KEK RED VELVET II
Bahan-bahan :(A) 1 2/3 tepung naik sendiri-kak Anymz & Ana
guna tepung gandum 2 sb serbuk koko 1/2 sk baking soda 110 gm
mentega-ayu guna 125gm mentega (akak juga) sama gak.. 1 cawan gula
halus
(B) 2 biji telur besar 1/2 cawan susu segar 1/4 cawan
buttermilk-1/4 cawan buttermilk-ayu buat 1/2 cawan susu segar + 1/2
sb cuka.biarkan hingga 15-20 min- di gunakan 1/4 cawan saja utk
resepi ini) sama....
(C) 1 sk cuka 1/2 botol pewarna merah cecair atau 1 sk gel warna
merah(2 sudu besar pewarna oil base)
Cara Pukul mentega dan gula hingga berkrim Masukkan telur satu
persatu Masukkan esen vanila Masukkan bahan kering yang sudah di
ayak,bersama susu dan buttermilk bergilir2 berakhir dengan bahan
kering. Akhir sekali masukkan cuka dan gaul rata Bakar dalam oven
yang sudah di panaskan selama 30-40min di suhu 170C atau mengikut
kepanasan oven masing2 hingga masak Biarkan sejukLepas tu boleh di
lapis dengan frosting cheese dan coklat di atasnya..
RESEPI CREAM CHEESEResepi ni memang sesuai, senang nak lepa kat
kek
250gm cream cheese 30gm butter 1 sudu besar perahan lemon @ lime
1 sudu besar esen vanilla 1 sudu besar susu segar 100gm gula
isingCara-cara : Pukul cream cheese bersama mentega sehingga
kembang Masukkan gula icing & pukul lagi sehingga gebu.
Kemudian masukkan semua bahan2 lain, sebatikan.
RESEPI COKLAT GANACHEInilah resepi paling saya suka & kerap
saya buat memandangkan kosnya agak rendah & hasilnya yg cantik
& sedap.Sumber :Kak Jun&Dapur Tanpa Sempadan 200 grm coklat
masakan*Ana guna coklat compound 100 ml susu cair @ 150 ml whipp.
cream(guna mana2 salah 1) 1sdt butterCara-cara : Doubler boiler
susu@whipping cream bersama coklat masakan. Dah agak mencair coklat
tu tutup api & kacau2 bg larut semua coklat. Masukkan butter,
kacau sebati. Biarkan seketika baru digunakan.
LANGKAH DEMI LANGKAH RED VELVET CAKE & COKLAT TOPPING
Sejukkan kek yang dah masak di dalam peti sejuk supaya kek mudah
untuk dipotong. Potong kek kepada 3/4 bahagian. Sapu cream cheese
frosting atas lapisan pertama & paipkan coklat ganache
diatasnya. Letak 1 lagi lapisan kek & buat cara yang sama.
Akhir sekali, letak kek yang akhir, balut keseluruhan kek dengan
plastik wrapping, bungkus kemas2 & simpan dalam peti sejuk
beberapa jam, ini supaya kek tadi mudah utk dihias & layer tak
teralih bila nak potong makan nanti. Keluarkan kek yg dah sejuk,
sapu nipis(crumcoat) keseluruhan kek dgn creamcheese frosting.
Kemudian barulah paipkan/sapu kek tersebut dengan creamcheese
frosting secara menyeluruh & ratakan. Ambil sikat untuk krim
kek & sikat bahagian tepi kek. Tuang coklat ganache dengan
perlahan2 dibahagian atas sahaja, golek2kan papan kek agar coklat
tersebut merata di permukaan kek tetapi tidak jatuh, agak2la takat
mana kan. Cepat2 masukkan kek tadi dalam peti sejuk, Agak2 5-10
minit, keluarkan kek tadi dari peti. Ambil coklat ganache, masukkan
dalam piping bag/plastik/apa2 ajela yang berkenan, paipkan bahagian
tepi kek bermula dari atas perlahan2.. INGATya..paipkan/sudukan dgn
perlahan, kalau banyak yg keluar dari piping bag tu, maka tebal le
yang meleleh, seeloknya paipkan kecil jer..coklat tu akan meleleh
turun dgn cantik. Takat mana lelehan tu terhenti bergantung kpd
banyak mana yang kita paipkan coklat tadi. Senang cakap..picit jer
piping bag tu kat bahagian tepi kek.. Paham dak ni? hehe..nak buat
aksi bergambar, takde kek lak..tapi rasanya semua boleh faham kan..
Rapikan bahagian bawah kek dengan cream icing yang ada tu agar kek
nampak lebih kemas. Simpan dalam peti sehingga masa menghidang.
RESEPI BUTTER CREAM
Bahan-bahan ( sebiji kek ) 250 gm butter/shortening (kalau nak
icing putih & lebih tahan panas, guna shortening. tapi, kalau
nak lebih sedap, baik guna butterlah)Lina pg guna shortening 125 gm
marvello/supertact/krimwell (benda2 ni cari kat kedai bahan
kek....takde marvello, guna supertact, takde supertact, guna
krimwell)Lina pg gn krim well 125 gm gula aising (kena ayak dulu
supaya tak berketul2)Lina pg gn 1 cawan gula icingCara-cara1. Pukul
butter + marvello hingga putih Ayak gula aising, masukkan ke dlm
butter, pukul lg hingga kembang dan putih. Suaikan warna utk hiasan
kek.2. TIPS : pukul dengan kelajuan minima. makan masalah sket,
tapi, insyaallah, icingnya nanti lebih cantik & mudah
dilepa.
