Top Banner

of 25

Reviu artikel.docx

Nov 02, 2015

Download

Documents

Tinie Khamis
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

IPG MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH

NAMA: HARTINI BINTI KHAMISNO KAD PENGENALAN: 760807055478NO KAD MATRIK: KURSUS / KOD KURSUS: PENGAJARAN GEOMETRI, UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA / MTE 3113KUMPULAN KULIAH: MATEMATIK AKNAMA PENSYARAH: ENCIK ONG HOOI PENGTARIKH HANTAR TUGASAN: 22 MAC 2015

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan semuanya

Tandatangan: ____________________________

Nama penuh: HARTINI BINTI KHAMIS

Tarikh: 20 MAC 2015

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, puji dan syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan inayah-Nya dapat saya siapkan Tugasan Projek Matematik ini dengan jayanya.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu En. Ong yang telah banyak bersusah payah untuk mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada saya selama ini walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai kesusahan dan kepayahan. Sesungguhnya, jasa En. Ong tidak dapat saya lupakan sampai bila-bila.

Buat rakan-rakan, terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan.Komitmen yang dihulurkan itu tidak terhitung untuk saya membayarnya. Hanya Allah yang Esa sahaja dapat membalas semua kebaikan yang pernah kalian taburkan.

Buat keluarga tercinta, yang sentiasa berdiri teguh memberi sokongan yang padu, terima kasih yang tidak terhingga saya rakamkan.Tanpa sokongan dan dokongan daripada kalian, sudah tentu sukar buat saya untuk meneruskan perjuangan dalam bidang ini.

Semoga rahmat Allah S.W.T sentiasa bersama kita semua.

Rangka KerjaBil. Perkara Tarikh RancangTarikh Laksana

1.Memuat turun bahan-bahan seperti jurnal, artikel, laporan kajian, dan buku yang berkaitan dengan isu-isu P&P 07-19 FEBRUARI 2015 19 FEBRUARI 2015

2.Mengumpul maklumat yang berkaitan tentang Tugasan Projek20-23 FEBRUARI 201526 FEBRUARI 2015

3.Mencetak maklumat yang telah dikumpul20-23 FEBRUARI 201526 FEBRUARI 2015

4.Membuat review tentang bahan-bahan yang telah dikumpul10-15 MAC 2015

5.Merancang pengajaran di dalam bilik darjah1 MAC 2015

6.Membina kit modul 2D dan 3D17 MAC 2015

7.Membina slaid powerpoint untuk pengajaran Matematik di dalam kelas1 MAC 2015

8.Menaip dan membuat huraian tentang Tugasan Projek19 MAC 2015

9.Melaksanakan P&P di dalam bilik darjah10 MAC 2015

10.Mendapatkan refleksi dari guru besar, penolong kanan atau ketua panitia10 MAC 2015

