Top Banner
CIMB| Tarikh Semakan: 23 Januari 2019 1 Pihak Pertama (Individu/ Syarikat) LAMPIRAN Saya / Kami, pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 1 Jadual ("Peminjam") pada hari ini telah menggadaikan Tanah Tersebut yang telah dinyatakan dalam "Jadual" Memorandum Gadaian dan dalam Seksyen 2 Jadual (" Tanah Tersebut ") kepada CIMB BANK BERHAD (No. 13491-P) yang mempunyai pejabat berdaftar di Tingkat 13, Menara CIMB, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur dan mempunyai tempat perniagaan seperti yang diterangkan dalam Seksyen 5 Jadual ("Bank") atas terma-terma dan tertakluk kepada syarat-syarat yang akan dinyatakan selepas ini, dan DENGAN INI BERSETUJU DAN BERJANJI dengan BANK seperti berikut: BAHAWASANYA (A) * Melalui perjanjian jual beli yang bertarikh sekian hari dan tahun dan dibuat di antara pihak-pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual ("Perjanjian Jual Beli"), Peminjam bersetuju untuk membeli Tanah Tersebut (ditakrifkan dalam Klausa 1.2) mengikut terma dan syarat yang terkandung dalam Perjanjian Jual Beli. (A) (i) * Peminjam memperoleh hak dan kepentingan pada dan ke atas Tanah Tersebut (ditakrifkan dalam Klausa 1.2) berdasarkan kontrak pembinaan ("Kontrak Pembinaan") atau sebarang bentuk pengambilalihan lain termasuk pengisytiharan jualan ("Perjanjian Pengambilalihan") yang mana Kontrak Pembinaan dan / atau Perjanjian Pengambilalihan dianggap telah dibuat pada sekian hari dan tahun dan dibuat antara pihak-pihak yang dinyatakan pada Seksyen 3 Jadual. (B) Melalui satu perjanjian kemudahan bertarikh hari dan tahun seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 4 Jadual dan dibuat antara Peminjam dan Bank ("Perjanjian Kemudahan"), Peminjam memperoleh kemudahan perbankan dari Bank dalam jumlah yang dinyatakan dalam Perjanjian Kemudahan ("Kemudahan") berdasarkan terma dan tertakluk kepada syarat-syarat yang terkandung dalam Perjanjian Kemudahan. (C) Sebagai salah satu terma Perjanjian Kemudahan, Peminjam hendaklah melaksanakan dan menyerahkan Gadaian ini kepada Bank untuk mendapatkan pembayaran dan sebagai cagaran bagi pembayaran balik terhadap semua atau mana-mana Liabiliti Terjamin (ditakrifkan di bawah). * (sila padam mana-mana yang tidak berkenaan) 1. DEFINISI DAN INTERPRETASI 1.1 Melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain atau melainkan dinyatakan sebaliknya dalam Gadaian ini, semua perkataan dan ungkapan hendaklah mempunyai makna yang sama yang diberikan kepada mereka dalam Perjanjian Kemudahan. 1.2 Definisi Dalam Caj ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain: - 'Perjanjian Pengambilalihan' bermaksud perjanjian bertarikh hari dan tahun dan dibuat di antara pihak-pihak sebagaimana yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual dan termasuk sebarang perjanjian tambahan.
29

'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, … 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, gempa bumi, letupan, pesawat, rusuhan, kekecohan awam, kerosakan berniat

Apr 07, 2019

Download

Documents

duongnhu
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, … 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, gempa bumi, letupan, pesawat, rusuhan, kekecohan awam, kerosakan berniat

CIMB| Tarikh Semakan: 23 Januari 2019 1

Pihak Pertama

(Individu/ Syarikat)

LAMPIRAN

Saya / Kami, pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 1 Jadual ("Peminjam") pada hari ini telah

menggadaikan Tanah Tersebut yang telah dinyatakan dalam "Jadual" Memorandum Gadaian dan dalam

Seksyen 2 Jadual (" Tanah Tersebut ") kepada CIMB BANK BERHAD (No. 13491-P) yang mempunyai

pejabat berdaftar di Tingkat 13, Menara CIMB, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470

Kuala Lumpur dan mempunyai tempat perniagaan seperti yang diterangkan dalam Seksyen 5 Jadual

("Bank") atas terma-terma dan tertakluk kepada syarat-syarat yang akan dinyatakan selepas ini, dan

DENGAN INI BERSETUJU DAN BERJANJI dengan BANK seperti berikut:

BAHAWASANYA

(A) * Melalui perjanjian jual beli yang bertarikh sekian hari dan tahun dan dibuat di antara pihak-pihak

yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual ("Perjanjian Jual Beli"), Peminjam bersetuju untuk

membeli Tanah Tersebut (ditakrifkan dalam Klausa 1.2) mengikut terma dan syarat yang

terkandung dalam Perjanjian Jual Beli.

(A) (i) * Peminjam memperoleh hak dan kepentingan pada dan ke atas Tanah Tersebut (ditakrifkan

dalam Klausa 1.2) berdasarkan kontrak pembinaan ("Kontrak Pembinaan") atau sebarang bentuk

pengambilalihan lain termasuk pengisytiharan jualan ("Perjanjian Pengambilalihan") yang mana

Kontrak Pembinaan dan / atau Perjanjian Pengambilalihan dianggap telah dibuat pada sekian hari

dan tahun dan dibuat antara pihak-pihak yang dinyatakan pada Seksyen 3 Jadual.

(B) Melalui satu perjanjian kemudahan bertarikh hari dan tahun seperti yang dinyatakan dalam Seksyen

4 Jadual dan dibuat antara Peminjam dan Bank ("Perjanjian Kemudahan"), Peminjam

memperoleh kemudahan perbankan dari Bank dalam jumlah yang dinyatakan dalam Perjanjian

Kemudahan ("Kemudahan") berdasarkan terma dan tertakluk kepada syarat-syarat yang

terkandung dalam Perjanjian Kemudahan.

(C) Sebagai salah satu terma Perjanjian Kemudahan, Peminjam hendaklah melaksanakan dan

menyerahkan Gadaian ini kepada Bank untuk mendapatkan pembayaran dan sebagai cagaran

bagi pembayaran balik terhadap semua atau mana-mana Liabiliti Terjamin (ditakrifkan di

bawah).

* (sila padam mana-mana yang tidak berkenaan)

1. DEFINISI DAN INTERPRETASI

1.1 Melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain atau melainkan dinyatakan

sebaliknya dalam Gadaian ini, semua perkataan dan ungkapan hendaklah mempunyai makna

yang sama yang diberikan kepada mereka dalam Perjanjian Kemudahan.

1.2 Definisi

Dalam Caj ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain: -

'Perjanjian Pengambilalihan' bermaksud perjanjian bertarikh hari dan tahun dan dibuat di antara

pihak-pihak sebagaimana yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual dan termasuk sebarang

perjanjian tambahan.

Page 2: 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, … 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, gempa bumi, letupan, pesawat, rusuhan, kekecohan awam, kerosakan berniat

2

"Pendahuluan bermaksud jumlah wang prinsipal yang dibayar kepada Peminjam atau pihak lain

dari semasa ke semasa mengikut pengeluaran yang dibuat pada Kemudahan.

'Bank' bermaksud CIMB Bank Berhad yang mempunyai pejabat berdaftarnya di Tingkat 13,

Menara CIMB, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur dan

mempunyai tempat perniagaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Seksyen 5 Jadual dan

termasuk pengganti dan pemegang serah haknya .

'Kadar Asas ("KA")' bermaksud kadar faedah yang ditetapkan oleh Bank dari semasa ke semasa

sebagai suatu kadar penunjuk yang mana kadar faedah untuk kemudahan (termasuk

Kemudahan) atau mana-mana pendahuluan dikira dan termasuk kadar penunjuk dengan apapun

nama yang dipanggil oleh Bank.

'Peminjam' bermaksud pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 1 Jadual dan termasuk pewaris

hak milik Peminjam, wakil peribadi, penerima dan pewaris yang mempunyai hak milik di

bawahnya.

"Caj" bermaksud caj guaman dan termasuk sebarang instrumen tambahan atau yang dinyatakan

sebagai cagaran atau dibuat susulan atau mengikut terma-terma gadaian ini.

Perjanjian Pembinaan bermaksud perjanjian yang bertarikh hari dan tahun dan dibuat di antara

pihak-pihak seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual dan termasuk sebarang perjanjian

tambahan.

'Kadar Ingkar' bermaksud kadar faedah ingkar seperti yang ditentukan dan ditakrifkan dalam

Surat Tawaran.

'Bebanan' bermaksud sebarang gadai janji, gadaian, ikrar, lien, penyerahanhak, hipotekasi,

faedah cagaran, hak keutamaan atau pengaturan amanah atau bebanan lain, perjanjian cagaran

atau sebarang perkiraan atau sebarang hak yang memberikan keutamaan bayaran.

'Kejadian Ingkar' bermaksud apa-apa peristiwa atau keadaan yang dinyatakan dalam Klausa

12 atau sebarang peristiwa lain yang menjadikan Kemudahan, faedah ke atasnya dan / atau

sebarang wang lain yang terhutang oleh Peminjam di bawah atau menurut Perjanjian

Kemudahan, yang kena dibayar serta merta kepada Bank.

'Perjanjian Kemudahan' bermaksud perjanjian kemudahan yang dibuat di antara Peminjam

dan Bank pada tarikh yang dinyatakan dalam Seksyen 4 Jadual dan apa-apa perubahan,

pindaan atau pelanjutan atau tambahan kepadanya dari semasa ke semasa

"Kemudahan" bermaksud kemudahan yang diberikan atau disediakan atau dipersetujui

untuk diberikan atau disediakan dan / atau terus disediakan oleh Bank kepada Peminjam

pada masa sekarang atau tempoh akan datang atau dari semasa ke semasa sesuai dengan

syarat dan terma yang ditetapkan di dalam Perjanjian Kemudahan dan Surat Tawaran dan

termasuk apa-apa baki atau sebahagian daripadanya yang mungkin dari semasa ke semasa

tetap terhutang pada

Kemudahan termasuk faedah yang telah terakru dan sedang terakru pada kadar dan

mengikut cara yang dinyatakan dalam Perjanjian Kemudahan dan Surat Tawaran.

Page 3: 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, … 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, gempa bumi, letupan, pesawat, rusuhan, kekecohan awam, kerosakan berniat

3

'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, gempa bumi, letupan, pesawat,

rusuhan, kekecohan awam, kerosakan berniat jahat, impak, keganasan, pesawat udara dan

peralatan udara atau artikel lain yang jatuh daripadanya, radas atau paip, dan kerosakan

oleh atau akibat daripada impak yang dihasilkan oleh kenderaan, dan apa-apa risiko lain

yang akan diluluskan oleh Bank termasuk kos dan perbelanjaan perobohan dan

pembersihan tapak, kos artikek, juruukur dan lain-lain yuran professional dan semua

perbelanjaan luar jangka yang lain.

'Akta Insolvensi' bermaksud Akta Insolvensi, 1967 yang pada asalnya digubal dan sebagaimana

yang dipinda dari semasa ke semasa termasuk mana-mana undang-undang sampingan atau

subsidiari yang berkaitan yang dibuat di bawahnya.

'Surat Tawaran' bermaksud surat tawaran bertarikh hari dan tahun seperti yang dinyatakan

dalam Bahagian 3 Jadual dan apa-apa surat tawaran yang dikeluarkan oleh Bank kepada

Peminjam berkaitan dengan Kemudahan dan Perjanjian Kemudahan dan diterima oleh

Peminjam sebagai variasi, pindaan atau pelanjutan atau tambahan kepadanya dari semasa ke

semasa.

'Kadar Faedah Semasa' bermaksud kadar faedah yang dinyatakan dan ditakrifkan dalam Surat

Tawaran atau apa-apa kadar faedah lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dari masa ke

semasa.

‘Tanah Tersebut’ bermaksud hakmilik strata, pegangan bebas, pajakan atau tanah tak alih yang

dijelaskan dalam Seksyen 2 dari Jadual tersebut dan mana-mana bahagian atau sebahagian

daripadanya, termasuk semua hak yang disertakan atau yang berhubung dengannya dan semua

bangunan, lekapan, tumbuhan dan mesin-mesin yang dari semasa ke semasa terletak di atasnya.

Ini termasuk harta milik awam dan semua struktur dan lekapan yang bersambung bersebelahan

dengan dan/atau berkaitan dengan Tanah Tersebut dan berdasarkan Enakmen Tanah (Hakmilik

Subsidiari) 1972 untuk tanah di Sabah atau Akta Hakmilik Strata 1985 atau undang-undang lain

yang terpakai.

'Perjanjian Jual Beli' bermaksud perjanjian yang bertarikh pada hari dan tahun dan dibuat di

antara pihak-pihak yang dinyatakan dalam Bahagian 3 dari Jadual tersebut dan termasuk

sebarang perjanjian tambahan.

