Pengenalan Apakah itu dadah?
Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang
mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi
jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkahlaku
pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini seseorang
yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah
tersebut dan menyebabkan ketagihan berlaku.Pelbagai dadah dikenali
sebagai heroin, morfin dan ganja pada hakikatnya merangkumi semua
bahan yang boleh memberi kesan yang buruk atau negatif seperti yang
dinyatakan. Tembakau dan arak juga merupakan dadah dan pengambilan
yang berlebihan mendatangkan kesan yang memudaratkan.Dadah adalah
satu-satunya masalah sosial yang paling rumit yang sedang dihadapi
oleh negara. Masalah ini mula diperkatakan sejak tahun 70-an lagi,
namun sehingga kini masih tidak menampakkan perubahan positif.
Ciri-ciri DadahDadah merujuk kepada sejenis bahan kimia
psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri berikut : Mempunyai kesan yang
paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang).
Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah
dilarang.Diperoleh secara haram.Membawa kepada pergantungan fizikal
dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap
dadah.Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan
dan fungsi sosial seseorang.
Ciri-Ciri Penagihan DadahKemerosotan kehadiran di sekolah atau
tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja.Kemerosotan rupa
paras dan kebersihan diri.Selalu mengunjungi tempat terpencil untuk
mengambil dadah.Suka meminjam wang dari kawan-kawan atau mencuri
barang-barang.Hilang selera makan dan kurang berat badan.
Kesan Penggunaan Memahami Ketagihan
Sesetangah individu lebih cenderung menagih dadah. Seperti
penyakit lain, kecenderungan menagih berbeza-beza dalam kalangan
insan, dan bergantung kepada bilangan faktor risiko yang terbabit.
Pendek kata, faktor risiko dan faktor pelindung adalah seperti daya
magnet pada kutub yang bertentangan. Seseorang yang menghadapi
beberapa faktor risiko adalah lebih terdedah kepada ketagihan
berbanding seseorang dengan hanya mempunyai satu fator risiko.
Sebaliknya terdapat faktor pelindung yang berlawanan dengan faktor
risiko, justeru mengurangkan risiko seseorang mengalami
ketagihan.Namun, tidak ada satu faktor tunggal yang menentukan sama
seseorang akan menjadi penagih dadah kerana seluruh prosesnya amat
rumit dan mengambil kira banyak pembolehubah. Antaranya termasuk
jantina dan bangsa, peringkat tumbesaran dan persekitaran sosial
semasa membesar.
Ketagihan sejenis penyakit otakOpioid, iaitu sejenis dadah
paling kerap disalahgunakan di seluruh dunia. Opioid mengikat
reseptor dalam otak untuk merangsang penghasilan dopamine, sejenis
bahan yang wujud secara semula jadi yang membuat kita rasa gembira.
