RINGKASAN PENDIDIKAN KHAS
1. LATAR BELAKANG PENDIDIKAN KHAS1.0 KONSEPPendidikan Khas boleh
dimaksudkan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk
memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan
atau kurang upaya. Pendidikan Khas juga merangkumi aspek-aspek
pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani dan juga pendidikan
yang berteraskan rumah, hospital, dan institusi. Kurikulum untuk
Pendidikan Khas ini juga sebahagian daripada kurikulum biasa yang
diubah suai dengan tujuan memenuhi keperluan-keperluan khas bagi
memenuhi keperluan-keperluan khas bagi mired-murid yang mengalami
pelbagai jenis kecacatan atau kurang upaya.1.1 FALSAFAH PENDIDIKAN
NEGARAPendidikan di Malaysia adalah usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insane yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohanu, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara. 1.2 FALSAFAH PENDIDIKAN KHASMenyediakan
perkembangan optimium kanak-kanak dengan keperluan-keprluan
pendidikan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang
berkemahiran, berdikari, berhaluan , boleh merancang, mengurus
kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi diri sendiri dan boleh
menyesuaikan diri dalam masyarakat.1.3 OBJEKTIFObjektif Pendidikan
Khas di Malaysia ialah untuk memberi kesinambungan program yang
bermutu bagi memenuhi keperluan dan kebolehan khusus kepada
kanak-kanak berkeperluan khas dalam persekitaran biasa. Selain itu,
usaha-usaha berkaitan dengan rancangan khas serta tanggungjawab
untuk meningkatkan aspek perkembangan kanak-kanak dan semua usaha
berkaitan dengan keperluan kanak-kanak khas dan tanggungjawab
adalah berlandaskan kepada matlamat dan objektif pendidikan biasa
yang telah ditentukan oleh Kementerian Pelajaran dan sistem
persekolahan. Selain itu, hal ini juga bermatlamatkan untuk
menyeimbangkan peluang-peluang pendidikan antara murid-murid khas
dengan murid-murid normal dalam pelbagai aspek seperti pembangunan
fizikal, pembelian peralatan khas, perkhidmatan khidmat sokongan
kakitangan bukan guru , peluang-peluang kenaikan seperti pangkat,
juru teknik audiologi pendidikan ( educational speech therapist ),
otientasi dan mobility pendidikan ( Orientation and Mobility
Instructor ), dan psikologi pendidikan ( eduicational psychologist
), dan sebagainya merupakan Objektif Pendidikan Khas 1.4
VISIMenyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid
dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan
hasrat falsafah pendidikan negara.1.5 MISIMenyediakan pendidikan
yang berkualiti, bermutu, kepada pelajar berkeperluan khas untuk
menjadikan mereka insan yang dapat berdikari,berjaya dalam hidup
dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara. 1.6
DEFINISI PENDIDIKAN KHASTerdapat pelbagai definisi tentang
Pendidikan Khas. Contohnya seperti Sang ( 2000 ) menyatakan bahawa
Pendidikan Khas ialah Pendidikan yang disediakan untuk murid-murid
yang menghadapi masalah pembelajaran kerana masalah penglihatan,
pertuturan, dan pendengaran serta masalah dalam pembelajaran
ataupun murid-murid yang pintar cerdas yang memerlukan pendidikan
yang lebih mencabar. Berlainan pula dengan pendefinisian oleh
Jabatan Pendidikan Johor ( 1998 ) yang menyatakan Pendidikan Khas
ialah golongan mereka yang berkeperluan khas dengan memberi
penekanan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan
individu murid dan pelajar terhadap penguasaan dan pencapaian dalam
kemahiran-kemahiran pengembangan ( developmental skills
)Kementerian Pelajaran mula memperkenalkan Pendidikan Khas bagi
murid-murid bermasalah penglihatan dan pendengaran serta bermasalah
pembelajaran mulai bulan Julai, 1962. di bawah rancangan
percantuman dengan pendekatan Pendidikan Inklusif, iaitu
murid-murid bermasalah pembelajaran belajar bersama-sama murid
normal di dalam kelas yang sama. Mereka di ajar oleh guru yang sama
tetapi dibantu oleh guru sumber yang terlatih dalam program
Pendidikan Khas.1.7 KATEGORI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
Bermasalah pendengaran ( hearing impairment ) Bermasalah
penglihatan ( visual impairment ) Bermasalah pembelajaran (
learning disabililities ) Bermasalah kerencatan akal ( mental
Retadation ) Bermasalah tingkah laku dan emosi ( behavior disorders
& emotional disturbance ) Bermasalah pertuturan atau bahasa (
speech or language impairment ) Pintar cerdas ( gifted and talented
) Bermasalah fizikal ( physical disabilities ) Bermasalah kesihatan
( health impairment ) Masalah bergabung ( multiple problem )Dalam
konteks Malaysia, kanak-kanak berkeperluan khas memberi definisi
yang menekankan kepada kebolehan, kefungsian , kemahiran,
perkembangan, penguasaan, dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam
kemahiran-kemahiran pengembangan ( developmental skills ).
Pendekatan baru menolak pendekatan tradisi yang menekankan
kecacatan dan ketidakbolehan ( medical deficit model ). Penguasaan
dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran tersebut berdasarkan
kepada peringkat-peringkat kebolehan seseorang murid dengan dengan
keperluan-keperluan khas adalah seperti kebolehan kognitif,
perkembangan tingkah laku sosial, penguasaan bahasa dan lisan,
penguasaan membaca, kemahiran matematik, kemahiran pertumbuhan asas
manusia, kemahiran berdikari, kemahiran keusahawanan, kebolehan
penglihatan dan kebolehan pendengaran.2. DEFINASI TAJUK2.0
ORTHOPEDIC IMPAIRMENTSOrthopedic impairments ialah masalah
ketidakupayaan motor yang disebabkan oleh penyakit atau kerosakan
termasuk cerebral palsy, spina bifida, atau kecederaan disebabkan
oleh kecederaan trauma . hal ini menyebabkan kanak-kanak tersebut
memerlukan perhatian pakar dan perkhidmatan sokongan untuk faedah
dari program pembelajaran. Antara penyebab kepada masalah othopedik
impairment ini ialah : Disfungsi sistem saraf Strok Epilepsi
Penyakit kardiovaskular Penyakit jantung koronari Arteri Reumatisme
Kencing manis DllCara lain untuk memeriksa kanak-kanak yang
mempunyai orthopedic impairments ialah melalui pembahagian masalah
ini kepada :a) Neuromotor impairment ( cerebral palsy, spina
bifida, dan kecederaan tulang belakang )b) Degeranerative disease (
distropi otot )c) Ortophedic & musculouskeletal disorders (
kecacatan kaki dan tangan )Orthopedic impairments boleh memberi
kesan kepada keupayaan murid-murid di sekolah. Hal ini boleh
dibahagi kepada beberapa kategori dan memberi kesan kepada sosial,
emosi, psikologi, dan fizikal. Kemahiran motor yang lemahPenggunaan
tangan dan lengan yang lemah dalam masalah ini seperti tidak dapat
menggunakan peralatan menulis,membelek helaian buku, dan menyertai
pelbagai aktiviti yang memerlukan pergerakan yang pantas. Bahasa
yang terbatasMurid-murid yang mempunyai masalah pertuturan yang
teruk boleh memberi kesan kepada pembelajarannya kerana tidak dapat
berkomunikasi dengan baik,tidak dapat untuk memberi pandangan,
serta tidak dapat untuk mengambil bahagian dalam proses
pembelajaran. Faktor individuMurid-murid mungkin mengalami beberapa
faktor individu yang berlaku sebagai sebahagian daripada ortopedhic
impairmentsyang akan memberi kesan kepada pembelajaran mereka.
Sesetengahnya termasuk kesakitan dan ketidakselesaan,kepatahan, dan
kuasa bertahan yang terbatas. Faktor psikologiKanak-kanak yang
mengalami kognitif dan masalah pembelajaran yang berkaitan dengan
orthopedic impairment akan mengalami kesukaran untuk belajar.
Tambahan pula, sesetengah kanak-kanak akan mengalami motivasi diri
yang rendah, dan kesedihan akibat daripada masalah ini yang juga
akan menjejaskan penampilan. Suasana pembelajaran yang tidak
efektifSesetengah sekolah mempunyai harapan yang rendah terhadap
kanak-kanak yang mengalami orthopedic impairments. Sokongan yang
kurang akan menyebabkan kanak-kanak itu gagal dalam hidup dan akan
menyumbang kepada faktor psikologi seperti yang dijelaskan di
atas.2.1 MASALAH KESIHATANMasalah yang dialami oleh kanak-kanak
berkeperluan khas di mana serangan penyakit terhadap diri mereka
tidak menentu. Hal ini menyebabkan pembelajaran mereka terganggu
kerana kesihatan tidak stabil. Kadang kala mengambil masa yang lama
kerana terpaksa menerima rawatan di hospital. Antara masalah
kesihatan yang sering dialami oleh kanak-kanak berkeperluan khas
ialah : Sawan / epilepsy Lelah ( asthma ) Hemophelia ( masalah
darah ) Jantung berlubang Haiper aktif Leukemia Sawan / epilepsy
Lelah ( asthma ) Hemophelia ( masalah darah ) Jantung berlubang
Haiper aktif Leukemia Alahan3.KATEGORI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN
KHAS3.1 AUTISME 3.1.1 SEJARAH Victor Wild Boy of Aveyron (1799)
ditangkap di dalam hutan di selatan Perancis dan dibawa ke Paris
untuk ditempatkan di institusi orang pekak. Jean Marc Garpard Hard
telah menerima dan cuba mengajar Victor dengan menyediakan ABM yang
khas. Dalam pemerhatian Hard, Victor memperlihatkan beberapa
cirri-ciri yang abnormal. Antaranya ialah seperti tidak bercakap,
menghayun badan ke hadapan dan ke belakang, tidak menunjukkan
perasaan bergatung kepada sesiapa dan tidak menunjukkan perhatian
kepada sesuatu. Selain itu, ia juga tidak memandang objek atau
orang, tiada reaksi walaupun dilepaskan tembakan dibelakang kepala,
tetapi memberi reaksi bila mendengar bunyi kulit kacang yang
dilepaskan dengan perlahan. Di samping itu, ia juga tidak suka
bermain dengan alat permainan tetapi suka berain dengan air dan
menunjukkan reaksi sentuh kain, tangan dan muka yang mereka yang
dikenali.Sebelum Leo Kanner menjelaskan keadaan gangguan autisma
pada tahun 1943, kanak-kanak yang menunjukkan ciri-ciri autisma
infatil dianggap mengalami psikosis yang bermula dalam usia yang
muda. Ada yang gangguan ini dianggap sebagai sejenis gangguan
skizofrenia. Oleh sebab ganguan skizofrenia memerlukan cirri-ciri
gangguan fikiran dan setelah di sedari bahawa kanak-kanak belum
boleh bercakap dan perkembangan kognitifnya masih dalam fasa awal
lagi, maka gangguan ini tidak mungkin ada pada persamaan dengan
gangguan skizofrenia. Satu daripada ciri yang penting dalam
skizofrenia adalah seperti mendengar suara ghaib, tidak mungkin
akan dialami oleh kanak-kanak yang belum boleh bertutur. Ekoran
itu, Leo Kanner mengkategorikan gangguan yang dialami oleh
kanak-kanak ini sebagai gangguan autisme infatil.Walau
bagaimanapun, Kasper Hauser dilahirkan 1828 tiba di Nurenberg
dengan membawa surat untuk memohon kepada ketua askar untuk
berkhidmat kepada raja. Beliau mengucapkan I want to be a horseman
like my father was dan mengulangnya berkali-kali dan cirri-ciri ini
merupakan autisme. Ciri-ciri sikap Kasper yang lain ialah cakap
berulang, tidak faham apa yang dicakapkan kepadanya, sukakan bilik
gelap dan alat permainan, berupaya menurut perintah, minat menulis
dan melukis serta daya ingatan yang tinggi.Selain itu, bagi Eugen
Bleuler (1919) ialah orang yang pertama menggunakan perkataan
autisme. Ini merujuk kepada kurang atau tidak ada perhubungan
dengan orang lain dan dunia luar.3.1.2 DEFINISI AUTISMEMenurut
Thevarthen Aitken, Papoudi dan Robert (1998) perkataan autisme
merupakan gabungan dua huruf Greek iaitu aut yang bermakna diri dan
ism yang membawa makna orientasi atau keadaan. Oleh itu, autisme
boleh didefinisikan sebagai kedaan seseorang yang tidak biasa
dengan dirinya.Autisme berasal daripada perkataan Yunani bermaksud
autos atau tiada keupayaan dan tidak boleh berinteraksi sosial.