'Liabiliti Terjamin' bermaksud agregat yang berikut yang berkenaan dengan atau yang timbul

dari Kemudahan dan / atau Pendahuluan dan / atau Surat Tawaran dan / atau Dokumen Jaminan:

- (a) semua wang (termasuk tetapi tidak terhad kepada prinsipal, faedah (termasuk faedah

ingkar), komisen, caj, yuran, kos perundangan dan / atau pembayaran (atas dasar tanggung rugi

penuh) serta kos dan perbelanjaan lain), sama ada pada masa sekarang, di masa hadapan,

sebenar atau kontinjen, yang terhutang atau yang perlu dibayar atau yang telah dipersetujui

untuk dibayar oleh Peminjam atau mana-mana Pihak pemberi jaminan yang lain kepada Bank

dari semasa ke semasa; dan / atau (b) semua liabiliti dan obligasi sama ada yang semasa, di

masa hadapan, sebenar atau kontinjen: (i) untuk pembayaran balik atau pembayaran mana-mana

wang oleh Peminjam atau mana-mana Pihak pemberi jaminan lain dari semasa ke semasa

kepada

Bank; dan / atau (ii) wang yang boleh ditanggung oleh Bank dari semasa ke semasa (termasuk

tetapi tidak terhad kepada apa-apa liabiliti atau obligasi yang timbul daripada

atau yang ditanggung di bawah mana-mana cagaran, indemniti, aku janji atau perjanjian lain

atau instrumen yang dibuat menurut Perjanjian ini).

Page 4: 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, … 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, gempa bumi, letupan, pesawat, rusuhan, kekecohan awam, kerosakan berniat

4

‘Dokumen Jaminan' bermaksud cagaran (jika ada) dan sebarang dokumen jaminan lain yang

dirujuk di dalam Surat Tawaran dan mana-mana dokumen lain yang pada masa ini menjadi

cagaran bagi Liabiliti Terjamin, kecuali untuk Gadaian ini, yang mana dari semasa ke semasa

boleh dikehendaki oleh Bank untuk dijadikan cagaran bagi Liabiliti Terjamin mengikut kaedah

dan kandungan yang boleh diterima oleh Bank.

1.3 Pihak Pemberi Jaminan' bermaksud Peminjam dan mana-mana pihak lain yang menyediakan

sebarang cagaran (termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang cagaran atau indemniti) untuk

pembayaran Liabiliti Terjamin dan mana-mana pihak (selain daripada Bank) yang dinyatakan

dalam Dokumen Jaminan.

1.4 Interpretasi

Dalam Gadaian ini: -

(a) rujukan kepada Klausa, Seksyen dan Jadual hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan

kepada Klausa, Seksyen dan Jadual bagi Gadaian ini;

(b) rujukan kepada mana-mana peruntukan dalam Gadaian ini atau kepada mana-mana

dokumen atau perjanjian lain hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan kepada peruntukan

tersebut atau dokumen atau perjanjian yang berkuatkuasa pada masa ini dan

sebagaimana yang dipinda, diubah, ditambah, diganti atau dinovasi dari semasa ke

semasa;

(c) perkataan-perkataan yang membawa maksud tunggal turut membawa maksud jamak

dan sebaliknya dan perkataan-perkataan yang membawa maksud jantina maskulin

adalah turut merangkumi perkataan-perkataan feminin dan jantina yang neutral dan

sebaliknya;

(d) rujukan kepada seseorang harus ditafsirkan sebagai termasuk rujukan kepada

perbadanan, firma, perkongsian, usahasama, pertubuhan tak diperbadankan, individu

atau mana-mana negeri/negara atau mana-mana agensi negeri/negara, sama ada atau

entiti berasingan di sisi undang-undang atau tidak.

(e) Rujukan kepada mana-mana peruntukan berkanun hendaklah ditafsirkan sebagai

rujukan kepada peruntukan berkanun tersebut seperti yang telah dipinda, ditambah,

digubal semula atau digantikan dari semasa ke semasa (sama ada sebelum atau selepas

tarikh Gadaian ini) dan haruslah merangkumi mana-mana perintah instrument peraturan

atau lain-lain perundangan subsidiari yang dibuat di bawah peruntukan berkanun

tersebut atau yang mendapat punca kuasa daripada peruntukan tersebut;

(f) Terma “prinsipal” hendaklah termasuk kesemua jumlah dan apa-apa wang yang

didahulukan atau dibayar kepada atau bagi pihak Peminjam oleh Bank atau sebaliknya

apa-apa yang kena dibayar oleh Peminjam kepada Bank berhubung Gadaian ini (sama

ada akan membentuk sebahagian daripada Kemudahan atau tidak) dan terma “faedah”

termasuk faedah pada Kadar Faedah Semasa, Kadar Ingkar atau lain-lain kadar atau

kadar-kadar yang boleh ditetapkan oleh Bank mengikut budi bicara mutlaknya dari

semasa ke semasa di atas jumlah dan wang tersebut dan oleh sebab itu ungkapan

“Kemudahan”, “prinsipal” atau “faedah” adalah merangkumi kesemua jumlah dan

wang dan faedah seperti yang dinyatakan;

(g) tajuk-tajuk fasal adalah bertujuan untuk memudahkan rujukan sahaja dan tidak

menjejaskan tafsiran Gadaian ini;

(h) sebarang kebebasan atau kuasa yang boleh dijalankan atau apa-apa penentuan yang

Page 5: 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, … 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, gempa bumi, letupan, pesawat, rusuhan, kekecohan awam, kerosakan berniat

5

boleh dibuat di bawah ini oleh Bank boleh dijalankan atau dibuat mengikut budi bicara

mutlaknya dan Bank tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk menyatakan sebarang

sebab kepada Peminjam;

(i) perkataan "di sini", "selepas ini", "di sini", "di bawah ini" dan perkataan lain yang

serupa hendaklah merujuk kepada Gadaian ini secara keseluruhannya dan bukan

merujuk kepada mana-mana peruntukan tertentu;

(j) perkataan "wang" atau "ringgit", "dolar" dan simbol "RM" hendaklah ditafsirkan

sebagai mata wang Malaysia;

(k) perkataan "Kanun Tanah Negara" ertinya Kanun Tanah Negara 1965 untuk tanah di

Malaysia Barat, Kanun Tanah Sarawak (Cap 81) untuk tanah di Sarawak atau / dan

Ordinan Tanah Sabah (Cap 68)) bagi tanah di Sabah;

(l) Jadual di dalam ini hendaklah menjadi sebahagian penting bagi Gadaian ini dan

hendaklah diambil, dibaca dan ditafsirkan sebagai satu bahagian yang penting disini;

(m) di mana 'Peminjam' terdiri daripada dua pihak atau lebih: -

(i) ungkapan sedemikian dalam Gadaian ini bermaksud dan merangkumi

kedua-dua pihak atau lebih dan setiap satu pihak atau (mengikut keperluan

sesuatu keadaan) mana-mana daripada mereka;

(ii) semua perjanjian, gadaian, persetujuan dan akujanji yang dinyatakan atau

tersirat di pihak Peminjam dalam Gadaian ini hendaklah disifatkan sebagai

perjanjian, gadaian, persetujuan dan akujanji bersama dan berasingan oleh

pihak-pihak berkenaan;

(iii) setiap individu akan terikat walaupun mana-mana individu lain yang

dimaksudkan atau dinyatakan untuk terikat oleh Gadaian ini tidak lagi

terikat; dan

(iv) Bank boleh membebaskan atau melepaskan mana-mana satu atau lebih

daripada semua atau mana-mana obligasi di bawah Gadaian ini atau membuat

perjanjian atau komposisi dengan mana-mana individu perseorangan tanpa

membebaskan mana-mana mereka yang lain atau sebaliknya memprejudiskan

sebarang hak mereka di bawah Gadaian ini atau sebaliknya

2. PERJANJIAN UNTUK MEMBUAT PEMBAYARAN

2.1 Peminjam membuat perjanjian dengan Bank: -

(a) bahawa Peminjam akan membayar balik kepada Bank APABILA DITUNTUT Liabiliti

Terjamin dan semua wang lain yang terhutang atau perlu dibayar di bawah terma

Perjanjian Kemudahan dan Gadaian ini. Sehingga permintaan tersebut dibuat,

Peminjam akan membayar balik Kemudahan dan faedah mengikut terma Perjanjian

Kemudahan dan Surat Tawaran.

(b) bahawa sekiranya Peminjam diisytiharkan sebagai bankrap atau sudah menjadi bankrap

pada bila-bila masa sepanjang tempoh Kemudahan dan Bank tidak membuat tuntutan

bagi Gadaian ini dalam masa dua belas (12) bulan dari tarikh perintah muflis yang

mengesahkan bahawa Peminjam telah muflis, Peminjam tetap bersetuju untuk

Page 6: 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, … 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, gempa bumi, letupan, pesawat, rusuhan, kekecohan awam, kerosakan berniat

6

membayar faedah penuh yang tertunggak bagi Kemudahan ini pada Kadar Faedah

Semasa dan / atau Kadar Ingkar (mengikut mana yang berkenaan) dan Bank berhak

untuk mendapatkan bayaran yang sama di bawah Gadaian ini walau apa pun Seksyen 8

(2A) Akta Insolvensi.

(c) untuk membayar semua jumlah dan wang tersebut atau jumlah yang akan kena dibayar

oleh Peminjam di bawah Gadaian ini dan khususnya (tetapi tanpa menghadkan

keluasan makna yang disebutkan di atas) semua kos, caj, perbelanjaan dan jumlah lain

dan wang lain yang dinyatakan di sini.

(d) walau apa pun peruntukan lain dalam Gadaian ini, Bank mengikut budi bicara mutlaknya

berhak untuk menggunakan mana-mana wang yang diterima sama ada bagi tujuan

bayaran atau pembayaran balik atau prapembayaran dalam apa cara sekalipun yang

dianggap wajar.

2.2 Tanpa mengambil kira apa sahaja yang terkandung di dalam Gadaian ini atau di dalam

Perjanjian Kemudahan atau Surat Tawaran atau Dokumen Jaminan yang lain atau mana-mana

pertukaran dokumen di antara pihak-pihak di sini, dan tanpa prejudis terhadap keluasan makna

yang disebutkan di atas, dengan tidak mengambilkira bayaran yang dinyatakan di dalam Klausa

2.1 telah dilaksanakan seperti sebelumnya, Kemudahan dan mana-mana wang yang kena

dibayar oleh Peminjam kepada Bank di bawah Gadaian ini dan faedah tersebut seperti yang

dinyatakan di sini hendaklah diteruskan bagi semua tujuan untuk dibayar secara penuh atas

permintaan.

3. CAGARAN

3.1 Sebagai cagaran bagi pembayaran yang perlu dibuat tepat pada masanya dan pembayaran balik

Liabiliti Terjamin, Peminjam dengan ini memajakkan Tanah Tersebut kepada Bank melalui satu

gadaian tetap di bawah peruntukan Kanun Tanah Negara.

3.2 Cagaran yang dibuat di bawah Gadaian ini adalah bertujuan untuk dijadikan dan akan terus

menjadi suatu cagaran yang berterusan bagi pembayaran balik dan pembayaran bukan

sahaja untuk Kemudahan tetapi juga untuk Liabiliti Terjamin, walaupun akaun atau akaun-

akaun Peminjam dengan Bank akan terhenti untuk apa-apa sebab dan walau apa pun

penyelesaian akaun atau akaun-akaun atau apa-apa perkara atau perkara apa pun, dan

hendaklah sebagai tambahan dan tidak boleh menjejaskan atau memberi kesan atau

prasangka atau terjejas oleh apa-apa cagaran yang berhubungan dengan Tanah Tersebut

atau kepada mana-mana tanah lain atau apa-apa cagaran lain yang dipegang oleh Bank

pada masa kini atau pada bila-bila masa pada masa akan datang berkenaan dengan Liabiliti

Terjamin atau mana-mana daripadanya, dan akan terus berkuatkuasa sebagai cagaran

berterusan sehingga dilepaskan.

3.3 Keberterusan cagaran yang diwujudkan di sini tidak akan ditentukan atau dipengaruhi oleh

pembubaran, penggabungan, penyusunan semula, kebankrapan, kematian atau

ketidakupayaan mental atau prosiding atau peristiwa lain yang serupa, oleh Peminjam dan /

atau mana-mana Pihak Pemberi Jaminan.

3.4 Seksyen 245 Kanun Tanah Negara 1965 tidak terpakai bagi Gadaian ini. Untuk tanah di

Sabah dan Sarawak, tidak ada sekatan ke atas hak penyatuan Bank. Ia secara nyata

dipersetujui dan diisytiharkan bahawa melainkan jika Bank bersetuju sebaliknya, Gadaian

ini tidak akan dilepaskan kecuali oleh pembayaran oleh Peminjam bukan sahaja bagi semua

Page 7: 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, … 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, gempa bumi, letupan, pesawat, rusuhan, kekecohan awam, kerosakan berniat

7

wang yang dijamin tetapi juga semua wang yang dijamin oleh sebarang gadaian lain yang

dibuat oleh Peminjam yang memihak kepada atau diberi hak kepada bank.

3.5 Peminjam hendaklah pada bila-bila masa dan apabila dikehendaki oleh Bank,

melaksanakan untuk memihak kepada Bank atau sebagaimana yang diarahkan oleh Bank,

gadai janji, gadaian, debentur, penyerahan hak, pindahan, perjanjian atau cagaran lain

sepertimana yang dikehendaki oleh Bank terhadap kesemua hak yang dimiliki Peminjam,

hakmilik dan kepentingan dalam mana-mana tanah atau aset atau perniagaan yang dimiliki

oleh atau yang kemudiannya akan diperoleh atau dimiliki oleh Peminjam (termasuk lien

penjual) dan faedah bagi semua lesen yang dimiliki yang berkaitan dengannya , untuk

menjamin semua wang dan liabiliti yang dengan ini dipersetujui untuk dibayar atau

dimaksudkan untuk dijadikan sebagai cagaran, gadai janji, gadaian, penyerahan hak,

pindahan, perjanjian atau cagaran lain yang disediakan oleh atau bagi pihak Bank yang

mana perlu ditanggung oleh Peminjam dan mengandungi semua terma dan syarat bagi

menjamin kepentingan Bank sebagaimana yang dikehendaki atau ditetapkan oleh Bank.

