1.0 Pengenalan PerniagaanKumpulan kami telah bercadang untuk
menjalankan perniagaan menjual sarung dan bantal kusyen yang
bercorak batik. Pada zaman moden ini, produk bercorak batik
merupakan pilihan kepada semua orang. Kebanyakkan orang,
terutamanya golongan berada menempah dan membeli sarung dan bantal
kusyen bercorak batik sabagai hiasan pada kerusi mereka dan dalam
kereta mereka.
Masyarakat kini sentiasa meminati pakaian atau fabrik yang
bercorak batik kerana penggunaan corak batik menampakkan pengguna
lebih elegen dan bergaya, maka syarikat kami telah mengeluarkan
produk sarung dan bantal kusyen yang dapat memenuhi permintaan
pengguna dalam menyediakan sarung dan bantal kusyen. Produk ini
menggunakan fabrik yang bermutu tinggi dan hiasan tambahan yang
dijahit menggunakan tangan bagi mencantikkan dan mengukuhkan lagi
jahitan.
Kami telah menyediakan 3 jenis produk iaitu produk pertama ialah
sarung bantal kusyen yang menggunakan fabrik bercorak batik, produk
kedua ialah produk yang menggunakan fabrik tanpa corak batik tetapi
dihias bercorak batik dengan menggunakan bahan hiasan dan produk
ketiga adalah bantal kusyen yang pelbagai bentuk mengikut citarasa
pelanggan. Disamping itu, kami juga menjual bahan-bahan hiasan pada
fabrik dan fabrik yang bercorak batik.
Kami akan mengutamakan dua aktiviti iaitu produk dan
perkhidmatan. Perkhidmatan yang akan diberikan adalah memberi
nasihat tentang fesyen atau rekaan yang sesuai dengan bentuk sarung
bantal kusyen dan menerima tempahan menjahit sarung bantal kusyen
yang dikehendaki pelanggan. Bagi produk pula kami menyediakan
pelbagai bentuk dan rekaan sarung dan bantal kusyen yang menarik
dengan harga yang berpatutan.
2.0 Nama Dan Alamat PerniagaanNama syarikat kami ialah ZM
Enterprise. Penggunaan ZM Enterprise akan tertera pada label yang
terdapat pada sarung bantal kusyen yang sayrikat kami keluarkan.
Objektif syarikat kami adalah untuk memberi jaminan kepada
pelanggan berpuas hati dengan kualiti jahitan yang syarikat kami
lakukan. Perniagaan kami akan beroperasi di Bandar Marang
Terengganu. Tujuan kami beroperasi perniagaan kami di sana kerana
populasi orang di sana banyak. Kebanyakkannya adalah terdiri
daripada golongan kaya dan golongan yang bekerja serta berkereta.
Terdapat juga di pusat peranginan dan hotel.
3.0 Tujuan Penyediaan RancanganTujuan utama rancangan diperlukan
adalah untuk memberi keterangan atau maklumat berkenaan dengan
sebuah perniagaan yang hendak dijalankan dan dilaksanakan. Selain
itu, dengan adanya rancangan perniagaan yang terperinci, ini akan
meyakinkan para pihak yang bekerjasama dengan syarikat kami,
termasuk pihak pemiutang iaitu institusi kewangan dan pihak
pembekal bahan mentah bahawa perniagaan yang akan dijalankan dapat
dimajukan dan dapat diusahakan. Dengan penyelidikan terhadap saiz
pasaran dan persaingan yang dihadapi, syarikat boleh menyediakan
rancangan yang sepatutnya untuk menghadapi saingan di pasaran. Di
samping itu, rancangan perniagaan ini juga dapat dijadikan sebagai
alat untuk mempromosikan produk yang dihasilkan oleh sesebuah
organisasi. Selain itu, rancangan perniagaan juga dapat membantu
pemilik perniagaan mengenalpasti keberkesanan perniagaan yang
dijalankan olehnya.
Tujuan penyediaan rancangan ini dan pihak yang
memerlukannya.
