-
1
Risalah Malam Nisfu Syaban
Muqaddimah
Alhamdulillah, dengan izin Allah , risalah kecil ini dapat
disempurnakan atas permintaan ikhwan dan
ahli-ahli pengajian talaqi. Semoga kita tergolong di kalangan
hamba-hamba Allah yang mendapat Al-Khair
al-Kathir (kebaikan yang banyak). Risalah ini disusun dalam
waktu yang agak terbatas dan singkat.
Justeru, Al-Faqir mengharapkan teguran dan pembetulan daripada
para masyaikh dan pembaca budiman
jika terdapat kesalahan di dalam risalah ini.
-
2
MALAM NISFU SYABAN
(A) PENGERTIAN, KELEBIHAN DAN PERBAHASAN
(a) Pengertian
Malam Nisfu Syaban ialah malam ke 15 dari bulan Syaban.
(b) Kelebihan
Hadith-hadith mengenai kelebihan Malam Nisfu Syaban
Sayyiduna Muaz bin Jabal1 berkata: Rasulullah bersabda:
"Allah menilik kepada seluruh makhlukNya pada malam Nisfu
Sya'ban, lalu Dia mengampunkan seluruh
makhlukNya melainkan orang musyrik (orang yang menyekutukan
Allah) dan musyahin (orang yang suka
bermusuhan)2.
Sayyidatuna Aisyah3 berkata:
Aku pernah ditinggalkan Nabi pada satu malam, lalu aku keluar
untuk mencarinya. Pada waktu itu,
Baginda sedang berada di Baqi dalam keadaan kepala mendongak ke
langit, lalu Baginda bertanya:
Wahai Aisyah, adakah kamu takut sekiranya Allah murka kepadamu
dan RasulNya? Aku menjawab: Itulah
yang aku tidak mahu tetapi aku menyangka engkau pergi ke rumah
isteri-isterimu yang lain. Lalu Baginda
bersabda: Sesungguhnya Allah menurunkan rahmatNya ke langit
dunia pada malam Nisfu Syaban, lalu
Dia mengampuni hamba-hambaNya lebih ramai daripada bilangan
bulu-bulu kambing Bani Kilab.4
1 Beliau ialah Muaz bin Jabal bin Amr bin Aus al-Khazraji,
dipanggil Abu Abdur Rahman, dilahirkan di Madinah. Allah
mengurniakan kepadanya kepandaian berbahasa serta mempunyai
tutur kata yang indah. Meninggal tahun 18H ketika terjadi wabak
di
Jordan ketika berusia 33 tahun. 2 Hadith Shahih riwayat Imam
Ahmad di dalam Musnadnya, Ibn Majah, Ath-Thobrani dan Ibn Hibban di
dalam Shahihnya.
3 Salah seorang Ummahat al-Mukminin, isteri Nabi dan anak Abu
Bakar ash-Shiddiq. Menjadi rujukan para sahabat dalam urusan
fatwa dan pelbagai kemusykilan kerana beliau paling banyak tahu
hal ehwal Rasulullah dan wahyu. Beliau meninggal pada 57H. 4
Riwayat Ibn Majah, Ad-Darquthni dan Imam Ahmad. Lihat Al-Bidah fi
al-Mafhum al-Islami ad-Daqiq (Salah Faham Terhadap
Bidah), ms. 144-145. Bani Kilab adalah antara qabilah yang
paling banyak memelihara kambing.
-
3
Imam Al-Ashbahani5 telah meriwayatkan di dalam At-Targhib
daripada Sayyiduna Muaz bin Jabal
berkata, Rasulullah bersabda:
Sesiapa menghidupkan malam-malam yang lima wajiblah baginya
syurga; malam yang kelapan daripada
Zulhijjah, (riwayat lain: malam 'Arafah, malam Raya Haji, malam
Raya Puasa) dan malam Nisfu Syaban."
Pendapat para Ulama
Malam Nisfu Syaban juga adalah di antara malam-malam yang
dikabulkan doa. Imam Asy-Syafie6 berkata
di dalam kitabnya Al-Umm:
"Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa
dikabulkan pada lima malam iaitu: pada
malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya `Aidil
Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan
malam Nisfu Sya'ban."
Seorang Waliyullah, Al-Alim al-Allamah Asy-Syaikh Ahmad bin
Muhammad Said bin Jamaluddin al-Linqi
al-Malayuwi, mantan Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus, dalam
karangannya Tuhfah al-Authon wa al-
Ikhwan menulis:
Di sisi ulama kita Ahlus Sunnah wal Jamaah, kelebihan malam
Nisfu Syaban ini adalah thabit melalui
beberapa hadith yang boleh dijadikan dalil dan hujah dalam bab
Fadhail. Syaikh Muhammad bin Abd ar-
Rahman al-Mubarakfuri7 rhm. dalam "Tuhfatul Ahwazi bi Syarhi
Jami at-Tirmizi", juzuk 3 muka surat
442 menyatakan antara lain:- ... Hadith-hadith fadhilat malam
Nisfu Syaban itu secara keseluruhan adalah
hujah yang mematahkan pendapat yang mengatakan bahawa tidak ada
satu dalil pun tentang fadhilah
malam Nisfu Sya'baan."8
Al-Hafiz al-Muhaddith asy-Syaikh Salim as-Sanhuri al-Maliki9
telah menulis risalah yang sangat berguna
dalam menerang dan membincangkan kelebihan malam ini dengan
judul Risalah al-Kasyf wa al-Bayan
5 Beliau ialah Imam Abu Nuaim Ahmad bin Abdullah bin Ahmad
al-Mihrani al-Ashbahani. Dilahirkan pada tahun 336H. Al-Hafiz,
Ath-Thiqah, Al-Allamah. Antara gurunya ialah guru kepada para
muhaddithin iaitu Imam Al-Ajurri. Meninggal pada tahun 425H. 6
Beliau ialah Muhammad bin Idris, dan digelar Abu Abdullah.
