29/5/2012 Remaja bakal pemimpin : Tribute to Sultan Muhammad Al-Fateh Tarikh 29 Mei pada 559 tahun yang lalu iaitu 29 Mei 1453, Sultan Muhammad Al-Fateh telah berjaya menakluk kota hebat Konstantinopel pada usia 21 tahun. Sultan Muhammad Al-Fateh sejak dalam buaian lagi telah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim, Syeikh Syamsuddin al-Wali. Beliau pernah berkata kepada ayahanda Muhammad Al-Fateh, Sultan Murad “ Wahai Sultan Murad, bukan Tuanku yang akan membebaskan Kota Konstantinople, tetapi anak dalam buaian itu,” dengan menunjuk kepada Muhammad Al-Fateh yang masih dalam buaian. Kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh sungguh terserlah kerana menaiki taktha ketika berumur 19 tahun dengan menggantikan ayahnya Sultan Murad, seterusnya mampu menawan Kota Konstantinople dalam tempoh 3 tahun selepas menaiki taktha. Bagaimana pula dengan keadaan para remaj a sekalian ? Sesungguhnya kita tidak akan mungkin dapat menyamakan diri kita dengan pemimpin agung Konstantinople, Sultan Muhammad Al-Fateh. Sifat kepimpinan yang utuh yang wujud dalam diri baginda menyebabkan baginda mampu menawan kota Konstantinople dengan gemilangnya. Sebagai remaja bakal pemimpin masa akan datang, baginda lah yang harus dijadikan sebagai rujukan utama dan medium dalam membentuk ciri-ciri kepimpinan dalam diri. Remaja hari ini diingatkan bersedia untuk menghadapi cabaran masa hadapan demi memelihara keagungan agama, bangsa dan umat seluruhnya. Tidak dinafikan remaja aset yang sepatutnya dijaga dan diasuh sebaik mungkin ibarat menatang minyak yang penuh. Bahkan Rasulullah SAW telah menggariskan panduan yang sewajarnya diikuti dalam mendidik anak-anak. Ini ditunjukkan menerusi sabdanya yang bermaksud: “Ajarlah anak kamu bersolat ketika umurnya t ujuh tahun dan pukul mereka (seandainya enggan) apabila umurnya 10 tahun.”(Riwayat Abu Daud dan Ahmad)
2
Embed
Remaja Bakal Pemimpin - Tribute Sultan Muhammad Al-Fateh
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
7/29/2019 Remaja Bakal Pemimpin - Tribute Sultan Muhammad Al-Fateh
Tarikh 29 Mei pada 559 tahun yang lalu iaitu 29 Mei 1453,Sultan Muhammad Al-Fateh telah berjaya menakluk kota hebat
Konstantinopel pada usia 21 tahun. Sultan Muhammad Al-Fateh
sejak dalam buaian lagi telah diisyaratkan bakal mencipta sejarah
oleh seorang alim, Syeikh Syamsuddin al-Wali. Beliau pernah
berkata kepada ayahanda Muhammad Al-Fateh, Sultan Murad “
Wahai Sultan Murad, bukan Tuanku yang akan membebaskan Kota
Konstantinople, tetapi anak dalam buaian itu,” dengan menunjuk kepada Muhammad Al-Fateh yang
masih dalam buaian.
Kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh sungguh terserlah kerana menaiki taktha ketika berumur 19tahun dengan menggantikan ayahnya Sultan Murad, seterusnya mampu menawan Kota Konstantinople
dalam tempoh 3 tahun selepas menaiki taktha. Bagaimana pula dengan keadaan para remaja sekalian ?
Sesungguhnya kita tidak akan mungkin dapat menyamakan diri kita dengan pemimpin agung
Konstantinople, Sultan Muhammad Al-Fateh. Sifat kepimpinan yang utuh yang wujud dalam diri baginda
menyebabkan baginda mampu menawan kota Konstantinople dengan gemilangnya.
Sebagai remaja bakal pemimpin masa akan datang, baginda lah yang harus dijadikan sebagai rujukan
utama dan medium dalam membentuk ciri-ciri kepimpinan dalam diri. Remaja hari ini diingatkan
bersedia untuk menghadapi cabaran masa hadapan demi memelihara keagungan agama, bangsa dan
umat seluruhnya.
Tidak dinafikan remaja aset yang sepatutnya dijaga dan diasuh sebaik mungkin ibarat menatang minyak
yang penuh. Bahkan Rasulullah SAW telah menggariskan panduan yang sewajarnya diikuti dalam
mendidik anak-anak. Ini ditunjukkan menerusi sabdanya yang bermaksud:
“Ajarlah anak kamu bersolat ketika umurnya tujuh tahun dan pukul mereka (seandainya enggan)
apabila umurnya 10 tahun.” (Riwayat Abu Daud dan Ahmad)
7/29/2019 Remaja Bakal Pemimpin - Tribute Sultan Muhammad Al-Fateh