RELAKAN PERPISAHAN ITU DEMICINTA
05JUL
Kadangkala aku sendiri kebingungan. Bila ditusuk soalan demi
soalan. Bagi yangtelah merasa cinta Bagi yang belum merasanya.
Cinta tidak habis-habis diperkatakan, walaupun telah berkali-kali
aku pesankan bahawa cinta itu bukan Tuhan!Dulu aku pernah
mengingatkan diri sendiri, dipercayai lebih utama daripada
dicintai. Namun, mengapa hati masih tidak mahu percaya? Kekadang,
jalan berapi ditempuh jua. Ah, bujukan nafsu terlalu melulu.Sudah
terantuk baru terngadah. Sudahberdarah, baru berubah.Pada remaja
yang terus bertanya Padaretua yang terus meminta satu kepastian,
satu panduan terus-terang kukatakan aku sendiripun terus bertanya
dan terus meminta. Tidak mungkin aku memberikan apa yang aku tidak
punya! Tetapi itu bukan alasan untuk menyerah. Mencari dan terus
mencari, itulah yang lebih berharga. rasa belum memiliki adalah
modal terpenting untuk memiliki cinta cinta Allah.Itulah cinta
pertama dan cinta utama. Walaupun sudah berkali-kali kalimah itu
disebutkan, tetapi yang mendengar cuma telinga dan akal, bukan jiwa
dan hati. Hati masih tuli Jiwa masih alpa Biladia berani berkata
dan merasa, cinta yang dicari lebih baik daripada cinta yang
ditemui!Pada sahabatku yang selalu berkongsi lewat sms dan email,
pada saudara/i yang terus meluahkan cerita dan berita melalui wadah
Gentarasa ini, sudi apalah kiranya berhenti sejenak dalam kelelahan
bercinta. Mari kita istirehatkan hati denganRelakanlah perpisahan
itu demi cintaPernahkah kita terasa tiba-tiba sahaja seolah-olah
tidak mengenali pasangan kita? Mengapa dia menjadi manusia lain?
Seakan-akan kita belum pernah mengenalinya walaupun telah
berumahtangga sekian lama. Jika kita pernah mengalami perasaan itu,
jangan terkejut. Ia adalah perkara biasa. Bukan sesuatu yang luar
biasa.Itu semua gara-gara warna sebenar (true colours) pasangan
kita mula terserlah. Satu demi satu wataknya yang tersirat mula
tersurat. Mengikut kajian pakar perkahwinan, hanya setelah usia
lima tahun perkahwinan, barulah masing-masing (suami dan isteri)
mengeluarkan semua sikap dan perangai mereka yang
tersembunyi.Pernah kita baca di dada akhbar bagaimana kelohan
seorang isteri yang telah disimbah asid oleh suaminya. Katanya,
setelah tiga bulan berkahwin barulah saya sedar bahawa suami saya
sebenarnya seorang yang panas baran. Ironinya, mungkin pasangan itu
telah bercinta (berpacaran) tiga tahun sebelum mereka berkahwin.
Bayangkan, tiga tahun bercinta tanpa mengenal diri kekasih yang
sebenar. Benarlah cinta itu buta.Cinta kerana nafsu memang buta.
Kita dikelabui oleh daya tarikan fizikal sehingga tidak punya mata
hati dan akal untuk mengenal siapa yang kita cintai dengan tepat
dan betul. Selama tiga tahun bercinta mungkin yang kitagunakan cuma
nafsu dan emosi bukan fikiran dan hati. Al hasil, setelah tabir
perkahwinan mula diangkat, tabir percintaan pun berlabuh. Realiti
tidak seindah ilusi. Kenyataan berbeza sungguh daripada impian.Masa
bercinta, warna sebenar true colourspasangan kita tidak akan
ketara. Dia boleh bermuka-muka dan rela mengikut selera, minat dan
jalan hidup kita. Dan kita juga rela mengikut segala kehwendaknya.
Kita dan dia mabuk cinta! Namun semakin lama berumah-tangga, maka
semakin ketara kelemahan dan kekurangan. Apakah dia umpama bulan
yang dipuja dikejauhan oleh Sang sastrawan tetapi botak dan
berlopak di mata seorang angkasawan?Pada tahap ini, ramai yang mula
menyesali diri. Mengapa dia yang ku pilih? Tanpa sedar bahawa pada
masa yang sama, dia juga mungkin berbisik mengapa kita yang
dipilihnya? Inilah bibit-bibit yang boleh meruntuhkan sebuah
rumahtanga. Yang nekad, rela berpatah arang lalu menempuh jalan
penceraian. Yang penakut, menunggu dengan resah memendam perasaan
tanpa ada lagi keceriaan.Manusia adalah makhluk yang sentiasa
berubah. Ia punya hati yang sangat konsisten untuk berbolak-balik.
Bila hati berubah, fikiran dan tingkah laku juga akan berubah.