Dilahirkan di Gazza, selatan Palestin, pada tahun 150H. Pada
hari
kelahirannya, dua orang ulama besar telah meninggal dunia pada
hari yang sama iaitu Imam Abu Hanifah di Baghdad dan Imam Ibn
Juraij al-Makki, mufti Hijaz di Makkah. Ulama ahli firasat
mentafsirkan bahawa ia adalah tanda yang Imam Syafie akan
menggantikan tempat mereka dari segi kedalaman ilmu dan
ketokohannya. Imam Syafie berketurunan Rasulullah . Menghafaz
Al-Quran ketika berumur 7 tahun dan umur 11 tahun, sudah
menghafal kitab Al-Muwaththo. Diberi kepercayaan oleh gurunya
untuk berfatwa ketika berumur 15 tahun. Meninggal di Mesir pada
tahun 204H dalam usia 54 tahun, selepas menunaikan solat
Maghrib, malam Jumaat, akhir bulan Rejab dan dimakamkan pada
hari Jumaat. 7 Beliau ialah Syaikh Shafiy ar-Rahman Muhammad Abd
ar-Rahman bin Abd ar-Rahim al-Mubarakfuri, salah seorang ahli
hadith dan
ulama besar Islam dari India. Penulis kitab sirah terkenal
Ar-Rahiq al-Makhtum. Meninggal pada hari Jumaat, 1 Disember
2006,
selepas solat Jumaat di Mubarakfur, India. 8 ms. 74-77. 9 salah
seorang ulama besar Al-Azhar asy-Syarif pada kurun ke-8.
-
4
an Fadhail Lailah an-Nishf min Syaban10. Kitab ini kemudiannya
diterjemahkan oleh Syaikhuna, Syaikh
Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki11 dengan judul Kelebihan
Malam Nisfu Syaaban12.
Al-Allamah al-Imam al-Musnid, Syaikh Zahid al-Kauthari13 dalam
tulisannya Lailah an-Nishf min Syaban
mengatakan:
Malam Nisfu Syaaban adalah malam yang telah menjadi adat untuk
umat menghidupkannya
dengan rangkaian amalan dan memanjatkan doa kepada Yang
Mengabulkan segala hajat,
Jalla jalaluh, kerana terdapatnya athar yang warid tentang
kelebihannya. Ia juga
mengkhabarkan berita gembira kepada kita dengan dekatnya
ketibaan bulan puasa agar kita
bersedia menghadapinya.
Dan telah menulis Ahlil Ilm dulu dan sekarang tentang kelebihan
malam tersebut dalam
tulisan-tulisan mereka yang khusus umpamanya ditulis oleh
An-Najm al-Ghithi, Ibn Hajar al-
Makki, Ali al-Qari, Salim as-Sanhuri dan selain mereka dalam
risalah-risalah mereka yang
khusus dalam perbahasan ini. Dan antara yang paling bermanfaat
yang ditulis tentang
kelebihan malam-malam dan hari-hari yang barakah ialah kitab
Al-Lathoif (iaitu kitab
Lathoif al-Maarif) karangan Ibn Rajab al-Hanbali14 yang telah
dicetak dan beredar di
tangan-tangan pembaca.15
Al-Muhaddith al-Alim al-Allamah, al-Habib Sayyid Muhammad bin
Alawi al-Maliki16 juga telah menulis
karangan khusus mengenai kelebihan dan amalan bulan Syaban dalam
kitabnya Maza fi Syaban17.
Antara ulama dunia Melayu yang memperkatakan tentang kelebihan
Nisfu Syaban ini ialah Syaikh Wan
Ahmad al-Fathani18 dalam kitabnya Badai azh-Zhuhur, dan ramai
lagi.
10 Risalah al-Kasyf wa al-Bayan an Fadhail Lailah an-Nishf min
Syaban, tahqiq Al-Arif billah Syaikh Soleh al-Jaafari, Qahirah:
Dar Jawami al-Kalim, t.t. Asy-Syaikh Salim as-Sanhuri mengatakan
bahawa apa yang ditulisnya adalah ringkasan daripada kata-kata
dan pendapat syaikh mereka iaitu Syaikh al-Islam, Syaikh Najm
ad-Din al-Ghaithi. 11 Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin
ar-Rambawi al-Maliki, dilahirkan pada 29 Syaban 1394H bersamaan 16
September
1974M di Kampung Chenong, Rembau Negeri Sembilan. Graduan
lepasan Universiti Al-Azhar. Dalam usia 32 tahun, beliau telah
berjaya menghasilkan 115 buah kitab pelbagai disiplin ilmu
termasuk 12 kitab berbahasa Arab. Dilantik menjadi Ahli Majlis
Fatwa
Negeri Sembilan dan Ahli Majlis Agama Negeri Sembilan. Menerima
Anugerah Khas Maal Hijrah 1427 (2005) peringkat Negeri
Sembilan. Beliau aktif berdakwah sehingga kini. 12 Negeri
Sembilan: Abnak Production, Cetakan Pertama, 1423H/ 2002M. 13
Beliau ialah Muhammad Zahid ibn Al-Hasan al-Kauthari. Dilahirkan
pada tahun 1296H dan meninggal pada tahun 1371H (1296M)
pada usia 75 tahun. Dikebumikan di Syari al-Fakhr ar-Razi, di
hadapan Masjid al-Kahlawi. Seorang faqih Hanafi dan alim.
Syaikh
Islam paling akhir dalam pemerintahan Empayar Uthmaniyah.
Selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyah, beliau berpindah ke
Mesir,
kemudian ke Syam dan kemudiannya ke Mesir semula. Menulis
karangan-karangan yang bermutu dalam bidang feqah, hadith dan
ushul. 14 Beliau ialah Zain ad-Din, Abu al-Farj Abd ar-Rahman
ibn Ahmad ibn Abd ar-Rahman ibn al-Hasan ibn Muhammad ibn Abi
al-
Barakat Masud as-Sulami al-Baghdadi al-Hanbali. Dilahirkan di
kota Baghdad pada tahun 736H. Beliau telah menghasilkan kitab-
kitab yang bermutu tinggi dan menjadi rujukan kemudiannya.
Beliau meninggal pada malam Isnin bersamaan 4 Ramadan tahun
795H
dalam usia 59 tahun di Damsyik dan jenazahnya disemadikan di
Tanah Perkuburan Bab ash-Shaghir. 15 Lihat Lailah an-Nishf min
Syaban dalam Rasail Hammah wa Mabahith Qayyimah, ms. 513. 16
Al-Allamah al-Muhaddith al-Arif billah, Sayyid Muhammad bin Alawi
al-Maliki al-Hasani. Keluarga Maliki merupakan salah satu
keluarga yang paling dihormati di Makkah dan telah melahirkan
alim ulama besar di Makkah, yang telah mengajar di Makkah sejak
berkurun lama. Menghafaz Al-Quran ketika usianya 7 tahun dan
hafal Al-Muwattha pada usia 15 tahun. Pada usianya 25 tahun,
beliau meraih gelar doktor (Phd) dengan mumtaz (cemerlang) dalam
Ilmu Hadith di bawah bimbingan ulama besar Mesir, Prof. Dr.
Syaikh Muhammad Abu Zahrah. Beliau menguasai ilmu-ilmu yang
pelbagai di dalam Islam. Kitab-kitab karangannya mencecah
ratusan buah dalam bidang Aqidah, Tafsir, Hadith, Sirah, Feqah,
Ushul Feqah, Tasawwuf dan lain-lain. Beliau meninggal pada
Subuh
hari Jumaat, 15 Ramadhan 1425H di Makkah al-Mukarramah. 17
Mengenai doa yang selalu dibaca pada malam Nisfu Syaban, Sayyid
Muhammad mengatakan ialah adalah doa yang masyhur lagi
mujarrab yang sebahagian besarnya diambil dari doa yang
diriwayatkan daripada Sayyiduna Ibn Mas`ud sebagaimana
dikeluarkan
oleh Imam Ibn Abi Syaibah dalam Al-Mushannaf dan Imam Ibn Abi
ad-Dunya dalam Ad-Du`a.
-
5
Ibn Rajab al-Hanbali mengatakan di dalam kitabnya Lathoif
al-Maarif:
Maka bangunkan malam Nisfu Syaban dengan mendirikan solat
Semulia-mulia bulan Syaban ini terletak pada malam
pertengahannya
Berapa ramai pemuda yang tidur pada malam ini dengan aman
Sedangkan telah ditulis tentang kecelakaan baginya dalam
catatan
Maka, bersegeralah melakukan amal kebaikan sebelum sampai
kematiannya
Dan berjaga-jagalah dengan kejutan kematian padanya dengan
kekuasaanNya
Dan berpuasalah pada esok harinya kerana Allah dan
perbetulkanlah harapan kepadaNya
Agar kamu mendapat kurniaan kelembutanNya dariNya ketika berlaku
huru-hara19.
Pelbagai nama
Oleh kerana malam Nisfu Syaban mempunyai kelebihan yang banyak
dan mulia, ia mempunyai beberapa
nama termasuklah Lailah al-Mubarakah (malam yang berkat), Lailah
al-Qasamah wa at-Taqdir (malam
pembahagian qadha dan qadar), Lailah at-Takfir (malam
penghapusan dosa), Lailah al-Ijabah (malam
diperkenankan doa), Lailah al-Hayah (malam hidup iaitu hati
dihidupkan Allah agar tidak lupa
kepadaNya), Lailah asy-Syafaah (malam mendapat syafaat), Lailah
al-Baraah (malam perlepasan dari api
neraka), Lailah al-Barakah (malam penuh keberkatan), Lailah
at-Tazhim (malam keagungan), Lailah al-
Qadr (malam penentuan), Lailah al-Ghufran (malam pengampunan),
Lailah al-Itq min an-Nar (malam
perlepasan dari api neraka), Eid al-Malaikah (malam Hari Raya
kepada para malaikat)20 dan lain-lain.
Semua nama ini merujuk kepada kemuliaan yang ada pada malam
tersebut.
18 Beliau ialah Ahmad bin Muhammad bin Mushthafa bin Muhammad
al-Fathani, dilahirkan pada malam Jumaat, 5 Syaaban 1272H,
di Kampung Jambu, Jerim, Fathani. Ketika berumur 4 tahun,
mengikut ayah dan ibunya pindah ke Makkah. Seorang yang sangat
alim
dan menguasai pelbagai ilmu. Beliau menulis banyak kitab dalam
Bahasa Melayu (Jawi) dan Bahasa Arab. 19 ms. 136-137. 20 Lihat
nama-nama ini dalam Kelebihan Malam Nisfu Syaaban karangan Syaikh
Muhammad Fuad al-Maliki, ms. 3 21.
-
6
(c) Cara menghidupkannya
Di dalam kitab Lathoif al-Maarif disebutkan:
Dan diriwayatkan daripada Nauf al-Bakkali, sesungguhnya Ali21
telah keluar pada malam
Nisfu Syaaban. Maka banyak kali keluar pada malam itu, dia (Ali)
akan memandang ke arah
langit. Lalu dia berkata bahawasanya Nabi Daud telah keluar pada
suatu malam seperti pada
ketika ini lalu Baginda melihat ke langit. Dia pun berkata:
Sesungguhnya pada ketika ini,
tidaklah seorang itu berdoa kepada Allah, melainkan akan diberi
keampunan kepadanya.