Autisme, autisma dan autistik adalah perkataan yang digunakan bagi
menerangkan tentang sejenis penyakit dimana pesakitnya tidak sedar
akan keadaan persekitarannya dan berada seolah-olah seperti di
dalam dunianya.Autisme adalah ketidakmampuan yang mungkin di derita
seumur hidup oleh seseorang yang menyebabkan ia tidak dapat
mengerti tepat apayang mereka lihat, dengar dan juga melalui indra
mereka. Ini mengakibatkan masalah yang cukup berat pada hubungan
sosial, komunikasi dan perilaku. Nama-nama yang lain yang diberikan
untuk menjelaskan autisme bagi kanak-kanak adalah autisme infatil,
psikosi infatil, autisme kanak-kanak, psiko simbiotik, skizofrenia
kanak-kanak dan sindrom skizofrenia kanak-kan3.1.3 CIRI-CIRI
FIZIKALSekarang ini sering mendengar tentang autisme, yang banyak
terjadi kepada anak-anak. Ini disebabkan ibu bapa lebih peka da
mengambil berat akan pekembangan anak-anak. Perkembangan yang
bermula dari kelahiran sehingga pra sekolah. Ibu bapa kini amat
sensitif jika anak-anak mereka tidak seperti kanak-kanak
lain.Autisme adalah gangguan kognitif atau gangguan sukar untuk
gangguan tingkah laku sosial dan sukar untuk berbicara. Data
statistk menyatakan, 50% terdapat gejala gangguan mental
retardasi.Di Amerika syarikat, seorang anak dinyatakan kanak-kanak
autisme setelah berusia enam tahun setelah mengalami pemeriksaan
yang rapi. Manakala, di Indonesia, menjelang dua tahun ibu bapa
telah mengandaikan anak mereka sebagai kanak-kanak autisme
disebabkan tidak boleh berbicara dan terdapat cirri-ciri
kanak-kanak autisme. Kemudian, pemeriksaan oleh pakar juga akan
dilakukan.Sehingga kini, para ahli belum dapat memberi keputusan
yang tepat penyebabnya. Tetapi, dari penelitian kanak-kanak autisma
ini mempunyai kelainan pada otak yang disebabkan gangguan
perkembangan pada saat kehamilan dan gangguan hati yang menimbulkan
gangguan saraf dan jiwa. Dengan itu, ciri-ciri yang ada boleh kita
perhatikan dapat membantu kita mengesan lebih awal untuk memberi
perhatian yang sewajarnya kepada kanak-kanak ini. Antaranya ialah
berlaku sebelum berumur dua puluh dua tahun, berlaku berkekalan,
sukar berhubung secara bermasyarakat, sukar berkomunikasi dan sukar
menerima perubahan dari kebiasaan. Selain itu, ia juga sukar
memberhentikan dari perlakuan yang berulang, gemar menyendiri,
tidak mengendahkan keadaan sekeliling dan suka hidup bersendirian.
Di samping itu, ia juga berkecenderungan kepada objek yang
bergerak, serang yang pendiam, sangat menyayangi sesuatu objek yang
disukai dan sangat susah untuk mengubah sesuatu yang telah
dilakukannya setiap hari.3.1.4 MASALAH KESIHATANDalam Seminar
bertajuk Autisma dan Penanganannya beberapa waktu lalu, Dr Melly
Budhiman (Ketua Yayasan Autisma Indonesia) menghuraikan autisma
sebagai gangguan perkembagan yang luas dan berat. Gangguan
perkembangan tersebut mencakupi bidang kounikasi, interaksi dan
perilaku. Gejala ini timbul sebelum anak mencapai usia tiga tahun.
Pada sebahagian anak, gejala tersebut sudah nampak sejak
lahir.Penyebabya, gangguan pada perkembangan susunan saraf pusat
yang mengakibatkan fungsi otak terganggu. Autisma biasa terjadi
pada sesiapa sahaja. Perbandingan antara lelaki dan perempuan
adalah tiga nisbah satu. Seseorang ibu yang sentiasa peka memantau
perkembangan anaknya akan mudah melihat beberapa keganjilan sebelum
anak itu mencapai usia satu tahun. Perkara yang paling menonjol
adalah sangat kurangnya kontak mata.Sebahagian kecil pesakit
autisma sempat berkembang normal. Namun, sebelum mencapai usia tiga
tahun, perkembangannya terhenti. Kemudian mulai nampak
gejala-gejala autisme. Biasanya gejala-gejala tersebut kian jelas
setelah anak mencapai usia tiga tahun.Namun begitu, terdapat
beberapa gejala yang boleh berlakunya autisma ini. Antara
gejala-gejala tersebut ialah terjadinya gangguan komunikasi verbal
mahupun non-verbal seperti terlambat berbicara, meracau, sering
meniru, sering menarik tangan orang yang berdekatan agar melakukan
sesuatu untuknya. Selain itu, terjadinya gangguan interaksi sosial
seperti menghindari tatapan mata orang lain, lebih asyik bermain
sendiri, dan menolak bila dipeluk.Di samping itu, berlaku juga
gangguan pada perilaku yang berlebihan, misalnya tidak boleh diam
dan mengulang-ulang gerakan tertentu.atau gangguan perilaku
kekurangan, misalnya diam dengan tatapan mata kosong atau bermain
sambil menonton. Malah, terjadinya gangguan emosi iaitu tidak ada
atau kurangnya empati, tertawa-tawa, menangis atau marah-marah
sendiri dan sering memgamuk. Selain itu, terjadi juga gangguan
persepsi sensoris seperti suka mencium-cium atau menjilat-jilat
benda apa saja, sukar untuk mendengar suara keras, dan tidak boleh
diraba.Untuk mendiagnosis autisme infatil, menurut Melly, tidak
memerlukan pemeriksaan canggih seperti CT-scan. Diagnosis
ditegakkan berdasarkan gejala klinis yang tampak, yang menunjukkan
penyimpangan.Dalam pada itu, mereka yang sedemikian hanya berminat
tentang diri mereka sendiri dan sangat menarik diri dari kenyataan.
Pada anak-anak ini, kelainan perilaku ini terlihat dari
ketidakmampuan anak tersebut berhubungan dengan orang lain.
Seolah-olah mereka hidup dalam dunianya sendiri dan menggunakan
bahasa atau ungkapan yang difahami oleh mereka. Namun begitu,mereka
menunjukkanciri-ciri seperti perkembangan terlambat, terutama dalam
perlakuan dasar hidup bermasyarkat. Mereka juga yang mengalami
masalah ini suka bermain sendirian atau tidak mahu berkumpul dengan
anggota keluarga atau orang lain. Malah, mereka juga lesu dan tidak
pedulikan orang lain yang cuba untuk berkomunikasi dengannya.Selain
itu, mereka ini sedikit atau tidak mempunyai kontak mata. Di
samping itu, mereka mengerjakan sesuatu tanpa berfikir panjang dan
berperangai buruk jika dilarang akan membangkitkan kemarahan. Pada
umumnya pertumbuhan jiwa terkebelakang seperti orang yang cacat
mental. Dari beberapa segi pula, anak tersebut mempunyai kelebihan
tertentu dan sangat pandai misalnya dalam menggambar, matematik,
muzik atau melukis.3.1.5 LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHANPunca gangguan
autisma ini masih belum di fahami begitu mendalam. Oleh itu, bentuk
rawatan untuk kanak-kanak autisma belum ada lagi yang boleh
dikatakan memberi kesan. Hanya yang boleh diubah setakat ini ialah
tingkahlaku sahaja mengikut terapi tingkahlaku yang sedia ada. Ini
bertujuan menggalakkan perkembangan yang sihat dan seberapa normal
yang boleh mengikut keperluan setiap kanak-kanak autisma.Yang
paling penting sekarang adalah membuat diagnosis dengan teliti dan
tepat bagi mengesahkan sama ada kanak-kanak ini mengalami autisma
atau tidak. Setelah pasti, barulah diberitahu kepada ibu bapanya.
Ini kerana rawatan awal perlu diberikan seawal yang mungkin supaya
latihan dan didikan untuk membolehkan kanakkanak ini menggunakan
dan memahami bahasa dapat dilaksanakan sebelum berumur lims tahun.
Oleh itu, rawatan dalam bentuk pendidikan awal dan terapi
tingkahlaku amat penting bagi kanak-kanak ini.Segala didikan perlu
diberi sedikit tetapi berulang-ulang. Rawatan perlu dibuat bersama
ahli lain, seperti jurupilih tatacara, guru-guru dan ibu bapa.
Rawatan didapati lebih berkesan sekiranya dilakukan dirumah sendiri
atau di sekolah khas yang berdekatan dengan rumah kediamannya serta
sekumpulan murid autisma lain, tetapi tidak melebihi empat atau
lima orang murid dalam setiap kumpulan. Dari segi komunikasi pula,
kanak-kanak ini perlu diberi peluang bergaul dengan kanak-kanak
normal apabila keadaan mereka lebih baik. Kanak-kanak ini tidak
digalakkan duduk disekolah berasrama kerana dikuatiri akan lebih
memburukkan keadaan mereka, yang boleh menyebabkan interaksi
bersama-sama ahli keluarga mereka akan terjejas.Manakala dari segi
rawatan pula, terdapat dua jenis rawatan menerima sokongan
emperikal adalah modifikasi tingkahlaku atau Applied Behavior
Analysis (ABA) dan penggunaan vitamin B6 dengan tambahan magnesium.
Modifikasi tingkahlaku merangkumi pelbagai strategi tingkahlaku
seperti peneguhan positif dan time outy, untuk menigkatkan
tingkahlaku yang bersesuaian seperti komunikasi dan tingkahlaku
yang tidak bersesuaian seperti tingkahlaku mencederakan diri. Lebih
kurang 45% daripada kanak-kanak autisma dapat meningkatkan
kesedaran dan tumpuan perhatian setelah mengambil vitamin B6 dengan
magnesium. Terdapat juga beberapa zat makanan pelengkap dan Di-
Methy-Iglycine (DMG). DMG banyak membantu kearah tingkahlaku yang
baik dan terdapat banyak laporan anekdot untuk menggalakan
kemahiran komunikasi.Selain itu, ada juga ubat-ubatan seperti
Haloperidol untuk mengawal tingkah laku yang tidak diingini boleh
diberi tetapi sekiranya kanak-kanak autisma ini terlalu lasak
(hiperaktif) sehingga menganggu tidurnya. Dari segi peranan ahli
keluarga, mereka juga perlu memberi bantuan agar kanak-kanak ini
tidak terabai. Mereka boleh mengikuti pertubuhan seperti NASOM
(Nasional Autistic Society of Malaysia) untuk membantu keperluan
kanak-kanak autisma dan keperluan keluarga boleh ditubuhkan.
Kebanyakkan ibu bapa akan mendapat manfaat setelah menjadi ahli
dalam pertubuhan ini. 3.2 CEREBRAL PALSY3.2.1. SEJARAH:Cerebral
Palsy ialah perkataan yang menerangkan berkenaan golongan kurang
upaya yang menghalang dan menghadkanpergerakan psikomotor seseorang
individu itu. Setakat ini tidak terdapat satu sebab yang spesifik
kenapa berlakunya Cerebral Palsy. Walaubagaimanapun ia bolehlah
dikaitkan dengan kerosakan otak sebelum, semasa atau selepas
kelahiran seseorang kanak-kanak itu. Pihak perubatan
bertanggungjawab untuk memastikan ibu mengandung memperolehi
penjagaan yang betul semasa mengandung, proses kelahiran dan
selepas melahirkan anak. Kekurangan oksigen ke otak atau trauma
semasa proses kelahiran akan menyebabkan berlakunya Cerebral Palsy.
Bayi yang tidak mendapat cukup oksigen akan menyebabkan kerosakan
di otak. Bayi yang mengalami kerosakan otak ketika usia mencapai
enam bulan, biasanya mengalami perkembangan yang lambat. 3.2.2
DEFINISI:Cerebral Palsy (lebih dikenali sebagai Spastik) ialah satu
keadaan yang berpunca daripada kecacatan otak. Menurut kajian
seorang sukarelawan JOVC, Encik Yasuko Kunimori yang berkhidmat di
bawah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, Sandakan Sabah, dalam
bukunya yang bertajuk Satu Projek Klasifikasi Kecacatan mengatakan
Cerebral bermaksud otak, Palsy pula bermaksud kurang atau tidak
berupaya mengawal pergerakan otot-otot. Chua Tee Tee dan rakannya
Koh Koh Boon di dalam buku bertajuk, Pendidikan Khas dan Pemulihan
mengatakan Cerebral Palsy bermaksud kelumpuhan akal yang menganggu
pergerakan tubuh. Dari sumber yang diperolehi daripada Unit
Pemulihan Carakerja Hospital Melaka, Cerebral Palsy adalah gangguan
pergerakan, posture, dan sebagainya yang disebabkan kerosakan atau
kegagalan perkembangan normal dalam otak. Deborah Deutsch Smith dan
Ruth Luckasson menulis di dalam Introduction To Special Education:
Teaching In An Age Of Challenge, the term Cerebral Palsy literally
means muscle paralysis whose cause is in the brain. Exceptional
Learners- Introduction to Special Education, Daniell P. Hallahan
dan James M. Kauffman, 1978 menulis Cerebral Palsy is not a
disease. It is rather condition that is nonprogressive and
noninfectiousBerasaskan kepada sumber-sumber tersebut, maka
Cerebral Palsy didefinisikan sebagai satu pergerakan anggota badan
yang tidak dapat dikawal sepenuhnya oleh kerana terdapat gangguan,
kecederaan atau kelumpuhan di dalam otak. 3.2.3 CIRI-CIRI
FIZIKAL:Kanak-kanak ini mempunyai otot-otot yang tegang dan kecut.
