7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
1/58
KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
Kajian tentang kepentingan pengambilan makanan seimbang di kalangan
anggota kakitangan HPSF muar Johor
NAMA : SHAHRIZAL BIN YUSOFF
NO K-P : 820123-02-5253
NO MATRIK : BPP-2004-4247
Untuk memenuhi sebahagian daripada kehendak Kursus Diploma
Pembantu Perubatan
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
2/58
Penghargaan
Syukur alhamdulillah dipanjatkan kepada ilahi dengan berkat kebesaranNYA
saya dapat menyiapkan Projek kajian kesihatan ( HSR ). Tajuk yang telah saya
pilih adalah Kesedaran Tentang Makan Secara Sihat di Klinik Kesihatan
Ampangan. Pertama kalinya saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada
Tuan pengetua Kolej Pembantu Perubatan Seremban, Encik Yusoff bin Baba
kerana memberi sokongan saya menjayakan projek ini. Tidak dilupakan juga
kepada Encik Richard Ho, sebagai pengelaras dan juga sebagai bapa angkat
bagi kumpulan 65, iaitu kumpulan dimana saya bernaung sekarang. Saya dan
beberapa orang lagi pelatih telah diletakkan di bawah pemantauan Encik Ila
Murugan untuk projek kali ini. Sebagai mentor projek, saya mendapat didikan
dan tunjuk ajar daripada beliau. Walaupun beliau sibuk dengan jadual kelas
tetapi beliau masih sempat untuk memberikan sedikit sebanyak buah fikiran
beliau dalam menjayakan projek saya ini.Selain itu, saya juga ingin mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada staf-staf
kesihatan di Klinik Kesihatan Ampangan. Mereka sedia menyediakan maklumat,
data terkini dan juga kerjasama yang menyeluruh semasa saya di sana. Akhir
sekali, penghargaan ini juga ditujukan kepada sesiapa sahaja yang telah terlibat
secara langsung atau tidak semasa saya menyiapakan Projek Penyelidikan
Kesihatan ( HSR ) ini. Jasa yang tuan puan berikan tidak saya lupakan.
1
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
3/58
ABSTRAK
Tajuk kajian yang penyelidik telah pilih adalah Kesedaran Tentang Makan
Secara Sihat di Ampangan, Negeri Sembilan. Secara amnya, amalan makan
secara sihat adalah salah satu faktor yang penting kearah kesihatan keluarga
dan amalan ini seharusnya dibentuk dan dipupuk sejak di rumah lagi. Makan
secara sihat bukan sahaja merangkumi tentang zat-zat makanan yang perlu
diambil ataupun yang perlu dielakkan, malah termasuk perancangan menu,
pembelian, pemilihan dan penyediaaan makanan sebagai aktiviti keluarga.
Penyelidik telah memilih Klinik Kesihatan Ampnagan, Negeri Sembilan sebagai
kawasan kajian saya. Terletak lebih kurang 7 kilometer dari Bandar Seremban,
dan mengambil masa 15 minit perjalanan, kawasan ini merupakan kawasan
perumahan kos sederhana dan kos rendah. Pengumpulan maklumat dan data-
data telah dilakukan di dalam bulan Ogos bermula pada 10 Ogos hingga 28
Ogos. Di dalam masa tersebut penyelidik sedang menjalani penempatan klinikal
di Klinik Kesihatan Ampangan. Kaedah yang digunakan untuk mengumpul data
adalah dengan menggunakan pendekatan Questionare. Sepanjang masa
tersebut penyelidik telah memilih 30 orang responden. Diharapkan dengan
melakukan kajian ini kita dapat mengetahui sejauh mana kesedaran orang-orang
awam tentang makan secara sihat dan tindakan susulan dapat diambil untuk
memperbaikinya.
2
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
4/58
Isi kandungan
Isi kandungan muka surat
Tajuk
Penghargaan
Abstrak
Tahun 3 semester 1
Pengenalan 5
Kenyataan masalah 6
Tujuan kajian
Objektif
Objektif umum
Objektif khusus
Kajian semula
Reka bentuk dan metodologi kajian
Reka bentuk kajian
Persampelan
Metodologi kajian
Kaedah penganalisaan uji kaji soalan
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
5/58
Tahun 3 semester 2
Penemuan perbincangan
Cadangan
Limitasi
Rumusan
Bibliografi
Bab1
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
6/58
Pengenalan
Pengenalan kepada topik
Amalan permakanan secara sihat amat penting untuk membina sesebuah
keluarga yang bahagia dan harmoni. Amalan ini dapat membantu ahli keluarga
memperolehi kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan dan mencegah
kekurangan zat makanan. Selain itu, amalan makan secara sihat juga dapat
melindungi keluarga daripada penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung,
tekanan darah tinggi, diabetes dan beberapa jenis kanser. Amalan makan secara
sihat merupakan asas bagi keluarga yang bahagia dan sihat
Untuk pengetahuan semua,rumahlah tempat yang paling baik untuk
memupuk amalan makan secara sihat. Setiap ahli keluarga perlu saling bantu
membantu dalam memberi kesedaran tentang kebaikan amalan secara sihat.
Sikap ibu bapa terhadap pengambilan makanan adalah pengaruh yang penting
dalam membentuk tabiat dan pilihan makanan anak-anak.
5
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
7/58
Cara yang terbaik untuk memastikan ahli keluarga mendapat kesemua
nutrien yang diperlukan oleh badan adalah dengan pengambilan pelbagai jenis
makanan secara seimbang dan mengamalkan prinsip makan secara sihat.
Dengan mengamalkan permakanan secara sihat ini, maka kesihatan diri dan
keluarga akan terjamin serta seterusnya akan memacu negara kearah wawasan
yang dilaung-laungkan oleh pemimpin-pemimpin kita.
Kenyataan masalah
Kurangnya pengetahuan tentang amalan makan secara sihat dan
pengabaiannya menyebabkan meningkatnya kes-kes penyakit yang berkaitan
dengan permakanan seperti hipertensi, diabetis, masalah jantung dan lain-lain
lagi. Selain itu ia juga dapat memburukkan lagi masalah sosial dikalangan muda
mudi. Untuk mengetahui sejauh mana tahap kesedaran penduduk di Ampangan
tentang makan secara sihat, penyelidikan ini dijalankan.
6
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
8/58
Objektif
Umum
Secara umumnya kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengetahui tahap
kesedaran penduduk di Ampangan tentang makan secara sihat.
Khusus
Objektif khusus kajian ini dijalankan adalah salah satunya untuk mengenal pasti
sejauh mana kesedaran penduduk di Ampangan tentang makan secara sihat.
Dari pemantauan yang dilakukan di klinik kesihatan ampangan, setiap hari pasti
ada sahaja yang datang untuk menerima rawatan untuk penyakit yang berkaitan
dengan permakanan. Selain itu, kajian ini juga berobjektifkan untuk mengenal
pasti alternative yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah ini. Antaranya
yang relevan dan selalu dipraktikkan adalah dengan memberi ceramah serta
menganjurkan bengkel-bengkel kesihatan.