Walaupun opioid dalam bentuk morfin dan ubat pelega kesakitan di
bawah pengawasan perubatan, penggunaan secara rekreasi atau sebagai
amalan biasa boleh menyebabkan ketagihan apabila otak tidak dapat
berfungsi secara normal tanpa opioid. Ketagihan dan kebergantungan
kepada dadah bukan satu kejadian rambang. Mungkin masalah hidup,
ketidakselesaan, gangguan emosi atau kesakitan fizikal menyebabkan
seseorang mula menyalahgunakan dadah yang seterusnya mengundang
kebergantungan sepanjang hayat mereka.Terdapat dua ciri umum yang
dapat dilihat dalam masalah ketagihan dan kebergantungan kepada
dadah iaitu dorongan nafsu yang kuat untuk mengambil dadah (tanpa
keupayaan untuk mengawal pengambilan) dan sindrom penarikan yang
menyebabkan ketidakselesaan fizikal dan kehilangan motivasi apabila
dadah tidak diberikan. Penyalahgunaan dadah boleh menyebabkan
kebergantungan atau ketagihan. Ketagihan (kebergantungan) dadah
ialah penggunaan dadah secara berulang, walaupun ia mendatangkan
kesan negatif dan kadang-kala berbahaya.Oleh kerana kesannya
terhadap otak dan gejala tarikan serius yang boleh menyebabkan
kesakitan fizikal, ketagihan ialah sejenis penyakit kronik (jangka
panjang) dengan kadar berulangan yang tinggi. Ditambah pula dengan
tanggapan buruk masyarakat terhadap masalah ini, individu yang cuba
mengatasi ketagihan mereka menghadapi masalah besar untuk
menanganinya. Ketagihan dan kebergantungan kepada dadah ialah
penyakit progresif. Keadaan ini boleh menyebabkan penagih hilang
harga diri apabila mereka rasa mereka harus disalahkan, hilang
punca kewangan apabila ketagihan mereka menyebabkan mereka
mengabaikan tugas mereka, dan kehilangan sokogan daripada orang
tersayang yang tidak dapat membantu mereka. Ramai keluarga
mengabaikan atau menyembunyikan hakikat bahawa orang tersayang
mereka mengalami ketagihan dan kebergantungan kepada dadah.Dalam
keadaan paling buruk, individu tersebut mungkin dipinggirkan atau
tidak diterima oleh keluarga masing-masing, menyebabkan mereka
tidak mempunyai banyak pilihan. Tidak kira punca atau sebab seorang
individu mula menyalahgunakan dadah, sama ada sebagai sesuatu
aktiviti yang menyeronokkan atau untuk mengalihkan tumpuan daripada
masalah lain, hakikatnya ialah usaha melepaskan diri daripada
belenggu ketagihan memerlukan bantuan.
Merawat masalah ketagihanMenyedari masalah ketagihan berpunca
daripada ciri fisiologi dan juga persekitaran, kaedah rawatan
paling berkesan ialah pendekatan serampang dua mata yang menangani
keperluan atau ketagihan fizikal dan juga keperluan psikologi dan
emosi penagih. Walaupun orang ramai sudah biasa dengan kaedah
pemulihan ketagihan, iaitu seseorang penagih dimasukkan ke sebuah
institusi perubatan sepanjang rawatan, terdapat satu lagi pilihan
rawatan yang dikenali sebagai terapi penggantian dadah (DST) di
mana penagih dirawat dengan ubat untuk mengurangkan keinginan
tetapi tanpa perasaan amat gembira (euphoria) yang dikaitkan dengan
penggunaan dadah sebenar.Dengan cara ini, kebergantungan otak
kepada kesan dadah akan berkurangan sehingga pesakit berkenaan
boleh mengelakkan diri sama sekali daripada menggunakan dadah. Ada
dua jenis DST yang boleh digunakan : Buprenorphine
Sejenis rawatan baru dalam bentuk tablet yang diletakkan di
bawah lidah. Sebagai opioid agonis separa, ia mengikat kepada
reseptor opioid dalam otak dengan cara yang sama seperti dadah
opioid tanpa kesan penuh supaya penggunaanya tidak menyebabkan
perasaan euforia. Jika pengguna cuba mengambil lebih daripada dos
yang diperlukan, dia akan mengalami gejala tarikan. Dalam kes ini,
buprenorphine akan bertukar daripada agonis separa kepada
agonis.Buprenorphine juga mengandungi naxolone, yang menyebabkan
gejala tarikan serius jika tidak diambil mengikut arahan. Ini
bertujuan mengurangkan kemungkinan rawatan disalahgunakan,
memudahkan pesakit mendapatkan rawatan dan mengurangkan kos
penyeliaan jangka panjang pesakit. Bentuk rawatan ini memberikan
peluang kepada pesakit yang bergantung kepada opioid untuk bertukar
lebih awal kepada terapi di rumah dan pengambilan dos yang tidak
kerap (selang sehari), membolehkan pesakit meneruskan kehidupan
mereka, sama ada bekerja atau menguruskan rumah tangga.