Di kalangan Tabiin dari negara Syam seperti Khalid bin Madan22,
Makhul23, Luqman bin Amir
dan lain-lain, mereka membesar-besarkan malam ini dan
bersungguh-sungguh melakukan
ibadah di dalamnya. Daripada merekalah, orang ramai selepas itu
mengikut mereka kerana
ada kelebihan dan kebesaran malam ini.Antara yang setuju dengan
mereka dalam
membesarkan malam ini ialah sekumpulan ahli ibadah di
Bashrah.
Walau bagaimanapun, sebahagian besar ulama Hijaz mengingkarinya
termasuklah Atha dan
Ibn Abi Malikah. Abd ar-Rahman bin Zaid bin Aslam telah
menukilkannya dari fuqaha
Madinah. Itulah juga pendapat Ashab Imam Malik dan lain-lain dan
mereka mengatakan: Itu
semuanya bidah.
Ulama Syam khilaf dalam cara menghidupkannya atas dua cara:
1) Sunat menghidupkannya secara berjemaah (beramai-ramai) di
masjid. Adalah Khalid bin
Madan, Luqman bin Amir dan selain keduanya, mereka memakai
secantik-cantik pakaian pada
malam itu, berwangi-wangian, bercelak mata dan membesarkan malam
ini di masjid. Ishaq bin
Rahuyah24 juga bersetuju dengan cara mereka dan dia mengatakan:
Membangunkan malam
ini di masjid secara berjemaah, itu bukanlah bidah (dhalalah).
Ia dinukilkan oleh Harb al-
Kirmani di dalam Masailnya.
2) Makruh berkumpul di masjid untuk solat, bercerita kisah-kisah
dan berdoa. Tidak makruh
jika seseorang solat khas untuk dirinya sahaja. Inilah pendapat
Al-Auzai25, Imam penduduk
21 Beliau ialah Sayyiduna Ali bin Abi Thalib. Sepupu dan menantu
Nabi . Beliau meninggal pada pagi hari Jumaat, 17 Ramadhan
40H. 22 Beliau ialah Khalid bin Ma'dan bin Abu Kuraib al-Kala'i.
Meninggal pada tahun 103H. 23 Beliau ialah Makhul bin Abi Muslim.
Meninggal pada tahun 112H. 24 Beliau ialah Ishaq bin Ibrahim bin
Makhalad bin Ibrahim Abu Yaqub al-Hamdhali al-Marwazi. Dilahirkan
pada tahun 161H.
Sebahagian yang lain menyebutkan Ibn Rahuyah. Seorang Imam dan
Ulama yang sangat terkenal dan mempunyai kedudukan yang
tinggi dalam bidang hadith dan dalam bidang feqah. Meninggal
pada tahun 238H dalam usia 77 tahun. (Lihat Tarikh Baghdad, 6/
345). 25 Beliau ialah Abu Amr Abd ar-Rahman bin Amr asy-Syami
al-Auzai ad-Dimasyqi. Seorang faqih di Syam. Dilahirkan pada
tahun
88H di kota Balabek, Syria. Terkenal sebagai seorang tokoh
hadith dan feqah yang terkemuka pada zamannya. Para ulama
sepakat
bahawa Al-Auzai adalah seorang yang tinggi ilmunya dalam bidang
hadith dan feqah. Meninggal pada tahun 157H di Beirut. (Lihat
Tahzib al-Asma, 1/ 298).
-
7
Syam, yang paling faqih dan paling alim. Ini adalah pendapat
yang paling dekat kepada benar,
insyaAllah26
Solat
Mengenai mengkhususkan solat sunat pada malam Nisfu Syaban,
ulama khilaf tentangnya. Hujjah al-
Islam, Imam Al-Ghazzali27 adalah antara ulama yang
menthabitkannya28.
Walau bagaimanapun, mengerjakan solat sunat muthlaq atau solat
sunat Awwabin, boleh dilakukan pada
mana-mana malam sekalipun.
Berkenaan dengan qiamullail pada malam ini dengan mengerjakan
solat-solat sunat terutamanya solat
Sunat Tasbih, adalah sangat digalakkan oleh Syara.
Membaca Surah Yaasin
Bagi masyarakat Melayu, apa yang menjadi kebiasaan ialah pada
malam itu akan dibaca Surah Yasin 3 kali
dengan niat pada bacaan yang pertama, minta dipanjang umur dalam
kebaikan, yang kedua dengan niat
menolakkan bala dan yang ketiga dengan niat agar sentiasa merasa
cukup dan tidak meminta-minta dari
manusia. Ia juga disebut di dalam kitab-kitab karangan ulama
mutabar. Ia adalah amalan yang baik sekali.
Tidak ada satu dalil pun yang mengharamkannya. Malah, terlalu
banyak hadith yang menerangkan pahala
membaca Al-Quran dan Surah Yasin adalah termasuk dari
surah-surah di dalam Al-Quran. Membaca
Yasin sebelum berdoa juga adalah termasuk dalam bab bertawassul
dengan amal soleh sebelum berdoa,
dan tawassul dengan amal soleh ini, tidak ada seorang pun yang
membantahnya.
Niat sebelum membaca Surah Yasin bertujuan supaya lebih tawajjuh
(benar-benar menumpukan hati)
kepada hajat ketika membacanya. Tidak ada dalil yang
mengharamkannya.
Doa
Memperbanyakkan doa kepada Allah adalah suatu suruhan kerana ia
memberi pengertian perlu dan
berhajatnya hamba kepada Penciptanya dalam semua hal. Doa adalah
tanda tadharru (merendah diri)
seorang hamba kepada Allah. Allah sangat menyukai sifat
kehambaan dari hambaNya.
Tanbih
Bagi orang yang selalu membantah amalan pada malam Nisfu Syaban
ini, mereka selalu berdalilkan
pendapat Syaikh Ibn Taimiyyah29. Jika diteliti, Syaikh Ibn
Taimiyyah sendiri membolehkan pengkhususan
amalan pada malam Nisfu Syaban ini malah memujinya.