7
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
9/58
Bab 2
Kajian semula
Apa itu makanan dan jenis-jenisnya
Menurut Suriah Abdul Rahman ( 2004 ) makanan adalah bahan pejal dan
cecair yang dimasukkan ke trek pencernaan untuk menjaga dan membina tisu
tubuh, mengatur proses tubuh dan membekalkan haba. Makanan selalunya akan
dimakan berdasarkan nilai psikologi, sosial dan kepuasan. Kemungkinan besar
nilai ini yang akan menentukan bila, berapa banyak dan jenis makanan yang
akan diambil dan bukan daripada aspek pemakanan. Makanan jika dipilih
dengan bijak akan membekalkan semua nutrien yang perlu untuk fungsi tubuh
yang normal. Jika makanan tidak dipilih dengan betul, kekurangan dalam satu
atau lebih nutrien perlu akan berlaku. Nutrien perlu didefinisikan sebagai nutrien
yang mesti dibekalkan oleh makanan kerana tidak boleh disentisiskan dalam
tubuh pada kadar yang cukup bagi mengatasi keperluannya. Nutrien ini boleh
dibahagikan kepada enam kategori iaitu karbohidrat, lipid, protein, mineral,
vitamin dan air.
8
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
10/58
Karbohidrat ialah satu daripada tiga sumber utama tenga dalam diet. Ia
juga dikenali sebagai kanji atau gula. Sebahagian besar dari makanan harian kita
adalah dalam bentuk karbohidrat.
Lipid ialah bahan kimia yang tidak larut dalam air tetapi larut dalam
kebanyak pelarut lemak seperti alkohol, klorofom, benzina, asetondan eter dan
boleh dimetabolismekan oleh organisme hidup. Makanan utama yang
membekalkan lemak kepada diet ialah maljerin, mentega, minyak masak, kulit
ayam, kacang dan daging. Salah satu kesan akibat terlebih lemak atau lipid
dalam badan ialah penyakit koronari jantung. Ia ialah sejenis penyakit
kardiovaskular kerana arteri koronari jantung tidak dapat membekalkan darah
dengan cukup ke jantung.
Protein boleh didapti disetiap sel hidup.dua puluh peratus daripada jumlah
berat badan seorang dewasa ialah protein. Ia boleh dibezakan kepada dua iaitu
endogen dan eksogen. Endogen ialah protein yang dimetabolismekan dalam
tubuh dan akan diperlihatkan dalam perkumuhan kreatinin iaitu yang
mengandungi nitrogen. Sebaliknya metabolisme eksogen akan menyebabkan
perkumuhan urea yang akan berubah-ubah dengan pengambilan diet yang
berhubung dengan keperluan tubuh. Salah satu penyakit akibat kekurangan
protein ialah kwasyiorkor yang lazimnya berlaku pada kanak-kanak berumur
antara 2 hingga 5 tahun.
9
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
11/58
Vitamin merupakan satu kumpulan kompleks organik yang diperlukan
dalam kuantiti yang sedikit daripada diet. Selalunya vitamin dikenal sebagai
faktor makanan perlu kerana walaupun tidak menyumbangkan kalori ataupun
jisim kepada tubuh tetapi ia amat penting. Vitamin boleh dibahagikan kepada dua
iaitu vitamin yang larut lemak dan yang larut air. Akibat kekurangan vitamin-
vitamin yang larut lemak adalah seperti rabun malam, Riket dan pendarahan.
Manakala kekurangan vitamin-vitamin larut air adalah seperti anemia dan
keletihan.
Mineral dianggap perlu apabila mineral berkenaan mesti diberi dalam diet
dan juga untuk menjalankan fungsi penting untuk kehidupan, pertumbuhan dan
pembiakan. Apabila tiada, mineral tersebut akan menyebabkan kegagalan fungsi
sel dan fisiologi dan biasanya penyakit dan kematian.
Air ialah utrien yang selalu diketepikan walaupun air merupakan satu
komponen yang paling banyak di dalam tubuh kita iaitu 50% daripada berat
badan orang dewasa. Pendehidratan akan lebih cepat menyebabkan kematian
dan kelaparan. Dalam cuaca sederhana, orang dewasa dikatakan boleh hidup
sehingga 10 hari tanpa air. sebaliknya, seseorang boleh hidup beberapa minggu
tanpa makanan.
10
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
12/58
Makanan yang digalakkan untuk kesihatan
Mengambil tulisan dari Norhazuren Halid ( 2005 ) yang telah dikeluarkan dalam
majalah Nur, muka surat 58-60 telah menyebutkan terdapat 12 makanan yang
digalakkan untuk pengantin dan hikmahnya dalam Islam. Kesedaran tentang
pentingnya makanan-makanan ini akan seterusnya memupuk keluarga yang
bahagia kelak. Terdapat 12 makanan yang digalakkan diambil oleh pengantin
untuk memberikan keselesaan diri dan pasangan anatranya roti.
Roti yang bagus ialah yang diperbuat daripada gandum yang baik dan
dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum
dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah
lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum
mudah dicernakan. Nabi S.A.W pernah bersabda jangan potong roti dengan
pisau. Hormatilah roti itu dengan meotong dengan tanganmu kerana Allah
menghormati roti itu.
Selain itu, jintan manis dapat melegakan kesakitan dalam badan,
melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam
usus. Ia juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata
bagi menguatkan pandangan mata.
11
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
13/58
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan
memudahkan kelahiran anak. Manakala makanan yang keempat yang disebut
digalakkan untuk bakal pengantin ialah pisang. Pisang boleh menyejukkan
badan dan boleh dimakan dengan madu lebah. Seterusnya ialah barli. Barli
berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah S.A.W pernah memberi sup barli
kepada orang yang mengidap demam.
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur
dengan cara menyapu kepala dengan selasih yang dicampurkan air. Mentega
pula berkhasiat untuk memanaskan dan melembapkan. Baik untuk
menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu
sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.
Lobak merah, keguanannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran
haid dan air kencing.
Biji hitam (habb al sauda), dilaporkan bahawa Nabi S.A.W pernah
bersabda, Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit
kecuali kanser dan mati. adalah dilaporkan juga bahawa Allah menunjukkan
bahawa ia itu ialah hab al sauba menghapuskan angina dalam usus dan
demam. Baik untuk merawat leukoderma dan membuka saluran urat yang
halus ,selain berguna untuk menghilangkan penyakit selsema.
12
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
14/58
Dan seterusnya ialah ayam, ayam dapat memudahkan penghadaman,
membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan serta mencantikkan
rupa paras. Walaupunbagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh
menyebabkn penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang
tidak bertelur.
Nabi S.A.W pernah bersabda, Rumah yang tiada tamar atau kurma
adalah rumah yang tiada bermakanan. Nabi S.A.W sendiri pernah menanam
kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk
menghapuskan parut yang tidak diingini. Dan yang terakhir sekali ialah terung.
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini
mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan makan bersama daging.
Dari penulisanYna Sidek ( 2005 ) telah menyarankan supaya utamakan
makanan yang membekalkan vitamin, zat galian dan serat seperti buah-buahan
dan sayur-sayuran. Penulisan beliau yang dikeluarkan dalam majalah Remaja
bertarikh 1 Disember 2005, mukasurat 156-157, juga ada menyebut bahawa
hidangan makanan yang sihat bermula dengan bahan-bahan yang dipilih.
Sayuran misalnya mempunyai khasiat yang tinggi. Dikalangan masyarakat Asia
khususnya, sayuran bukan sahaja dijadikan sebagai pelengkap kepada hidangan
ruji tetapi juga menjadi komoditi didalam diet mereka untuk memberi
kepelbagaian rasa,
13
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
15/58
tarikan estatik disamping merupakan fakor terpenting dalam mengimbangi diet
menerusi zat-zat yang terkandung didalamnya.
