32 RENCANA DRHASNAH HUSSIIN Tindakan menghina . . . pem,mp,n, persenda agama, terbabit gejala sosial sebahagian penganlayaan JeJas masa depan M elihatkan kepada gejala negatif, perbuatan melanggar undang- undang negara serta perlakuan di luar norma kemanusiaan, timbul persoalan di manakall letaknya nilai-nilai patrotisme dalam diri generasi muda pada hari ini? Tindak tan- duk generasi ini jelas memperlihatkan me- reka tidak lagi patriotik dan sayangkan negara. Baru-baru ini ada beberapa pihak yang akan melaksanakan pengukuran indeks patriotisme rakyat Malaysia. Langkall ini patut dipuji kerana negara kini telall ber- ada dalam satu fasa yang mana rakyatnya sudall hampir hilang hormat dan tidak cintakan negara sendiri. lni berdasarkan kepada beberapa perbuatan generasi kini yang mencerminkan kecintaan terhadap negara sendiri semakin terhakis mungkin disebabkan aliran globalisasi yang tidak diurus dan tidak difallami dengan betul. Sejak akhir-akhir ini, rakyat negara ini kelihatan begitu berani sehingga sanggup menghina institusi Raja dan pemimpin negara. Pemimpin bukan lagi untuk di- hormati, disegani, sebagai lambang per- paduan dan penyatuan masyarakat negara ini. Institusi ini telall dihina disebabkan ada sesetengall pihak yang tidak menyukai gaya dan corak pentadbiran pemimpin. Perbu atan sebegiRi boleh disamakan de- ngan perumpamaan 'marahkan nyamuk kelambu di bakar'. Apa yang tidak kena dengan cara mereka ini ialall perbuatan memijak gambar pe- . mimpin, menggunakan medan sosial bagi menghina pemimpin, inelakukan perbua- tan super imposed ke atas gambar pemim- pin dan sebagainya. Perbuatan ini sebe- narnya dilarang oleh agama, tidak ber- moral serta memalukan individu atau pemimpin berkenaan. Seharusnya rasa ketidakpuasan hati ter- hadap pemerintall perlu menggunakan sa- luran dan jalan yang betul kerana negara . ini menyediakan pelbagai saluran untuk rakyat membuat sebarang aduan. Salur idea bernas untuk pembangunan negara Mungkin juga generasi akan datang perlu dididik dengan cara-cara bagaimana hen- dak menyalurkan idea bemas untuk pem- bangunan negara serta untuk menyumbang idea bagi kepentmgan ber- sama. Bagi pihak pemimpin pula, mereka perlu sentiasa membuat check and ba lance bagi memastikan semua lapisan masya- rakat sama ada kava atau susall mep.dapat pembelaan sewajarnya di bawall pemba- ngunan negara. Isu agama sebenarnya adalall benda sen- sitif yang jika tidak diuruskan dengan baik boleh mencetuskan konflik antara kaum di negara ini. Tetapi akibat kemajuan yang pesat dalam bidang sains dan teknologi serta kewujudan laman-Iaman sosial tanpa batasan, menyebabkan ada antara masya- rakat atau individu di negara ini bertindak menggunakan kemudallan ini untuk me- nyebarkan perkara yang tidak baik me- ngenai agama dan kaum yang lain. Tanpa diketallui mengapa dan apa motif sesetengall kumpulan dan individu ber- tindak untuk menghina agama sehingga boleh menyebabkan timbulnya sensitiviti penganut agama lain. Mereka memper- sendakan ajaran din perbuatan agama orang lain. Apakall mereka ini tidak ka- sihkan saudara sesama bangsa Malaysia? Datuk nenek moyang mereka telah lama hidup bersama tanpa sengketa, tetapi me- ngapa generasi ballaru bertindak mem- perlekebkan agama yang boleh menim- bulkan kemarallan penganut sesuatu aga- rna lain? Apakall mereka tidak cintakan kedamaian "dan kerukunan yang dikecapi selama ini? Adakall mereka mallu negara ini menjadi seperti beberapa buall negara jiran yang lain yang sering bersengketa disebabkan isu agama? Hina negara sendiri Pepatalllama ada mengatakan 'hujan emas di negeri prang, hujan batu di negeri sen- diri', tetapi negara sendiri tetap yang ter- baik. Namun sejak kebelakangan irti, kita banyak dikejutkan dengan beberapa in- siden atau kejadian rakyat negara ini yang menghina negara sendiri di negara luar sarna ada dengan menterbalikkan bendera negara dan bertindak menceritakan pe- rihal hal ehwal negara ini di negara luar. Paling parall ada yang tidak mallu kem- bali ke tanall air disebabkan berasakan Malaysia tidak mampu memberikan me- reka pulangan atau persekitaran pekerjaan yang lebih baik. Secara logiknya, bendera Malaysia atau apa-apa sallaja yang menjadi simbol negara tidak bersalall, tetapi rasa ketidakpuasan hati pihak-pihak tertentu terhadap negara menyebabkan mereka menggunakan sim- bol atau lambang negara sebagai mangsa untuk melepaskan kemarallan mereka ter- hadap negara sendiri. Melihat statistik gejala sosial, penagihan dadall serta jenayall, kebanyakannya di- lakukan oleh remaja dan dewasa rakyat Malaysia. Semua perbuatan ini bukan sa- haja salall di sini undang-undang, malallan ia boleh merosakkan diri dan masa depan individu itu sendiri.' Statistik penagihan dan penyalallgunaan dadall mencerminkan betapa ramai go- longan belia yang sepatutnya menyum- bang tenaga kepada pembangunan negara, tetapi terbabit dengan perkara yang me- rosakkan negara dan bangsa. Jika lebih ramai lagi belia terbabit dalam perkara seperti ini, agaknya siapa yang akan me- me gang tampuk pemerintahan negara nanti? Perkara ini perlu difikirkan kerana Ma- laysia memerlukan ramai tenaga mahir dan separuh mahir untuk bersama mem- bangunkan politik, ekonomi dan sosial ne- gara. Perbuatan ini seolall-olall golongan belia itu tidak sayangkan diri mereka sendiri dan juga negara memandangkan negara ter- paksa menghabiskan berbilion ringgit un- tuk membaik pulih mereka yang terbabit dengan penyalahgunaan dadall serta je- . nayall. . Generasi yang lahir pada zaman sains dan teknologi tidak sama dengan zaman sebelum pengenalan telefon pintar, What- sApp, Facebook dan sebagainya. Pemikiran (8 JUMAAT 6 MAC 2015 ancam orang awam, merosakkan harta benda. [GAMBAR HIASAN]