BAB 1 PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI 1.1 PENGENALAN 1.1.1 Pendahuluan 1.1.2 Objektif Latihan Industri 1.1.3 Objektif Laporan 1.1.4 Kepentingan Latihan Industri 1.2 BACKGROUND COMPANY 1.2.1 Background Company 1.2.2 Ramli Ismail Architect Chart Organization 1.2.3 Our Task As We Define It 1.2.4 Logo And Profil Detail 1.2.5 Objective 1.2.6 Scope Of Services LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BAB 1
PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG
ORGANISASI1.1 PENGENALAN
1.1.1 Pendahuluan
1.1.2 Objektif Latihan Industri
1.1.3 Objektif Laporan
1.1.4 Kepentingan Latihan Industri
1.2 BACKGROUND COMPANY
1.2.1 Background Company
1.2.2 Ramli Ismail Architect Chart Organization
1.2.3 Our Task As We Define It
1.2.4 Logo And Profil Detail
1.2.5 Objective
1.2.6 Scope Of Services
1.2.7 Personal Data
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
1
1.1. PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI
Latihan industri merupakan latihan bagi pelajar-pelajar semester 3 bagi
kursus sijil dan semester 4 bagi kursus diploma di setiap politeknik. Latihan
ini adalah salah satu syarat yang telah ditetapkan oleh politeknik sebelum
pelajar meneruskan ke semesta akhir dan semesta berikutnya. Tempoh bagi
latihan industri ini adalah lebih kurang 5 atau 6 bulan iaitu satu semesta atau
atas arahan organisasi tersebut. Para pelajar diberi pilihan samada untuk
memohon tempat latihan industri samada melalui unit latihan industri
politeknik atau membuat permohonan sendiri. Para pelajar digalakkan
memohon tempat latihan yang sesuai dengan bidang yang dipelajari di
politeknik.
Para pelajar akan dihantar ke organisasi atau syarikat yang telah
ditetapkan semasa membuat pilihan apabila sudah tiba masa untuk
menjalankan latihan industri. Penyelia bagi latihan akan ditugaskan untuk
menyelia dan membimbing para pelajar yang menjalani latihan industri. Para
pelajar juga ditugaskan untuk menyiapkan laporan yang berkaitan iaitu
laporan semasa menjalankan latihan industri.
Program Latihan Industri merupakan suatu perkara yang wajib dilalui
oleh setiap pelajar Politeknik untuk mendapatkan Sijil atau Diploma. Latihan
Industri ini wajib dilalui oleh setiap pelajar tersebut yang lulus peperiksaan
akhir semester kedua bagi peringkat Sijil atau lulus peperiksaan akhir
semester ketiga bagi peringkat Diploma.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
2
Latihan Industri yang wajib dilalui oleh pelajar Politeknik adalah selama
lima bulan-enam bulan. Para pelajar diberi pilihan samada untuk mencari
sendiri atau diuruskan oleh pihak unit perhubungan dan Latihan Industri
dalam proses menempatkan tempat Latihan Industri samada di firma-firma
swasta atau jabatan-jabatan kerajaan. Saya telah menjalankan latihan ini
bermula dari 22 Jun 2010 hingga 19 Disember 2010.
Semasa menjalani Latihan Industri, setiap pelajar dibekalkan sebuah
buku yang mana mereka dikehendaki merekod atau mencatat aktiviti-aktiviti
yang dilakukan setiap hari secara ringkas dalam sebuah buku laporan harian.
Selepas tamat tempoh Latihan Industri setiap pelajar diwajibkan menyediakan
sebuah buku Laporan Latihan Industri yang bertaip dan mengikut format yang
ditetapkan berasaskan gerak kerja di sepanjang tempoh latihan industri.
Sebenarnya program Latihan Industri memang banyak memberi
faedah kepada pelajar. Laporan Industri ini adalah berasaskan tentang
aktiviti-aktiviti yang dilakukan semasa saya berada di firma Ramli Ismail
Architect. Dalam buku laporan ini mengandungi tentang firma, aktiviti harian,
kerja-kerja yang dilakukan dan sebagainya.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
3
1.1.1 Pendahuluan Latihan Industri
Latihan industri merupakan syarat wajib bagi pelajar yang mengikut
kursus kejuruteraan untuk melayakkan diri menerima sijil. Secara umumnya,
latihan industri ini dijalankan pada semester ketiga bagi peringkat sijil dan
semester keempat bagi peringkat diploma. Hal ini telah diselaraskan kepada
semua pelajar yang menuntut di politeknik di Malaysia.
Semasa menjalani latihan industri, para pelajar dibekalkan dengan
buku laporan harian. Pelatih perlu mencatat segala aktiviti harian di dalam
buku ini. Buku ini perlu disemak oleh penyelia setiap 2 minggu. Buku laporan
harian ini juga akan diperiksa oleh pensyarah yang melawat pelajar di tempat
latihan. Setelah tamat latihan, pelajar wajib menyediakan satu laporan rasmi
mengenai latihan industri.
Laporan ini merangkumi apa yang dipelajari, diperhati dan saranan
pelatih dalam semua aspek. Buku laporan yang menerangkan latihan industri
perkara diwajibkan ke atas setiap pelajar sebelum dianugerahkan sijil atau
diploma. Selain itu, latihan industri juga merupakan pendekatan pelajar
kepada perkara yang berkaitan dengan bidang yang diceburi oleh pelajar.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
4
1.1.2 Objektif latihan industri
Terdapat objekif-objektif asas yang penting mengapa perlunya
latihan industri. Latihan industri ini membolehkan pelajar melihat dan
mengambil bahagian dalam amalan-amalan selain daripada pelajaran
yang dipelajari di dalam bilik kuliah di POLISAS dan cuba mengaitkan
dengan aspek-aspek praktikal di Firma atau sebaliknya. Ini juga akan
memberikan mereka satu peluang yang lebih awal untuk
menggunakan dan mempraktikan pengetahuan serta menggunakan
pertimbangan mereka sendiri dalam menjalankan tugas-tugas yang
diberikan.
Melalui pendekatan dan usaha murni yang ini dapat membantu
melahirkan individu yang berpntensi dan dinamik. Di samping itu juga
objektif utama latihan industri ini adalah :-
1.1.2.1 Objektif latihan indutri adalah seperti berikut :-
Mendedahkan para pelajar kepada alam pekerjaan yang
sebenar.
Ia juga membolehkan pelajar mengenali melalui penglihatan
secara langsung dalam aspek seperti konsep peracangan, reka
bentuk, pembinaan dan juga pentadbiran sesuatu projek dengan
lebih dekat.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
5
Melebarkan atau mempraktikan ilmu yang dipelajari di firma dan
ini mampu meningkatkan lagi prestasi seseorang pelajar itu.
Para pelajar akan dapt meluaskan pergaulan dengan kumpulan
masyarakat pekerja di alam pekerjaan ini.
Membolehkan seseorang itu menunjukan kepandaian masing-
masing dalam melaksanakan sesuatu tugas.
Dapat meningkatkan prestasi serta bersikap daya saing dan
berani untuk mencuba sesuatu bidang.
Dapat mempelajari cara berkomunikasi dan pergaulan terhadap
orang yang tidak dikenali tidak kira yang berpangkat tinggi atau
rendah.
Dapat menambahkan pengetahuan tentang kerja-kerja luar
pejabat seperti di tapak pembinaan yang selalunya mempunyai
masalah yang sangat rumit dan mencabar.
Menanam sikap amanah, bertanggungjawab dan menambahkan
keyakinan diri.
Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik
sesama pekerja.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
6
1.1.3 Objektif Laporan
Tujuan laporan ini dibuat adalah untuk menggambarkan dan
membuktikan segala aktiviti-akiviti yang dilakukan oleh pelajar
sepanjang tempoh menjalani latihan industri. Terdapat dua jenis
laporan yang perlu dibuat oleh para pelajar yang menjalani latihan
industri ini iaitu :-
Laporan Harian
Laporan Akhir Latihan Industri
1.1.3.1 Laporan Harian
Laporan harian perlu ditulis secara ringkas dan padat pada
setiap hari berpandukan tugas-tugas harian yang telah di buat oleh
pelajar. Laporan ini perlu ditandatangani oleh penyelia firma pada
setiap 2 minggu sebagai bukti. Laporan ini hendaklah ditulis tarikh dan
hari kerja. Perkara yang boleh dicatatkan termasuklah kerja-kerja yang
dilakukan oleh pelajar itu sendiri, kerja-kerja yang diihat oleh pelajar
( kerja yang dilakukan oleh pekerja firma ), dan termasuklah juga kerja-
kerja yang didengar oleh pelajar itu sendiri ( penerangan yang
diberikan oleh penyelia atau pekerja firma ).