Pengarang artikel juga ada menyebut bahawa antara diet yang tidak sihat
mengandungi banyak lemak dan kolestrol, terlebih gula ,terlebih garam dan
terlalu banyak serat.
Memetik dari penulisan Puan Siti Mariam Ali ( 2007 ) dalam majalah
Wanita keluaran 9-15 Februari 2007 mukasurat 46, telah menyebut bahawa
garam atau natrium memainkan peranan penting untuk badan berfungsi dengan
sempurna. Namun ia hanya diperlukan sedikit sahaja. Pengambilan natrium yang
berlebihan biasanya dikaitkan dengan kejadian tekanan darah tinggi atau
hipertensi. Penulis juga ada menyebut bahawa natrium terdapat secara asli
didalam kebanyakkan makanan. Ia juga boleh ditambah dalam makanan sebagai
garam halus atau monosodium glutamate. Kecenderungan makan di restoran
makanan segera atau mengambil makanan yang diproses dan ditinkan
menyebabkan rakyat Malaysia memakan lebih banyak natrium daripada yang
sepatutnya diperlukan. Sodium atau natrium dalam badan memainkan peranan
penting dalam mengawal keseimbangan air, menghantar impuls saraf, mengatur
fungsi membrane sel dan aktiviti otot, juga komponen peluh dan air mata .
14
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
16/58
Suriah Abdul Rahman,Tengku Aizan Hamid ( 2003 ) menyebutkan
bahawa diet yang lengkap untuk warga tua bukan hanya merupakan
perancangan menu sahaja. Makanan perlu dibeli, disediakan dan seterusnya
disajikan dengan bentuk yang paling menarik dan keadaan sekeliling yang
selesa, sekiranya warga tua dikehendaki makan dan menikmatinya. Bagi mereka
yang bernasib baik dan berpendapatan lumayan, mempunyai tempat tinggal
yang selesa, kesihatan baik dan hidup berteman, status permakanan yang baik
merupakan suatu yang senang dicapai. Mereka hanya perlu membuat pengubah
suaian yang minimum daripada pola diet yang terdahulu. Walaubagaimanpun,
bagi sebilangan warga tua, terdapat satu atau lebih faktor menghalang usaha
mereka untuk makan dengan sempurna. Belanjawan yang begitu terhad salah
satunya memerlukan kebijaksanaan yang lebih dalam membeli barang
berbanding dengan pengalaman yang lepas apabila wang yang ada memenuhi
keperluan asas.
Memetik satu sedutan dari majalah Saji keluaran Mac 1996 dari
mukasurat 56-59 ada menerangkan tentang amalan permakanan dalam gaya
hidup yang sihat. Penulisan tersebut telah dibuat oleh Dr Fatimah Arsad (1996).
Antaranya menyebut tabiat makan seseorang itu terbentuk sejak kecil lagi.
Walaupun demikian, ia boleh ditukar secara perlahan kepada tabiat makan yang
sihat. Dalam tabiat makan yang sihat,pengambilan lemak dikurangkan.
15
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
17/58
Untuk mereka yang tidak mempunyai masalah berat badan, penambahan
pengambilan nasi, roti penuh bijirin, ubi keladi, keledek dan buah-buahan
berbanding menambahkan lemak, minyak dan makanan manis. Beliau juga
mencadangkan tabiat makan yang baik seperti jadual di sebelah;
16
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
18/58
sarapan Bijirin yang tinggi serat contohnya
empingan jagung,empingan beras,roti
penuh bijirin, maljerin lembut, susu
skim, teh + susu skim
Makanan ringan Buah-buahan seperti oren,epal,jambu
batu,kopi, susu skim
Makan tengah hari Sandwich, roti penuh bijirin, marjerin
lembut, ikan baker, sayuran buah atau
perahan buah, air kosongMinum petang Popia basah, putu beras,buah-
buahan,the,susu skim.
Makan malam Nasi / roti penuh bijirin, gado-gado atau
rojak tauhu,pucuk, jenis kekacang,
sayuran hijau dan merah, buah-
buahan, dadih susu skim,susu tanpa
lemak.
Sebelum tidur Roti kering penuh bijirin, susu skim +
horlicks
17
Akibat permakanan yang kurang sihat
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
19/58
Sam Rachman ( 2001 ) menyatakan bahawa Darah tinggi atau hipertensi
dikenali sebagai pembunuh dalam senyap. Tekanan darah yang normal
puratanya ialah 120/80mmHg. Menurut persatuan jantung Amerika, tekanan
darah melebihi 140/90mmHg adalah tidak normal dan tekanan yang melebihi
160/95mmHg memerlukan pengubatan. Penyakit ini sangat berkait rapat dengan
faktor keturunan. Faktor-faktor lain yang menjadi penyebab penyakit ini ialah
pengambilan garam yang berlebihan, alkohol, pil perancang keluarga,
kegemukan, umur dan kurang bersenam. Hipertensi tidak oleh diubati tetapi
boleh dirawat dan dikawal.
Kencing manis atau diabertis pula adalah yang disebabkan kehadiran
glukosa yang tinggi dalam darah. Hal ini terjadi kerana glukosa yang tedapat
dalam darah tidak dapat digunakan atau disimpan oleh sel badan. Dalam
keadaan normal ,hormon insulin dirembeskan kelenjar pankreas untuk
menukarkan gula kepada bentuk yang boleh digunakan badan. Diabertis
dikategorikan kepada 2 jenis. Diabertis jenis 1 atau Insulin Dependant ( IDDM ),
terjadi kerana sel islet di kelenjar pankreas tidak dapat menghasilkan insulin.
Lazimnya ia terjadi pada kanak-kanak tetapi kadang-kadang terjadi juga pada
orang dewasa.
18
Diabertis jenis 2 atau Non Insulin Dependant ( NIDDM ), terjadi kerana
disebabkan 2 punca utama. Pertamanya adalah kerana sel beta kelenjar
pankreas sempurna tetapi menghasilkan insulin dalam jumlah yang tidak
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
20/58
mencukupi. Dan punca yang kedua adalah kerana insulin yang dihasilkan tidak
berfungsi dengan cekap disebabkan terlalu banyak lemak dalam badan
walaupun kelenjar pankreasnya dapat menghasilkan insulin yang mencukupi.
Penyakit jantung merupakan antara penyebab utama kematian di
Malaysia, 29% daripada jumlah kematian yang dianggarkan oleh hospital adalah
disebabkan oleh penyakit jantung. Kekuatan dan kadar denyutan jantung
bergantung kepada permintaan oksigen dalam tubuh. Jantung akan berdenyut
lebih cepat jika tubuh memerlukan lebih oksigen misalnya ketika sedang bekerja
dan olahraga. Jantung akan berdenyut dengan normal semula setelah aktiviti
tersebut selesai. Terdapat berbagai penyakit yang berkaitan jantung seperti
Myocardium Infark, Angina Petoris, penyakit jantung koronari dan Aritma
Cardiak. Kebanyakan penyakit-penyakit jantung ini disebabkan makanan yang
berlemak.
19
Menurut Mohd Hanim Rajikin, Baharudin Omar,Suhaina Sulaiman
( 2003 ) di Malaysia, kegemukan atau obesiti sering dikaitkan sebagai penyakit
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
21/58
orang kaya. Jumlah mereka yang gemuk semakin meningkat dari hari ke hari di
negara kita dan tidak hairanlah pada tahun 2020 kelak,Malaysia dijangka
mempunyai sekitar 10% atau lebih, penduduk yang gemuk. Kajian tersebut
dibuat berdasarkan jumlah purata penduduk di Eropah dan Amerika Utara yang
tergolong kepda mereka yang gemuk pada masa kini.
