BAB 1
BAB 1 : PENGENALAN
1.1 Pengenalan Latihan IndustriLatihan Industri merupakan satu
komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di Politeknik. Program
ini merupakan satu syarat wajib dalam pengajian di seluruh
Politeknik Malaysia bagi membolehkan pelajarnya layak
dipertimbangkan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma. Bagi
pelajar di peringkat Sijil, mereka di kehendaki menjalankan Latihan
Industri pada semester ke-3, manakala bagi pelajar Diploma, mereka
akan menjalankan latihan ini pada semester ke-4.
Ia merupakan salah satu latihan yang berbentuk praktikal. Ianya
dilakukan dalam situasi sebenar dengan suasana alam pekerjaan yang
sebenar. Pendedahan seperti ini memberi ruang kepada pelajar untuk
mempraktikkan perkara yang pernah dipelajari di dalam kelas kepada
keadaan yang sebenar. Di samping itu, Selain itu, Latihan Industri
boleh memberi peluang kepada para pelajar untuk membuka ruang bagi
menyesuaikan diri dengan masyarakat secara tidak langsung dan
langsung. Para pelajar boleh berhubung secara langsung atau tidak
langsung sama ada di pejabat mahu pun luar pejabat. Di samping itu,
para pelajar dapat menanam sifat bekerjasama di dalam kerja
berpasukan, menjalinkan hubungan baik sesama pekerja sama ada
peringkat atasan mahu pun pihak bawahan. Hal ini membolehkan mereka
membentuk ikatan silaturahim di antara mereka.
Pengalaman dan pendedahan boleh dijadikan sebagai panduan dan
kelebihan yang ada bagi menembusi pasaran kerja setelah para
pelajar menamatkan pengajian di dalam bidang masing-masing. Insan
yang berilmu, berguna dan berdaya saing akan memperolehi peluang
yang cerah untuk kejayaan di masa hadapan.Sungguh pun begitu,
kekuatan jati diri akan menentukan keadaan sebenar setiap pelajar.
Lantaran itu, setiap pelajar itu sendiri seharusnya bekerja keras
untuk memajukan agama, bangsa dan negara bagi mencapai peradaban
bangsa Malaysia di persada antarabangsa.
Akhir sekali, para pelajar seharusnya merebut peluang untuk
memajukan diri dan menimba sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman
sepanjang Latihan Industri yang dijalankan.
1.1.2Objektif Latihan Industri
Latihan Industri diwujudkan adalah bertujuan untuk kepentingan
pelajar. Objektif Latihan Industri boleh disenaraikan seperti
berikut:
i) Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan sebenar.
ii) Membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori yang dipelajari
dengan aspek praktikal atau sebaliknya.
iii) Menanamkan semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik
sesama pekerja.
iv) Menanamkan sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan
tinggi.v) Mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan di dalam
Industri.
vi) Menyediakan Laporan rasmi dan lain-lain tugasan seperti yang
diarahkan oleh Politeknik.
vii) Membantu pelajar mengembangkan tahap kemahiran dan
pengetahuan di dalam pelaksanaan projek akhir yang bakal
dilaksanakan supaya ianya lebih berkesan dan berkualiti dengan
penambahan ilmu pengetahuan kesan Latihan Industri.
viii) Membentuk kemahiran berkomunikasi, pengurusan dan
keusahawanan.
ix) Membentuk etika kerja secara profesional.
x) Menyediakan peluang kepada organisasi berkenaan sama ada
swasta, badan-badan berkanun atau pun kerajaan memindahkan
pengalaman dan kepakaran yang bersesuaian kepada pelajar dalam
membantu melahirkan lebih ramai tenaga profesional.
1.1.3 Objektif Laporan Latihan IndustriSetiap pelajar yang telah
menamatkan Latihan Industri wajib menyediakan satu laporan bagi
melengkapkan Latihan Industri. Laporan hendaklah mematuhi garis
panduan yang telah ditetapkan. Laporan tersebut meliputi latar
belakang firma dan proses-proses kerja serta mengaitkan teori
dengan keadaan sebenar semasa latihan. Antara tujuan bagi
menyediakan laporan Latihan Industri adalah :
i) Membuktikan pelajar tersebut telah menjalani Latihan Industri
seperti ditetapkan oleh pihak politeknik.
ii) Boleh dijadikan sebagai rujukan semasa menghadiri temuduga
oleh pihak politeknik dan masa hadapan bagi memohon pekerjaan.
iii) Memperkembangkan pengetahuan dalam bidang yang diambil oleh
pelajar.
1.1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar
Latihan Industri adalah satu latihan praktikal yang penting dan
wajib dijalani oleh setiap pelajar bagi melengkapkan pengajian
mereka di Politeknik. Kepentingan Latihan Industri kepada pelajar
adalah untuk :
i) Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan sebenar.ii) Menanam
semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik sesama pekerja.iii)
Meluaskan pengalaman pergaulan dengan kumpulan masyarakat pekerja
.iv) Meluas dan menambah pengetahuan dan kemahiran teknikal
pelajar.v) Memberi peluang pelajar memperkenalkan diri kepada bakal
majikan dari segi kebolehan, sikap dan kesanggupan.vi) Menilai
kebolehan diri sendiri dalam persediaan menghadapi alam
pekerjaan.BAB 2 : LATAR BELAKANG ORGANISASI LATIHAN
2.1 Pengenalan Organisasi
SEJARAH PENUBUHAN
JMSB adalah singkatan bagi nama syarikat Rimbun Tekad Jurumart
Sdn Bhd. Dibangunkan oleh 2 orang anak tempatan yang dahulunya
hanya bekerja sebagai pekerja am. Berbekalkan pengalaman dan
pengetahuan yang ada, pengarah syarikat iaitu En. Mohd Zakaria Bin
A.Rahman dan rakan kongsi niaganya iaitu En. Wan Mohd Zailani Bin
Wan Muda telah berjaya menubuhkan JMSB dengan hanya berbekalkan
sedikit modal dan dibantu oleh beberapa orang pekeja sahaja.
Bermula daripada sebuah syarikat yang kecil, dari masa ke semasa
JMSB semakin dikenali kerana telah menjalankan banyak aktiviti
serta kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan raya mahupun
pembinaan bangunan. Sehingga hari ini, JMSB telah pun diiktiraf
oleh Pusat Perkhidmatan Kontraktor sebagai Syarikat Kontraktor
Kelas A dan telah mempunyai hampir dua ratus (40) orang
kakitangan.2.2 Latar Belakang OrganisasiJurumart Sdn Bhd (JMSB)
telah ditubuhkan pada 19 Februari 1994 dan telah didaftarkan pada
25 Mei 1995 di bawah Pusat Perkhidmatan Kontraktor di bawah seliaan
Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi dan telah diiktiraf
sebagai Syarikat Kontraktor Kelas A .di mana ianya membuktikan
bahawa JMSB berkemampuan menjalankan semua kerja-kerja berkaitan
pembinaan .
NAMA SYARIKAT
:Jurumart Sdn Bhd
NO. DAFTAR SYARIKAT:290095 - T
TARIKH DIDAFTARKAN:19hb Februari 1994
ALAMAT DIDAFTARKAN:No-9-1Jalan 4/4CDesa Melawati53100 Hulu
Kelang Selangor
ALAMAT PERNIAGAAN
& SURAT - MENYURAT:Lot 11709, Pekan Batu Lapan ( 8 )
Jalan Kelantan
21200 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
SETIAUSAHA SYARIKAT:Asmadi Bin Ariffin ( LS 00113 )
70 - H, Jalan Air Jernih
17500 Tanah Merah KelantanJURUAUDIT
:Lau, Wong & Yeo ( AF 0838 )
Lot 501, Tingkat 5
Plaza Perdana
Jalan Engku Anom 1
20300 Kuala Terengganu
EJEN CUKAI
: WYT Tax Advisory Sdn. Bhd.
(231328V) Lot 501, Tingkat 5
Ampang PointJalan AmpangMODAL DIBENARKAN: RM1,000,000.00
MODAL BERBAYAR :RM 950,002.00
LEMBAGA PENGARAH:En. Mohd Zakaria Bin A.Rahman : Haji W. Mohd
Zailani Bin Haji W. Muda
AHLI LEMBAGA PENGARAHEn. Mohd Zakaria Bin A.Rahman Mengendalikan
urusan pentadbiran, pengurusan kontrak dan projek, hal kewangan,
perniagaan dan pemasaran.
Pendidikan
SPVM (Sek Men Vokasional Kuala Terengganu Tahun 1983)
Kursus Yang Dihadiri
Kursus Intensif Bahasa Jepun Tahun 1985
Nippon Steel Corporation Tahun 1985
Pemborong Binaan Asas Tahun 1988
Persediaan Perusahaan Dan Perdagangan Tahun 1988
Seminar Sistem Pengurusan Untuk Kontraktor tahun 2000
Pengalaman Pekerjaan
Mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan projek dan
kerja-kerja kontrak sejak tahun 1987 hingga kini
Haji W. Mohd Zailani Bin Haji W. Muda
Mengendalikan urusan pentadiran, pengurusan kontrak dan projek,
hal ehwal kewangan, perniagaan dan pemasaran
Pendidikan
SPMV (Sek Men Vokasional Tanah Merah Tahun 1982 )Kursus yang
dihadiri
Seminar Pengenalan Dan Pengurusan MS ISO 9001 tahun 2001
Program Latihan Korporat / Pengarah Syarikat 2002
Pegalaman Pekerjaan
Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja kontrak dan teknikal
projek sejak tahun 1985 hingga kini.
2.3 Aktiviti Organisasi Memberikan perkhidmatan berasaskan
pembinaan seperti jalan raya dan bangunan. Antara contoh
perkhidmatan yang telah dijalankan oleh JMSB adalah seperti yang
dinyatakan di bawah :
i. Pembinaan Jalan Citrus Valley dari Durian Mentangau Kg.
Serdang Dungun Terengganu.
ii. Membina dan menyiapkan bangunan tambahan dan kerja yang
berkaitan di Sek. Keb. Kg. Tengah Bachok Kelantaniii. Cadangan
Membaik pulih Jalan Persekutuan Daerah Jerteh Kelantan..
iv. Cadangan Taman Perumahan TNB Kuala Berang, Hulu
Terengganu.
v. Menggantikan Jambatan sedia ada yang Rosak di Sungai Buaya,
Kuala Terengganu.
vi. Memperelokkan Jalan Persekutuan dari Kuala Terengganu Kota
Bharu.
vii. Cadangan Naiktaraf Institut Kemahiran Belia (IKBN) Marang
Terengganu.
viii. Membekal, membina dan menyiapkan kerja premix Mukim
Chendering Kuala Terengganu.
ix. Cadangan membina dan menyiapkan kerjakerja infrastruktur di
Kawasan Pembangunan Taman Ilmu, Mukim Tembila Besut Terengganu.
x. Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 Daerah Kemaman
Terengganu.
xi. Cadangan melebar bahu Jalan dan lainlain kerja di Laluan
FT14 Dungun Terengganu.
Menjalankan perniagaan berasaskan produk yang dihasilkan
syarikat sendiri iatu sejenis bahan asas yang digunakan pada
lapisan atas permukaan jalan raya yang dinamakan sebagai Premix.2.4
Hala Tuju Organisasi Menjadikan JMSB sebuah rangkaian tenaga
perindustrian dan teknologi syarikat bumiputera yang dinamik dan
terunggul sepanjang masa.
Membuka lebih banyak peluang pekerjaan menerusi industri
pembinaan kepada penduduk setempat.
Membantu meningkatkan dan menstabilkan ekonomi negara melalui
industri pembinaan.
Mengaut keuntungan daripada perkhidmatan yang dijalankan dengan
memastikan tender yang diterima tidak akan mendatangkan masalah
kepada syarikat
2.5Carta OrganisasiJURUMART SDN BHD
BAB 3 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI1.1Latihan
Minggu Pertama ( 17 22/12/2013 )i) Diberi penerangan tentang
latar belakang syarikat , peraturan, tempat yang akan ditempatkan
dan lain-lain.
ii) Melawat tapak projek iatu Projek Cadangan Membina dan
Menaiktaraf Jalan.iii) Kerja-kerja pembinaan bumbung pejabat
tapakMinggu Kedua ( 24 29/12/2013 )
i) Kerja-kerja memasang pagar zink pejabat tapak.
ii) Cuti Chrismas (25/12/2013)
iii) Kerja-kerja mengukur center lineiv) Melakukan kerja-kerja
pejabat seperti photostat Delivery Order (D.O) dan menyusun
fail.
v) Melakukan kerja-kerja pembakian semula pintu cabine
vi) Membuat persiapan untuk Mesyuarat Tapak . Minggu ketiga ( 31
5/1/2013 )
i) Melakukan kerja kerja pejabat seperti photostat Delivery
Order(D.O) dan menyusun di dalam fail.
ii) Mengira Delivery Order ( D.O) untuk Crusherun dengan
menambah nett untuk mengetahui jumlahnya.
iii) Mengemaskini fail .
iv) Inventori
v) Kerja-kerja mengukur pad untuk teres bukit
vi) Melawat tapak projek, antara kerja yang sedang dijalankan
ialah kerja-kerja mengangkut tanah, pemasangan longkang,
kerja-kerja pengukuran dan lain-lain.