Methadone sejenis ubat oral cecair yang diambil setiap hari di
pejabat doctor atau klinik methadone di bawah penyeliaan langsung.
Methadone ialah sejenis opioid agonis peuh yang mengaktifkan
reseptor opioid dalam otak, merangsang reseptor untuk menghalang
isyarat sakit dan menyebabkan perasaan euforia. Namun, pemantauan
rapi diperlukan kerana pengguna mungkin menambahkan dos untuk
mencetuskan perasaan euforia.
KESAN PENYALAHGUNAAN DADAHKesan kepada Penagih Penagih akan
menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan
kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah.Tidak bertanggungjawab
kepada persekolahan dan prestasi kerja.Dari segi fizikal, penagih
akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti dalam
khayalan.Pitam, pengsan & berkelakuan ganasDaya tahan penyakit
akan berkurangan dan mudah dijangkiti penyakit seperti kancing
gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.
Kesan Kepada Keluarga Menjatuhkan maruah dan nama baik
keluargaMembebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa,
tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya.Rumah tangga menjadi
porak peranda.Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga dalam
kalangan keluarga.Anak-anak menjadi terabai dan seterusnya
mengundang masalah sosial kepada mereka.
Kesan Kepada Masyarakat Mengancam ketenteraan awam dengan
kejadian jenayah seperti rompakan dan samun.Perpaduan, pembangunan
dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja
dan belia dengan dadah.Persengketaan dan perselisihan antara
masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota masyarakat dengan
dadah.
Kesan Kepada Negara Kehilangan/kerugian akibat pengurangan daya
pengeluaran ekonomi.Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan
pemulihan penagih dadah.Kos bagi menyelenggara program-program
pencegahan.Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti jenayah
yang berlaku.Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti
menambah bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara,
mahkamah, hospital dan sebagainya.Kos kerugian tenaga dan modal
insan kerana kebanyakan terlibat dalam penglibatan dadah terdiri
daripada golongan remaja dan belia.
Kesan-kesan penagihan dadah: dari segi fizikal, mental dan emosi
Penyalahgunaan dadah akan menyebabkan beberapa kesan kepada
penagih. Semasa mengambil dadah, penagih dadah akan mengalami kesan
euforia serta mengalami halusinasi (rasa khayal), dari segi
fisiologi penagih akan mengalami peningkatan sel darah putih dan
paras gula dalam darah,kemusnahan otot-otot dan peningkatan suhu
badan. Selain itu, sistem saraf pusat (saraf dan saraf tunjung)
juga akan mengalami kerosakkan. Lama-kelamaan, kadar penafasan
penagih dadah akan menjadi lebih pendek dan perlahan. Tubuh penagih
juga akan mengigil akibat penurunan kadar metabolisme. Disamping
itu, mata penagih juga akan menjadi kemerah-merahan serta kuyu dan
berat badan penagih dadah turut akan mengalami penurunan secara
mendadak.