20
Bab 3
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
22/58
Rekabentuk dan metodologi kajian
Rekabentuk
Secara dasarnya tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui tahap
kesedaran penduduk dikawasan Ampangan tentang amalan makan secara
sihat. Penyelidkan Kesihatan ( HSR ) ini telah dilakukan di Klinik Kesihatan
Ampangan dan mendapat kebenaran pengurusan di klinik berkenaan. Seramai
30 orang awam ( respondent) yang datang ke klinik kesihatan ampangan telah
dipilih secara rawak untuk menjawab borang kaji selidik ( questionnaire ) yang
diberikan. Respondent yang dipilih tidak mengira umur, bangsa, pekerjaan,
ataupaun jantina. Penyelidiakn kesihatan ( HSR ) ini menggunakan pendekatan
deskriptif iaitu melibatkan pengumpulan data-data yang sistematik serta
gambaran yang terpeinci. Kajian ini telah menggunakan borang kaji selidik
( questionnaire ) untuk pengumpulan maklumat. Ia diedarkan kepada respondent
dimana borang tersebut mempunyai 2 bahagian iaitu A dan B. Bahagian A
adalah soalan-soalan yang berkaitan dengan peribadi respondent dan bahagian
B pula berkaitan dengan kajian yang dijalankan.
21
Persampelan
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
23/58
Penyelidikan kesihatan ( HSR ) ini memilih tajuk Kesedaran Penduduk Di
Ampangan Tentang Makan Secara Sihat. Respondent yang dipilih tidak mengira
umur,jantina, bangsa, gama atau pekerjaan. Seramai 30 orang awam yang
datang ke klinik kesihatan ampangan dipilih secara rawak diantara pukul 9 pagi
hingga 12 tengahari.
Metodologi dan instrument kajian
Metodologi kajian adalah dengan pengedaran borang kajian ( questionnaire )
kepada orang awam yang datang ke Klinik Kesihatan Ampangan. Borang
tersebut mempunyai soalan-soalan mengenai peribadi pesakit dan soalan-soalan
yang berkaitan dengan kajian yang sedang dijalankan.
Instrument yang digunakan didalam kajian ini ialah borang kaji selidik
ataupun questionnaire yang telah direka serta disesuaikan agar mudah difahami
dan dibaca responden. Borang tersebut diedarkan semasa responden sedang
menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan. Soalan-soalan yang diajukan
merangkumi data peribadi ( bahagian A ) dan soalan-soalan berkaitan dengan
kajian ( bahagian B ) . Untuk tidak menakutkan dan menyebabkan responden
22
yang dipilih beranggapan negatif, pengkaji telah menyediakan surat akuan agar
mereka lebih yakin dengan tujuan kajian ini dijalankan.
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
24/58
Kaedah pengumpulan data
Pengumpulan data dijalankan dengan menggunakan borang kaji selidik yang
telah diedarkan kepada respondent. Respondent seramai 30 orang dipilih secara
rawak di Klinik Kesihatan Ampangan. Mereka diberikan borang kajji selidik yang
telah disediakan penyelidik dan diterangkan cara mengisinya. Kemudian mereka
ditingalkan dan diberikan masa secukupnya untuk menjawab semua soalan.
Selepas responden selesai mengisinya, ia dipulangkan semula kepada
penyelidik untuk dinilai dan direkodkan.
Kaedah penganalisaan data
Kajian telah dimulakan pada 10 ogos 2006 hingga 28 ogos 2006 dan berlokasi di
Klinik Kesihatan Ampangan. Semua data-data dan maklumat-maklumat yang
diperolehi dinilai dan diteliti semula sebelum ia dipersembahkan dalam bentuk
jadual menggunakan perisian Microsoft Excel.
23
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
25/58
Bab 4
Penemuan data
Bagi mendapatkan data yang tepat dan jitu dari responden,borang kaji selidik
ataupun questionaire telah diberikan kepada responden dengan masa yang
mencukupi untuk mengisinya. Dan hasilnya semua maklumat telah direkodkan
dalam bentuk graf yang lebih lengkap. Berikut adalah jadual dan graf yang dibuat
berdasarkan input yang diterima daripada pengisian borang kaji selidik.
24
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
26/58
Jadual dan carta 1 :Perbezaan Bangsa dan Kaum
Graf diatas mewakili perbezaan bangsa dan kaum berdasarkan kajian yang telah
dibuat. Maklumat yang diperolehi jelas menunjukkan kaum India mendahului
senarai sebanyak 12 orang iaitu 40 % dari keseluruhan 30 orang responden.
Kemudian ia diikuti dengan kaum Melayu sebanyak 30 % atau 9 orang dari
25
BANGSA DAN KAUM JUMLAH PERATUS
MELAYU 9 ORANG 30 %
CINA 6 ORANG 20 %
INDIA 12 ORANG 40 %
LAIN-LAIN 3 ORANG 10 %
Perbezaan Bangsa dan Kaum
LAIN-LAIN 3ORANG
10%
INDIA 12
ORANG
40% CINA 6
ORANG
20%
MELAYU 9
ORANG
30% MELAYU 9 ORANG
CINA 6 ORANG
INDIA 12 ORANG
LAIN-LAIN 3
O
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
27/58
keseluruhan responden. Bangsa Cina pula di tempat ke-3 iaitu sebanyak 6 orang
membawa peratus sebanyak 20 % dari semua responden. Manakala 3 orang
responden mewakili lain-lain bangsa sebanyak 10 %. Disebabkan taraf
pendidikan dan ekonomi yang sederhana, kebannyakkan responden dari kaum
India kurang menitikberatkan tentang corak permakanan dan nutrisi yang patut
diambil oleh mereka. Justeru itu, tidak hairanlah kaum india mendahului jadual
dengan 40 % dari 30 responden yang mengalami masalah kesihatan berkaitan
permakanan yang tidak seimbang dan pengambilan nutrisi yang tidak teratur.
26
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
28/58
Jadual dan carta 2 : Perbezaan Agama di antara Responden
AGAMA JUMLAH PERATUS
ISLAM 9 ORANG 30 %BUDDHA 3 ORANG 10 %
HINDU 12 ORANG 40 %
KRISTIAN 3 ORANG 10 %
LAIN-LAIN 3 ORANG 10%
27
BILANGAN
LAIN-LAIN
RESPONDEN
LAIN-LAIN
10%KRISTIAN
10%
HINDU40%BUDDHA
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
29/58
Jadual dan carta diatas menunjukkan perbezaan agama keseluruhan responden.
Secara keseluruhannya, responden yang beragama hindu merupakan
responden yang terbanyak iaitu mewakili 40 % daripada 30 orang responden.
Kemudian diikuti dengan agama islam yang menyumbang sebanyak 30 % atau 9
orang daripada jumlah kesemua responden. Seterusnya diikuti dengan buddha,
kristian dan lain-lain agama yang masig-masing menyumbang sebanyak 10 %
atau 3 orang dari jumlah keseluruhan responden. Penganut agama hindu
mendahului peratusan teratas kerana kehidupan mereka yang dipengaruhi kuat
oleh budaya dan cara hidup yang diamalkan turun temurun oleh nenek moyang
mereka.
28
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
30/58
Jadual dan carta 3 : Perbandingan umur antara responden
UMUR JUMLAH PERATUS
12-17 TAHUN 6 ORANG 20 %
18-30 TAHUN 3 ORANG 10 %31-50 TAHUN 6 ORANG 20 %
51-80 TAHUN 12 ORANG 40 %
LEBIH 81 TAHUN 3 ORANG 10 %
2928
a n a r a r espo n
LEBIH 81
TAHUN 10%
31-50
TAHUN 20%
-17
N 20%18-30
TAHUN 10%
51-80
TAHUN 40%
31-50 TAHUN 20%
18-30 TAHUN 10%
51-80 TAHUN 40%
12-17 TAHUN 20%
LEBIH 81 TAHUN
10%
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
31/58
Dari jadual dan graf yang dinyatakan, peringkat umur yang tertinggi
mendapatkan rawatan untuk penyakit yang berkaitan dengan permakanan
adalah dari peringkat umur 51-80 tahun. Kemudian ia diikuti dengan peringkat
umur 12-17 tahun dan peringkat umur 31-50 tahun yang masing-masing
mewakili 20 % dari jumlah keseluruhan responden. Dan akhir sekali responden
yang berumur 18-30 tahun dan 81 tahun keatas mewakili 10 % dari jumlah
responden. Adalah didapati, golongan yang berumur diantara 51 tahun hingga
80 tahun adalah golongan yang mengidapi penyakit-penyakit yang berkaitan
permakanan seperti diabertis, hipertensi, gaout dan lain-lain lagi. Ini adalah
akibat dari kurangnya penjagan permakanan dan faktor umur yang semakin
meningkat.
30
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
32/58
Jadual dan carta 4 : Perbandingan Pekerjaan Responden
PEKERJAAN JUMLAH PERATUS
SEKTOR KERAJAAN 9 30%
SEKTOR SWASTA 12 40%
BEKERJA SENDIRI 3 10%
TIDAK BEKERJA 6 20%
31
SEKTOR KERAJAAN 9
ORANG
30%
ORANG
40
SENDIRI 3
ORANG
0%
TIDAK BEKERJA 6
ORANG
SEKTOR KERAJAAN
9 ORANG
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
33/58
Jadual dan graf 4 diatas menjelaskan tentang perbezaan bagi pekerjaan
penduduk di kawasan kajian iaitu dikawasan Ampangan. Berdasarkan maklumat
yang dinyatakan diatas, kebanyakkan penduduk penduduk dikawasan tersebut
bekerja disektor swasta termasuklah bekerja kilang, pasaraya dan lain-lain lagi.
Manakala responden yang bekerja di sektor kerajaaan mewakili 30 % daripada
kesemua responden iaitu sebanyak 9 orang. Ini termasuklah yang bekerja di
Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dan jabatan-jabatan kerajaan yang lain.
Seterusnya jumlah responden yang tidak bekerja iailah 6 orang yang mewakili 20
% jumlah responden. Dan yang terakhir ialah jumlah responden yang bekerja
sendiri Jjumlah mereka adalah seramai 3 orang. Mereka ini ada yang berniaga
sendiri, menorah getah dan lain-lain lagi. Dari kajian yang telah dijalankan,
kebanyakan responden bekerja disektor swata kerana faktor tempat kerja yang
berdekatan dengan tempat tinggal dan taraf pendidikan yang responden.
32
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
34/58
Jadual dan carta 5 : Bilangan yang berpenyakit berkaitan permakanan
PENYAKIT JUMLAH ( ORANG ) PERATUSAN %
HIPERTENSI 9 30
DIABETIS 6 20JANTUNG 2 7
OBESITI 10 33
TIADA YANG
BERKAITAN
3 10
BILANGAN YANG BERPENYAKIT
BERKAITAN PERMAKANAN
9
30%
6
20%2
7%
10
33%
3
10% hipertensi
diabetis
jantung
obesiti
tiada yang
berkenaan
33
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
35/58
Jadual dan carta 5 diatas menunjukkan jenis-jenis penyakit yang ditanggung
responden akibat daripada amalan permakanan yang tidak baik. Jelas
menunjukkan bilangan responden yang mempunyai masalah obesiti adalah
melebihi responden yang mempunyai masalah kesihatan yang lain iaitu dengan
merangkumi 33%. Penyakit lain yang menjadi masalah kepada responden
penkaji adalah penyakit darah tinggi atau hipertensi. Jumlah responden yang
menghidapi penyakit ini dalah seramai 9 orang dari keseluruhan 30 orang
responden. Manakala penyakit diabetis pula merangkumi 20% daripada
keseluruhan responden. Dan akhir sekali adalah mereka yang mempunyai
penyakit jantung dan yang tidak mempunyai penyakit berkaitan permakanan.
Keputusan ini diperolehi kesan daripada jumlah penduduk yang tinggal
Ampangan adalah terdiri daripada golongan yang mempunyai umur yang
berisiko untuk mendapat penyakit-penyakit diatas. Selain itu kesibukan mencari
rezeki juga menjadi antara faktor keputusan carta ini diperolehi
34
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
36/58
Jadual dan carta 6 : Makanan kegemaran responden
Jenis makanan Jumlah ( orang ) Peratusan %
Masak lemak cili padi 7 23Makan segera seperti
KFC,Mc Donald dan
Pizza
11 37
Kuih muih yang manis 9 30
Masakan rendang 3 10
MAKANAN KEGEMARAN
7
11
9
3
0 2 4 6 8 10 12
masak lemak cili padi
makanan segera seperti KFC,Mc
Donald dan Pizza
kuih muih yang manis
masakan rendang
JENISMAKANAN
JUMLAH
35
Jadual dan carta 6 di atas menunjukan makanan yang menjadi kegemaran
responden. Makanan yang menjadi kegemran utama responden adalah jenis
makanan segera seperti KFC, Mc Donald dan Pizza. Manakala kuih muih yang
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
37/58
manis menjadi makanan kegemaran yang kedua bagi responden iaitu mewakili
sebanyak 30%. Masakan tradisi Negeri Sembilan, rendang dan masak lemak cili
padi menjadi pilihan masing-masing 3 dan 7 orang responden.
37
Bab 5
Perbincangan
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
38/58
Mengamalkan cara hidup yang sihat dan permakanan yang seimbang adalah
salah satu faktor yang sangat penting ke arah kesihatan diri serta keluarga.
Pemakanan yang tidak lengkap akan menyebabkan pelbagai masalah timbul
semasa tumbesaran badan terutama sekali adalah kanak-kanak yang sedang
membesar yang memerlukan zat protein serta tenaga yang mencukupi. Malah
golongan dewasa juga memerlukan diet yang seimbang dan tabiat makan yang
betul untuk kesihatan yang baik. Untuk mengetahui sejauh mana kesedaran
tentang makan secara sihat di kawasan Ampangan, Negeri Sembilan, kajian ini
pun di lakukan.