9.Menyemak dan membetulkan review yang telah dibuat18 MAC 2015

7.Sentuhan terakhir sebelum menghantar tugasan projek20 MAC 2015

SENARAI KANDUNGAN

MUKA SURATHALAMAN PENGAKUAN1PENGHARGAAN2RANGKA KERJA 3SENARAI KANDUNGAN4

1.0 Pengenalan

2.0 Reviu berkaitan isu-isu pengajaran dan pembelajaran Matematik

3.0 Bahan-bahan Bantu Mrengajar

4.0 Rancangan Pengajaran Harian dengan mengutamakan pemupukan KBAT dalam kalangan pelajar

5.0 Refleksi

6.0 Penutup

7.0 Rujukan

8.0 Lampiran

1.0 PengenalanMatematik adalah satu mata pelajaran teras di peringkat sekolah rendah dan menengah dan mencakupi banyak aspek. Mata pelajaran ini bertujuan untuk melahirkan individu yang berketrampilan serta mengaplikasikan pengetahuan matematik dalam kehidupan harian secara berkesan dan bertanggungjawab semasa menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Matematik merupakan jentera atau penggerak kepada pembangunan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Dengan itu, penguasaan ilmu Matematik perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi menyediakan tenaga kerja yang sesuai dengan perkembangan dan keperluan untuk membentuk negara maju. Matematik adalah pelajaran yang abstrak yang melibatkan penggunaan rumus, peraturan-peraturan langkah kerja, algoritma dan teorem-teorem yang kerap digunakan (Short & Spanos, 1989). Matematik mengandungi dua unsur yang utama dan melaluinya manusia mengetahui kuantiti dan nilai seperti saiz, laju, hala dan benda-benda di bumi dan alam cakerawala melalui cara yang sistematik. Matematik merupakan satu cabang ilmu pengetahuan yang timbul daripada proses ketaakulan terhadap kejadian-kejadian alam sekeliling dan cakerawala. Selain itu juga matematik dianggap sebagai suatu alat rekreasi dengan adanya aktiviti-aktiviti yang menarik dan unit.Bahasa matematik yang khusus melibatkan penjelasan pola-pola, hubungan, hukum- hukum dan rumus-rumus yang perlu diingati. Oleh yang demikian, bahasa memainkan peranan yang penting dalam memindahkan maklumat yang diperolehi oleh guru kepada pelajar (MacGregor & Moore 1991). Mengikut Bruner, untuk mempelajari konsep matematik dengan berkesan, bahasa matematik harus diperkenalkan daripada mudah kepada kompleks, mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak. Menurut Dr. Jamil Ahmad dan rakan-rakan melalui Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik (2008), guru berdepan dengan pelajar yang membawa ilmu dan pengalaman yang dipelajari dari luar yang kemungkinan bercanggah dengan apa yang guru sampaikan semasa sesi pengajaran. Sekiranya ilmu yang bercanggah ini tidak diperbetulkan maka ia akan membentuk miskonsepsi dalam ilmu yang ingin disampaikan. Miskonsepsi adalah sesuatu kepercayaan atau pegangan yang terbentuk apabila pelajar mempelajari sesuatu perkara yang tidak betul (Champagne, Klopfer & Gunstone 1982; McDermott 1984; Resnick 1983). Miskonsepsi boleh juga terjadi apabila guru mengajar sesuatu perkara yang tidak betul, kemungkinan tanpa disedari oleh guru. Dalam mempelajari tajuk Geometri. Ukuran dan Pengendalian Data, terdapat beberapa kesukaran yang sering dihadapi oleh murid.

2.0 Reviu berkaitan isu-isu pengajaran dan pembelajaran MatematikPerkataan geometri berasal daripada perkataan Greek iaitu geo dan metria di manageo bermaksud bumi dan metria bermaksud ukur. Ini adalah kerana pada asasnya, geometri adalah berkaitan dengan pengukuran bumi. Geometri merangkumi pengajian tentang bentuk, saiz, kedudukan dan ruang dan ia sangat berkait rapat dengan kehidupan manusia. Kefahaman yang jelas tentang topik geometri atau bentuk dan ruang dapat mengekalkan pengalaman yang dapat membantu murid membina kefahaman terhadap bentuk, ruang, garisan serta fungsi setiap bentuk, ruang dan garisan tersebut. Ia membolehkan pelajar menyelesaikan masalah dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka.

Guru-guru perlu peka kepada miskonsepsi yang dialami oleh murid dan memperbetulkannya sebelum mereka menganggap yang konsep mereka adalah betul memandangkan pendidikan bersifat berterusan. Dikhuatiri miskonsepsi yang berlaku akan berterusan dan menjejaskan penguasaan ilmu matematik murid. Miskonsepsi dan kesukaran yang pelbagai dikesan berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran topik geometri, ukuran dan pengendalian data. Pada peringkat awal, murid biasanya mempunyai konsep yang kurang mantap tentang tajuk-tajuk ini.

Bentuk dan ruang atau geometri diaplikasikan secara meluas dalam bidang kejuruteraan, seni bina, sains dan teknologi. Aplikasi geometri yang paling ketara boleh dilihat pada bentuk binaan dan susunan bangunan. Atas keperluan yang jelas itu, topik bentuk dan ruang diterapkan dalam kurikulum sekolah di negara kita bermula seawal di tahun 1 lagi hinggalah ke tahun 6 dan peringkat pengajian yang lebih tinggi menjurus kepada bidang-bidang tertentu seperti rekaan dan senibina.

Justeru itu, guru bertanggungjawab untuk merealisasikan kepentingan geometri dalam kehidupan. Murid haruslah difahamkan dengan konsep geometri dari yang paling asas iaitu pengetahuan tentang bentuk-bentuk 2D dan 3D sehinggalah kepada konsep geometri yang lain sehinggalah mereka faham mengapa setiap bangunan yang dibina dengan bentuk-bentuk yang berlainan tetapi masih mempunyai fungsi yang sama. Nasional Consul of Supervisor of Mathematics, NCTM (1989) mengesahkan bahawa kemahiran dalam bidang geometri adalah salah satu kemahiran asas daripada sepuluh kemahiran asas Matematik. Seharusnyalah kemahiran ini dapat disampaikan kepada murid dengan cara yang betul.

Namun begitu, dalam situasi sebenar di sekolah, seringkali terjadi kegagalan dalam kurikulum Matematik terutama dalam topik geometri bagi pelajar rendah dan sekolah menengah. Ini kerana berlaku salah faham konsep atau miskonsepsi dalam konsep geometri semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Bertitik tolak daripada kesukaran dan miskonsepsi inilah timbulnya cabaran bagi guru-guru untuk menangani permasalahan tersebut. Guru-guru perlu mencari kaedah dan strategi pembelajaran yang sesuai dengan aras kematangan murid supaya mereka boleh menguasai konsep geometri, lebih berminat dan seronok semasa belajar dan tidak lagi beranggapan subjek Matematik adalah susah.

Dalam konsep geometri ianya memerlukan pelajar mempunyai daya kefahaman yang tinggi terhadap sesuatu keadaan bentuk. Kefahaman ini hanya boleh dibina oleh pelajar melalui aktiviti manipulatif yang memberikan peluang kepada pelajar untuk meneroka pemahaman mereka tentang konsep geometri. Ramai di kalangan pelajar tidak dapat membuat pentafsiran yang betul terhadap konsep pemahaman tentang geometri kerana mereka kurang didedahkan dengan latihan manipulatif.

Di sekolah rendah, terdapat 4 sub tajuk dalam geometri yang perlu dikuasai oleh murid iaitu elemen titik, garis dan plane, ciri-ciri bentuk 2 dimensi, ciri-ciri bentuk 3 dimensi dan pengukuran. Manakala kesukaran atau miskonsepsi yang berkemungkinan dialami oleh murid adalah pelbagai. Antaranya ialah kesukaran mengenalpasti dan keliru nama-nama bentuk 2D dan 3D, kesukaran melibatkan kedudukan rajah, kesukaran memahami ciri-ciri bentuk rajah, kesukaran membayangkan bentangan dan banyak lagi. Miskonsepsi-miskonsepsi yang berlaku ini merupakan cabaran besar yang perlu ditangani secara bijak oleh guru-guru.

Kebanyakkan pelajar mempelajari geometri di dalam bilik darjah adalah secara hafalan (Mayberry, 1981; Fuys et al, 1988). Teknik yang sedemikian tidak memberi peluang kepada pelajar untuk terlibat dalam proses kemahiran berfikir bagi topik geometri. Pelajar yang belajar secara menghafal cenderung untuk melupai maklumat-maklumat yang telah dihafal, keliru, ataupun tidak mampu untuk mengaplikasikan maklumat tersebut kepada situasi yang berbeza. Contohnya murid sukar untuk mengingat dan keliru dengan nama-nama bentuk 2D dan 3D sekiranya guru hanya menunjukkan rajah atau gambar sahaja kepada murid sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran.

Bagi mengatasi cabaran di atas, guru mestilah menggunakan bahan bantu belajar (BBM) konkrit / maujud yang ada di sekeliling murid dan selalu digunakan dalam kehidupan seharian mereka untuk menyampaikan konsep geometri. Contohnya benda, lukisan dan bongkah atau pepejal sebenar . Guru juga boleh mempraktikkan kaedah belajar sambil berhibur (elemen didik hibur) sebagai pengayaan bagi mengukuhkan lagi ingatan murid.

Menurut Schuman (1991) apabila pelajar belajar memanipulasi bentuk-bentuk yang dihasilkan dengan pengalaman sendiri maka pelajar dikatakan dapat belajar dengan lebih berkesan di mana pembelajaran terhadap pemahaman terhadap sesuatu konsep dapat diperkukuhkan melalui celik akal. Pelajar diberi peluang untuk menjalankan eksperimen matematik melalui aktiviti penerokaan dan penyiasatan terhadap bentuk-bentuk geometri dengan sendiri. Melalui pengalaman empirikal yang telah dilalui oleh pelajar, membantu untuk menajamkan pemahaman terhadap konsep dan sifat sesuatu objek geometri.

Pembelajaran geometri memberikan pengalaman dalam membantu pelajar memperkembangkan pemahaman terhadap sesuatu ciri, rupa dan bentuk. Ia juga membolehkan pelajar menyelesaikan masalah dan mengaplikasikannya dalam situasi dunia sebenar.

Dalam konteks mempelajari tajuk geometri, bahasa geometri melibatkan terminologi-terminologi yang khusus dan memerlukan perhatian dan kefahaman yang betul sebelum digunakan dengan berkesan.Kesilapan penggunaan terminologi geometri yang betul akan membawa kepada miskonsepsi. Oleh yang demikian, bahasa memainkan peranan yang penting dalam memindahkan maklumat yang diperolehi oleh guru kepada pelajar.

Menjadi cabaran bagi guru-guru untuk lari dari menggunakan kaedah pendidikan tradisional yang hanya menggunakan buku teks dan papan putih. Selain menjadikan pembelajaran geometri bersifat hambar, murid juga tidak dapat mengasah kemahiran visualisasi dan komunikasi dalam pembelajaran geometri. Kaedah ini perlu diubah dengan memberi peluang kepada murid itu sendiri untuk menyiasat dan meneroka geometri bagi membolehkan mereka memahami geometri dan menjadikannya berkait dengan bidang matematik yang lain. Guru perlulah kreatif mencipta aktiviti yang menarik dan sesuai dengan isi pelajaran supaya bermakna kepada murid.

Bagi mengatasi cabaran di atas, salah satu cara untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran geometri yang menarik dan bermakna ialah melalui kaedah pembelajaran secara kaedah inkuiri penemuan dan kontekstual. Kaedah Inkuiri Penemuan merangkumi semua aktiviti merancang, menyiasat, menganalisa dan menemui jawapan melalui pengalaman murid meneroka sendiri dengan guru sebagai pemudahcara atau fasilitator. Pembelajaran melalui kaedah ini memerlukan kemahiran-kemahiran seperti membuat perbandingan dan mencari ciri-ciri sama untuk membuat generalisasi. Dalam pembelajaran matematik, murid-murid boleh memahami sesuatu konsep matematik melalui aktiviti menyiasat, mengumpul maklumat dan menganalisa maklumat ( Mok Soon Sang, 1996 ).

Murid lebih mudah memahami sesuatu konsep matematik jika mereka sendiri yang menjalankan penyiasatan untuk mencari jawapan kepada masalah yang mereka hadapi. Kaedah ini akan membantu murid lebih mudah memahami sesuatu konsep dan dapat menyimpan pengetahuan itu dalam ingatan mereka bagi tempoh masa yang lama. Keberkesanan kaedah ini yang digunakan akan membantu pelajar memahami konsep matematik dengan lebih jelas.

Contohnya: Aktiviti kumpulan dilaksanakan bagi meneroka ciri-ciri bentuk 3D. Penggunaan bongkah dalam aktiviti berkumpulan akan membantu murid memegang, mengenalpasti nama bongkah, mengira ciri-ciri seterusnya mencari isipadu menggunakan rumus yang sesuai. Guru juga boleh merancang pembelajaran secara kontekstual. Pembelajaran kontekstual merupakan pembelajaran yang membantu guru mengaitkan konsep dengan kehidupan nyata, dan mendorong murid membuat hubungan antara pengetahuannya dan kehidupannya sehari-hari.

Dalam aktiviti mencari perimeter. Guru boleh memulakan pengajaran dengan menyuruh murid berjalan atau berlari mengira keliling kebun atau padang. Murid akan mendapati terdapat empat sisi yang perlu dijumlahkan. Kontekstual pembelajaran di sini ialah dengan cara mengukur sisi luar yang ada.

Mengikut Jean Piaget, pelajar pada peringkat umur 7 hingga 10 tahun peringkat kognitif mereka masih lagi berada di tahap operasi konkrit. Jadi, guru-guru hendaklah menggunaan objek konkrit contohnya kertas petak (square paper) untuk membantu murid supaya lebih jelas konsep perimeter. Keadaan kertas tersebut yang mempunyai garisan lurus serta petak-petak kecil yang sama besar akan memudahkan murid melukis bentuk dengan mudah walaupun tanpa menggunakan pembaris.

Tidak dinafikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seringkali terdapat masalah di mana murid tidak dapat mengikuti rentak dan kaedah pengajaran guru. Ini kerana, murid mempunyai pelbagai tahap kecerdasan. Sebagai guru seharusnya kita menggunakan kaedah dan pendekatan yang pelbagai bagi memperkenalkan konsep matematik dan menarik minat murid untuk terus fokus pada pengajaran dan pembelajaran matematik.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru diberi kuasa sepenuhnya untuk mengendalikan proses tersebut dan menangani kesalahan lazim yang dilakukan oleh murid. Sehubungan itu, proses pengajaran dan pembelajaran matematik di dalam kelas amat memerlukan strategi yang kemas serta teratur supaya hasrat untuk mengatasi kesalahan lazim di kalangan pelajar tercapai sepenuhnya. Strategi pengajaran dan pembelajaran ini perlu melibatkan pengalaman aktif, reflektif dan pengabstrakan (Nik Azis, 1992).

Masalah kelemahan pelajar dalam penguasaan konsep dan kemahiran dalam statistik adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh oleh pihak-pihak terlibat dalam sektor pendidikan terutama sekali guru-guru. Pelbagai pendekatan boleh dilaksanakan bagi mengatasi miskonsepsi di kalangan murid sama ada faktor kecuaian atau kesukaran murid memahami konsep ataupun faktor guru sendiri yang tidak menguasai Pedagogy Content Knowledge (PCK). Sesetengah murid tidak berminat untuk belajar dan lantas tidak memberi tumpuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Masalah ini harus ditangani sebaik mungkin jika ingin melahirkan modal insan yang boleh bersaing di peringkat global. Perkembangan sains dan teknologi sekarang memerlukan cerdik pandai dalam bidang sains dan matematik bagi menerajui negara. Kerjasama ibu bapa juga penting, sama-sama berganding bahu demi untuk kebaikan dan kesejahteraan anak-anak.

