1 Kelab Kembara Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional 1.0 KESELAMATAN 1.1 Definisi Keselamatan Keselamatan merupakan suatu aspek yang amat penting dalam kehidupan seharian. Keselamatan boleh dianggapsebagai suatu kebiasaan atau sebagai satu bentuk sikap yang positif. Ianya tidakakan lahir dengan sendiri kecuali manusia itu sendirilah yang membentuknya samaada hendak menganggapnya sebagai keutamaan ataupun tidak. Keselamatan juga ditakrifkan sebagai satu keadaan bebas daripada kecederaan, ketakutan,kesakitan atau kehilangan yang mana ia memerlukan tindakan yang sewajarnyadaripada semua pihak (Loganathan, 2008). 1.2 KESELAMATAN PERKHEMAHAN i. Pengenalan Perkhemahan Berkhemah merupakan aktiviti yang menyeronokkan namun pelbagai persiapandan prosedur yang perlu diambil perhatian sebelum manjalankan aktivitiberkhemah. Walaupun aktiviti ini dipandang mudah bagi sesetengah pihak,namun perkhemahan yang dimaksudkan disini bukan hanya berkhemahdihalaman rumah ataupun tempat yang terdapat banyak kemudahan awam,tetapi ia melibatkan aktiviti yang jauh dari kediaman serta boleh menyebabkankesan yang tidak baik bukan sahaja kepada diri sendiri dan orang lain tetapi jugakepada alam sekitar sekiranya beberapa perkara yang dianggap remeh ini tidakdiambil perhatian. Lord Baden Powell (1955) telah menyatakan bahawa berkhemah merupakan kegiatan yang sangat menyeronokkan kerana dalam perkhemahan ahli- ahli perkhemahan dapat hidup dalam suasana semula jadi seperti tinggal di tempat lapang, mendengar kicauan burung serta dikelilingi oleh pohon- pohon kayu yang menyegarkan, turut berpeluang untuk mendekati binatang dan haiwan hutan. Lord Baden Powell juga telah menyatakan bahawa perkhemahan dapat memberi pangalaman yang luas kepada para peserta. Mereka akan berpeluang untuk menjelajah ke
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1Kelab Kembara Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional
1.0 KESELAMATAN
1.1 Definisi Keselamatan
Keselamatan merupakan suatu aspek yang amat penting dalam kehidupan seharian.
Keselamatan boleh dianggapsebagai suatu kebiasaan atau sebagai satu bentuk sikap yang
positif. Ianya tidakakan lahir dengan sendiri kecuali manusia itu sendirilah yang
membentuknya samaada hendak menganggapnya sebagai keutamaan ataupun tidak.
Keselamatan juga ditakrifkan sebagai satu keadaan bebas daripada kecederaan,
ketakutan,kesakitan atau kehilangan yang mana ia memerlukan tindakan yang
sewajarnyadaripada semua pihak (Loganathan, 2008).
1.2 KESELAMATAN PERKHEMAHAN
i. Pengenalan Perkhemahan
Berkhemah merupakan aktiviti yang menyeronokkan namun pelbagai persiapandan
prosedur yang perlu diambil perhatian sebelum manjalankan aktivitiberkhemah. Walaupun
aktiviti ini dipandang mudah bagi sesetengah pihak,namun perkhemahan yang dimaksudkan
disini bukan hanya berkhemahdihalaman rumah ataupun tempat yang terdapat banyak
kemudahan awam,tetapi ia melibatkan aktiviti yang jauh dari kediaman serta boleh
menyebabkankesan yang tidak baik bukan sahaja kepada diri sendiri dan orang lain tetapi
jugakepada alam sekitar sekiranya beberapa perkara yang dianggap remeh ini tidakdiambil
perhatian.
Lord Baden Powell (1955) telah menyatakan bahawa berkhemah merupakan kegiatan
yang sangat menyeronokkan kerana dalam perkhemahan ahli- ahli perkhemahan dapat hidup
dalam suasana semula jadi seperti tinggal di tempat lapang, mendengar kicauan burung serta
dikelilingi oleh pohon- pohon kayu yang menyegarkan, turut berpeluang untuk mendekati
binatang dan haiwan hutan. Lord Baden Powell juga telah menyatakan bahawa perkhemahan
dapat memberi pangalaman yang luas kepada para peserta. Mereka akan berpeluang untuk
menjelajah ke tempat yang baharu. Terdapat banyak lagi manfaat dan faedah yang boleh
diperolehi melalui perkhemahan.