Minggu keempat ( 7 12/1/2013 )
i) Membantu Juruukur Bahan menaip Bill Of Quantity untuk elemen
Clearing Site.
ii) Membuat kerja-kerja pejabat dengan photostat Delivery Order(
D.O).
iii) Membuat bil untuk tuntutan kerja-kerja menumpang ambil
tanah di Bukit Apit.
iv) Aktiviti menanda pokok bagi memudahkan kerja-kerja Clearing
Site.
v) Kerja-kerja mengukur center line
Minggu Kelima ( 14 19/1/2013 )
i) Kerja-kerja memasang bareer dari CH 00 CH 700ii) Membuat
pengukuran untuk item Clearing Site bagi membuat tuntutan dari CH
00-CH 700 .iii) Kerja-kerja pembersihan tapak dari CH 00 CH 700iv)
Kerja-kerja mengukur R.O.W
v) Menaip inspection and Testing Plan bagi Projek Cadangan
Melebar Bahu dan lain-lain kerja berkaitan.
Minggu Keenam ( 21 26/1/2013 )
i) Kerja-kerja site clearing.ii) Ditugaskan untuk menjaga tapak
bina.iii) Kerja-kerja mengukur center line.iv) Cuti Hari Keputeraan
Nabi Muhammad S.A.W ( 24/1/2013 )
v) Aktiviti mengukur R.O.W.vi) Membuat kerja-kerja pejabat .
Minggu Ketujuh ( 28 2/2/2013 )
i) Melawat tapak projek .
ii) Menaip maklumat projek, kemajuan kerja dan lain-lain.iii)
Kerja-kerja pembersihan tapak bina.iv) Kerja-kerja mengukur center
line.v) Inventori
Minggu Kelapan ( 4 9/2/2013)
i) Kerja-kerja mengukur R.O.Wdansetting out.
ii) Kerja-kerja mengorek tanah yang perlu dikeluarkan dari
kawasan tapak pembinaan dari CH 600 CH 900.
iii) Menaip status tuntutan dan bayaran untuk mesyuarat teknikal
.
iv) Mengira bilangan papan tanda pada drawing Traffic Of
Management untuk membuat tempahan .
Minggu Kesembilan ( 11 16/2/2013 )
i) Cuti Tahun Baru Cina (11 12/2/2013 ).
ii) Kerja-kerja mengukur pad teres bukit dan level longkang yang
telah siap dibina.iii) Mempelajari kaedah melipat lukisan .
iv) Mengulangkaji
Minggu Kesepuluh ( 18 22/2/2013 ) i) Kerja-kerja pemasangan
gabian.
ii) Ditugaskan menjaga tapak bina.
iii) Kerja-kerja import tanah
iv) Mengira kuantiti tanah import
v) Membuat kerja-kerja pejabat .Minggu Kesebelas ( 25 2/3/2013
)i) Membantu Juruukur Bahan memasukkan harga di dalam Bill Of
Quantity .ii) Menyemak Bill Of Quantity
iii) Membantu Juruukur Bahan memasukkan harga pada ruangan
Amount.iv) Kerja-kerja memasang kaki meja.
v) Mengemaskini planner.
vi) Melihat kerja pemasangan paving inter locking.
vii) Kerja-kerja memasang bekas tisu dalam bilik air.Minggu
Keduabelas ( 4 9/3/2013 )
i) Ditugaskan untuk menaip surat.
ii) Membuat kerja-kerja pejabat
iii) Membaiki tombol pintu.
iv) Mengikuti Juru ukur bahan menghadiri lawatan tapak untuk
projek Jalan di Perak.v) Kerja-kerja mengecat.Minggu Ketigabelas (
11 16/3/2013 )
i) Membuat kerja-kerja pejabat .
ii) Menaip Minit Mesyuarat .
iii) Membantu Juruukur Bahan menyiapkan Claim dengan memasukkan
nilai untuk to date, previos dan this month.
iv) Cuti demam (15/3/2013).
v) Menyemak Dokumen Kontrak.
Minggu Keempatbelas ( 18 23/3/2013 )i) Membuat kerja-kerja
pejabat.
ii) Membuat kerja-kerja pengukuran tanah merah dan premix jalan
dari CH 1600 - CH 1900 untuk dibuat tuntutan.iii) Membuat
kerja-kerja pengukuran rumput, tinggi longkang dari CH 2100 - CH
2500 untuk dibuat tuntutan.iv) Membuat pengukuran panjang kerb dan
longkang di Jalan Reko.v) Kerja-kerja pemasangan gabian.
vi) Plote Mackintosh Test
vii) Piloting existing utilities
Minggu Kelimabelas ( 25 30/3/2013 )
i) Kerja-kerja pasir import
ii) Kerja-kerja membuat treatment level
iii) Pemasangan gabian
iv) Mackintosh test
v) Kerja-kerja ground treatment untuk lays geotextile dan sand
replacement.vi) Kerja-kerja mengorek dan mengeluarkan tanah Minggu
Keenambelas ( 1 6/4/2013 )
i) Kerja-kerja pasir import
ii) Kerja-kerja pengorekkan dan treatment level
iii) Mengumpul maklumat pengukuran dan memasukkan dalam format
pengiraan.iv) Melakukan kerja-kerja pejabat dengan photostat
Delivery Order, menyemak fail projek dan menyusun fail projek.
v) Membantu Juruukur Bahan menyiapkan Claim .vi) Kerja-kerja
mengukur bagi menanam semula center line yang sudah hilang.
vii) Kerja-kerja mengukur Finished Road Level.
Minggu Ketujuhbelas ( 8 13/4/2013 )i) Menaip Quatation ( sebut
harga ) untuk memilih harga dari pembekal .
ii) Melakukan kerja-kerja pejabat .iii) Menyemak fail-fail
projek dan melihat contoh-contoh surat insurans seperti PERKESO ,
Contractor All Risk ( CAR ) dan lain-lain.
iv) Melawat tapak pembinaan untuk melihat perkembangan
projek
v) Kerja-kerja mengecat pad
vi) Memotong kayu untung membuat pad
Minggu Kelapanbelas ( 15 20/4/2013 ) i) Membantu QS membuat
Bayaran Interim untuk projek Taman Ilmu dengan memasukkan nilai ke
dalam BQ.ii) Mengemaskini fail-fail
iii) Memasukkan nilai pengukuran ke dalam Microsoft Excel bagi
projek Pancur Merah.
iv) Membuat pengukuran di tapak R.O.Wv) Membantu QS menyiapkan
Bill Of Quatity ( BQ ) dengan menaip description mengikut kehendak
QS kami.
Minggu Kesembilanbelas ( 22 27/4/2013 )
i) Melakukan kerja-kerja pejabat .
ii) Kerja-kerja memasang kaki meja.
iii) Ditugaskan untuk menaip surat.
iv) Membuat pengukuran di tapak untuk membuat tuntutan bayaran
terakhir.
Minggu Keduapuluh ( 29 5/3/2013 ) i) Menyambung kerja-kerja
pengukuran untuk item-item kerb dan premix .
ii) Memasukkan nilai pengukuran ke dalam komputer mengunakan
Microsoft excel .
iii) Mengemaskini lakaran- lakaran pengukuran yang dibuat .
iv) Menyambung kerja-kerja pengukuran di kawasan Variation
Order(V.O) sepanjang 100 meter dan dikawasan simpang 3 &
simpang 4.v) Membuat kerja-kerja pejabat .vi) Mengumpul semua hasil
pengukuran dan dikemaskini.vii) Membantu QS memasukkan harga tender
bagi projek Jalan Kampung Raja Musa ke Kampung Belimbing, Kuala
Selangor, Selangor Darul Ehsan.viii) Mengemaskini data pengukuran
untuk final account ix) Membuat Variation of pricex) Melakukan
kerja-kerja dengan photostat delivery order.
BAB 4 : LAPORAN TEKNIKAL4.1 Pengenalan Sepanjang saya menjalani
latihan industri selama 20 minggu di Jabatan Kejuruteraan Awam,
Jurumart Sdn Bhd, pelbagai kerja teknikal yang telah saya lakukan
.Memandangkan kerja-kerja di Unit Awam lebih kepada kerja-kerja
penyelenggaraan bangunan dan jalan raya ,saya telah diajar tentang
teknik-teknik penyelenggaraan bangunan dan jalan raya, kawasan dan
memantau kerja-kerja pencucian . Di sini pelbagai kerja yang diajar
kepada saya bermula dari bawah bukan sahaja dari segi
penyelenggaraan perkakasan di dalam bangunan dan jalan raya yang
merangkumi semua aspek contohnya mengukur jalan, membuat tender
atau tawaran dan sebagainya . Saya juga didedahkan dengan kerja
kemasan bangunan dan jalan raya seperti cara mengecat bangunan,
cara menggunakan alat mengukur dan banyak lagi.Namun begitu, saya
juga didedahkan dengan kerja-kerja luar seperti melawat tapak
pembinaan tembok penahan dan pemasangan paving block.
4.2Tawaran
4.2.1Pengenalan
Perkembangan industri binaan adalah salah satu faktor yang
meningkatkan kamajuan dan kemakuran sesebuah negara. Di negara kita
sektor industri binaan berkembang bagitu pesat. Dengan terdirinya
binaan yang besar dan tinggi akan membuka mata dunia untuk menenali
Malaysia secara lebih dekat. Bagi menjamin kelicinan perjalanan
sesuatu projek binaan sudah tentu memerlukan pengurusan atau atur
cara yang lebih baik dan terancang.Jenis-jenis kerja dalam industri
binaan merangkumi dua bahagian utama:
a) Kerja Pembinaan Bangunan
Ia meliputi kesemua bentuk pembinaan yang boleh dikelaskan
dalam
kategori bangunan.
b)
b) Kerja Kejuruteraan Awam
Bahagian ini meliputi kesemua jenis pembinaan yang tidak
termasuk dalam kategori bangunan. Contohnya seperti jalan raya,
jambatan, empangan, limbung kapal dan sebagainya.
Terdapat juga jenis kerja yang dinamakan kerja khas. Jenis kerja
ini biasanya dilakukan bagi melengkapkan kerja pembinaan bangunan
dan juga kerja kejuruteraan awam. Contohnya seperti kerja-kerja
elektrik, pemasangan hawa dingin dan sebagainya. Kerja kontrak
dilakukan antara dua pihak iaitu majikan (bagi pihak gunawan) dan
kontraktor binan atau kontraktor. Pelantikan kontraktor binaan
untuk menjalankan kerja kontrak dibuat melalui sistem
tawaran.4.2.2Definisi Tawaran
Tawaran adalah suatu kenyataan yang dikeluarkan kepada seseorang
untuk membuat di samping mendapatkan persetujuan daripada pihak
yang berkenaan.
Tawaran merupakan proses utama yang dilakukan oleh majikan untuk
mendapatkan seorang kontraktor yang layak. Pemilihan kontraktor
biasanya dibuat melalui pertandingan yang melibatkan perkara
tertentu seperti harga dan masa pembinaan. Ini merupakan objektif
utama ketika membuat keputusan pemilihan tawaran.
4.2.3Jenis Tawaran
Jenis-jenis tawaran adalah salah satu daripada faktor yang
membantu pihak klien dalam membuat pemilihan kontraktor yang
difikirkan layak untuk melaksanakan projeknya. Di Malaysia kita
mengamalkan beberapa jenis tawaran, antaranya
a. Tawaran Terbuka
b. Tawaran Terhad atau Tawaran Terpilih
c. Tawaran Perundingan
d. Tawaran Prakelayakan
Projek-projek yang dijalankan di Syarikat Rimbun Tekad adalah
daripada projek-projek kerajaan, yang mana pihak kerajaan kerap
menggunakan tawaran jenis terbuka dan tawaran terhad atau tawaran
terpilih yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
a.Tawaran Terbuka
Tawaran terbuka merupakan jenis tawaran yang biasa diamalkan
oleh kerajaan dan badan berkanun. Tawaran jenis ini digunakan bagi
mendapatkan harga yang munasabah bagi sesuatu kerja kontrak binaan.
Ini dapat dilakukan apabila ramai bilangan kontraktor atau
kontraktor yang memasuki tawaran adalah ramai. Pihak majikan akan
mengeluarkan iklan tawaran di dalam akhbar-akhbar tempatan untuk
menjemput kontraktor membuat tawaran harga ke atas projek yang
dicadangkan. Penawaran harga yang dibuat oleh kontraktor biasanya
berasaskan jumlah anggaran kasar sesebuah bangunan.
Harga ini termasuklah harga bahan binaan, gaji pekerja, kerja
kontraktor kecil, kerja sampingan termasuk juga kadar keuntungan.
Lebih ramai kontraktor memasuki tawaran ini bermakna lebih banyak
rangkaian senarai harga yang diperolehi oleh majikan. Ini
membolehkan pihak majikan membuat pemilihan yang tepat berdasarkan
kepada harga yang sesuai dan munasabah.