26 ms. 135-136. Imam Al-Qasthillani juga menyebutkan perkara ini
dalam kitabnya Al-Mawahib al-Ladunniyah. 27 Ihya Ulum ad-Din,
1/276. Beliau ialah Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad ibn Muhammad
ibn Ahmad al-Ghazzali.
Dilahirkan pada tahun 450H di desa Ghazalah, di pinggir kota Tus
(bahagian timur laut negara Iran sekarang). Seorang ilmuwan
besar
Islam, seorang wali Allah yang besar dan lebih dikenali umum
sebagai seorang tokoh pemikir Islam serta dianggap sebagai Al-
Mujaddid untuk kurunnya. Meninggal pada tahun 505H. 28 Lihat
Ihya Ulum ad-Din, 1/209-210. Imam Al-Ghazzali mengatakan solat pada
malam Nisfu Syaban 100 rakaat. Setiap dua
rakaat, salam. Pada setiap rakaat dibaca Surah Al-Ikhlas 11 kali
selepas Al-Fatihah. Boleh juga sembahyang dengan 10 rakaat,
tetapi
bacaan Surah Al-Ikhlas ialah 100 kali. Imam Al-Ghazzali
mengatakan sembahyang cara ini ada dilakukan oleh ulama Salaf
dan
mereka menamakannya dengan Solat al-Khair (sembahyang yang
mempunyai banyak kebaikan). Kadang-kadang mereka mendirikan
solat ini secara berjemaah. 29 Beliau ialah Taqiy ad-Din Abu
al-Abbas Ahmad Bin Abd al-Halim al-Harani. Dilahirkan di Harranpada
hari Isnin, 10 Rabiul Awal
tahun 661H. Kitab Majmu al-Fatawa adalah himpunan perbahasan dan
risalah beliau. Beliau meninggal pada 20 Zulhijjah tahun
728H, dan dimakamkan pada waktu Asar di sebelah kubur saudaranya
Syaikh Jamal al-Islam Syarafuddin.
-
8
Lihatlah di dalam tulisan-tulisan beliau umpamanya dalam Majmu
Fatawa beliau menulis maksudnya:
"Berkenaan malam Nisfu Sya'ban maka telah diriwayatkan mengenai
kemuliaan dan kelebihan Nisfu
Sya'ban dengan hadith-hadith dan athar, dinukilkan dari golongan
Salaf bahawa mereka menunaikan solat
khas pada malam Nisfu Sya'ban, solatnya seseorang pada malam itu
secara berseorangan sebenarnya
telahpun dilakukan oleh ulama Salaf dan dalam perkara tersebut
terdapat hujah, maka jangan diingkari,
manakala solat secara jemaah (pada malam Nisfu Sya'ban) adalah
dibina atas hujah kaedah am pada
berkumpulnya manusia dalam melakukan amalan ketaatan dan
ibadat.. 30
(B) AMALAN
Setelah selesai sembahyang Maghrib, hendaklah membaca Surah
Yaasin sama ada secara berjemaah atau
bersendirian sebanyak 3 kali dengan niat:
i- Bacaan pertama: mohon kepada Allah moga dipanjangkan umurnya
dalam mentaati Allah
ii- Bacaan kedua: mohon kepada Allah moga diluaskan rezeki yang
halal dan
iii- Bacaan ketiga: mohon kepada Allah moga dimatikan dalam
keadaan beriman (husnul
khatimah).
Setiap kali selepas membaca Surah Yaasin, bolehlah berdoa dengan
doa-doa berikut:
(1)
(Doa ini adalah mathur dan masyhur. Daripada Ibn Masud
berkata:
Tidaklah seorang hamba yang berdoa dengan doa ini, melainkan
akan diluaskan kehidupannya.
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam Mushannaf al-Hadith
wa al-Athar, 7/85, Ibn Abi ad-Dunya
dalam Ad-Dua dan diriwayatkan oleh Ibn Umar).
30 24/132. Rujuk juga tulisan-tulisannya yang lain untuk
mengetahui hakikat tersebut umpamanya dalam Majmu Fatawa, 24/31
dan
Iqtida ash-Shirat al-Mustaqim, ms. 266.
-
9
(2)
Sangat baik membaca doa ini sebagai tambahan oleh Syaikh Ma
al-Ainain dalam Nat al-Bidayah:
(3)
Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad menambah lagi dengan:
(4)
Imam Ad-Dairabi menyebutkan di dalam Mujarabatnya agar dibaca
bacaan di bawah ini dan bacaan no
(1) dan (2) sebanyak 10 kali:
(Tambahan ini juga boleh dilihat di dalam kitab Badai az-Zuhur
(Segugus Bunga Nan Indah), Al-Alim al-
Allamah az-Zaki, Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani,
ms. 68).
(5)
Seterusnya membaca doa Syaikh Abdul Qadir al-Jilani:
-
10
.
(6)
Kemudian, bacalah doa Nabi Adam :
(Imam Al-Azraqi meriwayatkan dengan sanadnya, bahawa ketika
diturunkan dari syurga, Nabi Adam
telah melakukan tawaf 7 kali di sekeliling Kabah. Baginda
kemudiannya bersembahyang 2 rakaat
mengadap Kabah. Selepas itu, Baginda pergi ke Multazam dan
berdoa dengan doa ini. Lalu Allah
mewahyukan kepada Nabi Adam : Wahai Adam, sesungguhnya engkau
telah berdoa kepadaKu dengan
doa-doa dan Aku telah memperkenankannya. Tidaklah berdoa
seseorang dari kalangan anak cucumu
dengannya, melainkan Aku hapuskan keresahan dan kesusahannya.