Gerakan tersentak-sentak dan kurang berkoordinasi serta mungkin
tidak dapat mengenggam benda dengan jari. Sekiranya cuba mengawal
pergerakan, pergerakan itu akan bertambah tersentak-sentak. Semasa
cuba mengambil sesuatu benda, tangan mungkin melambai-lambai, muka
kerenyot dan lidah yang terjulur. Mereka mungkin tidak dapat
mengawal otot-otot bibir, lidah dan kerongkong menyebabkan air liur
meleleh. Gerakan mereka adalah tidak stabil dan mereka
seolah-olahcuba menstabilkan badan. Semasa berjalan mereka
tersandung-sandung dengan gaya berjalan semacam gunting, berdiri
atas jari kaki dengan lutut yang bengkok dan menuju bahagian dalam.
Kanak-kanak Cerebral Palsy tidak boleh mengeluarkan suara, iaitu
mereka tidak boleh memanggil ibu bapanya atau mengeluarkan babling
sound. Mereka juga tidak memahami apa yang dikatakan kepadanya.
Selain itu mreka hanya akan bertindak balas terhadap bunyi yang
kuat ataupun tidak bertindak balas langsung terhadap bunyi. Dari
segi masalah penglihatan, kanak-kanak ini juling ataupun mengalami
mistagmus iaitu pergerakan bola mata yang berterusan. 3.2.4
CIRI-CIRI KSIHATAN:Kanak-kanak ini akan menngalami kesukaran
menghisap, menelan dan mengunyah makanan. Ini sering menyebabkan
mereka muntah. Kanak-kanak juga akan serta merta mengigit makanan
yang diletakkan di dalam mulut mereka dan sukar untuk dikeluarkan
semula. Mereka juga mengalami kesukaran bernafas, pernafasan mereka
menjadi kencang, dan bising. Kanak-kanak ini juga mengalami
kesukaran untuk tidur, mereka kerap terjaga di waktu malam dan
sering menangis. Kanak-kanak Cerebral Palsy mungkin akan mengalami
kerencatan akal jika didapati mereka tidak pernah tersenyum, tidak
mengenali ibu bapanya, sentiasa tidur, tidak bertindak balas atau
tidak berminat terhadap keadaan sekelilingnya. Pergerakan
psikomotor adalah terbatas, mereka tidak boleh berjalan atau duduk
sendiri atau menggunakan tangan sendiri. Ada yang boleh belajar
berjalantetapi ramai yang menggunakan kerusi roda, braces atau
peralatan lain. Sesetengah mengalami masalah menyuap makanan,
menghisap atau menelan. Mereka bergantung kepada orang lain untuk
makan atau ke tandas.
3.2.5 JENIS-JENIS CEREBRAL PALSY:3.2.5.1- SpastikKecacatan ini
disebabkan pada bahagian korteks motor yang boleh mengakibatkan
kehilangan kawalan terhadap otot-otot yang boleh dikawal (voluntary
muscle). Menyebabkan koordinasi pergerkan menjadi susah, di mana
stimulasi menyebabkan ketegangan otot-otot. Ini seterusnya akan
mengakibatkan getaran dan ketidakseimbangan yang menghalang
pergerakan yang sempurna dan lancar. Kumpulan ini merupakan
kumpulan yang terbesar di kalangan kanak-kanak yang menghidap
Cerebral Palsy atau kelumpuhan otak. 3.2.5.2- AtetosisKerosakan
berlaku pada bahagian basal ganglion. Atetosis dicirikan oleh
pergerakan writhing yang perlahan dan tidak boleh dikawal. Bahagian
bahu, muka, kaki, tangan dan lengan menjadi sasaran utama. Sering
kali juga ia melibatkan otot-otot tekak dan diapnram yang
menyebabkan pertuturan menjadi payah dan tidak jelas. Mereka juga
mengalami masalah mengawal pengluaran air liur. 3.2.5.3-
AtaksiaKerosakan pada bahagian serebelum otak. Ini menyebabkan
kesulitan mengawal imbangan badan yang boleh dikesan dari perawakan
dan pergerakan seseorang spastik. Pergerakan adalah kekok dan
teragak-agak, pertuturan kurang jelas dan juga didapati ia sentiasa
meliuk-likkan badannya. Pendengarannya juga turut terjejas. 3.2.6
LANGKAH-LANGKAH PEMULIHAN:3.2.6.1- Rawatan Pemulihan Anggota
(fisioterapi) Memberi latihan kepada kanak-kanak spastik
menggunakan anggota, terutama kaki dan tangan dengan bantuan alatan
seperti kaliper angkup, walking aid, asut khas, kerusi perawakan
(posture chairs), standing boxes dan crawlers. Latihan yang
diberikan, kanak-kanak spastik dapat mengurangkan perawakan dan
pergerakan yang kuang normal dan dapat mencegah sendi-sendi dan
otot-otot dari mengejang disebabkan oleh kekurangan penggunaan.
3.2.6.2- Rawatan Pemulihan PertuturanSeseorang kanak-kanak spastik
cacat pertuturan disebabkan oleh dua perkara iaitu pertama
kerosakan fungsi saraf otot pada bahagian otot pertuturan,
pendengaran dan pernafasan. Kedua kekurangan pengalaman akibat dari
kekurangan peluang untuk berinteraksi yang disebabkan oleh
kecacatan fizikal, walaupun pada asalnya otot-otot pertuturan
diberikan untuk mengembangkan keupayaan untuk berkomunikasi sama
ada secara lisan, isyarat ataupun bertulis. 3.2.6.3- Rawatan
Pemulihan Cara Kerja Memperkembangkan pola pergerakan asas kepada
kemahiran motor dan sosial bagi membolehkan kanak-kanak berdikari
dari segi fungsi mental, fizikal dan psikologi. Termasuklah
kebolehan memegang dan menggunakan sesuatu barang, perkembangan
kordinasi mata dan tangan, perkembangan fungsi sensori dan
persepsi. Latihan berupa mencapai, memegang dan melepaskan sesuatu
barang, latihan menggunakan jejari bagi membolehkan kegunan jejari
untuk makan, menulis dan sebagainya dengan bantuan alatan seerti
hand splint, sudu khas dan seumpamanya.Latihan persepsi diberikan
dengan mendedahkan kanak-kanak kepada seberapa banyak pengalaman
seperti sensori dan dilatih membentuk konsep yang bersesuaian
berkenaan diri sendiri dan juga keadaan sekelilingnya. Umpamanya
tentang warna, bentuk, saiz dan rasa. Dalam memperolehi kemahiran
sosial, kanak-kanak dilatih melakukan aktiviti-aktiviti
seharian.Contohnya aktiviti penjagaan diri sendiri seperti makan,
memakai pakaian dan latihan ke tandas. Aktiviti kehidupan seperti
memasak, mengemas, aktiviti-aktivit rekreasi dan hobi. Aktiviti
vokasional seperti pertukangan kayu, menjahit dan aktiviti
pertanian. 3.3 DISLEKSIA 3.3.1. DEFINISI:Perkataan Disleksia
(dyslexia) adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu dys bermaksud
kesukaran dan lexia bermaksud perkataan dan jika diterjemahkan
secara terus bermaksud kesukaran dengan perkataan bertulis. Istilah
lain yang digunakan untuk menunjukkan masalah ini ialah buta huruf.
Perkataan Disleksia telah diperkenalkan oleh Profesor Berlin,
seorang pakar perubatan dan ophtalmotologist pada tahun 1887
(Hammond & Hughes, 1996). Dari sudut pengistilahan, penggunaan
perkataan Disleksia amat terhad kerana istilah tersebut merujuk
kepada murid-murid yang mengalami kesukaan menguasai kemahiran
membaca. Penulisan Barat mentakrifkan Disleksia sebagai kesukaran
atau ketidakbolehan menguasai kemahiran membaca oleh seseorang
individu walaupun telah menerima pendidikan yang mencukupi.
Manakala mengikut British Psychological Society (1999) Dyslexia is
evident when accurate and fluent word reading or spelling develops
very incompletely or with great diffculty, iaitu Disleksia terbukti
wujud apabila ketepatan dan kelancaran membaca perkataan atau
mengeja berkembang secara amat tidak lengkap atau dengan kesukaran
yang amat sangat. Bagi Payne dan Turner (1999), Hammond dan Hughes
(1996) lebih cenderung menggunakan istilah Specific Learning
Difficulties (masalah belajar spesifik) bagi murid yang menghadapi
masalah belajar disleksia. Pada mereka murid Disleksia bukan sahaja
mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran membaca sahaja tetapi
berkemungkinan menghadapi masalah secara menyeluruh dalam kemahiran
literasi dan numerasi. 3.3.2. CIRI-CIRI FIZIKAL: Secara umumnya
tiada apa yang membezakan mereka dengan kanak-kanak normal yang
lain. Mereka membesar seperti biasa, tidak terbantut pertumbuhan.
Tetapi apabila dikaji mereka ada perbezaan dengan murid normal.
Fahaman lisan mereka baik tetapi lemah dalam bacaan. Mereka juga
fasih bertutur dan boleh bercerita tetapi kerja tulisan lemah.
Tampak cerdik dan berkemampuan seperti murid lain tetapi sentiasa
mengalami masalah dalam kerja sekolah. Pakaian mereka sentiasa
tidak kemas tetapi tidak kotor, butang bajusalah butang, tali kasut
tidak diikat rapi, kidal, kelihatan tidak berminat dalam pelajaran
dan dilabelkan pemalas atau bodoh. Perhatiandan pengamatan singkat
dan lemah. Degil, agresif, memberontak, suka menyendiri, suka
membuat bising. Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah dalam
menggunakan sudu garfu sewaktu makan, sukar menggunaakn gunting
terutama jika kidal, sukar untuk menekap, memegang pensil secara
ganjil, sukar mengikat tali leher. Mereka juga sukar untuk melompat
dan skipping kerana masalah keseimbangan, sukar untuk menangkap ,
membaling dan menyepak bola. Mereka sering terlanggar orang lain
dan objek, selalu menjatuhkan barang, sukar untuk naik tangga,
sukar belajar menunggang basikal, sukar menyiapakan meja makan,
sukar untuk berenang, sukar dalam permainan yang menggunakan
perkataan kiri atau kanan, atas atau bawah, depan dan belakang,
undur atau maju serta sukar belajar menari. Setiap individu mungkin
dominan pada bahagian kiri atau kanan sahaja. Bagi murid-murid yang
mempunyai masalah literaliti bersilang menggunakan kedua-dua
bahagian kiri dan kanan dalam melakukan pekerjaan yang berlainan.
Contohnya individu menyepak bola dengan kaki kiri tetapi melihat
melalui lensa kamera dengan mata kanan. Masalah ini juga boleh
dilihat sewaktu kanak-kanak menggunakan pen, pensil atau krayon.
3.3.3. JENIS-JENIS DISLEKSIA:3.3.3.1- Disleksia
PandanganMurid-murid ini dapat melihat dengan baik tetapi tidak
dapat membezakan, membuat interpretasi atau mengingati erkataan
yang dilihat. Ada yang begitu teruk sehingga tidak dapat membaca
langsung, ada yang hanya mengalami masalah penyebutan perkataan
yang mempunyai sukukata yang banyak sahaja. Ciri-ciri yang selalu
dikaitkan ialah kekeliruan mengenal perkataan atau huruf yang sama,
seperti beg untuk bog, snip untuk ship. Kecenderungan kebalikan
seperti dig untuk big, kecenderungan songsang contohnya spa untuk
sap. Lukisanyang rendah mutunya kerana banyak butiran yang penting
ditinggalkan walaupun pada benda yang biasa. Tidak dapat menjalani
latihan permainan sukan yang kompleks. Kepayahan membuat analisis
dan sintesis pandangan, tetapi tinggi daya kebolehan dalam aktiviti
kemahiran mendengar yang mana menutup kekurangan dalam aktiviti
berkaitan dengan pandangan. 3.3.3.2- Disleksia PendengaranDapat
melihat persamaan antara perkataan tetapi menghadapi masalah dalam
menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan fungsi pendengaran.
Contohnya membezakan persamaan dan perbezaan antara bunyi,
mengenala pasti bunyi dalam setiap perkataan satu pengadunan bunyi
untuk menjadikan perkataan, dan membahagikan perkataan ke dalam
suku kata tertentu. Murid-murid ini akan menghadapi masalah dalam
belajar membaca. Ciri-ciri yang selalu dikaitkan ialah kecelaruan
diskriminasi pendengaran dan pengamatan yang menyebabkan sukar
belajar bacaan mengikut kaedah analisis fonetik. Mempunyai masalah
dengan analisis dan sintesisi pendengaran. Ini menyebabkan
ketidakupayaan membahagikan perkataan kepada sukukata atau bunyi
tertentu, tidak dapat menggabung bahagian-bahagian perkataan
menjadi satu yang lengkap. Tidak dapat membunyikan semula bunyi
dalam perkataan, contohnya tidak dapat mengingati bunyi huruf atau
tidak dapat menyebut perkataan walaupun ia tahu makna perkataan
itu. Ada kekacauan dalam memahami bunyi secara berurutan seperti
penyebutan yang tidak betul semasa menulis, mengubah urutan huruf
kerana tidak dapat mengingat atau mengekalkan urutan bunyi.
Darisegi perlakuan, murid-murid ini lebih cenderung untuk memilih
aktiviti yang memerlukan kemahiran pandangan. 3.3.4.
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN:Mereka yang menghadapi Disleksia
biasanya susah untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis tetapi
memiliki bakat, kepintaran atau kecerdasan yang lain. Ini
disebabkan oleh perbezaan dalam caraotak memproses maklumat
terutama sekali berkenaan dengan bunyi , simbol dan makna.