Sistem tawaran terbuka dipraktikkan supaya kontraktor binaan
dapat menawarkan harga yang paling minimum tanpa menjejaskan mutu
kerja dan mutu bahan binaan. Berlaku juga kepada sesetengah
kontraktor yang menawarkan harga terendah tetapi tidak dapat
menjamin dan menghasilkan mutu kerja yang baik.
Melalui sistem ini, kebiasaannya pihak majikan akan mamilih
kontraktor yang menawarkan harga yang terendah. Walau bagaimanapun
terdapat syarat yang menyatakan phak majikan tidak semestinya
menerima kontraktor yang meletakkan harga yang paling rendah.
i) Kebaikan Sistem Tawaran TerbukaSistem tawaran terbuka
merupakan suatu sistem tawaran yang membuka peluang kepada
kontraktor yang baru mendaftar dan tidak mempunyai pengalaman yang
bagitu banyak. Melalui sistem ini pihak majikan dapat memilih harga
tawaran terendah. Ini disebabkan setiap kontraktor berlumba-lumba
meletakkan harga tawaran yang paling rendah.Jenis tawaran ini
sesuai untuk pembinaan yang rendah atau sederhana hargnya. Bentuk
pembinaannya tidak begitu sukar dan tidak memerlukan pengalaman
atau kelayakan yang khusus.
ii) Kekurangan Sistem Tawaran TerbukaBagi sistem tawaran jenis
terbuka ini proses penyediaan tawaran ini mengambil masa yang lama.
Misalnya menggunakan masa yang banyak untuk pengiklanan di
akhbar-akhbar awam atau teknikal, penyediaan lukisan lakar, senarai
bahan dokumen yang bersangkutan. Oleh itu, tawaran menurut sistem
ini tidak sesuai untuk projek yang perlu disiapkan dengan kadar
yang segera.
Penerimaan sebut harga atau qouotation terendah adalah
merbahaya. Kemungkinan tawaran terendah ini akan menghasilkan
binaan yang tidak berkualiti, baik daripada segi mutu kerja mahupun
mutu bahan. Apabila tawaran terendah dibuat kontraktor akan cuba
menambah keuntungan dengan menggunakan bahan binaan berharga murah
dan buruh binaan yang kurang mahir. Dengan itu, tidak ada jeminan
untuk mendapatkan hasil projek yang baik daripada tawaran yang
terendah sekali.
Melalui sistem ini juga akan mendorong pihak kontraktor untuk
tidak menggunakan alatan-alatan moden dan teknik baru dalam
kerja-kerja pembinaan. Kontraktor juga meletakkan harga terendah
biasanya tidak menggunakan peralatan yang baru dan mahal.
Penggunaan alatan jenis moden memerlukan belanja yang banyak.
Tawaran terbuka ditawarkan kepada semua kontraktor menyebabkan
timbul kesukaran dalam proses pemilihan kontraktor. Pembaziran dari
segi masa dan kewangan akan berlaku kerana hanya seorang sahaja
kontraktor yang akan dipilih.
Kesimpulanya , walaupun terdapat pelbagai kelemahan, sistem ini
masih digunakan. Ia merupakan sistem yang paling baik dalam
penggunaan wang awam. \b. Tawaran Terhad Atau Tawaran Terpilihi)
Tawaran terhadTawaran terhad merupakan tawaran yang terbuka kepada
semua kontraktor yang termasuk di dalam kategori yang telah
dinyatakan dalam notis tawaran. Misalnya tawaran terhad adalah
untuk kontraktor bumiputera sahaja.
ii) Tawaran terpilih
Tawaran terpilih adalah tawaran yang hanya dikemukakan kepada
kontraktor-kontraktor yang telah dipilih oleh majikan. Pertandingan
dalam merebut tawaran ini berlaku di antara kontraktor-kontraktor
yang telah dipilih untuk memasuki tawaran. Biasanya bilangan yang
dipilih adalah kecil tetapi mempunyai kemahiran dan pengalaman yang
luas dalam sesuatu bidang kerja.
Melalui sistem ini, pemilihan kontraktor dibuat berdasarkan
lukisan lakar, senarai bahan dan juga penyediaan senarai kontraktor
binaan dan kelayakannya. Dengan itu, kontraktor yang termasuk di
dalam senarai sahaja boleh merebut tawaran. Nama-nama kontraktor
disenaraikan dengan cara yang biasa digunakan seperti:
a. Juru perunding bagi pihak majikan mengambil dan menyenaraikan
nama-nama kontraktor yang layak. Iklan untuk cadangan projek
dikeluarkan kepada mana-mana kontraktor yang termasuk do dalam
senarai. Apabila kontraktor memasuki tawaran, pihak majikan akan
mamilih seorang kontraktor yang meletakkan harga yang munasabah.
Kebiasaannya tawaran terendah akan diterima. b. Proses yang
diterangkan di dalam Kod Peraturan Pemilihan.
c. Kebaikan Tawaran Terhad atau Tawaran TerpilihKebaikan
penggunaan sistem tawaran terhad atau tawaran terpilih adalah pihak
majikan akan memperolehi binaan yang berkualiti hasil daripada mutu
kerja yang memuaskan. Ini disebabkan oleh kontraktor yang mahir dan
mempunyai rekod yang baik. Bagitu juga dari segi peralatan dan
susunan organisasi.
Tawaran jenis ini sesuai untuk kerja-kerja khas yang memerlukan
kecekapan dan pengalaman kerja yang tidak terdapat pada kontraktor
utama. Kerja-kerja pemasangan alatan dan pembinaan memerlukan
penelitian dan kepakaran tertentu.
d. Kekurangan Tawaran Terhad atau Tawaran TerpilihKebanyakan
kontraktor yang disenaraikan terdiri daripada kontraktor yang mahir
serta berpengalaman. Kemungkinan berlakunya pakatan di antara
kontraktor-kontraktor atau lebih dikenali sebagai pakatan harga.
Dengan perkataan lain, kontraktor-kontraktor akan meletak, menetap
serta menutup harga dalam tawaran mereka.
Misalnya, jika terdapat enam kontraktor yang ada di dalam
senarai tawaran, jika kontraktor ini mengenali antara satu sama
lain, mereka akan membuat satu pakatan. Kontraktor yang ingin
memenangi projek tersebut hendaklah meletakkan harga tawaran yang
lebih tinggi daripada kos yang dikira berdasarkan pelan kasar.
Manakala lima kontraktor yang lainnya akan meletakkan harga yang
lebih tinggi daripada kontraktor yang pertama tadi.
Apabila kontraktor pertama memenangi tawarannya kerana harga
terendah maka kontraktor pertama hendaklah memberi wang saguhati
kepada lima kontraktor tadi. Ini berdasarkan perjanjian yang teleh
dipersetujui sebelumnya. Ini dikenali sebagai harga penutup.
Oleh kerana keupayaan sesebuah organisasi kontraktor itu
berubah-ubah dari masa ke semasa maka terdapat risiko dalam
mengambil dan memilih kontraktor tersebut. Daripada senarai yang
dicatatkan tidak semua kontraktor yang layak dimasukkan di dalam
senarai. Oleh yang demikian majikan hanya mendapat beberapa tawaran
sahaja.
4.2.4 Isi Kandungan Dokumen Tawarana) Panggilan Tawaran Dan
Pengambilan Borang Tawaran
Dokumen yang disediakan adalah untuk kegunaan kontraktor binaan
bagi meletakkan harga tawarannya yang fikirkan sesuai.Panggilan
tawaran selalunya dilakukan oleh pihak majikan atau JKR dengan
mempamerkan kenyataan tawaran tersebut dalam akhbar. Dalam
kenyataan ini disebutkan jenis kerja yang di tawarkan, kelas
kontraktor dan pecahan kepala serta perkara-perkara lain yang
bersangkutan dengan tawaran. Perkara lain yang dinyatakan
termasuklah masa dan tempat mengambil borang tawaran dan tarikh
tawaran ditutup.
Kontraktor yang berkelayakan akan mengambil borang tawaran dan
membuat tawaran berdasarkan kepada perkara-perkara yang terkandung
di dalam Dokumen Meja Tawaran. Kebiasaannya bagi kerja-kerja kecil
yang memakan belanja kurang daripada RM 50,000.00 panggilan tawaran
tidak akan dibuat melalui surat khabar. Kenyataan tawaran kerja
untuk ini hanya akan dipamerkan di papan kenyataan pejabat JKR.
Oleh itu, perlulah pihak kontraktor sentiasa berulang kali ke
pejabat JKR untuk mencari peluang-peluang kerja yang
ditawarkan.
Dokumen tawaran boleh didapati dengan cara membelinya ataupun
melihatnya di bilik Meja Tawaran. Ianya bergantung kepada maklumat
yang dikeluarkan dalam kenyataan atau iklan tawaran.
b) Jenis-Jenis Dokumen TawaranSekiranya kontraktor telah
memenuhi syarat yang dinyatakan dalam kenyataan tawaran maka
bolehlah mereka memasuki tawaran tersebut. Untuk membuat tawaran,
kontraktor mestilah mendapatkan borang-borang atau dokumen tawaran
tertentu daripada pihak pejabat JKR seperti yang telah dinyatakan
terlebih dahulu.
Dokumen-dokumen tawaran yang akan diberi kepada kontraktor
tertakluk kepada jenis kontrak yang ditawarkan. Sekiranya kontrak
ini berdasarkan senarai bahan, maka dokumen tawaran yang akan
diberi kepada kontraktor ialah senarai bahan, borang tawaran
penentuan kerja dan lukisan penting. Sekiranya kontrak ini
berdasarkan Lum Sump maka dokumen tawaran yang akan diberikan
kepada kontraktor ialah jadual tawaran, borang tawaran, semua
lukisan dan jadual kerja.
Berikut ialah senarai kandungan dokumen tawaran yang biasa
digunakan:
1. Naskah meja tawaran
2. Borang tawaran
3. Borang penerimaan tawaran
4. Penentuan kerja
5. Jadual kadar harga
6. Lukisan
7. Senarai bahan
8. Arahan kepada petender
9. Syarat-syarat tawaran
c) Naskah Meja TawaranBiasanya sebelum sesuatu tawaran
dipanggil, JKR akan menyediakan satu dokumen tawaran yang mana akan
dipamerkan untuk kontraktor-kontraktor menyemak dan menggunakannya.
Naskah ini terkandung beberapa dokumen yang tertentu yang berkaitan
dengan projek yang ditawarkan. Ini termasuklah syarat-syarat
kontrak borang tawaran, lukisan, penentuan kerja dan lain-lain
lagi. Setelah satu tawaran diterima, naskah ini akan menjadi asas
dalam penyediaan dokumen kontrak kelak. Sebagaimana yang tersebut
di atas, naskah meja tawaran ini akan dipamerkan untuk
kontraktor-kontraktor yang ingin membuat tawaran dan
kontraktor-kontraktor akan berdasarkan kepada apa yang terkandung
di dalam dokumen ini bagi membuat tawarannya.
Pada kebiasaannya, naskah meja tawaran (T.T.D) ini akan
dipamerkan d tempat-tempat yang tertentu seperti berikut :
1. Sekiranya tawaran ini dipanggil oleh Pengarah Negeri,
naskah-naskah meja tawaran ini akan dipamerkan di pejabat Pengarah
yang berkenaan di pejabat Jurutera Daerah yang berkenaan.
2. Tawaran Persekutuan yang dipanggil oleh Pengarah Negeri,
naskah meja tawarannya dipamerkan di Bahagian Kontrak Ibu Pejabat
JKR, Kuala Lumpur.
Menjadi tanggungjawab kontraktor untuk menentukan bahawa semua
dokumen yang diterima pada masa pengembalian dokumen adalah sama
dengan apa yang terdapat di dalam TTD, terutama sekali
lukisan-lukisan, kerana segala tuntutan di atas ketidaksamaan ini
tidak akan dilayan sama sekali.
d) Borang Tawaran
Merupakan borang yang digunakan oleh pentender untuk memasuki
tawaran. Dalam borang tersebut perlu diisikan dengan harga tawaran
serta tempoh penyiapan kerja pembinaan yang dapat dilakukan oleh
pemborong. Dalam urusan memasuki tawaran di wajibkan mematuhi
syarat-syarat tawaran.
e) Borang Penerimaan Tawaran
Ia digunakan oleh pihak majikan atau Pegawai Penguasa (S.O)
untuk menyatakan persetujuannya menerima tawaran. Borang ini
kemudiannya dihantar kepada pemborong untuk disimpan.
f) Penentuan Kerja
Penentuan kerja yang menerangkan dan menghuraikan
perkara-perkara yang bersangkutan denga kontrak. Di antaranya
ialah:
1. Kerja-kerja yang termasuk dalam tawaran.
2. Mutu minimum bahan binaan yang diperlukan termasuk
kerja-kerja pembinaan.