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
7
Bagi kerja yang dilihat oleh pelajar terdiri daripada sesetengah
kerja yang berbahaya atau yang memerlukan kemahiran tinggi untuk
melaksanakanya di mana pihak firma tidak membenarkan pelajar untuk
melakukan kerja tersebut. Pelajar hanya dibenarkan memerhatikan
sahaja bagi kerja-kerja tersebut yang dilakukan oleh pekerja-pekerja
firma yang mahir. Oleh yang demikian, pelajar hendaklah memerhati
dan menulis dengan terperinci bagi setiap langkah yang dilakukan oleh
pekerja tersebut. Ini juga dapat memberi satu pengajaran dan tunjuk
ajar kepada pelajar walaupun dengan hanya pemerhatian sahaja.
1.1.3.2 Laporan Akhir Latihan Industri
Laporan ini merangkumi kesemua kerja yang telah
dilaksanakan, dilihat atau didengar oleh pelajar. Ia perlu ditulis dengan
lebih lengkap dan terperinci. Laporan ini boleh dirujuk daripada buku
Laporan Harian bagi memudahkan prosedur dalam membuat Laporan
Akhir dengan lebih sempurna, lengkap, bersisematik dan mematuhi
piawaian dan format yang telah ditetapkan oleh pihak Unit
Pehubungan dan Laihan Industri ( UPLI ) POLISAS yang mana
dimulakan dengan isi kandungan dan di akhiri dengan bab kesimpulan
dan cadangan atau saranan.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
8
1.4 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR
1.4.1 Antara kepentingan Latihan Industri kepada pelajar ialah :
i Menanamkan sikap berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap
segala kerja-kerja atau laporan harian yang perlu diserahkan dan
disiapkan dengan baik pada waktunya.
ii Memupuk pemikiran yang kreatif dalam diri pelajar di dalam
menangani sesuatu masalah terutamanya di dalam menyiapkan
tugasan yang diberikan.
iii Menyemaikan sikap bekerjasama di antara satu sama lain di
samping memperluaskan lagi pergaulan sesama pelajar-pelajar dan
kakitangan firma.
iv Para pelajar dapat juga mempelajari ilmu-ilmu yang baru dan
terkini. Kerana mereka banyak terdedah kepada suasana kerja dan
keadaan sekeliling mereka. Para pelajar juga dapat memahami
prospek perkerjaan dengan lebih meluas. Para pelajar akan
memahami bagaimana sesebuah syarikat itu beroperasi.
v Ia juga melatih para pelajar supaya menjadi lebih
bertanggungjawab dan amanah serta dapat membina keyakinan
diri sendiri dalam menangani masalah yang dihadapi.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
9
1.2 BACKGROUND COMPANY
1.2.1 Background Company
NAME OF PRACTICE RAMLI ISMAIL ARCHITECT
ADDRESS No 11,Tingkat Satu,Lorong Sekilau 1,
Bukit Sekilau,25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
Tel : 09-5146844
Fax : 09-5140143
ARCHITECT En.Ramli Ismail
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
10
1.2.2 Ramli Ismail Architect Chart Organization
1.2.3 Our Task As We Define It
Your objective and
decisions are those of ours’,
thus we ensure that the
project organization works to
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
11
Ar Ramli Ismail(Pengurusi)
En.Mazlan B.Harun(teknikal)
En. Khalil B. Abd.Jabbar
Ar Ramli Ismail(pelukis pelan)
En.Fadzli (arkitek landskap)
Cik.Suhaila(kerani)
Wan Mazrullah(penghantar surat)
achieve your objectives. Similarly, decisions we make during the process are
taken with the sole purpose of achieving your objectives. We have developed
a range of techniques aimed at making the architecture of your projects more
effective and at providing you with the means to make more rational and
objective decisions.
We plan, control and co-ordinate a project from conception to
completion on your behalf. We are concerned with identification of your
objective in term of :
i. Quality
ii. Time
iii. Cost
Our integration, monitoring and control of the contributors to the project
and their output and evaluation and selection of alternatives of the pursuit of
your satisfaction with the project outcome are the fundamental aspects.
We have developed a range of techniques aimed at making the
architecture of your projects more effective and at providing you with the
means to make more rational decisions
1.2.4 Profil Company
i. Company’s name : Ramli Ismail Architect
ii. Address of company : No 11,Tingkat Satu,Lorong Sekilau 1,
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
12
Bukit Sekilau, 25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
1.2.5 Objective
Your objective and decisions are those of our’s thuswe ensure that the
project organization works toachive your objective.Similary, decisions we
make duringthe process are taken with the sole purpose of achieving your
objective in ourproject, their integration and orientation to your objectives are
our major fuctions.As contributors will normally be involved in a number of
project at the same time, conflicting demands upon their time time and
attention are always likely to occur within contributor’s firms. Hence, we
design and manage the project organization to resolve such conflicts so that
it does not detract from the achievement of your objective .
1.2.6 Scope Of Services
Our architectural starts with your organization’s objective and we
transform them into form, aesthetic, and function, for your proposed project
and ultimately, into the completed project itself which would satisfy those
criteria. The abstract account of our activities is to digest client objective, to
form functionally and esthetically within time and cost.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
13
And we function as to :-
Translation of our dlient’s objectives into a brief.
Monitor and control feasibility studies, design and production to ensure
that the brief is being statisfied, including adherence to the budget,
investment and programs plans.
Control of a strategy for disposal/management of the project.
1.2.7 Personal Data
Name : En.Ramli Ismail
Date of Birth : 20th August 1957
Citizenship : Malaysian
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
14
BAB 2
RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI2.1 Pengenalan
2.1.1 Skop Kerja
2.1.2 Lukisan Kerja
2.1.3 Membuat 3D ( Archicad 11 & sketchup )
2.1.4 Lawatan Tapak
2.1 PENGENALAN
Di dalam bab ini, segala aktiviti-aktiviti yang saya jalankan di
Ramli Ismail Architect telah di tulis menjadi ringkasan atau rumusan
latihan yang dibuat setiap minggu dari minggu pertama hingga minggu
terakhir.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
15
2.1.1 SKOP KERJA
TARIKH 21 JUN 2010 - 24 JUN 2010
MINGGU 1
Melapor diri di syarikat Ramli Ismail Architect pada 21 JUN
2010, di Ramli Ismail Arkitek , No 11 , First Floor , Jalan Sekilau
1 , Bukit Sekilau , 25200 , Kuantan Pahang. Melaporkan diri
pada pukul 9.00 pagi yang di uruskan oleh En. Mazlan Bin
Harun.
Diberi keterangan tentang syarikat dan peraturan kerja.
Berkenalan dengan beberapa orang pekerja syarikat.
Berjumpa dengan bos di syarikat tersebut iaitu En. Ramli Bin
Ismail.
Mendapat sedikit kata-kata semangat dari beliau.
Memulakan hari kedua praktikal dengan mengikut penyelia
melawat bangunan kedai 1 dan 2 tingkat yang telah siap di
Bandar Tun Razak.
Mengikut penyelia berjumpa dengan pegawai Majlis Daerah
Rompin.
Belajar cara-cara melipat pelan dengan cara yang betul
daripada penyelia iaitu En. Mazlan Bin Harun.
Belajar menggunakan AUTOCADD dengan lebih cepat.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
16
TARIKH 28 JUN 2010 - 01 JULAI 2010
MINGGU KE - 2
Mengikut En. Mazlan Bin. Harun ke pejabat Rangkaian Delima
di Jalan Abd. Aziz, Kuantan.
Menyertai En. Mazlan dan pengurus syarikat tersebut
mesyuarat.
Terdapat sedikit pindaan keatas pelan yang dibuat.
Mengukur keluasan ruang yang diubahsuai.
Ke Balai Bomba di Jalan Bukit Ubi bersama En. Mazlan.
Mengikut En. Mazlan ke MPK, Kuantan.
Mewarna pelan yang akan diserahkan ke MPK. Saya dapat
mengetahui warna-warna yang perlu diwarna pada pelan yang
akan diserahkan ke MPK.
Mengikut En. Khairul Hisyam ke Majlis Perbandaran Pekan
untuk mengambil beberapa dokumen.
Berada di pejabat untuk menyiapkan beberapa ‘drawing’ yang
diberikan.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
17
TARIKH 05 JULAI 2010 - 23 JULAI 2010
MINGGU KE - 3
Mengikut penyelia iaitu En. Khairul Hisyam ke tapak projek di Kuala
Paka, Dungun yang akan dibangunkan.
Bersama En. Khairul Hisyam berjumapa dengan beberapa orang
pegawai UDA LAND HOLDING iaitu pemilik projek di Kuala Paka,
Dungun.
Menyertai mesyuarat bersama penyelia dan pegawai UDA LAND
HOLDING.
Berada di pejabat mewarna pelan yang akan diserahkan.
Membuat kerja lebih masa pada hari sabtu. Melipat pelan sebanyak 20
set.
Keesokan harinya,menyiapkan ’drawing’.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
18
TARIKH 27 JULAI 2010 - 29 JULAI 2010
MINGGU KE - 4
Mengikut En. Khalil Bin. Abd. Jabbar ke tempat mesyuarat di ’site
office’ di Kuala Rompin.
