Gotong-royong RIMUP 2009Mereka bertungkus-lumus berganding
tenaga untuk menyiapkan taman RIMUP...WEDNESDAY, JULY 1,
2009KONSEP, MATLAMAT & OBJEKTIFRANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK
PERPADUAN(RIMUP)KONSEP RIMUP ialah satu program yang menggalakkan
penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama
murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama
kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.MATLAMAT
Matlamat Rimup adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang
berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul,
bersemangat muhibah dan mapu menghadapi cabaran secara kolektif dan
bersepadu.OBJEKTIF RANCANGAN
RIMUP menggariskan empat objektif utama iaitu: Menggalakkan
penyertaan masyarakat setempat, para guru dan muird serta warga
sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam
kegiatan-kegiatan khas secara bersama. Mewujudkan sikap kerjasama,
tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibah secara sedar dan
terancang. Melahirkan persefahaman dan toleransi antara muird
pelbagai kaum di sekolah. Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga
dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan-kegiatan khas secara
bersam-sama.http://rimupsmktp09.blogspot.com/2009/07/konsep-matlamat-objektif.html
ARKIB : 17/09/2012Program RIMUP pupuk sahsiah, perpaduan murid
pelbagai kaum
Murid program RIMUP yang membuat persembahan pada acara Gala
Kemerdekaan dan Sambutan Hari Raya di pekarangan PPD Johor Bahru,
Johor baru-baru ini.SERAMAI 210 orang murid dari daerah Johor Bahru
berjaya melaksanakan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan
(RIMUP) yang menggalakkan penyertaan para guru dan murid serta
warga sekolah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama.Penolong
PPD Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Johor
Bahru, Ahmad Taufik Hamzah berkata, program berbentuk sambutan
kemerdekaan dan jamuan Aidilfitri yang melibatkan 12 sekolah serta
20 guru itu turut menggalakkan penglibatan masyarakat setempat."Ia
bermatlamat melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan,
bersemangat muhibah serta mampu menghadapi cabaran secara kolektif
dan bersepadu," katanya kepadaUtusan Malaysiapada majlis itu di
perkarangan Pejabat PPD Johor Bahru, Johor baru-baru ini.Hadir sama
Pengarah Pelajaran negeri, Mohd. Nor Abd. Ghani selaku tetamu
kehormat dan program itu dirasmikan oleh PPD Johor Bahru, Bahrom
Ali.Pelbagai aktiviti diadakan pada program itu seperti senam
robik, larian kemerdekaan, permainan sukan tradisional, tayangan
video dan ceramah kemerdekaan.Turut diadakan adalah pertunjukan
tarian Akustika Raya, persembahan pertuturan berirama, koir-koir
patriotik dan percikan bunga api.Secara keseluruhannya, kata Ahmad
Taufik, program tersebut dapat merealisasikan objektifnya dalam
memupuk sahsiah dan perpaduan di kalangan murid daripada pelbagai
kaum.Menurutnya, ini kerana RIMUP turut menanamkan sikap kerjasama,
tolong menolong dan mewujudkan suasana muhibah secara sedar dan
terancang serta melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid
pelbagai kaum di sekolah.
Artikel
Penuh:http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120917/pe_02/Program-RIMUP-pupuk-sahsiah-perpaduan-murid-pelbagai-kaum#ixzz3RO0P9SVp
Utusan Melayu (M) Bhd
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120917/pe_02/Program-RIMUP-pupuk-sahsiah-perpaduan-murid-pelbagai-kaum
DALAM KENANGAN1990 - 2011 (KHAIRIAH BINTI ABDUL KADIR) HOME VISI
MISI DASAR KANTIN TRANSISI BOSS UBK DISIPLIN RIMUP PIBGRIMUP
KONSEP: RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan
masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam
kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan,
peralatan, pengemblengan tenaga dan kepakaran.
MATLAMAT:Matlamat RIMUP adalah untuk melahirkan
generasiMalaysiayang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan
peribadi yang unggul, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi
cabaran secara kolektif dan bersepadu.