3. Menerangkan bagaimana sesuatu kerja patut dijalankan.
4. Menetapkan mutu minimum penghasilan kerja.
g) Jadual Kadar Harga
Jadual ini disediakan oleh pihak majikan. Di dalamnya terdapat
senarai harga dalam membuat sesuatu elemen binaan. Harga yang
terdapat dalam senarai ini termasuk harga bahan dan upah pemasangan
tetapi tidak termasuk keuntungan. Jadual ini digunakan jika
terdapat perubahan kerja semasa kontrak masih dikuat-kuasakan. Di
samping itu, ia juga dapat membantu pemborong dalam meletakkan
harga tawaran.
h) Lukisan
Ia dapat menggambarkan sesuatu kerja perlu dibuat dan disiapkan
supaya kelihatan sepeti dalam lukisan pelan. Pelan dan penentuan
adalah bahan yang digunakan untuk memberi penerangan kepada
pemborong. Jika terdapat perkara yang tidak terang dalam pelan maka
rujukan hendaklah dibuat kepada penentuan.
i) Senarai Bahan
Bagi projek-projek yang rumit lagi sulit, senarai kuantiti
(bahan) disediakan untuk memudahkan kontrakror membuat anggaran.
Bagi projek-projek yang tidak disediakan senarai kuantiti, selain
menggunakan cara keluasan lantai, sebaik-baiknya kontraktor
menyediakan sendiri senarai kuantiti projek berkenaan untuk
membolehkannya membuat anggaran yang tepat. Dalam membuat pengiraan
kadar harga, perkara-perkara berikut perlulah diambil kira:
1. Kos bahan termasuk pengangkutan dan pembaziran
2. Kos alat jentera (jika ada)
3. Kos buruh
4. Kos pengangkutan
5. Keuntungan
Setiap kontraktor seharusnya mempunyai senarai kadar harganya
sendiri untuk memudahkannya membuat anggaran. Serta perundingan
kadar harga untuk kerja-kerja tambahan.
4.2.5Iklan Tawaran
i)Pengenalan Kepada IklanKebiasaannya kerap kali kita terlihat
dan terjumpa pelbagai jenis iklan samada di dalam surat khabar,
majalah, radio, televisyen, internet dan sebagainya. Daripada iklan
ini kita dapat mengetahui apakah yang ingin disampaikan oleh
pengiklan tersebut dengan membaca tajuk iklan tersebut. Di dalam
surat khabar banyak disiarkan keratan-keratan iklan yang berkaitan
dengan tender seperti tender bagi pembinaan bangunan, tender
pembinaan jalan, tender pemasangan peralatan sokongan dan bermacam
jenis tender yang boleh juga kita perolehi daripada media-media
massa pada hari ini. Iklan tawaran adalah kenyataan yang
dikeluarkan untuk memberitahu pemborong agar memasuki tawaran bagi
projek-projek yang telah dirancangkan.
ii) Memahami Iklan Tawaran
Di dalam iklan terdapat maklumat-maklumat yang penting dan
berguna kepada penender-penender yang ingin memasuki tawaran.
Berikut ialah maklumat-maklumat penting di dalam iklan :
a. Jenis iklan tawaran
b. Nama projek
c. Kelas pemborong
d. Kepala dan pecahan kepala
e. Masa dan tempat projek
f. Perlu dimasukkan ke dalam pati tawaran
g. Wang cagaran dan wang dokumen
h. Tarikh tutup tawaran
i. Fasal pengecualian
j. Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan projek
iii)Fungsi Iklan
Iklan adalah satu kaedah yang digunakan secara meluas di negara
kita untuk menyampaikan atau menyatakan sesuatu kepada pengguna.
Iklan buka sahaja berkaitan dengan tawaran namum ada juga iklan
yang mempromosikan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi
kehendak pengguna. Fungsi iklan adalah untuk menyampaikan dan
menyatakan sesuatu kepada pengguna berdasarkan kepada tajuk iklan
tersebut.
Konsep pengiklan digunakan kerana ianya mudah dan penyebaran
maklumat melaluinya adalah pantas dan berkesan jadi tidak hairanlah
di ruangan iklan dipenuhi dengan banyak tawaran-tawaran samada
tawaran pembinaan bangunan, pemasangan peralatan elektrik,
pembinaan tangki kumbahan, pengubahsuaian bangunan dan sebagainya
terdapat di dalam ruangan iklan di setiap naskah akhbar. Namun
bagitu tidak semua tawaran akan di iklankan mengunakan kaedah ini
kerana ada yang menggunakan kaedah papan kenyataan. Contohnya, bagi
jumlah projek yang tidak melebihi RM 50,000.00.
iv) Medan Iklan
Penyampaian iklan menggunakan pelbagai medan yang bertujuan
untuk mempercepatkan, memudahkan serta penyampaian yang jelas
kepada pengguna. Pada masa kini terdapat banyak kaedah atau medan
yang digunakan untuk menyebarkan maklumat atau iklan. Contohnya
:
a.Surat khabar
b.Majalah
c.Papan kenyataan
d.Radio
e.Televisyen
f.Internet
g.Surat rasmiBagi iklan-iklan yang ada pada masa kini adalah
sangat sesuai jika menggunakan perantaraan surat khabar sebagai
medan utama. Ini kerana surat khabar adalah medan yangterbaik
kerana ianya bersifat kekal. Surat khabar adalah bahan cetakkan dan
ianya kekal berada di atas kertas tersebut selain itu surat khabar
juga adalah bahan rujukan utama penduduk utama di Malaysia
khusunya. Maka tidak hairanlah mangapa terdapat banyak iklan di
dalam surat khabar setiap hari.
Namun begitu, tidak semua iklan akan disampaikan melalui surat
khabar kerana terdapat juga iklan yang disampaikan melalui
medan-medan seperti contoh di atas. Medan iklan perlu di sesuaikan
dengan jenis iklan yang akan disampaikan supaya ianya boleh
diterima oleh pengguna. Bagi iklan tawaran surat khabar adalah
medan yang terbaik.
4.2.6Lawatan Tapak Bina
i)Pengenalan
Lawatan tapak bina atau site visite adalah salah satu daripada
syarat-syarat wajib untuk masuk tawaran bagi sesetengah tawaran.
Terdapat syarat-syarat tawaran yang mewajibkan kehadiran lawatan
tapak dan terdapat juga syarat-syarat tawaran yang hanya
menggalakkan penender untuk hadir dalam sesi lawatan tapak bina
tersebut. Kebiasaannya, pihak kontaktor akan menghantar wakil
daripada syarikat untuk menghadiri taklimat lawatan tapak tersebut
jika ianya adalah diwajibkan di dalam syarat-syarat tawaran.
Untuk mengetahui sama ada tawaran tersebut di wajibkan lawatan
tapak bina atau pun tidak, maka perlu dirujuk pada iklan tawaran
samada dalam surat khabar, di papan-papan iklan, internet ataupun
di dalam majalah-majalah. Di dalam iklan tersebut dinyatakan
pelbagai maklumat seperti nama pemilik, jenis tawaran, tarikh tutup
tawaran, tarikh mula jualan tawaran, masa tutup tawaran, tempat
lawatan tapak, masa lawatan tapak dan sebagainya.
ii)Tujuan Lawatan Tapak Bina
Tujuan lawatan tapak bina adalah bertujuan untuk memberi ruang
kepada pihak kontraktor untuk melihat sendiri tapak pembinaan yang
dirancangkan supaya pihak kontraktor dapat mengenalpasti kaedah
pembinaan yang sesuai digunakan berdasarkan kepada kawasan tapak
pembinaan tersebut seperti permukaan tanah, laluan keluar dan masuk
ke dalam tapak pembinaan, binaan-binaan yang terdapat di
sekeliling, tumbuhan yang terdapat dalam tapak pembinaan tersebut
serta faktor-faktor lain yang perlu diberi perhatian.
Apabila pembinaan dibuat dikawasan seperti jalan raya maka,
pihak kontraktor akan menengenalpasti kaedah yang akan digunakan
supaya tidak mengganggu lalu lintas dan pada masa yang sama dapat
menjalankan pembinaan jalan mengikut perancangan yang telah
dirancang. Hasil lawatan tapak bina ini juga akan membantu pihak
kontraktor untuk membuat anggaran bagi kerja-kerja sementara. Kerja
sementara ialah seperti pembinaan jalan altenatif, papan tanda,
pembinaan holding, pancang tanda dan sebagainya.
iii)Kehadiran
Kehadiran ke taklimat tapak bina akan diambil selepas taklimat
tapak bina, namun terdapat juga pihak yang mengambil kehadiran
sebelum taklimat bermula. Wakil kontraktor yang datang akan menulis
maklumat-maklumat yang diperlukan seperti nama wakil, nama
syarikat, alamat syarikat, kelas kontraktor, tarikh dan masa.
Kebiasaanya jika tawaran adalah jenis terbuka maka ramai pihak
kontraktor akan menghadirkan diri dan ini memerlukan masa yang lama
untuk proses pendaftaran. Namum begitu, pihak kontraktor tidak
boleh mengambil ringan akan perkara ini, kerana jika pihak
kontraktor tidak menulis kedatangan dalam kertas yang diedarkan
maka ianya akan memberikan kesan semasa proses pembelian
tawaran.
Semasa pembelian tawaran pihak yang menjual tawaran akan
menyemak senarai nama kontraktor yang menghadirkan diri ke taklimat
lawatan tapak bina. Jika didapati nama kontraktor tidak terdapat di
dalam senarai tersebut maka pihak yang menjual tawaran berhak untuk
tidak menjual tawaran tersebut kepada kepada pihak kontraktor.
Perkara seperti ini perlu diberi perhatian supaya wakil kontraktor
yang menghadirkan diri ke taklimat tapak bina perlu menulis
kehadiran walaupun lambat menghadiri ke taklimat tersebut. Maklumat
yang menyatakan kehadiran wakil kontraktor adalah salah satu
daripada syarat untuk memasuki tawaran.
iv)Taklimat Ringkas
Taklimat ringkas adalah satu taklimat yang mana semua wakil
kontraktor yang berminat untuk membeli tawaran menghadirkan diri ke
lawatan tapak bina untuk melihat sendiri bagaimana keadaan tapak
bina tersebut dan dapat membuat jangkaan awal sebelum kerja
pembinaan bermula dan dapat membuat anggaran bagi kos yang mungkin
terlibat. Taklimat ini dikelolakan oleh pihak JKR supaya semua
wakil kontraktor akan dapat mendengar dan mengetahui apakah
kehendak-kehendak pihak majikan terhadap projek tersebut.
4.2.7 Pembelian Dokumen Tawaran
i) Pengenalan
Pembelian dokumen tawaran adalah salah satu daripada
syarat-syarat tawaran. Pembelian dokumen tawaran adalah wajib bagi
organisasi yang ingin memasuki tawaran. Jika wakil kontraktor tidak
membeli dokumen tawaran maka secara automatiknya organisasi
terbabit tidak ingin untuk memasuki tawaran tersebut.
Pembelian dokumen tawaran dibeli berdasarkan kepada iklan yang
telah dikeluarkan oleh pihak majikan kepada pentender. Di dalam
iklan ada dinyatakan tarikh dan masa penjualan dokumen tender
tersebut. Apabila pembelian dibuat sebelum atau selepas tarikh atau
masa yang dinyatakan maka pembelian dokumen tawaran tersebut telah
ditutup untuk semua pihak. Oleh itu, setiap wakil organisasi yang
ingin membeli dokumen tawaran perlu merujuk dahulu kepada iklan
yang telah dikeluarkan oleh pihak majikan untuk mengelakkan
sebarang kesilapan.