Kanak-kanak Disleksia cenderung menggunakan otak kanan. Ini
menimbulkan cara disleksik berfikir dan cara belajar berlainan.
Cara anak Disleksia memerhati dan berfikir boleh dianggap satu
anugerah bukan satu masalah. Program kemahiran keibubapaan seperti
Program Peningkatan Akademik. Sebelum persekolahan, ibu bapa
hendaklah peka dengan memerhatikan simptom-simptom Disleksia, beri
bantuan bacaan dan latihan pembelajaran sebelum tadika, perhatikan
dan beri bantuan sosial, beri pengalaman luaran meningkatkan
pengetahuan seperti melawat zoo, muzium dan lain-lain.Ketika
bersedia untuk memasuki alam persekolahan, ibu bapa hendaklah
berbincang dengan guru besar dengan memberitahu masalah melalui
maklumat berkenaan penilaian psikologi dan pendidikan, mengenali
guru yang mengajar anak dengan menjelaskan masalah anak dan meminta
kerjasama membantu dan memahami masalah anak sepanjang
persekolahan. Ibu bapa juga perlu meluangkan masa untuk mengajar
dan membantu anak melalui mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
anak-anak, mengenal pasti bakat kebolehan dan kemahiran khusus yang
dimiliki, cuba berbagai cara untuk menarik minat dan menambah
motivasi serta memahami gaya pembelajaran kanak-kanak Disleksia.
Selain itu juga mengadakan program perkongsian mengajar berhasil.
Program ini dapat membantu ibu bapa membantu anak mereka di rumah
dengan menggunakan pendekatan secara bersama dengan guru. Gunakan
pelbagai deria seperti sebut, dengar, lihat, rasa dan sentuh.
Contohnya menulis atas pasir, bina bentuk huruf., mengulang dengan
kerap melalui cara yang berbeza-beza untuk mengukuhkan fahaman dan
ingatan. Kaedah kumulatif di mana ia mengaitkan maklumat baru
dengan apa yang telah dipelajari dengan menggunakan contoh yang
berbeza untuk pengukuhan dan pembinaan yakin diri seperti
menggunakan strategi ingatan atau hafalan seperti peta minda,
lukisan dan carta. Kanak-kanak Disleksia mudah berasa letih, jadi
kurangkan beban kerja mereka. Kaedah yang lebih baik dengan membaca
hanya sebelah mata yang mengelakkan kedua-dua melihat huruf yang
kelihatan bersilang antara satu sama lain. Di samping itu juga,
mengadakan program kerjasama antara pelbagai disiplin. Termasuklah
terapi bahasa, terapi pertuturan, ahli psikologi, guru pendidikan
khas, pentadbir dan ahli-ahli lain akan mampu membina modul serta
pendekatan pengajaran yang boleh digunakan oleh ibu bapa mengembang
potensi anak-anak ini. Individu Disleksia harus digalakkan
mempamerkan kekuatan luar biasa terutama dalam pemikiran kreatif
secara visual. Kebolehan mereka yang unik harus digunakan supaya
mereka juga boleh berjaya dalam bidang seni, sains dan teknikal.
Nama-nama hebat yang tergolong dalam kumpulan Disleksia termasuklah
Thomas Edison, Leonardo De Vinci, Winston Churchill, George Pattorn
dan William Butler Yeats. 3.4 SPINA BIFIDA 3.4.1.
DEFINISI:Perkataan Spina Bifida berasal dari perkataan Latin
bermaksud Split Spike atau tulang belakang merebah iaitu
pembentukan yang tidak lengkap atau selaput yang menonjol.
Sistem saraf pusat elemen utamanya ialah otak dan spina cord.
Semua aktiviti badan dikawal oleh otak dengan cara menerima
maklumat menerusi sentuhan, penglihatan, perasaan, deria rasa dan
pendengaran. Spina terbentuk daripada 33 cantuman tulang di
sepanjang belakang berfungsi pergerakan otot-otot dan melindungi
spina cord. Tiub neural terbentuk antara 14-28 minggu. Spina
terjadi disebabkan tulang mengelilingi otak dan spina cord gagal
bercantum dengan lengkap. 3.4.2. CIRI-CIRI FIZIKAL:Terdapat
beberapa masalah perkembangan fizikal yang dikenalpasti iaitu
perkembangan fizikal tidak sempurna, kebolehan mental yang teruk,
cara percakapan yang janggal, sukar berjalan mengikut arah bunyi
dan hanya menggunakan isyarat tangan apabila berkomunikasi. 3.4.3.
CIRI-CIRI KESIHATAN:Mempunyai masalah kesihatan seperti saiz
telinga, telinga berair atau bernanah, kurap, selesema, sakit tekak
dan tonsilitus. Hilang kawalan atau kesukaran mengawal untuk
membuang air kencing, kencing malam kerana mengalami masalah usus
dan pundi kencing. Saraf-saraf menjadi tegang terutama bahagian
lumber dan sacral. 3.4.4. LANGKAH-LANGKAH PERUBATAN:Wanita
mengandung perlu mengambil asid folik pada kadar 0.4 mm setiap hari
terutama ketika awal mengandung. Wanita berisiko tinggi untuk
mendapat masalah ini terhadap anak dalam kandungan. Oleh itu,
mereka perlu mendapatkan nasihat dan kaunseling perubatan daripada
pakar genetik. 3.5 SLOW LEARNER3.5.1. DEFINISI: Slow Learner
(lambat belajar) ialah kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan yang
di bawah sederhana atau rencatan yang ringan. Mengikut Burt (1937)
Slow Learner who are unable to cope with the work normally expected
of their age group. In teaching backward children, the mentalage is
often taken as a guide to the levels of attainment to be expected
of pupils. Thus, if a childs mental age is 10 years, we assume that
his attainment age should also be at the 10 years level. On the
contrary, if his attainment age falls below his mental age, his is
considered a slow learner.3.5.2. CIRI-CIRI FIZIKAL: Kanak-kanak ini
menunjukkan kebolehan menulis dan membaca atau mengira
sekurang-kurangnya dua tahun di bawah usianya. Lemah daya perhatian
terhadap sesuatu kerja, tidak pandai bergaul dengan rakan sebaya
kerana mereka selalu berkelakuan menyinggung perasaan orang lain
dan menggunakan perkataan yang tidak menarik perhatian kanak-kanak
lain kepada mereka. Selain itu, kekok pergerakan tangannya lalu
menimbulkan masalah pembelajaran di sekolah. Ini kerana setiap kali
guru menyuruh mereka menyalin sesuatu, mereka tidak dapat
menghabiskan kerja mereka dalam masa yang ditetapkan. Daya
pemikiran mereka mungkin sederhana atau lebih baik daripada
kanak-kanak lain tetapi masalah kekok pergerakan tangan menyebabkan
mereka gagal dalam uijan yang memerlukan banyak menulis. 3.6
EPILEPSY3.6.1 SEJARAHDalam masyarakat melayu penyakit sawan memang
sudah dikenali sejak dahulu lagi. Ia lebih popular dengan gelaran
gila babi atau sawan babi bagi masyarakat melayu. Bagi masyarakat
cina pula, mereka menggelarkannya sebagai sawan kambing. Kedua-dua
gelaran ini jelas menunjukkan rasa jijik masyarakat kita terhadap
penyakit tersebut dengan mengaitkannya dengan nama binatang.
Panggilan-panggilan yang kejam ini adalah tidak berperikemanusiaan
dan boleh menimbulkan kesan negatif yang mendalam di dalam jiwa
kanak-kanak tersebut.Akibat kurangnya pengetahuan tentang penyakit
tersebut, maka ada antara kita yang mengaitkannya dengan rasukan
syaitan ataupun hantu. Lantas, ada ibu bapa yang membawanya
berjumpa dengan bomoh atau dukun untuk mengubatinya dan bukannya ke
klinik atau ke hospital. Ini disertakan pergerakan mereka sewaktu
mengalami epilepsy tersebut. Secara tiba-tiba pesakit akan
terjatuh, badannya terketar-ketar, mulut berbuih dan kemudian akan
tertidur keletihan. Fenomena ini berlaku seperti dirasuk oleh
syaitan.3.6.2 DEFINISIMenurut Kamus Dewan 2002, sawan atau epilepsy
bermaksud penyakit yang dating secara tiba-tiba dan menyebabkan
anggota menjadi kaku, kejang, berbuih mulut dan lain-lain. Epilepsy
adalah sawan serius. Semasa pesakit mengalaminya terdapat perubahan
pada Brain Wave.Epilepsy atau sawan terbahagi kepada dua iaitu
sawan demam dan sawan bukan demam. Sawan demam ialah sawan yang
berpunca dari demam panas dan berlaku dikalangan kanak-kanak yang
berumur diantara enam bulan hingga tiga tahun. Manakala, sawan
bukan demam ialah yang berpunca bukan disebabkan oleh demam panas.
Namun begitu, sawan bukan demam terbahagi kepada tiga. Antaranya
ialah sawan grand mal, sawan petit mal, dan sawan psikomotor. Sawan
grand mal ialah yang ditandai dengan kehilangan ingatan, kekakuan
badan, menahan nafas, jatuh ke tanah melainkan jika ditahan, badan
yang terketar-ketar dan berakhir dengan kelesuan dan tertidur.
Setelah sedar, mereka pening kepala, kebingunggan dan
mengantuk.Selain itu, sawan petit mal pula ialah ditandai dengan
sifat merenung jauh seolah-olah pesakit sedang dilamun mimpi
disiang hari. Kadangkala dia mengenyitkan matanya beberapa kali
secara tiba-tiba atau diikuti oleh pergerakan pada kaki, tangan
atau pipi muka beberapa kali.Manakala, sawan psikomotor pula ialah
perlakuan-perlakuan yang disengajakan, tetapi tidak sesuai dengan
keadaan. Pesakit seolah-olah seperti dirasuk sambil
mendecap-decapkan bibirnya beberapa kali atau melakukan pergerakan
bibirnya seperti menguyah. Pesakit juga mungkin bangun secara
tiba-tiba dari kerusinya dan berjalan sambil membuka baju. Ada juga
yang bercakap sendirian dan menggerak-gerakkan tangannya
seolah-olah memandu kereta. Jika perlakuannya dihalang, pesakit
akan melawan atau pun merasa marah. Sawan psikomotor berlangsung
hanya beberapa minit sahaja dan tidak disertai oleh pengerakkan
badan yang keterlaluan atau pun terjatuh.3.6.3 CIRI-CIRI
FIZIKALSecara umumnya, penyakit epilepsy menyerang kanak-kanak
tidak mengira sama ada kanak-kanak itu di dalam kategori sebagai
kanak-kanak istimewa atau tidak. Di sini bermaksud kanak-kanak
normal juga ada yang mngidap epilepsy. Perkembangan fizikalnya
adalah kognitif dan sosial.Kanak-kanak yang mengalami terencat akal
lazimnya juga akan menghadapi epilepsy, tetapi semua pesakit
epilepsy adalah terencat akal. Ada kanak-kanak yang menghidapi
epilepsy aktif seperti kanak-kanak normal, gembira dan ada kalanya
lebih pandai lagi daripada kanak-kanak normal. Dalam hubungan
sosial pula, kanak-kanak tersebut boleh bergaul dengan kanak-kanak
normal yang lain. Cuma semasa kanak-kanak tersebut mengalami
epilepsy, keadaannya jauh berbeza dengan kanak-kanak normal. Pada
waktu itu, mereka tidak boleh berfikir dan mengingatinya. Keadaan
mereka agak lemah dan kepenatan seterusnya akan tertidur.Bagi
kanak-kanak epilepsy yang mengalami kerencatan akal pula mempunyai
fikiran yang tidak keruan dan merungsingkan. Tindakan mereka diluar
kawalan dan tidak diduga seperti naik marah, membaling
barang-barang, menghantuk kepala, mencederakan diri dan sebagainya.
Emosi dan fikiran mereka tidak stabil apatah lagi apabila diserang
epilepsy.Terdapat masyarakat yang memandang negatif terhadap
kanak-kanak kerencatan akal dan dalam masa yang sama juga mengalami
epilepsy. Oleh kerana itu, pergaulan mereka agak terbatas. Ini
disebabkan, ada yang beranggapan epilepsy boleh berjangkit melalui
air liur yang meleleh. Ibu bapa kanak-kanak tersebut juga kadang
kala tidak membenarkan anak-anak mereka bergaul dengan masyarakat
luar kerana merasa malu mempunyai anak epilepsy.3.6.3 LANGKAH
PENCEGAHANTerdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk
mengelakkan daripada menghidap epilepsy ini. Antaranya ialah jangan
biarkan anak-anak yang mengalami demam yang berpanjangan. Jika
dibiarkan terlalu lama dan suhunya terlalu tinggi akan menyebabakan
anak-anak tersebut mengalami sawan demam. Oleh itu, seharusnya ibu
bapa segera membawanya ke klinik atau pun ke hospital. Terdapat
juga ibu bapa yang mengelap badan kanak-kanak terebut dengan tuala
basah agar suhu badannya akan turun.Selain itu, elakkan kepala
daripada terhantuk dengan kuat terutama dikalangan kanak-kanak.