Kesan-kesan penagihan dadah dari segi sosial Penagihan dadah
akan membawa kepada penagih kepada risiko dijangkiti HIV/AIDS,
hepatitis dan sawan. Hal ini demikian kerana, mereka menggunakan
alat suntikan yang dikongsi dengan penagih lain. Bagi ibu yang
mengandung akan membawa risiko seperti keguguran, kandungan yang
tidak stabil, cacat atau mati. Selain itu, penagih dadah kebayakkan
dikaitkan dengan penyakit psikosis (tidak siuman), kerosakan otak
dan ketidakstabilan emosi. Oleh hal yang demikian, mereka akan
terdorong untuk melakukan perkara di luar jangkaan seperti
merompak,meragut, merogol, dan membunuh dan meningkatkan kadar
berlakunya masalah sosial. Keadaan ini menjatuhkan imej negara dan
pelaburan asing tidak berani untuk melabur di negara kita. 1. Tubuh
badan yang siaht menjadi lemah, kurus dan tidak bermaya kerana
kurang nafsu makan yang menyebabkan kurang zat-zat makanan yang
diperlukan.2. Mudah tersinggung dan naik radang denan perasaan yang
bukan-bukan kerana mensyaki dan khuatir masyarakat sentiasa
menghina mereka.3. Mata selalu merah dan berair kerana fungsi mata
tidak dapat dikawal sehingga mereka terpaksa memakai kaca mata
gelap untuk melindunginya.4. Terdapat parut dan kesan-kesan luka
celar-celar, terutam di bahagian lengan (bagi mereka yang
menggunakan jarum suntikan)5. Dari masa ke semasa menggelatar
seperti kesejukkan amat sangat.6. Suka menjauhkan diri dari
khalayak ramai ke tempat-tempat sunyi atau gelap.7. Selalu
melakukan perbuatan atau gaya yang ganjil-ganjil kerana dipengaruhi
khayalan-khayalan kesan dadah yang mereka ambil.8. Tidak dapa
mengawal pertuturan dan suara kerana kemerosotan dan gangguan
mental, sehingga percakapan sukar di fahami.9. Selalu mengantuk,
hilang konsentrasi serta hilang pertimbangan akal dan kawalan
diri.Walau bagaimanapun, kesan atau akibat dadah ke atas seseorang
adalah berbeza mengikut individu dan bergantung kepada beberapa
faktor seperti jumlah dadah, jumlah dadah yang digunakan, cara
penggunaan, keadaan individu serta situasi ketika
menggunakannya.
Jenis-jenis Dadah Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada
beberapa jenis eperti Opiat dan Opiat sintetik, Stimulan, Ganja,
Halusinogen, Depresen, ubat-ubat dan bahan-bahan yang
disalahguna.
OPIATDadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi.
Getah dikeluarkan daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan
diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan
heroin. CanduCandu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi
menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Candu
dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna
putih kepada coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat,
menanjal (elastic) apaila masih segar dan menjadi keras jika
terdedah kepada udara.
MorfinMorfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah
diproses daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia dikenali
sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin
hidroklorik.
Morfin MentahBentuk blok/serbukBertanda 999Mengandungi 70% - 90%
morfinJuga dikenali sebagai Heroin No. 1
Bes Morfin Seperti serbuk kopi halusMengandungi 60% - 70%
morfin
Pil-pil MorfinMengandungi morfin sulfat/morfin hidrokloridPil
kecil berwarna putih/coklat pucat
HeroinHeroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna
oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah
serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada
pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda
morfin.
KodeinKodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi
di dalam candu. Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran
adalah yang dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang perubatan,
kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai
ubat batuk.
Opiat SintetikOpiat sintetik meliputi bahan-bahan seperti
methadone, pethidine, dipipanone dan dextropropoxyphene.
Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiate dan
digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini
methadone digunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara
kita.
STIMULANStimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang
merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua jenis
stimulant iaitu jenis amfetamin atau Amphetamine-type-stimulants
(ATS) dan kokain. AmfetaminAmfetamin adalah stimulant sintetik
buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat yang mengandungi
amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.
Dadah perangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine
(ice/syabu) dan Methylenedioxy Methamphetamine adalah dadah yang
sangat berbahaya.
MethamphetamineMethamphetamine hydrochloride merupakan satu
jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulant. Ianya berbentuk
kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas. Contoh
methamphetamine hydrochloride yang biasanya terdapat di Malaysia
ialah syabu. Syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak
mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.
KokainKokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka
yang terdapat di Peru, Bolivia dan Colombia di Pergununga Andes,
Amerika Selatan. Daun koka banyak digunakan di negara-negara
Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping negara-negara
Eropah.Kokain Freebase adalah bes kokain yang bebas daripada segala
campuran dan dihisap dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip
khas. Kokain Crack adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan
berbentuk granules, Crack mempunyai ketulenan sehingga 90% dan
sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam
masa yang singkat.
MDMAMethaylenedioxy-methamphetamine (MDMA) merupakan analo
meskalin dan amfetamin. Ia dipanggil feel good drug dan boleh
meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk
dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rasa pengguna muda.
Ganja/KanabisKanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk
semua jenis dadah yang diperoleh daripada pokok cannabis sativa.
Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico,
Afrika dan Timur Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks
dan mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana
tetrahydrocannabinol (THC) merupakan bahan psikoaktif yang
utama.
Kanabis HerbaKanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk
berbunga pokok genus kanabis yang dikeringkan dalam bentuk ketulan.
Ia menyerupai tembakau tetapi berwarna lebih kehijauan.
HashishResin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga
kanabis yang dikumpulkan dan dihasilkan menjadi ketulan, serbuk
atau dicampurkan dengan lilin. Warnanya berbeza-beza daripada
coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam.
Minyak HashishMinyak hashish daripada pengasingan bahan
kanabinoid dengan menggunakan bahan pelarut. Ia menyerupai minyak
tar, tidak larut dalam air dan menjadi pekat apabila terdedah
kepada udara.
HalusinogenHalusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang
mengubah pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual dan
menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak
benar. Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan
Kementerian Kesihatan. LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin
semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan penyalahgunaan
ubat-ubatan ini sukar dibuktikan. Ubat-ubatan ini amat popular
disalahgunakan oleh golongan hippies pada tahun 1960-1970. Kini ia
diguna oleh kebanyakan penagih di negara-negara barat.
Depresen Ubat Depresen
BarbituratesUbat depresen termasuk juga ubat-ubat sedative dan
tranquilizer. Ubat-ubat ini bertindak dalam sistem saraf tunjang
manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi
tubuh.
TranquilizerContoh ubat sedative ialah barbiturates manakala
contoh tranquilizer ialah erimin-5, rohypnol dan valium. Erimin-5
sejenis sedative yang kerap disalahgunakan oleh mereka yang
menyalahguna club drugs untuk membantu mereka kembali ke kehidupan
rutin. Penagih heroin juga menganggap erimin-5 sebagai pengganti
heroin apabila harga pasaran haram heroin tinggi.Rohypnol sejenis
sedative yang sangat kuat kesannya sehingga ia kerap disalahguna di
kelab malam bukan sahaja sebagai club drugs, bahkan juga sebagai
rape drugs oleh perogol. Rohypnol boleh mengakibatkan kematian
apabila disalahgunakan bersama alkohol.
AlkoholAlkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna
terutamanya oleh pengunjung kelab-kelab malam. Alkohol juga
bertindak ke atas sistem saraf manusia dengan cara memperlahankan
fungsi dan reaksinya.Penyalahgunaan alcohol bersama dadah boleh
menyebabkan pelbagai kesan sampingan seperti hilang keseimbangan
badan dan tidak sedarkan diri.Tindak balas kimia alkohol bersama
dadah yang diambil secara berlebihan akhirnya boleh membawa
maut.
GHBGamma-hydroxybutyrate (GHB) boleh diperoleh dalam bentuk
cecair jernih, serbuk putih, pil dan kapsul. GHB tidak pernah
diiktirafkan sebagai ubat da dikeluarkan dalam makmal haram tanpa
sebarang kepiawaian.GHB juga kerap disalahgunakan sebagai rape drug
kerana boleh memitamkan mangsa dalam tempoh beberapa minit
sahaja.
Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan
dengan cara smoked atau snorted untuk mendatangkan khayalan seperti
bius.
Ubat ubat dan Bahan Yang Disalahguna
SteroidSteroid sejenis ubat yang merupakan hormone testoren
sintetik. Steroid digunakan oleh doctor untuk merawat pesakit lelah
dan lain-lain. Steroid kerap disalahgunakan oleh atlit di seluruh
dunia walaupun terdapat kajian baru yang menunjukkan steroid tidak
menyebabkan pertumbuhan otot atau peningkatan kekuatan fizikal.
Penyalahgunaan steroid mendatangkan banyak kesan sampingan yang
buruk seperti boleh menyebabkan kanser hati.
InhalanGam, petrol dan inhalan lain walaupun tidak perlu dibeli
di pasaran haram, juga boleh menghasilkan kesan seperti dadah
apabila disalahgunakan. Menghidu gam akan menyebabkan kerosakan
otak yang kekal (gila) dalam masa yang singkat.Kekerapan menghidu
gam atau petrol boleh mengkhayalkan pengguna dan menyebabkan
seseorang itu ketagihan. Kini kerajaan Malaysia sedang dalam proses
menggubal Akta Bahan Mengkhayalkan agar gejala penyalahgunaan bahan
seperti ini dapat ditangani.
Daun KetumDaun ketum atau species mytrangynine yang telah
disenaraikan sebagai racun dan bahan psikotropik dalam Akta Racun
1952 juga kerap disalahgunakan oleh segolongan rakyat di Utara dan
Timur Semenanjung Malaysia. Pokok Ketum ialah sejenis tumbuhan
daripada keluarga Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di
utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan
Thailand.Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional
sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru bersalin. Daun
ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi
rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit
belakang. Bagaimanapun air rebusan daun ketum telah disalahgunakan
dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.Terdapat juga
di sesetengah tempat di mana daun ketum direbus bersama-sama dengan
ubat nyamuk, supaya memberi kesan yang lebih kuat kepada
peminumnya. Ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu
ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah
disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic
Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok
ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari
2003.
Ubat-ubatanSelain daripada ubat bius dan depresen, lazimnya
ubat-ubatan yang kerap disalahguna adalah berkaitan dengan ubat
penenang, ubat tidur, ubat untuk menahan sakit (pain killer) dan
sebagainya.Penggunaan yang kerap, banyak dan secara berpanjangan
akan menyebabkan kebergantungan kepada ubat-ubatan berkenaan.
STATISTIK PENAGIHAN DADAHPerangkaan social terpilih siri
12/2010Penagihan dadah berdasarkan statistic AADK sepanjang tempoh
2000/20008 secara purata yang melibatkan 14017 penagih bagi setiap
tahun.Bagi tempoh 2001-2004, bilangan penagih dadah yang baru
dikesan telah melebihi bilangan penagih berulang, namun pada tahun
berikutnya sehingga 2008 bilangan penagih berulang menyumbang lebih
daripada 50 peratus jumlah penagih di Malaysia.AADK (JAN-NOV 2011)
golongan belia merupakan golongan yang paling ramai terdedah dengan
risiko penagihan dadah. Ini dapat dibuktikan melalui perangkaan
majoriti penagih yang dikesan sepanjang Januari-November 2011
adalah belia iaitu seramai 7,970 orang (77.20%). Belia yang berumur
antara 19-24 tahun mencatatkan bilangan penagih teramai iaitu 2,704
orang (26.19%). Manakala bagi golongan dewasa, sebanyak 1,892 orang
(18.33%) dan remaja seramai 448 orang (4.34%). Undang-undang
Undang-undang Dadah MalaysiaAkta Dadah Berbahaya 1952Tafsiran
Pengedaran Dadah termasuklah semua seperti menghilang, mengimport,
mengeksport, menyimpan, menyembunyikan, membeli, menjual, memberi,
menerima, menyetor, mengendalikan. Mengangkut, membawa, menghantar,
mengirim, mendapat, membekal atau mengedar mana-mana dadah
berbahaya. Seseorang itu adalah dianggap mengedar mana-mana dadah
berbahaya. Seseorang itu dianggap mengedar dadah sekiranya didapati
dalam miliknya :15 gram atau lebih berat heroin15 gram atau lebih
berat morfin15 gram atau lebih berat monoasetimorfinSejumlah 15
gram atau lebih berat heroin, morfin dan mono setil morfin atau