Selain itu, di dalam iklan juga dinyatakan tempat pembelian
dokumen tawaran. Maka, ini akan memudahkan wakil setiap organisasi
untuk mendapatkan dokumen tersebut. Jika tawaran tersebut adalah
daripada kerajaan, kebiasaannya ianya akan di jual di Pejabat JKR,
namun ada juga yang dijual di tempat selain daripada Pejabat JKR
seperti di premis kerajaan contoh seperti di Pusat Latihan Tentera
Darat (PULADA). Namun bagi pihak swasta dokumen tawaran ini akan
dijual di premis mereka seperti Hospital Pakar Tawakal, Kuala
Lumpur.
ii) Tujuan Pembelian Dokumen Tawaran
Dokumen tawaran adalah dokmen yang penting yang perlu dibeli
oleh pihak pentender untuk memasuki tender. Tujuan pembelian
dokumen tawaran adalah bertujuan untuk menghargakan dokumen tawaran
mengikut kehendak dokumen tersebut. Dokumen ini adalah bukti harga
yang diletakkan oleh pihak pentender yang digunakan merebut dan
bersaing dengan pihak pentender yang lain untuk mendapatkan tawaran
atau sesuatu projek.
iii)Dokumen Yang Perlu Dibawa Dan DiserahkanSemasa pembelian
dokumen tawaran, pentender perlu membawa beberapa dokumen penting
yang perlu ditunjukkan kepada pihak yang akan menjual dokumen
tawaran sebagai pengesahan. Dokumen-dokumen tersebut boleh dirujuk
pada keratan iklan tawaran. Berikut ialah dokumen yang perlu dibawa
dan ditunjukkan kepada pihak yang menjual dokumen tawaran
tersebut.
a. Perakuan Pandaftaran Asal atau Kad Perakuan Permohonan
Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).
b. Sijil Pendaftaran Asal Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)/
Kementerian Kewangan.
c. Sijil Pengiktirafan Taraf Bumiputera.
d. Bayaran dokumen tawaran (Cth; Cek) dan borang pembelian
dokumen tawaran diserahkan kepada pihak yang menjual.
iv)Tempoh Masa Pembelian Dokumen Tawaran
Tempoh masa pembelian dokumen tawaran adalah satu perkara yang
perlu diberikan tumpuan. Hal ini kerana dokumen tawaran ini hanya
dijual mengikut tempoh yang telah di iklankan di dalam iklan
tawaran. Di dalam iklan tersebut dinyatakan tarikh dan masa
penjualan dokumen tawaran tersebut kepada pentender. Jika pentender
gagal mendapatkan atau membeli dokumen tawaran tersebut dalam masa
yang dinyatakan di dalam iklan maka pentender adalah di anggap
tidak berminat untuk memasuki tawaran tersebut. Oleh itu, pentender
perlu membaca dan memastikan tempoh masa pembelian dokumen tawaran
dengan teliti supaya dapat memasuki tawaran
4.2.8Penyediaan Dokumen Tawaran
i) Pengenalan
Dokumen tawaran yang telah dibeli perlu dipatuhi segala
syarat-syarat yang dikehendakinya sebelum di masukkan ke dalam peti
tender. Pentender perlu mengisi segala maklumat yang dikehendaki
oleh syarat-syarat yang terdapat di dalam dokumen tawaran bagi
mengelakkan sebarang penyingkiran dokumen tawaran atas dasar tidak
mencukupi maklumat yang diminta.
Kebiasaannya dokumen tawaran akan disertakan satu salinan
senarai semak yang akan memudahkan pihak kontraktor menyemak
perkara-perkara yang di syaratkan sebelum membungkus dokumen
tersebut. Di Rimbun Tekad Sdn. Bhd, penyediaan dokumen tawaran
adalah di bawah tanggungjawab juru anggar atau estimator. Juru
anggar akan membuat salinan dokumen ke dalam komputer menggunakan
alat pengimbas.
Ianya akan disalin dalam format Microsoft Excel atau dalam
bentuk data (softcopy). Juru anggar akan menggunakan salinan
tersebut untuk membuat anggaran bagi setiap item yang terdapat di
dalam dokumen tawaran tersebut.
Selain itu, dokumen tawaran yang diperolehi juga akan dibuat
salinan fotostat dan dibuat simpanan dan juga sebagai rujukan pada
masa akan datang. Bagi juru anggar beliau mempunyai senarai harga
bahan yang digunakan di dalam setiap pembinaan seperti berikut:
Jadual 1: Contoh senarai harga bahan
ii)Mendapatkan Sebut Harga (Quotation)
Dalam menghargakan dokumen tawaran juru anggar perlu tahu
berapakah nilai bahan-bahan yang akan digunakan di dalam pembinaan
tersebut. Harga bahan-bahan pembinaan berubah dari masa ke semasa
oleh itu juru anggar perlu peka dan sentiasa mendapatkan
harga-harga bahan yang terbaru. Pencarian harga bahan atau sebut
harga (Quotation) adalah perkara biasa yang akan dilakukan oleh
kontraktor-kontraktor dan harga yang munasabah serta bahan yang
berkualiti akan dipilih.
Untuk mendapatkan harga, juru anggar akan faks surat memohon
sebut harga terus kepada pembekal-pembekal kerana harga yang
ditawarkan oleh pembekal adalah lebih rendah. Urusan menggunakan
mesin faks adalah lebih cepat serta menjimatkan masa. Bersama
dengan surat memohon sebut harga di sertakan sekali pelan-pelan
yang berkaitan serta senarai kuantiti yang berkaitan. Ini akan
memudahkan lagi pihak pembekal untuk menetapkan harga.
Kebiasaanya, tempoh masa yang diberikan kepada pihak pembekal
untuk membalas permohonan sebut harga adalah dalam masa 1 minggu
daripada tarikh yang tercatat dalam surat tersebut. Dalam
mendapatkan sebut harga tersebut, juru anggar akan faks surat
memohon sebut harga kepada dua atau lebih pembekal untuk
mendapatkan harga yang munasabah. Harga-harga tersebut akan
dibandingkan dan pengarah teknikal akan memutuskan pembekal yang
difikirkan sesuai.
Pembekal yang dipilih akan dimaklumkan melalui surat. Wakil dari
pembekal akan dipanggil bertujuan untuk merundingkan harga yang
telah dipersetujui.
Pihak kontraktor utama akan cuba mendapatkan harga serendah
mungkin yang boleh dan meyakinkan pihak pembekal untuk
bekerjasama.
iii)Menyelaraskan Peratus Keuntungan
Di dalam menghargakan dokumen tawaran harga yang diberikan oleh
pembekal perlu di selaraskan dengan peratus keuntungan syarikat.
Peratus keuntungan syarikat tersebut diselaraskan supaya projek
yang akan dijalankan kelak akan dapat memberikan keuntungan kepada
syarikat. Juru anggar akan mencadangkan peratus keuntungan yang
akan diambil bagi sesebuah projek. Peratus keuntungan adalah tidak
sama dengan projek-projek yang lain ianya bergantung kepada tahap
kesukaran kerja yang akan dilaksanakan kelak.
Kebiasaannya peratus keuntungan yang di ambil adalah di antara
5% hingga 10% daripada harga yang telah dipersetujui oleh pembekal
atau sub kontraktor. Contoh seperti berikut:
Harga papan tanda JKR
= RM 2150 seunit
Harga papan tanda selepas rundingan dengan pembekal
= RM 2000 seunit
Harga selepas ditambah dengan 10% keuntungan
=RM 2000 + (10% x RM 2000)
=RM 2200
Harga selepas ditambah dengan 10% keuntungan adalah harga yang
akan digunakan di dalam menghargakan dokumen tawaran. Semua peratus
keuntungan bagi bahan-bahan yang lain juga adalah sama.
iv)Mengisi Harga Tawaran
Apabila harga bahan-bahan telah diperolehi maka tugas yang
seterusnya ialah memasukkan harga ke dalam dokumen tawaran. Di
dalam mengisi harga tersebut terdapat harga yang di kira dalam
unit-unit yang berbeza seperti dalam unit m, m2, m3, no,dan pukal
(lump sum).
Di dalam dokumen tawaran juru anggar hanya perlu mengisi harga
dan jumlah harga bahan tersebut. Namum begitu, perlu disemak dengan
senarai kuantiti asal supaya tidak berlaku sebarang percanggahan
unit atau kuantiti. Juru anggar di Rimbun Tekad Sdn Bhd menggunakan
program Microsoft Excel dan ianya telah menggunakan konsep kod.
Ini bermakna juru anggar tidak perlu untuk menghafal atau
membuat semakan pada kertas senarai harga setiap kali meletakkan
harga ke dalam dokumen tawaran. Caranya ialah di dalam ruangan rate
juru anggar akan memasukkan kod bagi bahan yang dihargakan.
Kemudian komputer akan memproses kod tersebut menjadi harga bagi
bahan tersebut.
Berikut ialah contoh senarai kuantiti yang telah disalin dalam
format Microsoft Excel:
Rajah 2: Senarai kuantiti yang telah disalin dalam bentuk
softcopy
Selepas selesai menghargakan dokumen tawaran juru anggar akan
meminta bantuan kepada staf-staf di Jabatan Kontrak untuk menulis
semula harga dan jumlah tawaran ke dalam dokumen tawaran yang asal
menggunakan pen berwarna hitam. Jika terdapat sebarang kesilapan
semasa menulis maka, si penulis tersebut perlu memotong keseluruhan
harga atau jumlah yang telah dituliskan dan dibuat tandatangan
kecil bersebelahan kesilapan yang telah dibuat. Selepas itu,
penulis perlu menulis semula harga atau jumlah yang sebenarnya.
v)Dokumen Teknikal Data
Dokumen teknikal data adalah salah satu daripada syarat-syarat
yang perlu dipatuhi dalam dokumen tawaran. Namun dokumen teknikal
ini hanyalah digunakan bagi sesetengah projek yang tertentu
khususnya bagi projek yang melibatkan kerja-kerja elektrikal dan
mekanikal seperti projek pembinaan rangkaian paip pembentungan.
Dalam penyediaan dokumen teknikal data hanya dilengkapkan atau
disertakan katalog-katalog yang berkaitan seperti engin, paip, alat
elektrik dan sebagainya yang akan digunakan dalam projek tersebut
dan berdasarkan kepada spesifikasi yang terdapat di dalam senarai
kuantiti. Dokumen tersebut di asingkan mengikut elemen iaitu
elektrik dan mekanikal. Ia juga disampul secara berasingan.Pihak
kontraktor perlu membuat satu salinan supaya senang untuk membuat
rujukan pada masa akan datang. Dokumen ini perlu disimpan di dalam
kabinet khas untuk katalog-katalog. Sepanjang penyiapan dokumen
teknikal data ini, pengarah teknikal akan yang bertanggungjawab
dalam membuat pemilihan barangan-barangan yang akan digunakan di
dalam projek tersebut. Penyusunan dokumen ini juga perlu dibuat
dengan teliti supaya tidak berlaku sebarang percampuran
katalog-katalog.
Akhirnya, dokumen teknikal data yang telah disusun mengikut
turutan yang dikehendaki akan disatukan mengunakan paku khas serta
di sampul sebagai mana menyampul dokumen tawaran dan seterusnya
dihantar ke pejabat JKR.
vi)Dokumen Wajib
Dokumen wajib ialah dokumen yang mengandungi maklumat-maklumat
seperti latar belakang syarikat, projek semasa syarikat, projek
yang telah disiapkan, kewangan syarikat 3 bulan yang terkini,
senarai peralatan dan jentera, carta organisasi syarikat, senarai
nama wakil pengurusan projek, lesen kontraktor, sijil CIDB dan
sebagainya yang diperlukan. Dokumen wajib adalah salah satu
daripada syarat-syarat yang pelu dipatuhi untuk memasuki tawaran.
Jika dokumen tawaran ini tidak disertakan maka ianya akan memberi
kesan kepada dokumen tawaran yang telah dihantar sama ada diterima
atau sebaliknya.
Dokumen wajib ini hanya digunakan bagi projek yang dikelolakan
oleh JKR. Dokumen yang telah disusun mengikut turutan yang betul
akan dibukukan. Ianya juga akan dibungkus sama seperti membungkus
dokumen tawaran dan pada bahagian atas sampul itu dilekatkan lebel
DOKUMEN WAJIB dan alamat di mana dokumen tender tersebut akan
dihantar. Kemudian dokumen wajib yang telah dibungkus serta dilebel
tadi akan di bungkus sekali lagi, tetapi ianya akan dibungkus
bersama dengan dokumen tawaran.
vii)Adendum
Adendum ialah surat yang dihantar oleh perunding (consultant)
yang telah dilantik oleh klien untuk memaklumkan kepada pihak
pentender bahawa terdapat perubahan-perubahan yang telah dibuat
terhadap tawaran. Surat adendum ini boleh dihantar melalui pos
biasa, faks, e-mail dan sebagainya yang dirasakan sesuai namun
begitu ada juga adendum yang diminta wakil pentender untuk hadir
mengambil adendum tersebut. Melalui cara ini wakil pentender akan
memberikan maklumat yang diminta oleh wakil yang menguruskan
penyerahan adendum tersebut. Maklumat yang diminta adalah seperti
nama wakil, nama syarikat, alamat syarikat, tarikh, masa dan
tandatangan wakil pentender.
Adendum juga adalah salah satu daripada syarat-syarat yang
terdapat dalam tawaran. Jika adendum ini tidak diberikan perhatian
maka dokumen tawaran tersebut boleh disingkirkan oleh pihak yang
membuat pemilihan tawaran.
Apabila pentender menerima adendum maka pentender perlu meneruti
segala kehendak yang dituntut di dalam adendum tersebut.
Perubahan-perubahan yang boleh dilihat pada adendum tersebut adalah
seperti berikut:
a. Perubahan tarikh akhir penghantaran dokumen tawaran.
b. Perubahan masa penghantaran dokumen tawaran.
c. Perubahan muka surat di dalam dokumen tawaran.
d. Perubahan kuantiti di dalam dokumen tawaran.
e. Perubahan keterangan di dalam dokumen tawaran.
f. Perubahan item di dalam dokumen tawaran.
g. Perubahan unit di dalam dokumen tawaran.
h. Perubahan tajuk projek
i. Perubahan pelan-pelan dan sebagainya.
Adendum yang telah dituruti kehendaknya perlulah disertakan
adendum tersebut bersama-sama dengan dokumen tawaran. Jika
perubahan yang berlaku adalah pada muka surat dokumen tawaran maka
perlu digantikan muka surat tersebut dengan yang telah disertakan
bersama dengan adendum yang telah diambil.
