Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk 0 Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk Mukatib: Hadhrat Muhammad Tahair Abdur Rahman Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu Musyarrih wa Muhaqqiq wa Murattib wa Mujammil: Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu Khanqah 'Aliyah Naqshbandiyah Mujaddidiyah 2010 / 1431
81
Embed
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk (Kamil)
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
yang belum lagi mencapai Fana tadi akan dapat merasai
bahawa Latifah-latifah Alam Amar telah mencapai Fana.
Warna-warna pada setiap Latifah Alam Amar akan
kelihatan jelas oleh Latifah Nafs. Apabila warna-warna
pada Latifah Alam Amar telah jelas kelihatan oleh
Latifah Nafs, maka akan terhasillah Fana pada Latifah
Nafs dan seterusnya Nafs Salik juga akan mencapai
Baqa.
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
23
TANDA-TANDA FANA NAFS
Tanda-tanda Latifah Nafs telah menjadi Fana adalah
segala kehendak dan keinginan hawa nafsu dan segala
keinginan terhadap perkara keduniaan telah hilang dan
terhapus disebabkan oleh zikir yang berterusan.
Apabila segala Iradah atau keinginannya sudah hilang,
maka Salik hanya akan menuruti kehendak-kehendak
dan perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala sahaja, tiada
perkara lain yang difikirkan oleh Salik melainkan
hanyalah Allah Subhanahu Wa Ta'ala semata-mata.
MENCAPAI KERIDHAAN ALLAH
Salik hanya akan cenderung untuk beramal dengan
amalan–amalan yang yang dapat mencapai keridhaan
Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Apabila Salik telah mula menuruti hanyalah kehendak
Allah Subhanahu Wa Ta'ala semata-mata dan beramal
dengan amalan yang diridhai oleh Allah Subhanahu Wa
Ta'ala, maka Allah akan turut Ridha kepadanya.
PENZAHIRAN AKHLAK-AKHLAK ALLAH
Dengan ini, akan terzahirlah akhlak-akhLak Allah
Subhanahu Wa Ta'ala dalam diri Salik seperti sifat
Pengampun, Pemaaf, Pemurah, Pengasih, Penyayang
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
24
dan sebagainya. Salik akan dapat merasakan terzahirnya
akhlak-akhlak Allah Subhanahu Wa Ta'ala pada dirinya.
Salik akan dapat merasakan dalam dirinya bahawa
segala sesuatu selain daripada Allah akan Fana dan
hanya Allah sahajalah yang akan kekal.
SIYAR DAN MAQAM
Perasaan Fana ini hendaklah sentiasa berlaku dan
sekiranya perasaan ini berlaku sekali-sekala, maka ianya
dinamakan sebagai Siyar yakni berjalan bersiar-siar.
Sekiranya perasaan ini berlaku secara tetap dan
berterusan, maka ini dinamakan Maqam.
MUSYAHADAH RABB TA'ALA
Apabila kaifiyat ini telah terhasil pada diri Salik, iaitu
zikir dalam batinnya telah menjadi Dawam, maka akan
terhasillah Musyahadah Rabb Allah Subhanahu Wa
Ta'ala, seolah-olah Salik telah melihat Allah.
Inilah permulaan pemahaman Tauhid yang sebenar-
benarnya disebabkan terhasillnya pengertian yang sahih
tentang Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Segala-gala
kesyirikan, kekhurafatan dan segala Syirik Khafi yang
tersembunyi akan menjadi hilang dan terlenyap.
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
25
MUSYAHADAH HAQQ
Apa-apa yang diucapkan oleh Salik pada peringkat
Musyahadah ini adalah perkara Haqq yang sebenar-
benarnya disebabkan dirinya telah nampak Musyahadah
atau penyaksian terhadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Musyahadah terbahagi kepada dua iaitu Musyahadah
Qalb dan Musyahadah Nafs.
MURAQABAH
Apabila kita bertawajjuh menghadapkan pandangan
mata hati kepada Hadhrat Zat Allah Subhanahu Wa
Ta'ala sahaja dan mengharapkan limpahan Faidhz
dariNya, inilah yang dikatakan Muraqabah.
INGATAN TANPA KALAM DAN SUARA
Muraqabah juga dikatakan sebagai salah satu daripada
bentuk zikir di mana tumpuan Salik hanyalah kepada
Zat Allah Subhanahu Wa Ta'ala tanpa menyebut Nama
Allah, iaitu tanpa sebarang kalam mahupun suara.
MENGINGATI HADHRAT ZAT ILAHI
Semasa bermuraqabah, kita hanya tertumpu kepada
Hadhrat Zat Allah dan bukannya kepada kalimah Isim
NamaNya atau bukan kepada lafaz Allah, tetapi ingatan
kepada Zat Allah atau kepada Zat yang empunya Nama
Allah tersebut.
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
26
TAARIF ZAT WAJIB AL-WUJUD
Allah adalah nama bagi Zat Wajibul Wujud yang
terhimpun pada DiriNya segala sifat kesempurnaan dan
bebas dari segala kekurangan dan kebinasaan. Dia
adalah Zat yang tidak ada sesuatu pun yang menyerupai
denganNya.
MENGOSONGKAN FIKIRAN
Salah satu pengertian Muraqabah ialah semasa
bermuraqabah, fikiran mestilah dikosongkan dan jangan
membiarkan sebarang khayalan–khayalan yang selain
Allah daripada masuk ke dalam ruangan fikiran.
BELAJAR SIFAT KUCING BERMURAQABAH
Para Masyaikh menyatakan bahawa sekiranya Salik
hendak belajar Muraqabah, hendaklah belajar dari sifat
kucing yang mana dalam keadaan senyap-senyap,
kucing dapat menangkap tikus.
TAWAJJUH QALBI
Semasa hendak menangkap tikus, kucing akan
memberikan perhatian yang bersungguh-sungguh hanya
terhadap tikus sahaja dan tidak menghiraukan sebarang
keadaan di sekelilingnya. Semasa Muraqabah, Salik
hendaklah memperhatikan hanya ke arah Latifah–latifah
Qalbinya.