sejumlah 15 gram atau lebih berat bagi mana-mana dua daripada dadah
berbahaya tersebut.1,000 gram atau lebih berat candu masak1,000
gram atau lebih berat candu mentahSejumlah 200 gram atau lebih
berat ganja dan resin ganja40 gram atau lebih berat kokain2,000
gram atau lebih berat daun koka50 gram atau lebih berat
Amino-hoxy-4 methyl phenypropane50 gram atau lebih berat 2-Amini-1
(2,5-dimethoxy-4 methyl) phenylpropane50 gram atau lebih berat
amphetamine50 gram atau lebih berat 2,5 Dimethoxyamphetamine
(DMA)50 gram atau lebih berat Dimethoxybromoamp hetamine (DOB)50
gram atau lebih berat 2-5-Dimethoxy-4-ethylamphetamine (DOET)50
gram atau lebih berat Methamphetamine50 gram atau lebih berat
5-Methoxy-3, 4-Methylenedioxyamphetamine (MMDA)50 gram atau lebih
berat N-ethyl MDA50 gram atau lebih berat N-hyroxy MDA50 gram atau
lebih berat N-methyl-1-(3, 4-methylenedioxxpheny)-2-butanamine50
gram atau lebih berat 3, 4-Methylenedioxy-methamphetamine (MDMA)50
gram atau lebih berat Paramethoxyamphetamine (PMA)50 gram atau
lebih berat 3, 4, 5-Trimethoxyamphetamine (3, 4, 5-TMA)Sejumlah 50
gram atau lebih mana-mana gabungan daripada dadah-dadah berbahaya
yang disenaraikandi dalam perenggan (xi) hingga (xxiv)Seseorang itu
adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39 (A) Akta
Dadah Berbahaya 1952 sekiranya didapati dalam miliknya terdapat :5
gram atau lebih berat heroin5 gram atau lebih berat morfin5 gram
atau lebih berat monoasetilmorfinSejumlah 5 gram atau lebih berat
heroin, morfin dan monoasetil morfin atau sejumlah 15 gram atau
lebih berat bagi mana-mana dua daripada dadah berbahaya
tersebut.250 gram atau lebih berat candu masak250 gram atau lebih
berat candu mentahSejumlah 250 gram atau lebih berat candu masak
dan mentah50 gram atau lebih berat ganja50 gram atau lebih berat
resin ganjaSejumlah 50 gram atau lebih berat ganja dan resin
ganja15 gram atau lebih berat kokain750 gram atau lebih berat daun
koka30 gram atau lebih berat Amino-hoxy-4 methyl phenypropane30
gram atau lebih berat 2-Amini-1 (2,5-dimethoxy-4 methyl)
phenylpropane30 gram atau lebih berat amphetamine30 gram atau lebih
berat 2,5 Dimethoxyamphetamine (DMA)30 gram atau lebih berat
Dimethoxybromoamp hetamine (DOB)30 gram atau lebih berat
2-5-Dimethoxy-4-ethylamphetamine (DOET)30 gram atau lebih berat
Methamphetamine30 gram atau lebih berat 5-Methoxy-3,
4-Methylenedioxyamphetamine (MMDA)30 gram atau lebih berat N-ethyl
MDA30 gram atau lebih berat N-hyroxy MDA30 gram atau lebih berat
N-methyl-1-(3, 4-methylenedioxxpheny)-2-butanamine30 gram atau
lebih berat 3, 4-Methylenedioxy-methamphetamine (MDMA)30 gram atau
lebih berat Paramethoxyamphetamine (PMA)30 gram atau lebih berat 3,
4, 5-Trimethoxyamphetamine (3, 4, 5-TMA)Sejumlah 30 gram atau lebih
mana-mana gabungan daripada dadah-dadah berbahaya yang disenaraikan
didalam perenggan (m) hingga (z). Hukumannya ialah penjara tidak
kurang 5 tahun atau penjara seumur hidup atau 10 sebatan
rotan.Seorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah
Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 sekiranya ia didapati menanam
atau mengusahakan pokok ganja (walaupun sepohon) dan boleh dihukum
penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada 6
sebatan.Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2002 Akta A1167 telah
diluluskan dan diwartakan pada 8 Ogos 2002. Dengan berkuatkuasanya
menagih semula selepas 2 kali menjalani rawatan dan pemulihan di
Pusat Serenti atau pengawasan di dalam komuniti akan dikenakan
hukuman penjara dari 5 hingga 7 tahun dan sebatan tidak lebih dari
3 sebatan. Sekiranya mereka didapati menagih sekali lagi bagi kali
ke-4, mereka akan dihukum penjara 7 hingga 13 tahun dan sebatan
sebanyak 3 hingga 6 sebatan.