Bagi lampiran atau muka surat yang telah digantikan akan
dicontengkan di permukaan atasnya dengan menggunakan pen atau
pensil. Kemudian lampiran tersebut akan diasingkan daripada dokumen
tawaran supaya tidak berlaku sebarang kekeliruan.
viii)Pembungkusan Dan Penghantaran Dokumen Tawaran
a) Pembungkusan Dokumen Tawaran
Sebelum kerja membungkus dokumen tawaran, juru anggar akan
menyemak buat kali terakhir jika terdapat sebarang kekurangan
maklumat atau kesilapan. Masalah ini akan diselesaikan sebelum
ianya dibungkus. Berikut ialah perkara-perkara yang perlu disemak
sebelum dokumen tawaran tersebut dibungkus:
a. Lampiran yang memerlukan tandatangan.
b. Lampiran yang perlu dicop rasmi syarikat.
c. Jumlah setiap item yang telah dihargakan dan jumlah
tawaran.
d. Isi kandungan dokumen wajib.
Selepas dokumen tawaran tersebut disemak ianya akan dibuat
salinan fotostat untuk simpanan syarikat sebagai rujukan pada masa
akan datang. Salinan dokumen tersebut akan dipakukan dan disimpan
di rak simpanan salinan dokumen tawaran. Bagi dokumen tawaran yang
asal selepas semakan dibuat maka tugas yang seterusnya ialah kerja
menjilidkan dokumen tawaran tersebut dan seterusnya
dibungkuskan.
Pembungkusan perlu dibuat dengan teliti supaya ianya tidak akan
terbuka. Bungkusan tersebut akan di lebelkan alamat dokumen
tersebut akan dihantar dan label DOKUMEN TAWARAN pada muka depan
bungkusan tersebut. Lebel tersebut juga akan dilekatkan dengan
teliti supaya ianya tidak akan tertanggal.
b) Penghantaran Dokumen Tawaran
Selepas tugas menyemak serta membungkus dokumen tawaran selesai
maka tugas seterusnya ialah menghantar dokumen tawaran tersebut ke
alamat yang di iklankan sebelum ini. Bagi projek kerajaan biasanya
JKR akan menguruskan berkaitan penerimaan dokumen tawaran
tersebut.
Tindakan yang perlu dilakukan oleh wakil pentender ialah
hadirkan diri dengan membawa dokumen tawaran yang telah dibungkus
ke tempat yang telah di alamatkan mengikut iklan yang telah
dikeluarkan sebelumnya.
Peti tender akan diletakkan di tempat tersebut, selepas dokumen
tersebut dimasukkan ke dalam peti tersebut. Wakil pentender pelulah
mengisikan maklumat yang perlu dituliskan di atas buku khas yang
telah disediakan oleh pegawai JKR. Maklumat yang diminta adalah
seperti berikut:
a. Bilangan
b. Nama wakil pentender yang menghantar
c. Nama syarikat dan alamat
d. Tarikh
e. Masa
f. Hari
g. Jenis kelas kontraktor
h. Tandatangan wakil pentender
Contoh projek :
Projek: Cadangan Membina dan Menaiktaraf Jalan Kompleks Sukan
Negeri Terengganu, Di Gong Badak.
Projek ini merupakan tawaran terbuka. Hanya Kontraktor yang
layak sahaja akan diterima. Tugas Juruukur Bahan disini bermula
dengan membuat lawatan tapak . Ia merupakan syarat-syarat dalam
tawaran yang mewajibkan kehadiran lawatan tapak dan ia juga
bertujuan untuk memberi ruang kepada pihak kontraktor untuk melihat
sendiri tapak pembinaan yang dirangcangkan.Satu taklimat ringkas
akan diadakan untuk kontraktor yang berminat untuk membeli tawaran.
Ia dikelolakan oleh pihak JKR. Setelah selesai semuanya Juru ukur
bahan akan akan membeli dokumen tawaran . Pembelian dokumen tawaran
berdasarkan kepada iklan yang telah dikeluarkan oleh majikan kepada
petender. Semasa pembelian dokumen tawaran terdapat beberapa
dokumen penting yang perlu ditunjukkan kepada pihak yang menjual
dokumen tawaran. Antaranya Perakuan Pendaftaran Asal, sijil
pendaftaran asal pusat khidmat kontraktor, sijil pengiktarafan
taraf bumiputera dan bayaran dokumen tawaran.
Selepas itu, juruukur bahan akan mengisi tender dengan segala
maklumat yang dikehendaki. Kemudian Juruukur Bahan akan mendapatkan
sebut harga untuk membuat perbandingan supaya dapat mencari harga
yang munasabah serta bahan yang berkualiti akan dipilih. Disamping
itu, Juruukur Bahan akan membuat anggaran kos dengan menggunakan
kaedah kadar bina harga ( Built Up Rate ). Anggaran dibuat
berdasarkan pengiraan yang diambil kira semua aspek. Sebagai contoh
:
Projek: Cadangan Membina dan Menaiktaraf Jalan Kompleks Sukan
Negeri Terengganu , Di Gong Badak, Kuala Terengganu.
No Kontrak: JKRNT ( T ) 91/ 2001
Built Up Rate Unsuitable Materials
A ) Material / volume
B) Plant/ Machinery
i) Excavator
1 nos x 350 m3___ = Rm 0.58 / m3
rm 600.00
ii) Lorry ( 6 cu.m ) 3 nos x Rm 25.00 = Rm 12.50 / m3
6 m3 trip
_____________
Rm 13.08____/ m3
C) Labour
D) Profit
15 % profit = Rm 1.96
______________
Rm 15.05_____
Projek : Cadangan Membina dan Menaiktaraf Jalan Kompleks Sukan
Negeri Terengganu. Di Gong Badak , Kuala Terengganu .
No . Kontrak: JKRNT ( T ) 91 /2001
Built Up Rate Box culvert
A ) Material / volume
Quatation From Desajaya Concrete Product Sdn.Bhd.
i) Precast Box Culvert 3000mm x 3000mm x 1m
BC Invelt w/o DWF
14 nos x RM 1,500 = RM 21,000.00
ii) Lid 3000
14 Nos x RM 750.00 = RM 10,500.00
iii) Transport Charge
3 trip x RM 500.00 = RM 1,500.00
________________
RM 33,000.00____
B) Plant/ Machinery
i) Unloading
-Crane 1 day x Rm 700.00 = RM 700.00
C) Labour
- General Labour
2 General Works x RM 45.00 / day = RM 90.00____
__Rm 33,790.00
D) Profit
15 % profit = Rm 5068.50__
Rm 38,858.50
Pelarasan peratus keuntungan dibuat supaya projek yang akan
dijalankan kelak akan dapat memberikan keuntungan kepada syarikat.
Juru ukur bahan akan mencadangkan peratus keuntungan yang akan
diambil bagi sesebuah projek . Kemudian Juruukur bahan akan
memasukkan harga ke dalam dokumen tawarn.Juruukur bahan juga perlu
menyatakan dokumen wajib iatu dokumen yang mengandungi maklumat
maklumat seperti latar, belakang syarikat, projek semasa syarikat,
projek yang telah disiapkan, kewangan syarikat 3 bulan yang
terkini, senarai peralatan dan jentera, carta organisasi syarikat,
senarai nama wakil pengurusan projek, lesen kontraktor, sijil CIDB
dan sebagainya. Selepas itu, kerja pembungkusan dokumen tawaran
akan dilakukan. Disini Juruukur Bahan akan menyemak buat kali
terakhir jika terdapat sebarang kekurangan maklumat atau kesilapan
dan setelah selesai semuanya dokumen tawaran akan dihantar ke
alamat yang diiklankan.
Peti tender akan diletakkan di tempat tersebut, selepas dokumen
tersebut dimasukkan ke dalam peti tersebut. Wakil petender pelulah
mengisikan maklumat yang perlu dituliskan di atas buku khas yang
telah disediakan oleh pegawai JKR. Antara kandungan maklumat yang
diminta ialah seperti berikut :
Tarikh
Nama wakil pentender yang menghantar
Jenis kelas kontraktor
Bilangan
Tandatangan wakil pentender
Nama syarikat dan alamat
Masa
Hari
4.3VARIATION ORDER ( V.O )
4.3.1 PENGENALAN ( DEFINISI )
Perubahan bermaksud sesuatu perubahan daripada kontrak kerja
ertinya sebarang penyimpangan daripada apa-apa yang telah
dipersetujui dalam perjanjian kontrak berkaitan dengan pelan-pelan,
spesifikasi dan/atau senarai kuantiti sama ada dipindah, ditambah,
ditinggalkan atau dikurangkan.Maka, perubahan kerja pembinaan yang
di cadangkan akan di nilai dan kesan kos tersebut di laporkan
supaya langkah tertentu dapat di ambil bagi kerja yang lain serta
belanjawan yang diperuntukkan itu diselaraskan dan
dikemaskini.4.3.2 KRITERIA ARAHAN PERUBAHAN KERJA
Semua Pegawai Penguasa atau wakilnya hendaklah sentiasa berusaha
mengurangkan perubahan kerja dan mengawal kos projek. Permintaan
perubahan kerja seboleh-boleh dielakkan kecuali jika perubahan
tersebut benar-benar perlu untuk menyiapkan kerja. Pertimbangan
hendaklah sentiasa diberi supaya kemajuan kerja tidak terganggu dan
tergendala . Setiap perubahan kerja hendaklah dibuat secara
bertulis.
Sebarang permintaan perubahan kerja hendaklah diteliti dan pihak
yang meminta perubahan tersebut perlulah dinasihati mengenai
implikasi dan kesan-kesan lain yang munglin timbul disebabkan
perubahan kerja yang dipohon. Sekiranya perubahan kerja tersebut
tidak dapat dielakkan , penelitian haruslah dibuat sama ada kerja
tersebut dapat dilaksanakan diluar kontrak.
Setiap Arahan Perubahan Kerja hendaklah memenuhi kriteria
berikut :
i) Pegawai penguasa dikehendaki mempastikan peruntukan
adalah
mencukupi untuk membiayai perubahan kerja yang dipohon.
ii) Tempoh kontrak masih berjalan semasa Arahan Perubahan
Kerja
dikeluarkan apabila sijil Perakuan Siap Kerja telah
dilakukan.
iii) Perubahan tidak menukar sebahagian sifat-sifat kerja
asal.
iv) Bagi kerja tambahan, perlaksanaan hendaklah di tapak
bina.
4.3.3 ASAS PERKIRAAN NILAI ARAHAN PERUBAHAN KERJA
Untuk tujuan mendapatkan bagi mengeluarkan Arahan Perubahan
Kerja mengikut Arahan Perbendaharaan 202 (e) , perkiraan
nilai/peratusan nilai Perubahan
Kerja yang dicadangkan hendaklah berasaskan nilai terhimpun (
cumulative value ) Arahan Perubahan Kerja yang menyebabkan
penambahan harga kontrak sahaja tidak termasuk perubahan-perubahan
yang disenaraikan di bawah Arahan Perbendaharaan 202 ( f ).
4.3.4 PERUBAHAN YANG DIKECUALIKAN
Perubahan yang dikecualikan daripada peruntukan Arahan
Perbendaharaan 202 ( e ) ialah :
i) Arahan arahan Perubahan kerja yang menyebabkan pengurangan
harga kontrak.
ii) Perubahan harga sepertimana yang diluluskan oleh
perbendaharaan .
iii) Pengubahsuaian Wang kos prima, Wang peruntukan sementara
dan pengukuran semula kuantiti sementara mengikut syarat-syarat
kontrak.
iv) Tuntutan yang dibenarkan dalam syarat-syarat kontrak :
a) Kerugian dan perbelanjaan disebabkan oleh kelambatan Kerajaan
dan atau kerana mematuhi Arahan Pengawai Penguasa atau kerana
mematuhi keperluan Berkanun.
b) Percanggahan dalam atau antara dokumen-dokumen kontrak
c) Tuntutan lain yang dengan nyatanya dibenarkan dalam
syarat-syarat kontrak.
d) Apa-apa kos yang ditanggung berhubung dalam fees dan caj
pemindahan pembentungan, bekalan air , bekalan elektrik dan
lain-lain yang berkenaan.
4.3.5 PENILAIAN PERUBAHAN KERJASemua perubahan yang di benarkan
secara bertulis hendaklah di ukur dan di nilai oleh Pegawai
Penguasa. Pegawai Penguasa hendaklah memberi notis kepada
kontraktor supaya menghadiri atau menghantar wakilnya untuk
membantu Pegawai Penguasa atau Wakil Pegawai Penguasa semasa
pengukuran dijalankan, memberi butir-butir yang di kehendaki dan
mengambil catatan dan ukuran. Sekiranya Kontraktor atau wakilnya
tidak hadir semasa pengukuran di jalankan, maka ukuran yang di buat
atau di luluskan oleh Pegawai Penguasa hendaklah di kira sebagai
ukuran yang sebenar dan muktamad. Kontraktor akan di berikan satu
salinan senarai ukuran tersebut.