Daripada kajian telah dijalankan di Ampangan, Negeri Sembilan, kaum
India mendahului kaum-kaum yang lain yang menpunyai penyakit akibat tabiat
pemakanan yang tidak baik. Mereka mewakili sebanyak 40% daripada
keseluruhan responden. Manakala kaum Melayu merekodkan sebanyak 30%
iaitu seramai 9 orang. Kemudian diikuti dengan kaum Cina iaitu seramai 6
orang. Hasil kajian juga menunjukan lain-lain bangsa mencatatkan sebanyak
10% atau 3 orang dari jumlah kesemua 30 orang responden. Hasil kajian ini
diperolehi kerana kebanyakan kaum india dikawasan Ampangan mempunyai
38
taraf hidup yang agak rendah. Ada antara mereka yang bekerja sendiri dan
menoreh getah. Menurut Suriah Abdul Rahman, Tengku Aizan ( 2003 ) bagi
sebilangan warga tua, terdapat satu atau lebih faktor menghalang usaha mereka
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
39/58
untuk makan dengan sempurna. Belanjawan yang begitu terhad salah satunya
memerlukan kebijaksanaan yang lebih dalam membeli barang berbanding
dengan pengalaman yang lepas apabila wang yang ada memenuhi keperluan
asas. Walupun begitu, ada juga antara kaum India ini yang mempunyai taraf
hidup yang agak stabil dan dalam golongan yang berharta. Tabiat permakanan
dan cara hidup yang tidak sihat menyebabkan mereka ini mendapat penyakit
seperti diabetis, hipertensi, obesiti dan kegagalan jantung. Ini disokong oleh
Mohd Hanim Rajikin, Baharudin Omar, Suhaina Sulaiman (2003), di
Malaysia, kegemukan atau obesiti sering dikaitkan sebagai penyakit orang
kaya.
Agama juga memainkan peranan yang penting dalam pemilihan diet dan
pengamalan permakanan sihat. Ada agama yang telah menetapkan garis
panduan tentang apa yang boleh dimakan dan apa yang tidak. Secara tidak
langsung, ia sedikit sebanyak menyumbang kepada hasil kajian yang telah
dilakukan ini. Jelas sekali, kaum India yang hampir kesemuanya beragama
Hindu telah mencatatkan jumlah tertinggi antara agama lain. Mereka
menyumbang sebanyak 40% daripada kesemua responden. Diikuti dengan
agama Islam iaitu sebanyak 30% daripada kesemua 30 orang responden.
39
Agama Budha, Kristian dan lain-lain agama mencatatkan masing-masing 10%.
Bagi agama Islam, penganut-penganutnya telah diberikan garis panduan yang
cukup terpeinci dalam pemilihan makan yang baik untuk kesihatan. Antaranya,
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
40/58
mengambil penulisan Norhazuren Halid ( 2005 ) yang telah dikeluarkan dalam
majalah Nur keluaran Disember 2005, telah menyebutkan terdapat 12 makanan
yang digalakan untuk pengantin dan hikmahnya dalam Islam. Kesedaran tentang
pentingnya makanan-makanan ini seterusnya memupuk keluraga yang bahagia
kelak. Makanan-makanan tersebut adalah roti, jintan manis, asparagus, pisang,
barli, mentega, biji hitam, ayam, tamar dan terung.
Sam Rachman ( 2001 ) menyatakan bahawa Darah tinggi atau hipertensi
dikenali sebagai pembunuh dalam senyap. Tekanan darah yang normal
puratanya ialah 120/80mmHg. Menurut persatuan jantung Amerika, tekanan
darah melebihi 140/90mmHg adalah tidak normal dan tekanan yang melebihi
160/95mmHg memerlukan pengubatan. Penyakit ini sangat berkait rapat dengan
faktor keturunan. Faktor-faktor lain yang menjadi penyebab penyakit ini ialah
pengambilan garam yang berlebihan, alkohol, pil perancang keluarga,
kegemukan, umur dan kurang bersenam. Hipertensi tidak oleh diubati tetapi
boleh dirawat dan dikawal. Ternyata faktor umur juga memberi kesan kepada
tahap kesihatan seseorang jika pengambilan dietnya tidak dikawal dengan betul.
Dari kajian yang telah dilakukan, julat umur diantara 51-80 tahun merupakan
golongan yang paling ramai mengidapi penyakit yang berkaitan permakanan iaitu
40
sebanyak 12 orang daripada keseluruhan 30 orang responden. Kemudian diikuti
dengan julat umur 12-17 tahun dan julat umur 31-50 tahun yang masing-masing
menpunyai peratus sebanyak 20%. Ternyata golongan kanak-kanak juga tidak
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
41/58
terlepas dari mendapat penyakit yang berkaitan permakanan. Ini dibuktikan
dengan petikan dari Dr Fatimah Arsad ( 1996 ), antaranya menyebut tabiat
makan seseorang itu terbentuk sejak kecil lagi. Walaupun demikian, ia boleh
ditukar secara perlahan kepada tabiat makan yang sihat. Dan yang terakhir
sekali adalah julat umur antara 18-30 tahun dan julat umur 81 tahun keatas
mewakili sebanyak 10% atau 3 orang dari jumlah 30 orang responden.
Kajian yang telah dilakukan penyelidik menunjukan hampir separuh dari
jumlah responden bekerja disektor swasta. Kesibukan bekerja tidak mengira
masa demi mencari rezeki telah membuatkan mereka ini tidak sempat untuk
mengambil diet yang sesuai untuk tubuh badan. Dari pemerhatian yang dibuat
pengkaji,pekerja disektor swasta banyak mengambil diet mereka diluar dan
bukan memasak dirumah. MenurutPuan Siti Mariam Ali ( 2007 ) ada menyebut
bahawa natrium terdapat secara asli didalam kebanyakkan makanan. Ia juga
boleh ditambah dalam makanan sebagai garam halus atau monosodium
glutamate. Kecenderungan makan di restoran makanan segera atau mengambil
makanan yang diproses dan ditinkan menyebabakan rakyat Malaysia memakan
lebih banyak natrium daripada yang sepatutnya diperlukan. Responden yang
41
bekerja di sektor kerajaan pula merekodkan sebanyak 9 orang iaitu 30% dari
keseluruhan responden. Responden yang bekerja sendiri dan tidak bekerja
hanya masing-masing mewakili 10% dan 20% sahaja.
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
42/58
Kurangnya kesedaran tentang makan secara sihat akan menyebabkan
berbagai masalah terutamanya masalah yang berkaitan kesihatan. Darah Tinggi,
Diabetis, masalah jantung dan Obesiti merupakan penyakit yang biasa terjadi
kepada mereka yang mengamalkan tabiat permakanan yang kurang baik. Dari
kajian yang telah dibuat, didapati obesiti adalah penyakit utama yang menjadi
masalah kepada penduduk di Ampangan. Jumlah responden mengalami
keobesan adalah seramai 10 orang ataupun 33% daripada keseluruhan
responden.
Menurut Mohd Hanim Rajikin, Baharudin Omar, Suhaina Sulaiman
(2003) di Malaysia, kegemukan atau obesiti sering dikaitkan sebagai penyakit
orang kaya. Jumlah mereka yang gemuk semkin meningkat dari hari ke hari di
negara kita dan tidak hairanlah pada tahun 2020 kelak, Malaysia dijangka
mempunyai sekitar 10% atau lebih, penduduk yang gemuk. Manakala satu lagi
penyakit yang menjadi masalah kepada penduduk di Ampangan adalah darah
tinggi ataupun Hipertensi. Ia mewakili sebanyak 30% atau 9 orang responden.
Tidak ketinggalan penyakit yang merekodkan sebanyak 20% ataupun seramai 6
orang daripada jumlah responden, iaitu penyakit kencing manis atau Diabertis. Ia
42
diterangkan oleh Sam Rachman ( 2001 ) iaitu kencing manis atau diabetis
adalah yang disebabkan kehadiran glukosa yang tinggi dalam darah. Hal ini
terjadi kerana glukosa yang tedapat dalam darah tidak dapat digunakan atau
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
43/58
disimpan oleh sel badan. Dalam keadaan normal, hormon insulin dirembeskan
kelenjar pankreas untuk menukarkan gula kepada bentuk yang boleh digunakan
badan. Diabertis dikategorikan kepada 2.