Usahawan
Pembekal
Institusi kewangan atau pelabur
Kakitangan
UsahawanUsahawan untuk membolehkannya memahami projek atau
perniagaan yang mendalam. Rancangan ini boleh memberi rujukan
kepada usahawan untuk menguruskan perniagaan tersebut dan tujuan
pelaburan dan pembiayaan.
PembekalRancangan perniagaan yang terperinci memberikan
keyakinan kepada pembekal yang bekerjasama dengan syarikat. Dengan
itu, kami boleh mendapat bekalan dan bahan yang diperlukan secara
kredit.
Institusi kewangan atau pelaburRancangan perniagaan disediakan
kepada institusi kewangan adalah untuk memantapkan permohonan bagi
pembiayaan projek melalui pinjaman, skim khas atau mendapatkan
rakan kongsi pelaburan tambahan untuk perniagaan yang
dijalankan.
KakitanganRancangan perniagaan mendedahkan kakitangan syarikat
dengan arah tujuan syarikat, oleh itu, kakitangan mempunyai
matlamat yang jelas untuk membantu syarikat mencapai objektif yang
ditetapkan.
4.0 Latar Belakang PerniagaanNama Perniagaan: ZM Enterprise
Alamat Perniagaan: No 13, Bangunan Mara, Bandar Marang, 21600
Marang, Terengganu
Alamat surat Menyurat: ZM Enterprise, No 13, Bangunan Mara,
Bandar Marang, 21600 Marang, Terengganu
No telefon: 09-6182223/09-6182224
Bentuk syarikat: Perkongsian
Kegiatan utama: Menjual produk sarung dan bantal kusyen
Tarikh mulakan perniagaan: 17 Oktober 2013
Tarikh pendaftaran: 14 Ogos 2013
Nombor pendaftaran: PG0036918-W Modal permulaan : RM
300,000.00
Nama bank: CIMB Bank
Jenis Akaun: Akaun semasa
Nombor akaun Syarikat: 2009203698710170
Syarikat kami adalah berbentuk perkongsian yang terdiri daripada
2 orang pekongsian. Kedua-dua daripada kami bukan sahaja merupakan
pekongsi kepad syarikat tetapi juga merupakan orang yang bertugas
dalam bahagian pentadbiran, pengeluaran, kewangan dan pemasaran.
Syarat-syarat perkongsian yang akan dipersetujui oleh kami adalah
tertakluk kepada Akta Perkongsian 1967. Dalam aspek modal
permulaan, modal yang diperlukan adalah sejumlah RM300,000.00.
Oleh kerana syarikat kami merupakan syarikat yang bermodal kecil
maka setiap pekongsi akan mengeluarkan wang simpanan sendiri atau
bantuan ahli keluarga untuk memulakan perniagaan ini.
4.1 Senarai kakitangan pengurusanNamaJawatanBil
Muhd Zulkifli Bin HamzahPengurus besar, pentadbiran dan
Operasi1
Mastura `Aqasiah binti MuktarPengurus Kewangan dan
Pemasaran1
4.2 Latar belakang pemilik (rakan kongsi)4.2.1 Latar belakang
rakan kongsi 1Jawatan : Pengurus Besar, Pentadbiran dan Operasi
Nama penuh: Muhd Zulkifli Bin Hamzah
No I/C : 871017-11-5553
Tarikh lahir: 17 Oktober 1987
Umur : 26 tahun
Jantina : Lelaki
Alamat Tetap : Lot 1353 Kg Telaga Batu, 21600 Marang Terengganu.
No Telefon: 013-333888
Taraf Perkahwinan : Bujang
Kursus Yang Pernah Dihadiri : seminar keusahawanan, sesi
motivasi francaisi-francaisor, bengkel perdagangan, kursus
pengurusan syarikat, seminar pembuatan, seminar pengurusan
pengeluaran operasi, kursus kualiti barangan.
Pengalaman: ketua pentadbiran, pengarah eksekutif,penolong
pengarah eksekutif, Penolong penyelia, pembantu penolong
operasi.