3.6 Peminjam hendaklah pada bila-bila masa sekiranya dan apabila dikehendaki oleh Bank

untuk berbuat sedemikian, menyerahkan kepada Bank dokumen hak milik mana-mana atau

semua harta tak alih yang dimiliki oleh Peminjam bagi sebarang tempoh dan semua atau

mana-mana debentur, saham, stok atau lain-lain pelaburan atau sekuriti yang didaftarkan

atas nama Peminjam ataupun yang dimiliki oleh Peminjam. Penyerahan sedemikian boleh

dilaksanakan melalui cagaran untuk pembayaran balik wang dan liabiliti yang dijamin atau

untuk tujuan mendapatkan wang lain yang terhutang kepada Bank yang tidak dijamin.

3.7 Bank hendaklah mempunyai hak penjagaan dan hakmilikan terhadap dokumen yang

dikeluarkan berkaitan Tanah Tersebut.

3.8 Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, keterpakaian Seksyen 244(2) Kanun Tanah

Negara 1965 hendaklah dihadkan untuk kejadian-kejadian di mana penghasilan sebarang

dokumen yang dikehendaki untuk tujuan apa-apa tindakan atau perkara yang dimulakan atau

dibina oleh Kerajaan atau pihak berkuasa, jabatan atau pegawai kerajaan dan tidak terpakai di

mana dokumen tersebut dikehendaki untuk apa-apa tujuan atau untuk memberi kesan terhadap

apa-apa transaksi yang dilaksanakan atau dimulakan oleh Penggadai DAN tiada apa yang

terkandung atau dinyatakan dalam Seksyen 244(2) boleh dianggap sebagai pemberian keizinan

oleh Bank (samada dengan nyata atau tersirat) terhadapa apa-apa tindakan atau transaksi yang

mengkehendaki keizinan Bank. Bagi tanah di Sabah dan Sarawak apa-apa peruntukan dokumen

tersebut oleh Bank hendaklah terhad untuk kejadian-kejadian di mana penghasilan apa-apa

dokumen dikehendaki bagi sebarang tindakan dan perkara yang dimulakan oleh Kerajaan atau

pihak berkuasa, jabatan atau pegawai kerajaan dan tidak terpakai sekiranya dokumen tersebut

dikehendaki bagi apa-apa tujuan atau untuk memberi kesan kepada sebarang transaksi yang

dijalankan atau dimulakan oleh Peminjam dan/atau mana-mana Pihak Pemberi Jaminan.

4. TIADA OBLIGASI UNTUK MEMBAYAR WANG PENDAHULUAN

Tiada apa-apa yang terkandung dalam Gadaian ini yang boleh mewajibkan Bank sama ada di

sisi undang-undang atau ekuiti untuk membuat atau terus membuat apa-apa pembayaran

pendahuluan kepada Peminjam atau untuk membayar apa-apa pengaturan lain atau sebarang

kemudahan perbankan.

5. BAYARAN PENDAHULUAN LANJUTAN

Gadaian ini bertujuan untuk menjamin bayaran pendahuluan lanjutan dan apabila pembayaran

Page 8: 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, … 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, gempa bumi, letupan, pesawat, rusuhan, kekecohan awam, kerosakan berniat

8

pendahuluan tersebut dibuat, Bank diberi kuasa untuk memeterai Perjanjian Kemudahan atau

Surat Tawaran, jika dikehendaki untuk melakukan yang sedemikian oleh apa-apa undang-

undang bertulis dan kos untuk memeterai termasuk penalti, jika ada, hendaklah ditanggung oleh

Peminjam, dan membentuk sebahagian daripada Liabiliti Terjamin. Walau bagaimanapun, Bank

diberi kuasa untuk mendebit akaun Peminjam untuk membayar kos tersebut jika Peminjam

gagal dan/atau cuai untuk membayar kos tersebut.

6. FAEDAH

Apa-apa amaun yang kena dibayar oleh Peminjam termasuk kos dan perbelanjaan yang

ditanggung atau yang akan ditanggung oleh Bank berhubung dengan Gadaian ini akan

dikenakan faedah selepas dan sebelum penghakiman seperti yang diperuntukkan di bawah

Perjanjian Kemudahan dan dari tarikh ia dibayar atau ditanggung oleh Bank. Faedah sedemikian

dan apa-apa amaun yang kena dibayar oleh Peminjam kepada Bank boleh didebitkan oleh Bank

kepada mana-mana akaun Peminjam tetapi hendaklah dalam apa jua keadaan menjadi

sebahagian daripada Liabiliti Terjamin dan dengan itu dijamin pada Tanah Tersebut di bawah

caj yang terkandung dalam Gadaian ini.

7. PERMODALAN FAEDAH

7.1 Tanpa menjejaskan hak Bank untuk menjadikan apa-apa kegagalan dalam pembayaran faedah

sebagai pelanggaran syarat-syarat Gadaian ini dan Perjanjian Kemudahan, Bank berhak untuk

mempermodalkan dan menambah faedah yang tidak dibayar kepada prinsipal dan faedah boleh

dikenakan pada kadar yang sama seperti yang ditetapkan bagi Kemudahan berkenaan dengan

pembayaran lewat.

7.2 Walau apa pun di atas, Bank berhak untuk menarik balik sebahagian atau kesemua Kemudahan

sekiranya terdapat kegagalan dalam pembayaran faedah, faedah yang dipermodalkan dan

sebarang Liabiliti Terjamin termasuk pembayaran yang terhutang kepada Bank.

7.3 Hak Bank untuk mengenakan faedah yang dipermodalkan akan wujud dan terus kekal: -

i. walau apa pun tuntutan dan / atau permintaan agar pembayaran wang dibuat atau mana-

mana wang yang dijamin; dan / atau

ii. walau apa pun hubungan pelanggan-bank antara Peminjam dan Bank telah terhenti atas

apa-apa sebab atau disebabkan oleh apa-apa sebab sekalipun; dan / atau

iii. sebelum dan selepas apa-apa penghakiman yang dibuat terhadap Peminjam dan / atau

apa-apa perintah yang dibuat ke atas jualan Tanah Tersebut.

7.4 Walau apa pun peruntukan yang berkaitan dengan kadar faedah atau KA Bank dan / atau

peratusan faedah yang dikenakan di atas KA Bank seperti yang diperuntukkan di sini dan / atau

dalam Perjanjian Kemudahan dan / atau Surat Tawaran, Bank berhak pada bila-bila masa dan

dari semasa ke semasa untuk mengubah mengikut budi bicaranya kadar faedah (termasuk

mengubah sepenuhnya asas yang menjadi penanda aras bagi pengiraan Kadar Faedah Semasa

dan / atau Kadar Ingar) dan / atau peratusan faedah yang dikenakan melebihi KA Bank dan /

atau tempoh rehat yang terpakai dengan menyampaikan notis kepada Peminjam bagi

memaklumkan niat tersebut dan kadar faedah yang dipinda dan / atau peratusan faedah yang

dikenakan sebagai tambahan pada KA Bank dan / atau tempoh rehat yang kena dibayar dari

tarikh yang dinyatakan dalam notis tersebut.

7.5 Keputusan Bank tentang apa kadar faedah yang dikenakan dan / atau tempoh rehat yang

berkenaan pada bila-bila masa adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dipersoalkan

atas apa-apa sebab sekalipun.

Page 9: 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, … 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, gempa bumi, letupan, pesawat, rusuhan, kekecohan awam, kerosakan berniat

9

8. PELEPASAN TANGGUNGAN

Peminjam bersetuju bahawa Gadaian dan obligasi Peminjam di bawah Gadaian ini tidak akan

dipenuhi dan dilepaskan kecuali selepas pembayaran dibuat oleh Peminjam bukan sahaja bagi

semua Liabiliti Terjamin tetapi juga wang yang kena dibayar pada masa sekarang atau dari

semasa ke semasa atau pada bila-bila masa selepas dan terhutang oleh Peminjam sama ada

secara tunggal atau secara bersama dengan mana-mana orang, firma atau syarikat lain, dan sama

ada sebagai prinsipal atau penjamin atau yang mana Peminjam boleh atau akan

bertanggungjawab kepada Bank di mana-mana atau dengan apa-apa cara atau di bawah mana-

mana akaun sama ada diberikan atau tidak pada atau di bawah apa-apa jaminan atau cagaran

atau sebaliknya.

9. SEKATAN

9.1 Peminjam tidak boleh tanpa persetujuan bertulis terlebih dahulu daripada Bank: -

(a) membuat atau membenarkan atau menimbulkan Bebanan atau apa-apa hak atau pilihan

ke atas Tanah Tersebut atau apa-apa bahagian atau bersetuju untuk melakukan salah

satu daripada yang nyatakan di atas;

(b) menjual, memindah hak, menyerah hak, memindah atau melepaskan Tanah Tersebut

atau sebarang faedah atau memberikan atau melepaskan hak mana-mana bahagian pada

Tanah Tersebut atau menyerah hakkan atau membelanjakan apa-apa wang yang kena

dibayar kepada Peminjam berhubung dengan Tanah Tersebut atau bersetuju untuk

melakukan salah satu dari perkara yang dinyatakan di atas;

(c) memberikan apa-apa pajakan atau penyewaan atas Tanah Tersebut atau bersetuju untuk

melakukan mana-mana yang disebutkan di atas;

(d)

melepaskan hak atau berkongsi pemilikan atau penggunaan Tanah Tersebut atau mana-

mana bahagian daripadanya atau memberikan apa-apa penyewaan atau lesen untuk

menduduki Tanah Tersebut atau bersetuju untuk melakukan mana-mana yang

disebutkan di atas;

9.2 Adalah dipersetujui dan diisytihar secara jelas bahawa peruntukan dalam Seksyen 251 Kanun

Tanah Negara 1965 hendaklah tidak boleh digunapakai dalam Gadaian ini. Bagi tanah di Sabah

dan Sarawak Peminjam tidak akan memajak, menyewakan, beri sebarang lesen atau melepaskan

hak pada mana-mana bahagian sekalipun atau membuat atau menerima penyerahan sewa atau

apapun berkenaan Tanah Tersebut atau sebarang bangunan, lekapan, struktur, tanaman atau

tumbuhan di atasnya atau sebahagian daripadanya, kepada mana-mana pihak, firma atau

syarikat tanpa memperpoleh persetujuan bertulis terlebih dahulu oleh Bank, yang mana

permohonan persetujuan boleh diberikan atau ditolak oleh Bank tanpa memberikan sebarang

alasan, sama ada secara mutlak atau dengan mengenakan terma dan syarat yang dianggap sesuai

oleh Bank, dan keputusan Bank adalah muktamad.

10 AKU JANJI OLEH PEMINJAM

Peminjam membuat aku janji dengan Bank pada setiap masa semasa sepanjang cagaran ini

berterusan: -

Page 10: 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, … 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, gempa bumi, letupan, pesawat, rusuhan, kekecohan awam, kerosakan berniat

10

(a) Pembaikpulihan

Memastikan bangunan-bangunan, pemasangan dan struktur (sama ada yang telah siap

dibina atau masih dalam pembinaan) dan semua peralatan dan kelengkapan atau

pembinaan dari semasa ke semasa yang terdapat pada Tanah Tersebut berada dalam

keadaan baik dan penyewaan pembaikan dan keadaan dan secara keseluruhan

dilindungi daripada kerosakan atau kemerosotan disebabkan oleh cuaca atau kerosakan

teruk atau apa-apa sebab lain, dan untuk menukarkan apa-apa peralatan dan alat

kelengkapan yang telah haus atau jika tidak, tidak sesuai untuk digunakan oleh orang

lain bagi tujuan dan nilai yang sama. Sekiranya berlaku keingkaran, adalah sah tetapi

tidak wajib kepada Bank untuk memasuki Tanah Tersebut atau mana-mana

bahagiannya pada bila-bila masa untuk melaksanakan pembaikpulihan sepertimana

yang perlu dan semua wang yang dibelanjakan oleh Bank seperti yang dinyatakan di

atas dari tarikh pembayaran yang sedemikian hendaklah menjadi sebahagian daripada

Liabiliti Terjamin dan dibayar balik oleh Peminjam atas tuntutan yang dibuat oleh

Bank.

(b) Insurans

(i) untuk memastikan Tanah Tersebut dan semua bangunan, pemasangan dan

struktur dan semua lekapan dan alat kelengkapan yang terletak di atasnya dan

pembinaan-pembinaan lain, diinsuranskan bagi nilai penggantian penuh semasa

terhadap kehilangan atau kerosakan oleh Risiko yang Dijamin dengan syarikat

insurans tersebut seperti mana yang diluluskan oleh Bank dari semasa ke

semasa dan termasuk pemindahan hak Polisi tersebut secara khusus untuk

manfaat Bank dan sekiranya ada, klausa perlindungan Bank di mana insuran

yang sah tidak akan dirosakkan atau dielakkan bertentangan dengan Bank pada

ketika berlakunya perbuatan kesalahnyataan atau kecuaian atau kegagalan

untuk membuat pendedahan di pihak Peminjam atau pihak yang diinsurankan

(sekiranya bukan Peminjam), dan Bank hendaklah dinamakan sebagai pihak

yang diinsuranskan dan penerima bayaran tunggal bagi polisi insuran.