2Kelab Kembara Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional
ii. Langkah-Langkah Aktiviti Perkhemahan
1. Kebenaran
Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan, perkara yang amat penting sekali
ialah memohon kebenaran. Kebenaran daripada ibubapa ataupun penjaga adalah perlu
dan kita harus memaklumkan mengenai aktiviti serta tujuannya kepada mereka ataupun
orang yang terdekat dengan kita. Melakukan aktiviti luar tidak boleh dirahsiakan,malahan
ia perlu diberitahu kepada orang lain supaya pemergian kita diketahui.
2. Laporkan
Kita haruslah melaporkan mengenai aktiviti ini kepada ranjer hutanyang bertugas
ditempat yang kita hendak tuju untuk memaklumkan mereka bahawa kita akan
melakukan aktiviti perkhemahan didalam kawasanmereka. Tujuannya adalah untuk
memudahkan mereka untuk membuat rondaankeselamatan ataupun melakukan kerja-
kerja menyelamat sekiranya kita memerlukan bantuan. Bukan itu sahaja, mungkin
mereka juga boleh memberikanpenerangan yang lebih terperinci mengenai keadaan
kawasan tersebut.
3. Kawasan Siapa
Sekiranya kawasan perkhemahan yang anda pilih itu merupakan kawasan
orangcontohnya seperti tanah persendirian ataupun kampung, maka setibanya anda
disana, anda haruslah meminta kebenaran daripada tuan punya tanah ataupunketua
kampung untuk bermalam dikawasan tersebut. Lebih-lebih lagi jika andamemasuki satu
perkampungan yang jauh terpencil dan mempunyai adat resamyang berlainan. Anda
haruslah cuba untuk memperolehi maklumat daripadamereka mengenai suku kaum &
kepercayaan, pantang larang, cara pergaulandan keselamatan kampung tersebut. Ini
adalah untuk memastikan anda selamat menetap di kampung tersebut serta kehadiran
anda dikawasan mereka tidakmengganggu.
3Kelab Kembara Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional
4. Peraturan
Peraturan yang telah ditetapkan disesuatu kawasan mungkin terdapat kelainan.Namun
begitu,anda haruslah mematuhi peraturan yang ditetapkan untukmenjamin keselamatan
dan kesejahteraan bersama.
iii. Pemilihan Kawasan/ Tapak Perkhemahan/ Peta
Sumber Asas
Untuk memilih kawasan ataupun tapak perkhemahan yang baik, perkara yangpaling
utama untuk diambil kira ialah sumber alam semulajadi terutamanyapunca air. Punca air
adalah penting untuk kita memasak, minum, membersihkandiri dan sebagainya. Namun
begitu anda DILARANG berkhemah terlalu dekatdengan sungai dikawasan hulu atau
berbukit. jika hujan dikawasan ini,terutamanya di sebalah hulu, paras air akan tiba-tiba
naik dengan cepat.
Bentuk Muka Bumi
Bentuk muka bumi yang sesuai adalah tanah rata dan kering. Kedudukantanah tersebut
haruslah tinggi sedikit daripada kawasan disekitarnya untukmengelakkan air bertakung /
banjir ketika hujan lebat. Permukaan tanah jugaseharusnya tidak berbatu-batu kerana ia
tidak menyelesakan ketika tidur.Tambahan pula, ia boleh merosakkan alas khemah anda.
Anda juga tidak digalakkan untuk mendirikan khemah di bawah pokok yangbesar
ataupun yang sudah tua. Kerana dikhuatiri dahan yang besar daripokok tersebut akan
menghempap khemah anda. Anda juga harus memastikanbahawa tapak perkhemahan
anda jauh dari semak dan belukar kerana kawasanbegini merupakan tempat sarang
serangga ataupun binatang merayap sepertiular, kala jengking dan lipan. Bukan itu
sahaja, tunas lalang yang tajam bolehmengoyakkan khemah. Tetapi anda juga diingatkan
supaya tidak mencarikawasan yang terlalu lapang, sekurangnya tidak jauh dari tempat
andamempunyai pokok atau bukit untuk mengelakkan ancaman angin. Anda jugadilarang
untuk mendirikan khemah yang terlalu dekat dengan kaki bukit keranabahaya tanah
runtuh.