1459 Patah perkataan

3.0 Rancangan Pengajaran HarianRANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MATA PELAJARAN: MatematikTARIKH : 10 MAC 2015KELAS: 2 AmalBIL PELAJAR : 16 orang muridTEMPAT: Bilik TayanganMASA : 8.40 9.40 pagiBIDANG: Ruang dan BentukTAJUK: Bentuk 3 Dimensi

STANDARD KANDUNGAN : Murid dibimbing untuk :14.1 Mengenal pelbagai jenis bentuk dan cirri- cirinya.Murid berupaya untuk :(i) Mengenal jenis prisma segiempat sama, prisma segiempat tepat dan prisma segitiga.(ii) Melabelkan dan mencirikan bahagian-bahagian prisma:permukaan, tapak, bucu dan sisi.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK) :Kreativiti dan Inovasi Teknologi Matlumat dan Komunikasi (TMK)

PENGETAHUAN SEDIA ADA : Murid telah telah mempelajari nama bentuk 3D semasa tahun 1 dan juga mereka mengetahui bentuk- bentuk bagi sesuatu dalam kehidupan harian mereka.

BAHAN BANTU MENGAJAR :1. Bola2. Kotak tisu3. 3 Set bongkah4. Slaide powerpoint5. Kertas A4

PENGURUSAN KELAS / LANGKAH KESELAMATAN :Tingkap kelas dibuka untuk pengudaraan, menyusun meja mengikut barisan yang betul.

PENERAPAN NILAI MURNI :Bekerjasama, mendengar arahan dan teliti,

Fasa dan MasaISI KANDUNGAN DAN CADANGAN AKTIVITI

CADANGAN KOMUNIKASICATATAN

1. Persediaan

7 minit

Orentasi Idea berasaskan Pengetahuan sedia ada

Membezakan permukaan rata dan melengkung.

1. Murid memberi salam dan membaca doa.2. Guru mengarahkan murid supaya membersihkan kelas .3. Guru mengambil dan mencatat kehadiran murid ke dalam buku audit P&P.4. Murid bersedia untuk memulakan dan menerima P&P dari guru.5. Murid melihat apa yang dilakukan oleh guru.6. Murid jawab soalan guru.7. Guru meminta murid memerhati apa yang dilakukan oleh guru.8. Guru menjatuhkan bola dan kotak tisu di atas meja.

1. Guru menyoal murid:a. Apa yang kamu lihat semasa bola dan kotak tisu di jatuhkan?b. Mengapa bola boleh bergulung ke depan dan kotak tidak?c. Apakah bentuk bola?d. Apakah bentuk kotak tisu?e. Cuba kamu rasa dan perhatikan pada permukaan bola. Apakah yang kamu rasa?f. Cuba kamu rasa dan perhatikan pada permukaan kotak tisu. Apakah yang kamu rasa?Pegang tepi kotak tisu. Apakah yang kamu rasa?

Contoh jaapan murid:

a. Bola berguling dengan cepat kehadapan.b. Kotak tisu tidak tidak boleh berguling.c. Bola boleh berguling dengan cepat kerana ia berbentuk bulat.d. Kotak tisu berbentuk segi empat.e. Bola berbentuk sfera.f. Kotak tisu berbentuk kuboid.g. Permukaan ping pong licin dan melengkung.h. Kotak tisu licin dan rata.BBB:BolaKotak tisu

STRATEGI DAN TEKNIK:Penyoalan secara kelas.

KBKK:Membanding beza

Nilai murni : Menghormati guru, menjaga kebersihan.

Imaginasi

15 minit

Penstrukturan Idea

Menjana idea

Menamakan dan menyatakan ciri bentuk 3d

1. Guru menggunakan slide powerpoint untuk menerangkan ciri- cirri bentuk 3 D.2. Guru bersoal jawab dengan murid.3. Murid melihat slide bentuk 3 D.4. Murid diminta menyebut nama bentuk-bentuk yang mereka lihat.5. Murid menamakan dengan baik.6. Murid diminta meneka bentuk benda maujud yang dibawa oleh guru dan murid dapat meneka dengan betul.7. Murid diminta membandingkan ciri-ciri antara bentuk yang ditunjukkan oleh guru dengan menggunakan slide

1. .Soalan:a. Bentuk apa yang awak lihat?b. Guru menyebut bentuk segiempat sama manakala murid mengambil bongkah kiub

Strategi/ teknik penyoalanPerbincangan

BBB:Slide powerpoint 3D

KBKK;Membanding beza

Nilai murni :Mendengar arahan,

BBM :Laptop (Lagu Bentuk dan Warna), projector LCD

perkembangan15 minit

Penjelasn lanjut

Melakukan operasi/aplikasi idea

Mengklasifikasikan ciri-ciri bentuk 3D1. Guru membentukkan murud kepada 3 kumpulan2. Guru membekalkan 1 set bentuk 3D kepada setiap kumpulan.3. Guru menyebut nama bongkah.4. Guru minta murid menyatakan ciri- ciri dan bilangannya.5. Guru memantau aktiviti tang dilakukan.6. Guru memberi pujian kepada murid.