Dari kajian yang dijalankan juga menunjukkan jumlah yang mendapat
penyakit jantung adalah seramai 2 orang dan mewakili peratusan 7%. Dan yang
yang terakhir sekali adalah mereka yang tidak mempunyai penyakit. Peratusan
yang agak kecil ini agak membimbangkan. Ini kerana, ahap kesedaran tentang
makan secara sihat yang masih diperingkat yang lemah.
Di Negeri Sembilan, terdapat berbagai makanan yang sedap dan
menyelerakan. Masakan-masakan ini diwarisi dari turun temurun dari genersi ke
generasi. Sayangnya, masakan-masakan ini jika diambil dengan berlebihan akan
mendatangkan masalah kepada kesihatan. Didalam borang kaji selidik yang
telah diedarkan tersebut, telah diselitkan soalan mengenai makanan kegemaran
responden dan disenaraikan makanan-makanan tradisi Negeri Sembilan serta
makanan segera masa kini. Seramai 11 orang responden telah memilih
makanan segera. Manakala responden yang memilih kuih muih yang manis
adalah seramai 9 orang ataupun sebanyak 30%. Yang memilih masak lemak cili
43
padi adalah seramai 7 orang dan yang memilih masakan rendang adalah
seramai 3 orang ataupun 10% daripada jumlah keseluruhan responden. Kedua-
dua masakan ini mengandungi lemak dan minyak yang banyak. Jika diambil
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
44/58
berlebihan akan mendatangkan masalah kepada kesihatan tubuh badan.
Menurut Suriah Abdul Rahman ( 2004 ) salah satu kesan akibat terlebih lemak
atau lipid dalam badan ialah penyakit koronari jantung. Ia ialah sejenis penyakit
kardiovaskular kerana arteri koronari jantung tidak dapat membekalkan darah
dengan cukup ke jantung.
44
Bab 6
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
45/58
Cadangan
Seharusnya kita tidak boleh memandang mudah perkara ini. Keberkesanan
cadangan yang baik haruslah ditonjolkan untuk hasil yang positif. Beberapa
panduan telah digariskan penyelidik kepada pihak-pihak yang terlibat dan
diharapkan cadangan-cadangan ini sedikit sebanyak dapat memberi impak yang
berkesan dalam menyedarkan orang ramai khususnya penduduk di Ampangan.
Cadangan kepada anggota kesihatan
Anggota-anggota kesihatan digalakkan untuk menambahkan pengetahuan
mereka dalam bidang permakanan. Dengan pembangunan teknologi yang
semakin pesat meningkat, tidak hairanlah pesakit dan orang-orang awam mudah
mendapatkan sesuatu informasi dari internet serta media massa. Seharusnya
anggota kesihatan, tidak ketinggalan. Selain itu, dari masa kesemasa pelbagai
penyakit yang berkaitan permakanan telah wujud sekarang. Dengan itu adalah
baik anggota kesihatan bersedia dengan ilmu pengetahuan untuk
menanganinya. Dalam pada itu, kempen-kempen mengenai kesedaran tentang
45
makan secara sihat haruslah diteruskan dari masa ke semsa, agar kempen
tersebut menemui objektifnya. Bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Dan
pada pendapat penyelidik, adalah baik jika kempen-kempen di media massa,
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
46/58
sekolah-sekolah, tempat-tempat kediaman dan tempat-tempat yang difikirkan
relevan ditambah lagi agar ia lebih menyeluruh. Walaupun kesedaran tentang
makan secara sihat ini masih ditahap yang sederhana, tetapi pihak-pihak
kesihatan tidak sepatutnya memandang remeh perkara ini.
Mengadakan seminar dan bengkel kesihatan kepada penduduk-penduduk
di Ampangan adalah salah satu langkah yang baik untuk menyedarkan mereka
tentang amalan permakanan yang sihat. Untuk respon yang lebih baik dari
mereka, bengkel-bengkel dan seminar ini patut diadakan pada hari minggu.
Kempen-kempen yang diadakan bukan setakat diperingkat tempat tersebut
sahaja, malah boleh diperluaskan dengan bekerjasama dengan badan bukan
kerajaan untuk menyeluruhkannya melalui media cetak dan elektronik.
Cadangan kepada pihak Badan Bukan Kerajaan ( NGO )
Sememangnya kita sedia maklum bahawa pihak kementrian kesihatan
dipertanggungjawabkan untuk perlaksanaan program-program yang berkaitan
dengan kesihatan. Tetapi tidak semestinya mereka sahaja yang menanggung
beban ini. Pihak-pihak badan bukan kerajaan ( NGO ) sepatutnya memainkan
46
peranan dalam menyedarkan orang ramai tentang makan secara sihat.
Penganjuran kempen-kempen, ceramah, dan pelbagai lagi cara, secara tidak
langsung dapat meringankan beban kementrian kesihatan. Ataupun dengan
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
47/58
pemberian tajaan-tajaan dalam membantu program yang dianjurkan kementrian
kesihatan,
Cadangan kepada orang awam
Orang awam itu sendiri sepatutnya mempunyai kesedaran tentang makan
secara sihat. Kempen-kempen dan program-program telah banyak dianjurkan
oleh pihak yang berwajib, seharusnya mereka telah mempunyai pengetahuan
serba sedikit tentang permakanan yang sihat. Sikap segelintir orang awam yang
bersikap acuh tak acuh akan memberi impak yang kurang baik kepada usaha
yang dijalankan. Langkah pertama bermula dirumah. Ibu bapa boleh menasihati
anak-anak mereka untuk menjaga amalan permakanan mereka. Selain itu
penyediaan makanan yang seimbang dirumah dapat mempengaruhi isi rumah
untuk makan secara sihat. Dalam pada itu, amalan makan bersama dirumah
juga secara tidak langsung dapat memupuk sikap untuk makan secara sihat
dikalangan ahli keluarga.
47
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
48/58
Bab 7
Limitasi
Bagi menyiapkan tugasan ini pelbagai halangan dan masalah yang dihadapi
penyelidik. Tanpa usaha dan semangat yang kuat, tidak mungkin ia dapat
disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan. Selain itu pertolongan dari rakan-
rakan seperjuangan dan usaha yang tidak putus-putus dari tenaga pengajar dan
kakitangan Klinik Kesihatan Ampangan telah memberikan penyelidik semangat
untuk menyiapkan tugasan ini. Pelbagai masalah telah dihadapi penyelidik
semasa untuk menyiapkan tugasan ini. Antaranya ialah terdapat segelintir orang
awam dan responden yang tidak memberikan kerjasama yang baik semasa sesi
temubual dijalankan. Ada juga responden yang kurang memberikan komen yang
relevan semasa mengisi borang kaji selidik.
Selain itu, kesibukan masa latihan amali semasa menjalankan
penyelidikan dan kawasan kajian adalah jauh dari kawasan penempatan klinikal
juga menjadi salah satu limitasi dalam menjalankan kajian yang diberikan ini.
Penyelidik hanya dapat mendapatkan maklumat pada masa-masa yang tertentu
sahaja.