Untuk kita mengenal manusia (termasuk pasangan kita) kita terpaksa
mengenali perubahan itu. Ah, ini suatu yang sangat sukar. Masakan
tidak, untuk mengenal hati sendiripun acapkali kita tidak mampu
inikan pula hati orang. Sukar diduga dan ditebak.Akibatnya, ramai
orang yang berkahwin dengan orang yang tidak dikenalinya. Bukan
rupa zahirnya tetapi wajah batinnya. Disangka permata, rupanya
kaca. Cuaca rumah tangga mula berubah. Disangka panas sampai ke
petang, rupanya hujan ditengahari. Situasi inilah yang banyak
berlaku dalam rumahtangga kini hingga menyebabkan (mengikut kajian)
setiap lima belas minit berlaku satu penceraian! Apakah cara
mengenal manusia yang serba kompeks ini? Bagaimana menentukan
dengan pasti bahawa pasangan yang bakal kita pilih itu baik
orangnya? Ya, ada tiga cara:1. Jadi orang baik.Maksudnya, kita
sendiri cuba sedaya upaya menjadi orang yang baik, Insya-Allah kita
akan dikurniakan orang yang baik sebagai pasangan hidup kita. Ini
janji Allah. Menjadi orang yang baik perlu diutamakan berbanding
mencari orang yang baik. Ia lebih mudah kerana menjadi orang baik
bermula dengan diri sendiri.Perlu diingat, janji mendapat pasangan
yang baik bagi orang yang baik, bukan hanya berlaku pada awal
perkahwinan. Mungkin pada awalnya pasangan orang yang baik itu
belum begitu baik namun berkat didikannya, pergaulannya dan doanya
maka pasangannya itu berubah menjadi baik selepas mereka
berkahwin.Jadi, jangan putus asa sekiranya pada awal perkahwinan
kita lihat pasangan kita belum benar-benar baik seperti yang kita
harapkan. Sebaliknya, teruskan usaha untuk menjadi orang yang baik
sambil mendidik dan mendoakan pasangan kita itu. Ingat, setelah
berkahwin dengan kita, pasangan kita itu adalah cerminan akhlak dan
keperibadian kita. Siapa mereka sebelum berkahwin dengan kita
kurang penting berbanding siapa mereka setelah berkahwin dengan
kita.Justeru, tidak kira siapa dia sebelum berkahwin dengan kita,
tetapi sebagai suami atau isteri kita komited untuk merubah diri
kita sendiri terlebih dahulu seiring usaha merubah dirinya. Jika
kita tidak dapat apa yang kita suka, kita perlu suka dengan apa
yang kita dapat. Caranya, ialah dengan merubah diri kita terlebih
dahulu, dan insya-Allah perubahan itu akan merubah pasangan kita ke
arah yang sama. 2. Ikut pilihan orang baik.Ada orang yang
menyerahkan hak membuat pilihan kepada orang-orang yang dianggapnya
sangat baik dalam hidup ini. Mereka meminta ibu-bapa, ustaz-ustaz,
ulama-ulama atau sesiapa sahaja yang dianggap baik untuk memilih
jodoh buat mereka. Mereka pasrah dan menyerah sahaja. Tetapi dengan
satu keyakinan: Orang yang baik pasti akan memilih orang yang baik
sebagai pasangannya.Ibu-bapa, para ulama dan orang yang baik-baik
sekali-kali tidak akan menganiayai kita dengan memilih orang yang
jahat sebagai pasangan hidup kita. Kaedah ini telah dipraktikan
oleh anak-anak muda zaman dahulu yakni ketika nilai-nilai agama
belum dicabar oleh nilai Barat yang kononnya menyanjung hak asasi
manusia dan kebebasan bersuara.Pada pilihan orang yang baik, ada
keberkatannya. Walaupun tidak ada cinta sebelum berkahwin, tetapi
cinta selepas berkahwin jauh lebih suci dan indah. Cuba kita
renungkan, betapa seringkali rumah tangga ibu-bapa yang berkahwin
mengikut pilihan orang tuanya lebih kekal dan harmoni berbanding
rumah tangga anak-anaknya yang kononnya berkahwin atas dasar cinta.
Inilah kaedah yang dipraktikan oleh Zainab yang berkahwin dengan
lelaki yang menjadi pilihan bapanya (Rasululllah saw). Zainab akur
atas pilihan itu kerana yakin akan sifat kasih sayang, amanah dan
kebijaksanaan ayahnya. Dia yakin hanya orang baik (Rasulullah saw)
mampu mengenal orang baik dan memilih orang baik sebagai pasangan
hidup anaknya. Justeru, sekiranya kita terlalu sukar untuk
mengenali seseorang secara tepat, maka serahkan sahaja tugas itu
kepada orang yang lebih arif untuk mengenalnya. Jangan cuba membuat
penilaian sendiri Bermuzakarahlah dengan orang yang baik-baik dan
dirikan solat istikharah pinta petunjuk daripada Allah setelah
pilihan itu diserahkan ke tangan kita. Tidak akan kecewa orang yang
bermuzakarah dan beristikharah!3. Cintai Allah yang Maha Baik.Kita
tekad sahaja untuk mencintai Allah. Jangan pandang cinta manusia
lagi. Buru cinta yang utama dan pertama (cinta Allah), insya-Allah
cinta kedua, ketiga akan memburu kita. Apabila kita mencintai
Allah, Allah akan mencintai kita dan bila Allah telah mencintai
kita, semua orang yang mencintai Allah akan turut mencintai kita.
Rasulullah saw telah bersabda: Sesungguhnya Allah SWT jika
mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan
berkata: Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!
Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada
seluruh penduduk langit dan berkata: Wahai penduduk langit,
sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia. Maka
seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun
dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini. (Hadis
Riwayat Bukhari)Untuk mencintai Allah, kita wajib mencintai
Rasulullah saw. Antara langkah-langkah menyintai Rasulullah saw itu
adalah dengan banyak berselawat kepadanya, menegakkan sunahnya,
menziarahi makamnya dan lain-lain lagi. Ini adalah ubat yang
mujarab bagi isteri yang dikecewakan sumai atau suami yang
dipinggirkan oleh isteri. Jangan menagih cinta makhluk sampai kita
derita dan sakit hati dibuatnya. Merajuk pada yang kasih, merayu
pada yang sudi Siapa lagi yang terus kasih dan sudi mencintai kita
ketika semuanya telah berpaling kecuali Allah?Ya, burulah cinta
itu. Cinta Allah mampu mengekalkan, malah boleh meningkat lagi rasa
cinta walaupun perubahan fizikal berlaku, justeru tapak cinta itu
di hati, bukan lagi di body. Biarlah cinta pasangan kita berubah
(walaupun kita terus berdoa agar tidak begitu), tetapi kita tidak
akan berubah daripada menyintai Allah.Yakinlah jika pasangan kita
juga menyintai Allah, pasti dia dan kita akan disatukan-Nya semula.
Jika tidak, relakanlah perpisahan itu. Jangan bersedih, kerana
sesuatu yang tidak memanfaatkan pasti tidak boleh
memudaratkan!INILAH MAKNA BAHAGIA
Bahagia itu fitrah tabie manusia. Semua orang ingin bahagia.
Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak
bahagia, dia layak dihantar ke Hospital Bahagia. Kenapa? Sudah
tentu orang itu tidak siuman lagi. Manusia yang siuman sentiasa
ingin dan mencari bahagia. Bahkan, apa sahaja yang diusahakan dan
dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia.
Bahagia itu relatif?
Malangnya, keinginan manusia untuk bahagia sering tidak
kesampaian. Ini disebabkan ramai manusia tidak tahu apa makna
bahagia sebenarnya dan mereka juga tidak tahu bagaimanakah caranya
untuk mendapatkannya. Jika kita mencari sesuatu yang tidak
diketahui dan dikenali, sudah pasti kita tidak akan menemuinya.
Oleh itu, usaha mencari kebahagiaan itu mestilah bermula dengan
mencari apa erti kebahagiaan itu terlebih dahulu.
Apakah erti bahagia? Ada yang beranggapan erti bahagia itu
relatif. Ia berubah-ubah dan berbeza antara seorang individu dengan
yang lain. Bagi yang sakit, sihat itu dirasakan bahagia. Tetapi
apabila sudah sihat, kebahagiaan itu bukan pada kesihatan lagi.
Sudah beralih kepada perkara yang lain lagi. Bagi golongan ini
kebahagiaan itu adalah satu moving target yang tidak spesifik
ertinya.
Ada pula golongan pesimis. Mereka beranggapan bahawa tidak ada
bahagia di dunia ini. Hidup adalah untuk menderita. Manusia
dilahirkan bersama tangisan, hidup bersama tangisan dan akan
dihantar ke kubur dengan tangisan. Bahagia adalah satu utopia,
ilusi atau angan-angan. Ia tidak ujud dalam realiti dan
kenyataan.
Sumber dalaman atau luaran?
Sebelum mendapat jawapan tentang erti kebahagiaan yang sebenar,
mesti dipastikan sumber kebahagiaan itu. Ia datang dari mana?
Apakah bahagia itu datang dari luar ke dalam (outside-in) atau dari
dalam ke luar (inside-out)?
Ramai yang merasakan bahawa bahagia itu bersumber dari faktor
luaran. Ia bersumber daripada harta, kuasa, rupa, nama dan
kelulusan yang dimiliki oleh seseorang. Golongan ini merasakan jika
berjaya menjadi hartawan, negarawan, bangsawan, rupawan, kenamaan
dan cendekiawan maka secara automatik bahagialah mereka.
Atas keyakinan itu ramai yang berhempas pulas dan sanggup
melakukan apa sahaja untuk memiliki harta, kuasa dan lain-lain
lagi. Kita tidak bahaskan mereka yang miskin, hodoh, tidak popular
dan bodoh, lalu gagal merasakan bahagia tetapi mari kita tinjau
apakah hidup para hartawan, rupawan, bangsawan, kenamaan dan
cendekiawan itu bahagia?
Realiti hidup jutawan, rupawan dan selebriti.
Realitinya, sudah menjadi rules of life (sunatullah), manusia
tidak mendapat semua yang diingininya. Tidak ada seorang manusia
pun yang dapat mengelakkan diri daripada sesuatu yang tidak
disenanginya. Hidup adalah satu ujian yang menimpa semua manusia,
tidak kira kedudukan, harta dan pangkatnya. Firman Allah:
Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah
yang terbaik amalannya. Al Mulk.
Si kaya mungkin memiliki harta yang berjuta, tetapi mana mungkin
dia mengelakkan diri daripada sakit, tua dan mati? Inilah yang
berlaku kepada Cristina Onasis pewaris kekayaan ayahnya Aristotle
Onasis, yang mati pada usia yang masih muda walaupun memiliki harta
yang berbilion dollar. Mereka yang rupawan, tidak boleh mengelakkan
diri daripada cercaan. Madonna, Paris Hilton (sekadar menyebut
berapa nama) pernah dikutuk akibat kelakuan buruk masing-masing.
Lady Diana yang memiliki semua pakej kelebihan wanita idaman
akhirnya mati dalam keadaan yang tragis dan menyedihkan sekali.
John Lenon tidak dapat mengelakkan diri daripada dibunuh
walaupun dirinya dipuja oleh jutaan peminat. Elizabeth Taylor pula
sedang membilang usia yang kian meragut kecantikan dan potongan
badannya. Itu belum dikira lagi nasib malang yang menimpa negarawan
dan bangsawan tersohor seperti Al Malik Farouk (Masir), Shah Iran
(Iran), Ferdinand Marcos (Filipina), Louis XVI (Perancis), Tsar
(Rusia) dan lain-lain lagi. Tegasnya, kesakitan, cercaan,
dijatuhkan dan lain-lain ujian hidup telah menumpaskan ramai
hartawan, rupawan, negarawan dan cendekiawan dalam perlumbaan
mencari kebahagiaan.
Bukti hilangnya bahagia.
Apa buktinya, mereka hilang bahagia? Tidak payah kita berhujah
menggunakan Al Quran dan Al Hadis, melalui paparan media massa
sahaja sudah cukup menjadi bukti betapa tidak bahagianya mereka
yang memiliki segala-galanya itu. Aneh, apabila selebriti dari
Hollywood, yakni mereka yang memiliki rupa yang cantik, harta yang
berbilion dolar, nama yang tersohor tetapi dilanda pelbagai masalah
kronik. Senarai nama yang berkenaan cukup panjang
Mereka yang terlibat dengan arak, rumah tangga cerai berai,
dadah, jenayah, sakit jiwa dan bunuh diri ini sudah tentu tidak
bahagia. Jika mereka bahagia dengan nama, harta dan rupa yang
dimiliki tentulah mereka tidak akan terlibat dengan semua kekacauan
jiwa dan kecelaruan peribadi itu. Tentu ada sesuatu yang hilang di
tengah lambakan harta, rupa yang cantik dan nama yang popular
itu.
Ujian hidup punca hilang bahagia?
