PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2013-2025)
PPPM: 11/09/20123 OBJEKTIF PPPM (2013-2025)
1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan
Malaysia berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan,
meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian
(ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta
memaksimumkan keberkesanan sistem.
2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem
pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga
tahun 2025.
3. Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk
sistem pendidikan, termasuk perubahan utama dalam Kementerian
Pelajaran Malaysia, yang membolehkan sistem ini memenuhi permintaan
baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong transformasi
perkhidmatan awam.
3 GELOMBANG PPPM (2013-2025)
Gelombang Pertama (2013 hingga 2015),
Menambah baik kualiti pendidikan negara supaya setanding dengan
pencapaian purata global.
Tiga bidang tumpuan:
1- menambah baik pengajaran di bilik darjah
2- meningkatkan kepimpinan kementerian dan sekolah
3-meningkatkan kecekapan guru bahasa Inggeris
Ketiga-tiganya merupakan pemacu utama bagi menambah baik kualiti
guru dan pengetua atau kerana keperluan bagi keseluruhan aspirasi
ekonomi negara (bahasa Inggeris).
Inisiatif yang memberikan tumpuan kepada isu lain seperti
penambahbaikan kurikulum dan peningkatan infrastruktur.
Gelombang Kedua (2016-2020),
Melaksanakan perubahan dari segi struktur untuk mempercepat
langkah perubahan dengan perancangan bagi semua inisiatif akan
bermula semasa gelombang pertama.
1- Menggerakkan semua 410,000 orang guru dan 10,000 pengetua
atau guru besar kepada pakej kerjaya baru
2- Menstruktur dan menjajarkan pejabat Persekutuan, negeri serta
daerah terhadap fungsi baru.
Ini bagi membolehkan pejabat berkenaan membantu sekolah dan
memperkenalkan kurikulum sekolah menengah yang baru dan kurikulum
sekolah rendah yang disemak dalam menangani isu mengenai
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk berkembang
maju di persekitaran ekonomi global masa kini.
Gelombang Ketiga (2021-2025),
Semua sekolah, guru dan pengetua seharusnya menunjukkan prestasi
yang lebih tinggi daripada standard minimum.
1- Menumpukan perhatian kepada peningkatan keluwesan operasi
untuk menyemai budaya pemimpin rakan sebaya ke arah kecemerlangan
profesional.
2- Menggerakkan kebanyakan sekolah ke arah model pengurusan
berasaskan sekolah dan menambah model inovasi pengajaran yang
berjaya.
Matlamatnya adalah untuk membentuk suatu sistem tadbir urus
kendiri yang mampu membuat pembaharuan dan membawa pencapaian ke
tahap lebih tinggi.
3 FASA PPPM (2013-2025)Fasa 1 melibatkan kajian semula dan
diagnostik menyeluruh tentang
sistem pendidikan. Fasa ini bermula dengan penilaian
terperinci
prestasi sistem pendidikan Malaysia, memberi tumpuan
terhadap
keberhasilan murid, mentaksir punca sebenar dan penggerak
utama
pencapaian tahap prestasi masa kini, di samping mengenal
pasti
kecemerlangan yang terdapat dalam sistem pendidikan sebagai
model
untuk diikuti dan dicontohi
Fasa 2 memberikan tumpuan kepada penyediaan laporan awal
Pelan
Pembangunan Pendidikan dengan menggunakan dapatan dalam
Fasa 1 untuk mengenal pasti bidang keutamaan dan
memperincikan
program transformasi yang komprehensif tentang dasar dan
inisiatif
yang akan dilaksanakan bagi tempoh 13 tahun yang akan datang
antara tahun 2013 hingga 2025. Fasa ini merangkumi maklum
balas
yang dijana daripada Dialog Nasional Pendidikan Negara dan
Makmal
Pendidikan GTP2.0
Fasa 3 akan memberikan tumpuan untuk menyiapkan Pelan
Pembangunan Pendidikan. Fasa ini akan lebih melibatkan
rundingan
dan pelibatan dengan guru, ibu bapa, murid dan pihak
berkepentingan
yang lain bagi mendapatkan maklum balas tentang laporan awal
Pelan Pembangunan Pendidikan. Maklum balas ini akan dimasukkan
dalam laporan akhir Pelan Pembangunan Pendidikan.11 ANJAKAN PPPM
(2013-2025)
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti
bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan
bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap
sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian
khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di
Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian
pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta
secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.
5 ASPIRASI PENDIDIKAN
6 ASPIRASI MURID