Modal sumbangan : RM 150,000.00
4.2.2 Latar belakang rakan kongsi 2Jawatan : Pengurus Kewangan
dan Pemasaran Nama penuh : Mastura `Aqasiah binti Muktar No I/C :
890621 06 5558
Tarikh lahir: 21 Jun 1989
Umur : 24 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat Tetap : No. 342 Blok C, Bukit Kechil,Kuala Terengganu.
Telefon: 013 - 9177777
Taraf Perkahwinan : Berkahwin
Kursus Yang Pernah Dihadiri : seminar keusahawanan, kurus
kewangan syarikat, seminar perdagangan, bengkel pemasaran, kursus
pelanggan dan pengguna
Pengalaman: pengurus kewangan, juruaudit, Wakil jualan,
eksekutif pemasaran
Modal sumbangan : RM 150,000.00
5.0 Latar Belakang Projek5.1 Lokasi tapak projekAlamat: ZM
Enterprise, No 13, Bangunan Mara, Bandar Marang, 21600 Marang,
Terengganu
5.2 Bangunan-pelan lantai6.0 Rancangan Pemasaran6.1 Analisa
pasaranKonsep utama syarikat kami adalah berdasarkan keutamaan dan
keperluan pelanggan. Selain tiu, syarikat juga mementingkan
persaingan yang sedia ada dalam pasaran. Oleh itu, rancangan
pemasaran syarikat kami juga mengambil faktor persaingan yang wujud
dalam pasaran, perniagaan ini berpotensi di kawasan ini sebab
terdapat bilangan yang sedikit di kawasan ini. Oleh itu, persaingan
adalah terhad dan perniagaan ini mempunyai potensi yang cerah untuk
berkembang di kawasan ini.
6.2 Bentuk pasaranAktiviti perniagaan dan perkhidmatan:
Penjualan pelbagai rekabentuk bantal dan sarung bantal
kusyen.
Perkhidmatan tempahan rekabentuk sarung bantal kusyen
pelanggan
Memberi nasihat dan pereka fesyen pelanggan tetap.
Potensi perniagaan
Tren pasaran
Pasaran produk bantal dan sarung bantal kusyen yang semakin
meningkat di Malaysia telah menjadi salah satu sebab wujudnya
produk sayrikat kami. Kami juga menyedari potensi yang sedia ada di
dalam perniagaan ini kerana terdapat permintaan yang tinggi
terhadap produk bantal dan sarung bantal kusyen yang bersesuaian
dan memberi satu kepuasan kepada pengguna.
Dalam menentukan tren pasaran untuk memasarkan produk ini, kami
akan memberi tumpuan kepada pasaran di Kuala Terengganu, Kemaman,
Dungun dan Kuantan pada permulaannya. Setelah perniagaan ini
mencapai peringkat yang lebih stabil, kami akan mengembangkan skop
pasaran yang lebih luas dan bercadang untuk membuka cawangan di
lokasi yang berlaianan jika keadaan membenarkan syarikat berbuat
demikian. Syarikat kami juga berhasrat akan mengembangkan pasaran
sehingga peringkat antarabangsa.
Jangkaan permintaan dan tren permintaan yang
memberangsangkan
Secara umumnya, permintaan terhadap produk sayrikat kami iaitu
rekabentuk baru batanl dan sarung bantal kusyen dijangka akan
mengalami peningkatan. Keadaan ini adalah selaras dengan perubahan
zaman iaitu zaman sekarang menekankan keunikan rekabentuk bantal
dan sarung bantal kusyen untuk keselesaan dan kecantikan hiasan
mereka. Para pemilk kereta juga sudah meminta untuk menyediakan
bantal dan sarung bantal kusyen yang sesuai untuk diletakkan dalam
kereta mereka.
Perubahan demografi penduduk
Dengan bertambahnya saiz penduduk dan lebih ramai pemilik kereta
dan penghuni rumah yang berkeluarga pada zaman sekarang, maka
bertambahlah permintaan ke atas produk keluaran syarikat kami ini
terutamanya produk yang dijamin berkualiti dan bertepatan dengan
kehendak pengguna. Oleh itu, perniagaan ini mat berpotensi untuk
dikembangkan.