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
27
TIGA KAIFIYAT MURAQABAH
Terdapat tiga cara untuk menghasilkan Kaifiyat
Muraqabah:-
1. Dengan berzikir sebanyak-banyaknya sehingga zikir
telah menjadi sebati dan kita hanya ingat Allah sahaja.
2. Hendaklah Salik merasakan dalam dirinya bahawa
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berada di hadapannya dan
Allah berada begitu dekat dengannya sehingga lebih
dekat dari setiap urat rambutnya.
3. Kita menafikan apa sahaja benda yang kita lihat dan
yakinkan diri bahawa Allah sahajalah yang wujud dalam
keadaan tiada sesuatu yang dapat menyerupai ZatNya.
Allah adalah Zat yang wujud dan suci daripada segala
rupa bentuk.
NAFS FANA FILLAH DAN BAQA BILLAH
Hendaklah jangan memikirkan selain daripada Allah dan
tumpuan hanyalah kepada Allah semata-mata. Apabila
keadaan ini selalu diamalkan dan keadaan ini telah
menjadi semakin kuat, maka Nafs akan sampai kepada
Fana Fillah dan seterusnya Baqa Billah. Inilah maksud
daripada Fana dan Baqa.
Apabila Nafs telah tenggelam dalam sesuatu yang selalu
difikirkannya atau dikhayalkannya, maka Nafs akan
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
28
Fana terhadap perkara tersebut dan seterusnya Nafs
akan menjadi Baqa terhadap benda atau hal yang selalu
difikirkannya atau dikhayalkannya. Nafs akan kekal
ingatannya terhadap benda tersebut.
Sebagai contoh, sekiranya seseorang yang selalu
memikirkan atau mengkhayalkan cara-cara untuk
membuat bagi memajukan dunianya, maka Nafsnya juga
akan turut memikirkan cara-cara yang perlu untuk
perkara tersebut sehingga ke tahap ingatan Nafsnya
tenggelam dalam memikirkan cara-cara memajukan
keduniaannya.
Demikian juga halnya keadaan Nafs ini apabila selalu
dididik dan dilatih untuk tenggelam di dalam
memikirkan Zat Allah Subhanahu Wa Ta'ala sahaja,
maka Nafs juga akan akhirnya akan tenggelam di dalam
ingatan terhadap Hadhrat Zat Allah dan ingatannya
akan tetap dan sentiasa berterusan memikirkan Allah
atau disebut sebagai Fana Fillah. Dengan ini, Nafs itu
akan mudah mencapai Baqa Billah iaitu Nafs yang kekal
ingatannya terhadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Hendaklah kita kekalkan dan yakinkan dalam diri kita
mengenai perkara ini. Dengan menerusi amalan
Muraqabah ini, Salik akan cepat sampai pada keadaan
Wasil Billah, iaitu selalu merasa beserta dengan Allah.
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
29
JALAN FANA NAFS
Catatan Mukatib:
Dalam Tariqat Nafsani seperti Tariqat Chistiyah atau
Qadiriyah, jalan untuk menghasilkan Fana Nafs adalah
melalui Mujahadah, Riyadhah latihan keruhanian dan
Zikir yang banyak dan berterusan menerusi Zikir Jihri
dan Lisani.
Dalam Tariqat Ruhani, seperti Tariqat Naqshbandiyah,
jalan untuk menghasilkan Fana Nafs adalah melalui
Muraqabah dan Zikir Khafi yang berterusan yang mana
Mujahadah tidak diberikan sebarang penekanan.
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
30
KULIAH
KETIGA
21 SAFAR 1431 H : 6 FEBUARI 2010 M
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
31
RABITAH
Jalan Ketiga untuk menghasilkan Wasil Billah adalah
dengan Rabitah. Apabila Salik menghubungkan Ruhani
dan hatinya bertaaluk kepada seseorang Wali Allah atau
Nabi dengan adab dan Tawajjuh, maka dengan
sendirinya Ruhaniah Wali Allah atau Nabi tersebut akan
memberikan Tawajjuhnya kepada Salik tersebut.
Warna-warna cahaya Ma’rifat dalam Wali Allah atau
Masyaikh akan mendatangi kepada Salik. Kadang-
kadang Ruh Wali Allah atau Masyaikh atau Nabi akan
datang secara zahir di hadapannya dan memberikan
tunjuk ajar kepadanya.
FANA FI MASYAIKH DAN FANA FI RASUL
Kemudian, Salik tersebut akan Fana di dalam Ruhaniah
Wali Allah atau Nabi yang dipanggil sebagai Fana Fi
Masyaikh atau Fana Fi Rasul.
FANA FILLAH DAN BAQA BILLAH
Selepas Salik mencapai Fana Fi Masyaikh atau Fana Fi
Rasul, seterusnya Salik akan mencapai Fana Fillah.
Sekiranya Wali atau Masyaikh tersebut tidak mencapai
Fana Fillah, maka Maqam yang mana pun seseorang
Wali atau Masyaikh itu berada, akan terlimpah juga
kepada Salik tersebut. Sebab itulah sangat penting bagi
Wali atau Masyaikh tersebut telah mencapai Fana Fillah.
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
32
Salik perlu Fana di dalam Wali Allah atau Masyaikh
yang telah Fana Fillah dan Baqa Billah.
Hadhrat Khwajah Muhammad Ma’asum Rahimahullahu
Ta'ala yang merupakan salah seorang putera kepada
Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani
Rahimahullahu Ta'ala telah menulis bahawa mungkin
hanya dengan zikir sahaja, seseorang Salik boleh
mencapai Fana Fillah.
Dengan hanya berzikir, mencapai Fana Fillah ini adalah
satu kemungkinan sahaja. Akan tetapi hanya dengan
berbekalkan dan beramal dengan Rabitah sahaja pun,
seseorang Salik pasti akan mencapai Fana Fillah.
BERZIKIR SAMBIL RABITAH
Menurut pangarang, dalam penjelasannya telah
menerangkan bahawa dalam perjalanan suluk ini, zikir
perlu untuk beberapa peringkat tertentu sahaja dan di
samping itu, hendaklah memulakan perjalanan secara
Rabitah.