Mari kita lihat persoalan ini lebih dekat. Apakah benar ujian
hidup menghilangkan rasa bahagia dalam kehidupan ini? Apakah sakit,
usia tua, cercaan manusia, kemiskinan, kegagalan, kekalahan dan
lain-lain ujian hidup menjadi sebab hilangnya bahagia? Jawabnya,
tidak!
Jika kita beranggapan bahawa ujian hidup itu penyebab hilangnya
bahagia maka kita sudah termasuk dalam golongan pesimis yang
beranggapan tidak ada kebahagiaan di dunia. Mengapa begitu? Kerana
hakikatnya hidup adalah untuk diuji. Itu adalah peraturan hidup
yang tidak boleh dielakkan. Sekiranya benar itu penyebab hilangnya
bahagia, maka tidak ada seorang pun manusia yang akan bahagia
kerana semua manusia pasti diuji.
Atas dasar itu, ujian hidup bukan penyebab hilangnya bahagia.
Sebagai perumpamaannya, jika air limau nipis diletakkan di atas
tangan yang biasa, maka kita tidak akan berasa apa-apa. Sebaliknya,
jika air limau itu dititiskan di atas tangan yang luka maka
pedihnya akan terasa. Jadi apakah yang menyebabkan rasa pedih itu?
Air limau itu kah atau tangan yang luka itu? Tentu jawapannya, luka
di tangan itu.
Metafora air limau dan luka di tangan
Air limau itu adalah umpama ujian hidup, manakala tangan yang
luka itu ialah hati yang sakit. Hati yang sakit ialah hati yang
dipenuhi oleh sifat-sifat mazmumah seperti takbur, hasad dengki,
marah, kecewa, putus asa, dendam, takut, cinta dunia, gila puji,
tamak dan lain-lain lagi. Ujian hidup yang menimpa diri hakikatnya
menimbulkan sahaja sifat mazmumah yang sedia bersarang di dalam
hati. Bila diuji dengan cercaan manusia, timbullah rasa kecewa,
marah atau dendam. Bila diuji dengan harta, muncullah sifat tamak,
gila puji dan takbur.
Justeru, miskin, cercaan manusia dan lain-lain itu bukanlah
penyebab hilang bahagia tetapi rasa kecewa, marah dan tidak sabar
itulah yang menyebabkannya. Pendek kata, ujian hidup hakikatnya
hanya menyerlahkan sahaja realiti hati yang sudah tidak bahagia
lama sebelum ia menimpa seseorang.
Dengan segala hujah di atas terbuktilah bahawa pendapat yang
mengatakan bahagia itu datang dari luar ke dalam adalah tertolak
sama sekali. Ini kerana faktor kesihatan hati jelas lebih dominan
dalam menentukan bahagia atau tidaknya seseorang berbanding segala
faktor luaran. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa
kebahagiaan itu datang dari dalam ke luar soal hati.
Inilah erti bahagia
Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang
dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia
yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran. Firman
Allah:
Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Al
Radu 28.
Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:
Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging.
Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia
rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati.
(riwayat Bukhari Muslim)
Rasulullah S.A.W bersabda lagi:
Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi
kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati
Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup
dengan apa yang dimiliki bersyukur dengan apa yang ada, sabar
dengan apa yang tiada.
Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara
kesihatannya agar lahir sifat-sifat mahmudah seperti amanah, sabar,
syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan
ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan
kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan
oleh Islam dengan mudah dan secara auto pilot.
KAEDAH MENCARI BAHAGIA MENURUT AL QURAN DAN AS SUNAH:
1. Beriman dan beramal salih.
Siapa yang beramal salih baik laki-laki ataupun perempuan dalam
keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan
yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih
baik daripada apa yang mereka amalkan. (An-Nahl: 97)
Ibnu Abbas RA meriwayatkan bahawa sekelompok ulama mentafsirkan
bahawa kehidupan yang baik (dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal
dan baik (halalan tayyiban). Sayidina Ali pula mentafsirkannya
dengan sifat qanaah (merasa cukup). Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu
Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu adalah
kebahagiaan.
2. Banyak mengingat Allah .
Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan
sekali gus bebas daripada rasa gelisah dan gundah gulana. Firman
Allah:
Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang
hati itu. (Ar-Rad: 28)
3. Bersandar kepada Allah.
Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan
tidak mudah putus asa dan kecewa. Allah berfirman:
Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.
(Ath-Thalaq: 3)
4. Sentiasa mencari peluang berbuat baik.
Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun
perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan
memberi ketenangan hati.
Firman-Nya:
Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka
kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh ( manusia) untuk
bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki
hubungan di antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu karena
mengharapkan keredaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan
padanya pahala yang besar. (An-Nisa: 114)
5. Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak
meratapi masa silam.
Fikir tetapi jangan khuatir. Jangan banyak berangan-angan
terhadap masa depan yang belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa
gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang. Juga tidak terus
meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu karena apa yang telah
berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula. Rasulullah SAW
bersabda: Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagi
mu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila
menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah
engkau berkata: Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini
dan begitu, akan tetapi katakanlah: Allah telah menetapkan dan apa
yang Dia inginkan Dia akan lakukan, karena sesungguhnya kalimat
seandainya itu membuka amalan syaitan. (HR. Muslim)
6. Melihat kelebihan bukan kekurangan diri.
Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia, misalnya
dalam kurniaan rezeki karena dengan begitu kita tidak akan
meremehkan nikmat Allah yang diberikan Allah kepada kita.
Rasulullah SAW bersabda:
Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang
di atas kamu karena dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk
kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada
kamu. (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
7. Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia.
Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan ucapan
terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada
Allah. Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih
kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Malah ada di
antara hukama berkata, sekiranya kita mengharapkan ucapan terima
kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit
jiwa!. Firman Allah:
Kami memberi makan kepada kalian hanyalah karena mengharap wajah
Allah, kami tidak menginginkan dari kalian balasan dan tidak pula
ucapan terima kasih. (Al Insan: 9)
ZIKRULLAH YANG MEMBAWA BAHAGIA
Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Zikrullah akan memberi
ketenangan buat hati. Ketenangan hati itulah kebahagiaan sebenar.