Aku tahan daripadanya barangnya yang
hilang. Aku cabutkan kefaqiran dari hatinya. Aku jadikan
kekayaan di antara dua matanya. Aku kurniakan
kepadanya keuntungan setiap orang yang berniaga dan datang dunia
kepadanya dalam keadaan terpaksa,
sekalipun dia tidak mahu kepada dunia tersebut. Rujuk Tarikh
Makkah, Abu Walid al-Azraqi, 2/370 dan
Fi Rihab al-Bait al-Haram, Al-Muhaddith Sayyid Muhammad ibn
Alawi al-Maliki, ms. 52. Sayyid
Muhammad al-Maliki mengatakan: Sanad hadith ini baik.)
(7)
Al-Allamah Al-Wannaie berkata: Sebaik-baik doa yang diamalkan
pada malam ini (malam Nisfu Syaban)
ialah:
Doa ini juga sangat bagus diamalkan pada malam-malam di bulan
Ramadhan dan lainnya.
(8)
Antara doa lain yang boleh dibaca pada malam ini:
-
11
(9)
Pada malam ini, adalah sangat baik memperbanyakkan beristighfar
dan bertaubat dari segala dosa-dosa
besar dan kecil, dan memohon kepada Allah agar diampunkan
dosa-dosa ibubapa dan keluarga kita.
Adalah amat baik sekali dibacakan Sayyidul Istighfar (Penghulu
Istighfar):
(Rasulullah bersabda: Sesiapa yang membacanya dalam keadaan
yakin pada waktu petang, lalu
meninggal dunia pada malamnya, maka dia akan dimasukkan ke dalam
syurga. Sesiapa yang membacanya
dalam keadaan yakin ketika Subuh, lalu meninggal dunia pada hari
tersebut, maka dia akan dimasukkan ke
dalam syurga. Riwayat Al-Bukhari)
(10)
Boleh juga dibaca:
Solat
Hendaklah mengerjakan Solat Tasbih.
Imam Al-Ghazzali mengatakan solat pada malam Nisfu Syaban 100
rakaat. Setiap dua rakaat, salam. Pada
setiap rakaat dibaca Surah Al-Ikhlas 11 kali selepas Al-Fatihah.
Boleh juga sembahyang dengan 10 rakaat,
tetapi bacaan Surah Al-Ikhlas ialah 100 kali. Imam Al-Ghazzali
mengatakan sembahyang cara ini ada
dilakukan oleh ulama Salaf dan mereka menamakannya dengan Solat
al-Khair (sembahyang yang
mempunyai banyak kebaikan). Kadang-kadang mereka mendirikan
solat ini secara berjemaah. (Lihat Ihya
Ulum ad-Din, 1/209-210. Lihat juga pandangan yang sama oleh Tok
Kelaba al-Fathani dalam Amalan
Pelbagai Shalat Sunat: Amalan Bulan Rejab dan Syaban (Bahagian
Ketiga), Syaikhuna, Syaikh Haji
-
12
Wan Mohd. Shaghir Abdullah, Kuala Lumpur: Persatuan Pengkajian
Khazanah Klasik Nusantara &
Khazanah Fathaniyah, 1425H/2004M, ms. 18-19)
Faedah:
Hendaklah diingatkan bahawa sembahyang yang disebutkan oleh Imam
Al-Ghazzali dan para Aimmah
yang lain yang berthabit pada malam Nisfu Syaban ini, adalah
termasuk di dalam Solat Sunat Mutlaq. Ia
berkaitan dengan persoalan niat dalam sembahyang yang melibatkan
Qashad, Taarrudh dan Tayin.
Rujuklah kepada para Ahlil Ilmi untuk mengetahuinya secara
tahqiq, waffaqanallah.
Umum
Pada malam ini, sangat dianjurkan berdoa dan munajat,
bersembahyang sunat, membaca Al-Quran,
bersedekah, berzikir, menghadiri majlis ilmu dan mana-mana
amalan hasanat (kebaikan) untuk
mentaqarrubkan diri kepada Allah .
Kesimpulan:
Al-Faqir nukilkan di sini fatwa Al-Alim al-Allamah al-Faqih,
Prof. Dr Ali Jumah, Mufti Besar Negara Mesir
tentang amalan pada malam Nisfu Syaban ini. Semoga Allah
mengganjari Al-Fadhil Ustaz Shahrul Rizal
(Ibnu Juhan Al-Tantawi) di atas terjemahan beliau ke atas fatwa
Fadhilatusy Syaikh Dr. Ali Jumah ini.
Soalan :
Apa hukum melakukan solat dan doa pada malam nisfu Syaban
seterusnya berpuasa
pada siang harinya?
Jawapan :
Malam nisfu Syaban merupakan malam yang barakah. Terdapat
sebilangan besar dalil
yang menyebut tentang kelebihan malam nisfu Syaban daripada
hadis-hadis (nabi
S.A.W) yang saling menguatkan antara satu sama lain serta
mengangkat (hadis-hadis
tersebut) ke darjat Hadis Hasan dan Kuat (dari segi
hukumnya).
Maka mengambil berat terhadap malam nisfu Syaban serta
menghidupkan malamnya
adalah sebahagian daripada agama yang tiada keraguan padanya.
Adapun keraguan yang
timbul adalah disebabkan pandangan terhadap hadis-hadis yang
barangkali hukumnya
Dhaif yang menceritakan tentang kelebihan malam tersebut.
Antara hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihannya :
-
13
Hadis daripada Ummul Mukminin Sayidatina Aisyah R.A telah
berkata : Aku telah
kehilangan nabi S.A.W pada suatu malam, maka aku telah keluar
untuk mendapatinya
maka baginda berada (sedang berdiri di kawasan perkuburan) Baqi
sambil
mendongakkan kepalanya ke langit.lalu baginda berkata : Wahai
Aisyah, adakah kamu
takut Allah dan Rasulnya melakukan kezaliman ke atas kamu?