DENGAN SYARAT bahawa sekiranya terdapat Polisi Insurans Perbadanan

Pengurusan (bagi rumah pangsa, apartment dan kondominium), Bank boleh

menerima insurans itu di atas Tanah Tersebut.

(ii) untuk membayar tepat pada masanya semua premium (dan wang lain) yang

berkaitan dengan insurans tersebut dan sekiranya diminta untuk berbuat

sedemikian, untuk menyampaikan kepada Bank polisi atau polisi-polisi

keseluruhan insurans tersebut dan bukti penerimaan setiap pembayaran

tersebut, dan semua wang yang diterima di bawah polisi atau polisi-polisi

insurans sama ada yang dibayar atau dilaksanakan oleh Peminjam, Bank atau

pihak ketiga dan sama ada menurut kewajipan Peminjam di bawah Gadaian ini

atau tidak, pada pilihan Bank, sama ada dalam menanggung kehilangan atau

kerosakan terhadap Tanah Tersebut (apa-apa kekurangan ditanggung oleh

Peminjam) atau terhadap pelepasan tanggungan Liabiliti Terjamin dan apa-apa

wang yang diterima oleh Peminjam hendaklah dipegang oleh Peminjam secara

amanah bagi pihak Bank.

(iii) Untuk memenuhi semua terma dan syarat dalam polisi insurans ke atas Tanah

Tersebut atau sebaliknya yang ditetapkan oleh Klausa ini dan tidak melakukan

atau meninggalkan sebarang perlakuan di mana sebarang insurans tersebut

boleh menjadi tidak sah atau boleh terbatal sepenuhnya atau sebahagiannya.

(iv) Tanpa prejudis terhadap peruntukan terdahulu pada Klausa ini (dan sama ada

Peminjam berada dalam keadaan ingkar atau tidak) ianya dipersetujui bahawa

Page 11: 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, … 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, gempa bumi, letupan, pesawat, rusuhan, kekecohan awam, kerosakan berniat

11

sekiranya Bank pada budi bicara mutlaknya berpandangan bahawa ianya perlu

atau mustahak, Bank mempunyai kebebasan tetapi tidak diwajibkan dan secara

nyata dibenarkan oleh Peminjam untuk membayar atau memperbaharui apa-

apa insurans yang berkaitan Tanah Tersebut bagi Risiko-risiko yang

Diinsuranskan sebagaimana yang dirasakan wajar oleh Bank apa-apa kos dan

perbelanjaan yang dikeluarkan hendaklah ditanggung oleh akaun Peminjam.

Dalam keadaan tersebut, Peminjam dikehendaki untuk menasihati Bank

tentang jumlah yang perlu diinsuranskan dan jika gagal Bank akan

menganggap bahawa hartanah tersebut telah diinsuranskan secukupnya dan

Peminjam tidak akan mempertanggungjawabkan Bank sekiranya sesuatu

perlindungan insurans adalah tidak mencukupi. Peminjam bersetuju bahawa

sekiranya Bank memilih untuk melaksanakan kuasanya di sini, Peminjam tidak

akan mengeluarkan, atau sekiranya telah dikeluarkan, tidak akan

menghentikan, sebarang insurans ke atas Tanah Tersebut berkenaan Risiko

yang Diinsuranskan sebagaimana telah diinsuranskan oleh Bank.

(v) Peminjam seterusnya bersetuju bahawa Bank boleh mengekalkan sebarang

komisyen atau keuntungan yang dibayar atau yang dibenarkan berhubung

dengan pengambilan insurans seperti yang dinyatakan di atas.

(c) Aliran Perbelanjaan

Untuk membayar apabila kena dibayar semua sewa termasuk cukai tanah, penilaian,

cukai, caj-caj, duti-duti, pengenaan dan lain-lain aliran keluar apapun yang dikenakan,

dinilaikan, dilevi atau dikenakan ke atas Tanah Tersebut atau ke atas pemilik atau

penghuni atau yang kena dibayar berhubung Tanah Tersebut dan untuk mengemukakan

kepada Bank sekiranya diminta kesemua resit bagi pembayaran tersebut. Sekiranya

Peminjam tidak membayar apa-apa wang yang perlu dibayar seperti yang termaktub di

dalam perjanjian, adalah sah untuk tetapi tidak wajib ke atas Bank untuk membayar

jumlah yang sama atau mana-mana bahagiannya dan semua wang yang dibelanjakan

oleh Bank sebagaimana ditentukan oleh Bank (penentuan ini adalah konklusif dan

mengikat Peminjam) dalam mengekalkan atau membiayai wang yang dibelanjakan dari

tarikh permintaan boleh diperolehi semula daripada Peminjam dan hendaklah dibayar

atas permintaan yang dibuat oleh Bank dan sehingga pembayaran dibuat, ianya menjadi

sebahagian daripada Liabiliti Terjamin.

(d) Syarat, Perjanjian dan sekatan

Untuk melaksanakan dan mematuhi semua syarat-syarat perjanjian, sekatan,

peruntukan, dan kategori penggunaan tanah, sama ada nyata atau tersirat, yang

dikenakan ke atas yang berkaitan dengan atau yang mempengaruhi Tanah Tersebut atau

penggunaan atau kenikmatan atau yang mana tertakluk oleh Tanah Tersebut.

(e) Perubahan

Perubahan tidak boleh dilakukan tanpa kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Bank

untuk menghancurkan, meruntuhkan, mengalihkan atau membenarkan atau

mengakibatkan untuk sesuatu dihancurkan, diruntuhkan atau dialihkan terhadap

sebarang bangunan, pemasangan atau struktur yang ada pada waktu ini di atas Tanah

Tersebut atau sebarang lekapan, atau mendirikan atau mengakibatkan sesuatu didirikan

atau dibuat di atas Tanah Tersebut sama ada sebarang bangunan, pemasangan, struktur

atau perubahan penggunaan atau melakukan sebarang kerosakan atau kemusnahan atau

kecederaan dalam apa cara sekali pun atau cara lain yang boleh mengurangkan atau

mengakibatkan pengurangan nilai bagi Tanah Tersebut.

Page 12: 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, … 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, gempa bumi, letupan, pesawat, rusuhan, kekecohan awam, kerosakan berniat

12

(f) Penggunaan Tanah Tersebut

Tidak akan menggunakan Tanah Tersebut atau apa-apa lekapan pada Tanah Tersebut

atau menyebabkan perkara yang sama untuk digunakan bagi tujuan lain selain daripada

tujuan yang telah dimaksudkan, dan bukan juga untuk menyimpan atau membawa apa-

apa bahan khusus yang mudah terbakar, bersifat mudah terbakar atau berbahaya ke atas

Tanah Tersebut, dan bukan juga untuk membuat atau membenarkan atau menyebabkan

apa-apa tindakan yang mana boleh menyebabkan polisi atau polisi-polisi insurans yang

dirujuk di sini mungkin terbatal atau boleh dibatalkan. Setelah menerima notis bertulis

dari Bank dan jika Bank merasakan apa-apa penggunaan oleh Peminjam Tanah

Tersebut atau apa-apa struktur atau lekapan di atasnya atau apa-apa bahagian

daripadanya dirasakan terlalu padat, terlebih guna atau mampu memberi kesan buruk

terhadap cagaran Bank, Peminjam hendaklah menghentikan penggunaan tersebut.

(g) Hak Kemasukan

Untuk membenarkan wakil-wakil pihak Bank bersama atau tanpa pekerja atau orang

lain untuk memasuki Tanah Tersebut pada setiap masa yang munasabah untuk melihat

keadaan pembaikan dan keadaan Tanah Tersebut.

(h) Notis

Dalam tempoh empat hari setelah menerima notis, Peminjam hendaklah mengemukan

kepada Bank sesalinan notis, arahan, perintah, kebenaran atau usul yang melibatkan

Tanah Tersebut atau kegunaannya atau nilainya dan mematuhi dengan segera semua

terma di dalamnya, atau sekiranya Bank mengkehendaki atau membenarkan dan atas

tanggungan Penggadai, untuk membuat sebarang bantahan atau perwakilan yang

bertentangan atau yang berhubungan dengan notis, arahan, perintah, kebenaran atau

usul seperti yang dinyatakan sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak Bank.

(i) Maklumat

Atas permintaan untuk segera menghasilkan atau menyediakan dokumen-dokumen

tersebut untuk pihak Bank atau maklumat yang berkaitan dengan Tanah Tersebut atau

perkembangannya sebagai mana yang Bank kehendaki.

(j) Undang-Undang

Untuk mematuhi semua kewajipan yang dikenakan di bawah mana-mana akta,

peraturan, perintah atau instrumen yang semasa atau akan datang atau yang berada di

bawah apa-apa akta, ordinan, undang-undang kecil, perintah, peraturan, undang-undang

atau kehendak mana-mana pihak berkuasa berwibawa atau kelulusan atau persetujuan

yang berkaitan dengan Tanah Tersebut atau kegunaannya atau kenikmatannya dan tidak

akan melakukan atau tidak melakukan atau mendorong untuk dilakukan atau diabaikan

apa-apa perkara atau perbuatan yang berkenaan dengan Tanah Tersebut atau mana-

mana bahagiannya yang bertentangan dengan peruntukan akta, ordinan, undang-undang

kecil, peraturan, perintah, peraturan-peraturan, undang-undang atau keperluan semasa

atau selepas ini yang memberi kesan yang sama.

(k) Tanggung Rugi

Untuk memastikan Bank dibayar ganti rugi sepenuhnya dan dengan efektif dari dan

Page 13: 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, … 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, gempa bumi, letupan, pesawat, rusuhan, kekecohan awam, kerosakan berniat

13

terhadap kesemua tindakan, prosiding, kos, gadaian, tuntutan, permintaan, perbelanjaan

dan liabiliti (termasuk apa-apa cukai dan/atau lain-lain bayaran profesional) sebagainya

berkaitan dengan apa- apa kesalahan atau ketidakamalan atau ketaklaksanaan apa-apa

jaminan perjanjian yang diobligasikan atau perjanjian bagi pihak Peminjam yang

terkandung dalam Gadaian ini atau di bawah Kanun Tanah Negara atau untuk

memperbaiki setiap kesalahan atau ketidakamalan atau ketaklaksanaan tersebut.

11 KUASA UNTUK MELAKSANAKAN REMEDI

11.1 Jika Peminjam gagal melaksanakan atau mematuhi sebarang perjanjian atau syarat dalam

bahagian yang terkandung di dalam Gadaian ini, adalah sah untuk tetapi tidak wajib kepada

Bank untuk memperbetulkan kegagalan sedemikian secara keseluruhan atau sebahagiannya dan

kos berkenaan akan ditanggung oleh Peminjam: -

(a) untuk memasuki Tanah Tersebut dengan atau tanpa pekerja dan menjalankan

pembaikpulihan dan kerja-kerja lain sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Bank;

(b) untuk mengambil langkah yang sedemikian, memberikan notis sedemikian,

melaksanakan apa-apa kerja dan melakukan apa-apa perkara yang dianggap perlu oleh

Bank untuk mematuhi apa-apa kehendak yang dinyatakan oleh apa-apa notis, perintah,

arahan, kebenaran atau cadangan, yang diberikan, diserahkan atau dibuat di bawah

Kanun Tanah Negara atau mana-mana undang-undang bertulis lain atau yang

menjejaskan atau mungkin menjejaskan Tanah Tersebut atau nilainya;

(c) untuk mengakui, menyelesaikan, membubarkan, mengkompaun atau membantah

mengikut apa-apa cara yang difikirkan sesuai oleh Bank berkenaan apa-apa tuntutan

atau liabiliti berhubung dengan Tanah Tersebut, tanpa mengira sama ada dinyatakan

secara jelas jika Bank boleh ditanggung rugi dalam Gadaian ini;

(d) untuk memastikan Peminjam menanggung apa-apa pembayaran dan perbelanjaan atau

mendebitkan wang ke dalam akaun Peminjam sebagaimana yang difikirkan perlu oleh

Bank.

11.2 Pelaksanaan kuasa yang diwujudkan di gadaian ini oleh Bank tidak akan menjadikan Bank

sebagai pemegang gadaian.