Akta Racun 1952Tujuan akta ini diwujudkan ialah mengawal
pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan, penggunaan racun
dan penjualan semua jenis ubat-ubatan yang disenaraikan. Sesiapa
yang didapati bersalah di bawah akta ini akan diambil tindakan di
bawah Akta Racun 1952.
Akta Rawatan / Pemulihan 1983Seseorang boleh ditahan untuk ujian
air kencingnya di bawah Seksyen 3(1) APD (R&R) 1983 sekiranya
disyaki sebagai penagih dadah. Setelah disahkan bahawa seseorang
itu adalah penagih dadah, majistret boleh membuat perintah menurut
Seksyen 6(1) samada penagih tersebut :Menjalani rawatan dan
pemulihan di pusat pemulihan selama 2 tahun dan kemudiannya
menjalani pengawasan selama 2 tahun atau Diletakkan di bawah
pengawasan seseorang pegawai untuk tempoh 2-3 tahun.
Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakkan Harta) 1988Akta ini
dikuatkuasakan pada 10 Jun 1988 bertujuan memberi kuasa kepada
kerajaan melalui :MengesanMembekuMerampas aset pengedarAkta ini
berkuatkuasa sekiranya tangkapan dibuat di bawah :Seksyen 39 (B)
ADB 1952Seksyen 6 (B) ADB 1952Seksyen 3(1) ADB (LLPK) 1985
Akta Langkah-langkah Pencegahan KhasKategori orang yang boleh
ditangkap di bawah akta ini adalah seperti berikut :Orang yang
telah ditangkap di bawah Seksyen 39 (B) ADB 1952 dan dibebaskan
oleh mahkamah kerana kekurangan bukti untuk dituduh di
mahkamah.Orang yang disyaki dan dikenalpasti terlibat dalam
kegiatan pengedaran dadah melalui proses mengumpul maklumat,
percakapan, risikan, saksi-saksi yang berurusan secara terus dengan
seseorang itu. Seseorang yang ditangkap di bawah akta ini akan
:Ditahan tidak melebihi 60 hari di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah
Berbahaya (LLPK) 1952.Tidak dibicarakan di mahkamah.Proses
SiasatanLaporan siasatan dibuat oleh pihak Polis dan dihantar
kepada Siasatan.Pegawai Siasatan akan mengesahkan bahawa orang yang
disyaki itu benar-benar terlibat dalam kegiatan pengedaran
dadah.Laporan siasatan Polis dan laporan Pegawai Siasatan dikemukan
kepada Menteri Dalam Negeri. Menteri akan menimbangkan kedua-dua
laporan dan membuat keputusan sama ada untuk mengeluarkan Perintah
Tahanan, Perintah Sekatan atau membebaskan orang tersebut.
http://elmoolover.wordpress.com/isi-kandungan/kesan-penyalahgunaan-dadah/http://ppda-smkbt5.blogspot.com/2011/09/kesan-dadah-kepada-fizikal-mental-emosi.htmlhttp://dadahmusuhkita.blogspot.com/p/jenis-jenis-dadah_09.htmlhttp://www.slideshare.net/handlebeskal/dadah-12276720