Berkata Aisyah : Bukan
demikian sangkaanku tetapi aku menjangkakan kamu telah pergi
kepada sebahagian
daripada isteri-isteri kamu (atas perkara-perkara yang mustahak
lalu aku ingin
mendapat kepastian). Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya Allah
Taala telah turunkan
(malaikatNya dengan perintahNya) pada malam nisfu Syaban ke
langit dunia, lalu Allah
mengampunkan dosa-doa (yang dilakukan oleh hambaNya) lebih
banyak daripada
bilangan bulu-bulu yang terdapat pada kambing-kambing peliharaan
(bani) Kalb.
-Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad.
Seterusnya,
.
Hadis daripada Saidina Muadz ibnu Jabal R.A bahawa nabi S.A.W
telah bersabda : Allah
memandang pada kesemua makhluk ciptaanNya pada malam nisfu
Syaban, lalu Allah
mengampunkan dosa-dosa kesemua makhlukNya melainkan dosa orang
musyrik (yang
menyekutukan Allah) dan dosa orang yang bermusuhan.
-Riwayat Al-Tobrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban.
Seterusnya,
.
Hadis daripada Saidina Ali R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah
bersabda : Apabila
masuk malam nisfu Syaban, maka hendaklah kamu bangun pada
malamnya dan
-
14
berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Taala menurunkan
malaikatnya ke
langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu
Allah berkata : Sesiapa
yang memohon keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan
baginya, Sesiapa
yang memohon rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki,
Sesiapa yang
ditimpa musibah maka Aku akan melepaskannya, sesiapa yang
demikiansesiapa yang
demikian sehinggalah terbitnya fajar.
-Riwayat Ibnu Majah.
Tidaklah mengapa seandainya membaca surah Yasin sebanyak 3 kali
selepas solat
maghrib secara terang-terangan dan beramai-ramai. Hal ini kerana
termasuk dalam
perkara menghidupkan malam tersebut dan perkara berkaitan dengan
zikir ruangannya
adalah luas. Adapun mengkhususkan sebahagian daripada tempat dan
waktu untuk
melakukan sebahagian daripada amalan soleh secara berterusan
adalah termasuk dalam
perkara yang disyariatkan selagi mana seseorang yang melakukan
amalan tersebut tidak
beritiqod (menjadikannya sebagai pegangan) ; bahawa perkara
tersebut adalah wajib di
sisi syara yang membawa hukum berdosa sekiranya
meninggalkannya.
Hadis daripada Ibnu Umar R.A telah berkata : Nabi S.A.W akan
mendatangi masjid Quba
pada setiap hari Sabtu samada dengan berjalan ataupun menaiki
tunggangan.
-Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.
Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitabnya (Fathul Bari)
:
Di dalam hadis ini walaupun berbeza jalan-jalan pengriwayatannya
menunjukkan
kepada (hukum) harus mengkhususkan sebahagian hari-hari untuk
melakukan
sebahagian daripada amalan-amalan soleh serta melakukannya
secara berterusan.
-tamat
Berkata Ibnu Rajab Al-Hanbali di dalam kitabnya (Lathoif
Al-Maarif) :
Ulama di Syam telah berselisih pandangan dalam menyifatkan cara
untuk
menghidupkan malam nisfu Syaban kepada dua pandangan.
Pertamanya :
Adalah disunatkan menghidupkan malamnya secara berjamaah di
masjid.
Khalid ibn Madan dan Luqman ibn Amir dan selain daripada mereka
telah memakai
sebaik-baik pakaian, dan mengenakan wangian serta mengenakan
celak pada mata serta
mendirikan malamnya dengan ibadah.
-
15
Dan Ishaq ibn Rahuyah bersepakat dengan pandangan mereka
terhadap perkara
tersebut dan berkata dalam masalah mendirikan malamnya dengan
ibadah di masjid
secara berjamaah : Perkara tersebut tidaklah menjadi bidah.
Kalam ini dinukilkan oleh
Harb Al-Kirmani di dalam kitab Masail nya.
Keduanya :
Sifatnya adalah makruh penghimpunan pada malamnya di masjid
untuk melakukan solat
serta bercerita dan berdoa. Dan tidak makruh sekiranya seseorang
itu melakukan solat
secara bersendirian. Ini adalah pandangan Al-Auzaie Imam Ahli
Syam dan Ahli Faqeh
dan Alim. tamat
Kesimpulannya :
Maka menghidupkan malam nisfu Syaban sama ada secara berjamaah
ataupun secara
bersendirian sebagaimana sifat yang masyhur dikalangan orang
ramai dan selainnya
adalah perkara yang disyariatkan dan tidaklah menjadi bidah dan
tidaklah menjadi
makruh dengan syarat tidak menjadikan amalan tersebut sebagai
suatu kemestian dan
kewajipan.
Sekiranya amalan tersebut diwajibkan ke atas orang lain serta
menghukum kepada
mereka yang tidak mengikutinya dengan hukum berdosa maka
menghukumkan dengan
hukum dosa itu yang menjadi bidah kerana mewajibkan sesuatu yang
tidak diwajibkan
oleh Allah dan RasulNya S.A.W. Inilah makna yang menjadikannya
makruh sebagaimana
pandangan para salafussoleh terhadap hukum makruh dalam
menghidupkan malam
nisfu Syaban. Adapun menghidupkan malamnya sebagaimana hakikat
asalnya maka
perkara tersebut adalah disyariatkan dan tidaklah menjadi
makruh.
Sumber :
Majalah Minbar Al-Islam, keluaran tahun ke-(68), bil (8) Syaban
1430, m/s 136.
(lihat terjemah ini di
http://syeikh-husna.blogspot.com/2010/07/hukum-solat-dan-
doa-pada-malam-nisfu.html)
-
16
Rujukan:
Bahasa Arab:
1. Lathoif al-Maarif fi ma li Mawasim al-Am min al-Wazhaif,
Al-Imam Al-Hafiz Zain ad-Din bin
Rajab al-Hanbali, taliq Muhammad al-Iskandarani, Beirut: Dar
al-Kitab al-Arabi, Cetakan Kedua,
1416H/ 1996M.