KEK COKLAT MOIST BAKAR
Bhn A
1 cawan gula pasir1 cwn serbuk koko1 cawan susu pekat manis1
cawan susu cair/segar/perisa coklat3/4 cawan mnyak jagung2 sdb
mentega1 sdt esen vanila1 sdt coklat emulco*semua bhn di masukkn
dlm periuk n panaskn ats api hngga gula hancur.lps tu rehatkn
sebentar
Bhn B
1 cawan tepung gandum1 sdt baking powder1 sdt bikarbonat
soda*semua bhn di atas diayak brsama
Bhn C3 biji telur..pukul...hngga kembang..mixer/whisk
Cara2
*campurkn bhn A n bhn B..kacau rata*masukkn bhn C sedikit2 n
gaul rata,,mnggunakn whisk*tuang adunna dlm loyang yg siap digris
mnyak n dialas kertas mnyak*bakar dgn suhu 150'c - 160'c selama 1
jam or hngga kek msk..*setelah kek msk, taburkn coklat rice ats kek
or boleh jg curahkn coklat masakn yg siap dimask melalui proses
double boil n baru le ditabur dgn coklat rice*panaskn oven trlebih
dahulu, dgn suhu 150'c selama 15 minit sebelum mmbaking kek
KEK COKLAT INDULGENCE
BAHAN-BAHANUNTUK KEK
150 gram tepung naik sendiri*150 gram gula kastor120 ml susu
coklat80 ml minyak jagung/butter yang dicairkan5 biji telur Gred A3
sudu besar serbuk koko*2 sudu besar coffee emulco1 1/2 sudu besar
ovalletSatukan bahan bertanda * dan air
CARA MEMBUATNYA
1. Pukul telur dan gula kastor hingga kembang.Masukkan ovallet
dan pukul lagi hingga gebu dan ringan
2. Masukkan minyak jagung,putar perlahan.Masukkan pula susu
coklat dan coffee emulco
3. Apabila sebati,masukkan tepung naik sendiri dan serbuk koko
yang telah diayak tadi.Pukul perlahan hingga sebati4. Tuang adunan
ke dalam loyang yang digris dan lapik baking paper,bakar selama
30-40 minit,suhu 180'c bergantung kepada kapasiti oven masing2.Guna
loyang size 8".Bila kek dah masak,sejukkan dan potong menjadi 4
kepingBAHAN-BAHAN UNTUK WHITE CHOCOLATE FILLING
100 gram compound white chocolate(saya guna brand Beryl's
Gourmet)250 gram non dairy whipping cream(saya guna brand Rich's
Gold Label)150 gram butter100 gram gula kastor2 biji kuning
telur
CARA MEMBUATNYA
1.Cairkan coklat compound secara double boil.Ketepikan
2.Pukul non dairy whipping cream hingga pekat.Ketepikan
3.Dalam mangkuk/bekas lain,satukan gula kastor dan butter.Pukul
hingga kembang.Masukkan kuning telur dan pukul lagi.Masukkan coklat
compound yang dicairkan tadi,kacau sebati.Akhir sekali masukkan
whipping cream yang sudah dipukul tadi,kacau sebati
BAHAN-BAHAN UNTUK DARK CHOCOLATE FILLING
100 gram compound dark chocolate(saya guna brand Beryl's
Gourmet)250 gram non dairy whipping cream(saya guna brand Rich's
Gold Label)150 gram butter100 gram gula kastor2 biji kuning
telur
CARA MEMBUATNYACARA2NYA SAMA DENGAN KAEDAH PENYEDIAAN WHITE
CHOCOLATE FILLING DI ATAS
BAHAN-BAHAN UNTUK GANACHE
300 gram compound dark chocolate(potong kecil2 supaya cepat
larut)300 gram non dairy whipping cream25 gram butter
CARA MEMBUATNYA
1.Tuang non dairy whipping cream ke dalam periuk,masak di atas
dapur hingga timbul buih2 kecil
2.Masukkan butter kacau perlahan
3.Masukkan coklat compound dan kacau sehingga coklat cair,kacau
lagi sehingga agak pekat,tutup api
4.Sejukkan sekejap sebelum tuang atas kek
CARA MELAPIS KEK
1.Ambil kek yg dah dipotong kepada 4 keping tadi.
2.Ambil sekeping kek dan letak atas papan kek,sapukan white
chocolate filling,anggaran 1/2 daripada adunan dan ratakan.
3.Letak lagi sekeping kek dan sapu pula dengan dark chocolate
filling,anggaran 1/2 daripada adunan dan ratakan.
4.Ulang hingga lapisan kek habis.Sejukkan didalam peti ais
beberapa jam sebelum dituang ganache(saya sejukkan kira2 2
jam).
5.Bila dah sejuk,keluarkan dari peti ais dan curah ganache di
atas dan sekeliling kek.Hias mengikut kreativiti.Sejukkan semula
kek ke dalam peti ais sebelum dihidang.
STEP MELAPIS
KEK-WHITE CHOC FILLING, -KEK-DARK CHOC FILLING, -KEK-WHITE CHOC
FILLING, -KEK-DARK CHOC FILLING, -GANACHE.
TIPS
UNTUK MENDAPATKAN POTONGAN KEK YANG CANTIK DAN KEMAS,GUNAKAN
PISAU YANG TELAH DIRENDAM DI DALAM AIR PANAS SELAMA BEBERAPA
MINIT,KEMUDIAN LAP PISAU DENGAN KAIN BERSIH,BARU POTONG KEK. RENDAM
SEMULA PISAU UNTUK POTONGAN SETERUSNYA
RESEPI KEK PELANGI KARAMEL
Bahan untuk puding
Bahan-bahan gula hangus..
1 1/2 sudu besar gulaloyang 8 inci.
Bahan-bahan puding
400ml susu segar/susu cair/susu tepung3biji kuning telur2biji
telur4sudu besar gula1sudu kecil vanilla
Bahan untuk kek
Adunan 1 (meringue)6biji telur puteh3sudu besar gula kastor1/2
sudu kecil cream of tar tar
Adunan 23biji telur kuning2sudu besar minyak jagung130ml
air3sudu gula kastor120g tepung gandum1sudu teh baking powder
Bake -160c 30minit(kaedah water bath)
HOW TO MAKE?
1. Mula-mula. kite buat puding dulu....kite letakkan 1 1/2 sudu
gula kedalam loyang dan cairkan gula(jgn terlalu hangus-puding akan
rasa pahit)-kacau gula....panaskan gula dalam loyang. Letak je
loyang atas api.
2. And then, jadilah gula hangus tadi cam gini. Ratakan gula
tau....
3. Pastu kite buat adunan untuk kek pulak.....asingkan telur
macam dalam gambar ni...Yang kanan sekali tu susu segar untu buat
puding..Yang kiri sekali tu untuk adunan meringue..
4. Adunan untuk pudig tadi dicampur semenyer, n kacau hingga
sebati tau....Lepas sebati, tapiskan adunan puding kedalam loyang
gula hangus tadi...(anda akan kedengaran bunyi kaca
pecah..krekk!!!)
5. Buat adunan 1(meringue) hingga jadi cam gini...meringue ini
digelar hard peak. Dua cara kenal hard peak a) bila dicolek tangan
akan bertanduk tetap. b) bila dlingkupkan bekas, meringue tak
jatuh..
Pastikan meringue dibuat dalam bekas kering dan lap kulit telur
selepas dibasuh....
6. Tinggalkan meringue sekejap, kite buat adunan 2 pula.
Gunahand mixer.Putar telur kuning dan minyak hingga sebati,
Kemudian campurkan air dan putar hingga sebati(berbuih tinggi).
Kemudian campurkan gula 3sudu dan pukul hingga kembang cam lam
gambar ni...
7. Pastu, campurkan tepung gandum+baking powder ke dalam adunan
ini bit by bit..Gaul secara kaup balik..(Adunan akan turun
separuh)
8.And then, masukkan meringue kedalam adunan ini ckit2...Gaul
secara kaup balik..hati2..adunan bleh rosak jika terkasar.
9. Asingkan adunan kepada empat bahagian...Kemudian warnakan
kepada empat warna kesukaan anda....Panaskan oven 160c selama
10minit.
10. Masukkan adunan tadi secara berselang-seli diatas adunan
puding tadi...Adunan kek akan terapung di atas adunan puding
tadi.....cara susunan- 3sudu ,2sudu, 1sudu hingga habis....
11. Bakar kek guna kaedahwater bathiaitu dengan menggunakan air.
Lihat gambar...Bakar selama 30 minit pada suhu 160c....Inilah rupa
kek selepas masak...Tunggu kek sejuk(mengecut) dan hiris bahagian
tepi kek supaya tidak melekat pada loyang....dan terlingkupkan
kek....
PAVLOVA
Bahan-bahan
4 biji telur puteh3/4 cawan gula kastor(saya guna setengah cawan
je)1 sudu besar tepung jagung1/2 sudu teh cuka1/2 sudu teh esen
vanilla
Topping
3/4 cawan topping whipping cream (pastikan terdapat perkataan
topping pada kotaknya)sedikit buah-buahan(sebaiknya yang masham2
baru ngam dengan kemanisan pavlova)
Cara- cara buatnye plak :
1- Mula-mula asing kan telur puteh dan kuning dahulu.2- Putar
puteh telur guna kitchen mixer dalam 10 saat, kemudian masukkan
gula kastor bit by bit.3- Tunggu hingga puteh telur bertukar jadi
meringue hard peak seperti yang sy pernah ajar belum ni.(meringue
bertanduk)4 - Selepas daripada itu, masukkan pula cuka dah esen
vanilla. putar hingga sebata.5- Letakkan meringue tadi ke dalam
loyang yang dilapik dengan kertas minyak(x perlu sapu mentega mcm
kek)
6 - Akhir sekali, bakar dalam oven pada suhu 110c selama 75
minit/1jam 15 minit...
7 - Selesai sahaja bakar, jangan terus buka oven, buke sedikit
sahaja pintu oven, dan biarkan pavlova anda sejuk di dalam oven.
dalam 10 minit.
8- Kita pukul whipping cream sampai kembang. kemudian letakkan
di atas pavlova tadi dan taburkan buah2an masham di atasnye
KEK COKLAT CHEESE MOIST PADAT
Bahan A4 Biji telur1 Cawan gula halus
Pukul bahan di atas hingga agak kembang sedikit.
Bahan B1 cawan koko Powder1 1/2 cawan tepung kek3/4 cawan minyak
jagung1 cawan susu pekat manis
Ayak tepung dan koko powder dan campurkan dengan telur dan gula
yang telah dipukul.Masukkan susu dan minyak serta gaul
sebati.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
Bahan C250gm cream cheese100gm gula halus1 biji telur1 sudu
besar tepung gandum
Pukul cream cheese dengan gula, kemudian masukkan telur dan
tepung gandum pukul hingga gebu.
Kukus adunan coklat pertama selama 20 minit. Kemudian lapiskan
dengan bahan C selama 20 minit juga. Kemudian lapiskan adunan
coklat yang kedua hingga masak selama 30 minit.Kek ini agak lama
untuk masak berbanding kek coklat Moist yang menggunakan baking
Powder so bersabar in sha Allah hasilnya memuaskan.
Krim kek
250gm krimwell125gm gula castor
Pukul krimwell hingga gebu dan kembang menggunakan kelajuan yang
tinggi,baru masukkan gula castor gaul sebati menggunakan spatula
sahaja.
RESIPI AISING MENTEGA @BUTTER ICING
Bahan:200 gm mentega600 gm gula aisingCara:1. putar mentega
hingga lembut dan berwarna putih.2. masukkan gula aising sikit2
sambil putar.3. pukul adunan hingga mendpat konsistensi yang di
kehendakiSINI...ada tutorial cara menyediakan aising
mentega....layan..jer mok cok gooogle
RESIPI KRIM MENTEGA @ BUTTER CREAM
BAHAN2125g mentega125g majerim100 g gula halus + 125 ml air
(dibuat sirap)125ml susu cairesen vanillapewarna
CARA2
1. Buat sirap pekat dan masukkan susu cair ke dalamnya .
Sejukkan2. putar mentega dan marjerim bersama sehingga kembang3.
masukkan sirap sejuk sedikit demi sedikit sambil putar4. masukkan
esen vanilla dan pewarna yang di kehendaki5. biarkan dlm peti sejuk
sehingga hendak di gunakan.
RESIPI AISING GLACE
Bahan2
150g gula aising diayak1cb air panaspewarnaesen vanilla
Cara2
1. tuangkan air panas dlm gula aising dan kacau rata. Kemudian
masukkan esen vanilla dan pewarna jika perlu.2. konsisitensi
separuh cair tidak terlalu keras.3. Gunakan dengan serta merta
kerana aising ini akan cepat keras (set) bila sejuk.
gambar sumbangan makcik gooogle dr sumber disini:Glace IcingStir
icing sugar, butter and boiling water together in a small bowl
until smooth.
RESIPI AISING COKLAT
BAHAN240gm majerim25 gm serbuk koko100g gula aising di ayak3cb
susu cair
CARA1. cairkan koko bersama marjerim dan masak selama 1 minit2.
alihkan dr api dan masukkan susu cair dan gula aising3. kacau
sebatikredit utk abey google kerana sudi tunjukcara
diSINIDANDISINI
RESIPI AISING SALJI @FROSTING ICING
BAHAN2360 g gula aising di ayak1/2 biji putih telor1ct jus
lemon/limau nipis1/2 st glycerine
CARA21. pukul puteh telor hingga kembang dan naik @ bertanduk,
masukkan gula aising sikit demi sikit, pukul dengan secukupnya.2.
masukkan jus lemon/limau purut dan glycerine dan pukul lagi3.
tuangkan atas kek rata2 dan bentukkan berupa salji atau boleh di
bentukkan dengan menggunakan piping bag dan corong aising.
RESIPI AISING FONDANT
BAHAN2480g gula aising diayak1cb air sejuk1 biji puteh telor1 cb
sirap glukose @ liquick glucose1/4 ct cuka tau jus limau nipis
untuk mengeraskannya bg membentuk bunga
CARA2
1. cairkan sirap glukose bersama air di atas api2. masukkan
sirap dlm mangkuk adunan dan masuk ke dalamnya putih telor dan
cuka. Uli hingga menjadi doh dan boleh dibentukkan dengan senang.
Maukkan warna yang di kehendakitutorialDISINI, TQ abey google
RESIPI AISING ROYAL
BAHAN2
100g-250g gula aising di ayak1 biji putih telorbeberapa titik
jus limau nipis
CARA21. pukul putih telor dengan sebahagian gula sehingga gula
menjadi licin.2. masukkan gula yang berlebihan dan kacau sehingga
mendapatkan konsistensi yang di kehendaki. Maukkan juz limau
OREO CUPCAKE
BAHAN-BAHANNYA :-)125 gram mentega1/2 cawan gula perang @ soft
brown sugar1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*1/2
camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)2 biji telur gred
A1/2 camca teh esen vanilla5 keping biskut oreo, kisar halus
bersama krim dia sekali
CARA MEMBUATNYA :-)1. Panaskan oven pada suhu 175C, sedia kan
cup untuk cupcake, ketepikan. Dalam mangkuk pemutar, satukan
mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanilla. Putar hingga
rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada
kelajuan tinggi selama 2 minit. Masukkan oreo yang telah dikisar
tadi, putar sebati. Jangan terlebih putar yea.2. Isi 1/2 (jika anda
ingin sapu buttercream) atau 3/4 penuh dalam setiap cup (jika nak
gebu macam mat punya tuu). Buat hingga siap. Bakar selama 10 - 15
minit bergantung pada oven masing2 (mat bakar 15 minit). Sejukkan
atas jaringan sebelum dihias atau dihidang begitu sahaja...(kak
Noor tak ubah apa2 pun biasa lah murid baru belajar)
SOS BLACK PEPPER
Bahan-Bahan:1 labu bawang besar holland (kaler kuning) dicincang
halus4 sb (rata) tepung gandum1 kiub ayam2 sb sos tiram2 sb kicap
manis (untuk gelapkan sos)4 sb sos lada hitam (lina pg gn brand
life)2 sb lada hitam ditumbuk kasar3 cawan air (atau lebih)-
Rosaliza guna air rebusan saderi + bawang besar + tulang ayam2 sb
mentega
Cara-Cara:
1. Cairkan mentega ke dalam periuk (sauce pan),tumis bawang
besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing nanti pahit
lak)2. Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.3.