Bertemu dengan pegawai – pegawai dari JBA, JKR, Kementerian
Perumahan Malaysia, kontraktor dan pemilik projek tersebut.
Mengikut En. Khairul Hisyam ke SMK Keratong untuk menyemak
senarai perabot yang telah siap dipasang. Didapati terdapat beberapa
perabot yang tidak dipasang.
Mengikut En. Khairul Hisyam berjumpa dengan kontraktor perabot.
Menaip kertas kerje dan senarai semak bagi projek SMK Keratong.
Memasukkan gambar kedalam senarai semak tersebut.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
19
TARIKH 2 OGOS 2010 - 5 OGOS 2010
MINGGU KE - 5
En. Mazlan memeberikan tugas suapaya menyiapkan pelan rumah di
Sungai Isap Perdana.
Mendapat tunjuk ajar dari beliau cara-cara membuat pelan dengan
cara yang betul dan cepat.
Mengikut En. Khairul Hisyam memantau kerja-kerja pemasangan
‘signboard’ bagi projek di Kuala Paka.
Berada di tapak projek pada pukul 11.00 pagi dan bertolak balik pada
pukul 2.00 petang.
Menyiapkan pelan lantai bagi projek perumahan di Sungai Isap
Perdana yang diberi oleh En. Mazlan.
Mendapat teguran daripada En. Mazlan cara-cara menyambung
garisan pada pelan lantai.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
20
TARIKH 09 OGOS 2010 - 13 OGOS 2010
MINGGU KE - 6
Mewarna pelan yang akan diserahkan pada pihak Majlis Perbandaran
Kuantan.
Dapat mengetahui warna yang perlu diwarna pelan lantai,pandangan
sisi dan belakang.
Mengikut En. Mazlan ke Majlis Perbandaran Kuantan untuk
menghantar pelan yang telah siap diwarna.
Berpeluang berjumpa dengan beberapa orang pegawai yang
berkenaan di Majlis Perbandaran Kuantan.
Berada di pejabat dan menyiapkan kerja yang diberikan oleh En.
Mazlan.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
21
TARIKH 16 OGOS 2010 - 19 OGOS 2010
MINNGU KE - 7
Mengikut En. Khairul Hisyam ke Majlis Perbandaran Dungun untuk
mendapatkan surat pengesahan bagi projek perumahan di Kuala
Paka,Dungun,Terengganu.
Berada di Majlis Perbandaran Dungun pada pukul 11.00 pagi.
Menyiapkan kerja yang diberikan oleh En. Mazlan.
Pada sebelah petang,mengikut En. Mazlan ke Balai Bomba Kuantan.
Berpeluang berjumpa dengan beberapa orang pegawai bomba.
Menyiapkan kerja yang diberi oleh En. Mazlan dan mendapat tunuk
ajar dari beberapa orang kakitangan yang lain.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
22
TARIKH 23 OGOS 2010 - 26 OGOS 2010
MINNGU KE - 8
Mengikut En. Khairul Hisyam ke pejabat Gagasan Consultant di Indera
Makhota 16.
Berpeluang berjumpa dengan beberapa orang pekerja di syarikat
tersebut.
Berada di pejabat,melipat ’drawing’ dengan cara yang betul.
Menyusun mengikut nombor kepingan.
Mengecop ’drawing’ yang diberikan.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
23
TARIKH 30 OGOS 2010 - 3 SEPTEMBER 2010
MINGGU KE - 9
Berada di pejabat dan menyiapkan kerja yang diberikan oleh En.
Mazlan.
Dapat mempelajari teknik-teknik membuat ‘drawing’ dengan cara yang
betul.
Pada sebelah pagi, berada di pejabat dan mewarna beberapa keping
’drawing’.
Selepas mewarna, ’drawing’ tersebut dilipat mengikut saiz A4.
Pada sebelah petang,pergi ke Lim Copy untuk membuat beberapa
salinan ’drawing’.
Mengikut En. Huzaifah membuat pemeriksaan di bangunan yang telah
siap sepenuhnya.
Mengambil beberapa keping gambar untuk dimasukkan kedalam
borang senarai semak.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
24
TARIKH 06 SEPTEMBER 2010- 09 SEPTEMBER 2010
MINGGU KE - 1
Mengikut En. Huzaifah ke Jabatan Bomba Kuantan untuk
mendapatkan surat pengesahan pemeriksaan bangunan.
Pada sebelah petang, berada di pejabat dan menyiapkn kerja yang
belum disiapkan.
Membuat latihan menggunakan ’AUTOCADD’.
Berada di pejabat dan melipat ’drawing’yang telah siap diwarna.
Menyiapkan kerja melipat dalam masa 1 hari.
Diajar cara-cara memasukkan ’block’ yang telah siap ke dalam
’drawing’.
Pada 9.9.2010, bermula cuti raya puasa.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
25
TARIKH 13 SEPTEMBER 2010 - 15 SEPTEMBER 2010
MINGGU KE - 11
Menyambung meneruskan latihan industri setelah cuti raya.
Menyiapkan kerja yang diberikan oleh En. Mazlan.
Membuat pandangan sisi dan diajar membuat keratin pada pelan
dengan cara yang betul.
Diajar oleh En. Mazlan tentang penggunaan AUTOCADD LT.
Semak email syarikat.
Melipat ’drawing’ yang telah siap diwarna.
Mengikut En. Mazlan ke Majlis Perbandaran Kuantan untuk
menghantar borang ’submit’ pelan.
Melihat En. Khairul Hisyam membuat pandangan bangunan
menggunakan ’sketchup’.
Belajar mengenai bahan yang digunakan dalam membuat rangka
bumbung bg sesebuah pelan mengikut kehendak pelangggan.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
26
TARIKH 20 SEPTEMBER 2010 - 23 SEPTEMBER 2010
MINNGU KE – 12
Mengikut En. Khairul Hisham ke Majlis Perbandaran Dungun.
Menyerahkan borang permohonan kerja-kerja ’landskap’ bagi projek
perumahan di Kuala Paka, Dungun, Terengganu.
Membuat lawatan tapak di projek di Kuala Paka yang akan
dibangunkan.
Melipat dan mewarna 20 set pelan yang telah lengkap. Menyiapkan
dalam masa 1 hari.
Menghantar pelan yang telah siap kepada En. Mazlan berkenaan
projek perumahan di Sungai Isap Perdana.
Menghantar dalam bentuk ’hard copy’ iaitu diatas kertas A3.
En. Mazlan membetulkan beberapa kesilapan pada pelan lantai.
Membuat pindaan dan membetulkan kesilapan pada pelan yang diberi
olah En. Mazlan.
Menyiapkan dalam masa 1 hari.
Pada sebelah petang, menghantar pelan yang telah siap dibetulkan.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
27
TARIKH 27 SEPTEMBER 2010 - 01 OKTOBER 2010
MINGGU KE - 13
Mengikut En. Fazear ke ILP, Gebeng.
Membuat pemeriksaan keatas bangunan.
Didapati bahawa tiada pindaan yang dibuat.
Mengambil beberapa keping gambar untuk dimasukkan ke dalam
borang senarai semak.
Berada di pejabat dan melipat beberapa keping pelan yang telah
lengkap. Menyiapkan dalam masa 1 hari.
Mengikut En. Fazear ke Balai Polis jenis bandar di Jaya Gading
yang telah siap.
Mengikuti beliau dalam majlis pra-penyerahan.
Memantau ruang dalam balai polis dan tempat tinggal pegawai.
Daripada pemeriksaan yang dibuat, terdapat bahagian yang tidak
disiapkan dengan sempurna.
Mengambil beberapa keping gambar di tempat bahagian tersebut
untuk dimasukkan di dalam borang senarai semak.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
28
TARIKH 04 OKTOBER 2010 - 07 OKTOBER 2010
MINGGU KE - 14
Memasukkan data-data yang diambil di Balai Polis Jaya Gading ke
dalam boring senarai semak.
Mendapat tunjuk ajar daripada En. Fazear cara-cara memasukkan
data ke dalam boring senarai semak.
Mengikut En. Fazear ke Majlis Daerah Bera untuk menghantar
beberapa keeping dokumen dan ‘drawing’ serta ‘tender’ bagi projek
rumah rehat di daerah Bera.
Berpeluang berjumpa dengan beberapa orang pegawai di Majlis
Daerah Bera.
Bertolak balik pada pukul 3.00 petang.
Berada di pejabat dan belajar menggunakan ‘sketchup’.
Melipat pelan bersaiz A1 kedalam saiz A4 dan menyusun mengikut
nombor kepingan.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
29
TARIKH 11 OKTOBER 2010 - 13 OKTOBER 2010
MINGGU KE - 15
Mengikut En. Khairul Hisham ke Majlis Perbandaran Dungun untuk
membuat bayaran berkenaan projek di Kuala Paka.
Dapat belajar cara-cara dan proses membuat bayaran.
Bertolak balik pada pukul 2.00 petang.
Mengikut En. Huzaifah ke balai bomba Kuantan untuk mengambil
beberapa keping dokumen.
Pada sebelah petang, berada di pejabat dan menyambung
menyiapkan kerja yang belum disiapkan.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
30
TARIKH 18 OKTOBER 2010 - 20 OKTOBER 2010
MINGGU KE - 16
Mengikut En. Mazlan ke Majlis Perbandaran Kuantan.
Mengetahui sedikit tentang proses penyerahan pelan.
Mewarna 15 set pelan yang telag lengkap untuk dihantar ke Gagasan
Consultant.
Melipat ’drawing’ yang telah diwarna dan menyusun mengikut
no.kepingan.
Mengikut En. Mazlan menghantar ’drawing’ ke Gagasan Consultant.
Berada di pejabat Gagasan Consultant selama i jam.
Meletak pelan di dalm kenderaan Gagasan Consultant untuk dihantar
ke Majlis Daerah Bera.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
31
TARIKH 25 OKTOBER 2010 - 29 OKTOBER 2010
MINGGU KE - 17
Mengikut En. Huzaifah ke bangunan yang telah siap di Indera
Makhota.
Membuat ’inspection’ bersama dengan pemilik bangunan tersebut.
Belajar cara-cara membuat senarai semak keperluan pada bangunan.
Pergi ke kedai Lim Copy untuk ’print’ pelan bangunan.
Melipat pelan pada sebelah petang dan menyusun mengikut
no.kepingan.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
32
TARIKH 01 NOVEMBER 2010 - 05 NOVEMBER 2010
MINGGU KE - 18
Mengikut En. Mazlan bersama dengan Arkitek Landskap iaitu En.
Fadzli ke tapak projek di Kuala Paka untuk membuat kerja-kerja
landskap.
Didapati terdapat 2 jenis pokok yang banyak terdapat di kawasan
tersebut iaitu pokok aksia dan pokok gelam.
Mengambil beberapa keping gambar pokok-pokok tersebut.
Bersama Arkitek Landskap membincangkan jenis-jenis pokok yang
perlu ditanam di kawasan tapak.
Melukis gambaran potensi dan tempat reakrasi yang akan
dibangunkan di kawasan tapak.
Melukis gambaran pada ’site plan’.
Melukis gambar kolam menggunakn AUTOCADD.
Mendapat tunjuk ajar daripada En. Khairul Hisham.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
33
TARIKH 08 NOVEMBER 2010 - 12 NOVEMBER 2010
MINGGU KE - 19
Mengikut En. Khairul Hisham ke pejabat pemilik projek perumahan di
Kuala Paka, Dungun.
Berada di sana selama 2 jam menunggu pegawai daripada syarikat
tersebut.
Berada di pejabat dan membuat kerja yang diarahkan oleh pekerja.
Pada sebelah petang,ke kedai Lim Copy untuk mencetak 12 set pelan.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
34
TARIKH 15 NOVEMBER 2010 – 19 NOVEMBER 2010
MINGGU KE - 20
Mengikut En.Mazlan ke Balai Polis Gebeng, Kuantan yang telah siap
sepenuhnya.
Membuat pemeriksaan di dalam balai polis tersebut.
Mengambil beberaa keping gambar tempat-tempat yang perlu dibaiki.
Berada di sana selam 2 jam.
Berpeluang berjumpa dengan kontraktor yang menjalankan kerja-kerja
di balai polis tersebut.
16.11.2010, bermula cuti raya puasa.
Pada 19.11.2010, merupakan hari terakhir saya menjalankan latihan
industri di Firma Ramli Ismail Arkitek.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
35
BAB 3
KAEDAH MENGEMUKAKAN PELAN
KEPADA JABATAN TEKNIKAL DAN MAJLIS
DAERAH. 3.1 Pengenalan
3.2 Proses dan Carta Aliran Kerja
3.3 Kelulusan Majlis Perbandaran Kuantan
3.4 Penyerahan Pelan
3.5 Senarai Tugas Pelukis Pelan
3.6 Contoh-contoh pelan yang telah dilukis
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
36
3.1 PENGENALAN
Di dalam bab ini saya akan menerangkan tentang kaedah
mengemukakan pelan kepada Jabatan Teknikal dan Majlis Daerah.Kaedah
Mengemukakan pelan adalah untuk mendapatkan kelulusan sebelum projek
dibina.pengemukaan pelan kepada Jabatan Teknikal dan pihak Majlis Daerah
adalah berbeza bilangan,dan jenis pelan mengikut daerah.Di sini saya juga
akan menerangkan proses dan carta aliran kerja.
3.2 PROSES DAN CARTA ALIRAN KERJA
3.2.1 Tugas 1 : Membahagikan Lukisan Kerja Kepada Kakitangan
Setara.
Peringkat pertama : Menerima arahan dan maklumat yang diperlukan.
Peringkat kedua : Merancang kerja yang perlu dibuat.
Peringkat ketiga : Memberi penerangan mengenai kerja kepada
kakitangan bawahan.
Peringkat keempat : Menetap jangkamasa untuk kakitangan bawahan
dalam menyiapkan kerja-kerja tertentu.
Peringkat kelima : Mengawas dam memberi panduan kepada
kakitangan bawahan dalam menyiapkan kerja-
kerja yang diberi.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
37
3.2.2 Tugas 2 : Menjalankan kerja lukisan pelan tapak
Peringkat pertama : Mendapat maklumat dan lakaran daripada
Arkitek.
Peringkat kedua : Mendapatkan pelan ukur atau kontor.
Peringkat ketiga : Mengumpulkan lukisan bangunan piawai yang
akan digunakan.
Peringkat keempat : Menentukan skala yang akan digunakan.
Peringkat kelima : Membuat lukisan secara terperinci.
Peringkat keenam : Menyemak kerja lukisan.
3.3 KELULUSAN MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN
i 7 set pelan ( kesemua pelan iaitu 6 set
pelan ‘blue print’ dan 1 set pelan kertas putih
diwarna dan dilinen.
ii 1 set pelan RC
iii 1 set pelan kelulusan Jabatan Perkhidmatan
iv 1 set pelan kelulusan ‘One Stop Centre’
v Borang A
vi Salinan geran yang disahkan
vii Kiraan Fees serta bayaran masuk pelan
viii Bayaran ‘DC’ RM 150.00
ix Surat-surat kelulusan Jabatan Teknikal (asal)
x Borang Perlantikan Arkitek (bagi rumah
sesebuah sahaja)
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
38
3.3.1 Syarat perwarnaan pelan bagi kelulusan Majlis Perbandaran
Kesemua jenis pelan diwarnakan kecuali Pelan Siling dan Susunatur
Elektrik,Pelan Sistem,Pelan Sistem Pengairan dan Pelan Septic Tank.Pelan
perlu diwarna untuk mendapatkan kelulusan dan untuk simpanan Majlis
Perbandaran Kuantan.
JENIS PELAN SYARAT PERWANAAN PELAN
i. Pelan Kekunci ( Key Plan ) i. Warna merah pada tapak cadangan.
ii Pelan Lokasi ( Location Plan ) i. Warna merah pada tapak cadangan.
ii. Warna kuning pada jalan raya.
iii Pelan Tapak ( Site Plan ) i. Warna merah pada tapak cadangan.
ii. Warna kuning pada jalan raya.
iii. Warna hijau pada bahagian tanah di
dalam kawasan tapak.
iv. Warna kelabu pada bahagian apron
bangunan.
v. Warna biru pada bahagian longkang
bangunan cadangan.
iv Pelan Lantai ( Floor Plan )
i. Warna merah pada dinding bangunan.
ii. Warna merah jambu pada bahagian
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
39
lantai seramik.
iii. Warna hijau pada tiang bangunan.
iv. Warna kelabu pada bahagian apron
bangunan.
v. Warna biru pada bahagian longkang
bangunan cadangan.
vi. Warna biru pada bahagian tingkap
kaca.
v Pelan Bumbung ( Roof Plan ) i. Warna merah jambu pada bahgian
bumbung.
vi. Keratan ( Section ) i. Warna merah pada dinding yang di
potong
ii. Warna merah jambu pada bahagian
dinding seramik.
iii. Warna merah jambu pada kertas dan
pandangan bumbung
iv. Warna hijau pada lantai bangunan
yang di potong.
v. Warna coklat pada bahagian keratan
dan pandangan kayu.
vi. Warna biru pada kaca tingkap dan
keratan tingkap.
vii. Warna ungu pada bahagian bingkai
tingkap aluminium.
viii. Warna kuning pada pandangan
dinding paster.
vii Pandangan ( Elevation ) i. Warna kuning pada pandangan dinding
paster.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
40
ii. Warna merah jambu pada pandangan
bumbung
iii. Warna coklat pada bahagian
pandangan pintu kayu.
vi. Warna biru pada kaca tingkap.
vi. Warna ungu pada bahagian bingkai
tingkap aluminium.
3.4 PENYERAHAN PELAN
Kebiasaanya sesudah lukisan kerja telah siap, untuk mendapatkan
kelulusan haruslah melalui proses penyerahan pelan. Pelan tersebut akan
diserahkan kepada Jurutera, Bomba, Mekanikal, Elektrikal, Jabatan tanah
( Hartanah ) dan Perancang Bandar.