12 KEJADIAN INGKAR

12.1 Jika mana-mana peristiwa yang dinyatakan sebagai kejadian ingkar dalam Perjanjian

Kemudahan dan Surat Tawaran dan / atau mana-mana kejadian berikut berlaku, maka

seluruh Liabiliti Terjamin akan segera kena dibayar pada bila-bila masa apabila diminta

oleh Bank, dan Bank tidak akan lagi mempunyai sebarang kewajipan terhadap Peminjam: -

(a) Peminjam gagal membayar mana-mana bahagian Liabiliti Terjamin apabila perlu;

atau

(b) Peminjam melakukan apa-apa pelanggaran atau tidak mematuhi atau tidak

melaksanakan mana-mana perjanjian atau apa-apa peruntukan lain dalam Gadaian

ini; atau

(c) apa-apa representasi atau cagaran yang dibuat atau disifatkan sebagai telah dibuat

Page 14: 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, … 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, gempa bumi, letupan, pesawat, rusuhan, kekecohan awam, kerosakan berniat

14

atau diulangi oleh Peminjam sebelum atau susulan Gadaian ini terbukti tidak benar

atau tidak betul semasa ia dibuat atau apabila dianggap dilakukan secara berulang

dengan merujuk kepada fakta dan keadaan yang wujud pada masa itu; atau

(d) Bank memutuskan mengikut budi bicara mutlaknya bahawa penerusan ketersediaan

Kemudahan atau mana-mana bahagiannya mungkin akan memudaratkan

kedudukannya sendiri atau mendatangkan sesuatu yang tidak diingini atau Bank

mendapati bahawa cagaran di bawahnya tidak mencukupi atau dalam bahaya atau

telah berlakunya apa-apa kejadian atau peristiwa atau telah wujudnya satu keadaan

yang boleh atau mungkin menjejaskan kewajipan Peminjam di bawah ini mengikut

terma-terma di sini atau mana-mana Dokumen Jaminan yang lain mengikut mana-

mana yang berkenaan;

(e) jika terdapat perubahan material pada keadaan kewangan Peminjam yang boleh

menjejaskannya secara ketara dan Bank berpendapat bahawa ianya berkemungkinan

akan menjejaskan keupayaan Peminjam untuk memenuhi kewajipannya di bawah

Perjanjian Kemudahan dan/atau Gadaian ini mengikut terma-terma di sini;atau

(f) Peminjam telah menjadi atau akan menjadi, atau diputuskan atau didapati telah bankrap,

dibubarkan atau tidak solven atau menggantung pembayaran hutang atau dianggap atau

tidak dapat mengakui ketidakupayaan untuk membayar hutang pada ketika telah tiba

masanya untuk hutang-hutang tersebut dibayar atau melakukan apa-apa tindakan

kebankrapan atau mengalami pelaksanaan yang akan dikenakan terhadapnya atau

memasuki apa-apa komposisi atau pengaturan lain (secara sukarela atau sebaliknya) atau

apa-apa permohonan telah dibuat oleh mana-mana orang untuk suatu perintah terhadap

Peminjam untuk diletakkan di bawah pengurusan kehakiman dan bagi pelantikan

seorang pengurus kehakiman untuk faedah umum pemiutang kreditnya atau jika

penerima dan / atau pengurus dilantik untuk mengambil alih aset dan / atau perniagaan

Peminjam atau prosiding dimulakan berhubung dengan Peminjam di bawah mana-mana

undang-undang, peraturan atau prosedur yang berkaitan dengan penyusunan semula atau

pelarasan hutang atau penerima dan / atau pengurus dilantik untuk mengambil alih aset

dan / atau perniagaan Peminjam atau tidak melanggar mana-mana perintah atau

penghakiman mahkamah atau Peminjam atau mana-mana Pihak Pemberi Jaminan tidak

membuat atau mencadangkan untuk membuat sebarang perjanjian secara sukarela

dengan pemiutang masing-masing dan tidak ada penerima dan / atau pengurus yang

dilantik untuk mengambil alih Peminjam dan / atau mana-mana aset dan / atau

perniagaan Pihak Ketiga atau tiada permohonan yang dibuat atau belum selesai oleh

mana-mana orang bagi suatu perintah terhadap Peminjam dan / atau mana-mana Pihak

Pemberi Jaminan untuk diletakkan di bawah pengurusan kehakiman dan untuk

pelantikan seorang pengurus kehakiman atau Peminjam dan / atau mana-mana Pihak

Pemberi Jaminan memasuki mana-mana bentuk pengaturan atau komposisi (secara

sukarela atau sebaliknya) yang persetujui atau dicadangkan untuk dipersetujui oleh

Peminjam dan / atau mana-mana Pihak Pemberi Jaminan dengan pemiutang masing-

masing; atau

(g) Peminjam diperintahkan untuk menjalani mana-mana hukuman penjara atau mati

atau menjadi tidak siuman; atau

(h) suatu perintah pengambilalihan wajib Tanah Tersebut atau mana-mana bahagiannya

dibuat dan disahkan; atau

(i) Tanah Tersebut telah rosak teruk akibat kebakaran atau sebab lain sehinggakan

dalam pandangan Bank tanah tersebut tidak boleh disewakan lagi; atau

Page 15: 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, … 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, gempa bumi, letupan, pesawat, rusuhan, kekecohan awam, kerosakan berniat

15

(j) notis diterima oleh Bank tentang penentuan atau pembatalan apa-apa cagaran yang

berkenaan dengan kewajipan Peminjam kepada Bank;atau

(k) jika Gadaian ini atau mana-mana Dokumen Jaminan lain tidak dapat disempurnakan

dengan apa-apa sebab atau Gadaian tidak boleh didaftarkan atau tidak sah atas apa

jua sebab; atau

(l) Peminjam melakukan apa-apa pelanggaran terhadap Perjanjian Kemudahan; atau

(m) jika pada pendapat Bank, Peminjam berhenti atau mengancam untuk berhenti

menjalankan perniagaannya; atau

(n) Peminjam telah mengemukakan penyata kewangan yang tidak benar dan / atau data

lain yang diperlukan oleh Bank.

12.2 Peristiwa-peristiwa di atas yang berlaku berhubung dengan apa-apa kewajipan Peminjam

kepada Bank di bawah Perjanjian Kemudahan atau Gadaian ini akan dianggap sebagai

Kejadian Ingkar bagi semua maksud Gadaian ini.

12.3 Walau apa pun yang terkandung dalam mana-mana peruntukan lain dalam Gadaian ini atau

dalam mana-mana dokumen bertulis atau komunikasi antara pihak-pihak atau dalam

Perjanjian Kemudahan, termasuk apa-apa peruntukan yang berhubungan dengan

pembayaran balik Kemudahan itu, adalah dengan jelas dipersetujui bahawa kegagalan oleh

Peminjam untuk membayar balik Kemudahan atas permintaan Bank yang dibuat menurut

Klausa 2.1 (a) di sini hendaklah dikira sebagai satu Kejadian Ingkar.

12.4 Sekiranya berlaku sebarang pelanggaran oleh Peminjam terhadap mana-mana persetujuan,

perjanjian, terma, ketetapan dan / atau akujanji yang terdapat di sini dan berlaku

pelanggaran pada mana-mana obligasi di pihak Peminjam yang mana perlu dipatuhi dan

dilaksanakan dan pelanggaran tersebut berterusan selama tempoh tidak kurang dari satu ( 1)

bulan dan / atau mana-mana tempoh lain yang dibenarkan oleh undang-undang, adalah sah

bagi Bank untuk memberi notis dengan segera kepada Peminjam yang menghendaki

Peminjam untuk membetulkan pelanggaran tersebut dalam tempoh tidak kurang dari satu

(1) bulan dan / atau apa-apa tempoh lain yang dibenarkan oleh undang-undang, dan

penyampaian notis sedemikian hendaklah dilaksanakan dengan cara yang sama seperti notis

menuntut pembayaran baki yang kena dibayar seperti yang diperuntukkan di dalamnya.

13 PENGUATKUASAAN

13.1 Apabila berlakunya mana-mana Kejadian Ingkar, Bank berhak untuk melaksanakan hak-haknya

seperti yang dipunyai oleh Bank di bawah Gadaian dan mana-mana Dokumen Jaminan atau

undang-undang secara tidak terhad, kesemua atau mana-mana hak dan kuasa yang berikut: -

(a) hak untuk memasuki dan mengambilalih pemilikan Tanah Tersebut atau mana-mana

bahagiannya;

(b) hak untuk menyewakan, memajak atau melepaskan hak pada Tanah Tersebut atau mana-

mana bahagiannya bagi sesuatu penyewaan atau untuk sesuatu tempoh sewaan dan

secara amnya atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Bank

mengikut budi bicara mutlaknya;

(c) hak dan kuasa untuk menjual Tanah Tersebut melalui lelongan awam atau perjanjian

persendirian atas kapasiti sebagai pemilik hak yang mutlak pada harga atau harga-harga

Page 16: 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, … 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, gempa bumi, letupan, pesawat, rusuhan, kekecohan awam, kerosakan berniat

16

tertentu dan dengan apa-apa cara sebagaimana yang difikirkan wajar oleh Bank, secara

bebas dari apa-apa kepentingan Peminjam di bawah ini atau sebaliknya, dan hak untuk

membuat bidaan di mana-mana jualan yang sedemikian;

(d) hak untuk menyaman dan memulakan saman atau tindakan sivil bagi menuntut semula

Liabiliti Terjamin, sama ada sebelum menjual Tanah Tersebut terlebih dahulu atau

sebaliknya atau secara serentak bersama-sama dengan mana-mana hak dan remedi lain

Bank di sini atau yang ada di sisi undang-undang .

DAN Peminjam hendaklah dengan ini secara nyata bersetuju, membuat perjanjian dan

berjanji untuk melakukan dan melaksanakan segala perbuatan, instrumen dan perkara

yang dikehendaki atau diarah oleh Bank untuk tujuan melaksanakan dan / atau

menyelesaikan apa-apa dan / atau apa-apa transaksi yang disebut dalam Klausa ini di

sini tetapi tanpa menjejaskan kuasa atau hak Bank dalam kapasitinya sebagai pemegang

cagaran di sini.

13.2 Kesemua wang yang diterima oleh Bank daripada apa-apa prosiding yang dimulakan atau

langkah yang diambil di bawah Gadaian ini atau mana-mana Dokumen Jaminan (sekiranya ada)

lain akan digunakan oleh Bank (melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam Perjanjian

Kemudahan):

PERTAMA untuk membayar semua fi, kos, caj dan perbelanjaan yang berkaitan dan

bayaran yang dibuat oleh Bank di bawah peruntukan Gadaian ini atau mana-mana

Dokumen Jaminan lain (jika ada) dan sebarang cukai lain yang kena dibayar di bawah

mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa pada penjualan Tanah Tersebut

atau dalam penguatkuasaan Dokumen Jaminan atau mana-mana bahagiannya (termasuk

kos mahkamah dan kos peguam, kos-kos lain, caj dan perbelanjaan).

KEDUA untuk membayar kepada Bank semua faedah yang terakru dan baki yang

belum dibayar yang berkenaan dengan Kemudahan atau bakinya yang masih terhutang.

KETIGA untuk membayar kepada Bank jumlah prinsipal dan baki belum dibayar di

bawah Kemudahan.

KEEMPAT untuk membayar kepada Bank semua wang lain yang terhutang dan masih

belum dibayar di bawah Gadaian ini atau mana-mana Dokumen Jaminan lain (jika ada).

KELIMA untuk membayar pembayaran balik atau pembayaran semua jumlah yang

kena dibayar di bawah pinjaman lain atau kemudahan yang diberikan oleh Bank kepada

Peminjam.

KEENAM untuk membayar kepada orang yang berhak sebarang lebihan, jika ada

DENGAN SYARAT BAHAWA jika Bank berpendapat bahawa cagaran tersebut didapati tidak

mencukupi, pembayaran mungkin perlu dibuat kepada Bank berdasarkan jumlah prinsipal

sebelum faedah tetapi perubahan dalam urutan pembayaran tersebut tidak akan menjejaskan hak

Bank untuk menerima penuh amaun yang sepatutnya dibayar jika perintah utama telah dipatuhi

atau apa-apa amaun yang lebih rendah yang mana jumlah yang direalisasikan dari cagaran

mungkin mencukupi untuk memenuhi pembayaran.

13.3 Bank mempunyai kebebasan mutlak untuk melaksanakan secara serentak semua atau mana-

mana hak dan remedi yang tersedia kepada Bank sama ada melalui Gadaian ini atau yang

tersedia di sisi undang-undang atau selainnya termasuk hak untuk meneruskan remedi penjualan

dan pemilikannya menurut peruntukan-peruntukan Kanun Tanah Negara dan hak untuk

mendapatkan semua wang yang terhutang oleh Peminjam, Penjaman (sekiranya ada) atau mana-

Page 17: 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, … 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, gempa bumi, letupan, pesawat, rusuhan, kekecohan awam, kerosakan berniat

17

mana orang lain kepada Bank melalui saman sivil.

13.4 Tanpa menjejaskan apa-apa remedi lain yang tersedia kepada Bank, jika amaun yang

direalisasikan oleh Bank melalui penjualan Tanah Tersebut, sama ada menurut peruntukan Gadaian ini atau di bawah peruntukan Kanun Tanah Negara atau sebaliknya, selepas potongan dan pembayaran daripada hasil jualan digunakan bagi tujuan perbelanjaan, yuran, kos, sewa, kadar, cukai dan aliran perbelanjaan lain bagi Tanah Tersebut dan semua perbelanjaan yang dibelanjakan berkaitan dengan penjualan Tanah Tersebut, sama ada pada penjualan itu Bank adalah pembeli Tanah Tersebut atau sebaliknya, adalah kurang daripada amaun yang terhutang kepada Bank di bawah ini, Peminjam akan membayar kepada Bank perbezaan antara amaun yang terhutang dengan amaun yang sedemikian dan sehingga pembayaran dibuat, Peminjam juga akan membayar faedah ke atas baki pada Kadar Ingkar (serta selepas mana-mana Perintah Mahkamah atau Penghakiman dan juga selepas sebelum penjualan Tanah Tersebut).

14 LIABILITI BANK

Bank tidak mempunyai kewajipan untuk mengambil apa-apa langkah atau memulakan apa-apa

prosiding untuk mengutip beberapa jenis hutang dan wang tertentu yang telah dipertanggungkan

dan Bank tidak akan dalam apa keadaan sekalipun bertanggungjawab kepada Peminjam atau

mana-mana orang lain terhadap apa-apa kos, caj, kerugian, ganti rugi, liabiliti atau perbelanjaan

yang timbul daripada atau yang berkaitan dengan mana-mana penjualan Tanah Tersebut atau

dari apa-apa perbuatan, keingkaran, peninggalan atau salah laku oleh Bank, pegawai, pekerja

atau ejen yang berkaitan dengan Tanah Tersebut atau yang berkaitan dengan Gadaian ini atau

Perjanjian Kemudahan.