Tetapi kenapa ada orang yang berzikir tetapi hati tidak ataupun
belum tenang? (Untuk mendapat jawapannya, tolong rujuk kembali
entri dalam blog ini dalam tajuk: Mencari Ketenangan Hati)
Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar
kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan
hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat
merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup
kita di dunia ini dan di akhirat nanti.
Ingatlah, untuk menjaga kebersihan hati, (selalin berzikir) kita
perlu menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari
hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal
tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang
bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Jadi
berhati-hatilah menjaga hati kerana ia adalah punca ketenangan dan
kebahagiaan diri!
Kita harus melatih hati kita supaya sentiasa berniat baik dan
inginkan sesuatu yang baik. Sentiasa riang, gembira dan tenang
dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja
amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar,
sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.
Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan
memperbanyak mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memperbanyak doa
agar Allah SWT mengurniakan kita hati yang bersih dan selalu dekat
dengan-Nya. Itulah beberapa hal yang mungkin dapat kita jadikan
landasan untuk mencari kebahagiaan hidup di dunia ini dan juga
sebagai bekal untuk menghadapi kehidupan akhirat nanti.
Sebenarnya kebahagiaan hidup yang hakiki dan ketenangan hanya
didapatkan dalam agama Islam yang mulia ini. Sehingga yang dapat
hidup bahagia dalam erti yang sebenarnya hanyalah orang-orang yang
berpegang teguh dengan agama.
APA ITU BAHAGIA?
Oleh: Pahrol Mohamad Juoi
Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku
tidak bahagia, maka sudah tentu dia tidak siuman lagi kerana
bahagia itu merupakan fitrah semula jadi setiap manusia. Tidak ada
manusia yang tidak inginkannya. Bahkan, apa sahaja yang diusahakan
dan dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia.
Bahagia itu relatif?
Malangnya, keinginan manusia untuk bahagia sering tidak
kesampaian. Ini disebabkan ramai manusia tidak tahu apa makna
bahagia sebenarnya dan mereka juga tidak tahu bagaimanakah caranya
untuk mendapatkannya. Jika kita mencari sesuatu yang tidak
diketahui dan dikenali, sudah pasti kita tidak akan menemuinya.
Oleh itu, usaha mencari kebahagiaan itu mestilah bermula dengan
mencari apa erti kebahagiaan itu terlebih dahulu.
Apakah erti bahagia? Ada yang beranggapan erti bahagia itu
relatif. Ia berubah-ubah dan berbeza antara seorang individu dengan
yang lain. Bagi yang sakit, sihat itu dirasakan bahagia. Tetapi
apabila sudah sihat, kebahagiaan itu bukan pada kesihatan lagi.
Sudah beralih kepada perkara yang lain lagi. Bagi golongan ini
kebahagiaan itu adalah satu moving target yang tidak spesifik
ertinya.
Ada pula golongan pesimis. Mereka beranggapan bahawa tidak ada
bahagia di dunia ini. Hidup adalah untuk menderita. Manusia
dilahirkan bersama tangisan, hidup bersama tangisan dan akan
dihantar ke kubur dengan tangisan. Bahagia adalah satu utopia,
ilusi atau angan-angan. Ia tidak ujud dalam realiti dan
kenyataan.
Sumber dalaman atau luaran?
Sebelum mendapat jawapan tentang erti kebahagiaan yang sebenar,
mesti dipastikan sumber kebahagiaan itu. Ia datang dari mana?
Apakah bahagia itu datang dari luar ke dalam (outside-in) atau dari
dalam ke luar (inside-out)?
Ramai yang merasakan bahawa bahagia itu bersumber dari faktor
luaran. Ia bersumber daripada harta, kuasa, rupa, nama dan
kelulusan yang dimiliki oleh seseorang. Golongan ini merasakan jika
berjaya menjadi hartawan, negarawan, bangsawan, rupawan, kenamaan
dan cendekiawan maka secara automatik bahagialah mereka.
Atas keyakinan itu ramai yang berhempas pulas dan sanggup
melakukan apa sahaja untuk memiliki harta, kuasa dan lain-lain
lagi. Kita tidak bahaskan mereka yang miskin, hodoh, tidak popular
dan bodoh, lalu gagal merasakan bahagia tetapi mari kita tinjau
apakah hidup para hartawan, rupawan, bangsawan, kenamaan dan
cendekiawan itu bahagia?
Realiti hidup jutawan, rupawan dan selebriti.
Realitinya, sudah menjadi rules of life (sunatullah), manusia
tidak mendapat semua yang diingininya. Tidak ada seorang manusia
pun yang dapat mengelakkan diri daripada sesuatu yang tidak
disenanginya. Hidup adalah satu ujian yang menimpa semua manusia,
tidak kira kedudukan, harta dan pangkatnya. Firman Allah:
Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah
yang terbaik amalannya. Al Mulk.
Si kaya mungkin memiliki harta yang berjuta, tetapi mana mungkin
dia mengelakkan diri daripada sakit, tua dan mati? Inilah yang
berlaku kepada Cristina Onasis pewaris kekayaan ayahnya Aristotle
Onasis, yang mati pada usia yang masih muda walaupun memiliki harta
yang berbilion dollar. Mereka yang rupawan, tidak boleh mengelakkan
diri daripada cercaan. Madonna, Paris Hilton (sekadar menyebut
berapa nama) pernah dikutuk akibat kelakuan buruk masing-masing.
Lady Diana yang memiliki semua pakej kelebihan wanita idaman
akhirnya mati dalam keadaan yang tragis dan menyedihkan sekali.
John Lenon tidak dapat mengelakkan diri daripada dibunuh
walaupun dirinya dipuja oleh jutaan peminat. Elizabeth Taylor pula
sedang membilang usia yang kian meragut kecantikan dan potongan
badannya. Itu belum dikira lagi nasib malang yang menimpa negarawan
dan bangsawan tersohor seperti Al Malik Farouk (Masir), Shah Iran
(Iran), Ferdinand Marcos (Filipina), Louis XVI (Perancis), Tsar
(Rusia) dan lain-lain lagi. Tegasnya, kesakitan, cercaan,
dijatuhkan dan lain-lain ujian hidup telah menumpaskan ramai
hartawan, rupawan, negarawan dan cendekiawan dalam perlumbaan
mencari kebahagiaan.