Seterusnya, mendapat kelulusan daripada Pegawai Penguasa,
Juruukur Bahan perlu menilai perubahan untuk mengetahui
perbelanjaan yang perlu di tambah atau di tolak daripada harga
Kontrak. Perbelanjaan yang terlibat mestilah tidak lebih 3% dari
harga Kontrak.
Berikut akan di terangkan dengan ringkas carta alir yang di
gunakan untuk menilai perubahan kerja bagi sesuatu projek.
4.3.6 Carta alir poses perubahan kerja.
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
a) Pelanggan Meminta Perubahan Kerja.Pelanggan akan meminta
perubahan kerja.b) Kesan kosDaripada perubahan yang diminta oleh
pelanggan tadi samada mempengaruhi kesan kos ataupun tidak. Jika ya
proses seterusnya dilakukan.
c) Anggaran awalanAnggaran awalan akan dilakukan bagi kerja yang
mengandungi perubahan struktur binaan bangunan seperti mana yang
diminta oleh pelanggan.
d) Diterima oleh pelanggan
Kuantiti yang baru diperolehi dari anggaran awalan yang
dilakukan atas perubahan kerja yang diminta oleh pelanggan tadi
samada diterima oleh pelanggan atau tidak. Jika tidak, proses
anggaran awalan akan dilakukan lagi sehingga mendapat persetujuan
pelanggan.
e) Arahan daripada wakil pegawai penguasa/ perunding.
QS (MC) akan menulis surat kepada QS(Perunding) SO menyatakan
persetujuan di atas harga yang telah dibincangkan untuk kerja-kerja
perubahan berdasarkan spesifikasi & lukisan, di mana arahan
secara bertulis perlu dikeluarkan oleh pihak PL di atas nasihat
pihak SO/perunding dengan kadar segera sebelum kerja-kerja
selanjutnya dilakukan.
d) Kontraktor hantar sebut harga
Kontraktor akan menghantar sebut harga kepada perunding supaya
perunding dapat mengemaskinikan perubahan kerja yang dilakukan
selaras dengan harga kontraktor.
e) Anggaran dan pertimbangan
Perunding akan mengarahkan sub kontraktor untuk menyediakan kos
anggaran yang dimajukan untuk kelulusan pengarah urusan/ pengarah
operasi.
Jika terdapat percanggahan harga, perunding perlu untuk
berbincang semula dengan sub kontraktor dan jika masih gagal,
perunding (pengarah urusan) akan mencari sub kontraktor lain untuk
tujuan yang sama. f) Perubahan kerja dirumus
QS bagi kedua-dua pihak (Kontraktor Utama & Konsultan) perlu
membuat analisa data dengan terperinci terutamanya kontrak
keseluruhan.
f) Peraturan Arahan Perubahan Kerja
Perubahan kerja boleh dilakukan apabila sebarang penambahan atau
pengurangan kerja yakni terdapat pecanggahan daripada perjanjian
kontrak berkaitan dengan plan, spesifikasi dan/ atau Senarai
Kuantiti sama ada dipinda, ditambah atau dipinda. Perkara seperti
ini boleh diletakkan di bawah kerja perubahan melalui tuntutan
dibuat oleh Kontraktor. Maka, Kontraktor akan membuat tuntutan
mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan.
Setiap perubahan kerja yang dijalankan hendaklah memenuhi
pra-syarat yang ditetapkan. Antaranya adalah setiap perubahan kerja
yang dikeluarkan hendaklah di dalam tempoh pembinaan. Perubahan ini
boleh dijalankan dan dipertimbangkan apabila suatu tuntutan
hendaklah di dalam tempoh pembinaan dan kontrak.
Kerja-kerja penambahan atau pengurangan hanya boleh dibuat di
dalam tempoh kontrak. Hal ini dilakukan sedemikian bertujuan
mengelakkan kerugian dan kemungkinan tuntutan yang tidak munasabah.
Sungguh pun begitu, perubahan kerja boleh dilakukan apabila
terdapat syarat-syarat kontrak yang membenarkan membuat
sedemikian.
Selain itu, perubahan kerja hendaklah memenuhi skop kerja asal.
Tidak berlaku percanggahan dengan skop kerja yang telah dibuat
sebelum ini. Perubahan kerja hendaklah seiring dengan skop kerja
besar supaya motif yang diterapkan tidak berubah.
Seterusnya, bagi kerja-kerja tambahan hendaklah dibuat di tapak
bina kontrak. Sebarang kerja dilakukan tidak dibenarkan untuk
memindahkan kerja dari tapak asal ke tempat yang lain. Pemindahan
tapak bina tidak dibenarkan dan sebarang kerja mesti dilakukan
ditapak bina kontrak. Tujuan perkara tersebut dilakukan bagi
mengelakkan pecanggahan dengan kontrak.
Ekoran daripada itu, bagi kerja gantian hendaklah berdasarkan di
dalam skop kontrak asal. Setiap kerja dijalankan hendaklah tidak
terpesong daripada skop bahagian besar. Seterusnya, kerja yang
ditentukan di dalam kontrak asal hendaklah dapat dikenalpasti di
dalam kerja-kerja gantian itu.
Namun begitu terdapat juga pihak-pihak yang diberi kuasa
meluluskan Arahan Perubahan Kerja (APK). Pemberian kuasa
berdasarkan kepada pihak-pihak tertentu dan mengikut kes
antaranya;
4.3.7 Peraturan Arahan Perubahan Kerja Bagi Jabatan Teknik Yang
Melibatkan Kontrak Persekutuani. Sebarang kerja pembinaan jika
harga asal kontrak tidak melebihi RM10 Juta dan jumlah perubahan
terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi 10% daripada nilai
kontrak ATAU jika harga asal kontrak melebihi RM10 Juta dan jumlah
perubahan kerja yang dicadangkan tidak melebihi RM1 Juta. Dengan
itu, pihak yang meluluskan adalah Satu jawatankuasa yang
dipengerusikan oleh Pegawai Penguasa yang dinamakan di dalam
kontrak.
ii. Jika harga asal kontrak tidak melebihi RM10 Juta dan jumlah
perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi 20% ATAU
jika harga asal kontrak melebihi RM 10 Juta dan jumlah perubahan
kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi RM2 Juta. Pihak
berkuasa yang mluluskan adalah Satu Jawatankuasa yang
dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Teknik
Persekutuan yang berkenaan.
iii. Jika harga asal kontrak tidak melebihi RM20 Juta dan jumlah
perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi 30% ATAU
jika harga asal kontrak melebihi RM20 Juta dan jumlah perubahan
kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi RM6 Juta.
iv. Seterusnya, pihak yang diberi kuasa untuk meluluskan adalah
Satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Jabatan Teknik
Persekutuan yang berkenaan.
v. Dalam semua hal lain, pihak yang diberi kuasa meuluskan
adalah Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
4.3.8 Peraturan Perubahan Kerja bagi Semua Agensi Selain Jabatan
Teknik Yang Melibatkan Kontrak Persekutuan, Badan-Badan Berkanun
Dan Kontrak Negerii. Jika harga asal kontrak tidak melebihi RM10
Juta dan jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak
melebihi 10% daripada nilai kontrak ATAU jika harga asal kontrak
melebihi RM10 Juta dan jumlah perubahan kerja yang dicadangkan
tidak melebihi RM 1 Juta. Pihak yang diberi kuasa meluluskan adalah
Satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Pegawai Penguasa yang
dinamakan di dalam kontrak.
ii. Jika harga asal kontrak tidak melebihi RM20 Juta dan jumlah
perubahan kerja terkumpul yang terkumpul yang dicadangkan tidak
melebihi 20% ATAU jika harga asal kontrak melebihi RM20 Juta dan
jumlah terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi RM4 Juta. Pihak
yang diberi kuasa meluluskan adalah Lembaga Perolehan Agensi.
iii. Bagi nilai perubahan dalam semua hal yang lain, pihak yang
diberi kuasa adalah Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai
Kewangan Negeri mengikut mana yang berkenaan.
4.3.9 Peraturan Arahan Perubahan Kerja Untuk Kes-Kes Khas Bagi
Semua Agensi
i. Arahan-arahan Perubahan Kerja/pengukuran semula kuantiti
sementara (provisional quantity) tanpa tambahan atau perubahan
kepada skop kerja asal yang menyebabkan pengurangan harga kontrak.
Pihak berkuasa yang meluluskan adalah Pegawai Penguasa yang
dinamakan di dalam kontrak.
ii. Pengubahsuaian Wang Kos Prima, Wang Peruntukan sementara dan
Pengukuran Semula Kuantiti Sementara mengikut syarat-syarat
kontrak. Pihak yang boleh meluluskan perubahan kerja adalah Pegawai
Penguasa yang dinamakan di dalam kontrak.
iii. Pengukuran semula kuantiti sementara (provisional quantity)
tanpa tambahan atau perubahan kepada skop kerja asal;
a) Nilai harga tambahan pengukuran semula kuantiti melebihi RM3
Juta tetapi tidak melebihi RM6 Juta. Pihak yang diberi kuasa untuk
memberi kelulusan adalah Satu Jawatakuasa yang dipengerusikan oleh
Ketua Pengarah/Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Teknik Persekutuan
yng berkenaan bagi Jabatan Teknik dan Lembaga Perolehan Agensi
selain Jabatan Teknik.
.
b) Nilai harga tambahan pengukuran semula kuantiti tidak
melebihi RM3 Juta diberi kuasa melulus adalah Satu Jawatankuasa
yang dipengerusikan oleh Pegawai Penguasa yang dinamakan di dalam
kontrak.
c) Bagi nilai perubahan yang melibatkan semua hal lain, kuasa
meluluskan terletak kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau
Pegawai Kewangan Negeri mengikut mana berkenaan.
iv. Antara tuntutan yang dibenarkan dalam syarat-syarat
kontrak;
a. Terdapat percanggahan dalam atau antara dokumen-dokumen
kontrak. Pihak yang diberi kuasa adalah Satu Jawatankuasa yang
dipengerusikan oleh Ketua Jabatan yang berkenaan dan hendaklah
dianggotai juga oleh Penasihat Undang-Undang.
b. Apa-apa yang ditanggung berhubung dengan bayaran dan caj
pemindahan pembentungan bekalan air, bekalan elektrik dan lain-lain
yang berkenaan. Oleh itu, Satu Jawatankuasa yang dipengerusikan
oleh Ketua Jabatan berkenaan.
c. Sebarang tuntutan lain yang dinyatanya dibenarkan dalam
syarat-syarat kontrak. Pihak yang dibenarkan adalah Satu
Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Jabatan berkenaan.
Setiap permohonan untuk kerja tambahan dari Jabatan/Kementerian
Pelanggan hendaklah dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh
Pegawai yang diberi kuasa (yang dinamakan di dalam senarai Pihak
Yang Diberi Kuasa Bagi Pihak Pelanggan.
Seterusnya, bagi kerja tambahan yang yang dipohon oleh Pelanggan
didapati keluar dari skop kerja Kontrak, tindakan perlu diambil
terlebih dahulu sebelum memohon kelulusan daripada Jawatankuasa
Kecil Piawaian dan Kos, Unit Perancangan Ekonomi (UPE) sebelum
kerja tersebut dilaksanakan.Tindakan seperti ini bagi memastikan,
penambahan kos dan masa dapat dikenalpasti lebih awal. Peruntukan
untuk melaksanakan kerja tambahan jika melebihi peruntukan yang
diluluskan maka perlu mendapat kelulusan daripada Unit Perancang
Ekonomi Pelanggan.
Sekiranya perubahan kerja yang akan dilaksanakan tidak
mengganggu kepada kemajuan kerja yang teratur atau tempoh penyiapan
kerja Kontraktor, maka kerja tersebut hendaklah dijalankan secara
berasingan.
Antara perkara-perkara yang diperlukan semasa pengukuran dan
penilaian adalah seperti berikut;
i. Arahan Perubahan Kerja.
ii. Lukisan Lakaran.
iii. Lukisan as-build.
iv. Rekod di dalam Site Diary.
v. Rekod tapak bina dan rekod kerja hari.
vi. Invoice/Baucer bayaran dari pembekal.
vii. Sebut harga pembekal atau Kontraktor.
viii. Sumber-sumber maklumat kos dan lain-lain.
Ekoran daripada itu, sebarang kerja yang dikeluarkan daripada
Kontrak hendaklah merupakan kerja yang benar-benar tidak
diperlukan. Kerja yang terkandung di dalam Kontrak tidak boleh
dikeluarkan dari Kontrak untuk dilaksanakan pihak lain.
Segala urusan kerja yang bakal dilaksanakan hendaklah tidak
bertentangan dengan Kontrak mahu pun spesifikasi yang ditetapkan.
Perubahan kerja yang hendak dibuat mesti mengemukakan secara
bertulis kepada pihak Pelanggan.
4.3.10 Masalah Yang Biasa Berlaku Di Dalam Penyediaan Perubahan
KerjaKebiasanya masalah timbul apabila Perakuan Perubahan Kerja
disediakan lewat dan ini boleh menimbulkan masalah kepada
kontraktor. Kelewatan bayaran ini boleh menyebabkan kontraktor
tidak menerima pembayaran untuk Perubahan Kerja walaupun telah siap
dibina.