Seseorang Salik berzikir pada permulaannya dengan
Zikir Ismu Zat pada setiap Latifah-latifah disertai dengan
Rabitah. Selepas melakukan Zikir Ismu Zat, Salik akan
memulakan Zikir Nafi Itsbat.
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
33
MURAQABAH SAMBIL RABITAH
Selepas melakukan Zikir Nafi Itsbat, Salik akan
melakukan Muraqabah Mujaddidi. Sewaktu
mengamalkan Muraqabah Mujaddidi, Ruhaniah Nabi
Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam mesti beserta
dalam Rabitah tersebut.
Perkara ini diterangkan secara ringkas dan perlu
penafsiran yang lebih mendalam. Inilah yang diperolehi
daripada Para Masyaikh dan yang selebihnya adalah
daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
PERKARA PERHATIAN SEBELUM SULUK
Pengarang telah menyatakan bahawa sebelum
memulakan Suluk ada beberapa perkara yang perlu
diberi perhatian:
1. Mengikhlaskan niat semata-mata kerana Allah.
2. Mencari Murshid yang Kamil, beradab dengannya
dan sentiasa berabitah dengannya.
3. Hendaklah menuruti Syari'at dan menjauhi Bida'ah.
4. Meninggalkan segala perbuatan dosa.
5. Hendaklah mengukuhkan lagi keridhaan terhadap
Allah dan sentiasa bertaslim atau menyerah segala
urusan kepada Allah.
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
34
Adalah diharapkan dengan penjelasan ini, Para Salik
yang berjalan di atas Tariqat ini akan mendapat
bimbingan dalam menempuh lautan perjalanan Tariqat
ini.
Mudah-mudahan sehingga mencapai hakikat yang mana
terhasillah buah-buahan dan kemanisan Cinta Mahabbat
dan Ma’rifat Zat. Dia akan memperolehi kenikmatan
yang tidak pernah dilihat oleh mata, didengar oleh
telinga dan nikmat yang tidak pernah terlintas di fikiran.
Semua ini adalah kurniaan dan Fadhal daripada Allah.
Kita memohon kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan
limpahan Faidhz dan Taufiq serta memohon
keridhaanNya.
MUQADDIMAH KITAB IBTIDAI SULUK
Seorang Khalifah pengarang, Hadhrat Mian Khan
Shikarpuri Rahimahullah telah meminta pengarang
supaya menulis sebuah kitab yang menerangkan
bagaimana untuk memulakan Suluk.
Pada awalnya pengarang berasa tidak layak tetapi
merasakan agak penting untuk menunaikan permintaan
Khalifahnya. Diharap dengan penjelasan ini, dengan
mentelaah dan membaca isi kandungannya akan
memberi manfaat kepada Salik.
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
35
Di dalam Tariqat Naqshbandi Mujaddidi, untuk
memulakan perjalanan Suluk, ada beberapa syarat yang
perlu diperhatikan supaya mendapat Basirah dalam
urusannya.
Pengarang telah mengarang sebuah sya’ir yang
mengandungi nama-nama Para Masyaikh Naqshbandiah
Mujaddidiah di dalam silsilahnya.
KELEBIHAN MEMBACA SYAJARAH TAYYIBAH
Catatan Mukatib:
Selepas sahaja berbai’ah, Syeikh Tariqat akan memberikan kepada anak muridnya Syajarah Tayyibah yang mengandungi nama Wali-Wali Allah atau rantaian silsilah keruhanian Wali-Wali Allah daripada Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam sehingga kepada Syeikh Tariqat tersebut.
Dengan membaca Syajarah Tayyibah ini, ikatan keruhanian terhadap Wali-wali tersebut akan bertambah dan ini akan menumbuhkan rasa hormat, kasih sayang dan cinta terhadap Wali-Wali Allah di dalam rantaian keruhanian tersebut. Ia juga bertujuan untuk mendapat keberkatan dan limpahan Faidhz daripada mereka. Dengan memberikan hadiah pahala kepada Wali-Wali Allah berupa bacaan Al-Fatihah dan Qul Huwallah, seseorang itu akan mendapat perhatian dan Tawajjuh Ruhaniah daripada mereka.
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
36
Hadhrat Maulana Masihullah Khan Damat Barakatahum pernah berkata, “Apabila seseorang berbai’ah dengan Syeikh Tariqat dan bergabung dengan Silsilah Keruhanian, Arwah Para Wali-Wali Allah yang terdahulu di dalam Silsilah Keruhanian itu akan tertumpu kepadanya. Ruh-ruh Awliya tersebut akan berdoa untuknya. Doa-doa Awliya dan Tawajjuh mereka akan tertumpu kepada seseorang yang bergabung dengan Silsilah.”
Daripada kitab Al-Jami' As-Saghir, 1/130:
“Amal seseorang dibawa kepada Allah Ta’ala pada hari Isnin dan Khamis dan kepada Baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, Para Nabi 'Alayhimussalam dan orang–orang terdahulu pada hari Jumaat. Amal baiknya menyebabkan mereka rasa gembira dan muka mereka diselubungi dengan kegembiraan. Takutlah Allah dan jangan membiarkan amal burukmu menyebabkan kesakitan kepada Si Mati.”
Dari Hadits ini, Para Masyaikh mengatakan bahawa dengan menyertai Silsilah, Wali-wali Allah ini adalah seperti "Spiritual Forefather" yakni Para Moyang Ruhaniah kepada kita.
Di dalam Alam Barzakh, mereka akan mendapat hadiah pahala yang kita hadiahkan dan dengan ini sesiapa yang menyertai Silsilah juga akan mendapat limpahan Faidhz dan doa mereka.
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
37
MENGIKHLASKAN NIAT
Pengarang mengatakan bahawa apabila seseorang Salik
telah berasa Shauq atau suka terhadap Tariqat
Naqshbandiyah, hendaklah dia mengikhlaskan niatnya
dan niatkan di dalam hati:
“Selain daripada mencapai Cinta Mahabbah terhadap
Allah tiada benda yang lain yang hamba inginkan.”