Bukti hilangnya bahagia.
Apa buktinya, mereka hilang bahagia? Tidak payah kita berhujah
menggunakan Al Quran dan Al Hadis, melalui paparan media massa
sahaja sudah cukup menjadi bukti betapa tidak bahagianya mereka
yang memiliki segala-galanya itu. Aneh, apabila selebriti dari
Hollywood, yakni mereka yang memiliki rupa yang cantik, harta yang
berbilion dolar, nama yang tersohor tetapi dilanda pelbagai masalah
kronik. Senarai nama yang berkenaan cukup panjang (lihat sebahagian
fakta yang dipaparkan).
Mereka yang terlibat dengan arak, rumah tangga cerai berai,
dadah, jenayah, sakit jiwa dan bunuh diri ini sudah tentu tidak
bahagia. Jika mereka bahagia dengan nama, harta dan rupa yang
dimiliki tentulah mereka tidak akan terlibat dengan semua kekacauan
jiwa dan kecelaruan peribadi itu. Tentu ada sesuatu yang hilang di
tengah lambakan harta, rupa yang cantik dan nama yang popular
itu.
Ujian hidup punca hilang bahagia?
Mari kita lihat persoalan ini lebih dekat. Apakah benar ujian
hidup menghilangkan rasa bahagia dalam kehidupan ini? Apakah sakit,
usia tua, cercaan manusia, kemiskinan, kegagalan, kekalahan dan
lain-lain ujian hidup menjadi sebab hilangnya bahagia? Jawabnya,
tidak!
Jika kita beranggapan bahawa ujian hidup itu penyebab hilangnya
bahagia maka kita sudah termasuk dalam golongan pesimis yang
beranggapan tidak ada kebahagiaan di dunia. Mengapa begitu? Kerana
hakikatnya hidup adalah untuk diuji. Itu adalah peraturan hidup
yang tidak boleh dielakkan. Sekiranya benar itu penyebab hilangnya
bahagia, maka tidak ada seorang pun manusia yang akan bahagia
kerana semua manusia pasti diuji.
Atas dasar itu, ujian hidup bukan penyebab hilangnya bahagia.
Sebagai perumpamaannya, jika air limau nipis diletakkan di atas
tangan yang biasa, maka kita tidak akan berasa apa-apa. Sebaliknya,
jika air limau itu dititiskan di atas tangan yang luka maka
pedihnya akan terasa. Jadi apakah yang menyebabkan rasa pedih itu?
Air limau itu kah atau tangan yang luka itu? Tentu jawapannya, luka
di tangan itu.
Metafora air limau dan luka di tangan
Air limau itu adalah umpama ujian hidup, manakala tangan yang
luka itu ialah hati yang sakit. Hati yang sakit ialah hati yang
dipenuhi oleh sifat-sifat mazmumah seperti takbur, hasad dengki,
marah, kecewa, putus asa, dendam, takut, cinta dunia, gila puji,
tamak dan lain-lain lagi. Ujian hidup yang menimpa diri hakikatnya
menimbulkan sahaja sifat mazmumah yang sedia bersarang di dalam
hati. Bila diuji dengan cercaan manusia, timbullah rasa kecewa,
marah atau dendam. Bila diuji dengan harta, muncullah sifat tamak,
gila puji dan takbur.
Justeru, miskin, cercaan manusia dan lain-lain itu bukanlah
penyebab hilang bahagia tetapi rasa kecewa, marah dan tidak sabar
itulah yang menyebabkannya. Pendek kata, ujian hidup hakikatnya
hanya menyerlahkan sahaja realiti hati yang sudah tidak bahagia
lama sebelum ia menimpa seseorang.
Dengan segala hujah di atas terbuktilah bahawa pendapat yang
mengatakan bahagia itu datang dari luar ke dalam adalah tertolak
sama sekali. Ini kerana faktor kesihatan hati jelas lebih dominan
dalam menentukan bahagia atau tidaknya seseorang berbanding segala
faktor luaran. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa
kebahagiaan itu datang dari dalam ke luar soal hati.
Inilah erti bahagia
Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang
dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia
yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran. Firman
Allah:
Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Al
Radu 28.
Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:
Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging.
Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia
rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati.
(riwayat Bukhari Muslim)
Rasulullah S.A.W bersabda lagi:
Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi
kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati
Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup
dengan apa yang dimiliki bersyukur dengan apa yang ada, sabar
dengan apa yang tiada.
Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara
kesihatannya agar lahir sifat-sifat mazmumah seperti amanah, sabar,
syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan
ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan
kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan
oleh Islam dengan mudah dan secara auto pilot.
KAEDAH MENCARI BAHAGIA MENURUT AL QURAN DAN AS SUNAH:
1. Beriman dan beramal salih.
Siapa yang beramal salih baik laki-laki ataupun perempuan dalam
keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan
yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih
baik daripada apa yang mereka amalkan. (An-Nahl: 97)
Ibnu Abbas RA meriwayatkan bahawa sekelompok ulama mentafsirkan
bahawa kehidupan yang baik (dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal
dan baik (halalan tayyiban). Sayidina Ali pula mentafsirkannya
dengan sifat qanaah (merasa cukup). Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu
Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu adalah
kebahagiaan.
2. Banyak mengingat Allah .
Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan
sekali gus bebas daripada rasa gelisah dan gundah gulana. Firman
Allah:
Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang
hati itu. (Ar-Rad: 28)
3. Bersandar kepada Allah.
Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan
tidak mudah putus asa dan kecewa. Allah berfirman:
Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.
(Ath-Thalaq: 3)
4. Sentiasa mencari peluang berbuat baik.
Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun
perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan
memberi ketenangan hati.
Firman-Nya:
Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka
kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh ( manusia) untuk
bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki
hubungan di antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu karena
mengharapkan keredaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan
padanya pahala yang besar. (An-Nisa: 114)
5. Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak
meratapi masa silam.