Hantukan dan pukulan yang kuat boleh menimbulkan masalah saraf di
kepala. Masalah saraf di kepala mempunyai kaitan dengan kerencatan
akal dan hampir semua yang terencat akal mengalami
epilepsy.Disamping itu, dapatkan makanan yang seimbang bagi ibu-ibu
yang mengandung. Makanan yang seimbang ini mengandungi zat dan
vitamin yang diperlukan di dalam badan si ibu dan membantu
pertumbuhan dan perkembangan janin. Kekurangan gula, kalsium, atau
magnesium di dalam darah boleh mengakibatkan epilepsy.Malah,
pastikan keadaan dan kelengkapan yang mencukupi sewaktu menyambut
kelahiran. Ini kerana epilepsy boleh berlaku dikalangan mereka yang
lemas semasa di dalam rahim ibu atau pun ketika dilahirkan. Sering
kali kita mendengar layanan-layanan yang kurang baik diberikan oleh
pihak hospital kepada ibu-ibu yang akan melahirkan anak. Sikap
sambil lewa dan cuai ini kadang kala menyebabkan si ibu bersalin
seorang diri dan akibatnya ank tersebut lemas di dalam rahim atau
pun sewaktu dilahirkan. Walau bagaimanapun, elakkan daripada
terdedah dengan keracunan plumbum khususnya bagi ibu-ibu yang
mengandung. Keracunan plumbum ini termasuklah seperti terdedah
dengan cat, petrol dan sebagainya. 3.7 HIPERAKTIF (Attention
Deficit Disorder)Hiperaktif dipercayai berpunca daripada gangguan
mekanisme sistem saraf pusat (central nerves system). Punca
permasalahan ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor.
Faktor-faktornya ialah genetik, infeksi, kerosakan pada otak dan
masalah persekitaran rumah. Selain itu, ia juga berpunca daripada
keracunan (toksin), kekurangan zat makanan, alahan kepada makanan
dan alahan kepada bahan kimia.Kanak-kanak hiperaktif mempunyai
ciri-ciri tingkah laku seperti tumpuan perhatian yang singkat,
sentiasa resah dan tidak boleh duduk diam. Mereka tidak
mengendahkan arahan ibu bapa atau gurunya dan menunjukkan
kedegilannya serta susah dikawal dan didisplinkan. Oleh itu,
kanak-kanak hiperaktif sering mengalami masalah pembelajaran di
sekolah kerana tabiatnya yang suka merayau-rayau, tidak boleh duduk
diam di tempatnya dan tidak mendengar arahan guru.
Adakalanya, kanak-kanak hiperaktif juga mempamerkan ciri-ciri
perkembangan bahasa yang lambat. Kesemuanya ini akan menyebabkan
dia tidak digemari oleh kanak-kanak lain dan mereka sering terasa
terasing. Kanak-kanak yang sebegini sering menyulitkan gurunya yang
kebiasaannya terpaksa menjaga empat puluh orang murid dalam satu
kelas. Mereka tidak boleh menerima perhatian yang khusus pada murid
ini sahaja.Selain itu, kanak-kanak hiperaktif ini juga mempunyai
keupayaan intelek yang baik tetapi oleh kerana sikap resah dan
perangai impulsifnya, mereka sukar dikawal di dalam suasana sekolah
biasa. Kank-kanak seperti ini memerlukan latihan khas berbentuk
modifikasi tingkah laku untuk meningkatkan tumpuan perhatiannya
serta latihan yang menggunakan pendekatan satu dengan satu.
Guru-guru perlu sering meberikan peringatan kepada murid-murid ini
sama ada isyarat atau mengetuk meja untuk mendapatkan perhatiannya
dari semasa ke semasa. Adakalanya, pakar kanak-kanak perlu memberi
ubat-ubat yang khusus yang bertujuan untuk mengurangkan keresahan
agar boleh menjalani latihan dan program pendidikan dengan lebih
berkesan lagi.Walau bagaimanapun, hiperaktif ini mempunyai
ciri-cirinya yang tersendiri. Ciri-ciri khususnya ialah aktiviti
fizikal yang agresif dan berlebihan serta tindakan yang berlebihan
terhadap rangsangan cahaya, bunyi, dan warna. Selain itu, mereka
ini tidur tidak tetap dan terlalu kerap menangis atau ketawa.
Disamping itu, mereka sukar memberi tumpuan terhadap permainan atau
kerja yang dilakukan dan mengubah aktiviti atau tindakan secara
mengejut. Malah, mereka sering mengamuk bila kehendaknya dihalang
dan sukar menyesuaikan diri serta berinteraksi dengan rakan sebaya.
3.8 SINDROM DOWN3.8.1 Apa itu Sindrom Down Ramai telah mendengar
namun, ramai juga yang cetek pengetahuan mengenainya. Ia bukan
sejenis penyakit yang moden atau orang kaya malah sindrom down (SD)
tidak dikatakan penyakit. Sindrom Down tidak boleh diubati dan ia
terjadi pada kadar satu bagi setiap 650 kelahiran. Perkembangan
mental dan fizikal kank-kanak sindrom down lambat berbanding dengna
kanak-kanak biasa. Oleh itu akank-kanak sindrom down perlu
pendidikan khas seawal mungkin agar dapat membawa mereka berdikari.
Sindrom Down terbahagi kepada tiga iaitu Trisomi, Traslovation dan
Mesiac. Tidak kira jenis Sindrom Down, kanak-kanak Sindrom Dwon
boleh dikenali melalui wajah mereka yang hampir sama. Sindrom Down
ialah penyakit konginetal apabila seseorang dilahirkan mempunyai
tiga salinan kromosom ini. Sebab itu jugalah, Sindrom Down di rujuk
dengan nama Trisomi 21. Dengan erti kata lain, mereka mempunyai
satu kromosom terlebih yang menyebabkan mereka dikategorikan
Sindrom Down dan lain-lain kromosom mereka adalah normal.3.8.2 Apa
itu kromosom Kromosom adalah struktur yang terdapat nucleus sel-sel
yang mengandungi maklumat yang di warisi daripada ibu dan bapa. Ia
mengandungi kod genetik yang mengawal dan mengarah pembahagian
pertumbuhan dan fungsi sel. Seorang individu normal mempunyai 46
kromosom, setiap 23 di warisi daripada ibu. Manakala bakinya di
warisi daripada bapa. Setiap individu mempunyai kod genetic yang
unik (kecuali kembar seiras)Keunikan inilah yang menyebabkan
penampilan fizikal setipa individu yang berbeza-beza. 3.8.3 SEJARAH
SINDROM DOWNPenyakit ini sebenarnya sudah diketahui sejak 1860 oleh
Dr.Langdon Down dari Inggeris, tetapi baru pada awal tahun 60-an
ditemukan diagnosisnya secara pasti iaitu dengan pemeriksaan
kromosom. Dahulu nama penyakit ini dikenal dengan nama Mongoloid
atau Mongolism kerana penderitanya mempunyai gejala klinik yang
khas, iaitu wajahnya seperti bangsa Monggol dengan mata yang sepet
dan bujur ke atas. Tetapi setelah diketahui bahawa penyakit ini
terdapat pada seluruh bangsa di dunia dan adanya tuntutan dari
perintah negara Mongolia yang menganggap kurang sesuai terhadap
pemberian nama tersebut , maka dianjurkan untuk mengganti nama
tersebut dengan Sindrom Down .Terdapat beberapa kajian yang telah
dilakukan oleh para saintis luar negara .Pada tahun 1866 , seorang
ahli fizik berbangsa Inggeris , John Lagdon Down ( 1828 1896 )
telah menerbitkan penerangan pertama di dalam dunia perubatan
mengenai individu yang dilahirkan sebagai Sindrom Down .Kajian
seterusnya dilakukan pada tahun 1959 oleh Jerome Lejuene , seorang
ahli fizik dari Perancis . Beliau telah menemui penambahan kromosom
pada kromosom yang ke -21 . Bagi orang normal , bilangan kromosom
21 adalah 2 tetapi bagi pengidap Sindrom Down mempunyai 3 kromosom
.Pada tahun 1990, kromosom 21 adalah kromosom pertama yang
dirajahkan secara penuh .3.8.4 CIRI CIRI MASALAH FIZIKAL SINDROM
DOWN3.8.4.1 Sifat Pada Kepala , Muka , Dan Leher Kanak kanak
Sindrom Down mempunyai ciri ciri fizikal yang unik di mana mereka
mempunyai iras muka yang hampir sama seperti muka orang Monggol .
Mereka juga mempunyai pangkal hidung yang kemek .Jarak diantara dua
mata jauh dan berlebihan kulit di sudut dalam .Mata mereka sentiasa
berair dan merah serta mempunyai mata yang sepet iaitu bahagian
luarya naik ke atas dan terdapat lipatan pada kedua- dua sisi
hidung yang menutupi bahagian dalam mata .Saiz mulut adalah kecil
yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat . Saiz lidah yang
tebal , kasar , dan pendek menyebabkan lidah selalu terjelir
.Pertumbuhan gigi mereka adalah lambat dan tidak teratur .Paras
telinga adalah lebih rendah . Kebiasaannya kepala mereka adalah
lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan ke belakang manakala
lehernya agak pendek .
3.8.4.2 Sifat Pada Tangan dan Lengan Sifat- sifat yang jelas
pada tangan adalah mereka mempunyai jari- jari yang pendek dan jari
kelingking membengkok ke dalam tapak tangan yang lebar dan pendek
.Kebiasaannya tapak tangan mereka hanya terdapat satu garisan .Jari
dan tangan mereka adalah lebar dan pendek serta berbonggol .
3.8.4.3 Sifat Pada KakiKaki agak pendek dan jarak di antara ibu
jari kaki kedua agak jauh terpisah dari tapak kaki .
3.8.4.4 Sifat Pada OtotKanak-kanak Sindrom Down mempunyai otot
yang lemah menyebakan mereka menjadi lembik dan menghadapi masalah
lewat dalam perkembangan motor kasar .
3.8.4.5 Ciri-Ciri Lain Kanak-kanak Sindrom Down juga mempunyai
ciri-ciri lain seperti berbadan gempal dan rendah serta agak
bongkok . Mereka juga majority adalah berambut lurus dan lembut .
Kebiasaanya, kanak-kanak ini juga suka bermanja, bermain dan
bergembira diamna mereka mudah mesra serta dapat bergaul dengan
baik . IQ mereka pula adalah di antara 30-80 . Kebiasaannya,
kecacatan mereka dapat dikesan sebaik selepas lahir .
3.8.5 PUNCA-PUNCA KEJADIAN Bagi ibu-ibu yang berumur 35 tahun ke
atas semasa mengandung mempunayi risiko ynag lebih tinggi untuk
melahirkan anak Sindrom Down . Sembiloan puluh lima peratus ( 95%)
Sindrom Down disebabkan oleh kelebihan kromosom 21 . Keadaan ini
disebabkan oleh kon-dysjustion kromosom yang terlibta itu adalah
kromosom dua puluh satu di mana semasa proses pembahagian sel
secara mitosis pemisahan kromosom dua puluh satu tidak berlaku
dengan sempurna . Di kalangan lima peratus (5%) lagi kanak-kanak
Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan tranlocation.
Keadaan biasanya berlaku oleh pemindahan bahan genetic dari
kromosom 14 kepada kromosom 21. Bilangan kromosomnya normal iaitu
23 pasang atau jumlah kesemua 46 kromosom. Mekanisna ini biasanya
berlaku apda ibu-ibu di peringkat umur yang lebih muda . Sebahagian
kecil Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan
mossic.
3.8.6 JENIS-JENIS SINDROM DOWN 3.8.6.1 TrisomiKanak-kanak
Sindrom Down adalah kanak-kanak yang menghadapi masalah fizikal,
emosi dan intelek . Kanak-kanak jenis ini adalah berlaku disebabkan
penambahan pasangan kromosom 23+1 (pada kromosom nombor 21) yang
sepatutnya 46 menjadi 47 .Kelahiran Sindrom Down jarang berlaku di
dalam sesebuah keluarga . Menurut kajian nisbah kelahiran bagi ibu
yang berumur kurang 25 tahun ialah 1:2000 kelahiran manakala nisbah
kelahiran bagi ibu ynag berusia 35-39 tahun adalah 1:50 kelahiran
dan bagi ibu ynag berusia 40 tahun nisbah kelahiran adalah pada
nisbah 1:30 kelahiran . Darjah kecerdasan Sindrom Down jenis
trisomi ini ialah antara 50%-80% . 3.8.6.2 Translocation Kelahiran
jenis ini tidak membabitkan kebaikan kromosom dalam darah ibu
hamil. Sindrom Down (translocation) ini terjadi dalam dua cara
.Cara yang pertama ialah apabila secebis kromosom nombor 14
bercampur dengan kromosom nombor 21 . Jika ibu pembawa
kebarangkalian mendapat anak Sindrom Down adalah 10%-25%. Jika bapa
pembawa kebarangkalian untuk mendapat anak Sindrom Down adalah
3%-5%.Cara kedua yanbg terjadi apabila secebis kromosom yang
bernombor 21 bercampur dengan nombor yang sama . jika ibu pembawa
kebarangkalian mendapat anak Sindrom Down ini ialah di antara
50%-80%. 3.8.6.3 MosaicSindrom Down jenis ini adalah tidak ketara
pada wajah murid-murid dan tidak 100% Sindrom Down . Kerosakan
mental bagi murid-murid ini tidak teruk . Darjah kecerdasannya
adalah 80%-90%. 3.8.7 MASALAH KESIHATAN 3.8.7.1Masalah
JantungMasalah jantung yang paling kuat berlaku adalah jantung
berlubang seperti Ventricullar Septal Defect (ASD) iaitu jantung
berlubang di antara arteri kiri dan kanan . Masalah lain adalah
termasuk salur ateriosis yang berkekalan ( Patent Ductus Ateriosis
/ PDA) .Bagi kanak-kanak ini boleh mengalami masalah jantung
berlubang jenis kebiruan (Cynotic Spell) dan susah bernafas .