OBJEKTIFRIMUP menggariskan empat objektif utama
iaitu:RANCANGAN:1.Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para
guru dan murid serta warga sekolah dari peringkat rendah dan
menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama.2.Mewujudkan
saling kerjasama, tolong menolong dan mewujudkan suasana muhibbah
secara sedar dan terancang.3.Melahirkan persefahaman dan toleransi
antara murid pelbagai kaum di sekolah.4.Berkongsi kemudahan,
peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan-kegiatan
khas secara bersama-sama.AKTIVITI RIMUP
PENGANJURUnit Hal Ehwal Murid (HEM)
TAJUKJemputan Sukan Mahkota Sari (SUKMAS)-Lari
berganti-ganti
TARIKH/HARI30 Jun 2011
MASA8.00 hingga 12.30 tengahari
TEMPATPadang SK Mahkota Sari, Gerik Perak
PENDAHULUAN
Program ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan semua kaum di
daerah ini melalui riadah dan semangat kesukanan kaum iaitu Melayu,
Cina dan India bagi mengukuhkan lagi persaingan yang sihat dan
perpaduan di kalangan semua murid yang terlibat. Di samping itu
juga, program diharapkan dapat mencungkil bakat dalam bidang sukan
terutamanya sukan olahraga. Diharapkan dengan pendedahan sebegini
akan dapat membajakan semangat perpaduan di kalangan murid yang
berbilang kaum demi untuk keamanan Negara.
MATLAMAT
1. Memupuk semangat perpaduan di kalangan pelajar yang terlibat
dalam program ini dan seterusnya dapat membina semangat kerjasama
yang tinggi sesama mereka.2. Mencungkil bakat dalam bidang sukan
olahraga agar dapat diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.3.
Menyemai sikap hormat menghormati terhadap kebudayaan yang
diamalkan oleh kaum lain.4. Menimbulkan kebanggaan di dalam diri
pelajar yang mewakili sekolah dan kaum masing-masing di Negara
Malaysia.5. Menjalin sikap kesamaan sebagai warganegara Malaysia
dan dapat mengeratkan silaturrahim.
OBJEKTIF
Adalah diharapkan agar semua pelajar yang mengikuti program akan
dapat manfaat dan menjalinkan semangat muhibbah di kalangan mereka.
Di samping memupuk semangat hormat menghormati serta saling faham
memahami adat dan budaya rakyat berbilang kaum.
RASIONAL
Program ini adalah penting untuk mendedahkan semua pelajar
mengenai sukan olahraga dan nilai-nilai integrasi yang positif di
kalangan pelbagai kaum di Negara Malaysia agar kesinambungan
perpaduan antara kaum dapat dipupuk setiap masa agar tidak timbul
perselisihan faham serta menimbulkan semangat toleransi yang jitu
demi memelihara perpaduan yang menjadi teras kekuatan Negara.
JAWATANKUASA
1. Jawatankuasa Program RIMUP SJK (C) Chung Wa Gerik2.
Jawatankuasa Program RIMUP Sekolah Kebangsaan Mahkota Sari Gerik3.
Jawatankuasa Program RIMUP SJK (T) Gerik
KUMPULAN SASARAN
1. 10 Orang pelajar dari SJK (C) Chung Wa Gerik2. 10 orang
pelajar dari SJK (T) Gerik3. 10 orang pelajar dari SK Mahkota Sari
Gerik
JUMLAH PELAJAR = 30 ORANG
ATURCARA PROGRAM
MASAAKTIVITITINDAKAN
8.00 PagiBerkumpul di padang sekolah SK Mahkota Sari, GerikAJK
Program-Pengurus Peserta
8.15 PagiTaklimatProgram SuaikenalAJK Program
8.40 PagiAktiviti Sukan Bermula:Lari Berganti-ganti 4 x 100
meter - LelakiLari Berganti-ganti 4 x 100 meter - PerempuanAJK
SUKMAS- Olahraga
10.30 PagiAcara Penyampaian Hadiah & CenderahatiAJK Khas-
Hadiah & Cenderahati
11.00 PagiJamuan RinganAJK Khas- Makanan
12.00 TengahariMajlis Bersurai
Penutup :
Acara jemputan sukan olahraga ini telah berjaya mempamerkan dan
mewujudkan semangat kerjasama di kalangan murid yang berbilang kaum
dari kesungguhan dan kerja berpasukan yang telah ditunjukkan.
