-
RISDA
PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA IBU PEJABAT
RISDA JALAN AMPANG KARUNG BERKUNCI 11067 �: 03-42564022 50990 KUALA
LUMPUR � : 03-42576726 Bilangan: ( 64 )dlm. 8.0/9300.16 Tarikh : 25
Mei 2004 Kepada: Semua Ketua Pusat Tanggungjawab
ARAHAN PENTADBIRAN BILANGAN 5 TAHUN 2004 PEMBERIAN WANG TUNAI
GANTIAN CUTI REHAT (GCR) PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 07 TAHUN
2003 Dengan sukacitanya dimaklumkan Kerajaan telah memutus untuk
melaksanakan pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) sehingga
maksimum sebanyak 120 hari melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. O7
Tahun 2003 berkuat kuasa 01 Ogos 2003. Mesyuarat Jawatankuasa
Perjawatan Kali Ke 71 pada 1 7 Mei 2004 telah bersetuju menerima
pakai dengan pindaan pekeliling ini di RISDA iaitu -
1.1 melaksanakan Pemberian Wang Tunai GCR sehingga maksimum 120
hari kepada pegawai berpencen dan;
1.2 melaksanakan Pemberian Wang Tunai GCR sehingga maksimum
90
hari sahaja bagi pegawai yang telah dilantik sebelum 1 .7.1 977
iaitu sebelum Laporan Gaji Kabinet, yang telah memilih KWSP. Ini
adalah kerana semua lantikan selepas 1977 adalah bertaraf berpencen
dan selepas itu boleh membuat pilihan masing-masing sehingga
kini.
1.3 Anggota RISDA yang telah memilih KWSP pada dan selepas 1
.7.1 977 adalah tidak layak Pemberian Wang Tunai GCR dan hendaklah
menggunakan semua cuti rehat mereka yang telah terkumpul.
Pekeliling PP 7/2003 ini dan sebarang perkembangan mengenainya
adalah di bawah bidang kuasa JPA.
MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBIJN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA
MELALUI AKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL
-
2. Bagi melaksanakan kaedah pengumpulan yang baru ini adalah
seperti berikut :-
2.1. Setakat 31/12/2002, jumlah cuti rehat yang telah dikumpul
oleh anggota yang layak diambil kira ialah setakat 90 hari
sahaja;
Pada tahun akhir perkhidmatannya, anggota dibenarkan mengumpul
cuti rehat bagi GCR daripada baki jumlah cuti rehat yang layak bagi
dirinya pada tahun tersebut sehingga maksimum sama banyak dengan
kadar cuti rehat ( Sila lihat contoh Lampiran C tentang perihal
2003 dalam Pekeliling JPA PP 7/2003 berlampir);
2.2. Jumlah keseluruhan cuti rehat yang dibenarkan bagi GCR
sepanjang
perkhidmatannya hendaklah tidak melebihi 120 hari dan
2.3. Bagi urusan pembayaran GCR. yang dibayar oleh RISDA, format
sedia ada adalah dikekalkan.
3. Bersama-sama ini dikembarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil.07
Tahun 2003 dengan sendiri menerangkan maksudnya dan sila juga
memuat turunkannya daripada http://www.jpa.gov.my. Setiap Ketua PT
hendaklah melaksanakannya seperti panduan di Lampiran A hingga
Lampiran D yang tersedia. 4. Dengan berkuat kuasa Pekeliling ini,
Pekeliling Perkhidmatan Bil.04 Tahun 1993 dan
Bahagian VII, Panduan Urusan Persaraan dan Pencen, Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2003 yang dimaksudkan melalui edaran
Arahan Pentadbiran Bil. 25 Tahun 2003 adalah dibatalkan.
5. Semua Ketua Pusat Tanggungjawab hendaklah mengambil tindakan
dan perhatian berat ke atas perkara berikut:—
5.1 Jadual Mengemas kini Rekod Cuti (Updating & Posting)
Memastikan rekod cuti di kemas kini dan dibuat posting ke BRP
seperti berikut:
5.1 .1 setiap 6 bulan sekali pada 30 Jun dan 31 Januari setiap
tahun dan
5.1 .2 ditandatangani oleh kerani yang bertanggungjawab ke atas
rekod BRP
cuti dan juga Ketua PT (nama dan jawatan di rubber stamp).
MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBIJN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA
MELALUI AKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL
-
5.2 Operasi Mencatat Agregat GCR Setiap Staf
5.2.1 Membuat Operasi Isytiharan agregat GCR yang terkumpul
sehingga akhir tahun 2003 bagi semua staf bertujuan untuk
memastikan pihak Ketua PT merekodkan agregat GCR di BRP. Operasi
ini hendaklah selesai pada 1 Ogos 2004.
5.2.2 Operasi ini adalah dengan membuat catatan rubber stamp
dakwat
merah menggunakan satu(1) rubber stamp di BRP seperti modus
operandi berikut:-
JUMLAH BESAR PENGUMPULAN CCR SETAKAT 31/12/2002 - XX HARI JUMLAH
BESAR PENGUMPULAN CCR SETAKAT 31/12/2003 - XX HARI
a. Pada Lembaran Kenyataan Perkhidmatan dan Lembaran Cuti dalam
BRP, Ketua PT hendaklah membuat entry terkini berkaitan staf
masing-masing bagi 2002/2003 seperti di atas (stamping) sebelum
1/8/2004; dan
b. Pada Rekod Cuti Tahunan serta Borang Pengumpulan Cuti
bagi penghujung 2003 dan setiap tahun berikutnya hendaklah
dibuat catatan yang sama bagi tahun berkaitan..
ini adalah juga bertujuan memastikan dengan tersendirinya setiap
staf maklum jumlah GCR yang telah dikumpul olehnya setiap
tahun.
SPBP Bil.10/ 2003 perenggan 2 hingga 7 dan SPBP Bil. 10/2004
sehubungan status agregat pengumpulan GCR terkini setiap staf
ada/ah berkaitan.
6. Semua Pengurus Sumber Manusia Anak-Anak Syarikat RISDA/NARSCO
Bhd. hendaklah mengambil tindakan dan perhatian berat ke atas
perkara berikut:-
6.1 Memastikan kerani yang bertanggungjawab mengurus rekod cuti
bagi anggota RISDA yang ditempatkan dan dipinjamkan ke Anak
Syarikat masing-masing mengemas kini dan mengemukakan rekod cuti ke
Unit Perkhidmatan, Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber
Manusia sebanyak 2 kali iaitu:—
6.1.1 pada 31 Januari setiap tahun dan; 6.1.2 pada 30 Jun setiap
tahun dan.
Sila pastikan Pematuhan Jadual yang telah dipiawai ini.
MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBIJN KECIL YANG PROGRESIF DAN
SEJAHTERA
MELALUI AKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL
-
6.2 Sehubungan perenggan 6 di atas, Unit Perkhidmatan akan
merekodkan ke Buku
Rekod Perkhidmatan (BRP) bagi semua staf yang ditempat dan
dipinjamkan. / -7.7 Peraturan Pembayaran Wang Gantian Cuti Rehat:
—
7.1 bagi pegawai yang belum mencapai maksimum GCR pada tahun
akhir persaraannya, cek hanya boleh di buat pada hari penghabisan
ia bekerja; atau
7.2 bagi pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan atau
bersara atas sebab
kesihatan, cek hendaklah dibuat segera sebaik sahaja notis
kematiannya atau kelulusan JPA tentang persaraan atas sebab
kesihatannya diterima.
8. Arahan ini mula berkuat kuasa pada 01 Ogos 2003.
Sekian. terima kasih. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ ‘RISDA EEEKTIF
PEKEBUN KECIL PRODUKTIF’ T.T (DATO’ BAHARUDDIN BIN AWANG) Ketua
Pengarah, RISDA
i) Ketua Pengarah RISDA ii) Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
iii) Timbalan Ketua Pengarah (Pentadbiran & Korporat) iv) Semua
Pengurus Besar Anak Syarikat/NARSCO Berhad
- Pastikan semua staf RISDA di anak syarikat/NARSCO Bhd maklum
tentang arahan ini dan juga lain-lain pekeliling berkaitannya.
v) Setiausaha Pihak Berkuasa
MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBIJN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA
MELALUI AKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL