iv RETORIK PEMBUJUKAN DAKWAH DALAM LAGU NASYID: KAJIAN TERHADAP LAGU OPICK DAN HAFIZ HAMIDUN ABSTRAK Perlaksanaan dakwah hari ini memerlukan satu pendekatan yang kreatif. Salah satu pendekatan yang boleh digunakan ialah dakwah melalui lagu. Hiburan merupakan satu fitrah yang disukai oleh semua manusia. Islam datang bukan untuk mengharamkan tetapi memberi garis panduan. Bahkan, Islam tidak mengharamkan hiburan selagi mana bersesuaian dengan fitrah dan menepati syarak. Sehubungan dengan itu, bentuk hiburan yang paling mendapat perhatian khalayak ialah melalui lagu dan nyanyian. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji retorik pembujukan dakwah dalam lagu-lagu nasyid terpilih. Selain itu, kajian ini juga mengenalpasti mesej dakwah dalam lagu-lagu nasyid terpilih. Kajian ini menggunakan metode analisis kandungan terhadap album lagu The Best Of Opick 2011 dan I Love Rasulullah Hafiz Hamidun bagi mengenal pasti penggunaan retorik pembujukan dakwah melalui lagu nasyid. Hasil kajian mendapati terdapat mesej dakwah iaitu akidah, syariah dan akhlak yang diaplikasikasi dalam kedua-dua album tersebut. Di samping itu, pengaplikasian retorik pembujukan dakwah dapat dilihat daripada lagu-lagu nasyid di dalam kedua-dua buah album ini. Antara retorik pembujukan dakwah yang digunakan ialah secara maw’izah al-hasanah iaitu dilakukan secara terus-terang dan halus.
12
Embed
RETORIK PEMBUJUKAN DAKWAH DALAM LAGU NASYID: …studentsrepo.um.edu.my/9061/2/BAHAGIAN_AWAL_JK_DONE.pdf · nasyid. Hasil kajian mendapati terdapat mesej dakwah iaitu akidah, syariah
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
iv
RETORIK PEMBUJUKAN DAKWAH DALAM LAGU NASYID: KAJIAN
TERHADAP LAGU OPICK DAN HAFIZ HAMIDUN
ABSTRAK
Perlaksanaan dakwah hari ini memerlukan satu pendekatan yang kreatif. Salah satu
pendekatan yang boleh digunakan ialah dakwah melalui lagu. Hiburan merupakan
satu fitrah yang disukai oleh semua manusia. Islam datang bukan untuk
mengharamkan tetapi memberi garis panduan. Bahkan, Islam tidak mengharamkan
hiburan selagi mana bersesuaian dengan fitrah dan menepati syarak. Sehubungan
dengan itu, bentuk hiburan yang paling mendapat perhatian khalayak ialah melalui
lagu dan nyanyian. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji retorik pembujukan dakwah
dalam lagu-lagu nasyid terpilih. Selain itu, kajian ini juga mengenalpasti mesej
dakwah dalam lagu-lagu nasyid terpilih. Kajian ini menggunakan metode analisis
kandungan terhadap album lagu The Best Of Opick 2011 dan I Love Rasulullah Hafiz
Hamidun bagi mengenal pasti penggunaan retorik pembujukan dakwah melalui lagu
nasyid. Hasil kajian mendapati terdapat mesej dakwah iaitu akidah, syariah dan
akhlak yang diaplikasikasi dalam kedua-dua album tersebut. Di samping itu,
pengaplikasian retorik pembujukan dakwah dapat dilihat daripada lagu-lagu nasyid
di dalam kedua-dua buah album ini. Antara retorik pembujukan dakwah yang
digunakan ialah secara maw’izah al-hasanah iaitu dilakukan secara terus-terang dan
halus.
v
RHETORICAL DA’WAH PERSUASION IN NASYEED: A STUDY ON OPICK
AND HAFIZ HAMIDUN SONGS
ABSTRACT
Implementation of daawah today needs a creative approach. One of the approach that
can be used is metode through songs. Entertainment is a fitrah that loved by people. Islam
does not ban entertainment but allow it with guidelines. As long as it suit with fitrah and
comply with islamic law. Therefore, one of the entertainment form that get the most
attention from audiences is songs. This study is about the concept of persuasion rhetoric
in Islamic song selected. Other than that, the study focus at the analysis persuasion
rhetoric through Islamic song selected. The study used method of content analysis from
the album The Best Of Opick songs (2011) and I Love Rasulullah by Hafiz Hamidun.
There are daawah message about faith, sharia and morality that applied in both album that
found in the study. Example of daawah persuasion rhetoric that used in these album is
through the good examples delivered directly and indirectly.
vi
PENGHARGAAN
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya disertasi ini
berjaya disiapkan. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyelia
Dr Norrodzah @ Raudah binti Hj Siren dan Dr Muhammad Bin Yusuf yang dedikasi
dan tidak jemu dalam menyelia kajian ini. Terima kasih di atas tunjuk ajar, bantuan dan
pandangan sepanjang proses pengajian ini. Tidak lupa juga juga diucapkan terima kasih
kepada barisan pensyarah yang lain Dr Yusmini Binti Yusoff, Ustaz Roslan Bin
Mohamad, Dr Fakrul Adabi Bin Abdul Kadir serta para asatizah yang banyak memberi
sumbangan, tunjuk ajar di sepanjang perjalanan menuntut ilmu ini.
Selaut cinta dan jutaan terima kasih juga saya tujukan buat ayahanda Sabari bin
Osman, bonda Siti Saidah binti Abdullah, adik-beradik ,sahabat-sahabat khususnya Cik
Halimaton Saadiah Ismail, Cik Liyana Nadzirah Md Saril, Cik Nor Hizwani Ahmad
Thohir yang telah memberikan dorongan dan kekuatan dalam menyiapkan disertasi.
Segala jasa dan kasih sayang yang diberikan hanya Allah S.W.T yang layak
membalasnya.
Tidak dilupakan juga terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung ataupun tidak langsung di dalam proses pengajian ini. Akhirnya terima
kasih juga buat keluarga Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan dan juga pihak
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya diatas kemudahan dan bantuan diberikan