Keadaan ekonomi yang baik dan berkemampuan setiap individu
Harga produk keluaran sayrikat kami adalah berpatutan dan para
pengguna adalah berkeupayaan membeli. Di samping itu, sayrikat kami
juga terpaksa bertukar-tukar maklumat dan mendapatkan informasi
terkini seperti majalah-malajah dekorasi dan buku- buku rekabentuk
kerusi terkini sebagai panduan kepada sayrikat kami untuk
menghasilkan produk yang seiring dengan kemajuan rekabentuk kerusi
mengikut kehendak pengguna.
6.3 Aktiviti perniagaan dan perkhidmatanProduk keluaran dapat
dibahagikan kepada dua jenis dan harganya dapat dilihat dalam
jadual di bawah :
ProdukHarga(RM)/1unit
Bantal kusyen15
Sarung bantal kusyen35
Jumlah50
6.4 PelangganSasaran pelanggan syarikat adalah:
Pemilik kereta
Penghuni rumah yang berkeluarga
Pejabat kerajaan dan swasta
Pengeluar perabot kerusi
Hotel dan pusat peranginan
6.5 Saiz pasaranTerdapat lebih kurang 5 ribu penduduk yang
berkeluarga, 10 ribu pemilik kereta,
30 syarikat dan pejabat dan 10 pengeluar perabot kerusi.
6.6 Pesaing sedia adaNama syarikat
pesaingKekuatan/kelebihanKelemahan/keburukan
RY DesignMempunyai rekabentuk yang
pelbagai dan fabrik yang berkualiti tinggi serta peralatan yang
sempurna.Jauh dari Bandar (lokasi tidak
strategik) dan harga produk mahal.
6.7 Penyediaan ramalan jualanBulanTahun pertama (unit)Tahun
kedua (unit)
Januari830950
Februari8701010
Mac9001080
April9301150
Mei9501180
Jun10001230
Julai11001250
Ogos12301300
September13001350
Oktober15001400
November18001500
Disember19901600
Jumlah1440015000
6.8 Strategi penjualanSemasa pemasaran produk kami, usaha-usaha
promosi, barangan yang bermutu dan harga yang berpatutan tidak akan
memberikan makna selagi barangan tidak diedarkan berhampiran dengan
pelanggan. Oleh yang demikian, sistem jualan yang mantap akan dapat
memastikan setiap barangan sampai di tangan pembeli pada masa yang
sesuai dengan efektif. Bakal pelanggan akan berasa kecewa jika
mereka tidak dapat memiliki barangan yang telah diiklankan kerana
kegagalan pihak perniaga membekalkan barangan di pusat-pusat
jualan.
Syarikat kami mengamalkan 2 jenis strategi pengagihan iaitu
zero-level channel yang merupakan jualan secara terus dari
pengeluar kepada pengguna. Manakalan one-level channel iaitu jualan
dengan cara pengeluar menjual kepada pengusaha perabot kerusi dan
pegusaha perabot kerusi menjual bersama kerusi kepada pengguna.
Strategi zero-level cahnnel
Dalam strategi ini syarikat kami akan mengedarkan produk sarung
dan bantal kusyen ZM Enterprise kepada pengguna secara terus tanpa
pengantaraan. Tujuan syarikat kami memilih strategi ini adalah
untuk memegang kuasa kawalan dalam urusniaga jualan produk kami.
Maka syarikat tidak bercadang mengagihkan kepada pengedar-pengedar
untuk menjualkannya dan pembeli akan membuat pembelian di kedai
kami.
Strategi one-level channel
Melalui strategi ini kami akan mengedarkan produk sarung dan
bantal kusyen keluaran syarikat kami kepada pihak pengeluar perabot
kerusi dan seterusnya akan memasarkan praoduk kami bersama-sama
dengan produk mereka. Strategi ini dapat membantu syarikat kami
menjalankan kerja pengkhususan tenaga pekerja dan tidak perlu
menumpukan perhatian yang lebih dalam hal pengedaran dan penembusan
pasaran lain. Ini adalah kerana penjualan produk kami kepada
pengeluar perabot kerusi dapat memudahkan sistem saluran pengagihan
dan meluaskan pengedaran ke pasaran lain yang lebih luas.