3.4.1 Penyerahan Pelan Bomba.
Penyerahan pelan Bomba adalah bertujuan untuk mendapatkan
kelulusan daripada pihak Bomba bagi memastikan pelan bangunan itu
mematuhi syarat-syarat kelulusan. Pihak berkuasa akan meluluskan pelan itu
jika perletakan bahan-bahan memuaskan.
3.4.2 Penyerahan Pelan Tender
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
41
Penyerahan pelan tender adalah peringkat yang akan di jalankan
selepas penyerahan pelan Bomba. Pada lukisan tender, ia mengandungi
butiran-butiran bangunan seperti bumbung, tandas, tangga, pintu,
tingkap, perabot pasang dalam, sistem pembersihan, dan lain-lain. Selepas
penyerahan pelan tender proses pembinaan dapat dijalankan.
3.4.3 Mesyuarat Tapak
Setelah siap kesemuanya pelan tersebut akan diserahkan kepada
pihak yang bertanggungjawab dalam meneruskan projek tersebut. Semasa
proses pembinaan di jalankan ‘Mesyuarat Tapak’ akan di adakan sebanyak
sebulan sekali. Mesyuarat tapak ini adalah bertujuan untuk pihak yang terlibat
dapat berkumpul untuk menyatakan dan membincangkan masalah berlaku
semasa proses pembinaan bangunan itu di jalankan supaya berjalan dengan
lancar, mesyuarat tapak ini akan terus diadakan sebulan sekali sehingga
projek pembinaan itu siap dibina.
3.5 SENARAI TUGAS PELUKIS PELAN
Menganalisa dan memahami lukisan-lukisan lakaran awal yang
disediakan oleh Pembantu Teknik / Arkitek dan selanjutnya
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
42
menyediakan lukisan-lukisan kerja serta lukisan perincian yang
berkualiti mengikut arahan dan had-had yang ditetapkan.
Melawat tapak dan membuat kerja-kerja yang berkaitan seperti
mengukur, memberi penerangan tentang lukisan-lukisan yang kurang
jelas dan sebagainya mengikut kehendak semasa.
Membuat model bangunan, menyediakan ‘Backdrop’ dan berbagai
jenis persiapan dan hiasan pada upacara-upacara rasmi kerajaan
seperti Konvokesyen, Seminar, Mesyuarat, Taklimat dan sebagainya
dimana Bahagian Arkitek terlibat.
Membuat surat mesyuarat jika perlu dan diarahkan oleh pihak atasan.
Memberi laporan dari masa ke masa perkembangan kerja-kerja yang
dibuat kepada Ketua Bahagian.
Untuk menjadi pelukis pelan yang kreatif dan inovatif.
Menyesuaikan aplikasi komputer yang sentiasa berubah dari semasa
ke semasa supaya dapat keyakinan oleh pelanggan.
Mengoktimenkan idea rekabentuk mengikut nilai-nilai murni dan
berkemanpuan untuk menganialisis,menilai dan memberi komen yang
membina terhadap sesuatu hasil lukisan kerja.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
43
3.6 CONTOH-CONTOH PELAN YANG TELAH DILUKIS.
PROJEK 1 : CADANGAN PEMBANGUNAN
MADRASAH 2 TINGKAT MENGANDUNGI RUANG
SOLAT DAN KEMUDAHAN ASAS DI ATAS LOT 4745
(GM 10497) DAN LOT 4746 (GM 3476) SELUAS 0.531
EKAR MUKIM KUALA KUANTAN,DAERAH
KUANTAN,PAHANG DARUL MAKMUR.
Pelan yang dilukis :
Pelan lantai tingkat Satu
Pelan lantai tingkat dua
Pelan bumbung
Pandangan hadapan
Pandangan belakang
Pandangan sisi kiri
Pandangan sisi kanan
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
44
PROJEK 2 : PROJEK MENYIAPKAN BAKI KERJA 164
RUMAH BERKEMBAR DAN KERJA-KERJA BERKAITAN
DENGANNYA BAGI PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT
(PPRT DI MILIKI) DI KAMPUNG PANDAN
LUAR,PEKAN,PAHANG DARUL MAKMUR.
Pelan yang dilukis :
Pelan lantai
Pelan bumbung
Pandangan hadapan
Pandangan belakang
Pandangan sisi kanan
Pandangan sisi kiri
Susunatur siling dan elektrik
Susunatur plumbing dan sanitary.
Keratan X-X dan Y-Y
Pelan Tapak dan Kunci
PROJEK 3 : CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN 4 UNIT
RUMAH BANGLO 2 TINGKAT DI ATAS LOT PT.7403
PT.7402,PT.7401 DAN PT.7400
FASA 5C BANDAR BARU
MENTOK,KEMAMAN,
TERENGGANU.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
45
PEMAJU : REGENSI PROPERTIES &
ESTATE SDN BHD,
12-B,Jalan Bukit Kecil,
Kuala Terengganu.
Pelan yang dilukis :
Pelan lantai
Pelan bumbung
Pandangan hadapan
Pandangan belakang
Pandangan sisi kanan
Pandangan sisi kiri
Susunatur siling dan elektrik
Susunatur plumbing dan sanitary.
Keratan X-X dan Y-Y
PROJEK 4 : CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN
SEBUAH RUMAH REHAT(HOMESTAY)
PEMILIK : HAJI AHMAD NORAWI
Pelan yang dilukis :
Pelan lantai
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
46
pelan bumbung
pandangan hadapan
pandangan belakang
pandangan kiri
pandangan kanan
Susunatur siling dan elektrik
Susunatur plumbing dan sanitary.
Keratan X-X dan Y-Y
PROJEK 5 : CADANGAN MEMBINA SEBUAH BALAI POLIS JENIS
BANDAR DI JAYA GADING,KUANTAN, PAHANG DARUL
MAKMUR.
CONTOH GAMBAR YANG DIAMBIL :
PROJEK 6 : MEMBINA SEBUAH BANGUNAN PENTADBIRAN DI SMK
KERATONG,BANDAR TUN RAZAK.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
47
PROJEK 7 : CADANGAN MEMBUAT LANDSKAP BAGI PROJEK
PERUMAHAN DI KUALA PAKA, DUNGUN,
TERENGGANU.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
48
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
49
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
50
BAB 4
ARCHICAD 11 ( 3D )4.1 Pengenalan
4.2 Fungsi Archicad 11
4.3 Cara pengendalian
4.4 Komen dan Cadangan
4.5 Kesimpulan
SKETCHUP ( 3D )4.6 Pengenalan
4.7 Fungsi Archicad 11
4.8 Cara pengendalian
4.9 Komen dan Cadangan
4.10 Kesimpulan
4.1 PENGENALAN
Sepanjang saya menjalani latihan industri di firma Ramli Ismail Architect
saya telah diajar serba sedikit mengenai lukisan 3D dengan menggunakan
perisisan Archicad 11. lukisan ini merupakan gambaran awal 3D terhadap
sesuatu bangunan sebelum sesuatu bangunan itu di bina. Di sini saya akan
menerangkan serba sedikit mengenai lukisan 3D iaitu Archicad 11. Dengan
menggunakan perisian yang serba canggih ini Bahagian Arkitek dapat
menghasilkan satu produk yang berkualiti.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
51
4.2 Archicad 11
Secara khususnya perisian Achicadd 11 digunakan untuk membuat
lukisan 3D arkitek ( Lukisan Seni Bina ) sesuatu bangunan. Didalam perisian
ini ada disediakan ‘ LIBRARY ‘ dimana pengguna akan dapat memilih sesuatu
material yang akan dimasukkan pada lukisan sesebuah bangunan. Selain itu
pengguna juga dapat mencipta Library sendiri. Pemilihan warna pada
sesuatu bangunan juga dapat dibuat bagi menentukan warna yang
bersesuaian dengan bangunan tersebut.
4.2.1 Fungsi Archicad 11
Kualiti dan cara persembahan ( Presentation ) yang amat baik.
Dapat mengambil mana-mana pandangan sama ada bahagian
dalaman atau luaran sesuatu bangunan.
Dapat mengubah daripada lukisan Archicad kepada lukisan Auto cadd
atau sebaliknya.
Dapat merender ( Rendering ) lukisan dengan lebih baik dan berkualiti.
Dapat melihat struktur bangunan dengan lebih teperinci dan lebih jelas.
Dapat menetukan nilai harga sesuatu bangunan tersebut
4.3 Cara Pengendalian
Bagi cara pengendalian perisian Archicad 11 dan Adobe Photoshop
adalah labih kurang sama iaitu dengan memilih ‘Icon-Icon’ yang telah tersedia
ada pada perisian masing-masing.
