&P lebih menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan
kepada peperiksaan. Jadi, pentaksiran melalui kaedah penilaian yang diberikan di
dalam kelas ini mampu menguji tahap kefahaman murid mengenai topik yang telah
dipelajarinya. Aktiviti pemulihan, pengukuhan dan penggayaan dilaksanakan mengikut
keperluan murid bagi memastikan murid mencapai standard yang ditetapkan.
Bertepatan dengan dasa kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
iaitu membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta
penghayatan nilai murni, kurikulum kebangsaan telah dikaji semula bagi
memastikannya sentiasa holistik dan sentiasa relevan agar generasi ini akan sentiasa
dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Justeru, antara elemen nilai
tambah telah diperkenalkan dalam KSSR iaitu elemen teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) yang bertujuan memenuhi keperluan murid dalam membangunkan
modal insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi,
berkemahiran tinggi serta berkeperibadian mulia. Rentetan daripada itu, elemen
kreativiti dan inovasi telah disuntik bagi membentuk transformasi KSSR yang bertujuan
melahirkan modal insan yang berkeupayaan berdaya tahan untuk menghadapi cabaran
yang mendatang. Alternatif yang boleh dilakukan oleh guru untuk mengaplikasikan
elemen ini adalah dengan menggunakan teknik ………………………
Usaha untuk menerapkan daya pemikiran kreatif dan inovasi bermula dari bangku
sekolah rendah kerana bukan semua murid dilahirkan dengan bakat namun bukanlah
mustahil untuk membentuk kemahiran tersebut sejak dari kecil.
Seperti elemen nilai tambah yang lain, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi
akan diberi pengukuhan dan perlaksanaan secara eksplisit dalam perlaksanaan KSSR.
Murid akan didedahkan dengan kemahiran tersebut dalam proses P&P supaya dapat
meningkatkan tahap kemahiran murid untuk mendapatkan maklumat dengan berkesan.
Memantapkan kemahiran murid berasaskan elemen ini juga dilihat mampu membuka
ruang kepada mereka untuk menerokai dunia tanpa sempadan dalam mendapatkan
pelbagai maklumat bagi tujuan pembelajaran dengan hanya berada di dalam bilik
darjah sahaja.
Penekanan kepada hands-on Teaming yang menggunakan kaedah seperti
pembelajaran secara konstruktivisme dan pembelajaran secara kontekstual amat
diperlukan bagi murid-murid ini untuk menjalani proses P&P yang lebih menarik. Hal ini
kerana guru perlu memberi penumpuan kepada pembelajaran yang berpusatkan
kepada murid dan menyediakan ruang serta peluang pembelajaran yang tidak terhad
kepada mereka. Pendekatan yang digunakan mesti memberi peluang pembelajaran
yang menyeronokkan serta mengambil kira kepelbagaian, kecerdasan murid-murid
tersebut.
Untuk memastikan murid memahami konsep perkataan suku kata terbuka dan
tertutup, guru memberikan soalan tugasan secara lisan sebagai latihan. Murid diminta
berbincang dalam kumpulan kecil yang setiap satunya dianggotai enam orang. Guru J
meminta murid berbincang dan menyenaraikan suku kata terbuka dan suku kata
tertutup dalam senarai nama buah-buahan yang diberi. Guru J juga memberi masa
untuk murid berbincang mencari jawapan. Tempoh menunggu jawapan dua minit
adalah bersesuaian dengan kebolehan dan keperluan murid termasuklah berbincang,
berfikir untuk mendapatkan jawapan. Selepas tempoh menunggu jawapan tamat, Guru
J meminta kumpulan membentang jawapan dihadapan kelas. Dalam kes ini, Guru J
meminta bantuan murid-murid lain untuk memastikan suku kata terbuka dan tertutup
dalam perkataan nama buah-buahan tempatan yakni jawapan yang diberi digolongkan
mengikut jenis suku kata yang betul.
Teknik Nyanyian
Teknik nyanyian digunakan Guru sebagai unsur didik hibur dan dijalankan di bahagian
penutup sesi P&P. Penggunaan teknik ini memberi pengalaman yang berbeza dan
menggembirakan murid apabila mereka menyanyi. Guru J menjelaskan:
”...lagi ada dalam tu didik hibur. Saya selit dengan didik hibur dalam P&P. Tu yang ada
macam menyanyi. So, bila menyanyi tu mereka enjoy. Jadi kaitkan la dengan
kemahiran ni la (merujuk kepada teknik nyanyian).
