KOSMO! 2 SELASA 5 MEl 2015 FOTO: ZULKARNAIN SAIDIN Panca Persada dan Balai Gambang menjadi dua simbol penting dalam Ist'iadat Pertabalan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Sultan Perak yang ke-35. BALAI GAM BANG menjadi pengangkutan rasmi kepada Sultan Perak untuk menziarah makam-makam Almarhum Sultan Perak terdahulu. Oleh SAHLIZAH MOHAMED dan MUHAMAMD AYMAN GHAFFAR rencana@kosmo.com.my S ELEPAS tiga dekad, sebuah lagi sejarah bakal tereipta esok buat seluruh rakyat negeri Perak sempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang bakal diangkat sebagai Sultan Perak ke-35 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan pada 29Mei 2014 sel epas kemangkatan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah SAFRY Ghafarullahu-Lah yang mangkat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur sehari sebelum itu. Istiadat pertabalan akan diadakan esok di Balairong Seri Istana Iskandariah diikuti dengan tembakan meriam sebanyak 21 das sebelum baginda berkenan berangkat ke Majlis Santapan Tengah hari di Dewan Santapan Istana Iskandariah. Dua simbol adat pertabalan yang diberi perhatian khusus menjelang tibanya detik bersejarah itu ialah Panea Persada dan Balai Gambang yang melibatkan kerja-kerja pembinaan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri. Panca Persada Panea Persada merupakan lantai yang tinggi bertingkat atau bertangga tempat duduk raja. Ia dibina di pekarangan Istana Iskandariah untuk dilangsungkan upaeara Istiadat Siram Tabal sebaik sahaja Istiadat Tabal Pusaka pada malam 7 Mei. Pengarah JKR negeri, Datuk Ir. Dr. Safry Kamal Ahmad berkata, JKR telah dipertanggungjawabkan untuk membina sebuah Panea Persada mengikut tradisinya di mana Istiadat Siram Tabal akan dilakukan. Begitu juga dengan Balai Gambang yang menyaksikan Sultan ISTIADAT Pertabalan Sultan Perak akan diadakan di Balalrong Seri Istana Iskandariah esok. Perak menggunakan jalan air untuk menziarah makam Almarhum Sultan Perak yang terdahulu di sepanjang pesisiran Sungai Perak menaiki bot khas itu. Berdasarkan kepada gambaran Pane a Persada yang pernah dibina untuk pertabalan Sultan Perak sebelum ini, JKR telah melakarkan satu pentas bertingkat itu berkonsepkan piramid berukuran 6 meter persegi dengan ketinggian 6.7 meter. Keseluruhan Panea Persada memiliki 11 tingkat dan tingkat yang paling atas akan memperlihatkan Sultan Perak bersama permaisuri bersemayam untuk dilaksanakan upaeara Istiadat Siram Tabal. "Selalunya diambil dengan angka ganjil sama ada tujuh, sembilan atau 11. Setiap tingkat akan disasarkan dengan warna bendera perak iaitu putih, kuning dan hitam sehingga ke tingkat yang pertama. "Pad!l setiap tingkat akan diadakan lampu warna- warni untuk menghias Panea Persada. Semua perhiasan akan dilaksanakan di tingkat 11 di tempat bersemayam berdasarkan kepada Panea Persada sebelum untuk dihias dengan kain-kain kuning keemasan," katanya ketika ditemui di pekarangan Istana Iskandariah baru-baru ini. Katanya, 13.karan pentas bertingkat itu telah dimulakan sejak Februari lalu. Latihan dan replika Pane a Persada juga telah dibina sebelum pembinaan l3ebenar dijalankan. Semua pembinaan ini sama ada dari segi reka bentuk dan lakaran telah pun dilakukan oleh barisan ' arkitek JKR Perak bersama jurutera dan dibina oleh kakitangan tukang mahir daripada JKR sendiri. "Saya amat bangga kerana yang dilaksanakan ini adalah in house. Tidak melibatkan mana-mana pihak luar dan ini merupakan sumbangan JKR kepada istidat pertabalan kali ini. "Seramai 35 anggota tukang mahir termasuk pegawai, arkitek dan jurutera di bahagian kejuruteraan dari seluruh daerah , Perak terlibat dalam pembinaan Panea Persada," katanya . . . , Kubah keemasan Panea Persada sebelum ini pernah dibina menjelang aeara pertabalan .'Sultan Perak yang terdahulu, euma pada kali ini, perbezaan yang dibuat adalah di bahagian atas tingkat ke-l1. Konsep bumbung Panea Persada yang sebelum ini dibina dengan menggunakan bumbung yang euram ditukarkan kepada kubah keemasan agar rona warnanya setara dengan Istana Iskandariah. . . Empat tiang seri digunakan untuk menyokong kubah Pane a Persada menggunakan besi bagi memastikan ia dapat mengambil beban pentas bertingkat itu yang dibina mengadap kiblat. Kali ini, Sultan Nazrin akan menziarah makam Sultan-Sultan Perak terdahulu yang terletak di Kuala Kangsar, Ipoh, Gopeng, Sayong, Manong, Parit, Bota, Lambor Kanan, Pulau Tiga, Kampung Gajah, Kampung Pulau Juar, Pasir Salak, Kampung Bandar Baru, Kampung Teluk Memali dan Teluk Intan. Ia merupakan antara aeara yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat ketika sultan menggunakan jalan air untuk menziarah makam- makam di sepanjang pesisiran Sungai Perak dengan menaiki bot khas yang dipanggil Balai Gambang. Perjalanan menziarah makam-makam Almarhum Sultan Perak terdahulu mengambil masa antara dua hingga tigajam. SERAMAI30 kakitangan termasuk tenaga pengajar dan pelajar tahun akhir dari UniKL terlibat dalam pembinaan Balai Gambang.