4Kelab Kembara Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional
Perhubungan
Kawasan yang anda pilih sekurang-kurangnya mempunyai cara untuk berhubungdengan
orang diluar kawasan perkhemahan tersebut seperti jalan raya, telefonawam, balai polis,
rumah penduduk kampung dan sebagainya. Ini untukmemudahkan anda mendapatkan
bantuan segera jika perlu. Jika andamenjalankan aktiviti ini dikawasan yang terpencil
atau jauh kedalam hutan,pastikan anda berhampiran dengan tanah lapang dan tinggi
supaya kedudukananda mudah dikesan dari udara.
Sinar Matahari
Kedudukan anda seharusnya mendapat sinar matahari disebelah pagi untuktujuan
mengeringkan udara lembap dalam khemah dan juga mengeringkanpakaian dan peralatan
yang basah. Pemandangan yang indah juga tidak kurangpentingnya kerana ia dapat
memberikan ketenangan kepada kita sertaperkhemahan kita menjadi lebih seronok.
Denai Binatang
Jangan sekali-kali mendirikan khemah dikawasan denai binatang. Keranadikhuatiri
khemah anda akan menjadi mangsa rempuhan binatang yangmenggunakan denai
tersebut.
Kawasan Perkhemahan
1. Jangan mendirikan khemah betul-betul di puncak gunung atau bukit, kerana ini akan
menyebabkan kita menjadi "point of contact" sekiranya berlaku kilat atau petir, menjadi
penampan sekiranya berlaku ribut atau angin yang kuat. Cara yang sesuai hendak dirikan
khemah dalam jarak 4 ke 6 meter dari puncak. Lagi jauh lagi baik. Peristiwa dipanah petir
pernah berlaku di sebuah gunung di Negeri Pahang satu ketika dahulu.
2. Jangan dirikan khemah di tepi tebing atau bawah tebing yang curam. Kerana tebing-
tebing ini berpotensi untuk runtuh bila berlaku hujan atau sebagainya.
5Kelab Kembara Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional
3. Jangan berkhemah terlalu hampir dengan tebing sungai. Banjir kilat di kawasan
pendalaman akan berlaku tanpa disedari dan dalam beberapa saat saja air akan naik
mendadak menghanyutkan khemah bila berlaku hujan di hulu sungai.
4. Hindari dari berkhemah di laluan binatang "Denai" kerana bila-bila masa saja binatang
hutan akan melalui denai berkenaan. Yang paling bahaya adalah kumpulan gajah. Dalam
sekelip mata saja khemah yang didirikan akan ranap kerana gajah akan berjalan
berkumpulan. Jadi Jarakkan dari denai sekurang-kurangnya 4 ke 5 meter.
5. Sekiranya perlu buat unggun api hendaklah dalam jarak 4 meter dari khemah untuk
mengelak percikan bunga api dan membakar khemah. 6. Jangan sekali-kali membawa
masuk api ke dalam khemah seperti lampu gas atau minyak, dapur gas atau minyak,
menghisap rokok dan sebagainya. Benda-benda ini bukan saja penyebab kebakaran tetapi
juga sekiranya khemah bertutup rapat, ianya akan menghabiskan oksigen dan
mengeluarkan karbon dioksida dan meracuni udara di dalam khemah. Ini telah berlaku
kematian sebagaimana berlaku di Gunung Korbu, Ulu Kinta satu masa dulu.
7. Hindari berkhemah di padang-padang lalang atau resam kerana lalang atau resam
kering mudah terbakar. Begitu juga di tengah-tengah padang lapang kerana kemungkinan
disambar petir adalah besar.
8. Dilarang sama sekali mendirikan khemah di bawah pokok yang rimbun, kerana bila
hujan atau berlaku ribut, dahan-dahan pokok ini dengan daun yang rimbun dan berat amat
berpotensi untuk runtuh dan menimpa khemah.
9. Jangan mendirikan khemah di bawah pokok yang mati. Pokok yang mati memang
mereput dan akan patah pada bila-bila masa saja. Kemungkinan besar akan menghempap
khemah.
10. Pastikan pintu khemah bertutup (zip) bila meninggalkan khemah untuk mengelak dari
sebarang binatang atau serangga berbisa memasuki khemah.
11. Bila mendirikan khemah hendaklah pintu khemah tersebut membelakangkan arah
tiupan angin untuk mengelakkan dari angin kuat menerobos ke dalam khemah bila pintu
6Kelab Kembara Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional
khemah di buka dan berpotensi untuk menerbangkan khemah atau paling tidak
merusakan khemah.