Dengan menggunakan strategi ini syarikat dapat merendahkan
risiko syarikat dengan membahagikan produk kepada pengedar-pengedar
yang berlainan tempat. Sekirannya syarikat pengeluar perabot kerusi
berlaku masalah, syarikat kami tidak perlu risau tentang keuntungan
syarikat kerana terdapat pengedar perabot kerusi lain yang akan
menyumbangkan keuntungan kepada syarikat. Selain itu, strategi ini
dapat menjimatkan masa dan kos syarikat untuk mengedarkan hasil
syarikat kami ke tempat yang lebih jauh.
7.0 Rancangan Organisasi7.1 Matlamat dan strategi organisasiMisi
organisasiMemaksimumkan keuntungan perniagaan dalam jangka masa
pendek dan jangka masa panjang.
Menyediakan produk bantal dan sarung bantal kusyen yang dapat
memenuhi kepuasan dan permintaan pengguna.
Menghasilkan rekabentuk sarung dan bantal kusyen yang
terkini.
Memastikan kemampuan perniagaan untuk bersaing dengan pesaing di
pasaran.
Matlamat organisasiMatlamat uatam setiap organisasi adalah untuk
memperolehi keuntungan dan terus kekal sebagai sebuah organisasi
yang berdaya saing. Matlamat organisasi ini adalah untuk:
Memastikan perniagaan terus unggul dalam memberikan produk
perkhidmatan yang terbaik.
Memastikan hubungan yang baik antara pihak pengurusan, pekerja
dan pelanggan.
Memastikan kebajikan pekerja terjamin.
7.2 Strategi jangka pendek Memberikan kepuasan maksimum kepada
pelanggan
Mengekalkan kesetaian pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan
yang terbaik.
Memaksimumkan keuntungan.
Menghasilkan produk sarung dan bantal kusyen mengikut standard
piawaian yang telah ditetapkan.
Memperluaskan pasaran.
Sentiasa memberikan layanan mesra kepada pelanggan.
7.3 Strategi jangka panjang Sentiasa menyediakan bantal dan
sarung bantal kusyen mengikut piawaian standard.
Mengekalkan harga standard
Memaksimumkan kepuasan pelanggan
Meluaskan pasaran dengan membuka cawangan-cawangan di setiap
negeri di Malaysia.
7.4 Carta organisasi7.5 Fungsi dan tanggungjawab
Pengurus besar, pentadbiran dan operasi
Merancang dan mengenalpasti dasar-dasar peraturan dan prosedur
syarikat.syarikat, menentukan misi, membentuk
Mengawal dan memberi arahan kepada kakitangan bawahan.
Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah dengan berkesan.
Menjaga kebajikan pekerja.
Berfungsi menyusun jadual dan menguruskan hal produktiviti
pengeluaran.
Mengawal mutu pengeluaran, jumlah pengeluaran dan urusan
pembelian input.
Memastikan perkhidmatan bermutu dan kualiti sentiasa berada
dalam keadaan yang terbaik.
Menyelenggara komen, pendapat dan sebagainya daripada
pelanggan.
Memastikan produk yang dikeluarkan sentiasa mencukupi.
Membuat penyata keperluan stok dan inventori
Merekod jualan harian
Memastikan keadaan kedai sentiasa berada dalam keadaan kemas dan
bersih.
Pengurus kewangan dan pemasaran
Menyelia belanjawan bulanan dan tahunan syarikat agar selaras
seperti yang dirancang.
Melakukan urusan pembahagian keuntungan, penyata untung rugi,
penyata pendapatan dan penyata kira-kira.
Bertanggungjawab dalam mengeluarkan dan menyimpan wang syarikat
ke dalam bank untuk dijadikan sebagai modal pusingan dan
urusan-urusan lain yang berkaitan dengan perniagaan.