15 PERLINDUNGAN PIHAK KETIGA

Mana-mana pembeli atau mana-mana orang lain yang berurusan dengan Bank atau

membeli Tanah Tersebut melalui lelongan awam tidak perlu bimbang sama ada Liabiliti

Terjamin telah menjadi kena dibayar atau sama ada apa-apa kuasa yang dinyatakan boleh

dijalankan telah dilaksanakan atau sama ada apa-apa wang yang kena dibayar di bawah

Gadaian ini atau tentang penggunaan mana-mana wang yang dibayar, dikumpul atau

dipinjam atau tentang kesesuaian atau keteraturan apa-apa jualan oleh atau urusan lain

dengan Bank atau Mahkamah.

16 SURAT KUASA WAKIL

Peminjam dengan ini secara tidak boleh batal melantik Bank dan / atau pengurus dan / atau

pegawai yang bertanggungjawab bagi pihak Bank, sebagai Wakil Peminjam, untuk Peminjam

dan atas nama Peminjam sendiri atau bagi pihak Peminjam, untuk melakukan dan melaksanakan

apa-apa surat ikatan, cagaran, perjanjian, instrumen atau perbuatan yang mungkin dikehendaki

atau dianggap wajar oleh Bank, termasuk menjual, memindahkan, menukar atau selainnya

menjual Tanah Tersebut melalui lelongan awam atau oleh perjanjian peribadi.

Peminjam berjanji pada setiap masa untuk meratifikasi apa-apa jua yang dilakukan atau yang

diakibatkan oleh Wakil secara sah dalam atau mengenai Tanah Tersebut melalui Surat Kuasa

Wakil ini. Surat Kuasa Wakil yang diberikan ini adalah tidak boleh dibatalkan dan diberikan

sebagai sebahagian daripada cagaran yang dihasilkan oleh Gadaian ini.

17 PERWAKILAN DAN WARANTI

17.1 Peminjam dengan ini memberikan representasi dan waranti kepada Bank seperti yang berikut: -

(a) bahawa Gadaian ini dan Dokumen Jaminan dari segi undang-undang, sah dan

Page 18: 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, … 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, gempa bumi, letupan, pesawat, rusuhan, kekecohan awam, kerosakan berniat

18

mengikat Pihak Pemberi Jaminan mengikut terma dan syarat di bawahnya;

(b) bahawa penghantaran dan pelaksanaan Gadaian ini dan Dokumen Jaminan oleh Pihak

Pemberi Jaminan: -

(i) tidak akan melanggar peruntukan mana-mana undang-undang atau peraturan

atau apa-apa perintah atau arahan mana-mana pihak berkuasa kerajaan, agensi

atau Mahkamah yang mana Pihak Pemberi Jaminan adalah tertakluk

kepadanya;

(ii) tidak akan melanggar peruntukan mana-mana gadai janji, kontrak atau akujanji

atau instrumen lain yang mana Pihak Pemberi Jaminan merupakan salah satu

parti yang terlibat atau yang mengikat Pihak Pemberi Jaminan;

(iii) tidak akan menyebabkan penghasilan atau pengenaan, atau apa-apa kewajipan

untuk menghasilkan atau mengenakan apa-apa Beban ke atas mana-mana aset

atau pendapatan Pihak Pemberi Jaminan menurut peruntukan mana-mana gadai

janji, kontrak, debentur atau akujanji atau instrumen lain;

(c) bahawa semua persetujuan, kelulusan, kebenaran mana-mana pihak berkuasa yang

berkaitan yang dikehendaki oleh Pihak Pemberi Jaminan atau yang disyorkan untuk

atau berkaitan dengan pelaksanaan, penghantaran, kesahan dan kebolehkuatkuasaan

Gadaian ini dan Dokumen Jaminan lain telah diperoleh dan berkuat kuasa sepenuhnya

dan apa-apa syarat yang terkandung di dalamnya telah dipatuhi;

(d) bahawa Pihak Pemberi Jaminan tidak ingkar di bawah mana-mana perjanjian yang

mana Pihak Pemberi Jaminan atau mana-mana daripada mereka adalah pihak atau yang

mana Pihak Pemberi Jaminan atau mana-mana daripada mereka terikat, dan tiada

sebarang litigasi, timbang tara atau prosiding pentadbiran semasa atau yang belum

selesai atau yang diancam yang mana litigasi ingkar, timbang tara atau prosiding

pentadbiran yang mungkin diambil dan berkemungkinan secara material

mempengaruhi kesolvenan Pihak Pemberi Jaminan dan mungkin menjejaskan

keupayaan Pihak Pemberi Jaminan untuk melaksanakan kewajipan mereka di bawah

ini;

(e) bahawa Peminjam dan Pihak Pemberi Jaminan yang lain mempunyai kuasa penuh,

mutlak dan kuasa untuk melaksanakan Gadaian ini dan Dokumen Jaminan lain dan

bahawa tidak ada dan tiada sesiapa atau pihak pun yang mempunyai keutamaan ke atas

Bank berkenaan dengan Tanah Tersebut dan / atau Dokumen Jaminan, melainkan telah

dipersetujui Bank secara mengikut dalam budi bicara mutlaknya;

(f) jika Peminjam atau mana-mana Pihak Pemberi Jaminan yang lain adalah / adalah suatu

perbadanan: -

(i) Peminjam dan / atau Pihak Pemberi Jaminan yang lain telah ditubuhkan dengan

sepatutnya di bawah undang-undang yang berkaitan;

(ii) semua kelulusan daripada pemegang saham korporat atau kelulusan lain yang

diperlukan bagi pelaksanaan Gadaian ini dan Dokumen Jaminan lain telah

diperoleh;

(iii) Peminjam dan / atau Pihak Pemberi Jaminan yang lain diberi kuasa untuk

melaksanakan Gadaian ini dan / atau Dokumen Jaminan lain di bawah

Page 19: 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, … 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, gempa bumi, letupan, pesawat, rusuhan, kekecohan awam, kerosakan berniat

19

dokumen perlembagaan masing-masing;

(g) bahawa semua butir-butir dan pengisytiharan yang diberikan, yang disediakan atau dibuat

oleh Peminjam dan / atau Pihak Pemberi Jaminan yang lain berkenaan dengan permohonan

Peminjam untuk mendapatkan Kemudahan itu adalah benar, tepat dan betul dalam semua

aspek.

17.2 Peminjam mengakui bahawa Bank telah menerima Gadaian ini atas dasar dan dengan

sepenuhnya bergantung pada, perwakilan dan waranti tersebut yang dinyatakan di atas, yang

dianggap betul dan mematuhi semua aspek material selagimana Gadaian ini terus berkuatkuasa

dan perwakilan dan waranti di atas dianggap betul dan mematuhi semua aspek material selagi

mana Kemudahan masih terus tersedia.

17.3 Kebenaran dan ketepatan semua perkara yang dinyatakan dalam perwakilan dan waranti yang

terkandung di dalamnya hendaklah menjadi asas komitmen Bank untuk menyediakan atau terus

menyediakan Kemudahan kepada Peminjam. Jika sebarang representasi dan / atau waranti yang

dibuat sedemikian pada bila-bila masa selepas ini didapati tidak betul dalam apa-apa aspek

material dan dalam apa-apa kejadian dan walau apa pun apa-apa yang bertentangan di bawah

ini, Bank mempunyai hak mengikut budi bicara mutlaknya untuk menyemak, menggantung,

menarik semula atau menamatkan Kemudahan atau mana-mana bahagiannya.

18 KOS DAN PERBELANJAAN

18.1 Peminjam hendaklah, atas permintaan dan atas dasar hubungan peguam cara dan pelanggan

sendiri, membayar kepada Bank: -

(a) apa jua kos, yuran, pembayaran, caj, perbelanjaan, cukai dan wang lain dalam apa-apa

cara berkaitan dengan atau yang timbul daripada Tanah Tersebut dari semasa ke

semasa (termasuk kos peguam cara Bank atas dasar tanggung rugi penuh, caj penilai,

ejen hartanah dan perbelanjaan kos undang-undang dan perbelanjaan luar poket

pelelong dan apa-apa perkhidmatan atau cukai lain atas kos dan perbelanjaan

sedemikian) yang boleh dikenakan atau ditanggung oleh Bank termasuk tetapi tidak

terhad kepada: -

(i) penyediaan, rundingan, pelaksanaan dan penghantaran Gadaian ini dan mana-

mana dokumen yang berkaitan;

(ii) proses menyetem atau pendaftaran Gadaian ini;

(iii) apa-apa pindaan atau pengecualian atau persetujuan sebenar atau yang

dicadangkan di bawah atau berkaitan dengan Gadaian ini;

(iv) apa-apa pelepasan atau pembebasan daripada Gadaian ini;

(v) pelaksanaan atau penggunaan (atau cubaan pelaksanaan atau penggunaan) apa-

apa hak di bawah atau berkaitan dengan, dan perlindungan, realisasi dan / atau

penguatkuasaan (atau percubaan perlindungan, realisasi dan / atau

penguatkuasaan) Gadaian ini dan mana-mana dokumen yang berkaitan ;

(vi) memperoleh pembayaran bagi Liabiliti Terjamin;

Page 20: 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, … 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, gempa bumi, letupan, pesawat, rusuhan, kekecohan awam, kerosakan berniat

20

(vii) Peminjam dan Tanah Tersebut di bawah Gadaian ini;

(viii) berurusan dengan atau mendapatkan nasihat mengenai apa-apa perkara atau

persoalan lain yang timbul daripada atau berkaitan dengan Gadaian ini dan /

atau Perjanjian Kemudahan;

18.2 semua wang lain yang dibayar oleh Bank dalam menyempurnakan atau selainnya yang

berkaitan dengan Gadaian ini atau berkenaan dengan Tanah Tersebut termasuk tanpa

batasan semua wang yang dibelanjakan oleh Bank di bawah Klausa 11.

18.3 Kos, perbelanjaan dan wang lain itu boleh diperoleh semula daripada Peminjam

sebagai hutang dan boleh didebitkan kepada mana-mana akaun Peminjam dan

Peminjam hendaklah menanggung faedah dengan sewajarnya pada Kadar Ingkar dan

akan dikenakan pada Tanah Tersebut.

19 LIEN DAN PENOLAKAN

19.1 Sebagai tambahan kepada semua lien ke atas dan hak untuk membuat penolakan terhadap wang,

sekuriti atau lain-lain harta Peminjam yang diberikan kepada Bank oleh undang-undang, Bank

akan mempunyai hak lien ke atas dan / atau hak untuk menolak semua wang , sekuriti dan harta

lain yang boleh alih atau tak alih daripada Peminjam dalam mana-mana mata wang sekarang

atau selepas ini dalam milikan atau deposit dengan Bank, atau mana-mana sekutu, di mana-

mana cawangan atau pejabat Bank, sama ada dipegang dalam akaun am atau akaun khas

deposit, atau untuk penyimpanan selamat atau sebaliknya; dan tiap-tiap lien dan / atau hak untuk

membuat penolakan yang sedemikian akan terus berkuatkuasa sehinggalah lien dan / atau hak

untuk membuat penolakan itu secara khusus diketepikan atau dikeluarkan melalui instrumen

bertulis yang dilaksanakan oleh Bank dan Bank akan mempunyai hak (tetapi tidak wajib bagi

Bank), tanpa perlu memberi notis kepada Peminjam, untuk mendebit dan / atau membuat

penolakan dari, apa-apa akaun atau akaun yang mana Peminjam, anak-anak syarikatnya atau

mana-mana syarikat dan / atau syarikat bersekutu berkaitan Peminjam yang dikekalkan dengan

Bank, untuk melaksanakan pembayaran balik sebarang Liabiliti Terjamin, termasuk tetapi tidak

terhad kepada sebarang sewa, cukai, penilaian, premium, yuran, komisen, kos guaman (kos

kedua-dua pihak dan kos parti dan peguam cara dan kos klien) dan semua yuran lain , kos, caj

dan perbelanjaan yang kena dibayar dan dibayar di bawah Dokumen Jaminan.

19.2 Jika gabungan, penolakan atau pemindahan itu memerlukan penukaran satu mata wang kepada

yang lain, penukaran tersebut akan dikira pada kadar pertukaran mata wang semasa yang

ditetapkan oleh Bank (seperti yang ditentukan secara tepat oleh Bank) untuk membeli mata

wang yang mana Peminjam bertanggungan dengan mata wang sedia ada yang telah ditukarkan

dan sebarang kos yang berkaitan dengan penukaran tersebut hendaklah menjadi sebahagian

daripada Liabiliti Terjamin.

20 PEMBERIAN NOTIS DAN PROSES

2 0 . 1 Tiap-tiap notis, tuntutan atau komunikasi lain di bawah Gadaian ini hendaklah disampaikan

kepada Bank di alamat yang dinyatakan di sini, melainkan dinyatakan sebaliknya oleh Bank,

dan notis kepada Peminjam hendaklah disampaikan dan dianggap telah diterima seperti yang

dinyatakan dalam Surat Tawaran. Bukti penghantaran kepada Peminjam adalah bukti konklusif

untuk semua tujuan penghantaran kepada Peminjam.