4.4 Komen dan Cadangan
Di dalam bab ini, saya telah di berikan satu tugas untuk menggunakan
perisian Archicad 11 dan Adobe Photoshop bagi melukis sebuah rumah kedai
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
52
tiga tingkat.Bahagian Arkitek terdapat beberapa orang kakitangan yang
mampu mengendalikan perisian ini, mereka kurang tenaga mahir yang
mampu mengendalikan perisian Archicad 11 dan perkara ini meyebabkan
proses tunjuk ajar menjadi tidak berjalan dengan lancar kerana hanya
tertumpu kepada seorang kakitangan sahaja.
Di sini saya ingin mencadangkan supaya agar Bahagian Arkitek akan
melahirkan ramai pekerja yang mahir menggunakan perisian Archicad11 ini
dan dapat membantu para pelajar praktikal yang akan datang dengan lebih
baik.
4.5 KESIMPULAN
Di dalam kerja lukisan 3D ini dengan menggunakan perisian Archicad
11 saya dapat mempelajari serba sedikit tentang lukisan 3D ini dan dapat
mengendalikan perisian tersebut dengan lebih baik. Selain itu juga saya
dapat mengahasilkan satu lukisan persembahan 3D yang lebih baik.
4.6 PENGENALAN
Sepanjang saya menjalani latihan industri di firma Ramli Ismail Architect
saya telah diajar serba sedikit mengenai lukisan 3D dengan menggunakan
perisisan SKETCHUP. lukisan ini merupakan gambaran awal 3D terhadap
sesuatu bangunan sebelum sesuatu bangunan itu di bina. Di sini saya akan
menerangkan serba sedikit mengenai lukisan 3D iaitu SKETCHUP. Dengan
menggunakan perisian yang serba canggih ini Bahagian Arkitek dapat
menghasilkan satu produk yang berkualiti.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
53
4.7 SKETCHUP
Secara khususnya perisian SKETCHUP digunakan untuk membuat
lukisan 3D arkitek ( Lukisan Seni Bina ) sesuatu bangunan. Didalam perisian
ini ada disediakan ‘ LIBRARY ‘ dimana pengguna akan dapat memilih sesuatu
material yang akan dimasukkan pada lukisan sesebuah bangunan. Selain itu
pengguna juga dapat mencipta Library sendiri. Pemilihan warna pada
sesuatu bangunan juga dapat dibuat bagi menentukan warna yang
bersesuaian dengan bangunan tersebut.
4.7.1 Fungsi SKETCHUP
Kualiti dan cara persembahan ( Presentation ) yang amat baik.
Dapat mengambil mana-mana pandangan sama ada bahagian
dalaman atau luaran sesuatu bangunan.
Dapat mengubah daripada lukisan SKETCHUP kepada lukisan Auto
cadd atau sebaliknya.
Dapat merender ( Rendering ) lukisan dengan lebih baik dan berkualiti.
Dapat melihat struktur bangunan dengan lebih teperinci dan lebih jelas.
Dapat menetukan nilai harga sesuatu bangunan tersebut
4.8 Cara Pengendalian
Bagi cara pengendalian perisian SKETCHUP dan Adobe Photoshop
adalah labih kurang sama iaitu dengan memilih ‘Icon-Icon’ yang telah tersedia
ada pada perisian masing-masing. Mudah difahami sekiranya melakukan
latihan menggunakan perisian tersebut.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
54
4.9 Komen dan Cadangan
Di dalam bab ini, saya telah di berikan satu tugas untuk menggunakan
perisian SKETCHUP dan Adobe Photoshop bagi melukis sebuah rumah
banglo satu tingkat.Bahagian Arkitek terdapat beberapa orang kakitangan
yang mampu mengendalikan perisian ini, mereka menjadi tempat saya
bertanya tentang mengendalikan perisian SKETCHUP dan perkara ini
meyebabkan proses tunjuk ajar menjadi berjalan dengan baik.tetapi
bergantung kepada masa juga oleh kerana mereka ada kerja masing-masing
yang perlu dilakukan terlebih dahulu.
Di sini saya ingin mencadangkan supaya agar Bahagian Arkitek akan
melahirkan ramai pekerja yang mahir menggunakan perisian SKETCHUP ini
dan dapat membantu para pelajar praktikal yang akan datang dengan lebih
baik.
4.10 KESIMPULAN
Di dalam kerja lukisan 3D ini dengan menggunakan perisian
SKETCHUP saya dapat mempelajari serba sedikit tentang lukisan 3D ini
dan dapat mengendalikan perisian tersebut dengan lebih baik. Selain itu
juga saya dapat mengahasilkan satu lukisan persembahan 3D yang lebih
baik.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
55
BAB 5
LAWATAN TAPAK ( SITE PROJECT )
Semasa saya berada di RAMLI ISMAIL ARCHITECT saya berkesempatan
turun serta ke lawatan tapak. Contoh-contoh gambar semasa aktiviti lawatan
tapak dilakukan oleh pekerja-pekerja disini dan diberitahu serba sedikit
tentangnya.
5.1 Pengenalan
5.2 Lawatan tapak 1
5.3 Lawatan tapak 2
5.4 Lawatan tapak 3
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
56
5.5 Komen dan Cadangan
5.6 Kesimpulan
5.1 PENGENALAN
Lawatan tapak ini juga berkait rapat dengan bidang seni bina ini. Ianya
melibatkan semua pihak yang terbabit dalam sesuatu pembinaan. Ini juga
merupakan satu elemen penting dalam bidang ini kerana setiap apa yang
telah di lukis oleh pihak arkitek, ianya akan diserahkan kepada kontraktor
yang mengambil projek tersebut untuk dibina di tapak projek mengikut pelan.
Tetapi pihak arkitek haruslah sentiasa mengawasi segala proses kerja di
tapak pembinaan supaya sesuatu bangunan yang di bina mengikut apa yang
dilukis dan menepati segala kerja di tapak pembinaan. Terdapat beberapa
perkara utama yang perlu dilakukan semasa lawatan ke tapak pembinaan
iaitu seperti berikut : -
Arkitek perlu membuat pemeriksaan di tapak pembinaan dari
semasa ke semasa untuk memastikan bahan binaan yang
digunakan adalah yang berkualiti dan mengikut lukisan yang
telah di luluskan oleh serta menepati dokumen perjanjian
yang ditandatangani oleh pihak kontraktor. Arkitek perlu
membuat pemeriksaan di tapak pembinaan dari bermulanya
satu projek hinggalah siap didirikan dan boleh beroperasi
sepenuhnya.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
57
Ia juga untuk memastikan kerja-kerja pembinaan yang
dilakukan berjalan selari dengan program atau jadual
pembinaan yang telah di tetapkan.
Jika terdapat sebarang permasalahan berlaku di kemudian
hari, pihak arkitek akan bertanggungjawab terhadap
permasalahan yang timbul jadi untuk mengelakan
permasalahan ini, arkitek perlulah sentiasa mengawasi
proses kerja-kerja di tapak pembinaan
Lawatan tapak ini adalah salah satu tempat di mana pihak
arkitek dan klien dapat bermesyuarat dan
memperbincangkan masalah yang timbul serta dapat
menyelesaikanya untuk menghasilkan satu kerja yang
berkualiti.
CONTOH-CONTOH LAWATAN TAPAK
5.2 LAWATAN TAPAK 1
Lawatan tapak yang pertama saya adalah di Bangunan 2 Tingkat di
Bandar Tun Razak di mana di kawasan tapak tersebut telah dibina kedai 41
unit.Saya pergi ke tapak bersama 2 orang staf dan seorang daripada N.D
Poperties iaitu dari syarikat pemaju.Pada kali ini tujuan pergi ke tapak adalah
untuk pemeriksaan oleh pegawai daripada jabatan bomba.Antara yang
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
58
diperiksa adalah pili bomba dan ‘partywall’.Pili bomba akan dibuka dengan
menggunakan stemp paip untuk memastikan pili berfungsi atau tidak. Selain
itu, penyelia dan saya menguji samada tingkap yang dipasang dapat
digunakan dengan sempurna. Memeriksa sistem pengaliran air longkang
samada berjalan dengan lancer supaya air tidak bertakung.
5.3 LAWATAN TAPAK 2
Lawatan tapak ke-2 di bangunan Rangkaian Delima. Pada kali ini saya
diarahkan untuk mengambil serba sedikit gambar ruang pejabat yang
diubahsuai. Tujuan mengambil gambar bangunan adalah untuk melihat
sejauh mana ruang pejabat itu telah siap di bina.Kemudian pihak arkitek dan
pemaju akan membuat ’claim’.Gambar yang diambil antaranya setiap blok
dan kerangka bangunan.
5.4 LAWATAN TAPAK 3
Lawatan tapak yang berikutnya pada 5.7.2010.Saya pergi bersama
beberapa orang staf ke tapak di Kuala Paka yang akan dibina kawasan
perumahan. Bangunan rumah yang akan dibina terletak di kawasan tepi tasik
semulajadi. Kawasan ini terletak agak pendalaman.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
59
5.5 Komen dan Cadangan
Semasa saya menjalani latihan industri di Ramli Ismail Architect
ini, saya hanya di beri peluang untuk melawat tapak projek ( site
project ), dengan ini saya berpeluang melihat sesuatu projek dilakukan
dari awal hingga siap dibina kerana kebanyakan projek telah dijalankan
beberapa tahun yang lalu.