Memastikan hasil keluaran mendapat tempat dan memenuhi kehendak
pelanggan.
Menyelia urusan promosi serta menghebahkan kemunculan syarikat
kepada orang ramai.
Mengeluarkan tanda pengenalan syarikat kepad aorang ramai.
Mengeluarkan tanda pengenalan syarikat (papan tanda dan tanda
arah)
Memastikan sasaran pasaran harian tercapai dan pelanggan berpuas
hati dengan mutu nperkhidamatan syarikat.
Melakukan pelbagai aktiviti untuk menghargai pelanggan seperti
potongan harga, pemberian baucer serta kad ahli.
7.6 Senarai kakitanganBilJawatanBilangan pekerja
1.Pengurus besar, operasi dan pentadbiran1
2.Pengurus pemasaran dan kewangan1
3.Pekerja am2
4.Pereka3
5.Tukang jahit6
6.Jurujual3
Jumlah16
7.7 Bayaran imbuhan kepada kakitangan Cuti sakit
Sekiranya terdapat pekerja yang mengalami kecedraan ataupun
kemalangan semasa bekerja, pihak syarikat akan memberi cuti bergaji
di samping memberi rawatan perubatan secara percuma.
Cuti tahunan
Pihak syarikat akan memberi cuti tahunan kepada pekerja selama
dua minggu ataupun 14 hari.
Kenaikan gaji
Pekerja yang menunjukkan prestasi kerja yang memuaskan akan
diberi kenaikan gaji. Pihak syarikat juga kan memberi gaji bonus
pada setiap hujung tahun bergantung kepada peratus keuntungan yang
diperolehi pada tahun berkenaan.
Kumpulan Wang SImpanan Pekerja (KWSP)
Bagi menjamin masa depan pekerja, mereka diwajibkan mendaftar
dalam KWSP.
8.0 Rancangan Operasi8.1 Senarai barangan yang
dihasilkanProdukHarga
Sarung bantal kusyen yang menggunakan fabrik
bercorak batikRM35
Sarung bantal kusyen yang menggunakan
hiasan sebagai corak batikRM45
Bantal kusyenRM15
Tempahan mengikut rekaan penggunaBergantung pada penggunaan
bahan dan
kesukaran.
8.2 Carta aliran proses8.3 Senarai bahan mentah yang diperlukan
(bulanan)BahanKuantitiHarga/kuantiti (RM)Jumlah (RM)
Fabrik bercorak batik1000 M28/M28 000.00
Farik kosong1000 M10/M10 000.00
Benang150 gelung98/gelung14 700.00
Hiasan100 kotak40/kotak4000.00
Kapas100KG4.10/KG410.00
JumlahRM 57,110
8.4 Senarai mesin, perabot, dan alat kelengkapanJenis
mesinModelBilanganHarga seunitJumlah (rm)
Trimmer quality
controller and labeling machineADX-1121104,100104,100
Industrial
lockstitch and other machinesDB-736425,588102,350
Industrial
overlock
machines and accessoriesNV-4000249,27598,550
Embroidery
sewing machinesNV-700E297,500195,000
JUMLAH500,000
8.5 Perabot dan kelengkapan pejabatPejabat kami dilengkapi
dengan beberapa bilik kakitangan syarikat. Selain itu, pejabat kami
juga mempunyai sebuah stor untuk penyimpanan barang dan sebagainya.
Bagi alatan komunikasi dan teknologi pula, pejabat kami mempunyai
beberpa buah telefon pejabat, mesin faks, komputer dan internet.
Pejabat kami mempunyai banyak almari untuk menyimpan stok-stok baru
dan stok tempahan. Bilik tetamu pejabat kami dilengkapi dengan 3
buah sofa, sebuah meja. Televisyen, astro dan rak majalah supaya
pelanggan kami dapat menunggu atau berehat dalam keadaan yang
selesa. Pejabat kami dilengkapi dengan alat penghawa dingin pada
setiap bilik termasuk bilik tetamu dan ruang hadapan pejabat.