Masukkan tepung gandum (xyah bancuh ngan air) kacau selalu supaya
tidak bergentel.4. Masukkan air.Kacau sebati (guna hand whisk lagi
senang nak kacau).Masukkan kiub ayam5. Masukkan sos lada hitam,sos
tiram dan kicap.Kacau sebati.Kalau nampak pekat sangat tambah
sedikit air.6. Sesuaikan rasa.Kalau nak lebih gelap tambah sukatan
kicap.
APAM POLKADOT
Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium ) 3 biji telur - dari peti
sejuk gred A 275 gm tepung gandum 220 gm gula halus 150 ml susu
segar @ susu cair 3 sudu teh baking powder 1 sudu kecil ovalette
filling - blueberry @ strawberry @ apa2 ikut citarasa pewarna
Cara-cara1. masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan
pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang2. bahagikan adunan
kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna mengikut
pilihan3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag4.
picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas - setengah sahaja5.
letakkan filling secukupnya ( nak senang masukkan dalam plastik
kemudian picitkan)6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza
sehingga hampir penuh7. last sekali dot-dot kan dengan warna
pilihan, kemudian kukus selama 10 - 15 minit @ sehingga masak
RESEPI RED VELVET CUPCAKES
Bahan-bahan250g tepung kek (atau guna tepung gandum biasa campur
1st baking powder)1/2 sdt garam 15g serbuk koko @ 2 sb serbuk
koko113g butter @ 1/2 cawan butter (guna 1/2 dari 1 ketul butter
250g)160g gula kastor2 biji telur -gred A1 sk esen vanila240ml @ 1
cawan buttermilk - jika tiada, kita buat sendiri1 cawan susu segar
+ 1 sudu besar cuka - untuk buttermilk2 sm perwarna merah @ 4 sm
serbuk perwarna merah1 sk cuka1 sk soda bikarbonat
Cara membuat buttermilkSatukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan
cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak
pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon dgn sukatan yang
sama.Boleh juga menggunakan yogurt plain.
Cara membuat kek1. Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu
loyang dengan butter. 2. Dalam mangkuk, satukan gula dan juga
butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit.3. Masukkan telur
satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.4. Dalam
cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati
hingga pewarna tidak berketul2. 5. Kurangkan kelajuan mixer,
masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali.
(tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung) 6. Mangkuk kecil,
satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2
ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati. 7. Tuang ke dalam
loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi
dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah
masak. 8. Sejukkan di atas redai kemudian belah 2 atau 3
bahagian.9. Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese
frosting. Satukan creamcheese bersama bahan2 lain dan putar
sehingga smooth dan sedikit pekat (agak2 kepekatannya dah sesuai
utk disapu pada kek) Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.
10. Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang
berganda.
SNOW CHEESE CAKE
Bahan-bahan:6 biji telur - buang putihnya dari 2 biji100 gram
gula kastor100 gram tepung hong kong / self raising flour / tepung
gandum60 gram tepung jagung (maizena)50 gram air sejuk - dari peti
ais1 sudu teh baking powder2 sudu besarn ovalette75 gram mentega -
dicairkan
Krim Cheese:1 kotak cream cheese philadelphia1/2 tin susu pekat
manis -Cara: satukan kedua-dua bahan dan putar sehingga adunan
licin tidak berketul.
Untuk Topping:1/2 kotak cheddar cheese KRAFT - diparut
Cara-cara:1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair.
Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih. Kemudian
masukkan mentega cair dan putar lagi sehingga sebati dan pekat.2.
Sediakan loyang bulat 8 inci yang telah dialas dengan kertas minyak
atau yang telah disapu dengan sedikit butter.3. Bakar dengan
menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit atau hingga masak,
dengan kepanasan 150' C.4. Bila kek sudah masak biarkan sejuk. Bila
dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya
menjadi dua bahagian.5. Sapukan krim cheese di atas bahagian kek
yang bawah, kemudian tenggekkan bahagian kek yang atas tadi di
atasnya.6. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh
kek.7. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi
keseluruh kek sebagai toppingnya.8. Masukkan dalam peti sejuk
selama 1-2 jam sebelum dipotong dan dihidangkan.
DONUT MUDAH
Bahan-bahan ( 20 - 25 biji ) 3 cawan tepung gandum 1 cawan air
suam kuku 2 sudu besar mentega 6 sudu besar gula pasir (boleh
kurang bagi yang tak suka manis) 3 sudu besar susu pekat manis 1
paket yis (jenama mauripan) 1 biji telur
Cara-cara Cairkan mentega dan ketepikan. Gula dan susu disatukan
di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau
lagi. Biarkan selama 10 minit. Pukul telur sedikit dan campurkan
bersama mentega cair tadi. Selepas 10 minit yis akan naik
berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.
Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum,
gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.
Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang
agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas
papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.
Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih
selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan
bolehlah diangkat. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair
dan ditabur dengan coklat rice..
BUN LEMBUT OSAKA
300gram tepung roti80gram tepung gandum2sudu besar water roux1
biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss nanti) 1 1/2 sudu besar
marjerin2 sudu besar gula1/3 sudu kecil garam2 sudu kecil yis160 ml
air suam
* untuk gliss*baki telur + 2 sudu besar susu
resepi water roux, ros buat separuh adunan je, adunan penuh di
blog MamaFami, thankyou Mama25 gram tepung gandum125 ml air
cara-cara untuk membuat water roux masukan semua bahan di dalam
periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan
setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua
kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan
roti)Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM),
masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM
masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh
terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam
bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk
dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di
dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga
10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan
dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap
atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu
tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil, dan bulat-bulatkan
kemudian susun atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat 18cm.