Fikir tetapi jangan khuatir. Jangan banyak berangan-angan
terhadap masa depan yang belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa
gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang. Juga tidak terus
meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu karena apa yang telah
berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula. Rasulullah SAW
bersabda: Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagi
mu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila
menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah
engkau berkata: Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini
dan begitu, akan tetapi katakanlah: Allah telah menetapkan dan apa
yang Dia inginkan Dia akan lakukan, karena sesungguhnya kalimat
seandainya itu membuka amalan syaitan. (HR. Muslim)
6. Melihat kelebihan bukan kekurangan diri.
Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia, misalnya
dalam kurniaan rezeki karena dengan begitu kita tidak akan
meremehkan nikmat Allah yang diberikan Allah kepada kita.
Rasulullah SAW bersabda:
Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang
di atas kamu karena dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk
kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada
kamu. (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
7. Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia.
Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan ucapan
terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada
Allah. Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih
kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Malah ada di
antara hukama berkata, sekiranya kita mengharapkan ucapan terima
kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit
jiwa!. Firman Allah:
Kami memberi makan kepada kalian hanyalah karena mengharap wajah
Allah, kami tidak menginginkan dari kalian balasan dan tidak pula
ucapan terima kasih. (Al Insan: 9)Matanya merah. Tangisannya jelas
kedengaran. Bahunya naik turun menahan sebak.
Tak sangka ustaz, kami bercinta sekian lama. Tiba-tiba dia
memutuskan. Apa salah saya? Mengapa dia pilih perempuan tu?
Saya diam. Adik lelaki yang menemaninya juga terdiam.
Saya tak akan maafkan dia. Sumpah. Habis masa dan usia saya
selama ini menantinya. Saya sakit hati ustaz
Saya terus diam. Saya beri laluan untuk dia bersuara dan
mengalirkan air mata. Biar diluah apa yang dipendam agar tidak
bersarang menjadi dendam. Putus cinta memang menyakitkan. Ketika
putus cinta harga diri seseorang akan jatuh ke peringkat paling
rendah. Demikian, menurut ahli psikologi.
Saya dendam ustaz. Orang yang paling saya cintai sanggup khianat
pada saya. Apa dosa saya ustaz katanya bertalu-talu, lebih sayu.
Suara yang bercampur esakkan itu sangat menghibakan.
Cik, agaknya mengapa semua ini terjadi? soal saya perlahan. Cuba
mengalih arah perbualan. Bilik berdinding kaca tempat pertemuan
kami itu menghadiahkan keadaan privacy yang terjaga syariatnya.
Dalam diam, saya akui bahawa pertanyaan tersebut lebih bersifat
meraikan. Saya ajukan semata-mata untuk membuktikan yang saya masih
mendengar. Saya sedar pada saat-saat seperti itu, dia sangat
memerlukan perhatian dan simpati. Ada masanya suatu masalah itu
tidak perlukan penyelesaian tetapi hanya inginkan perhatian.
Sebab dia dapat yang lebih cantik! Lebih baik! katanya agak
kuat.
Jika hanya kerana itu, percayalah bukan sahaja cik yang
menderita tetapi dia juga akan menderita.
Itu saya tidak peduli. Yang penting sekarang ialah saya rasa
sangat menderita.
Saya menggeleng-gelengkan kepala, lantas bertanya, siapa
sebenarnya yang cik cintai? Kekasih cik atau diri cik sendiri?
Dia nampak terkejut dengan kenyataan itu.
Kalau benar cintakan dia, cik tidak ingin dia menderita. Tetapi
jika derita cik sahaja yang difikirkan, cik bukan menyintainya
tetapi cik hanya cintakan diri sendiri.
Dia tersentak. Sedikit terkejut. Tidak lama dia kembali
bersuara, saya mencintainya, sebab itulah saya ingin
bersamanya.
Cinta tidak semestinya bersama. Kasih tidak bererti memiliki.
Sebab itu pujangga sering mengungkapkan, cinta tidak semestinya
bersatu. Cinta tidak membelenggu tetapi membebaskan! jawab saya.
Ingin saya kongsikan sedikit ilmu cinta dengannya.
Nak biarkan dia bebas? Maaf, dia telah banyak bersalah pada
saya
Tanpa memperdulikan kata-katanya saya meneruskan, cinta itu
membebaskan, memaafkan dan memberi. Bukan cinta namanya jika kita
ingin membelenggu, berdendam dan ingin mendapatkan sesuatu dari
yang dicintai.
Saya ingin terus bersamanya sampai mati!
Cik tak akan sanggup. Cik sebenarnya bukan cintakan dia tetapi
cintakan diri sendiri. Jika tidak mampu memaafkan yang hidup,
jangan harap kesetiaan sampai ke mati.
Tanpa mengendahkan apa yang saya luahkan, dia berkata, mengapa
dia sanggup berbuat begitu? Kejam!
Cik hanya fikirkan perasaan dan kesenangan diri cik sahaja.
Ya. Dia memang kejam.
Kita pun tidak kurang kejam
Ustaz tuduh saya kejam?
Saya maksudkan kita, bukan cik sahaja. Kita semua memang
kejam.
Mengapa pula?
Kita kejam kepada diri kita sendiri.
Bagaimana pula tu?
Dengan tidak cintakan Allah, kita kejam dengan diri kita
sendiri!
Ustaz, jangan libatkan cinta Allah. Saya bercakap tentang cinta
sesama manusia.
Saya tetap kaitkan cinta manusia dengan cinta Allah. Hanya
dengan cinta kepada Allah sahaja dapat mendamaikan cinta kita
sesama manusia.
Mengapa?
Kita derhaka dalam cinta kita kepada Allah. Allah memberi nikmat
yang bukan sedikit. Kita balas dengan taat yang sekelumit. Malah,
ramai antara kita yang bukan sahaja tidak menggunakan nikmat itu
untuk taat, malah digunakan ke arah maksiat.