9.0 Rancangan Kewangan9.1 Kos projekPerkaraUnitStatusNilai
(RM)
Bangunan1 buahSewa24,000 (2,000/bulan)
Van1 buahPinjaman40,000
Peralatan Pejabat6 setBelian tunai2,500
Mesin Pemproses9 buahBelian tunai dan
kredit500,000
Perabot dan almari10 setBelian tunai31,500
Komputer5 setBelian tunai15,000
Jumlah613,000
9.2 Sumber pembiayaanModal sendiri (Ahli kongsi) Nilai
SumbanganMuhd Zulkifli Bin Hamzah RM 150,000.00
Mastura `Aqasiah binti Muktar RM 150,000.00
Pinjaman RM 500 000.00
Jumlah RM 800 000.00
9.3 PinjamanTujuan memohon pinjaman : Sebagai modal tambahan
untuk membiayai syarikat pinjaman dibuat melalaui Bank Bumiputera-
Commerce pada kadar faedah 5% setahun. Jangkamasa pembayaran balik
pinjaman RM 500,000 adalah dalam tempoh 5 tahun.
9.4 Jadual bayaran balik pinjamanJumlah Pinjaman : RM
500,000.00
Kadar Faedah: 5%
Jangka bayar balik : 5 Tahun
Kaedah : Bayaran Bulanan
9.5 Jadual susut nilai aset tetapJenis Aset : Mesin Pemproses (
8 buah) Jumlah Harga : RM 500,000.00
Hayat Ekonomi: 5 tahun
Nilai skrap : RM 250,000
9.6 Aliran tunaiZM ENTERPRISE Penyata Aliran Tunai Bagi Tahun
2013
ZM ENTERPRISE Penyata Aliran Tunai Bagi Tahun 2013
9.7 Proforma untung rugiZM ENTERPRISE
KUNCI KIRA-KIRA PADA 31 DISEMBER 2013
ZM ENTERPRISE
KUNCI KIRA-KIRA PADA 31 DISEMBER 2014
10.0 Jadual Perlaksanaan ProjekTinjauan Pemasaran
Tempoh : Tiga Bulan
Penyediaan Perancangan Perniagaan
Tempoh : Sebulan
Permohonan Pinjaman
Tempoh : Enam Bulan11.0 Rumusan
Penyediaan Hasil
Tempoh: Satu Tahun
Daripada perancangan yang kami hasilkan, kami berpendapat bahawa
syarikat kami iaitu ZM Enterprise, sebuah perniagaan yang
berasaskan produk sarung dan bantal kusyen bercorak batik mampu
melangkah jauh dalam bidang perniagaan ini dan bersaing secara
sihat dengan syarikat-syarikat sarung kusyen lain yang ada di
pasaran.
Dengan modal yang mencukupi dan komitmen yang padu daripada
setiap ahli, maka kami optimis dengan perniagaan yang kami ceburi
ini. Tambahan pula, masyarakat kini, tidak kira tua atau muda
masing-masing menitikberatkan keselesaan dan dekorasi di dalam
rumah mahupun kereta.
Dalam pengalaman dan cara pemasaran yang rapi yang telah kami
atur, kami mampu untuk bersaing dengan syarikat-syarikat yang telah
sedia ada. Dalam operasi kami menggunakan mesin jahit industri yang
tahan lasak dan pekerja-pekerja yang mahir dan terlatih. Dengan ini
kami berupaya mengeluarkan produk yang berkualiti dan memenuhi cita
rasa pengguna. Kami juga amat yakin bahawa perniagaan ini akan
terus berkembang lagi masa hadapan selara dengan perkembangan
teknologi dan gaya hidup terkini.
12.0 LampiranDi bawah merupakan produk eksklusif syarikat ZM
Enterprise iaitu sarung kusyen bertema batik.
Di bawah adalah contoh contoh kusyen beraneka bentuk, rupa dan
saiz daripada syarikat ZM Enterprise.
Ini merupakan logo bagi syarikat ZM Enterprise :ZM
ENTERPRISESOFT & COMFORT