1. Murid membentuk 3 kumpulan.2. Setiap kumpulan murid akan dapat satu set bentuk 3D.3. Setiap kumpulan perlu mencari dan menunjukkan bentuk 3D yang di sebutkan guru.4. Murid diminta memerhatikan bentuk 3 D tersebut dan mengenal pasti ciri-cirinya.5. Aktiviti ini diulang dengan pemantauan guru.6. Setiap kumpulan dapat melakukan dengan baik7. Guru memberi pujian kepada semua murid.

KBKK:Mengkelas.

murni :Bersikap adil

BBM :

- bongkah ;KonKuboidSilinderPiramidsfera

EMK :Membuat perkaitan dan analisis idea.

Nilai murni :Bersikap adil

Tindakan 15 minit

Perkembangan / Aplikasi Idea

- Penambahbaikan

Murid memcatat ciri- cirri bentuk 3D

kubus

kuboid

piramid

Sila labelkan bahagian dan catatkan bilangannya

1 Permukaan

2 Tapak

3 Bucu

4 Sisi

1. Murid diminta melabelkan dan memcatat bentuk 3D dalam bentuk jadual.2. Murid dibimbing untuk menyiapkan tugasan dengan betul.3. Murid dapat memahami dan kenal bahagian permukaan.4. Guru menghadiahkan kismis kepada semua murid.5. menjawab semua soalan.6. Perbincangan hasil kerja murid dengan bimbingan guru dan rujukan Mari Mengenal bentuk 3D.7. Murid dapat menjawab dengan sehabis baik.

EMK :Menghasilkan idea dari pemerhatian dan membuat penilaian.

Nilai murni :Mendengar arahan, teliti,cermat dan yakin, bekerjasama.

BBM :

Nota edaran.

Laptop (slide Mari Mengenal bentuk 3D), projector LCD

BBM :Kertas A4

penutup8 minit

Penutup / Tindakan

- Penilaian- Pelaksanaan- Amalan berterusan Teka-teki

1. Murid membaca teka- teki di slide yang dipaparkan.2. Murid cuba memeka jawapannya.3. Murid menyatakan sebab kenapa mereka pilih jawapan itu.4. Ulang beberappa soalan teka-teki.5. Guru merumuskan kemahiran yang telah dipelajari dengan betul.6. Murid diberitahu topik pengajaran dan pembelajaran akan datang sebagai persediaan.

Nilai murni : Bersungguh-sungguh, jujur

BBM :Lembaran kerja 2Laptop (Lagu Mari Mengenal Prisma), projector LCD

Refleksi pengajaran dan pembelajaran : 1. Kekuatan pengajaran

Pengajaran yang telah dilaksanakan mempunyai kekuatan tersendiri walaupun memang diakui terdapat kekurangannya. Daripada bilangan murid yang sedikit, ia telah membantu di samping guru itu sendiri menunjukkan ketegasan dalam pengajaran telah menjadikan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan sempurna seperti mana yang telah dirancang.Guru juga telah menunjukkan unsur peneguhan positif di dalam diri murid. Ini dapat dilihat melalui teguran membina kepada murid supaya berpakaian kemas di samping menunjukkan perwatakkan yang baik yang baik.Dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut, strategi pengajaran yanng digunakan adalah lebih berpusatkan murid. Ini dapat dilihat melalui penglibatan semua murid dalam aktiviti pembelajaran yang telah dilaksanakan. Murid juga kelihatan aktif dalam pembelajaran tersebut. Rentetan itu, iklim kelas adalah baik di mana suasana yang ditunjukkan oleh murid adalah ceria.Daripada pemerhatian yang dilihat, guru lebih ke arah membimbing murid-murid. Didapati, mana-mana murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran, guru bertindak membimbing secara individu murid untuk memudahkan pemahaman mereka dalam menyelesaikan masalah dalam sesuatu soalan yang diberikan.Begitu juga dengan penggunaan alat bantu mengajar juga sesuai. Guru telah menyediakan slide pengajaran yang menarik, set- set bongkah 3D, marker, papan tulis dan menyediakan lembaran kerja kepada murid-murid. Penyediaan lembaran kerja seperti ini memang baik, kerana ia sangat menarik kelihatan kemas berbanding daripada kita menyuruh murid-murid menyalin sendiri soalan di papan tulis.Ketika melaksanakan pengajaran, memang guru bergerak aktif cuba sedaya upaya untuk membantu murid-murid memahami apa yang diajar. Didapati guru telah bergerak dari meja ke meja semasa murid sedang dalam perbincangan dan juga semasa murid membuat latihan kendiri.