Boleh juga susun dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di
alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan marjerin.
5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dengan
baki telur+susu tadi, akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah
selama 20 ke 22 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah
siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas
bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun.
BUN SOSEJ BERPINTAL
Bahan-bahan :
400 g tepung roti (strong white bread flour) (maisya guna tepung
gandum biasa, tambah baking powder 3/4 sudu kecil)1 1/2 sudu kecil
yis kering segera1 sudu kecil garam (paras rata)1 sudu besar gula
castor3 sudu besar minyak masak (maisya guna 1 sudu besar marjerin
& 2 sudu besar minyak)250 ml air suam (warm)10 batang sosej
ayamsedikit sayur campursedikit sos tomatosedikit mayonis
Cara membuat:
1. Campurkan tepung, yis, garam, gula kedlm mangkuk besar.2.
Buat lubang di tengah2nya, tuangkan air.3. Gaul rata hingga jadi
doh.4. Tambah minyak dan uli sehingga menjadi doh yg lembut.5. Uli
selama 10-15 minit sehingga doh menjadi licin dan elastic.6.
Bulatkan doh kemudian letakkan kedlm mangkuk yg telah dilenser dgn
sedikit minyak dan tutup dgn cling film.7. Letak ditempat yg suam
sehingga doh mengembang 2 kali ganda8. Bahagi doh kepada 10
bahagian.9. Taburkan sedikit tepung ditempat mencanai kemudian
canaikan setiap bahagian doh menjadi btk segiempat (lebar mesti
sama dgn panjang sosej)10. Letak sosej diatasnya kemudian gulung11.
Potong kpd beberapa bahagian yg sama besar tapi jgn putus12.
Twistkan setiap bahagian potongan ke kiri dan kanan berselang seli
(spt gambar diatas)13. Letakkan di atas dulang yg telah digris.14.
Ulang kesemua doh hingga habis15. Biarkan doh tersebut naik sekali
ganda.16. Selepas itu taburkan sayur campur di atas roti sehingga
sekata. Pipekan sos tomato dan mayonis.17. Panaskan oven pd suhu
200'C, bakar selama 20 minit( suhu dan masa ikut kesesuaian oven
masing-masing- maisya guna suhu 175 C )18. Sebaik sahaja
dikeluarkan dari oven sapu marjerin/butter pada permukaan roti.19.
**Doh roti ni maisya peram dalam peti sejuk semalaman. Macam ni
cara maisya buat:20. Malam tu uli dan peram sampai naik 2 kali
ganda lepas tu tumbuk-tumbuk buang anginnya dan uli sekejap. Balut
dengan cling wrap dan simpan dalam bekas bertutup( guna bekas besar
dari doh tu sebab dia akan naik jugak walaupun letak dlam peti
ais). Boleh nak letak dalam peti ais di bahagian bawah atas di
bahagian sejuk beku tu(maisya selalu letak kat bahagian sejuk
beku). Esoknya tu keluarkan doh, biar beberapa minit(supaya doh
lembut). Kemudian tumbuk buang angin, uli sekejap dan bolehlah
dibentuk ikut suka...gunakan tepung untuk tabur atas papan pencanai
dan juga salut tangan sebab doh agak lembut. Dah siap tu biar
sampai naik 2 kali ganda dan bakar seperti biasa.21. Cara macam ni
dapat le makan roti fresh baru bakar masa breakfast tanpa perlu
ambik masa utk bancuh dan uli semua tu.
ROTI JALA
Bahan-bahan:
150gm atau 1 cawan tepung gandum1biji telur.150ml air150ml susu
segar atau boleh digantikan dengan santan3 sudu mentega cairSecubit
garamSecubit serbuk kunyit
Cara Membuat:
Masukkan susu, air, telur, garam dan kunyit ke dalam blender dan
blend seketika dan kemudian masukkan tepung dan blend lagi sehingga
sebati. Tapiskan adunan dan masukkan ke dalam acuan. Boleh gunakan
botol minuman air mineral yg ditebuk penutupnya.Panaskan kuali
leper, atau non stick pan dan letakkan sedikit minyakKiraikan di
atas kuali leper. Apabila roti kelihatan kekuningan dan agak garing
boleh gulungdan hidangkan.
SUPER MOIST CHOCOLATE CUPCAKE
Bahan-bahan:
100g Serbuk Koko*180g Gula pasir*1 tin Susu sejat*200g Minyak
Masak Sayuran*250g Susu Pekat*4 biji Telur - pukul sehingga
berbuih150g Tepung Gandum1 st Soda Bikarbonat1st Baking Powder
Papercups/kertas cawan secukupnya
Cara-cara
1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan
sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai
menggelegak.
2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn hand whisk. Gaulkan
bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus
dikacau dengan hand whisk. Setelah sebati,tapis adunan kek untuk
mendapatkan tekstur kek yang halus dan benar2 sebati.
3. Masukkan adunan separas 2/3 ke cawan kertas. Memandangkan
adunan agak cair,adalah mudah untuk menuang adunan menggunakan jug
ke dalam papercup. Bakar selama 20 minit bergantung pada jenis oven
dan saiz papercup.
4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn buttercream atau
hiasan pilihan..enak juga dihidangkan begitu sahaja.. Selamat
mencuba!