12. Apa-apa benda tajam parang pisau dan sebagainaya hendaklah bersarung atau
disimpan ditempat yang selamat dari terpijak dan senang untuk diambil bila perlu.
13. Hendaklah menanda satu tempat bertemu atau berkumpul kembali yang difikirkan
selamat sekiranya berlaku apa-apa kecemasan dan semuanya ahli bertepiaran lari ke
pelbagai arah. Dan apabila keadaan sudah pulih tempat yang ditanda tadilah semua akan
berkumpul semula.
14. Setiap ahli atau anggota hendaklah mempunyai wisel untuk digunakan semasa
kecemasan. Setiap keperluan tiupan wisel hendaklah diberikan Kod Nada dan jangan
ditiup sesuka hati. Untuk keselesaan, carilah tapak khemah yang rata dan tidak
berbatu.Elak dari tapak yang lecak, berlumpur atau bertunggul. Untuk mendapat
kemudahan asas hendaklah berkhemah dekat dengan punca air dan berhampiran denai
atau trek.
Penting : Bawa keluar apa yang dibawa masuk, terutama tin dan bekas plastik. Jangan
menebang pokok sekiranya tidak sangat-sangat diperlukan. Buang najis hendaklah di
dalam lubang dan ditimbus bukan di dalam sungai.
iv. Keselamatan Khemah
Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau terlalu hampir dengan
khemah.
Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai pakaian.
Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah.
Digalakkan makan di luar khemah untuk mengelakkan semut ataubinatang lain
daripada memasuki khemah.
Pastikan khemah ditutup jika tiada orang di dalamnya.
Pastikan di luar dan dalam khemah sentiasa berkeadaan bersih dankemas.
Merokok adalah di larang sama sekali di dalam khemah.
7Kelab Kembara Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional
Pastikan khemah yang dipasang adalah kukuh dan selamat untukdigunakan
v. Susunan Tempat Perkhemahan
Tempat perkhemahan perlu disusun dengan rapi bagi mengelakkan dicerobohi
oleh orang luar.
Khemah perempuan dan lelaki hendaklah pada jarak yang sesuai.
Pondok kawalan disediakan bagi khemah perempuan bagi menjaga keselamatan
peserta perempuan.
Khemah urus setia hendak strategik kerana pengawasan 24jam diperlukan.
Dapur perlu pada tempat yang sesuai.
Tempat makan perlu berdekatan dengan khemah peserta bagi memudahkan
mereka bergerak.
vi. Aspek Keselamatan
Tanda Mengesan Dan Semboyan
a) Tanda Mengesan
Tanda mengesan adalah bertujuan untuk memberitahu ahli yang berada
dibelakang tentang arah anda dan untuk menyelamatkan anda daripada tersesat.
Anda boleh menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di kawasan
yangdilalui dean mudah dilihat seperti batu, ranting, kayu, rumput, daun kayu,
garisandi atas tanah dan sebagainya. Tanda-tanda mengesan yang biasa
digunakanadalah seperti rajah di bawah
8Kelab Kembara Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional
9Kelab Kembara Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional
b) Semboyan
Selain kemahiran mengesan tanda, kemahiran penyampaian berita secara sulit dan
menggunakan semboyan juga perlu ada. Kemahiran menghantar berita dan
menggunakan semboyan ini sangat penting dan perlu diketahui terutama sekali
semasa mengembara di hutan, di kawaan bukit-bukau dan semasa menghadapi
kesulitan. Semboyan digunakan untuk berhubung di dalam hutan atau semasa
mengadakan perkhemahan. Latihan menghantar semboyan adalah satu aktiviti
yang menyeronokkan. Penghantar isyarat semboyan sangat penting apabila
10Kelab Kembara Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional
tersesat di dalam hutan. Tujuannya ialah untuk memudahkan pasukan penyelamat
bertindak dengan segera. Isyarat semboyan boleh dihantar dengan pelbagai cara.
i. Penggunaan Isyarat Wisel
Penggunaan isyarat wisel dalam perkhemahan atau pengembaraan
adalahuntuk memberi isyarat kepada ahli-ahli. Antara beberapa isyarat wisel ini
ialah:-
Bunyi Wisel Makna
Satu tiupan panjang Sedia dan diam (Dengar arahanselanjutnya).
Tiupan panjang perlahan-lahan Pergi jauh lagi, melebar,dan berturut-