48
Dalam pada itu, masalah juga timbu bila tidak semua maklumat yang
dikehendaki boleh diperolehi dari pusat sumber atau internet di kolej. Jadi
penyelidik terpaksa mencari rujukan alternatif yang lain, antaranya mendapatkan
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
49/58
bantuan kakitangan Klinik Kesihatan Ampangan, risalah-risalah dan surat
khabar. Kekurangan penyelidikan yang sama oleh penyelidik-penyelidik lain
menyebabkan penyelidik terpaksa bertungkus lumus mencari maklumat.
49
Bab 8
Rumusan
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
50/58
Sepanjang kajian dijalankan, kerjasama yang diberikan oleh semua responden
adalah sangat baik. Oleh itu apa yang diharapkan dari kajian ini dapat diperolehi.
Berdasarkan dari kajian yang telah dijalankan, dapatlah dirumuskan bahawa
kesedaran penduduk di Ampangan tentang makan secara sihat adalah ditahap
yang sederhana. Ini adalah kerana, daripada borang kaji selidik yang telah diisi
dan dilengkapkan responden, tidak menunjukan pengetahuan yang terlalu cetek
tentang masalah ini. Bilangan yang masih mengamalkan permakanan yang sihat
dan terhindar dari penyakit yang berkaitan permakanan, masih kecil bilangannya.
Bilangan penduduk yang berpendidikan tinggi dan pengetahuan dari program-
program yang dilakukan pihak kesihatan sedikit sebanyak memberi kesan yang
baik kepada kajian yang dijalankan ini. Manakala taraf pendidikan yang rendah,
keluarga yang besar, kesibukan kerja menjadi punca mengapa masih ada
responden yang masih mengamalkan permakanan yang tidak sihat. Oleh itu
seharusnya masalah kesedaran penduduk di Ampangan tentang makan secara
sihat ini digembeling oleh semua pihak,tidak hanya dibebani pada bahu
Kementrian Kesihatan sahaja. Pihak-pihak bukan kerajaan dan orang
perseorangan sebaiknya memainkan peranan yang lebih jitu dalam memberi
kesedaran tentang makan secara sihat dikalangan penduduk di
Ampangan.Selebihnya terpulanglah kepada individu tersebut.
50
Lampiran
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
51/58
Borang kaji selidik
Bahagian A
Tarikh lahir :
Umur :
Alamat :
Jantina :
lelaki ( )
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
52/58
perempuan ( )
Bangsa :
Melayu ( )
Cina ( )
India ( )
Lain-lain ( )
Agama :
Islam ( )
Buddha ( )
Hindu ( )
Lain-lain ( )
Status :
bujang ( )
berkahwin ( )
Pekerjaan :
Sektor kerajaan ( )
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
53/58
Sektor swasta ( )
Bekerja sendiri ( )
Tidak bekerja ( )
Bahagian B
1) Apakah makanan kegemaran anda?
( ) masak lemak cili padi
( ) makanan segera seperti KFC,McDonald dan Pizza
( ) kuih muih yang manis
( ) masakan rendang
2) Pernahkah anda mendapatkan rawatan di pusat perubatan kerana mengalami
masalah kesihatan?
( ) pernah ( ) tidak pernah
3) Adakah anda mempunyai masalah kesihatan berikut
( ) tekanan darah tinggi
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
54/58
( ) kencing manis
( ) masalah jantung
( ) masalah berat badan
( ) tiada yang berkenaan
Berapa kali anda mengambil makanan dalam sehari ?
( ) sekali ( ) 2 kali ( ) 3 kali ( ) lebih dari 3 kali
Adakah anda lebih gemar untuk makan diluar atau dirumah ?
( ) makan di luar ( ) makan di rumah
Berapa kerap keluarga anda makan bersama ?
( ) jarang ( ) kerap
Bibliografi
Fatimah Arshad ( 1996 ), Gaya HIidup Sihat. Saji Mac 1996
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
55/58
Siti Mariam Ali ( 2007 ), Diet Tinngi Garam, Hipertensi dan Pengurusan Diet. Mingguan
Wanita 9-15 Februari 2007
Yna sidek ( 2005 ) Makanan Berkhasiat. Remaja 1 Disember 2005.
Norhazura Halid ( 2005 ) 12 Makanan Yang Digalakan untuk Pengantin Dan Hikmahnya
Dalam Islam. Nur Disember 2005
Kumpulan Kerja Kebangsaan Kempen Cara Hidup Sihat 2001 Kementrian Kesihatan
Malaysia ( 2001 ), Kempen Cara Hidup Sihat 2001.
Julie Roshana Akma bt Shafee ( 2007 ), Halia Rempah Ratus Yang Mampu Dijadikan
Ubat. Mingguan Wanita 29 Disember 2006- 4 Januari 2007
Norhasliza Mohd Shafi ( 2007 ), Nikmati Burger Secara Bijak. Mingguan Wanita 26
Disember 2006- 4 Januari 2007.
Sam Rachmat ( 2001 ), Amalan Hidup Sihat.Dewan Bahasa dan Pustaka
Suriah Abdul Rahman ( 2004 ), Memahami Permakanan. Dewan Bahasa dan Pustaka
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
56/58
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, LAMPIRAN BBAHAGIAN PENGURUSAN LATIHAN,TINGKAT 18, BANGUNAN PERKIM,JALAN IPOH,50590 KUALA LUMPUR.
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
57/58
BORANG CADANGAN HEALTH SYSTEM RESEARCH
Nama Pelatih : SHAHRIZAL YUSOFF No. Kad Pengenalan Baru :820123-02-5253
Tajuk Penyelidikan:
Kajian Mengenai Kesedaran Tentang Makan Dengan Sihat di Ampangan, Negeri Sembilan.
Huraian ringkas : Kenyataan masalah dan tujuan kajian.
Kurangnya pengetahuan tentang amalan makan secara sihat dan pengabaiannyamenyebabkan meningkatnya kes-kes penyakit yang berkaitan dengan permakananseperti hipertensi, diabetis, masalah jantung dan lain-lain lagi. Selain itu ia juga dapatmemburukkan lagi masalah sosial dikalangan muda mudi. Untuk mengetahui sejauhmana tahap kesedaran penduduk di Ampangan tentang makan secara sihat, penyelidikanini dijalankan.
Skop kajian: pesakit-pesakit yang datang ke Klinik Kesihatan Ampangan untuk mendapatkanrawatan bagi berbagai penyakit.
Objektif kajian :
Umum : mengetahui tentang kesedaran makan secara sihat olh penduduk di Ampangan.Khusus : mengetahui tahap kesedaran penduduk di Ampangan tentang makan secara sihat danalternatif yang perlu di ambil untuk menyelesaikannya.
Huraian ringkas: Design, dan metodologi kajian yang akan digunakan
a) Design adalah berbentuk tinjauan iaitu Descriptive Studyb) Metodologi kajian adalah dengan mengedarkan Borang Kaji Selidik untuk
mengetahui tahap kesedaran penduduk di Ampangan tentang makansecara sihat.
Jadual perlaksanaan : Sila lampirkan jadual perlaksanaan
Disokong Oleh Pengajar Yang Menyelia :
EN. MURDIN @ NORDIN B. AMIT
Tarikh Penerimaan :
Kelulusan Pengajar Kanan Hal Ehwal
Pelatih/Pengetua : EN. YUSOFF BABA Ulasan : Lulus / Tidak Diluluskan
Tandatangan penyelia:Tandatangan pelatih:
7/28/2019 RESEARCH Kepentingan Makanan Seimbang
58/58