STRAWBERRY & LEMON SNOW CHEESE CAKE
Bahan :* kek sponge:150g tepong super fine150g gula kastor5 biji
telor gred A1 sudu besar ovalette80ml air80ml minyak / mentega
cair1 sudu kecil serbuk penaikpewarna merah & kuning
lemonperisa strawberi & lemon
* krim :1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)2 - 3 sudu
besar mentega1/3 cawan susu pekat manis
~Satukan cream cheese dgn mentega dan putar hingga gebu (tidak
berketul)Masukkan susu pekat dan putar lagi hingga sebati.
Ketepikan.
* topping:keju cheddar secukupnya ~ boleh guna kraft atau brand
lain asalkan dlm bentuk ketul/bar
~ parut halus keju cheddar dan ketepikan.
Cara:Sediakan 2 tin pembakar bulat ukuran 8inci, griskan
dasarnya dan lapik dgn kertas baking.Satukan gula, ovalette,
tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. Pukul hingga
pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi ni
terletak kepada kalajuan pengadun)Perlahankan kelajuan dan masukkan
air.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 2 minit atau sehingga
aduan kek benar2 ringan.Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam
adunan dan gaul dengan senduk/spatula sehingga sebati.Bahagikan
adunan kepada 2 bahagian, satu dimasukkan pewarna merah dan perisa
strawberi dan satu bahagian lagi dimasukkan pewarna kuning lemon
dan perisa lemon. Gaul sebati.Tuangkan adunan ke dalam loyang yg
berasingan yg dah digris tadi dan bakar selama 20 - 25 minit atau
hingga masak pada suhu 170 - 1175C.Bila dah masak keluarkan dari
oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5
minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.Keluarkan kek dr loyang
dan biarkan kek betul2 sejuk sebelum dihias.
Cara assemble/hias kek:Sapukan krim cheese diatas kek yg
berperisa strawberi dan letakkan kek yg berperisa lemon
diatasnya.Kemudian sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi
seluruh kek.Taburkan keju yg diparut tadi keseluruh kek sebagai
toppingnya.Boleh la dihias mengikut citasara masing2.VANILLA MOIST
CUPCAKE
Bahan-bahan
3/4 cawan butter (170gm) - suhu bilik3 biji telur - suhu bilik2
1/2 cawan tepung gandum)1/2 sk garam1 3/4 cawan gula kaster
(kurangkan sedikit)3 sk vanilla 1 1/4 cawan susu segar2 1/2 sk
baking powder
Cara-cara
Panaskan oven pada suhu 170C.
Satukan dan ayak bersama tepung, garam dan baking powder.
Putar butter dengan kelajuan tinggi selama 30 saat. Masukkan
gula dan putar sebati. Masukkan telur (satu persatu) dan esen
vanilla sambil terus diputar.
Masukkan tepung dan susu secara berselang seli dengan kelajuan
perlahan. Kacau sebati adunan dah siap
Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas 2/3 penuh dan bakar selama
15-18 minit sehingga kekuningan atau sehingga masak.
Nota: Saya bakar 20-22 minit. Masa bakar adalah bergantung
kepada saiz cup dan kepanasan oven masing-masing.
MARTHA STEWARTS MOIST CHOCOLATE CUPCAKES
Bahan bahan:2 1/2 cawan all purpose flour1 1/4 cawan dutch
process cocoa powder2 1/2 cawan sugar2 1/2 sk baking soda1 1/4 sk
baking powder1 1/2 sk garam2 biji telur gred A + 1 telur kuning
gred A1 1/4 cawan susu (Azie guna buttermilk)1/2 cawan + 2 sb
vegetable oil1 1/4 sk vanilla extract1 1/2 cawan air panas (Azie
tambah 1 sk nescafe)
Cara cara:Panaskan oven pada suhu 180C.
Ayak bersama bahan kering seperti tepung, serbuk koko, baking
soda, baking powder dan garam ke dalam pengisar elektrik.
Tambahkan telur, susu, minyak, vanilla dan air panas. Putar
dengan menggunakan kelajuan perlahan sehingga sebati dalam 3
minit.
Tuang ke dalam cawan kertas sebanyak 2/3. Bakar selama 20-25
minit.