MENCARI SYEIKH MURSHID
Kemudian, hendaklah dia mencari seorang Syeikh atau
Murshid yang zahirnya menuruti Syari'at dan pada
batinnya terdapat cahaya Ma’rifat.
Dalam perjalanan mencari seorang Syeikh atau Murshid,
ada beberapa perkara yang perlu dikenalpastikan kerana
pada zaman yang penuh dengan kemungkaran dan
kelalaian ini, banyak manusia bersifat Syaitan yang
bersembunyi di sebalik pakaian-pakaian yang baik pada
zahirnya.
Syai’r:
Apabila telah ada terlalu banyak Iblis,
Yang berupa seperti rupa bentuk Adam,
Maka, janganlah memberikan tanganmu,
Kepada sesiapa sahaja untuk berbai’ah.
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
38
Batin seseorang Murshid yang telah bercahaya akan
menjadi sumber kejayaan apabila kita bersuhbah
dengannya.
ADAB MURID TERHADAP MURSHID
Setelah kita menunaikan Solat Istikharah, maka
hendaklah memperbetulkan niat dan hadir di hadapan
Guru Murshid tersebut dan mengambil Talqin Tariqat
dan hendaklah memperhatikan adabnya dan
menyibukkan diri dengan Zikir yang telah ditalqinkan
olehnya.
Jika berada di hadapan guru Murshid atau tidak,
hendaklah sentiasa beradab dengannya dan janganlah
kita mempersoalkan tentang dirinya di dalam hati atau
pada lidah kita.
Janganlah berpusing-pusing, makan atau minum di
hadapan Syeikh lebih-lebih lagi sewaktu bersuhbah
dengannya. Jangan meletakkan kaki kita di atas barang-
barangnya dan menjaga barangannya ketika
ketiadaannya. Salik hendaklah menyerahkan
sepenuhnya segala urusan keruhaniannya kepada
Syeikhnya dan mengharapkan limpahan Faidhz,
Mahabbah dan Ma’rifat menerusi Syeikh tersebut.
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
39
Sebarang was-was dalam hati, janganlah disembunyikan
dari Syeikh dan hendaklah dizahirkan atau memberitahu
kepada Syeikh Murshid tersebut. Dalam setiap hal,
sebaik-baiknya beradab dengan Syeikh kerana beradab
dengan Syeikh adalah perkara dasar dalam
menghasilkan faedah-faedah dalam perjalanan Tariqat.
Syai’r:
Adab adalah mahkota daripada kelembutan Allah.
Hendaklah ianya selalu diletakkan di atas kepala.
Kemudian, ke mana saja kau hendak pergi, pergilah.
Syai’r:
Hendaklah sentiasa memohon Taufiq daripada Allah.
Supaya menjadi orang yang beradab bertata-susila.
Tanpa adab, kita diharamkan dari kelembutan Allah.
MENJAUHI AHLI BIDA'AH
Dalam beradab dengan Syeikh, hendaklah menjauhkan
diri daripada orang-orang Ahli Bida’ah dan tidak
beragama. Pengarang dalam bentuk Syai’r menyatakan
bahawa Murshidnya pernah memberinya satu nasihat:
Hendaklah menjauhkan dirimu dari bersuhbah.
Dengan orang yang bukan Ahli Tariqah.
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
40
MENURUTI SUNNAH RASULULLAH
Disamping itu ketika minum, makan dan dalam urusan
mencari rezeki dan apa sahaja urusan seharian,
hendaklah menuruti Syari’at Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam dalam setiap
amalan dan sentiasa memperhatikan apakah perintah
dan larangan Allah.
AMALAN TARIQAT MENURUTI SYARI'AT
Janganlah kita mengikut resam duniawi yang bersalahan
dengan Syari’at dan hendaklah kita tinggalkan terus
resam duniawi itu. Hendaklah kita menganggap bahawa
Syari’at itu sebagai neraca untuk kita menilai dan
menyemak segala amalan kita.
Sekiranya amalan kita selari dengan Syari’at, maka
anggaplah ia sebagai Nikmat Allah dan sekiranya
amalan kita tidak selari dengan Syari’at, maka hendaklah
kita jauhi. Tariqat adalah khadam kepada Syari’at dan
Tariqat itu perlu untuk mengukuhkan dan menyokong
Syari’at.
Syai’r:
Kita takkan mencapai jalan penyucian hati.
Tanpa kita menuruti Sunnah Baginda Nabi.
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
41
Perjalanan penyucian hati akan menjadi mudah
sekiranya Syari’at dituruti dan akan menjadi sukar
sekiranya Syari’at tidak dituruti.
MENJAUHI SIFAT TAKABBUR
Di samping itu, apa sahaja yang telah kita fahami
bahawa sifat Takabbur hendaklah dijauhi kerana apabila
Salik menganggap dirinya telah sempurna, maka dia
tidak akan dapat sampai kepada Allah.
Sifat Kibir dan sombong itu hendaklah dijadikan sebagai
hak Allah semata-mata. Janganlah kita membawa sifat ini
di dalam diri kita. Mafhum sebuah Hadits Qudsi:
“Takabbur adalah dari selendangKu dan
keagungan dan kesombongan adalah pakaianKu.
Barangsiapa yang memakai seledang dan pakaianKu,
maka Aku akan memasukkannya ke dalam Neraka.”
Hendaklah Salik sentiasa merasa lemah, kekurangan dan
berharap penuh terhadap Allah dan jadikanlah ianya
sebagai sifat kita. Apabila sifat ini telah menjadi sifat
yang lazim dalam diri kita dan daripada cermin
keyakinan kita, maka akan nampaklah bahawa diri ini
adalah hamba yang lemah.
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
42
SIFAT SABAR DAN SYUKUR
Segala kedukaan hendaklah dihadapi dengan Sabar dan
segala kesukaan hendaklah dihadapi dengan Syukur.
MENINGGALKAN SIFAT TAMAK
Disamping itu, hendaklah memutuskan sifat Tamak
terhadap orang lain sehingga terhadap anak kita sendiri
pun, hendaklah tiada sebarang harapan ke atas harta
mereka. Segala kerugian dan keuntungan hendaklah kita
anggap ianya keputusan Allah dan ridha terhadap
ketaatan kepada Allah.