Antara sebab-sebab yang melambatkan penyediaan Perakuan
Perubahan Kerja antaranya ialah;
i. Arahan Perubahan Kerja yang tidak teratur.
ii. Pengukuran tidak dapatdibuat kerana kerja telah lama
ditutup.
iii. Terdapat perbezaan pendapat Kontraktor dengan perunding dan
pemilik projek dri segi pengukuran dan harga kerana tidak disimpan
dengan baik. Jika masalah seperti ini timbul, maka kemungkinan
tempoh masa akan dilanjutkan.
Lantaran itu, penyelesaian yang boleh dilakukan untuk
menyelesaikan adalah tersebut dengan memastikan semua Arahan
Pegawai Penguasa diberi secara bertulis. Jika terdapat kontraktor
atau wakilnya menerima arahan secara lisan, maka Kontraktor
hendaklah mengambil langkah dengan mendapat pengesahan secara
bertulis dari Pegawai Penguasa seperti mana yang diterangkan
sebelum ini.
Jika terdapat tiada pengesahan balas berkaitan bertulis atau
bantahan dari Pegawai Penguasa hendaklah Kontraktor memastikan
surat-menyurat kontraktor brhubung dengan perkara tersebut disimpan
dengan sempurna.
Setelah Perubahan Kerja siap dijalankan, Kontraktor bolehlah
memohon kepada Pegawai Penguasa agar mengadakan pengukuran bersama.
Seterusnya, Kontraktor hendaklah membuat catatan berdasarkan kepada
ukuran yang siap dibuat oleh Perunding Ukur bahan supaya tidak
berlaku percanggahan di masa depan kelak.
Sehubungan itu, kontraktor hendaklah sentiasa merujuk kepada
Perunding Ukur Bahan yang dilantik bagi mengusulkan perkara yang
perlu dan berkaitan. Jika tedapat perbezaaan pendapat dan tidak
berpuas hati, maka kontraktor hendaklah mengemukakan kiraan supaya
Perunding dapat membuat pertimbangan semula.
Walaupun begitu, kontrak memberi kuasa kepada Pegawai Penguasa
(dan wakil Pegawai Penguasa) bagi mengarahkan Perubahan Kerja
tetapi ianya masih tertakluk kepada keperluan Arahan Perbendaharaan
No. 202 yang mana menetapkan keperluan mendapat keperluan kelulusan
terlebih dahulu dari pihak-pihak tertentu sebelum arahan perubahan
kerja dapat dikeluarkan. Sungguh pun begitu, terdapat perkara
pengecualian daripada mendapat kelulusan terlebih dahulu
antaranya;
1) Tuntutan dari Kontraktor ke atas kerugian akibat perbelanjaan
timbul dari:
i. Memenuhi arahan Pegawai Penguasa.
ii. Kelambatan disebabkan oleh Klient.
iii. Percanggahan di antara dokumen-dokumen Kontrak.
2) Tuntutan dari Kontraktor unuk bayaran dan caj agi sambungan
kekal kepada saluran najis utama, saluran bekalan air utama dan
eletrik dan sebagainya.3) Lain-lain tuntutan yang dibenarkan di
dalam kontrak.
4) Penyelarasan jumlah harga kontrak akibat;
i. Penyelarasan Jumlah Kos Prima dan Wang Peruntukan
Sementara.
ii. Pengukuran semula kerja-kerja kuantiti sementara.
iii. Turun naik harga.
iv. Perubahan yang melibatkan pengurangan Jumlah Harga
Kontrak.
Bagi mengawal perubahan kerja, pihak Perunding akan perlu
mendapat kelulusan sekiranya nilai perubahan kerja sebenar melebihi
nilai yang diluluskan dan/ atau dimana nilai perubahan kerja
melibatkan harga atau kadar perubahan harga melibatkan perubahan
kerja melibatkan harga atau kadar tidak terdapat di dalam
kontrak.
Kelulusan perubahan kerja, pihak Perunding perlu mendapat
kelulusan sekiranya nilai perubahan kerja sebenar melebihi nilai
yang diluluskan dan/ atau di mana nilai perubahan kerja melibatkan
harga atau kadar harga yang tiada di dalam kontrak.
4.3.11 Peraturan Kawalan Perubahan Kerja
Tujuan peraturan kawalan adalah untuk mengawal kewangan
berdasarkan kepada perubahan yang sepatutnya. Peraturan dilakukan
mengikut persetujuan yang diperolehi oleh persetujuan pihak yang
terlibat.
Peraturan kawalan perubahan yang akan diikuti termasuklah;
i. Perubahan kerja minima.ii. Perubahan kerja yang diminta oleh
jabatan Pelanggan diteliti dan ditentukan sama ada diperlukan serta
anggarannya sekali.
iii. Skop dan jumlah kerja tambahan yang diarah mengikut
keperluan dalam kontrak.
iv. Kerja-kerja Perubahan tidak boleh diarahkan selepas Tarikh
Siap Kerja.
v. Kerja-kerja perubahan tidak boleh diarahkan sehingga
kelulusan diperolehi terlebih dahulu serta keperluan peruntukan
mencukupi.
Segala bayaran bagi perubahan kerja yang telah diluluskan akan
dibuat menerusi Bayaran Kemajuan dan/ atau Bayaran Akhir (Perakuan
Muktamad).
4.3.12 Garis Panduan Dalam Mengemukakan Arahan Perubahan Kerja1.
Setiap permohonan untuk kelulusan jawantankuasa meluluskan
perubahan kerja hendaklah dibuat di dalam dua (2) salinan dengan
melengkapkan borang ITM 203V ( i ) Pin 1/92.
2. Sekiranya jumlah perubahan kerja yang dipohon melebihi 20%
daripada jumlah harga kontrak, maka borang ITM 203V ( ii ) Pin 1/92
pula digunakan.3. Setiap permohonan hendaklah disertakan Arahan
Pegawai Penguasa .
4. Untuk permohonan perubahan kerja yang melibatkan Kadar harga
kontrak ( contract rate ) perlu dinyatakan nombor rujukan mukasurat
dimana akdar harga tersebut didapati sepertimana di dalam dokumen
kontrak.
5. Untuk permohonan perubahan kerja yang melibatkan kadar harga
yang dipersetujui dikehendaki melampirkan perkara-perkara berikut
iatu :
(a) Borang penyata ukuran dan penilaian perubahan
(b) Borang Rundingan Kadar Harga
(c) Asas Perkiraan ( Built up rate )
(d) Sebutharga ( quatation ) sekurang-kurang 3 buah
syarikat.
(e) Gambar atau lakaran ringkas sebelumdan seleaps membuat
perubahan kerja
(f) Lain-lain lampiran yang difikirkan perlu untuk menyokong
permohonan
perubahan kerja ( jika ada )
6. Borang permohonan yang telah lengkap ( beserta lampiran )
hendaklah dikemukakan kepada Urusetia Jawatankuasa Arahan Perubahan
Kerja ITM yang berkenaan selewat-lewatnya dua ( 2 ) minggu sebelum
arahan perlu dikeluarkan kepada kontraktor.
7. Setelah permohonan Arahan Perubahan Kerja diluluskan, Borang
ITM 203V Pin 5/92 hendaklah diisi dan ditandatangani oleh pihak
kontraktor dan Pegawai Penguasa. Borang yang telah lengkap diisi
hendaklah dihantar kepada urusetia Jawatankuasa Arahan Perubahan
Kerja ITM dan pihak Bendahari ITM untuk tujuan rekod dan
bayaran.
4.3.13 RINGKASAN LAPORAN PERUBAHAN KERJA BAGI CADANGAN MEMBINA
DAN MENYIAPKAN JALAN KOMPLEKS SUKAN NEGERI TERENGGANU DI GONG
BADAK, KUALA TERENGGANU.Nama Kontraktor:JURUMART
SDN.BHDAlamatKontraktor: JURUMART SDN.BHD
NO 9-1, JALAN 4/4C,
DESA MELAWATI,
53100 HULU KELANG SELANGOR
No. Kontrak: : JKRNT ( T ) 91/2007BIL.PERUBAHAN KERJANILAI
TAMBAHAN PERUBAHAN KERJA (RM)NILAI KESELURUHAN
(RM)SEBAB-SEBAB PERUBAHAN KERJA
1Unsuitable material745,924.71745,924.71Terdapat kawasan berpaya
dan berlupur dan menghalang kerja penambakan tanah merah ( suitable
material )
2Guardrail 256,000.00256,000.00Untuk keselamatan pengguna jalan
raya. Ini kerana terdapat longkang besar yang hanya 1 meter dari
bahu jalan.
Jumlah1,001,924.71
Perubahan kerja bagi item ini akan menyebabkan pertambahan kos
untuk memenuhi kehendak pegawai penguasa.
Selain itu, unsuitable material ini diperlukan memandangkan
kawasan ditempat itu berpaya dan berlupur yang akan menghalang
kerja-kerja penambakan tanah merah.Manakala pemasangan guardrail
diperlukan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya
memandangkan terdapat longkang besar yang hanya 1 meter dari bahu
jalan.RINGKASAN LAPORAN PERUBAHAN KERJA BAGI CADANGAN MEMBINA DAN
MENYIAPKAN JALAN KOMPLEKS SUKAN NEGERI TERENGGANU DI GONG BADAK,
KUALA TERENGGANU.Nama Kontraktor: JURUMART SDN.BHDAlamat
Kontraktor: JURUMART SDN.BHD
NO 9-1, JALAN 4/4C,
DESA MELAWATI,
53100 HULU KELANG SELANGOR
No. Kontrak: : JKRNT ( T ) 91/2007
RINGKASAN PERUBAHAN HARGA KONTRAK
APK No.HuraianPerubahan KerjaJumlah Pelarasan Terkumpul
(+/-) (RM)
.Tambahan
( RM) Pengurangan (RM)
1Rumput51,075.00
45,900.00
5,175
2Tanah merah163,350.00
162,000.00
1,350
JUMLAH APK6,525
a) Perubahan kerja bagi item rumputIa disebabkan akibat keluasan
cerun dan kelebaran jalan . Ia mungkin juga kerana kecerunan cerun
kurang daripada anggaran asal.Perkara tersebut mnyebabkan berlaku
perubahan kerja. Bagi kos untuk satu meter per segi adalah sebanyak
RM4.50b) Perubahan kerja bagi item tanah merah
Ia dilakukan kerana kawasan yang sedia ada menyukarkan kerja
penambakan tanah merah.Ia memerlukan kerja-kerja pengorekan dan
semestinya berlakunya pertambahan kos.
4.3.14 KESIMPULAN Perubahan kerja adalah perkara biasa didalam
perlaksanaan projek. Namun, perkara ini perlulah dielakkan. Semasa
penyediaan dokumen tender, pihak perunding hendaklah memastikan
tidak berlaku sebarang kesilapan. Sekiranya berlaku kesilapan,
banyak perkara yang perlu diubah dan ini akan menyebabkan harga
kontrak bertambah. Kebiasaannya, kontraktor hanya akan membuat
perubahan yang tidak merugikan mereka. Sebagai Jurukur Bahan dimana
tugas utama kita ialah mengawal kos binaan, kita akan disoal
mengapa perubahan tersebut perlu berlaku. JMSB akan
bertanggungjawab sekiranya klien tidak bersetuju untuk memperakukan
perubahan tersebut. Oleh itu, kita perlulah berhati-hati dan
sentiasa berwaspada di dalam apa jua pekerjaan yang kita
lakukan.BAB 5 : KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, dapat saya simpulkan bahawa pengalaman
sepanjang manjalani Latihan Industri di JURUMART SDN BHD sedikit
sebanyak telah membantu saya meningkatkan tahap pembelajaran saya
dalam bidang Kejuruteraan Awam.Hal ini kerana, pembelajaran di
tempat latihan lebih banyak melibatkan praktikal berbanding teori
seperti yang berlaku di dalam bilik kuliah di politeknik.
Dengan adanya latihan seperti ini, saya dapat memupuk sikap
bekerjasama antara satu sama lain tanpa mengira pangkat, kedudukan
ataupun usia. Tambahan lagi, saya juga dapat melakukan kerja secara
terus dengan lebih bertanggungjawab dan berdisiplin. Dengan cara
itu, hasil kerja yang dilakukan semestinya mencapai tahap yang
lebih baik. Selain itu, komunikasi di antara para pekerja dengan
para pelatih juga perlu dititipberatkan. Dengan adanya komunikasi
yang baik dan efektif, maka ia dapat membantu para pelatih membina
ilmu pengetahuan dan kecekapan dalam menempuhi pelbagai ragam
manusia di luar sana setelah berada di dalam alam pekerjaan
kelak.
Selain daripada melakukan tugas yang berkaitan dengan kursus,
para pelajar juga dapat belajar dan melakukan tugasan yang tidak
berkaitan dengan kursusnya.Semasa dalam tempoh latihan, para
pelajar perlu mematuhi setiap arahan dan perin