3.8.7.2 Masalah Usus Masalah usus biasanya dikesan semasa awal
kelahiran seperti :1. Salur esophagus yang terbuka (atresia)
ataupun tiada saluran sama sekali di bahagian yang tertentu
esofagus. Biasanya ia dapat di kesan semasa ia berumur 1-2 hari di
mana bayi mengalmai masalah menelan air liurnya atau dikesan oleh
doktod atau jururawat kerana mereka tidak dapat memasukkan tiub
untuk menyedut air perut semasa baru lahir . 2. Salur usus kecil
duodenum yang tidka terbuka penyempitan yang dinamakan Hirshprung
Disease. Keadaan ini disebabkan oleh sistem saraf yang tidak normal
di bahagian rektum . biasanya bayi akan mengalami masalah pada hari
kedua dan seterusnya selepas kelahiran di mana perut membuncit dan
susah untuk buang air besar . 3. Salur usus rektum atau bahagian
usus yang paling akhir (dubur) yang tidak terbuka langsung atau
penyempitan yang dinamakan Hirshprung Disease. Keadaan ini
disebabkan oleh sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum .
Biasanya bayi akan mengalami masalah pada hari kedua dan seterusnya
selepas kelahiran di mana perut membuncit dan susah untuk buang air
besar . 3.8.7.3 Masalah Lain Kanak-kanak Sindrom Down mungkin
mengalami masalah Hipotiroidism iaitu kurang hormone tairiod .
masalah ini berlaku di kalangan 10% kanak-kanak Sindrom Down .
Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai ketidakstabilan di tulang-tulang
kecil di bahagian leher boleh menyebabkan berlakuany penyakit
lumpuh di mana ianya berlaku di kalangan 10% kanak-kanak Sindrom
Down . Sebahagian kecil mereka mempunyai risiko untuk mengalami
kanser sel darah putih iaitu leukemia . Selain itu kanak-kanak
Sindrom Down mudah mendapat selesema, radang tengkorok dan radang
paru-paru . Mereka juga menghadapi masalah kurang pendengaran dan
penglihatan yang kurang jelas 3.8.8.LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
Walaupun Sindrom Down sejenis penyakit yang di anggap serius tetapi
ia boleh di cegah . Terdapat beberapa langkah dalam pencegahannya .
Pencegahan tersebut meliputi ibu-ibu yang mengandung . Para ibu
sememangnya tidak digalakkan untuk mengandung setelah usia mereka
mencecah atau melebihi 35 tahun . Tetapi keadaan ini sememangnya
menjadi masalah pada masa kini kerana kebanyakkan golongan wanita
lebih cenderung atau lebih mementingkan kerjaya daripada memikirkan
tentang rumah tangga . Oleh itu mereka telah mengambil langkah
untuk berkahwin lambat . Keadaan ini telah menyebabkan mereka lewat
mengandung dan kesuburan mereka akan terjejas . Oleh itu,
terdapatnya pelbagai informasi yang disiarkan oleh media massa kita
hendakklah mengambil berat tentangnya kerana ia boleh dijadikan
panduan dalam kehidupan berkeluarga .Jika seseorang ibu pernah
mengalami masalah keguguran atau pernah melahirkan anak yang cacat,
mereka hendaklah merujuk kepada doktor atau pakar . Cara yang
sebegini adalah untuk mengetahui punca-punca yang menyebabkan
kelahiran anak cacat ataupun Sindrom Down . Melalui pemeriksaan ini
juga , kita dapat mengetahui penyebabnya, seterusnya ibu itu boleh
mengambil langkah pencegahan yang segera . Kita amat mementingkan
pencegahan adalah disebabkan kerana jika kehamilan sudah terjadi,
pencegahan untuk merawtanya tidak mungkin lagi dapat dijalankan
walaupun dengan melakukan pemeriksaan darah atau kromosom dari
cairan serta ari-ari seseorang seperti yang telah dinyatakan .
Disamping itu dengan adanya kemudahan teknologi yang cangggih dalam
bidang perubatan sekarang, ibu-ibu yang mengandung kini boleh
menjalani ujian untuk mengesan gejala Sindrom Down sebagai langkah
pencegahannya . Kaedah ujian ini adalah satu langkah pencegahan
yang boleh dilakukan dalam tempoh yang terdekat iaitu dalam tempoh
bulan pertama ketika kehamilan sedang berlaku . Prosedur ini tidak
mendatangkan kesan serta menyakitkan si ibu . Ia juga kurang
merbahaya bagi bayi di dalam kandungan dan kaedah ini juga tidak
melibatkan pengmbilan cecair dari dalam rahim ibu . Namun begitu,
wanita yang berusia 37 tahun dan ke atas berkemungkinan anak atau
bayi Sindrom Down adalah kira-kira satu dalam setiap 138 kehamilan
di dunia . Oleh itu, prosedur yang terbaru yang dikenali sebagai
Ujian Imbasan Kehamilan Tiga Bulan Pertama, atau FTPS dapat
memberikan penilaian yang lebih tepat mengenai kemungkinan Sindrom
Down . Ujian boleh dijalankan oleh ibu-ibu mengandung dari minggu
11 hingga minggu 14 kehamilannya . 3.8.9 UJIAN MENGESAN ANAK YANG
CACAT Jika seseorang wanita itu menglami kehamilan, maka mereka
boleh melakukan ujian untuk diuji selnya bagi bayi yang sedang
membesar dalam kandungannya . Ia merupakan satu kaedah yang baru
dan ia juga dinamai sebagai Penempelan Vilus Korion dan kaedah ini
membolehkan seseorang doktor mengambil sel ini pada minggu yang
kelima kehamilannya . Kaedah tersebut dilakukan dengan memasukkan,
satu tiup pig yang halus serta melalui vagina ibu seterusnya ke
adlam uterus . Dengan bantuan Ultrasound juga, ia dapat memberikan
gambaran tentang kandungan uterus dan koroin, iaitu sau membran
yang melingkumi bayi dalam kanduang yang sedang membesar itu .
Seterusnya penyedut akan digunakan untuk mengeluarkan satu sample
Vilus Korion, melaluinya sambungan bak pokok bagi Korion dapat di
lihat . Sel-sel ini dalah merupakan sel yang mengandungi kromosom
dan genetic ynag sama seperti bayi dan ia boleh diuji bagi
pengesanan sebarang kecacatan genetik . Contohnya, satu Kariotip
akan menunjukkan sama ada bayi yang akan dilahirkan pengidap
Sindrom Down atau sebaliknya . Di samping itu juga, terdapat dua
lagi akedah ujian yang lain boleh digunakan untuk mengumpul sel
bagi melakukan ujian . Amniosentesis dilakukan pada kira-kira
minggu keenam belas kehamilan si ibu . Manakala bagi
amniosentesis,. Sebatang jarum panjang yang digunakan untuk
mengeluarkan sedikit bendalir Amnium dan sel fetus . Selepas sel
dikultus, maka analisis serta ujian kromosom yang boleh mengesan
kekurangan biokimia boleh dijalankan . Dalam fetoskopi, serta
periskop yang kecil denga satu sumber cahaya sejuk disisipkan
melalui satu belahan yang kecil di dalam uterus . Melalui kaedah
ini ia membolehkan kita melihat sebahagian kecil fetus di dalam dan
mengambil sampel kulit serta darah bagi tujuan untuk dilakukan
ujian . 3.9 MURID PINTAR CERDAS 3.9.1 DEFINISI Ahli biologi
mengatakan pintar cerdas sebagai kebolehan luarbiasa yang dimiliki
oleh seorang individu yang melakukan adaptasai dan manipulasi
terhadap keadaan dan perubahan persekitaran . Sebagai contoh ialah
sensitive dan juga diam . Stanford Binet (1916) pintar cerdsa
merupakan kepada keupayaan seseorang untuk memahami, membuta
pertimbangan dan penakulan denagn bijak . Manakala Lewis Terman
(1916) pula menyatakan bahawa pintar cerdas sebagai individu ynag
berkebolehan berjiwa secara abstrak iaitu lebih jauh daripada orang
biasa .Mengikut pendapat Marland (1972) kanak-kanak yang
dikenlapasti oleh pihka yang berkelayakkan profesional sebagai
individu ynag memiliki kebolehan tinggi dan berkeupayaan mencapai
kecemerlangan . Di samping itu, menurut pusat perkembangan
kurikulum Malaysia , pintar cerdas adalah kanak-kanak yang maju
dalam pembelajaran dan menerima pelajaran lebih awal dan cepat
daripada kanak-kanak normal . Mereka dapat membuat kerja sekolah
dengan cepat, sempurna serta mempunyai bakat menyeluruh dalam
bidang yang tertentu . Kesimpulannya ialah pintar cerdas merangkumi
satu kombinasi yang istimewa dan tinggi, (Superiol General
Abilities), pencapaian kreatif pada tahap yang lebih bermotivasi
tinggi untuk belajar dan berjaya .3.9.2 PUNCA-PUNCA PINTAR
CERDAS3.9.2.1 Faktor Genetik Perwarisan daripada ciri-ciri fizikal
ibu bapa, boleh dibeza-beza jika di lihat persamaan dan perbezaan
anak-naka dalam keluarga . Kebanyakkan pakar bersetuju bahawa asas
potensi mental seseorang sememangnya diwarisi daripada ibu bapa .
Namun begitu tiada alat yang dapat mengukur kebenaran faktor
genetik . 3.9.2.2 Faktor Persekitaran Pengalaman melalui asuhan
merupakan salah satu daripada factor yang lebih dominan dan
membnatu dalam perkembangan serta meningkatkan kepintaran
seseorang. Keadaan sekeliling seseorang individu yang membesar
adalah faktor penentu untuk menentukna sejauhmana bakat dan
kepintaran yang diwarisi berkembang .3.9.3 CIRI-CIRI MASALAH
FIZIKAL PINTAR CERDASCiri-ciri kanak-kanak yang mengalamai masalah
fizikal dalam pintar cerdas ialah mempunyai semangat inkuiri dan
perasaan curiga . Kebolehan yang luar biasa, suka bertanya dan
berminat untuk mendapatkan jawapan yang terkini . Mereka yang
terdiri dariapda golongan ini juga berciri-cirikan seperti sangat
kreatif teruatamyan dalam menguasa dalam kemhairan yang mampu untuk
menghasilkan sesuatu yang abstrak da mempunyai idea-idea yang
kreatif dan kadang kala mereka di anggap pelik . Di Samping itu,
mereka juga bercirikan seperti suka mencuba sesuatu yang dianggap
sukar oleh orang lain . Mereka juga boleh bercakap, membaca,
menulis dan memahami percakapan orang dewasa pada peringkat umur
yang awal dan mempunyai perbendaharaan kata yang kemas . Selain
itu, mereka juga dikatakan mempunyai tahap penumpuan yang lama
terhadap sesuatau perkara terutamanya dalam aspek kemahiran dan
mereka juga mempuyai tenaga yang banyak dan dikatakan begitu aktif
serta mampu bersesosial dengan cepat . Kanak-kanak yang
diketegorakan dalam masalah ini juga mempunyai daya keistimewaan
yang hampir sama dengan kanak-kanak normal ynag biasa . Mereka juga
turut mempunyai daya kepimpinan dan ketua yang lebih dominant serta
superior di kalangan rakan sebaya . 3.9.4 MASALAH
KESIHATANJENIS-JENIS KECERDASAN DAN KEBOLEHAN ( DR.GARNER )3.9.4.1
Verbal-LinguistikMereka berkebolehan dalam menggunakan kata-kata
secara berkesan dalam lisan dan penulisan .Golongan ini juga amat
peka terhadap pelbagai fungsi bahasa terutamanya kebolehan dalam
merangsang emosi . 3.9.4.2 Logik dan Matematik Kebolehan dalam
menakluk, menyelesaikan masalaah yang komplek, membuat perkaitan
seperti menyoal, kritis, cekap dalam membuat pengiraan dan
perbandingan . Mereka juga cukup cekpa dalam menyelesaikan masalah
yang berkaitan dengan komputer . 3.9.4.3 Existentian Kanak-kanak
ynag terdiri daripada golongan pintar cerdas adalah amat berminat
tentang hayat, evolusi manusia dan kematian . 3.9.4.4 Visual-Ruang
Mereka berkebolehan dalam mengesan dan menggambar bentuk,
ruang,warna dan garisan. Selain itu mereka berkebolehan dalam
mempersembahkan idea visual dan mengesan grafik . Berkebolehan juga
dalam bidang seni, kreatif dalam menggunakan warna, membaca peta
dan mempunyai daya imaginasi yang kuat . 3.9.4.5 Muzik Kanak-kanak
dari masaalh pintar cerdas adalah amat berkebolehan dalam mengsan
nada, melodi termask kemahuan dalam mengenal logo dan mengubah
tempo / irama dalam melodi yang mudah . Mereka juga boleh
merekodkan memori auditori . Murid yang mempunyai kecerdasan ini
gemar belajar dalam masalah pengjaran lisan dan suka akan aktiviti
yang jenis bersifat tarian . 3.9.4.6 InterpersonalKebolehan dalam
memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrta orang lain. Mereka
boleh bekerjasama dalam kumpulan serta berkomunikasi secara lisan
atau tanpa lisan . Murid-murid ini yang tergolong dalamkecerdasan
ini akan belajar dengan lebih berkesan lagi melalui pembelajaran
koorperatif, pengajaran dengan rakan sebaya akan penglibatan dalam
perbincangan kelas . Kebolehan dalam menjayakan sesuatu perhubungan
dan kebolehan bersosialis. Selain itu, murid-murid daripada masalah
pintar cerdas ini juga berkebolehan dalam memahami diri sendiri
dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat dan keinginan termasuk
kemahiran yang membandingkan diri sendiri dengan orang lain dan
mengetahui bagaimana untuk mengawal perasaan . Mereka juga turut
berkebolehan dalam memahami perasaan orang lain dan mempunyai daya
tumpuan dan refleksi yang tinggi dan golongan pintar cerdas ini
juga suka bekerja secara bersendirian . 3.9.4.5 Kinestetik
Berkebolehan dalam menggunakan badan untuk menyatakan idea,
perasaan dan untuki menyelesaikan masalah termasuk masalah fizikal
seperti koordinasi, fleksibiliti, kepantasan dan keseimbangan
.Murid-murid pintar cerdas ini juga amat mahir dalam memanipulasi
objek dan aktiviti yang melibatkan motor halus dan motor kasar
NATURALS.Di samping itu juga mereka juga turut berkebolehan dalam
mengenal, mengklasifikasi dan menghargai tumbuhan bahan galian dan
haiwan serta berkebolehan dalam melihat perhubungan dan pula yang
rapat antara tumbuhan dan juga antara kehidupan haiwan . 3.9.5
Perkembangan Fizikal Pada dasarnya kanak-kanak pintar cerdas
mengalami pertumbuhan fizikal yang sama . 3.10 KERENCATAN AKAL
Golongan yang mudah mengalamai masalah kerencatan akal adalah
terdiri daripada kanak-kanak yang lewat dalam perkembangan
berbanding dengan kanak-kanak normal . Kelewatan itu bergantung
kepada tahap ( degree ) iaitu sejenis kerencatan yang di alami oleh
seseorang kanak-kanak . Selain itu kelemahan mereka juga kurang
jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang seumur dengan mereka .