Dengan ini saya sarankan kepada syarikat-syarikat supaya lebih
menitikberatkan pengetahuan kepada pelajar dalam memberi
pengetahuan secara teori dan juga lebih menekankan praktikal kerana
ia penting untuk pelajar melihat sendiri keadaan di tapak pembinaan
dan melihat bagaimana proses pembinaan sesuatu bangunan yang
sedang dijalankan dari awal hingga siap di bina.
Selain itu juga,pelajar perlulah sentiasa bersedia apabila berada
di tapak bina.Dengan ini saya sentiasa tanamkan dalam diri saya
supaya apabila berada di tapak hendaklah sentiasa cergas dan
bertenaga.Ketika saya berada di kawasan tapak 1 iaitu di Bandar Tun
Razak,Pegawai bomba akan melihat dan sentiasa menanya kapada
pihak yang terlibat.Selain itu juga saya sarankan supaya apabila
pelajar praktikal berada di kawasan tapak,pihak yang terlibat yang
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
60
berpengetahuan hendaklah memberi serba sedikit tunjuk ajar kepada
pelajar apabila berada di kawasan tapak bina.
5.6 Kesimpulan
Apabila setelah tiga kali menjalankan lawatan tapak, saya dapat
mempelajari serba sedikit pengalaman cara-cara atau proses mengukur
semasa di tapak pembinaan. Di sini barulah saya mengetahui bahawa
seorang arkitek haruslah mengikuti masa ke masa perjalanan sesuatu
pembinaan sehinggalah siap supaya bangunan yang di bina mengikut apa
yang di lukis dan mengikut peraturan yang telah di tetapkan oleh pihak
tertentu.
Dengan adanya pengetahuan teori dan digabungkan pula dengan
pengalaman secara praktikal, kini saya dapat menambahkan maklumat serba
sedikit tentang seni bina. Selain itu juga ia merupakan satu pengalaman yang
akan saya jadikan sebagai panduan pada masa akan datang.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
61
BAB 6
PENGUBAHSUAIAN BANGUNAN
( RENOVATION )
6.1 Pengenalan
6.2 Piawaian Anjakan Bangunan
6.3 Syarat Kelulusan
6.4 Pelan-Pelan Bangunan
6.5 Komen Dan Cadangan
6.6 Kesimpulan
6.1 PENGENALAN
Pengubahsuaian ( Renovation ) merupakan pengubahsuaian dan
penambahan bagi sesebuah rumah atau bangunan samaada di luar ataupun
di dalam sesebuah bangunan dan bangunan. Ia merupakan satu kerja yang
perlu dilakukan dari masa ke masa mengikut pindaan pihak Arkitek, klien
atau pihak-pihak berkuasa pada bila-bila masa. Setiap kali proses
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
62
penyarahan pelan dilakukan, lukisan-lukisan kerja perlu disediakan mengikut
pindaan terkini.
6.2 PIAWAIAN ANJAKAN BANGUNAN.
Piawaian anjakan adalah disediakan bagi memberi kefahaman yang
lebih jelas dan memudahkan orang ramai membuat sambungan atau
pengubahsuaian sesuatu struktur bangunan. Garis panduan anjakan ini
diselaraskan berdasarkan undang-undang sedia ada yang di guna pakai oleh
jabatan yang terlibat iaitu Bahagian Perancang Bandar dan serta jabatan
Bomba dan Penyelamat.
6.3 SYARAT KELULUSAN
6.3.1 Bagi Pemohonan Yang Telah Diluluskan Pelan Susunatur.
Memandangkan garisan piawaian yang di gunapakai oeh Jabatan
Perancang adalah syarat-syarat merancang sebagaimana kehendak
undang-undang mengikut Akta 172, maka garisan anjakan bangunan
adalah terpakai.
Walau bagaimanapun, sekiranya garisan tidak dinyatakan dalam
kelulusan merancang maka ukuran tidak kurang 2 meter mengikut
Undang-Undang Kecil Bangunan.
6.3.2 Bagi Pemohonan Baru Dan Rayuan Pemohonan.
Sambungan yang di benarkan samada terbuka dan tertutup mengikut
jenis-jenis anjakan.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
63
Manakala sesebuah bangunan seperti bangunan kedai di benarkan
dengan syarat ini :
1. Ketinggian mestilah selaras dengan lot-lot bersebelahan bagi
menampakan lebih seragam dan teratur.
2. Warna atap mestilah selaras yang sedia ada.
3. Mengemukakan pelan strukur yang disahkan Jurutera perunding
berkali dengan pelan-pelan bangunan.
4. Rekabentuk tambahan baru hendaklah selaras dengan
bangunan sedia ada.
5. Dinding luar dan dalam hendaklah di lepa dengan simen
sepenuhnya.
6. Cucur atap tidak dibenarkan menganjur ke dalam lot-lot jiran.
6.4 PELAN-PELAN BANGUNAN
Dalam pelan-pelan yang dikemukakan bagi membuat tambahan atau
perubahan kepada sesuatu bangunan, termasuk memecahkan bahagian-
bahagian bilik-bilik, bahagian-bahagian bangunan itu, jika ada yang hendak di
musnahkan hendaklah ditunjukan dengan garisan bertitik dan di warnakan
dengan merah.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
64
Manakala kerja-kerja yang baru hendaklah di lukis dengan
sempurna.Semua parit air permukaan atau air yang kotor, tangga, pintu,
semua lubang cahaya dan pengudaraan hendaklah ditunjukan atas pelan-
pelan tersebut.
6.5 KOMEN DAN CADANGAN
Di dalam bab pengubahsuaian ini, saya telah di berikan satu tugas
untuk mengubahsuai sebuah rumah teres 1 tingkat kepada 2 tingkat,selain itu
saya juga diarahkan untuk mengubahsuai pelan sebuah rumah bangle 1
tingkat. Semasa proses kerja ini dilakukan saya menjadi bingung kerana
sistem jadual yang tidak teratur menyebabkan proses penyerahan pelan tidak
dapat dijalankan dengan baik dan cepat. Selain itu juga kerja-kerja
penambahan yang di berikan kepada saya dalam masa yang terdekat
menyebabkan proses kerja saya menjadi tidak terurus dan tidak teratur.
Di sini saya ingin mencadangkan supaya agar Bahagian Arkitek akan
mengikut sistem jadual dengan baik supaya proses kerja dapat berjalan
dengan lebih baik. Selain itu juga saya mencadangkan agar penambahan
kerja dalam masa terdekat dapat dielakan supaya proses kerja yang lain tidak
akan tergendala.
6.6 KESIMPULAN
Di dalam kerja pengubahsuaian ini saya dapat mengetahui serba
sedikit prosedur kerja pengubahsuaian sesuatu pelan bengunan di
Bahagian Arkitek. Selain itu juga saya dapat mengetahui sedikit sebanyak
untuk membuat sebarang pindaan / pengubahsuaian sesuatu bangunan.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
65
BAB 7
KESIMPULAN
7.0 KESIMPULAN
Program Latihan Industri yang dianjurkan oleh pihak Politeknik adalah
satu program yang sememangnya mendatangkan kebaikan kerana ianya
memberi peluang kepada para pelajar bagi menceburi alam perkerjaan untuk
sementara waktu. Dengan ini secara tidak langsung ia akan memberikan
pendedahan kepada pelajar terhadap projek-projek yang telah dijalankan.
Memang tidak dinafikan ada sesetengah pelajar yang mengikuti latihan
industri ini, menjalani latihan di luar tahap kemampuan mereka, tapi sedikit-
sebanyak mereka telah mempelajari ilmu yang tidak dipelajari di Politeknik
dan hanya ditemui di tempat latihan industri mereka sahaja.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
66
Program ini juga telah memberi banyak peluang kepada pelajar untuk
meluaskan pengetahuan dan kemahiran kerana mereka dapat melihat cara
kehidupan seorang arkitek dan kakitangan kerjaan dari segi pengurusan
masa dan sifat ketekunan untuk menyiapkan sesuatu tugas. Mereka juga
dapat melakukan sendiri sesetengah kerja yang mana sebelum ini hanya
diketahui secara teori dan mungkin juga mereka telah memperolehi teknik-
teknik dan kemahiran baru. Secara amnya ia akan menambahkan kemahiran
dan kreativiti pelajar di dalam bidang ini itu.
Dari segi pergaulan dan perhubungan pula, aktiviti latihan telah
membuka peluang kepada pelajar untuk belajar cara berhubung dengan
segenap lapisan masyarakat, sesama pekerja bermula dari peringkat
bawahan hingga peringkat atasan dan dari situ mereka lebih matang dan
yakin apabila berkomunikasi dengan orang lain.