2. Majmu Fatawa, Syaikh Ibn Taimiyyah.
3. Maza fi Syaban, Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki.
4. Rasail Hammah wa Mabahith Qayyimah, Syaikh Muhammad Nuruddin
Marbu al-Banjari al-
Makki, Bogor: Mahad az-Zain al-Makki al-Ali li at-Tafaqquh fi
ad-Din, Cetakan Pertama,
1428H/2007M
5. Risalah al-Kasyf wa al-Bayan an Fadhail Lailah an-Nishf min
Syaban, tahqiq Al-Arif billah
Syaikh Soleh al-Jaafari, Qahirah: Dar Jawami al-Kalim, t.t.
Bahasa Melayu:
1. Doa Malam Nisfu Syaaban, Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi
al-Maliki al-Hasani, terjemahan
Syaikh Muhammad Fuad al-Maliki, Cetakan Pertama, 1426H/ 2005M,
Negeri Sembilan: Sofa
Production.
2. Al-Bidah fi al-Mafhum al-Islami ad-Daqiq (Salah Faham
Terhadap Bidah), Dr. Abd al-Malik
bin Abd ar-Rahman as-Saadi, terjemahan Muhammad Fadhli bin
Ismail, Kuala Lumpur: Darul
Numan, Cetakan Pertama, 2002M.
3. Kelebihan Malam Nisfu Syaaban, Syaikh Muhammad Fuad
al-Maliki, Negeri Sembilan: Abnak
Production, Cetakan Pertama, 1423H/ 2002M.
Internet:
http://syeikh-husna.blogspot.com/2010/07/hukum-solat-dan-doa-pada-malam-nisfu.html)
Amalan berupa bacaan-bacaan dan doa-doa yang diamalkan pada
malam Nisfu Syaban ini
dinukilkan dari kitab-kitab berikut:
Bahasa Arab:
1. Kanz an-Najah wa as-Surur fi al-Adiyah allati Tasyrah
ash-Shudur, Syaikh Abdul Hamid bin
Syaikh Muhammad Ali Quds (guru di Masjidil Haram).
2. Min Fadhail asy-Syuhur al-Hijriyyah: Ayyamuha wa Layaliha,
Kamiliya Muhammad Ukasyah,
Dar Jawami al-Kalim, ms. 59-60.
-
17
Kitab Jawi:
1. Majmuah Musammah bi Tuhfah al-Awthon wa al-Ikhwan fi Zikr
Badh al-Azkar wa al-
Awrad wa al-Adiyah allati tataallaqu bi al-Awqat wa al-Azman,
Al-Arif billah, Syaikh Ahmad
bin Muhammad Said bin Jamaluddin al-Linggi al-Malayuwi, Cetakan
Kedua dengan kebenaran
Kerajaan Negeri Sembilan (N.S.1135/49), ms. 77-82.
Bahasa Melayu:
2. Amalan Pelbagai Shalat Sunat: Amalan Bulan Rejab dan Syaban
(Bahagian Ketiga),
Syaikhuna, Syaikh Haji Wan Mohd. Shaghir Abdullah, Kuala Lumpur:
Persatuan Pengkajian
Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah Fathaniyah,
1425H/2004M, ms. 18-19.
3. Amaliah Nishfu Syaban: Meraih Anugerah Malam Berkah, Bonus
Majalah al-Kisah, Edisi
17/2008, ms. 5-32.
4. Badai az-Zuhur (Segugus Bunga Nan Indah), Al-Alim al-Allamah
az-Zaki, Syeikh Wan Ahmad
bin Muhammad Zain al-Fathani, dikumpul oleh Syaikhuna, Syaikh
Haji Wan Mohd. Shaghir
Abdullah, Kuala Lumpur: Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik
Nusantara & Khazanah
Fathaniyah, Jilid Kedua, 1997M, ms. 68-71.
5. Doa Bulan Syaban: Meraih Ijabah di Bulan Berkah, Bonus
Majalah al-Kisah, Edisi 17/2007,
ms. 13-32.
6. Doa Malam Nisfu Syaaban, Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi
al-Maliki al-Hasani, terjemahan
Syaikh Muhammad Fuad al-Maliki, Cetakan Pertama, 1426H/ 2005M,
Negeri Sembilan: Sofa
Production, 21-78.
7. Himpunan Doa dan Wirid Istimewa, Dr. Muhammed Hussein,
Djakarta: PT. Dundia Pustaka
Jaya, Cetakan Ketujuh, 1982, ms. 57-59.
8. Kelebihan Malam Nisfu Syaaban, Syaikh Muhammad Fuad
al-Maliki, Negeri Sembilan: Abnak
Production, Cetakan Pertama, 1423H/ 2002M, ms. 68-73.
* dipersilakan untuk disebarkan dengan niat memanjangkan amalan
dan mentamimkan manfaat dengan menyebut sumber
rujukan demi keberkatan ilmu. Bacalah dahulu Surah Al-Fatihah
sekali untuk Rasulullah dan ahli baitih, para sahabat,
tabiin dan tabiin, kepada seluruh Auliyaillah, para ulama,
fuqaha dan muhaddithin, juga kepada semua pengarang kitab dan
kutaib yang Al-Faqir jadikan sebagai sumber ambilan dan rujukan
dalam menyusun amalan ini, wa bil khushush kepada para
masyaikh yang mengajar ilmu dan amalan kepada
kita..AL-FATIHAH.
* Sebahagian bacaan tidak sempat dibariskan. Rujuklah kepada
orang yang ahli untuk memastikan baris yang betul, agar betul
pula makna dan tujuannya.
Disusun oleh:
Yang hina dan berdosa yang mengharapkan keampunan Allah Yang
Mulia
Muhadir bin Haji Joll
6.47 malam, 14 Syaban 1432H/ 16 Julai 2011M
[email protected]