20.2 Sebagai tambahan dan tanpa mengehadkan apa-apa cara penghantaran yang dibenarkan atau

ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis, sekiranya prosiding undang-undang

dimulakan oleh Bank terhadap Peminjam, proses pemula itu hendaklah disifatkan telah

disampaikan dengan sewajarnya ke atas Peminjam mengikut Fasal 20.5 di bawah, jika: -

Page 21: 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, … 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, gempa bumi, letupan, pesawat, rusuhan, kekecohan awam, kerosakan berniat

21

( a ) diberikan oleh pos berdaftar berbayar atau pos biasa selepas tamat tempoh lima (5) hari

dari tarikh ia dihantar; dan

(b) dihantar dengan tangan, pada hari ia disampaikan.

*20.3 Walau apa pun yang terdahulu, Bank atau peguam atau ejennya boleh memberi notis atau

dokumen kepada Peminjam (atau kepada mana-mana orang yang berhak untuk membuat

penerimaan di sisi undang-undang bagi pihak Peminjam) mengikut kaedah yang ditetapkan di

bawah Peraturan 8 Peraturan Tanah yang digubal di bawah Ordinan Tanah Sabah (Cap 68).

(* Tidak terpakai di Sarawak)

20.4 Sebarang notis yang diberikan oleh Bank termasuk apa-apa notis tuntutan wang yang

dipinjamkan atau dikemukakan oleh Bank kepada Peminjam boleh ditandatangani bagi pihak

Bank oleh seorang pengarah, pengurus besar, pengurus, penolong pengurus, atau oleh mana-

mana pegawai \ Bank atau oleh mana-mana peguam cara firma guaman untuk bertindak bagi

pihak Bank dengan syarat bahawa jika notis itu dihasilkan oleh komputer, ia tidak akan

memerlukan apa-apa tandatangan.

20.5 Semua notis dan proses perundangan hendaklah dihantar ke alamat terakhir Peminjam yang

disimpan dalam rekod Bank. Perubahan pada alamat Peminjam tidak akan berkuatkuasa atau

mengikat Bank melainkan jika notis sebenar perubahan telah diberikan kepada Bank oleh

Peminjam dan sebarang perkara yang dilakukan susulan Klausa 20.1 dan Klausa 20.2 di atas

tidak akan terjejas akibat berlakunya perubahan pada alamat Peminjam.

21 PEMINDAHAN

21.1 Gadaian ini boleh diberikan atau dipindah milik secara bebas oleh Bank.

21.2 Peminjam tidak boleh menyerahkan atau memindahkan mana-mana kewajipannya di

bawah Gadaian ini atau memasuki mana-mana transaksi, yang akan mengakibatkan mana-

mana kewajipannya dipindahkan kepada orang lain.

21.3 Bank dengan ini diberi kuasa dengan jelas untuk mendedahkan apa-apa maklumat

mengenai Peminjam kepada mana-mana orang yang berkaitan

dengan Bank dan / atau mana-mana orang yang mana Bank bercadang untuk

memindahkan atau menyerahkan atau telah memindahkan atau menyerahkan Gadaian ini.

22 AKAUN DIGANTUNG DAN PENGAMBILAN PEMBAYARAN

22.1 Apa-apa wang yang diterima di bawah ini boleh diletakkan dan disimpan di dalam

akaun tergantung bagi tujuan kredit selama mana difikirkan wajar oleh Bank tanpa

apa-apa kewajipan pada masa yang sama untuk menggunakan wang yang sama atau

mana-mana bahagiannya atau bagi tujuan pelepasan apa-apa wang atau liabiliti yang

kena dibayar atau ditanggung oleh Peminjam. Walau apa pun pembayaran yang

sedemikian, sekiranya berlaku apa-apa prosiding berkenaan atau yang serupa dengan

kebankrapan, insolvensi, pembubaran, komposisi atau aturan (secara sukarela atau

sebaliknya) atau pengurusan kehakiman, Bank boleh membuktikan dan bersetuju

untuk menerima apa-apa dividen atau komposisi berkenaan secara keseluruhan atau

mana-mana bahagian wang dan liabiliti sedemikian dengan cara yang sama seolah-

olah jaminan ini tidak pernah dibuat.

Page 22: 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, … 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, gempa bumi, letupan, pesawat, rusuhan, kekecohan awam, kerosakan berniat

22

22.2 Selain daripada peruntukan yang tersebut di atas dan walau apa pun peruntukan jelas yang

lain dalam Gadaian ini, Pencagar dengan mutlak menarik balik dirinya apabila membuat

pembayaran kepada Bank dari mengambil alih pembayaran tersebut terhadap Kemudahan

atau manamana kemudahan perbankan umum yang diberi oleh Bank kepada Peminjam

atau mana-mana kemudahan yang diberikan oleh Bank kepada Peminjam dan/atau

Penggadai dan dengan itu mengenepikan peruntukan Seksyen 60 Akta Kontrak 1950 atau

sebarang pindaan atau pembuatan semula yang dibuat olehnya setiap masa kepada Bank

bawah Gadaian ini.

23 PENGAMBILALIHAN OLEH KERAJAAN

23.1 Tanpa prejudis kepada peruntukan dalam Klausa 12.1(h) sebelum ini, sekiranya Tanah Tersebut

atau sebahagian daripadanya pada bila-bila masa menjadi perkara atau termasuk dalam sebarang

notis, pemberitahuan atau deklarasi berkenaan atau berkaitan dengan pengambilan oleh kerajaan

atau mana-mana pihak berkuasa kerajaan atau sebarang siasatan atau prosiding berhubung

dengannya, Peminjam hendaklah serta-merta memaklumkan kepada Bank perkara yang sama

dan hendaklah memberikan kepada Bank satu salinan atau salinan-salinan notis, pemberitahuan

atau deklarasi tersebut sejurus selepas perkara yang sama dihantar ke atau disampaikan kepada

Peminjam. Bank berhak di atas tanggungan Peminjam mengguna khidmat penasihat dan ejen

(termasuk peguam dan penilai) yang dianggap wajar bagi tujuan menghadiri atau memberi

nasihat ke atas mana-mana siasatan atau prosiding tentang atau berkaitan dengan

pengambilalihan tersebut. Semua wang yang diterima sebagai atau secara pampasan untuk

pengambilalihan Tanah Tersebut atau sebahagian daripadanya hendaklah dilaksanakan atau

digunakan bagi tujuan pelepasan atau bayaran balik mana-mana wang atau liabiliti yang

dicagarkan oleh Gadaian ini dan Peminjam hendaklah mengisytiharkan bahawa Penggadai akan

memegang semua wang yang dibayar kepada dan diterima oleh Peminjam sebagai amanah

untuk Bank dan Peminjam bersetuju dan mengesahkan bahawa Bank akan terima dan memberi

pelepasan yang baik untuk kesemua wang tersebut.

23.2 Sekiranya kesemua wang tersebut adalah kurang daripada jumlah yang terakru dengan Bank di

bawah ini termasuk faedah dan semua wang dan semua caj yang terhutang dan kena dibayar oleh

Peminjam kepada bank di bawah ini, Peminjam mestilah dengan serta-merta membayar kepada

Bank jumlah perbezaan yang terhutang dan jumlah yang diterima dan sehingga pembayaran

tersebut dibuat, Peminjam perlu membayar faedah atas jumlah perbezaan tersebut pada Kadar

Ingkar atau kadar lain yang akan ditetapkan oleh Bank dari semasa ke semasa atas budi bicara

mutlaknya, dikira dengan cara bagaimana wang ini dikira bagi tujuan untuk dicagarkan.

24. KEPENTINGAN MASA

Perkataan “masa” yang disebutkan pada mana-mana bahagian dalam Gadaian ini merupakan

sesuatu yang amat penting tetapi kegagalan atau kelewatan pihak Bank dalam menjalankan

atau tidak menjalankan atau melaksanakan apa-apa hak, kuasa, keistimewaan atau remedi yang

terakru kepada Bank di bawah Gadaian ini atas apa-apa kegagalan oleh Peminjam pada mana-

mana bahagian tidak akan menjejaskan mana-mana hak, kuasa, keistimewaan atau remedi, atau

boleh ditafsirkan sebagai satu pengecualian atau apa-apa persetujuan susulan kegagalan

tersebut, dan juga tiada apa-apa tindakan oleh Bank berkenaan dengan apa-apa keingkaran atau

apa-apa persetujuan berkenaan mana-mana keingkaran boleh menjejaskan apa-apa hak, kuasa,

keistimewaan atau remedi Bank berkenaan dengan apa-apa kegagalan lain atau yang

berikutnya.

Page 23: 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, … 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, gempa bumi, letupan, pesawat, rusuhan, kekecohan awam, kerosakan berniat

23

25. LIEN DAN CAGARAN LAIN TIDAK TERJEJAS

Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam ini yang boleh memprejudis atau menjejaskan apa-

apa lien yang berhak dilaksanakan oleh Bank atau mana-mana cagaran lain yang boleh dituntut

oleh Bank pada bila-bila masa atau dari semasa ke semasa ke atas wang yang telah dijamin,

dan tidak ada apa-apa jua yang terkandung di sini yang boleh menggabungkan atau

memprejudis atau menjejaskan apa-apa bil, nota, cagaran, gadai janji atau apa-apa cagaran lain

termasuk wang yang dimiliki Bank bagi tujuan jaminan atau apa-apa hak atau remedi lain bagi

Bank di bawahnya.

26. AKAUN BARU DAN TERASING

Sekiranya Peminjam melaksanakan atau membuat apa-apa bebanan selanjutnya atau yang

berikutnya pada aset yang digadaikan kepada Bank atau mana-mana bahagiannya yang

memihak kepada mana-mana perbadanan, orang atau orang-orang lain yang mana Bank akan

diberikan notis, sama ada yang sebenar atau secara tidak jelas, Bank boleh setelah menerima

apa-apa notis, sama ada yang sebenar atau secara tidak jelas, dengan serta-merta membuka

akaun baru atau berasingan bagi Peminjam dalam akaunnya dan jika Bank tidak membuka

akaun sedemikian atau yang berasingan, Bank akan tetap dianggap telah berbuat demikian

pada waktu Bank menerima atau disifatkan telah menerima notis itu dan, dari masa ke masa

dan selepas itu, semua bayaran kepada akaun yang dibuat oleh Peminjam kepada Bank

hendaklah, (walau apa pun peraturan undang-undang atau anggapan yang berbeza), diletakkan

atau dianggap telah dimasukkan sebagai kredit ke akaun baru atau berasingan yang telah

dibuka atau yang disifatkan telah dibuka dan ianya tidak akan dikira sebagai pengurangan

Liabiliti Terjamin pada masa Bank menerima atau pada waktu yang disifatkan Bank telah

menerima notis tersebut, dengan syarat bahawa peruntukan Fasal ini tidak akan menjejaskan

cagaran yang tersedia bagi tujuan pembayaran Liabiliti Terjamin walau apa pun yang sama

mungkin kena dibayar atau terhutang atau ditanggung selepas pada titik masa Bank menerima

notis atau pada waktu yang dianggap Bank telah menerima notis tersebut.

27. SALINAN

Gadaian ini boleh dilaksanakan dalam apa-apa bilangan salinan, dan setiap salinan mempunyai

kesan yang sama seolah-olah tanda tangan pada salinan-salinan berbeza dibuat pada satu

salinan sahaja.

28. NASIHAT UNDANG-UNDANG BEBAS

Peminjam mengisytiharkan dan mengesahkan bahawa ia telah diberikan nasihat undang-

undang bebas mengenai kesan dan / atau akibat daripada penandatangan Gadaian ini dan

Peminjam bersetuju bahawa peruntukan yang terkandung di sini akan mengikat Peminjam

tidak kira sama ada Peminjam telah memperoleh sebarang nasihat undang-undang sedemikian

ataupun tidak.

29. PEWARIS AKAN TERIKAT

Gadaian ini akan mengikat para pewaris, wakil peribadi, penerima hak dan pengganti

Page 24: 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, … 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, gempa bumi, letupan, pesawat, rusuhan, kekecohan awam, kerosakan berniat

24

Peminjam, dan pengganti dan penerima hak bagi pihak Bank.

30. PENGECUALIAN

30.1 Kelewatan atau kegagalan pihak Bank untuk bertindak dalam melaksanakan apa-apa hak atau

remedi di bawah Gadaian ini tidak akan menjejaskan hak atau remedi atau boleh dianggap

sebagai satu pengabaian hak atau remedi itu, tidak akan ada satu pun pelaksanaan hak secara

separa atau yang tidak lengkap boleh menafkan Bank daripada menjalankan apa-apa hak atau

remedi lain di bawah Gadaian ini.

30.2 Apa-apa pengecualian oleh Bank mengenai mana-mana terma atau peruntukan Gadaian ini,

atau apa-apa persetujuan atau kelulusan yang diberikan oleh Bank di bawahnya, hanya akan

berkuatkuasa jika diberi secara bertulis dan hanya untuk tujuan tertentu dan atas terma dan

syarat berkenaan, jika ada, di mana ia akan diberikan.

31. KUMULATIF HAK DAN REMEDI

Hak dan / atau remedi Bank di bawah Gadaian ini adalah kumulatif dan tidak termasuk mana-

mana hak dan atau remedi yang disediakan oleh undang-undang dan ianya boleh dilaksanakan

dari semasa ke semasa dan secara berulang kali sebagaimana yang dianggap wajar oleh Bank.