Di samping itu, saya mendapati bahawa sifat bertanggungjawab dan
kebolehan individu dalam perancangan masa sendiri adalah penting untuk
melaksanakan tugas yang diamanahkan. Kesanggupan dan keyakinan untuk
mengemukakan idea tersendiri dalam perbincangan adalah penting sebagai
satu langkah untuk memajukan diri. Penglibatan diri dalam perbincangan
untuk menyelesaikan sesuatu masalah bersama dengan pihak arkitek dan
pelukis pelan dapat menambah ilmu pengetahuan serta meningkatkan
keyakinan diri saya.
Program latihan industri juga dapat menimbulkan kesedaran
dikalangan pelajar itu sendiri akan pentingnya sesuatu ilmu ataupun bidang
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
67
pengajian yang mereka ikuti. Jadi walaupun mereka tidak mendapat ilmu
seratus peratus yang mereka ingini, tapi sekurang-kurangnya mereka sedar
bahawa betapa susahnya seseorang yang tidak mempunyai ilmu
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tertentu. Jadi ini akan
menimbulkan minat mereka untuk meneruskan pengajian pada masa akan
datang.
Setelah menjalani Latihan Industri, para pelajar juga telah dapat
menilai kebolehan dan kemahiran diri sendiri didalam sesuatu bidang itu dan
daripada itu pelajar dapat memperbaiki dan menyiapkan diri untuk
menghadapi alam pekerjaan pada masa akan datang.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa program Latihan Industri
merupakan peluang keemasan kepada pelajar untuk mempelajari bukan
sahaja bidang akademik dan teknikal malahan meliputi semua bidang
keseluruhan tugas sebagai seorang pekerja.
Secara keseluruhan, program Latihan Industri sememangnya
mendatangkan banyak kebaikan kepada pelajar kerana ianya dapat
memberikan pendedahan kepada pelajar dalam segala bidang bermula dari
bidang akademik, pengurusan dan pergaulan. Selain itu ia dapat membuka
mata firma akan kedudukan politeknik sebagai salah satu pusat pengajian
tinggi yang bakal melahirkan graduan-graduan yang berdisiplin, berjaya dan
terkemuka didunia ini. Insyaallah..
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
68
BAB 8
KOMEN DAN CADANGAN
8.0 SARANAN / CADANGAN
Setelah menjalani latihan hampir enam bulan bersama Ramli Ismail
Architect banyak perkara yang telah saya pelajari dan lalui. Program Latihan
Industri ini memainkan peranan yang penting kerana adanya program ini,
para pelajar akan didedahkan ke alam perkerjaan yang sebenar ,ini dapat
membantu para pelajar untuk lebih memahami bidang yang diceburi dan
sebagainya.
Sepanjang saya menjalani latihan ini, saya dapat banyak ilmu
penggetahuan berkaitan dengan perisian yang terdapat dalam komputer
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
69
seperti AutoCAD 14, AutoCAD 2004,AutoCAD 2006,AutoCAD LT , Adobe
Photoshop 7.0, Archicad 11 dan sketchup.
Dalam tempoh saya mejalani latihan ini, ada juga masalah yang saya
hadapi, iaitu tempat saya menjalani Latihan Industri ini mempunyai komputer
yang agak lama dan tidak dikemaskinikan untuk kegunaan membuat lukisan
kerja. Dengan ini,saya terpaksa banyak bersabar menggunakan komputer itu
agar ia tidak menggangu fail-fail kerja saya lakukan.
Pihak firma ini juga tidak menyediakan jadual kerja yang sempurna,
seperti apabila sesuatu projek yang di beri kepada kami, pihak kakitangan
firma ini tidak memberi tahu bila projek ini perlu disiapkan. Ini akan
menyebabkan kami keliru yang mana perlu diutamakan dan perlu disiapkan
dahulu apabila sesuatu projek yang di tugaskan.
8.1 CADANGAN
8.1.1 Cadangan kepada POLISAS,Pahang.
Pihak Politeknik haruslah menyediakan masa yang lebih panjang untuk
menjalani latihan industri. Masa yang lebih panjang membolehkan para
pelajar mempelajari sesuatu kemahiran dengan lebih banyak dan lebih
berkesan.
Pihak politeknik haruslah sentiasa berhubung dengan organisai atau firma
untuk mengikuti perkembangan semasa para pelajar yang sedang
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
70
menjalani latihan industri. Dengan ini terjalinnya perhubungan yang lebih
erat antara pihak Politeknik dan Organisasi. Pihak Organisasi lebih mudah
untuk mengambil para pelajar dari Politeknik untuk menjalani Latihan
Industri di tempatnya.
Kebanyakkan syarikat tidak memahami skop pembelajaran sesetengah
kursus yang terdapat di Politeknik. Oleh itu saya mencadangkan agar
pihak Politeknik memberikan penerangan dengan lebih jelas. Ini akan
memudahkan pihak firma untuk memberikan tugas.
Selain itu juga pihak politeknik perlulah sebelum sebarang persetujuan
dicapai untuk menempatkan seseorang penunutut politeknik di sesebuah
firma, pihak politeknik disarankan dapat memastikan terlebih dahulu
kesesuaian firma tersebut dengan apa yang diinginkan dan dicapai oleh
pelajar-pelajar melalui objektif dalam industri serta kursus yang diambil.
Masalah wujud jika ada segelintir pelajar ingin menukar tempat latihan
industri disebabkan ketidak-sesuaian antara kursus yang dipelajari oleh
pelajar di kolej dan di firma.
Selain itu, terdapat juga sesebuah organisasi mengambil pelajar
melakukan latihan di tempat mereka tetapi tiada tugasan yang diberikan
dan disebabkan itu juga ada sesetengah pelajar pula kerap tidak
menghadiri latihan kerana tiada tugasan serta merahsiakan ketidaksuaian
kerja tersebut dari pengetahuan politeknik untuk mengelak permasalahan
lain yang timbul.
8.1.2 Cadangan kepada Syarikat Ramli Ismail Architect.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
71
Pihak syarikat perlulah menyediakan peralatan yang secukupnya, seperti
komputer yang lebih berkuasa dengan secukupnya supaya kerja-kerja
membuat drawing lebih cepat. Dengan ini, produktiviti organisasi dapat
dijamin dan seterusnya semua projek yang dipertanggungjawabkan akan
berjalan dengan lancar.
Pihak syarikat perlulah menyediakan jadual kerja yang lebih sempurna
dan tersusun. Dengan ini, produktiviti organisasi terjamin dan seterusnya
semua projek yang dipertanggungjawabkan akan berjalan dengan lebih
lancar dan sempurna.
Firma juga memainkan peranan penting dalam memberi tunjuk ajar
kepada pelajar tentang perkara yang bersesuaian dengan kursus yang
dipelajari oleh pelajar. Justeru pihak firma seharusnya menyediakan
peluang pekerjaan seperti tugasan kerja kepada pelajar. Pihak firma juga
seharusnya menyediakan sebarang bentuk ganjaran di atas tugasan yang
dilakukan oleh mereka. Dengan adanya ganjaran atau tunjuk ajar yang
berkesan dari pihak firma itu sendiri dapat menyemarakkan lagi semangat
pelajar dan dapat juga menarik minat mereka terhadap bidang tersebut.
Selain itu, pihak firma perlulah menitik beratkan tentang permasalahan
pelajar sepanjang menjalani sesi Latihan Industri. Memandangkan pelajar
masih baru di alam pra pekerjaan, maka bimbingan dan tunjuk ajar serta
pemerhatian daripada pihak firma amat diperlukan. Sekiranya tindakan ini
tidak dapat dilaksanakan, maka para pelajar menganggap pihak
pengurusan firma syarikat tidak mengambil berat terhadap kerja yang
mereka telah laksanakan.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
72
SUMBER RUJUKAN DAN LAMPIRAN
SUMBER RUJUKAN.
KERTAS KERJA BAGI PROJEK-PROJEK RAMLI ISMAIL
ARCHITECT.
UNDANG – UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984
(P.W5178)
BUKU LAPORAN LATIHAN INDUSTRI POLISAS
INTERNATIONAL LAW BOOK SERVICES, ( 2005 ). “BUKU
UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984”,
INTERNATIONAL LAW BOOK SERVICES, KUALA LUMPUR.
BUKU LATAR BELAKANG SYARIKAT RAMLI ISMAIL ARKITEK
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
73
LAMPIRAN
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
74
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
75
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
76
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
77
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
78
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
79
Pembinaan sebuah rumah banglo milik persendirian di Raub, Pahang.
Rekabentuk direka oleh En. Huzaifah Bin. Salleh dan pemilik rumah.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
80
Gambar ‘signboard’ bagi projek perumahan di Kuala Paka,
Dungun, Terengganu.
Projek ini dimiliki oleh UDA LAND HOLDING dan diurus oleh En.
Khairul Hisham.
LAPORAN INDUSTRI SESI JUN 2010
81
Projek perumahan di Kemaman yang telah siap dibina sepenuhnya. Projek ini diuruskan oleh En. Huzaifah Bin. Salleh. Perumahan ini juga dimiliki oleh UDA LAND HOLDINGS.