AHWAL QABADHZ DAN BASAT
Dalam perjalanan melalui lautan Tariqat, Salik akan
menghadapi keadaan-keadaan yang tertentu yang sering
ditempuhinya terutamanya dalam hal Qabadhz dan hal
Basat. Dalam keadaan Qabadhz, seseorang Salik akan
merasa Ruhaninya keletihan dan tidak larat. Qabadhz
juga terhasil disebabkan oleh Fana Fillah dan Ruhani
yang lemah. Dalam keadaan Basat, Salik akan merasa
kelapangan dan hal keadaan Basat ini terhasil selepas
sedar dari Fana Fillah. Dalam hal ini, janganlah kita
merasa puas hati dangan apa yang kita telah buat dan
jangan lalai.
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
43
Catatan Mukatib:
Ketika berlaku Hal Qabadhz, Salik merasakan tiada
kemajuan keruhanian, terasa tertekan, dan kurangnya
rasa kehadiran Allah. Salik juga merasakan hatinya tidak
ada kesukaan terhadap Ibadat seolah-olah tidak ada
kenikmatan dalam berzikir. Dalam hal ini, janganlah kita
bersifat malas.
Hadhrat Maulana Shah Hakim Akhtar Sahib Damat
Barakatahum di dalam kitabnya Ma’arif Matsnawi
mengatakan bahawa keadaan yang dihadapi oleh Salik
adalah semata-mata latihan keruhanian untuk mencapai
kemajuan dalam tingkatan keruhaniannya. Sekiranya
Salik sentiasa merasa kenikmatan dan merasa kehadiran
Allah, kemungkinan sifat tinggi diri dan sombong akan
terhasil dalam diri Salik dan ini akan merosakkan
keruhaniannya.
Kadang-kadang, hal Qabadhz terjadi disebabkan oleh
dosa-dosa. Disebabkan oleh dosa tersebut, kegelapan
telah terhasil di dalam hatinya dan ini akan
mengakibatkan tidak ada rasa kenikmatan di dalam
ibadat. Walaubagaimapun, biarpun apa sahaja yang
menyebabkan hal Qabadhz tersebut, Salik hendaklah
memperbanyakkan Istighfar akan kerana ianya akan
menghasilkan banyak faedah.
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
44
MEMULIAKAN PARA 'ALIM 'ULAMA
Hendaklah kita sentiasa memuliakan Para 'Alim 'Ulama
kerana menuruti Syari’at adalah dengan menuruti
mereka. Ini adalah antara syarat-syarat Tariqat.
Seseorang itu pelu kepada 'Alim 'Ulama kerana Allah
cenderung kepada 'Alim 'Ulama. Perlulah kita fahami
bahawa kita hendaklah memuliakan Para 'Alim 'Ulama.
INSAN DAN SEPULUH LATIFAH
Semoga Allah memberi kejayaan kepada pembaca.
Hendaklah difahami bahawa Para Masyaikh Tariqat
Naqshbandi Mujaddidi dalam kitab-kitab mereka
menyatakan bahawa Insan merupakan suatu himpunan
daripada sepuluh Latifah-latifah. Lima Latifah dari Alam
Amar dan Lima Latifah dari Alam Khalaq.
ALAM AMAR DAN ALAM KHALAQ
Alam Amar merupakan suatu jajahan Ruhaniah yang
terdapat di dalamnya lima Latifah iaitu Qalb, Ruh, Sirr,
Khafi dan Akhfa. Lima Latifah dari Alam Khalaq terletak
di seluruh tubuh badan manusia iaitu Air, Tanah, Angin,
Api dan Nafs Natiq. Nafs Natiq adalah Nafsu yang boleh
bercakap-cakap.
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
45
PENGHUJUNG DI PERMULAAN
Dalam Tariqat Naqshbandi, permulaan Suluk adalah
pada Latifah Alam Amar. Kerana itulah telah dituliskan
dalam kitab-kitab bahawa penghujung kepada Tariqat–
tariqat yang lain adalah tangga permulaan bagi Tariqat
Naqshbandi. Dalam tariqat yang lain, permulaan Suluk
adalah pada Alam Khalaq dan kemudian pada Alam
Amar.
Dalam Tariqat yang lain, proses Tazkiyah Nafs perlu
dilakukan dengan memperbanyakkan Riyadhah dan
latihan-latihan keruhaniah yang berat, kemudian barulah
disibukkan dengan Alam Amar.
PERMULAAN SULUK PADA ALAM AMAR
Dalam Tariqat Naqshbandi, dengan ‘Inayah dan
kurniaan Allah, permulaan Suluk adalah pada Alam
Amar dan latifah-latifah Alam Amar dan kemudian pada
Latifah-latifah Alam Khalaq.
Apabila latifah-latifah Alam Amar semuanya telah sibuk
berzikir, Latifah-latifah Alam Khalaq dengan sendirinya
akan turut berzikir. Kerana itulah dalam Tariqat
Naqshabandi, kita tidak perlu pada latihan-latihan,
Riyadhah dan Mujahadah yang berat-berat.
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
46
KESAN ZIKIR LATAIF ALAM AMAR
Catatan Mukatib:
Kelebihan Zikir Ismu Zat pada setiap Latifah adalah
kerana pada setiap kedudukan Latifah mempunyai
kesan–kesan penyucian seperti berikut:
1) Zikir pada Latifah Qalb - Mensucikan hati dari
keinginan dan kecintaan duniawi.
2) Zikir pada Latifah Ruh - Mensucikan sifat marah
dan panas baran.
3) Zikir pada Latifah Sirr - Mensucikan sifat tamak
dan kedekut.
4) Zikir pada Latifah Khafi - Mensucikan sifat hasad
dan dengki.
5) Zikir pada Latifah Akhfa - Mensucikan sifat tinggi
diri dan sombong.