2. Kekurangan pengajaranSatu kelemahan yang paling ketara ialah ketika melakukan penyemakan jawapan. Tanpa guru sedar tentang jawapan yang ditulis murid adalah salah tetapi guru tetap menandakan jawapan tersebut betul. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku yang boleh menimbulkan keraguan murid. Di sini, murid-murid lain yang menyedari kesilapan tersebut pun tidak bertindak memberitahu guru untuk membetulkan apa kesilapan tersebut.Walaupun penglibatan murid adalah baik, tetapi teknik penyampaian terutama dari segi teknik penyoalan murid masih kurang berkesan. Ini dapat dilihat ada kalanya murid kelihatan pasif mungkin kerana ada rasa gentar di kalangan murid tertentu apabila disoal sama ada memang faham atau tidak tentang apa yang diajar.Penggunaan masa juga ada kelemahan kerana didapati peruntukan masa dalam pengajaran tersebut ialah 30 minit tetapi guru menggunakan masa 29 minit 40 saat untuk menyelesaikan sesi pengajarannya.Semasa melakukan aktiviti perbincangan dalam kumpulan, struktur susunan meja tersebut menyukarkan pergerakkan murid hingga menyebabkan mereka terpaksa berdiri ketika melakukan perbincangan.

3. Langkah mengatasiSetiap sesi pengajaran yang dilaksanakan memang ada kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri sama ada disedari ataupun tidak ketika melakukan proses pengajaran waktu itu. Dengan adanya kita membuat imbasan kembali atau merenung semula bagaimana perlaksanaan pengajaran yang telah kita lakukan berkesan atau tidak, maka dapatlah kita bertindak untuk memperbaiki kelemahan yang dapat dikesan untuk keberkesanan pengajaran seterusnya.Kesilapan menyemak jawapan di hadapan perlu diambil perhatian, sepatutnya kita sudah bersedia dengan jawapannya di mana kita perlu mencatatkan apakah jawapan bagi setiap soalan yang dikemukakan terutamanya untuk bahagian perbincangan seperti yang telah dibuat. Sepatutnya, apabila kita menyedari kesilapan jawapan tersebut, kita perlu maklumkan sekali algi kepada murid tentang jawapan yang diberikan tersebut kurang tetap sebagai pengetahuan semua murid.Ketidakpetahan atau tidak lancar berkomunikasi masih boleh diperbaiki. Di sini, kita dari semasa ke semasa boleh melatih diri untuk berkomunikasi dengan lancar dan berkesan. Persediaan untuk menyampaikan isi pelajaran itu amat penting supaya apa yang diajar kepada murid dapat diterima dengan baik.Begitu juga dengan penggunaan papan tulis sepatutnya dirancang dengan baik untuk penggunaan ruang. Misalanya, kad gambar bentuk yang dilekatkan di depan mesti disusun dengan tersusun dan di bawahnya ditulis nama bentuk tersebut. Seterusnya, sebelum melekatkan hasil kerja murid, sepatutnya diarah murid yang bertugas untuk membersihkan papan tulis tersebut. Jika ia terancang, ia kelihat kemas dan tersusun menyenangkan mata memandang. Dari segi tulisan di papan yang kurang kemas masih boleh diperbaiki.Untuk mengelakkan murid daripada dibelenggu rasa takut dengan guru, maka kita hendaklah menunjukkan perwatakkan yang ceria di dalam kelas dan jangan kita terlalu menekan minda murid untuk memahami sesuatu yang disampai, biarlah mereka sendiri meneroka ilmu itu sendiri di samping guru berperanan sebagai pembimbing yang baik kepada murid-murid.Penggunaan masa ketika melaksanakan sesuatu pengajaran boleh diperbaiki dari semasa ke semasa. Ini bergantung bagaimana seseorang mengendalikan masa ketika melaksanakan pengajaran, kebijaksanaan guru perlu ada. Ini kerana kepelbagaian aras kebolehan murid menyumbang kepada terjejasnya masa pengajaran kita. Oleh itu, pengalaman yang lepas-lepas penting untuk membantu kita mengatasi masalah penggunaan masa denganberkesan.Susunan meja ketika pembelajaran memang sesuai dengan bilangan murid yang sedikit. Semasa melakukan aktiviti perbincangan, kita boleh mengarahkan murid untuk bergerak menyusun semula meja mengikut keselesaan mereka. Ini memudahkan mereka bertindak.Kekuatan dan kekurangan dalam pengajaran yang telah dilaksanakan memang sudah menjadi kebiasaaan dalam dunia pengajaran. Dengan adanya pengesanan kekurang melalui aktiviti refleksi ekndiri sudah pasti sedikit sebanyak membantu kita sebagai guru bertindak untuk memperbaiki kelemahan tersebut supaya kita dapat melaksanakan pengajaran yang lebih baik pada masa akan datang. Kita dapat merancang pengajaran yang dengan lebih baik berdasarkan tahap kebolehan murid yang ada di dalam kelas tersebut untuk memboleh murid-murid kita memahami apa yang diajar dengan lebih mudah.