Aktiviti menyanyi diulang dua kali dan di akhir teknik ini Guru J menyoal murid soalan
umum berkaitan perasaan mereka selepas menyanyi lagu. Sebagai kesimpulan, Guru J
juga mengemukakan pendapat serta alasan yang rasional di sebalik tindakannya
mengunakan pelbagai teknik pentaksiran formatif di dalam bilik darjah, iaitu atas
beberapa tujuan. Guru J menjelaskan:
“PBS ni kena banyak aktiviti, banyak teknik la. Sebab hari-hari kita buat pemerhatian
sebab nak tengok feedback daripada murid. Nak lihat pelbagai kemahiran murid. Latih
kemahiran mereka kena banyak guna teknik. Mula-mula kenalkan set induk sebab nak
kaitkan dengan tajuk pada hari ini, guna kad gores. Bila murid dah sebutkan nama
buah-buahan maka terus kaitkan dengan tajuk dan mula ajar. Masa ajar soal sebab nak
lihat kefahaman murid. Aktiviti memadan, sebut perkataan secara kuat, latihan
memadan gambar buah-buahan dengan perkataan, perbincangan kumpulan nak latih
murid berfikir. Nyanyi tu dalam bahagian penutup”. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu
25 Malay Language Education Journal (MyLEJ)
“Setiap kali buat lembaran kerja atau aktiviti la, akan bagitau kat murid. ni akan buat
penilaian. Dari situ budak dah tahu. Takut tak dapat markah. Kalau murid sebelum ni
buat banyak aktiviti dia pun banyak main-main, tak serius. Yang ni (merujuk kepada
rekod pentaksiran) dibawa ke tahun enam. Mereka lebih serius la nak belajar. P&P
saya kena lebih terancang, banyak latihan. Banyak teknik sebab nak latih dan lihat
keseluruhan”.
Guru J juga berterus terang bahawa beliau turut memikirkan aras dalam soalan lisan
dan tugasan semasa membuat perancangan P&P supaya mentaksir hingga ke aras
tinggi. “Kaitkan dengan pengetahuan sedia ada atau yang pernah tahu benda tu,
pernah lalui, pernah kenal, mereka berfikir. Set induksi aras rendah. Pertengahan
aktiviti aras tinggi ada, selalunya pelbagai aras la.” Selain itu, beliau mengaku
memperolehi maklumat pentaksiran formatif melalui pemerhatian dan mencatat
maklumat mengikut yang disarankan dalam amalan PBS, “Hari-hari kita buat
pemerhatian, dah tahu macam mana pencapaian murid, memang kita ikut la dalam
PBS tu.”
PERBINCANGAN
Rangkuman penggunaan pelbagai teknik pentaksiran formatif dalam proses P&P
Bahasa Melayu Guru J masih perlu dipertingkatkan amalannya termasuklah:
1. Memastikan penggunaan pelbagai teknik tepat dan sesuai dengan tahap dan
kebolehan murid (Hall & Burke, 2003). Ini penting dalam memastikan maklumat yang
diperoleh berkaitan pembelajaran murid benar-benar refleks dengan tahap kebolehan
dan kemahiran kognitif mereka (Black & Wiliam, 1998). Begitu juga ia membantu
memastikan maklumat pentaksiran diperoleh daripada pelbagai teknik. Hal ini sangat
dituntut kerana maklumat pentaksiran perlu mempunyai kesahan konstruk yang tinggi
(Brookhart, 2009). Maklumat yang mempunyai kesahan konstruk yang tinggi
membolehkan guru membuat keputusan yang lebih tepat dan berkualiti berkaitan
pembelajaran serta dan merancang pembelajaran akan datang (Black & Wiliam, 1998).
Selain itu, guru juga boleh mendapatkan maklumat tentang kualiti pembelajaran yang
dilalui murid dan kualiti pengajaran yang guru sampaikan (Hall & Burke, 2003). Guru
perlu memastikan penggunaan teknik pentaksiran dijalankan selepas mengajar isi dan
konsep pelajaran (Fisher & Frey, 2007).
2. Guru memahami fungsi pemerhatian sebagai cara untuk mengumpul data
pentaksiran dan bukan sebagai salah satu teknik pentaksiran formatif. Ini jelas apabila
guru sendiri yang melakukan pemerhatian dan mencatat hasil pemerhatian
mengunakan borang senarai semak PBS dan membuat laporan berdasarkan data
pemerhatian tersebut.
3. Kerap mengunakan teknik soal jawab lisan dalam ketiga-tiga peringkat P&P (Black
dan Wiliam, 1998; Fisher & Frey, 2009, Stiggins, 2001). Dicadangkan guru supaya
menambah baik kualiti atau aras soalan supaya ia lebih menguji kebolehan dan
kemahiran kognitif serta menggalakkan pemikiran murid. Di