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
47
KULIAH
KEEMPAT
28 SAFAR 1431 H : 13 FEBUARI 2010 M
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
48
KHULASAH DAN RUMUSAN
Apabila murid mengambil ba’iah daripada Syeikh, pada
awalnya Syeikh tersebut akan mentalqinkan Zikir Qalbi
yang mana Salik tersebut hendaklah menyibukkan
dirinya dengan Zikir Qalbi tersebut.
KAIFIYAT DAN JUMLAH ZIKIR QALBI
Cara mengamalkan Zikir Qalbi adalah seperti berikut :-
1. Hendaklah duduk menghadap ke arah Qiblat
sepertimana duduk Tasyahud dengan beradab.
2. Mata hendaklah ditutup.
3. Lidah ditemukan ke langit-langit mulut.
4. Bertawajuh ke arah Latifah Qalb yang
kedudukannya adalah di bawah tetek kiri dengan
ingatan dan khayalan kepada Allah dan menyebut
Allah Allah secara berterusan.
5. Sekiranya terdapat sebarang Khatrah yakni lintasan-
lintasan ingatan pada hati dan menimbulkan was-
was, maka hendaklah dijauhkan.
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
49
6. Dengan penuh kesungguhan, menyibukkan diri
dengan Zikir Allah, Allah, Allah.
Zikir Qalbi ini tidak ada had jumlah yang ditentukan,
walaubagaimanapun sesetengah Syeikh akan
menganjurkan kepada Salik untuk berzikir sebanyak
24,000 sehari semalam. Sebanyak mana seseorang Salik
itu berzikir, maka dengan kadar itulah dia akan cepat
terhasil Fana.
MUSYAHADAH PENGARANG
Musyahadah pengarang boleh diertikan sebagai
pandangan atau penyaksian batin yang telah dialami
atau yang dilalui oleh pengarang sendiri. Musyahadah
terbahagi kepada dua iaitu Musyahadah Qalb untuk
Alam Amar manakala Musyahadah Nafs adalah bagi
Alam Khalaq.
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
50
ADAMI MUSHARAB
Menurut pengarang, Latifah Qalb berwarna putih dan di
bawah telapak kaki Hadhrat Nabi Adam 'Alaihissalam.
Seseorang Salik yang menjalankan Zikir pada Latifah
Qalb sehingga menghasilkan Wasil kepada Allah, maka
dia dipanggil Adami Musharab yakni seorang yang telah
minum daripada limpahan Faidhz Hadhrat Nabi Adam
'Alaihissalam.
ZIKIR YANG SEBATI DAN BERTERUSAN
Zikir ini hendaklah dilakukan dengan bersungguh-
sungguh sehingga menjadi sebati dan hati itu tidak
sekali-kali lalai daripada mengingati Allah Ta’ala. Zikir
yang telah sebati dalam diri Salik tersebut menyebabkan
hatinya sentiasa berzikir, sehinggakan ketika dia cuba
untuk berhenti berzikir namun dia tidak boleh
memberhentikannya.
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
51
Meskipun apabila dia sudah berhenti berzikir, namun
zikir tersebut masih kedengaran di dalam batinnya
secara berterusan.
TANDA FANA QALBI
Tanda-tanda zikir itu telah teguh dan kukuh ialah
walaupun seseorang Salik cuba untuk menyibukkan
dirinya untuk lalai, hati tersebut akan tetap mengingati
Allah Ta’ala. Hal ini dikenali sebagai Fana Qalbi. Nama
lain bagi hal keadaan ini adalah Yad Dasyat.
DAFTAR NAMA AWLIYA ALLAH
Sesudah Salik tersebut mencapai Fana Qalbi, dengan
Amar Ilahi yakni ketentuan urusan Allah, nama Salik
tersebut akan termasuk dalam daftar Para Awliya Allah.
Insya Allahu Ta'ala.
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
52
RAHSIA MENCAPAI FANA
Datuk kepada pengarang telah mengungkapkan kepada
pengarang sebuah syair Ruba'I yang berikut :-
Tutupkan mulut dan tutup mata dan tutup telinga.
Jikalau kamu tidak dapat melihar Nur yang Haqq,
Maka hendaklah kamu memandang kepada kami.
Dalam pengertian sya’ir ini, terkandung rahsia yang ajaib
dan tersembunyi tentang Fana dan kepentingan Rabitah
yang mana untuk menzahirkannya di sini adalah tidak
perlu.
IBRAHIMI MUSHARAB
Selepas berzikir pada Latifah Qalb, Salik akan dianjrkan
untuk berzikir pada Latifah Ruh yang kedudukannya
adalah di bawah tetek kanan. Warna Latifah Ruh adalah
kuning dan berada di bawah telapak kaki Hadhrat Nabi
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
53
Ibrahim 'Alaihissalam. Seseorang yang terhasil Fana Ilahi
pada Latifah ini dipanggil Ibrahimi Musyarab.
MENGHASILKAN FANA RUH
Sudah dinyatakan sebelum ini, menurut perjalanan
Tariqat ini, Salik hendaklah bertawajuh kepada maqam
kedudukan Latifah Ruh dan hendaklah bersungguh-
sungguh selalu menyebut Allah Allah sehinggalah
ingatannya terhadap Allah dan zikir tersebut menjadi
teguh sehingga terhasillah Fana pada Latifah Ruh.
MUSAWI MUSHARAB
Sesudah itu, hendaklah Salik itu berzikir pada Latifah
Sirr yang kedudukannya dua jari di atas tetek kiri.
Cahayanya adalah merah dan berada di bawah telapak
kaki dan martabat Hadhrat Nabi Musa 'Alaihissalam.
Pada maqam kedudukan Latifah Sirr, hendaklah Salik
bertawajuh dan berzikir Allah Allah sehinggalah Latifah
Sirr itu hidup dengan Zikrullah. Salik yang berjaya
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
54
mencapai Fana pada maqam kedudukan Latifah Sirr
dipanggil Musawi Mushyarab.
'ISAWI MUSHARAB
Seterusnya Salik akan berzikir pada maqam kedudukan
Latifah Khafi yang kedudukanya di atas tetek kanan.