6.0 PenutupMatematik merupakan jentera atau penggerak kepada pembangunan dan perkembangandalam bidang sains dan teknologi. Oleh itu pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan perlu bekerjasama dalam memastikan murid-murid dapat menguasai matematik dengan baik supaya. hasrat untuk menjadi sebuah negara yang maju dan bersaing di peringkat global tercapai. Liew dan Wan Muhamad Saridan (1991) menyatakan pengajaran matematik disekolah jarang mengambil kira perbezaan individu di kalangan pelajar-pelajar. Ini mengakibatkan sesetengah pelajar khususnya pelajar yang lemah menghadapi kesukaran semasa guru memberikan penerangan tentang sesuatu konsep matematik.Sekiranya kaedah penyampaian guru tidak dapat diterima oleh murid maka proses pembelajaran tidak akan berjaya. Seterusnya mereka akan membuat pelbagai andaian dan pemikiran yang tidak betul tentang matematik. Sikap terhadap matematik juga memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan fokus murid terhadap perkara yang disampaikan oleh guru Selain itu murid-murid perlu menguasai sesuatu tajuk dalam matematik sebelum mempelajari tajuk yang seterusnya supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah matematik dalam pelbagai situasi terutamanya asas nombor dan spesifiknya tajuk Geometri, Ukuran dan Pengendalian Data seperti yang telah kita bincangkan tadi.Masalah kelemahan pelajar dalam penguasaan konsep dan kemahiran matematik pada peringkat sekolah rendah ini adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh oleh pihak-pihak terlibat dalam sektor pendidikan terutama sekali guru-guru. Kelemahan dalam penguasaan konsep dan kemahiran matematik di peringkat sekolah rendah tentunya memberi kesan pula apabila mereka berada di sekolah menengah sekiranya tidak ditangani dari awal.

Pelbagai pendekatan boleh dilaksanakan oleh guru-guru bagi mengatasi kesukaran dan miskonsepsi di kalangan murid-murid dalam tajuk bentuk dan ruang atau geometri. Sama ada faktor kecuaian atau kesukaran murid memahami konsep ataupun faktor guru sendiri yang tidak menguasai Pedagogy Content Knowledge (PCK). Sesetengah murid tidak berminat untuk belajar dan lantas tidak memberi tumpuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Pembelajaran tentang konsep geometri dan penguasaan kemahiran menyelesaikan masalah adalah perkara penting di dalam pendidikan matematik. Kebolehan mengenalpasti sesuatu bentuk geometri, tidak bermakna bahawa pelajar tersebut menguasai tentang ciri-ciri asas sesuatu bentuk. Kebiasaanya pengajaran geometri di sekolah rendah murid hanya memberi penekanan terhadap mengenalpasti bentuk dan ciri sesuatu bentuk geometri melalui gambarajah tanpa melibatkan konsep yang lebih kompleks di mana, memerlukan pemahaman pelajar terhadap hubungan atau perkaitan antara bentuk dan ciri sesuatu geometri.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab guru-guru untuk berusaha mencari kaedah, teknik, dan strategi yang sesuai dan menarik agar murid faham dan tidak menghadapi kesukaran atau miskonsepsi dalam pengajaran dan pembelajaran geometri. Cabaran-cabaran ini harus ditangani sebaik mungkin demi memantapkan penguasaan modal insan negara dengan pengetahuan lengkap dalam bidang sains dan matematik yang menjadi pemangkin kepada kemajuan sesebuah negara.

RUJUKAN

Bahagian Pembangunan Kurikulum (2012).Huraian sukatan pelajaran KBSR sains.Kementerian Pelajaran Malaysia

Mokhtar Ismail (1995). Penilaian Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan pustaka

Siti Rahayah Ariffin. (2003).Teori, Konsep dan Amalan Dalam Pengukuran danPenilaian. Pusat Pembangunan Akademik Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

mohammadhafizizaini-bmm.blogspot.com/2009/02/pembinaan-item-objektif.html

duniapendidikanipg.blogspot.com/2012/10/jadual-spesifikasi-ujian-jsu.html

cikguazharrodzi.blogspot.com/2012/05/pembinaan-item-soalan-ujian-peperiksaan.html

www.academia.edu/4397271/Prinsip_Pembinaan_Item

slideshare.net/hazwanihashim/jadual-penentu-ujian-dan-jadual-spesifikasi-ujian