KERTAS KERJA PEMASANGAN SISTEM ELEKTRIK HOMESTAY 1.0 PENDAHULUAN Kawasan pinggir laut Malaysia telah diiktiraf antara yang terbaik di dunia. Menurut Laporan CNN Travel meletakkan tiga pantai di Malaysia dalam senarai 50 pantai terbaik di dunia iaitu Tanjung Rhu, Pulau Tioman, dan Pulau Perhentian Kecil. Ciri-ciri menarik ini menjadi tumpuan utama kegiatan rekreasi dan pelancongan di Malaysia (Nurul Nadiah Rosli et al., 2014). Potensi sektor pelancongan yang ada di Malaysia termasuk kempen Malaysia Year of Festival 2015 (MYFEST) yang menjelang tiba bakal menarik pengunjung terutamanya dari luar Negara akan meningkatkan ekonomi Negara termasuk warga tempatan. Kajian Dr. Jamilah Din dan rakan-rakan membuat ringkasan eksekutif berikut, “Pelancongan Berasas Komuniti (PBK) merupakan salah satu kaedah pembangunan masyarakat di kebanyakan Negara bagi memenuhi tuntutan ekonomi dan sosial. Di Malaysia, industri pelancongan ini digerakkan dalam kategori pelancongan luar bandar (desa), ladang, agro dan eco dengan menjadikan produk homestay sebagai produk utama member sumbangan kepada pendapatan Negara”. Dinyatakan seperti berikut beberapa contoh homestay yang terdapat di Malaysia iaitu Homestay Desa Murni di Pahang, Homestay Tanjung Ketapang di Terengganu, Homestay Kampung Tebakang di Serian, Homestay Miso Walai di Sabah dan banyak lagi tumbuh bak cendawan selepas hujan di Malaysia. Pengurusan sebuah homestay yang berpotensi tinggi dan menarik pengunjung perlu mengambil kira aspek-aspek seperti permintaan setempat, jumlah homestay di kawasan tersebut, kos memulakan 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
KERTAS KERJA PEMASANGAN SISTEM ELEKTRIK HOMESTAY
1.0 PENDAHULUAN
Kawasan pinggir laut Malaysia telah diiktiraf antara yang terbaik di dunia. Menurut Laporan CNN
Travel meletakkan tiga pantai di Malaysia dalam senarai 50 pantai terbaik di dunia iaitu Tanjung
Rhu, Pulau Tioman, dan Pulau Perhentian Kecil. Ciri-ciri menarik ini menjadi tumpuan utama
kegiatan rekreasi dan pelancongan di Malaysia (Nurul Nadiah Rosli et al., 2014). Potensi sektor
pelancongan yang ada di Malaysia termasuk kempen Malaysia Year of Festival 2015 (MYFEST)
yang menjelang tiba bakal menarik pengunjung terutamanya dari luar Negara akan meningkatkan
ekonomi Negara termasuk warga tempatan.
Kajian Dr. Jamilah Din dan rakan-rakan membuat ringkasan eksekutif berikut,
“Pelancongan Berasas Komuniti (PBK) merupakan salah satu kaedah pembangunan masyarakat di
kebanyakan Negara bagi memenuhi tuntutan ekonomi dan sosial. Di Malaysia, industri pelancongan
ini digerakkan dalam kategori pelancongan luar bandar (desa), ladang, agro dan eco dengan
menjadikan produk homestay sebagai produk utama member sumbangan kepada pendapatan
Negara”. Dinyatakan seperti berikut beberapa contoh homestay yang terdapat di Malaysia iaitu
Homestay Desa Murni di Pahang, Homestay Tanjung Ketapang di Terengganu, Homestay
Kampung Tebakang di Serian, Homestay Miso Walai di Sabah dan banyak lagi tumbuh bak
cendawan selepas hujan di Malaysia.
Pengurusan sebuah homestay yang berpotensi tinggi dan menarik pengunjung perlu
mengambil kira aspek-aspek seperti permintaan setempat, jumlah homestay di kawasan tersebut,
kos memulakan homestay termasuk selenggaraan dan pulangan keuntungan. Untuk memulakan
perniagaan ini, perkara berikut perlu diteliti dengan lebih lanjut iaitu reka bentuk kediaman, lokasi,
perabot dan hiasan, peralatan elektrik dan elektronik, peraturan homestay dan cara promosinya.
Kertas kerja ini akan membincangkan dan memfokuskan proses yang dilalui dalam
pemasangan sistem elektrik homestay ini agar sentiasa dalam keadaan baik dan cekap. Dalam sektor
pembinaan, kerja-kerja pendawaian elektrik merupakan salah satu bahagian yang perlu dijalankan
dengan sempurna dalam membangunkan penempatan dan perumahan baru. Bidang ini melibatkan
kerja-kerja pemasangan litar yang mengandungi pengalir, penebat, pelindung mekanikal, dan
aksesori elektrik (Md. Nasir, 1997).
1
KERTAS KERJA PEMASANGAN SISTEM ELEKTRIK HOMESTAY
2.0 OBJEKTIF
2.1 OBJEKTIF AM
Membangunkan kertas kerja dan mempelajari serta memahami sistem pemasangan elektrik sebuah
homestay.
2.2 OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir kertas kerja ini, pengkaji akan memperoleh;
i. Menerangkan kaedah-kaedah yang dilalui bagi pemasangan sistem elektrik;
ii. Menerangkan peraturan-peraturan berkaitan pemasangan sistem elektrik;
iii. Melukis Lukisan Pelan Lantai (Bentangan), Litar Kawalan Utama serta Kawalan Pengguna,
dan Lukisan Bercetak Elektronik (PCB) ; dan
iv. Menghasilkan sistem pemasangan elektrik sebuah homestay dengan lengkap dan mengikut
spesifikasi BS.
3.0 DISKRIPSI PROJEK
3.1 SURUHANJAYA TENAGA (ST) DAN PERATURAN-PERATURANNYA
Suruhanjaya Tenaga (ST) merupakan sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab mengawal
selia sektor tenaga bagi industri perbekalan elektrik dan gas berpaip di Semenanjung Malaysia dan
Sabah. Ia juga bagi memastikan bekalan elektrik dan gas berpaip yang disalurkan kepada pengguna
adalah selamat, berdaya harap dan pada harga berpatutan. Ditubuhkan pada 1 Mei 2001 di bawah
Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 dan mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 2002 di mana ia
mengambil peranan Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas yang telah dibubarkan pada tarikh yang
sama.
Berikut merupakan tanggungjawab Suruhanjaya Tenaga (ST) di bawah Akta Suruhanjaya
Tenaga 2001 serta akta-akta dan peraturan-peraturan seperti berikut dan perlu dipatuhi bagi
pemasangan elektrik seperti yang dihitamkan di bawah;
2
KERTAS KERJA PEMASANGAN SISTEM ELEKTRIK HOMESTAY
3.1.1 AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 (PINDAAN) 2001.
Berikut adalah penerangan berkenaan Akta Bekalan Elektrik 1990 (Pindaan) 2001;
i. Tiada pepasangan atau loji atau kelengkapan elektrik selain daripada yang dipunyai oleh
pihak berkuasa bekalan boleh dikerja atau dikendalikan kecuali oleh atau dibawah kawalan
orang-orang yang memiliki apa-apa kelayakan dan memegang apa-apa perakuan
sebagaimana ditetapkan.
ii. Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan,
apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, jika
pelanggaraan itu diteruskan, dikenakan denda tidak melebehi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap
hari atau sebahagian daripada sehari selama pelanggaran itu diteruskan selepas sabitan.
3.1.2 PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK 1994. (PINDAAN) 2003
Berikut adalah Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 (Pindaan) 2003 yang perlu dipatuhi oleh setiap