Kanak-kanak terencat akan memerluikan masa yang lama untuk
mempelajari sesuatu kemahiran jika dibandingkan dengan kanak-kanak
normal . Hanya sebahagian kecil sahaja , kanak-kanak yang
dilahirkan cacat atau tidak normal dan sebahagian besranya sihta
dan normal . Sunggguhpun begitu kanak-kanak yang sihat dan normal
ini tidak semuanya akan mejadi orang dewasa yang normal . Terdapat
beberapa bahaya yang perlu dihadapi dan juga ditempuhi oleh
kanak-kanak ini semasa membesar seperti bahaya biologi atau dari
alam sekitar . Bahaya-bahaya ini boleh mengakibatkan keadaan yang
tidak normal ini lebih dikenali sebagai kanak-kanak khas .
Kanak-kanak khas adalah kanak-kanak yang berbeza daripada
kanak-kanak biasa dari segi ciri-ciri fizikal dan psikologis .
Program-program sekolah biasa di bentuk untuk kanak-kanak normal
tidak dapat memberi peluang penyesuaian dan perkembangan yang
optimum bagi kanak-kanak ini . Mereka memerlukan pelajaran yang
khas atau dalam kes-kes yang tertentu memerlukan khidmat pembantu
atau kedua-duanya sekali untuk mencapai taraf yang sepadan dengan
keupayaan mereka . 3.10.1 IMPLIKASI KERENCATAN AKAL TERHADAP
PERKEMBANGAN FIZIKAL, MENTAL, SOSIAL, EMOSI, SAHSIAH DAN PERTUTURAN
/ PEROLEHAN BAHASA.1. Beberapa jenis kecacatan fizikal terdapat di
kalangan mereka yang terencat akal . Antaranya ialah kecacatan
kederiaan, kecacatan motor dan epilepsy. Sebahagian daripada orang
ynag terencat akal akan mengalami kecacatan penglihatan atau
pendengaran . Kecacatan motor yang mungkin terdapat termasuklah
spastisiti, ataksia dan atetosis . Epilepsi biasanya berlaku dalam
kes-kes kerencatan yang tinggi atau yang teruk sahaj iaitu apabila
terdapat kerosakan otka yang jelas .2. Dari segi perkembangan
mental mereka yang terencat akal mempunyai kemahiran yang tidka
menentu dan mereka mempunyai tahap intelektual ynag berbeza-beza.
Mereka juga menunjukkan prestasi yang rendah dalam semua jenis
tugas seperti pembelajaran, ingatan, penggunaan konsep dan
penyelesaian masalah . Mereka mudah lupa akibta hilang ingatan
seketika dan gemar bertanya soalan yang berulang-ulang atau
menceritakan sesuatu yang berulang kali . 3. Mereka yang mengalami
kerencatan akal akan menghadapi kesulitan didalam perkembangan
sosial daripada perkara-perkara berikut seperti memahami hubungan
sosial, membentuk tali persahabatan, memahami fikiran dan perasaan
orang lain dan mengekalkan hubungna mata .4. Dari segi perkembangan
emosi dan sahsiah, mereka yang mempunyai kerencatan akal mempunyai
tingkah laku yang boleh menimbulkan masalah pembelajaran biasanya
akan dipengaruhi oleh kecenderungan hiperakif, gangguam perhatian,
suka mengikut perasaan, ragam emosi yang kuat berubah, kelemahan
koordinasi pergerakan umum dan lambat memberi gerak balas . Mereka
juga menunjukkan tingkah laku yang bemacam-macam ragam dan pelik,
selalu mengalami perasaan takut dan cemas dan sentiasa mengelka
drai bercakap dan bermain bersama rakan yang lain . Mereka lebih
suka bermain secara bersendirian .5. Implikasi terhadap
perkembangan pertuturan atau perolehan bahasa mereka ini mempunyai
tahap kefahaman bahasa yang rendah dan tahap penggunaan bahasanya
terbantut . Bahasa mereka juga agak ganjil dan sukar difahami .
Mereka yang terencat akal ini akan mengalami kesulitan dalam
memahami pertuturan, kesulitan memahami isyarat ( badan, tangan,
mimik muka ), kesulitan dalam mengguankan bahasa, lewat atau tiada
langsung perkembangan bahasa dan terdapat juga echolalia iaitu
mengulang percakapan orang lain . 3.10.2 MASALAH KESIHATAN
Faktor-faktor yang membawa kepada berlakuanya kecacatan terencat
akal ini ialah seperti berikut : 1. keadaan ganjil kromosom 2.
vairus3. penyakit kuning 4. encephalitis5. otak dalam keadaan luar
biasa ( Deformation ) dan bayi itu tidak sedakan diri apabila
dilahirkan . * Kebanyakkan susah untuk mengesan apa yang
menyebabkan kecacatan akal . 3.11 MASALAH TINGKAH LAKU
3.11.1 Apakah Tingkah Laku
Tingakah laku bermaksud perangai, gerakgeri, kelakuan, perangai
atau perbuatan. Ia dilakukan oleh individu atau seseorang apabila
individu berkenaan apabila berasa mahu melakukannya setelah
menerima arahan-arahan dari sistem saraf pusat iaitu otak . Tingkah
laku merupakan gerakan-gerakan fizikal yang dapat diperhatikan .
Tingkah laku juga dapat menggambarkan keadaan emosi seseorang sama
ada ia gembira, sedih atau sebagainya.
3.11.2 Apakah Normal
Normal pula membawa pengajaran sesuatu keadaan atau suasana yang
biasa berlaku atau perkara yang sememangnya sepatutnya terjadi
sebagaimana yang dikehendaki mengikut norma-norma yang tertentu .
Jika sekiranya ia tidak berlaku, ataupun jika ia berlaku tetapi ia
tidak mengikuti garis panduan yang tersedia maka ia dianggap telah
terpesong atau terkeluar dari kebiasaanya ia berlaku .
3.11.3 Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Tingkah Laku Normal
Tingkah laku normal adalah perangai, kelakuan, perbuatan dan
gerakgeri yag kebiasaanya dilakukan oleh setiap kanak-kanak
mengikut peringkat-peringkat perkembangan dan pencapaiannya yang
berdasarkan kepada umur masing-masing .
Melalui pemerhatian tingkah laku yang telah dibuat terhadap
seseorang kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran, maka dapat
dilihat bahawa tingkahlaku-tingkahlaku yang dipamerkan oleh mereka
telah dianggap terpesong dari tingkah laku yang di anggap normal
.
3.11.4 Apakah Tingkah Laku Terpesong
Keseluruhan semua tingkah laku yng dilakuakn oleh kanak-kanak
bermasalah pembelajaran ini juga dilakukan oleh kanak-kanak normal
yang lain . Nmaun tingkah laku yang dilakuakn oleh kanak-kanak
bermasalah pembelajaran ini dianggap terpesong kerana
perkara-perkara berikut :1. Jangka Masa Tingkah Laku BerlakuTingkah
laku yang dilakuakn oleh kanak-kanak beramsalh pembelajaran pada
kebiasaanya memakan tempoh masa yang agak lama dari kanak-kanak
normal . Contohnya , Saiful kalau ia menangis memakan masa untuk
berhenti , malah kadang-kadang denagn aktiviti-aktiviti yang lain
kerana ia akan menjadi lebih marah . Berbeza dengan kanak-kanak
normal ia berlaku sekejap sahaja dan akan pulih bila ia dipujuk
atau bila telah tertarik dengan perkara-perkara lain . 2. Kekerapan
Tingkah Laku BerlakuBagi aknak-kaank yang bermasalah pembelajaran
tingkahlaku-tingkahlaku yang bersifat negative telah kerapberlaku
dari tingkahlau yang bersifat positif. Umpamanya kanak-kanak
bermasalah pembelajaran lebih kerap mengalami tantrum dari
kanak-kanak normal . Ini disebabkan mereka tidak dapat mmbuat
altenatif lain untuk mengatasi sesuatu perkara yang berlaku ke atas
dirinya . Terutama jika ia merupakan sesuatu masalah kepada mereka
. Bagi mereka ini merupakan jalan atau cara yang berkesan dan mudah
untuk berkomunikasi dengan orang lain . 3. Kesesuaian Dan
Ketidaksesuaian Waktu Berlaku Kanak-kanak bermasalah pembelajaran
seringkali melakuakn tingkahlaku-tingkahlaku ini bersesuaian dengan
waktu, masa, ketika dan suasana . Contohnya dalam situasi
pembelajran yang berlaku sepatutnya saiful bolrh duduka beri
tumpuan keapda apa yang gurunya sampaikan . Tetapi adalah
sebaliknya yang berlaku . Ataupun dalam suasana yang gembira, riang
dan seronok contoh ketika ada parti hari lahir, tiba-tiba saja ia
boleh menjerit dan menangis dan sebagainya . Kanak-kanak ini tidak
dapat mengadaptasikan tingkahlaku yang akan dilakukannya deangna
keadaan persekitarannya . Mereka akan melakukan tanpa menghiraukan
apa yang sedang terjadi di persekitaranya . 4. Tingkahlaku Tidak
Selaras Dengan UmurnyaDidapati tingkahlaku yang ditunjukkan oleh
kanak-kanak bermasalh pembelajaran ini tidak selaras dengan umur
mereka. Kebiasaanya walaupaun umur mereka telah mencapai 7, 8 ,dan
9 tahun , tetapi mereka masih lagi menunjukkan sikap atua sifat
seperti kanak-kanak yang berusia dalam 4 tahun . Mereka masih lagi
manja tidak suka berdikari tiada perasaan marah ataiu bercakap
sendiri dan sebagainya yang sepatutnya tidak lagi dilakukan oleh
mereka dalam usia sebegitu . Mereka juga sering mengamuk bila
kehendaknya tidak dituruti . Sepatutnya mereka telah dapat
membezakan antara yang baik dan yang buruk .5. Lambat Memberikan
Respon Kanak-kanak bermasalah pembelajaran lambat memberikan respon
kepada rangsangan-rangsangan yang diberikan . Mereka tidak
menunjukkan perasaan minat atua tertarik keapda sesuatu pada
pandangan kali pertama. Walaupun ia anggap menarik oleh mereka yang
normal . Contohnya Saiful, ia tidak akan memberikan perhatiannya
kepada gurunya jika sekiranya gurunya tidak merangsang dengan
benda-benda yang diminatinya terlebih dahulu . Keadaan ini berlaku
kerana sistem saraf pusat iaitu tidak dapat berfungsi secara
optimum kerana telah mengalami masalah seperti kerencatan di
bahagian yang tertentu,berlainan dengan otak kanak-kanak yang
normal. Oleh yang demikian ia tidak dapat memberikan maklumat yang
tepat kepada emosi dan tigkahlaku kanak-kanak berkenaan 3.12
MASALAH KECACATAN MULTIPAL ATAU MASALAH BERGABUNG
Kanak-kanak jenis ini mempunyai dua atau beberapa kecacatan .