Banoffee Cupcake
Bahan-bahan:
3 1/2 cawan tepung gandum/tepung kek2 sudu teh baking soda/soda
bikarbonat1/2 sudu teh garam(Ayak bersama bahan di atas,
ketepikan)250g mentega di suhu bilik2 1/2 cawan gula kaster4 biji
telur1 sudu teh esen vanilla1 cawan buttermilk (atau 1 cawan susu
segar dicampur dengan 2 sudu teh jus lemon atau cuka)2 cawan pisang
lenyek
Cara2:1) panaskan ketuhar 170 darjah c, alaskan dula pembakar
muffin dgn kertas cupcake2) pukul mentega dgn gula hingga kembang
dan gebu menggunakan pemukul elektric, masukkan telur satu persatu
dan pukul hingga sebati. Masukkan esen vanilla3) masukkan 1/3
campuran tepung yg telah diayak, pukul perlahan. Pukulkan separuh
buttermilk dan separuh pisang. Ulang dgn 1/3 lagi campuran tepung,
kemudian separuh lagi buttermilk dan pisang. Akhiri dgn campuran
tepung. Pukul hingga sebati tapi jgn terlebih pukul.4) tuangkan
adunan cupcake ke dalam cawan cupcake hingga 3/4 penuh. Bakar 20
minit (atau hingga keemasan dan bila cucuk dgn lidi tak
melekat)
Topping:
Non-dairy whipped topping (dipukul hingga kembang)Caramel (saya
guna trick buat caramel pakai susu pekat manis tin - rebus tin susu
pekat main dalam periuk besar dgn air dalam selama 3 jam, anda akan
dapat caramel)Coklat hitam yg diparut
BUTTERFLY RAINBOW CUPCAKESResepi asal dari RAINBOW CAKE By :
Whisk KidThe Martha Stewardt Show, April 2010
11/2 cwn tepung gandum2 sdk baking powderSecubit garam garam1/2
cwn butter ~ suhu bilik3/4 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis3
biji putih telor ~ suhu bilik ( saiz B)1sdk esen vanila3/4 cawan
susu segar ~ suhu bilik
Ayakkan tepung, baking pwder dan garam ~ ketepikan
Panaskan oven pada suhu 170 CSediakan paper cup putih secukupnya
dan susun dalam muffin tray
Ayakkan tepung, baking pwder dan garam ~ ketepikanDalam bekas
mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter
bertukar warna putih .Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai
gebu dan ringanMasukkan esen vanilaKemudian slowkan yang paling
perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu
segarBoleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.*Tepung
kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri
dengan tepung juga.maksudnya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~
tepung ~ susu dan akhir mesti tepung
Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas
berasinganLetakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul
rataTompokkan setompok setompok warna berlainan warna dan berselang
seli dalam paper cupBuat hingga semua adunan habis* untuk mudah
masukkan adunan dalam plastik bag atau pipping bagGunakan lidi
bersih dan buatkan satu putaran pada permukaan kek
Bakar dalam oven selama 25 minit atau sehingga kek masak
sempurna.
Cara membuat rama-ramaPotong permukaan cupcake dengan
pisauPermukaan kek yang dah di potong tu kita potong pula pada 2
bahagian ~ rujuk gambar di atasPaipkan cream atau buttercream atas
permukaan kek yang telah di potongKemudian susunkan permukaan kek
untuk membentuk rama-ramaLetakkan manik sebagai badan rerama
CUPCAKE COKLAT COMEL
Bahan-bahan ( 18 20 papercups medium size )300g tepung350g gula
cawan serbuk koko1 sdk soda bikarbonat cawan butter2 sdk esen
vanilla1 cwn susu segar* 2 biji telur
Cara-caraPanaskan oven 180C. Campurkan ke semua bahan (kecuali
*) dalam bekas mixer. Pukul dengan kelajuan rendah hanya untuk bg
campuran itu sebati. Kemudian pukul dgn kelajuan tinggi lebih
kurang selama 2minit. Lepas itu tambah telur dan pukul lg dgn
kelajuan tinggi selama 2minit lagi.Sudukan adunan dalam papercups.
Kalau nk cupcakes yang rendah, letak tak sampai tinggi cups. Yang
saya buat ada yg tinggi, ada yg rendah. Bakar selama 20min gitu
atau hgga masak. Suhu oven terpulang pd oven masing2, saya guna
170C.Bila dah masak boleh diletak topping kalau suka. Topping saya
tu: cwn susu pekat + cwn serbuk koko + buku butter. Masukkan smua
dlm periuk, panaskn atas api & terus kacau, sekejap aje iaitu
bila dah bercampur smua & beku sket trus angkat and sapukan
atas cupcake yg telah sejuk. Hias ikut citarasa masing2
MAGNOLIA BAKERY VANILLA CUPCAKE
Bahan-bahan ( 20-25 cup sederhana )1 1/2 cawan tepung naik
sendiri1 1/4 cawan tepung gandum1 cawan (2 sticks) butter-suhu
bilik2 cawan gula4 telur saiz A1 cawan susu segar1 sudu teh esen
vanilla
Cara-caracampurkan kedua2 tepung, ketepikan.pukul butter hingga
berkrim, masukkan gula, pukul lagi.masukkan telur satu persatu,
pukul. masukkan tepung dalam 3 bahangian diselang selikan dengan
susu n esen.masukkan dalam cawan kertas n bakar selama
20-25min.biar sejuk n hias ikut suka. (jun letak strawberry filling
kat dlm, x payah letak aising lagi..hehe)
SNOWY CUPCAKES [email protected]
Bahan-bahan ( 30-34 biji cupcake sederhana )(A) 125 gm butter
tanpa garam, lembutkan125 gm (1/2 cup) + 1 tbsp gula125 gm tepung
gandum, diayak2 biji telur1 tsp baking powder1/2 tsp bicarbonate of
soda2 tsp esen vanila(B) 2 tbsp milk
Untuk Frostingnya:(Y) 175 gm gula aising, diayak1 biji putih
telur(Z) 1/2 tbsp perahan dari jus lemon
Cara-caraPanaskan oven pada suhu 200C.Campur semua bahan (A)
dalam food processor & kacau hingga sebati.Masukkanbahan (B)
& kacau lagi.Susun cawan muffin diatas loyang pembakar &
isikan adunan tadi pada 1/2 penuh daripada cawan muffin
tersebut.Bakar selama 15-20 min atau cucuk pada lidi panjang hingga
adunan tidak melekat pada lidi tersebut. Keluarkan dari oven dan
tunggu hingga sejuk.Cara Utuk Frostingnya:Pukul (whisking method) Y
dalam mangkuk selama 5 min atau hingga putih gebu.Masukkan Z dan
kembali pukul lagi hingga 3 min.
Colekkan pada cupcake yang telah sejuk tadi diatasnya dengan
spatula. Hiaskan asing tadi dengan apa2 bentuk gula sebagai
hiasan.Teneeetttt..kan dah jadi, sekali ketik, sepuluh yang datang
tawww.