32. KEADAAN TIDAK SAH

Jika pada bila-bila masa sepanjang Gadaian ini terdapat apa-apa peruntukan, terma, syarat,

ketetapan, perjanjian atau persetujuan yang dikira sebagai atau menjadi haram, tidak sah,

terbatal, dilarang atau tidak dapat dilaksanakan dalam apa-apa hal, maka ianya tidak akan lagi

terpakai setakat mana pengharaman, ketidaksahan, keterbatalan, larangan atau

ketidakbolehlaksanaan itu terpakai tanpa membatalkan dengan apa-apa cara sekalipun ketetapan

lain yang terkandung di sini.

33. SIJIL DIANGGAP KONKLUSIF

Sebarang sijil yang ditandatangani oleh pengurus atau pegawai Bank mengenai amaun yang

tertunggak dari Kemudahan atau Liabiliti Terjamin itu adalah muktamad dan mengikat

Peminjam tentang amaun yang kena dibayar di bawah gadaian ini dari Peminjam kepada Bank

dengan syarat bahawa jika sijil itu dihasilkan komputer, ia tidak memerlukan sebarang

tandatangan.

34. PENGGABUNGAN DAN PEMBINAAN SEMULA

Cagaran, liabiliti dan / atau kewajipan yang dicipta oleh Gadaian ini akan terus sah dan

mengikat untuk semua tujuan walau apa pun perubahan akibat daripada penggabungan,

pembinaan semula atau selainnya yang mungkin terdapat dalam perlembagaan Peminjam atau

Bank atau mana-mana syarikat yang mana mungkin menjalankan perniagaan bagi pihak Bank

dan turut tersedia kepada syarikat yang menjalankan perniagaan tersebut buat masa sekarang.

35. HAK-HAK BANK

35.1 Bank boleh pada bila-bila masa dan tanpa menjejaskan Cagaran dengan ini: -

(a) menentukan, mengubah atau menambah jumlah Kemudahan atau apa-apa kredit atau

Page 25: 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, … 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, gempa bumi, letupan, pesawat, rusuhan, kekecohan awam, kerosakan berniat

25

kemudahan lain yang diberikan kepada Peminjam dan boleh membuka dan / atau

meneruskan apa-apa akaun atau akaun semasa atau selainnya dengan Peminjam di

mana-mana cawangan atau cawangan Bank;

(b) mengubah atau menukar terma dan syarat yang mentadbir Kemudahan dan / atau

peruntukan Gadaian ini dan / atau Perjanjian Kemudahan dan / atau Dokumen

Jaminan dan Peminjam dengan ini secara nyata memberi persetujuan kepada mana-

mana dan semua variasi dan / atau perubaha (walau bagaimana signifikan sekalipun);

(c ) memberi masa atau pelepasan kepada Peminjam atau kepada mana-mana orang atau

penjamin;

(d) memperbaharui mana-mana bil, nota atau sekuriti boleh niaga yang lain;

(e) berurusan dengan pertukaran, melepaskan atau mengubah suai atau menahan diri

daripada menyempurnakan atau menguatkuasakan mana-mana cagaran atau jaminan

atau hak lain pada masa sekarang atau pada bila-bila masa di masa hadapan atau dari

semasa ke semasa dari atau terhadap Peminjam atau mana-mana orang lain;

(f) mengkompaun Peminjam atau penjamin (jika ada) atau mana-mana orang lain;

(g) mengubah dari semasa ke semasa terma dan syarat Kemudahan yang diberikan di

sini untuk mematuhi semua peraturan, keputusan dan perintah Bank Negara

Malaysia dan / atau Persatuan Bank / syarikat Kewangan di Malaysia sama ada yang

dibuat sebelum atau selepas penghasilan Gadaian ini di sini;

(h) mengubah bilangan dan / atau jumlah Ansuran yang akan dibayar oleh Peminjam

kepada Bank

dan Peminjam secara nyata bersetuju dengan mana-mana dan semua variasi dan / atau

perubahan apa-apa jua tidak kira betapa signifikan sekalipun dan / atau (b) melakukan atau

tidak melakukan apa-apa yang akan menjejaskan cagaran yang dicipta di bawah Gadaian ini

36. PENDEDAHAN

Sebagai tambahan kepada orang-orang yang dinyatakan dalam Jadual 11 (Pemberitahuan yang

Dibenarkan) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Peminjam dengan ini secara jelas memberi

kuasa kepada Bank untuk mendedahkan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal

atau akaun Peminjam (termasuk kedudukan kredit Peminjam) berkenaan dengan Kemudahan ini

setakat yang dibenarkan oleh Bank atas budi bicara mutlaknya dan setakat yang dirasakan perlu

bagi tujuan: -

(a) Biro Kredit Pusat atau pihak berkuasa atau badan lain yang ditubuhkan oleh Bank

Negara Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa ke

atas Bank;

(b) kepada juruaudit, peguam dan penasihat profesionalnya yang lain;

(c) kepada mana-mana Pihak Pemberi Jaminan yang lain; dan

(d) tanpa menjejaskan keluasan yang disebut terdahulu kepada mana-mana pihak ketiga

yang difikirkan patut oleh Bank;

DAN Peminjam dengan ini secara jelas bersetuju dengan pendedahan tersebut dan dengan ini

Page 26: 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, … 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, gempa bumi, letupan, pesawat, rusuhan, kekecohan awam, kerosakan berniat

26

mengesahkan dan mengisytiharkan bahawa persetujuan lanjut dari Peminjam adalah tidak

diperlukan atau dikehendaki.

37. PERSETUJUAN

Walau apa pun fakta bahawa Bank mungkin telah menerima wang dari Peminjam selepas apa-

apa kegagalan yang dilakukan oleh Peminjam, Bank tidak akan dipertanggungjawabkan sebagai

seolah-olah telah menyokong atau bersetuju dengan kegagalan itu dan boleh pada bila-bila masa

selepas itu menjalankan semua atau mana-mana remedi yang ada padanya, dan apa-apa

kelewatan di pihak Bank dalam mengambil langkah-langkah untuk menguatkuasakan remedi

yang diberikan atau disediakan kepadanya oleh Gadaian ini, Dokumen Keselamatan atau statut,

tidak boleh dianggap sebagai satu prejudis terhadap hak Bank untuk mengambil tindakan

sedemikian.

38. HAD MASA DI SISI UNDANG-UNDANG

Sekiranya terdapat mana-mana wang yang terhutang dan dijamin oleh Gadaian ini, wang

tersebut akan disifatkan sebagai terus terhutang dan dijamin ke atas Peminjam walau apa pun

had masa di sisi-sisi undang-undang atau ketidakupayaan di pihak Peminjam atau sebarang

penyalahgunaan, ketidakteraturan, ketakbolehkuatkuasaan, ketidaksahan atau

ketidaksempurnaan pada mana-mana peruntukan Perjanjian Kemudahan dan / atau yang

berkenaan dengan pinjaman yang mungkin menjadi pembelaan antara Peminjam dan Bank.

39. TUNTUTAN PENOLAKAN OLEH PEMINJAM

Sehingga semua wang dan tanggungan yang kena dibayar atau ditanggung oleh Peminjam

kepada Bank telah dibayar atau dibebaskan sepenuhnya, Peminjam tidak boleh dengan

membayar apa-apa jumlah yang boleh dibiayai semula di bawah ini atau dengan apa-apa cara

lain atau atas apa-apa tuntutan membuat tuntutan untuk membuat penolakan atau tuntutan balas

terhadap Bank berkenaan dengan apa-apa liabiliti dari Bank kepada Peminjam.

40. LELONGAN OLEH BANK

Sekiranya Tanah Tersebut sedia untuk dijual melalui lelongan menurut peruntukan yang

terkandung di dalam ini atau peruntukan Kanun Tanah Negara atau sebaliknya, Bank berhak

untuk membuat tawaran pada lelongan sedemikian dan untuk membuat penolakan wang yang

kena dibayar oleh Peminjam kepada Bank menurut Gadaian ini terhadap apa-apa wang yang

kena dibayar oleh Bank sebagai pembeli pada jualan tersebut.

41. PENGHUNI TANAH TERSEBUT

Kecuali dengan persetujuan Bank secara bertulis, Peminjam tidak akan, selagi Gadaian ini terus

berkuat kuasa dan masih belum dilepaskan, membenarkan mana-mana orang atau pihak selain

Peminjam menduduki Tanah Tersebut dan sekiranya Tanah Tersebut dijual di lelongan awam di

bawah mana-mana peruntukan yang terkandung di sini atau perintah Mahkamah atau Pentadbir

Tanah sebagaimana yang terjadi, Peminjam hendaklah apabila diminta untuk berbuat demikian

oleh Bank menyerahkan pemilikan Tanah Tersebut kepada Bank atau kepada orang lain

sebagaimana yang diarahkan oleh Bank dan Peminjam perlu menanggung sendiri ko-kos yang

berkaitan dalam memenuhi permintaan tersebut .

Page 27: 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, … 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, gempa bumi, letupan, pesawat, rusuhan, kekecohan awam, kerosakan berniat

27

42. GADAIAN SEBAGAI TAMBAHAN DAN BUKAN SEBAGAI GANTI

Gadaian ini adalah tambahan kepada dan bukan gantian untuk hak atau cagaran lain yang Bank

mungkin ada daripada atau terhadap Peminjam atau mana-mana pihak Penjamin atau lain-lain

orang di dalam Gadaian ini (sekiranya ada) atau mana-mana jaminan atau instrumen lain dan

boleh dikuatkuasa mengikut peruntukan ini tanpa mengambil tindakan terhadap hak atau

jaminan lain dan tanpa mengambil sebarang langkah atau prosiding terhadap mana-mana

penjamin atau lain-lain orang seperti yang dinyatakan di atas

43. TIADA HUBUNGAN AGENSI

Tiada apa yang boleh ditafsirkan sebagai wujudnya hubungan agensi antara Bank dan mana-

mana peguam dan/atau penilai yang dilantik dan/atau digajikan untuk menyediakan mana-mana

dokumen dan/atau laporan dan/atau untuk melakukan dan/atau mengawasi sebarang transaksi

berkaitan dengan Gadaian ini, dalam perkara tersebut, dan Bank hendaklah tidak

dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perbuatan dan/atau kegagalan untuk berbuat sesuatu

di pihak peguam dan/atau penilai tersebut.

44. INSTRUMEN PRINSIPAL DAN SUBSIDIARI

Adalah dengan ini dipersetujui dan diisytiharkan bahawa Gadaian ini, dan Dokumen

Keselamatan yang lain adalah instrumen yang digunakan dalam satu urusniaga untuk menjamin

Liabiliti Terjamin di atasnya mengikut maksud Seksyen 4 (3) Akta Setem 1949 dan bagi

maksud Seksyen tersebut Perjanjian Kemudahan dianggap sebagai instrumen prinsipal dan

utama dan Gadaian ini dan Dokumen Jaminan lain dianggap sebagai instrumen tambahan atau

sekunder.

45. PERJANJIAN KEMUDAHAN DAN SURAT TAWARAN DIMASUKKAN KE DALAM

GADAIAN INI

Semua peruntukan Perjanjian Kemudahan dan Surat Tawaran akan dianggap dimasukkan ke

dalam dan menjadi sebahagian daripada dokumen ini (sama ada peruntukan tersebut diulangi di

sini atau tidak) tertakluk kepada perubahan atau variasi yang mana perlu untuk memastikan

peruntukan dokumen ini selaras dengan peruntukan Perjanjian Kemudahan dan Surat Tawaran,

dan sekiranya berlaku sebarang percanggahan atau perbezaan di antara peruntukan Perjanjian

Kemudahan dan / atau Surat Tawaran dan mana-mana peruntukan dokumen ini, peruntukan-

peruntukan Perjanjian Kemudahan / Surat Tawaran akan diguna pakai.

46. UNDANG-UNDANG DAN BIDANG KUASA

Gadaian ini ditadbir oleh dan hendaklah ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia

dan Peminjam dengan ini secara tidak boleh batal dan tanpa syarat memperakui bidang kuasa

eksklusif mahkamah Malaysia.

[bahagian seterusnya pada halaman sengaja dibiarkan kosong]

Page 28: 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, … 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, gempa bumi, letupan, pesawat, rusuhan, kekecohan awam, kerosakan berniat

28

DISAKSIKAN OLEH yang bertandatangan di bawah ini yang mana Peminjam tersebut dan Wakil

bagi Bank dengan ini menurunkan tandatangan masing-masing yang tertera di sini.

DITANDATANGANI oleh

PEMINJAM seperti yang

dinamakan di atas dan disaksikan

oleh;-

DITANDATANGANI oleh Wakil

Bank dan disaksikan oleh:-

KLAUSA PENGESAHAN

)

)

)

)

)

)

Peguamcara perlu memasukkan Klausa

Pengesahan (di bawah Akta Surat Kuasa

Wakil 1949) untuk Surat Kuasa Wakil di

bawah Klausa 16].

Page 29: 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, … 'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, gempa bumi, letupan, pesawat, rusuhan, kekecohan awam, kerosakan berniat

29

JADUAL

(Yang akan dianggap, dibaca dan ditafsirkan sebagai bahagian penting bagi Gadaian

ini)

SEKSYEN PERKARA KETERANGAN

1 Nama, Keterangan dan Alamat Peminjam

2 Keterangan Mengenai Tanah Tersebut

3 Tarikh dan tahun Perjanjian Jual Beli, Kontrak Pembinaan dan/atau

lain-lain Perjanjian Pengambilalihan Tarikh Perjanjian

4 Tarikh Perjanjian Kemudahan Dan/Atau Surat Tawaran Perjanjian:- Perjanjian:- Parti/ Surat Tawaran:-

5 Nama, Keterangan dan Alamat Cawangan