Objektif program ini telah berjaya direalisasikan dari aktiviti
yang disediakan dan telah mencapai matlamatnya.Hubungan mesra yang
ditunjukkan oleh semua peserta yang terlibat mencerminkan bahawa
perpaduan dapat diwujudkan melalui aktiviti yang mencabar seperti
sukan olahraga ini. Tiada halangan dan sekatan untuk membentuk
kerjasama di kalangan murid yang berbilang kaum dan seterusnya
diharapkan akan menjamin kekukuhan semangat perpaduan di kalangan
mereka pada masa hadapan.
RIMUP : LARI BERGANTI-GANTI SERTA LARIAN 1MURID
1SUKAN1MALAYSIATEMPAT : PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN MAHKOTA
SARITARIKH : 30 JUN DAN 2 JULAI 2011PESERTA : 1. MURID SKMS 2.
MURID SJK(TAMIL) GERIK 3. MURID SJK CHUNG WA GERIK 4. MURID SK SRI
ADIKA RAJA
Sebagaimana biasa Program RIMUP akan memilih hari sukan di SKMS
sebagai budaya beramah mesra melalui larian (lumba lari
berganti-ganti). Ianya telah dijadikan sebagai satu acara
wajib.Setiap sekolah akan menghantar dua pasukan, iaitu pasukan
lelaki dan pasukan perempuan untuk berlumba.
Larian akan dikendalikan oleh pegawai yang terlibat.Sebelum
berlumba mereka digalakkan beramah mesra.diantara satu sama
lain.
Sebahagian daripada ibu bapa yang turut hadir memeriahkan hari
SUKMAS 2011
Peserta dari SJK (Tamil) Gerik
Peserta dari SJK Chong Wa Gerik
Bersama guru pengiring
2011 RIMUP di adakan bersama rakan satu daerah.Tarikh :
26.3.2011Hari : Sabtu
Ia di laksanakan di Padang Sekolah SKSAR dalam keadaan berselut
tetapi membawa pengalaman indah kepada setiap pelajar dan
guru-guru.
Persiapan awal sebelum pelajar-pelajar bertolak ke sekolah
SKSAR
Mengumpulkan surat kebenaran dari ibubapa, untuk keselamatan
pelajar.
Wakil pelajar lelaki
Sebahagian dari pelajar lelaki yang mewakili sekolah dalam
program RIMUP
Pelajar perempuan yang turut serta didalam program RIMUP
Add caption
Taklimat ringkas sebelum bertolak. Semoga semua pelajar dalam
keadaan baik-baik sahaja.Selain disediakan hadiah setiap pelajar
diberi Tshirt setiap orang.
SKMS sebagai pengerusi Permainan Bola Baling. Pertandingan
diketuai oleh Cikgu Nizam da dibantu oleh cikgu Sahar. Pertandingan
berjalan lancar walaupun di [padang yang sangat becak....
Pelajar disajikan dengan makan yang sedap . Juadah minum pagi
berupa bihun goreng, kuih badak, dougnat dan air raibina, manakala
makan tengahari menunya ialah nasi putih,kari daging, sayur campur,
ayam masak merah,sambal dan ulam,buah tembikai dan air raibina
juga,
Bergambar bersama rakan rimup dari SJKT dan SK Tasek.
Tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa hadiah dan
pengacaraan.....diacarakan secara rimup juga......dalam 3 bahasa.
Penyampaian hadiah dan sijil juga berjalan lancar...
Terima kasih kepada PPD, Perpaduan, dan Rukun Tetangga yang
bersama-sama menjayakan program ini.