Cahayanya adalah hitam dan berada dibawah telapak
kaki Hadhrat Nabi Isa 'Alaihissalam. Salik yang berjaya
mencapai Fana Fillah pada Latifah ini dipanggil Isawi
Mushyarab. Pada maqam kedudukan Latifah ini, Salik
hendaklah berzikir seperti yang telah dinyatakan
sehingga Latifah ini hidup dengan Zikir sehingga Fana
Fillah terhasil pada Latifah Khafi ini.
MUHAMMADI MUSHARAB
Seterusnya Salik akan berzikir pada maqam kedudukan
Latifah Akhfa yang tempatnya pada tengah-tengah dada
dan kedudukannya lebih tinggi sedikit daripada Latifah
yang lain. Cahayanya adalah hijau. Latifah Akhfa berada
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
55
di bawah telapak kaki Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
Salik yang mencapai Fana Fillah pada Latifah ini
dipanggil Muhammadi Mushyarab. Pada Latifah ini,
Salik hendaklah berzikir seperti yang telah dinyatakan
agar zikir tersebut menjadi teguh dan sebati sehingga
Latifah Akhfa menjadi Fana.
SULTANUL AZKAR
Kemudian dengan sekali gambaran, kelima-lima Lataif
ini hendaklah berzikir sehingga akan sampai waktunya
pada setiap tubuh badannya juga akan berzikir. Itulah
yang dinamakan sebagai Sultanul Azkar.
ZIKIR NAFI ITSBAT DAN KAIFIYATNYA
Selepas melakukan Zikir Sultanul Azkar, hendaklah
dilakukan Zikir Nafi Itsbat. Zikir Nafi Itsbat itu adalah
zikir kalimah LA ILAHA ILLA ALLAH.
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
56
Kaedah melakukan Zikir Nafi Isbat akan dijelaskan
seperti berikut :-
1. Mata hendaklah ditutup.
2. Lidah ditongkatkan di langit-langit.
3. Menyedut nafas dan tahan.
4. Menyebut Kalimah Tayyibah
آل إله إال اهللا حممد رسول اهللا
LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASUL ALLAH
Sebutan di dalam hati dengan secara khayalan hendaklah
digambarkan seperti berikut:-
Menyebut lafaz LA daripada pusat lalu ditarik ke atas,
kemudian apabila menyebut lafaz ILAHA hendaklah
membawanya ke arah bahu kanan dan ketika menyebut
lafaz ILLA ALLAH dengan pukulan yang kuat
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
57
hendaklah dipukul dengan sekuat-kuatnya pada Latifah
Qalb.
Hendaklah berzikir dan sekali tarik nafas. Ketika
melepaskan nafas hendaklah menyebut lafaz
MUHAMMADUR RASULULLAH di dalam hati.
Selepas membuang nafas, hendaklah ditahan kemudian
mengulangi mengucapkan lafaz LA ILAHA ILLA
ALLAH semasa menarik nafas dan mengucapkan lafaz
MUHAMMADUR RASULULLAH SALLALLAHU
'ALAIHI WASALLAM ketika melepaskan nafas.
MENAMBAH BILANGAN ZIKIR
Apabila tariqat zikir ini telah menjadi kukuh dan
berterusan, hendaklah Salik menambah daripada 1
dengan 3 dalam satu nafas dan 3 ketika buang nafas.
Begitulah jumlah bilangan zikir hendalah ditambah
menurut bilangan ganjil seperti 5, 7, 9 dan kemudian 11
sehinggalah kepada 21 dalam satu nafas.
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
58
BAZ GASHT KETIKA LEPAS NAFAS
Ketika kita membuang nafas, hendaklah kita
mengucapkan dengan penuh rasa rendah diri kita
mengucapkan :-
Ilahi Anta Maqsudi Wa Ridhaka Matlubi, A'tini Mahabbataka Wa Ma'rifataka
Yang bererti, “Oh Tuhanku, Engkaulah maksudku dan keredhaan Engkaulah tuntutanku, Kurniakanlah padaku Cinta dan Ma'rifat ZatMu”
KESAN ZIKIR NAFI ITSBAT
Sekiranya dalam menahan nafas sambil berzikir, jika
Salik telah mencapai 21, tetapi masih tidak dapat melihat
kesannya, yakni dia tidak mencapai ketenangan hati dan
tidak mendapat Kasyaf Kubur dan pembukaan rahsia-
rahsia, sekiranya perkara-perkara ini tidak terhasil, maka
ketahuilah dan fahamilah bahawa Salik tersebut telah
melanggar syarat-syarat yang dituntut atau ada
kekurangan dalam perlaksanaan Kaifiyat Zikir.
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
59
Kemungkinan dia duduk dalam keadaan lupa, maka
itulah dia hendaklah mengulangi lagi Kaifiyat Zikir Nafi
Itsbat. Sekiranya seseorang Salik melakukan zikir
menurut kaedah-kaedahnya, maka sudah pasti natijah-
natijah dan faedah-faedah daripada zikir akan terhasil
padanya seperti ketenangan hati, kasyaf kubur dan
pembukaan rahsia-rahsia.
WUQUF 'ADADI
Dengan kita memerhatikan jumlah bilangan zikir, maka
ini dinamakan sebagai Wuquf Adadi. Salik janganlah
berpuas hati dengan jumlah 21 sahaja, hendaklah dia
meningkatkan lagi sehingga yang seberapa yang boleh
sehingga dia boleh mencapai jumlah 383. Sebanyak
itulah Fadhzal kelebihan daripada Allah dan Allah
memberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya.
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
60
FANA BAQA LATAIF ALAM AMAR DAN KHALAQ
Sekarang kita berbalik kepada perkara yang utama.
Apabila telah tiba ‘Inayat Ilahi dan Latifah-latifah Alam
Amar telah menghasilkan Fana, maka dengan itu
Latifah-latifah itu terhasilnya Baqa. Sesudah mencapai
Fana dan Baqa pada Latifah-latifah ini, Latifah-latifah
Alam Khalaq akan juga mencapai Fana dan Baqa dengan
sendirinya.