Ini termasuklah cacat penglihatan dan pendengaran iaitu buta dan
pekak, terencta akal dan cerebralpalsy, aphsia dan pekak dan
lain-lain gabungan kecacatan lagi . Gangguan psikologi adalah
kecacatan tambahan lagi kanak-kanak ini, yang timbul akibat dari
kekecewaan disebabkan oleh kecacatan multipal itu . Di antara kes
yang serius ialah mereka yang mengalami kecacatan dua atau lebih
daripada dua pancarindera . Keadaan ini disebabkan sumber
rangsangan kanak-kanak itu kurang berfungsi dengan baik . Mangsa
kecacatan ini yang sangat terkenal ialah Helen Keler .
Kanak-kanak perkembangannya dihalang oleh cerebral palsy dan
terencat sama ada disebabkan buta atau pekak, mempunyai peluang
yang terhad untuk mempelajari sesuatu perkara dan tidak mampu untuk
menolong diri mereka sendiri . 3.13 MASALAH PENDENGARANSeseorang
yang cacat pendengaran selalunya disalah anggap sebagai seorang
yang normal kerana kecacatan mereka tidak ketara tidak seperti mana
seorang yang Lumpuh, buta atau spastik. Seseorang yang buta dan
pekak menyatakan jika di beri peluang memilih di antara buta dan
pekak , mereka lebih rela memilih sebagai sebagai seorang yang
buta. Jika seseorang itu di lahirkan tanpa kecacatan pendengaran,
dia akan mampu untuk bertutur. Sebaliknya jika dia dilahirkan
dengan cacat pendengaran, tentu perkembangan pertuturannya dan
bahasanya akan terganggu atau lambat. Keadaan semakin parah jika
sekiranya kanak-kanak tersebut langsung tidak mendengar dan sudah
pastinya dia tidak akan dapat bercakap. Ini kerana sejak di
lahirkan, salah satu cara untuk kanak-kanak belajar mengenal alam
sekeliling ialah melalai pendengaran.Apabila umur semakin
meningkat, kanak-kanak akan mulai belajar bercakap dan membentuk
bahasanya sendiri.Kebanyakan yang cacat pendengaran bertutur
bukanlah di sebabkan oleh alat suara mereka rosak tetapi disebabkan
mereka tidak dapat menyebutkan kerana tidak pernah mendengar.
Kecacatan pendengaran boleh dibahagikan kepada empat jenis
iaitu;1. Cacat Pendengaran Penerimaan Kehilangan pendengran
penerimaan ialah apabila getaran tidak boleh sampai ke bahagian
dalam telinga yang mungkin disebabkan lubang telingan tersumbat,
luka pada gegendang telinga atau tidak mempunyai lubang telinga.
Kecacatan pendengaran seperti biasanya tidaklah tenat dan
penggunaan alat pendengaran pengaliran tulang selalunya boleh
memulihkan pendengaran yang rosak itu.2. Kecacatan Pendengaran
Pengamatan.Kecacatan pendengaran pengamatan atau sarat deria
selalunya lebih tenat. Ini di sebabkan oleh kerosakan bahagian
dalam telinga atau kecacatan saraf telinga yang menghantarnya
utusan kebahagian otak.3. Cacat Pendengaran PusatKecacatan
pendengaran pusat pula apabila organ pendengaran berfungsi secara
betul tetapi system urat saraf pusat tidak bergerak dengan betul
atau cedera.4. Cacat Pendengaran PsikogenikKecacatan pendengaran
psikogenik ialah satu keadaan apabila organ-organ penerimaan
termasuklah urat saraf pusat berfungsi dengan baik tetapi
pengidapnya tidak boleh mendengar apa-apa kerana gannguan emosi
yang terpendaDaripada huraian di atas, secara umunnya kecacatan
pendengaran boleh di bahagikan kepada dua kategori iaitu:A. Pekak
mereka yang mempunyai deria dengar yang tidak berfungsi. Kecacatan
ini dialami sama ada sebelum atau selepas di lahirkan.B. Separa
pekakwalaupun deria dengar mereka rosak tetapi boleh berfungsi sama
ada dengan alat bantuan pendengaran atau tidak. Terdapat
berbagai-bagai darjah atau peringkat cacat pendengaran iaitu dari
peringkat yang rendah kepada peringkat yang tenat. Bagi mengetahui
darjah pendengaran, sejenis alat mengukur yang dipanggil audimeter
digunakan. Unit yang di gunakan bagi menjelaskan kekuatan bunyi
ialah desibel (dB). Jika peringkat kecacatan pendengaran seseorang
yang tenat, nilai desibelnya lebih tinggi.Kadang-kadang cacat
pendengaran pada pelajar tudak diketahui oleh ibu bapa sehinggalah
kanak-kanak bersekolah. Guru juga tidak menyedari keadaan ini dan
mungkin menyalahkan anggap pelajar itu mempunyai masalah
pembelajaran perenggan baru.Cacat pendengaran boleh
diklasifikasikan seperti berikut1. Ringan (mild)- kehilangan
pendengaran 20-40(decibel)2. Seherhana (moderete) kehilangan
pendengaran 40-70(decibel)3. Teruk(severe) kehilangan pendengaran
70-95(decibel)4. Amat teruk (profound)- kehilangan pendengaran
melebihi 95(decibel)3.13.1 Kecacatan pendengaran ringan (mild)
20-40 (decibel)Pada peringkat pendengaran ini menunjukkan
kehilangan pendengarayang sedikit. Mereka ini menghadapi masalah
mendengar perbualan yang perlahan. Kanak-kanak ini dapat menbentuk
pertuturan dan bahasa yang normal jika mendapat amplikasi bunyi
yang sesuai.3.13.2 Kecacatan pendengaran sederhana (moderete)
40-70(dB)Tahap sederhana pula ,kanak kanak dapat memahani
pertuturanterutamanya apabila terdapat bunyi latar.Ini boleh
menpengaruhi perkembangan pertuturan dan bahasa jika mereka tidak
dapat dipasang dengan alat bantuan pendengaran seawal mungkin. Apa
yang lebih penting pada tahap ini ialah perlunya ada latihan agar
mereka dapat mengetahui perbezaan bunyi pertuturan.3.13.3 Kecacatan
pendengaran teruk (severe) 70-95 (dB)Tahap 70 ke 95 dB adalah tahap
yang teruk. Pada tahap ini mereka tidak dapat mendengar bunyi
pertuturan yang normal. Dengan bantuan alat bantu dengar maka ia
boleh membesar bunyi pertuturan yang tertentu dan membantu memahami
pertuturan. Mereka menghadapi masalah mengenai pertuturan dan
kualiti pertuturan.3.13.4 Kecacatan pendengaran yang amat teruk
(profound) melebihi 95 ke atasTahap melebihi 95 dB ke atas pila
ialah tahap kepekakkan yang sangat teruk sekali. Pada tahap ini
mereka menghadapi masalah besar untuk mendengar bunyi pertuturan.
Keberkesanan penggunaan alat bantu dengar ini bergantung kepada
individu. Mereka ini menghadapi masalah yang teruk dalam penguasaan
pertuturan dan bahasa. Sekerapan dimensa bunyi boleh disamakan
dengan nada. Lagi lebih kekerapannya maka lagi tinggilah nadanya.
Inimpula diukur menggunakan cycles (bilangan getaran) dalam satu
saat. Nada yang rendah sekali dari piano mempunyai kekerapan 27
cycles satu saat dan nada yang tinggi sekali ialah 4000 cycles
sesaat. Walau bagaimanapun, telinga manusia boleh mendengar
bunyi-bunyi yang mempunyai kekerapan antara 20 hingga 20,000 cycles
satu saat. Dalam hal yang sedemikian, seseorang yang lemah
pendengaran mungkin mendengar hanya sebahagian daripada satu satu
perkataan kerana vokal vokal tergolong kepada bunyi kekerapan
jangka rendah dan oleh itu, senang untuk menbezakan melalui
pendengaran. Manakala beberapa konsonan yang mempunyai kekerapan
tinggi misalnya s akan melemahkan kefahaman pertuturan kanak-kanak
itu. Oleh itu, kehilangan pendengaran bagi seseorang itu boleh
ditunjukkan di atas audiogram mengikut keintensifannya (dalam unit
decibel) dan kekerapan (beberapa cycles dalam satu saat) dengan
menggunakan alat jangka oudio ton jati.3.13.5 TAHAP DAN CIRI
PENDENGARANTahapdBCiri-ciri Pendengaran
10-24Pendengaran normal
25-35Sukar mengencam suara, diskriminasi
36-54Masalah bunyi lembut, cakap jauh
255-69Masalah suara kuat dan perlahan / perbualan telefon
3
70-79
Boleh kenal vokal tapi masalah konsonanBoleh dengar jeritan
kuatMasalah pertuturan tanpa terapi
4>90Pekak terukMaalah bahasa dan pertuturan teruk
Kanak kanak yang mengalami kehilangan pendengaran menunjukan
tanda-tanda berikut Selalu kurang tumpuan . Selalu gagal
bertindakbalas terhadap pertuturan orang lain, terutamanya dalam
situasi bising Selalu minta orang mengulangi apa yang telah di
sebut Selalu maju rapat kepada penutur Selalu memberi perhatian
kepada muka penutur. Selalu memberi jawapan yang tidak kena kepada
soalan Sering meninggalkan beberapa bunyi daripada pertuturnya atau
menggantikan bunyi-bunyi lain. Mempunyai suara yang terlalu lembut
dan kuat. Berindakbalas lambat terhadap arahan .lemah tatabahasa.
Menghadapi masalah mengulangi apa yang didengar Menghadapi masalah
menentukan arah bunyi. Selalu menghahapi telinga berair, selsema,
sakit tekak. 3.13.6 Langkah-Langkah PencegahanLangkah pencegahan
bermula sejak sebelum dan selepas kelahiran bayi. Pencegahan awal
dapat membantu mengelakkan daripada berlaku masalah kehilangan
pendengan. Langkah pencegahan yang paling awal dapat dilaksanakan
sebelum ibu mengandung. Rawatan ini berbentuk imunisasi yang
diberikan kepada semua golongan remaja dan wanita. Imunisasi ini
disebut sebagai Imunisasi Rubella. Ia disuntik kepada remaja yang
berumur 12 tahun keatas. Suntikan ini dapat mengelakkan daripada
jangkitan Rubilla(German Measles) yang menyerang ibu mengandung
tiga bulan pertama. Pengambilan dadah dan alkohor yang berlebihan
juga turut menyumbang kepada berlakunya masalah kehilangan
pendengaran. Kesan daripada pengambilan tersebut menyebabkan
pertumbuhan perkembangan janin terbantut. Walaupun seseorang itu
dilahir normal namun itu tidak menghalang daripada terjadinya
masalah kehilangan pendengaran ini. Faktor keadaan fizikal dan alam
sekitar juga antara penyebab terjadinya masalah kehilangan
pendengaran. Suatu ketika dahulu heboh diperkatakan penggunaan
Plumbum di dalam penghasilan pensil dan cat air.penggunaan pewarna
ini turut digunakan didalam penghasilan barang permaianan
kanak-kanak. Pendedahan yang berterusan kepada agen-agen kimia yang
merbahaya ini boleh mengakibatkan pelbagai implikasi. Selain
daripada faktor-faktor di atas, kemalangan juga memberi kesan
kepada deria pendengaran. Bahagian telinga adalah organ yang sangat
sensitive.Ini kerana organ yang dikenali koklea merupakan organ
terpenting bagi membolehkan seseorang itu mendengar. Ia merupakan
organ yang kecil, sensitive, dan kedudukan yang hampir dengan otak
dan saraf muka. Sebarang kecederaan pada bahagian ini boleh
mengakibatkan masalah kepekakan yang serius. Namun ,sekiranya
seseorang itu dilahirkan pekak, masih ada peluang untuk sembuh
seperti normal. Salah satu cara ialah menerusi implan koklea.
Implan ini bagi menghasilkan rangsangan pendengaran dan
meningkatkan kebolehan bertutur. Pengesan awal mampu membantu
mereka bertutur berbanding lewat diketahui. Jika lewat diketahui
maka proses pemulihan agak sukar kerana tengkorak dan lidah mereka
terlalu lama tidak digunakan. Ini boleh menyebabkan ia menjadi
keras dan tidak mampu mengeluarkan bunyi untuk menghasilkan
percakapan. Jika masalah pendengaran dikenalpasti seawall tiga
bulan, mereka diberikan alat bantuan pendengaran dan pembedahan
koklea dalam telinga mengikut tahap kecacatan pendengaran yang
dialami oleh bayi tersebut. Kurangnya pendedahan mengenai
pembedahan ini menyebabkan orang ramai tidak mengetahui golongan
yang menghadapi masalah itu masih ada harapan untuk mendengar
semula.
3.13.7 SEBAB-SEBAB KEHILANGAN PENDENGARAN.3.13.7.1 .Sejarah
keluargaTerdapat beberapa sebab kecacatan diperolehi seperti yang
dinyatakan oleh Hallahan dan Kauffman(1977) iaitu sebelum, semasa,
atau selepas kelahiran.a) Sebelum KelahiranTerdapat beberapa factor
yang menyebabkan gejala ini berlaku