Ustaz saya ingatkan sekali lagi saya bercakap tentang cinta
manusia bukan cinta Allah. Semua orang tahu Allah wajar
dicintai.
Maafkan saya. Fikirkan sejenak, jika kepada Allah yang banyak
berbudi dan berjasa itu pun manusia tega berpaling, apalagi pada
manusia yang budi dan jasanya cuma sedikit.
Apa kaitannya semua ini dengan cinta saya?
Allah Maha Sabar, walaupun ramai manusia yang berpaling daripada
cintaNya, tetapi Allah terus-terusan mencintai manusia
Apa buktinya?
Buktinya Allah terus memberi Memberi nikmat dan pengampunanNya.
Allah tidak pernah jemu dan berhenti memberi nikmat dan menghulur
pengampunan.
Ertinya, cinta itu memberi dan memaafkan?
Ya. Begitulah. Siapa yang paling cinta, dialah yang paling
banyak memberi dan mengampunkan.
Jadi saya tidak mencintai kekasih hati sayalah luahnya perlahan.
Riak wajahnya suram.
Saya diam. Tidak sampai hati untuk menyatakan bahawa dengan
tidak mencintai Allah, kita bukan sahaja tidak mencintai orang
lain, malah tidak mencintai diri sendiri!
Kita sering salah meletakkan cinta. Sedangkan ahli hikmah
berpesan, cintailah sesiapa yang mencintai kita bukan orang yang
kita cintai. InsyaAllah, barulah cinta kita berbalas. Justeru,
siapa lagi yang paling mencintai kita selain Allah? Oleh itu siapa
yang mencintai Allah, pasti berbalas dan itulah keharmonian dalam
bercinta.
Saya bercakap tentang cinta manusia dia terus mengingatkan
saya.
Cinta sesama manusia tidak boleh meminggirkan cinta Allah. Cinta
soal hati. Hati-hati manusia hanya dapat disatukan oleh Allah.
Maksud ustaz? Saya tidak cinta Allah?
Tanpa respons pada pertanyaan itu, saya sebaliknya terus
menjelaskan, cinta sesama manusia mesti didasarkan cinta Allah!
Kami memang bercinta kerana Allah. Tetapi dia
mengkhianatinya.
Jika benar cinta kita kerana Allah, mana mungkin ada marah,
dendam dan kecewa
Lepaskanlah cintanya jika takdir Allah menetapkan begitu,
nasihat saya.
Mengapa harus saya lepaskan?
Kerana Allah inginkan kita mencintaiNya. Putus cinta sesama
manusia untuk menyambung cinta dengan Allah.
Tapi
Tidak ada tapi-tapi lagi. Sekiranya kita terus enggan, kita akan
alami putus cinta sesama manusia lagi. Bukan sekali bahkan
berkali-kali.
Tidak semudah itu ustaz menghukum. Cinta ini kompleks dan rumit,
bidasnya perlahan.
Kita yang merumitkannya. Sifir dalam bercinta mudah: Pertama
cintai Allah, kedua cintai diri sendiri dan ketiga barulah cintai
orang lain.
Bagaimana dengan sakitnya hati ini?
Ini ubat sebenarnya. Allah sendiri menegaskan dalam surah Al
Baqarah, ada perkara yang kita tidak suka tetapi itu sebaliknya
baik untuk kita. Sakit ini ubat. Pedih ini penawar.
Habis, cinta kepada Allah sahajalah, cinta dengan manusia
bagaimana?
Allah akan hadiahkan orang yang cintakanNya kepada orang yang
mencintaiNya.
Subhanallah. Layakkah saya untuk itu?
Wanita yang baik, untuk lelaki yang baik. Begitulah sebaliknya.
Sebab itu carilah lelaki yang baik sebagai pasangan hidup dengan
menjadi wanita yang baik.
Bagaimana saya nak jadi baik?
Dengan melakukan kebaikan ujar saya lembut. Syukur, kemarahan
dan kesedihannya agak mula mereda.
Kebaikan apa yang boleh saya lakukan sekarang?
Dengan memaafkan kekasih yang pergi dan memaafkan diri sendiri.
Cik layak bahagia. Dia juga layak bahagia.
Dia juga lelaki baik?
Doakan begitu. Dia lelaki baik tetapi bukan untuk cik. Akan ada
lelaki baik lain yang akan datang dalam hidup cik. InsyaAllah.
Ohh, saya perlu maafkannya.Saya cuba, insyaAllah. Tetapi apa
maksud ustaz dengan memaafkan diri sendiri? Saya tidak faham.
Memaafkan orang lain sama seperti memaafkan diri sendiri.
Apabila kita memaafkan, jiwa kita akan tenang, fikiran kita akan
lapang. Dendam, marah dan kecewa kepada seseorang akan lebih
memusnahkan diri kita sendiri berbanding orang yang menjadi sasaran
kemarahan dan dendam kita, terang saya panjang lebar.
Mungkinkah dia kembali?
Tidak mustahil jika cik juga kembali
Saya kembali?
Ya, kembali kepada cinta Allah!
Ya itu cerita 30 tahun yang lalu. Minggu lalu, saya bertemu
kembali dia dan suami serta dua anak kembar comelnya di kaki sebuah
masjid ketika sama-sama menyertai majlis ilmu.
Ini suami saya ustaz, katanya memperkenalkan. Kami
bersalaman.
Ini? tanya saya sambil mengusap kepala dua anak yang comel di
sisi mereka.
Ini buah hati kami berdua, kata suaminya sambil tersenyum. Kacak
dan segak dengan janggut dan misai yang terurus rapi.
Sebaik masuk ke masjid terus saya sujud syukur. Ya Allah
besarnya kurniaan Mu. Ketika hamba Mu ingin kurnia pada kadar yang
cepat, sebaliknya Engkau memilih untuk memberi pada waktu yang
tepat. Sungguh, wanita itu tidak akan menangis 15 tahun yang lalu
sekiranya dia nampak hadiah yang telah Allah kurniakan
sekarang.
Sungguh hamba meminta dengan keterbatasannya, Allah memberi
dengan kesempurnaanNya!