MENCAPAI FANA NAFS
Secara khasnya dengan Zikir Nafi Isbat, Latifah Nafs
akan mencapai ketenangan dan Nafs akan
menghindarkan segala-gala keraguan terhadap Allah
dan dia akan mula menuruti segala Hukum-Hukum
Allah dan menerima segala Qadha dan Qadar Allah
kerana segala keinginannya telah mati.
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
61
IMAN HAQIQI
Pada waktu itu, terhasillah Iman yang haqiqi dalam
dirinya. Mafhum ayat Al-Quran, ‘Wahai orang-orang
yang beriman, berimanlah.’ Perkara inilah yang
dimaksudkan dengan segala perbincangan tadi.
MENGUTAMAKAN ZIKRULLAH
Ketahuilah seorang Salik, selagi dia belum mencapai
Fana pada semua Latifah-latifah, dia tidak boleh
menyibukkan diri dengan amalan-amalan yang selain
dari Fardhu, Wajib dan Sunat Mu’akkadah dan juga
tidak perlu mengutamakan Ibadat Nafilah dan Tilawat
Al-Quran kerana Zikrullah adalah lebih berfaedah
daripada Ibadat Nafilah selepas amalan Fardhu dan
Wajib. Tetapi, selepas Salik mencapai Fana dan Baqa,
amalan Nawafil dan Tilawat Al-Quran hendaklah
diperbanyakkan kerana amalan-amalan ini akan
menolong dalam meningkatkan darjat keruhaniannya.
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
62
RABITAH MENGHINDARKAN WAS-WAS
Ketahuilah, ketika berzikir, sekiranya ada was-was dari
syaitan atau sebarang ingatan lain sehingga kita
meninggalkan zikir, maka pada waktu itu juga,
hendaklah dia menggambarkan Murshidnya seolah-olah
dia berada di hadapan kita dan hendaklah bertawajjuh
kepada Murshidnya. Dengan cara ini, akan
mendatangkan faedah yang sempurna.
HIDAYAH MURAQABAH
Jikalau Allah kurniakan dia Hidayat, dengan ingatan
Ilahi, Allah akan mengangkatnya menuju kesempurnaan
dan dengan kesungguhannya yang bertambah, murid
tersebut hendaklah mula melakukan Muraqabah
Sepuluh. Muraqabah ini terbit daripada Muraqabah
Empat. Sesudah itu, Salik hendaklah mula melakukan
perjalanan Suluk ke Daerah-daerah Qaus.
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
63
'URUJ PENJELAJAHAN RUHANI
Ruhaniah kita hendaklah ‘Uruj yakni perjalanan secara
mendaki. Maka sesudah itu, dia akan menjelajah ke
Alam Bayangan Sifat-sifat Allah dan Shuyunat yakni
Pekerjaan dan Urusan Allah. Kemudian dia akan
meningkat kepada Tiga Hakikat :-
1. Hakikat Solat
2. Hakikat Puasa
3. Hakikat Ka’bah
Kemudian dia akan masuk ke dalam Alam Ta’ayin
(Alam yang ditentukan /definite) dan Alam La Ta’ayun
(Alam yang tidak ditentukan/indefinite). Kemudian dia
akan masuk ke Alam Muhabbat Zat dan Alam ‘Ubudiyat
(Alam Kehambaan). Dan dia terus meninggkat sehingga
tiada penghujungnya.
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
64
BATASAN ORANG AWAM
Walaupun dengan huraian-huraian semua Maqam
tersebut, perkara ini adalah terkeluar daripada
kefahaman orang awam. Bahkan, pada kebanyakan
waktu disebabkan mereka tidak faham, mereka
mengingkarinya.
TARIKAN ORANG KHAWAS
Akan tetapi, apabila datangnya pertolongan Allah,
penuntut atau Salik yang berusaha bersungguh-sungguh
dan dia mencapai Fana dan Baqa pada Sepuluh Latifah-
latifah, maka dengan Inayat Ilahi, dia dengan sendirinya
akan ditarik sehingga mencapai tempat yang
dimaksudkan dan pasti akan sampai.
MERUJUK KEPADA MAKTUBAT
Penjelasan secara sempurna dan lengkap ada terkandung
dalam Maktubat Hadhrat Imam Rabbani dan Khazanah
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
65
Rahsia iaitu Hadhrat Khawaja Muhammad Ma’asum Al-
Faruqi dan terkandung dalam risalah-risalah mereka dan
risalah-risalah Khalifah mereka. Sesiapa yang
berkehendak, hendaklah merujuk kepada bahan tersebut.
Jikalau merujuk kepada Maktubat Imam Rabbani, dia
akan menemui lautan yang tidak bertepi.
ZIKIR SEPULUH LATIFAH DAN MAQAMAT A'LA
Ketahuilah bahawa Sepuluh Latifah dan Maqamat-
maqamat dan Kashaf dalam Nafi Itsbat meskipun ianya
perkara yang besar dan pada zaman ini, sangat sedikit
insan yang dikurniakan dengan zikir pada Sepuluh
Latifah.
Tetapi jika dibandingkan dengan insan yang mencapai
Maqamat A'la yakni Maqam-maqam yang melebihi
sepuluh latifah-latifah adalah diibaratkan seperti setitik
air dari lautan yang tidak bertepi lagi meliputi.
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
66
KHATIMAH
Adapun langit-langit ini kesemuanya,
Jika dibanding dengan ketinggian 'Arash,
Sangatlah rendahnya namun demikian,
Ia masih jauh lebih tinggi dari tanah.
Pada waktu ini, dengan menurut keperluan masing-
masing, dengan lafaz-lafaz ini, sudahlah mencukupi.
Untuk hal–hal yang selebihnya, maka hendaklah kamu
melapangkan masa dan tinggalkan semuanya.
“Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau menangkap
kami disebabkan kelalaian dan kesalahan kami”.
Doa dan keselamatan terkandung dalam perkara ini.
Risalah in asalnya dalam bahasa Farsi pada tarikh 9
Rabi’ul Awal, Maulud Syarif, 1361H pada waktu
tengahari siap dikaryakan.
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
67
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk